Anda di halaman 1dari 8

Disediakan oleh Mohd Faidz Hj Ibrahim ( Moderator Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang

Selama )

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE CAMERON HIGHLAND, PAHANG

Tarikh : 11hb Nov 2009

Hari : Rabu

Tempat : Cameron Highland

Aktiviti :

Kelas PPKI SK Kg Boyan telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar 2009 ke Cameron Highland
Pahang. Rombongan bertolak dari SK Kg Boyan pada pukul 7.00 pagi.

Rombongan kami sampai ke Cameron Highland pada pukul 11.00 pagi. Rombongan berhenti berehat
sebenar di untuk bersarapan di Kg. Taman Setia Cameron Highland. Tepat pukul 12.00, rombongan
bertolak ke MARDI Cameron Highland untuk sesi lawatan. Terdapat berbagai tanaman yang terdapat di
MARDI yang mana kesemuanya segar – segar belaka diantaranya adalah tanaman sayuran secara
fertagasi, tanaman pokok bunga yang indah belaka dan tanaman buahan. Setelah membuat lawatan,
rombongan telah singgah di Medan Niaga MARDI untuk membeli – belah.

Pada pukul 1.30 petang, rombongan berhenti sebentar di kawasan tanaman teh dan kemudian kembali
ke Kg. Taman Setia untuk makan tengahari dan kemudiannya ke Majid Cameron Highland untuk
menunaikan solat jamak. Setelah selesai semuannya, rombongan ke KIM Garden untuk membeli –
belah. Di sini, terdapat berbagai jualan sayur – sayuran serta buah – buahan yang mana harganya
berpatutan.

Pada jam 5.00 petang, rombongan kami bertolak pulang dan selamat tiba di SK Kg Boyan pada jam 8.30
malam.