Anda di halaman 1dari 13

FORUM 3 Bincangkan bagaimana nilai-nilai sosial dan emosi dapat dibentuk melalui aktiviti pergerakan kreatif.

Jawapan forum 3 :
Salam Sejahtera,
Pergerakan kreatif yang memberi penekanan kepada empat elemen asas iaitu, tubuh badan, ruang, masa dan
daya yang merupakan asas pergerakan sebenarnya merupakan interpretasi idea, perasaan serta tanggapan idea
yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Nilai-nilai sosial dan emosi dapat dibentuk melalui aktiviti
pergerakan kreatif ini.
Hal ini demikian kerana, apabila kanak-kanak menjalani aktiviti pergerakan kreatif ini, mereka sudah pun terlibat
dalam mempertajamkan daya imaginasi dan emosi mereka secara tidak langsung. Selain itu, dengan amalan
pergerakan kreatif ini kanak-kanak dapat melepaskan emosi atau perasaan mereka dalam bentuk pergerakan
apabila melakukan activiti pergerakan kreatif dan hal ini akan menyebabkan kanak-kanak kurang diganggu
ketegangan emosi. Seterusnya, dengan adanya banyak nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi
dalam kehidupan seharian melalui amalan pergerakan kreatif ini, jelaslah amalan pergerakan kreatif ini dapat
membantu dalam memperkukuhkan keyakinan dan kepastian di dalam diri kanak-kanak.
Sehubungan pernyataan pelbagai nilai positif yang boleh diterapkan itu, keyakinan diri dalam melakukan
pergerakan, keseronokan dan kepuasan, kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi, meghormati orang
lain, bekerjasama, kebebasan dan sikap berdikari merupakan contoh antara nilai yang perlu diterapkan dan dapat
diterapkan melalui aktiviti pergerakan kreatif ini. Pada realitinya, saya berpendapat bahawa pergerakan kreatif
ini memainkan peranan perdana dalam menjelaskan makna pelbagai aspek bagi seorang kanak-kanak melalui
pengalaman yang diperolehi daripada pengaplikasian prinsipnya dalam pelbagai aktivit pergerakan kreatif yang
berbeza.
Tambahan pula, amalan pergerakan kreatif ini membuka ruang yang amat luas bagi kanak-kanak untuk
melahirkan perasaan serta menyuburkan daya imaginasi mereka. Hal ini bererti, kanak-kanak akan mula sedar
bahawa setiap anggota dapat digunakan sebagai alat atau sekurang-kurangnya mempunyai daya potensi untuk
menyalurkan segala tenaga yang berlebihan dan perasaan yang terpendam. Secara ikhtisarnya, hal ini semua
dapat membantu perkembangan pemikiran yang kritis, sikap sosial yang positif serta citarasa yang berseni.
Secara konklusinya, ini adalah antara cara pergerakan kreatif dapat membentuk nilai-nilai sosial dan emosi dalam
kalangan kanak-kanak Pergerakan kreatif membantu dari empat aspek utama iaitu, tubuh badan, ruang, masa
dan daya.
Sekian Terima Kasih.






Sila berikan sekurang-kurangnya 2 respon yang bernas dan berkualiti terhadap tajuk forum yang diberikan
ini. Panjang responadalah tidak lebih daripada 300 perkataan. Tarikh tutup forum adalah pada 27 Oktober
2013.

Respond 1 :
Salam sejahtera,
Pada hemat saya, saya sangat bersetuju dengan hujah cikgu iaitu, Emosi mereka akan lebih fleksibel dan dapat
mengawal perasaan slearas dengan pergerakan yang dilakukan. Hal ini adalah, kerana saya amat yakin bahawa
pergerakan kreatif membawa konotasi bahawa dapat mengawal perasaan kanak-kanak melalui pergerakan
tubuh badan, irama dan daya kreatif yang mereka membangunkan apabila melakukan aktiviti pergerakan kreatif
ini.
Sebagai hasil saya melayari internet saya dapati menurut Kamus Bahasa Melayu (1994) ada dinyatakan bahawa
emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah dan lain-lain. Oxford Advanced Learners
Dictionary (1995) pula, menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis kasih sayang,
keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada perasaan. The Oxford Dictionary of Current
English (1986) pula menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalam terutamanya daripada aspek
mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Selain itu, Muhammad Uthman Najati (1993) menyatakan
bahawa emosi merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu
perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih
sayang.
Oleh itu, bagi mengulung rumus dan mengaitkan hasil carian laman sesawang saya yang ada pada petikan di atas
dengan fokus forum bincangan di sini, saya akan menyatakan bahawa emosi adalah cara kanak-kanak meluahkan
perasaan yang dijana dari hati mereka sebagai tindak balas pertukaran yang berlaku di persekitaran mereka. Hal
ini membuka ruang bagi saya untuk membincangkan kepentingan pengawalan perasaan kanak-kanak yang dapat
dikawalkan melalui aktiviti pergerakan kreatif sepertimana dihujah oleh cikgu sebelum ini.
Sepertimana cikgu ada menyatakan, memang benar bahawa pergerakan kreatif yang dilakukan oleh kanak-kanak
semasa melakukan aktiviti pergerakan kreatif ini adalah bersifat jujur dan spontan. Ini akan memberi mereka
peluang bagi mempelajari akan kesan yang berlaku dari ketidakawalan emosi mereka dengan keburukan yang
minimum terhadap perkembangan mereka dalam proses menjadi tenaga mahir negara yang menjadi asset
kepada negara dan lebih lebih lagi seorang insan yang mulia. Saya menegaskan di sini bahawa melalui aktiviti
seperti acara tarian kanak-kanak dapat meluahkan emosi mereka semasa melakukan latihan dan persembahan
acara ini dan hal ini pula akan menyebabkan keseimbangan dari segi emosi mereka.

Akhir kata, pergerakan kreatif dapat mengawal perasaan kanak-kanak dengan mewujudkan emosi yang fleksibel
dalam kalangan mereka.
Sekian, terima kasih.
.
.
.
SELESAI
Respond 2 :
Salam sejahtera dan 1 Malaysia,
Saya bersependapat dengan cikgu dalam hal ini kerana saya juga mempercayai bahawa nilai-nilai moral dan
sosial dapat dibentuk melalui pergerakan kreatif.
Melalui aktiviti pergerakan kreatif ini saya percaya bahawa nilai seperti keyakinan diri dalam melakukan
pergerakan, kebebasan mencurahkan perasaan, keseronokan dan kepuasan, idea dan emosi, menghormati orang
lain, kebebasan, bekerjasama dan berdikari dapat diterapkan supaya diaplikasikan dalam kehidupan seharian
kanak-kanak.
Nilai-nilai moral dan sosial ini dapat diwujudkan secara semula jadi semasa latihan, persembahan dan
pertandingan sesuatu jenis aktiviti pergerakan kreatif. Selain itu, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati,
toleransi, disiplin, menghargai masa, semangat berpasukan dah patuh kepada arahan dan peraturan pula dapat
diwujudkan secara semula jadi.
Sehubungan ini, untuk menerangkan bagaimana nilai-nilai ini diterapkan dalam kehidupn seharian kanak-kanak
secara semula jadi saya menghubungkaitkan fakta bahawa kejayaan sebuah pasukan bergantung kepada
sumbangan terbaik setiap ahli dan semua ahli diperlukan bekerjasama dan membantu dalam memberi
persembahan yang terbaik. Selain itu, kanak-kanak ini yang menjadi ahli pasukan sebuah pasukan perlu
mewujudkan sebuah suasana di mana mereka mampu saling memahami, mengawal perasaan marah mereka,
tidak memberi ruang kepada rasa cemburu serta memberi sokongan moral kepada ahli pasukan yang mengalami
masalah menguasai kemahiran sesuatu permainan itu.

Tambahan lagi, kanak-kanak ini akan secara semula jadi belajar akan kepentingan berfikiran positif dan tidak
memperlekehkan usaha diri sendiri atau rakan lain melalui pengalaman yang diperolehi sewaktu melibatkan diri
dalam aktiviti pergerakan kreatif ini.

Tuntasnya, saya menegaskan di sini bahawa saya amat menyokong pendapat cikgu bahawa, Nilai-nilai moral dan
sosial ini dapat dibentuk melalui pergerakan kreatif. Pergerakan kreatif ini boleh dijadikan sebagai akar cerucuk
bagi menerapkan nilai-nilai moral dan sosial dalam kalangan kanak-kanak sejak di bangku sekolah lagi.
Sekian, terima kasih.








SELESAI
FORUM 4 Bincangkan bagaimana Negara Malaysia dapat melahirkan atlet gimnas yang berpotensi untuk menang
di sukan olimpik.
Jawapan forum 4 :
Salam Sejahtera,
Sebagai warganegara Malaysia yang mencintai negara, keinginan saya adalah sentiasa bagi menyaksikan
kemenangan Negara Malaysia kita. Di samping itu, tertumpu kepada forum bincangan di sini, kelahiran atlet
gimnas negara Malaysia yang berkebolehan menang di sukan olimpik adalah amat penting. Terdapat beberapa
insiatif perdana yang perlu dititikberatkan anatara pelbagai usaha yang boleh dilaksanakan bagi melahirkan atlet
gimnas berpotensi menang di sukan olimpik.

Pertama sekali, sebagai usaha membina atlet gimnas yang berpotensi untuk menang di sukan Olimpik usaha dan
kerjasama daripada semua pihak diperluakan. Misalnya, Kementeriaan Sukan Malaysia perlu meyediakan
kemudahan sukan yang baik seperti pembinaan stadium gymnasium yang diberi keutamaan dari segi penjaminan
kualitinya supaya atlet gimnas boleh menggunakan kemudahan ini dengan penuh keselesaan serta ini akan
menjadi sebagai satu faktor yang sesuai bagi perkembangan kemahiran mereka. Kekerapan penganjuran sukan
berperingkat antarabangsa di negara kita pula perlu dipertingkatkan oleh kerajaan. Penglibatan secara aktif oleh
para atlet gimnas pula sangat penting dalam menjayakan usaha memantapkan persembahan mereka serta melatih
mereka bagi penyertaan pada hari semasa bertanding di peringkat sukan olimpik. Apabila atlet gimnas terlibat
seperti ini, persaingan hebat yang ditempuh mereka akan menjadikan mereka lebih fokus serta menyedari akan
kelemahan diri dan akan mampu memperbaiki prestasi kemahiran mereka selaras dengan pengalaman yang
diperolehi. Sudah terang lagi bersuluh bahawa apabila pihak kerajaan mengambil tindakan proaktif dalam
pelaksanaan pernyataan sebegini maka tentulah negara kita dapat melahirkan atlet gimnas yang berpotensi untuk
menang di sukan olimpik.
Selain itu, bimbingan yang diberi kepada atlet supaya dapat mengasah bakat yang sedia ada dalam diri mereka itu
sangat penting diberikan oleh jurulatih yang terlatih dan berkemahiran luas dalam gimnas. Hal ini kerana,
bimbingan yang cemerlang merupakan asas kepada kecemerlangan yang dicapai atlet gimnas di sukan olimpik
kelak. Oleh itu, jurulatih yang berpengalaman walaupun merupakan jurulatih dari negara luar, jika berupaya
mengajar teknik baru yang menjurus kepada penambahan tahap kecekapan kemahiran kepada atlet gimnas
negara kita boleh dilantik sebagai jurulatih untuk melatih atlet gimnas kita.
Tambahan pula, jurulatih dari luar negara ini pula perlu dipujuk supaya mengadakan program melatih jurulatih
tempatan dan berkongsi pengalaman yang luas mereka bagi membina sistem latihan yang cemerlang kepada atlet
gimnas negara kita. Hal ini, tentu akan berganding bahu dalam mempertingkatkan prestasi diri atlet gimnas serta
kualiti sukan negara kita.

Tuntasnya, semua cara ini perlu dipertimbangkan dalam usaha melahirkan atlet gimnas yang berpotensi untuk
menang di sukan olimpik.
-Sekian, Terima Tasih.

Sila berikan sekurang-kurangnya 2 respon yang bernas dan berkualiti terhadap tajuk forum yang diberikan
ini. Panjang responadalah tidak lebih daripada 300 perkataan. Tarikh tutup forum adalah pada 17
November 2013.

Respond 1 :
Salam sejahtera,
Saya amat setuju dengan pendapat cikgu. Sebagai hasil pencarian saya, saya dapat tahu akan negara kita,
Malaysia, telah pun melahirkan ramai atlet gimnas yang berpotensi menang di peringkat antarabangsa pada
awal tahun 50-an,60-an dan 80-an. Kemampuan atlet Malaysia yang telah pun berjaya mengharumkan nama
negara Malaysia di peringkat antarabangsa ini pada amat kedugaannya pernah juga goyah dan mengalami
kerencatan yang amat besar. Hal ini disebabkan, ketiadaan kemenangan atlet negara Malaysia kita seperti di
zaman awal dulu.

The Mother of All Sports, merupakan gelaran yang dikhaskan bagi sukan gimnastik. Saya beranggapan, apabila
seseorang terlibat dalam sukan gimnastik ini, orang itu akan bermanfaat dari segi kekuatan otot badan, kesihatan
fizikal badan, fleksibiliti badan,imbangan badan dan ketangkasan badan. Berdasarkan Modul Pendidikan Jarak
Jauh UPSI, QGJ 3043 saya dapati bahawa pergerakan gimnastik ini terdiri daripada pergerakan berlari, berjalan,
berlompat, dan pergerakan yang kompleks seperti hambur tangan, putar roda, salto hadapan dan belakang.
Lanjutan dari pernyataan saya di perenggan atas, saya berpendapat bahawa sukan gimnastik ini adalah lain
daripada jenis sukan-sukan yang terdapat di bidang persukanan ini. Hal ini adalah kerana, sukan gimnastik ini
memerlukan peserta memberi persembahan di hadapan penonoton sebagai mana kita boleh lihat di Saluran
Sports yang ada pada perkhidmatan televisyen Astro Malaysia.
Seterusnya, pada hemat saya, sukan gimnastik ini mendapat sambutan hangat di luar negara berbanding di
negara Malaysia kita. Hal ini saya sokong dengan pernyataan saya iaitu, Sukan gimnastik di Malaysia mendapat
sambutan yang kurang akibat keperluannya terhadap daya ketahanan fizikal dan kemahiran yang agak tinggi
ketikan persembahan gimnastik ini dipersembahkan. Selain itu, usaha latihan yang tinggi berbanding sukan jenis
lain pula diperlukan bagi memantapkan ketahanan fizikal dan kemahiran diri. Kedua-dua faktor sukan gimnastik
ini mendapat sambutan yang lemah di Malaysia ini saya dapat merumusgulungkan bahawa hanya orang yang
mempunyai keyakinan dan daya ketahanan yang tinggi dapat menyertai sukan gimnastik ini.

Oleh itu, secara konklusinya, saya ingin menegaskan bahawa, sukan gimnastik ini adalah amat penting dan atlet
altelt negara kita perlu menang dalam sukan olimpik. Jangan dilupakan pula akan fakta di mana kejayaan
sesebuah negara dalam bidang sukan yang tertentu memerlukan program pembangunan sukan yang meliputi
kesemua aspek terutamanya dari segi pemupukan bakat serta dorongan dari pelbagai pihak tertentu
terutamanya negara itu sendiri. Jomlah kita sama-sama memperbaiki kelemahan yang merencatkan
perkembangan atlet gimnas untuk menang di sukan olimpik.






SELESAI
Respond 2 :

Salam sejahtera,
Saya juga bersetuju dengan pendapat cikgu. Memang pun, kemudahan peralatan gimnastik bagi latihan sangat
penting dan perlu sempurna dalam usaha melahirkan atlet gimnas yang berkemampuan menang di sukan olimpik
kelak.
Dalam pada itu, saya juga ingin berkongsi pandangan saya iaitu, kemudahan peralatan gimnastik yang terdapat
di sekolah-sekolah Malaysia perlu dipastikan kualitinya supaya sama canggih dengan kemudahan peralatan
gimnastik yang digunakan di luar negara. Hal ini agar dengan adanya kemudahan gimnastik yang cukup canggih
ini negara kita tidak akan tertinggal dalam usaha mencapai tahap mencapai kemenangan di peringkat sukan
olimpik sepertimana yang kekal pada zaman dulu iaitu pada tahun 50-an, 60-an dan 80-an dulu. Selain itu, dengan
adanya kemudahan peralatan gimnastik yang lengkap di sekolah, kanak-kanak dapat berlatih dan mengasah
bakat mereka dengan lebih mudah serta sebuah suasana latihan yang lebih selesa dan sempurna dapat
diwujudkan.
Selain itu, saya juga amat bersetuju dengan pendapat cikgu iaitu dengan adanya jurulatih yang berpengalaman,
mereka mampu memberikan teknik baru kepada atlet gimnastik negara kita. Hal ini benar bahawa dengan
adanya penyediaan tenaga pengajar iaitu jurulatih yang berpengalaman lagi profesional dan pakar dalam bidang
gimnastik ini dapat melatih atlet negara kita dengan kemahiran dan teknik-teknik yang lebih berpotensi. Maka
tinggilah peluang yang akan membawa kemenangan. Selain itu, pada hemat saya, saya sangat mempercayai
pada fakta di mana kita sebagai manusia tidak salah berkongsi ilmu ataupun kemahiran. Dalam kata lain, saya
sarankan bahawa pihak bertanggungjawab perlu menyediakan jurulatih dari luar negara bagi melatih atlet
negara kita ataupun jurulatih dari negara kita pula boleh megadakan sesi latihan pengajaran teknik sukan
gimnastik ini bersama jurulatih negara luar. Hal ini akan mewujudkan keuntungan bagi negara kerana jurulatih
serta atlet gimnastik negara kita akan dapat mempelajari teknik-teknik baru bagi mengejar kemenangan di sukan
olimpik nanti. Ini akan membuka ruang bagi atlet gimnastik meningkatkan kemahiran mereka dengan adanya
kelahiran jurulatih gimnastik yang berkemampuan memberi latihan sukan gimnastiki dengan lebih terperinci dan
berkesan.

Kesimpulannya, saya amat bersetuju dengan kedua-dua pendapat cikgu iaitu peralatan gimnastik yang lengkap
serta jurulatih yang berpengalam penting bagi melahirkan atlet gimnas yang berkemampuan membawa
kemenangan di sukan olimpik. Oleh itu, negara kita perlu mengambil kira usaha bagi meningkatkan kualiti tenaga
mahir serta kelengkapan peralatan sukan gimnastik yang canggih.
Sekian, terima kasih.







SELESAI
FORUM 5 Bincangkan sejauh mana aktiviti gimnastik diterapkan di kalangan kanak-kanak Malaysia berdasarkan
perlaksanaan aktiviti tersebut sama ada dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau Ko-Kurikulum mengikut
pengalaman sekolah masing-masing.
Jawapan :
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,
Pada kenyataan, berdasarkan pengalaman saya mengajar sebagai guru bahasa Inggeris sekolah rendah selama 17
tahun di tiga jenis sekolah di Malaysia iaitu, sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis
kebangsaan Tamil saya dapat mengulung rumus bahawa aktiviti gimnastik lebih diterapkan melalui mata pelajaran
pendidikan jasmani walaupun bukan sekadar yang memuaskan di sekolah-sekolah tersebut apabila dilihat secara
berpurata dari tiga buah jenis sekolah yang telah saya berada.
Hal ini kerana, pada asas perancangan dan objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah memang telah
dirancangkan supaya di dalam Pendidikan Jasmani misalnya dalam Pendidikan Jasmani Tahun 1 KSSR, beberapa
kemahiran pergerakkan asas lokomotor dan bukan lokomotor serta asas gimnastik diajar kepada kanak-kanak.
Aktiviti asas gimnastik seperti kemahiran hambur dan pendaratan menggunakan kaki, imbangan badan, putaran
dan gulingan diperlukan diajar dengan cara yang betul dan efektif oleh guru pendidikan jasmani. Walau
bagaimanpun, dalam keadaan yang sebenar di kebanyakan sekolah, guru pendidikan jasmani yang mengajar ada
kalanya tidak mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Selagi ini, ada juga keadaan di mana guru-guru bukan
pilihan mahir mata pelajaran pendidikan jasmani pula terpaksa mengajar subjek pendidikan jasmani ini hanya atas
mematuhi dasar mencukupkan waktu mengajar dua waktu mata pelajaran dalam seminggu. Selain itu, subjek
pendidikan jasmani dianggap tidak begitu penting bagi sesetengah sekolah sehingga adakalanya waktu tersebut
digantikan dengan subjek lain terutamanya bagi murid murid Tahun 6 yang menghadapi UPSR.
Oleh itu, saya menegaskan di sini bahawa dalam KSSR asas gimnastik memang perlu diajar kepada murid-murid
menurut perancangan dan objektifnya. Yang amat menyedihkan di sini adalah, oleh sebab kekurangan kemahiran
guru-guru mata pelajaran pendidikan jasmani ini, mereka mula enggan mengajar asas gimnastik ini dan lebih
mengajar pergerakan asas yang lebih mudah. Keselamatan juga menjadi batu halang bagi guru-guru mengajar asas
gimnastik ini. Lebih-lebih lagi apabila ketiadaan kemudahan peralatan gimnastik seperti tilam dan kemudahan
infrastruktur seperti tempat yang sesuai bagi menjalankan pengajaran dan latihan gimnastik ini berlakunya
keadaan di mana guru tidak mengajar asas gimnastik ini.
Walau bagaimanapun, di sekolah yang kini saya berada, aktiviti gimnastik ini diterapkan melalui matapelajaran
pendidikan jasmani walaupun tidak sempurna sebagai dirancangkan atas dasar KSSR tetapi diajar secara praktikal
oleh guru-guru. Hal ini, saya percaya akan dapat memberi gambaran aktivit gimnastik kepada murid-murid
berbanding aktiviti ko-kurikulum yang pada pendapat saya amat kurang memberi penerapan aktivit gimnastik ini
dan berkemungkinan menjadi batu loncatan bagi penerapan aktiviti asas gimnastik ini dalam kalangan murid.
- Sekian, terima kasih.



Sila berikan sekurang-kurangnya 2 respon yang bernas dan berkualiti terhadap tajuk forum yang diberikan
ini. Panjang responadalah tidak lebih daripada 300 perkataan. Tarikh tutup forum adalah pada 1 Disember
2013.

Respond 1 :

Salamat sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Memang benar bahawa di kebanyakan sekolah aktiviti gimnastik
hanya dilaksanakan berdasarkan kemahiran-kemahiran yang asas sahaja. Murid hanya didedahkan
kepada kemahiran asas sahaja.

Selain ini, faktor-faktor yang memungkinkan aktiviti gimnastik ini tidak dapat dilaksanakan di sesebuah
sekolah yang telah dinyatakan cikgu pula amat saya bersetuju.

Faktor kekurangan peralatan dan kelengkapan aktiviti gimnastik ini memang perlu dihayati. Bagi
pengalaman saya, saya juga pernah mengalami situasi di mana apabila aktiviti gimnastik ini patut
diadakan, hanya sebab ketiadaan peralataan aktiviti gimnastik ini seperti tilam aktiviti tersebut dibatalkan
dan bagi memenuhi masa mata pelajaran pendidikan jasmani saya terpaksa melakukan aktiviti lain seperti
mengadakan permainan ringan yang tidak mengikut rancangan.

Tambahan pula, ada kalanya guru-guru yang tidak merupakan opsyen bidang ini pula terpaksa mengajar
mata pelajaran pendidikan jasmani. Misalnya seorang guru ganti, apabila terpaksa menggantikan guru
mata pelajaran pendidikan jasmani di sekolahnya tidak dapat membekalkan pelajar dengan kemahiran
yang sepatutnya. Beliau hanya dapat mengajar dan melaksanakan aktivit sukan biasa yang mampu bagi
memenuhi masa mata pelajaran tersebut sahaja.

Faktor tempat yang tidak sesuai juga menjadi punca utama yang mengganggu aktiviti gimnastik ini.
Sebagaimana yang diketahui, aktiviti gimnastik ini memerlukan ruang latihan yang luas dan selesa agar
latihan dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa halangan. Oleh itu, pada kebiasaannya, ipadang adalah
tempat yang agak sesuai bagi pelajar melakukan aktiviti gimnastik ini di sekolah. Walau bagaimanapun,
yang amat merisaukan adalah bukan semua sekolah mempunyai kemudahan padang. Terdapat banyak
sekolah yang terpaksa pinjam padang sekolah lain. Lebih-lebih lagi terdapat juga sekolah yang memang
tiada kemudahan padang disebabkan kekurangan kawasan tanah dan kedudukan geologinya sepertimana
yang terdapat di sekolah-sekolah di tengah bandar. Hal ini menjadi faktor penghalang bagi pelaksanaan
aktiviti gimnastik di kebanyakan sekolah.

Kesimpulannya, saya setuju dengan pandangan cikgu serta ingin menegaskan di sini bahawa faktor-faktor
ini perlu diambil kira dalam usaha menerapkan aktiviti gimnastik ini dalam kalangan kanak-kanak.

Sekian, terima kasih.



SELESA
I
Respond 2 :

Salam sejahtera,
Memang benarpun pernyataan cikgu, aktiviti gimnastik di sekolah kurang diajar dalam waktu P&P sebenar atau
kokurikulum mengikiut kesesuaian sesebuah sekolah itu. Faktor kekurangan guru yang berpengalaman bagi
mengajar aktiviti gimnastik ini pula merupakan punca prima bagi punca aktiviti gimnastik ini tiidak dapat
dilaksanakan di sekolah.

Selain itu, sedikit penambahan daripada saya adalah, kemudahan peralatan serta infrastruktur adalah sama
penting sebagaimana tenaga mahir mengajar yang berpengalaman penting bagi perlaksanaan pengajaraan aktiviti
gimnastik di sekolah-sekolah Malaysia berjalan secara lancar dan sempurna. Tanpa peralatan dan kemudahan
infrastruktur yang sesuai serta lengkap, pelajar akan ketinggalan akibat keengganan guru mengajar aktiviti
gimnastik tersebut yang memerlukan peralatan serta kemudahan infrastruktur yang tertentu.

Tambahan pula, di sini saya ingin menegaskan bahawa faktor kekurangan guru yang berpengalaman pula perlu
diatasi dengan penambahan guru Pj yang berkemahiran. Pihak bertanggungjawab boleh mengadakan sesi
mengajar guru-guru Pj ini oleh jurulatih-jurulatih luar negara ataupun jurulatih negara kita sendiri yang
berpengalaman supaya guru-guru sekolah dapat memahami cara mengajar kanak-kanak serta mampu mengajar
dengan lebih teliti dan menjanakan hasil optimum dari kanak-kanak sebagai hasil melakukan P&P dengan efektif.

Kesimpulannya, sebagai merumusgulungkan pandangan saya, saya ingin menyatakan bahawa faktor kekurangan
guru berpengalaman ini memang menjadi faktor penghalang bagi aktiviti gimnastik ini dijalankan di sekolah serta
kekurangan kemudahan infrasturktur serta peralatan perlu dihayati dan diambil tindakan sewajarnya.

Sekian, terima kasih.














SELESAI
QGJ3033 - Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi


Forum 1 :: Bahaskan isu dan cabaran pengurusan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia dan
bagaimana ianya dapat di terapkan di sekolah?

ARAHAN: Pelajar perlu menjawab atau memberi pendapat dan pandangan mereka bagi setiap soalan dalam ruangan
forum sekurang-kurangnya dua (2) kali atau lebih bagi setiap soalan.

Open forum 23/9/13
Close forum 06/10/13

Respond 1 :
Salam sejahtera,
Saya bersetuju dengan kedua-dua pendapat cikgu. Benar pendapat cikgu akan ketiadaan faedah daripada
mewajibkan guru yang tidak berminat hadir ke kursus. Selain itu, saya juga bersependapat dengan cikgu
dalam hal di mana faktor halangan dari ibu bapa pula menjadi satu masalah besar. Hal ini yang menjadi
cabaran dalam pengurusan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia .
Guru-guru kini walaupun bukan semua, namun ada juga yang tidak berminat dalam megajar mata
pelajaran pendidikan jasmani di sekolah. Guru-guru seperti ini sering kali dipaksa menghadiri kursus-kursus
tentang pengurusan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini. Keadaan ini pula menjadi satu
pembaziran masa kerana maklumat yang disalurkan kepada guru-guru seperti ini bagaikan air dicurahkan
ke atas daun keladi. Guru-guru ini tidak akan mempraktikkan informasi yang diberi kepada mereka semasa
P&P.
Ibu bapa pula kadang-kadang menjadi batu penghalang bagi perkembangan anak mereka dalam
bidang sukan ini. Pada kebiasaannya, ibu bapa memberi keutamaan kepada akademik anak-anak
berbanding dengan penglibatan kokurikulum mereka. Mereka lupa akan kepentingan sukan sepanjang
hayat ini terhadap perkemabangan anak-anak mereka. Kesedaran misalnya melalui peribahasa otak yang
cerdas datang dari badan yang cergas boleh diambil supaya memahami bahawa hanya apabila badan
sihat yang datang daripada penglibatan dalam sukan sepanjang hayat ini.

Akhirnya, saya memang bersetuju dengan pendapat cikgu. Tenaga mahir yang berkualiti serta ibu
bapa pula perlu memainkan peranan dalam mengatasi cabaran dalam pengurusan aktiviti sukan sepanjang
hayat ini serta menerapkannya dalam kalangan kanak-kanak.
Sekian, terima kasih.


SELESAI

Respond 2 :
Salam sejahtera,
Saya juga bersependapat dengan cikgu. Memang pun benar bahawa sukan adalah amat
penting bagi menjamin kesihatan tubuh serta melahirkan sebuah masyarakat yang sihat, cergas dan
produktif.
Seterusnya, sepertimana cikgu ada menyatakan, bagi merealisasikan agenda transformasi
negara, aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia juga ditempias. Pada hemat saya,
walaupun kerajaan telah melaksanakan usaha seperti 1 Murid 1Sukan ini masih perlu guru-guru
memainkan peranan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya dengan penuh hemat dan
semangat. Guru-guru yang merupakan orang yang berinteraksi dengan kanak-kanak di sekolah.
Oleh itu. perlulah mereka memainkan peranan dengan lebih efektik supaya dapat merealisasikan
objektif pengurusan sukan sepanjang hayat dan rekreasi Malaysia.
Selain itu, sukan sepanjang hayat yang diterapkan pada kanak-kanak di sekolah ini adalah
suatu yang dapat membentuk sebuah budaya sukan yang mengamalkan sifat berpaduan serta
mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Oleh itu, penerapah sukan ini melalui agenda
transformasi negara ini adalah amat penting dan perlu dijayakan dengan bantuan segala pihak yang
berkuasa.

Sekian, terima kasih.















SELESA
I



Forum 2 :
Sila nyatakan bagaimanakah aktiviti seni dan kebudayaan dapat meningkatkan tahap kecergasan murid dan
sekaligus menghindari penyakit sedentari dalam kalangan masyarakat Malaysia.

ARAHAN: Pelajar perlu menjawab atau memberi pendapat dan pandangan mereka bagi setiap soalan dalam ruangan
forum sekurang-kurangnya dua (2) kali atau lebih bagi setiap soalan.
open 07/10/13
close 20/10//13

Respond 1 :
Salam sejahtera,
Saya berkongsi pendapat dengan cikgu iaitu, aktiviti seni dan kebudayaan merupakan medium escapism
dari kesibukan harian. Apabila masyarakat Malaysia terlibat dalam aktiviti seni dan kebudayaan ini tentu mereka
akan mendapat manfaat dari segi jaminan tubuh badan yang sihat. Memang jelas fakta bahawa apabila seorang
manusia itu mempunyai kesihatan fizikal yang baik maka orang tersebut secara semulajadi akan menjadi tenang
dan selesa dari segi mental. Apabila menyentuh dari aspek mental ini, ia berkaitan dengan emosi manusia yang
tenang dan harmoni. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa apabila masyarakat terlibat dalam aktiviti seni dan
kebudayaan ini mereka akan dijamin dengan tubuh badan yang sihat yang akan menyebabkan mereka dalam
keadaan emosi yang stabil iaitu, bebas dari ketegangan.
Seterusnya, saya juga amat bersetuju dengan pandangan cikgu di mana cikgu mengatakan bahawa
aktiviti seni dan kebudayaan ini patut diterapkan dalam kalangan masyarakat sejak di bangku sekolah lagi supaya
dapat melahirkan masyarakat negara Malaysia yang bebas dari penyakit sedantari ini. Memang betul pun
penyakit sedantari ini adalah hanya akbiat sikap masayarakat yang malas melakukan senaman. Apabila
kesedaran kepentingan penglibatan dalam aktiviti seni dan kebudayaan ini diterapkan sejak di bangku sekolah
lagi maka seperti peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya masyarakat akan secara tidak langsung
menjadi sebuah masyarakat yang sedar akan keperluan aktivit seni dan kebudayaan ini dan bebas dari penyakit
sedantari.
Kesimpulannya, aktiviti seni dan kebudayaan ini merupakan salah satu cara yang amat baik bagi
melepaskan ketegangan dan sebuah langkah menghindari diri dari penyakit sedantari yang kini banyak meragut
nyawa manusia muda yang berkemampuan menjadi tenaga mahir yang produktif kepada negara ataupun
sekurang-kurangya seorang manusia sempurna yang mampu menjalani kehidupan berkeluarga normal.

Sekian, terima kasih.






SELESAI