Anda di halaman 1dari 62

1

PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


SINOPSIS
Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-
kanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta
550, hak asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/
prasekolah ke tahun 1.
This course covers the introduction to early childhood education, growth and child
development, the history of childhood education, views and ideas of earlier scholars
of childhood education, Act 308 and Act 550, Childrens Right, also the transition
process from home to nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools to
Year 1 of Primary School
HASIL PEMBELAJARAN:
Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat:
1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah
perkembangan pendidikan awal kanak-
kanak
2. Menghuraikan konsep pertumbuhan,
perkembangan dan pendidikan awal kanak-
kanak
3. Menjelaskan matlamat dan falsafah
pelbagai program pendidikan awal kanak-
kanak
4. Membuat refleksi menggunakan model
pendidikan awal kanak-kanak didalam
pelaksanaan pembelajaran
RINGKASAN UNIT
1.0 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-
Kanak
2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan
kanak-kanak
3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak
4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas
pendidikan Awal Kanak-kanak
5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan
konvensyen Hak Kanak-kanak 1989.
6.0 Akta 308 dan Akta 550
7.0 Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/
Prasekolah dan ke Tahun Satu.
2
Rangka Isi Pelajaran
PRA 3101
ASAS PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK
Pengenalan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak
Pertumbuhan dan Perkembangan
kanak-kanak
Sejarah Pendidikan Awal Kanak-
kanak
Hak Asasi kanak-kanak
berdasarkan konvensyen Hak
Kanak-kanak 1989
Transisi dari Rumah ke Taska,
Tadika/ Prasekolah dan ke
Tahun Satu.
Pandangan tokoh-tokoh
pengasas pendidikan Awal
Kanak-kanak
Akta 308 dan Akta 550
3
Apa yang anda fahami tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak?
Unit 1.0 : Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari
masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Association for The
Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan
Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program
pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari
lahir hingga ke umur lapan tahun:
Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di luar negara
Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika
pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich
Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah orang pertama
mendirikan tadika di dunia iaitu di Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu
Kindergarten yang bermaksud Garden of Children.Prasekolah pertama di dirikan di
United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Scotland dan diberi
nama The Infant School.
Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama
didirikan pada tahun 1850 oleh Carl
Schruz. Seterusnya pada tahun 1860,
Elizabert Peabody membuka tadika di
Boston. Penubuhan prasekolah di
Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu
kepada kanak-kanak dari golongan yang
berada sahaja. Manakala kanak-kanak
yang miskin terbiar dan tidak mendapat
pendidikan awal.
4
Program Headstart telah dirancang dan
dikelolakan untuk membantu kanak-
kanak yang datang dari kawasan mundur
dan keluarga miskin. Mereka ditempat
kan di satu kawasan dan diberi
kemudahan pembelajaran.
Ciri-ciri Program Headstart
a) Penglibatan Ibu bapa
Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan
pengurusan prasekolah.
b) Kesihatan
Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan,
pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.
c) Pemakanan
Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga
kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi
sendiri.
d) Pendidikan
Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk
perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.
5
e) Perkhidmatan Sosial
Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan
kualiti kehidupan.
f) Ketidakupayaan
Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanak-
kanak kurang upaya atau keperluan khas.
g) Kesihatan Mental
Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa
untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.
Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada
tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand.
Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940
an.
Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat
berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan
Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah
Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika
adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan
program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika
secara ringkas.
Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu
tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
Aktiviti 1.
Apakah perbezaan di antara istilah-istilah ini: Taska, Tadika dan Tabika?
6
Unit 2.0: Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak
Pengenalan kepada konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak
Konsep Pertumbuhan:
Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif dari satu
peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978). Perubahan biasanya
adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari
segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan
kanak-kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa
berumur 3 tahun (Lefrancois, 1990).
Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang
contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya semakin individu
membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat
perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan
seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2002).
Konsep Perkembangan
Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur
tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980).
Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwaran hitam semasa remaja menjadi
putih pada peringkat akhir dewasa.
Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan the concept of development, the orderly,
durable change in a learner resulting from a combination of learning, experience, and
maturation. Jelas, Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah
perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan,
pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).
Aktiviti 2.
Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan
konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan pendidikan awal kanak-
kanak ?
7
Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan
bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri kepada persekitaran dan
bagaimana berubah melalui peredaran masa. Ringkasnya menurut Slavin, perkembangan ialah
Orderly and lasting growth, adaptation, and change over the course of a lifetime. (Ramlan
Jantan & Mahani Razali, 2000).
Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan secara
kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual, bahasa, emosi, social dan moral
seseorang individu (Berk, 2000). Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal, tingkah
laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.
Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan
1. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi.
2. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.
3. Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus.
4. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza
pada setiap individu.
5. Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara
berterusan hingga akhir hayat.
6. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang
kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.
7. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat
tertentu.
8. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak
9. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.
(Mok Soon Sang, 2001)
Aktiviti 3.
Bina satu pengurusan grafik untuk membuat satu perbandingan antara
konsep pertumbuhan dengan konsep perkembangan.
8
Konsep semula jadi dan pemupukan (Nature Vs Nurture)
Faktor semula jadi atau faktor pemupukan, manakah faktor yang paling mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan manusia? Persoalan ini telah menjadi perdebatan yang tiada
kesudahannya. Pada masa sekarang tidak ada jawapan yang tepat mengenai persoalan ini.
Alasannya ialah bergantung kepada beberapa. Pada satu pihak banyak ciri-ciri manusia
dipengaruhi oleh keturunan. Contohnya warna mata anda dipengaruhi oleh keturunan (lebih
kurang 90 peratus). Dengan itu, kita boleh katakan bahawa sebahagian besarnya dipengaruhi
ileh keturunan berbandingan dengan faktor persekitaran. Namun begitu ketinggian juga boleh
dipengaruhi oleh pemakanan, hormon-hormon pertumbuhan dan intervensi persekitaran yang
lain. Ciri-ciri yang lain seperti pembawaan dan perasaan malu adalah sangat dipengaruhi oleh
perwarisan.
Pemupukan (persekitaran) di mana seseorang individu itu membesar dan berkembang adalah
memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku seseorang individu
itu. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun, persekitaran sangat penting. Banyak
faktor-faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan awal kanak-kanak
termasuk pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan
keluarga atau ibu bapa dan peluang-peluang pembelajaran. Keluarga, sekolah, masyarakat
dan rakan sebaya juga memberi kesan kepada perkembangan (Morrison , 2001) menyatakan
faktor semula jadi dan pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan yang normal. Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan manusia
seperti diri kita pada hari ini (Morrison,m.s:193- 195)
Aktiviti 5:
Jelaskan apa yang dimaksudkan Nature vs Nurture
Aktiviti 4.
Kenapa guru perlu memahami konsep pertumbuhan dan konsep
perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak ?
9
Unit 3.0: Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Perkembangan Pendidikan Prasekolah Di Luar Negara.
Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada
abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi,
Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di
dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang
bermaksud Garden of Children. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan
oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama The Infant School.
Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan
seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston.
Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari
golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat
pendidikan awal.
Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun
1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala di
Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.
Sistem pendidikan di luar negara boleh dijadikan panduan untuk kita memahami kepentingan
pendidikan awal kanak-kanak. Perkembangan pendidikan kanakkanak di luar negara dilihat
saling mempengaruhi di antara benua seperti Eropah, Amerika dan Asia.
Eropah
Eropah secara tidak langsung telah merintis sistem pembelajaran kanak-kanak. Bermula dari
zaman Rome, Greek dan negara-negara di sekitar Eropah pada abad-abad berikutnya setelah
kejatuhan kerajaan Rome dan Greek. Setiap abad tertentu telah memperlihatkan kepentingan
hak kanak-kanak dan kemajuan dalam pendidikan mereka.
10
Zaman Rom dan Greek
Kebanyakan sistem pendidikan Eropah hari ini merujuk kepada sistem pendidikan Greek dan
Rome. Beberapa pandangan dan pendapat mereka diguna pakai sebagai asas pendidikan awal
kanak-kanak.
Tanggapan mereka terhadap kanak-kanak
Kanak-kanak yang berumur lapan tahun di anggap dewasa
Pendidikan perlu bermula dari rumah
Apabila kanak-kanak sudah mula bercakap hendaklah diberi pendidikan
Mereka mengamalkan penggunaan ganjaran dalam pendidikan
Deraan dianggap tidak berkesan dalam pendidikan
Pandangan Plato dan Aristotle
Menekankan keperluan pendidikan kanak-kanak di peringkat awal lagi
Mengasaskan sekolah dengan menggunakan model bimbingan kumpulan kecil
Mengajar kanak-kanak lelaki daripada golongan bangsawan kemahiran berfikir, mentadbir,
strategi ketenteraan dan pengurusan perniagaan.
Selepas kejatuhan kerajaan Rome
Pendidikan kanak-kanak terletak dibawah tanggungjawab ibu bapa
Kanak-kanak tidak mendapat pendidikan yang sempurna disebabkan ibu bapa bekerja.
Kanak-kanak perlu membantu kerja-kerja yang dijalankan oleh orang dewasa
Pada waktu yang sama anak-anak golongan istana mendapat keistimewaan untuk bersekolah
Mereka diajar membaca, menulis, mengira dan buku simpankira.
Abad ke 15
Pada abad ke 15 institusi kerajaan tidak memainkan peranan dalam pendidikan
kanak-kanak. Institusi bukan kerajaan telah mengambil inisiatif mendidik kanakkanak.
Kedudukan kanak-kanak
Tidak memndapat tempat dan pengiktirafkan hak perlindungan yang khusus sehingga
penghujung abad ke 15.
Kanak-kanak daripada kelas golongan atasan disediakan peluang pendidikan belajar
menerusi tutor atau sekolah di rumah keluarga yang ternama
Kanak-kanak daripada kelas golongan pertengahan mendapat latihan pendidikan
vokasional
Kanak-kanak daripada kelas gplongan bawahan dan miskin bekerja membantu ibu
bapa.
11
Perubahan di Zaman Pembaharuan
Pendidikan kanak mula diberi perhatian
Pendidikan tidak lagi diberi keutamaan kepada golongan bangsawan sahaja
Member peluang pendidikan untuk semua kanak-kanak termasuk daripada kelas golongan
bawahan dan miskin.
Abad ke 16
Pada abad ini kemajuan dalam bidang kesenian, kesusasteraan dan saintifik mempengaruhi
penentuan corak pendidikan kanak-kanak. Perubahan kerajaan dan
penentangan tokoh-tokoh membantu perkembangan pendidikan kanak-kanak.
Marin Luther
Menentang fahaman Gereja Kahtolik
Mendapat sokongan golongan bawahan menubuhkan Gereja Protestant
Mengubah struktur social dan pendidikan masyarakat umum
Di German
Berlaku penyerahan perkhidmatan pendidikan kepada golongan biasa
Sekolah yang dahulunya dikuasai gereja diserahkan kepada golongan biasa.
Di Belanda
System pengendalikan kelas diperkenalkan dengan nisbah seorang guru untuk sepuluh
orang kanak-kanak
John Comenius
Menulis buku bertajuk The school of Infancy
Menulis buku bergambar yang pertama untuk kanak-klanak bertajuk Orbis Pictus
Mempercayai bahawa perancangan pengalaman yang teliti adalah diperlukan untuk
mencetus minda yang terbendung dan kanak-kanak belajar menerusi perlaku pada
objek.
12
Rajah 1; Orbis Pictus
Abad ke 17
Pada abad ke 17 penulisan tentang keperluan perlindungan kanak-kanak telah membawa
perubahan di kalangan masyarakat. Sebelum ini kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak
dibezakan cara pendidikannya dengan kanak-kanak yang lebih tua umurnya.
Johann Pestalozi
Menulis How Gertrude Teachers Her Children
Memberi penekanan pendidikan di rumah
Menekankan pembelajaran secara penemuan
Abad ke 18
Pada abad ke 18 memperlihatkan penekanan sistem pendidikan kanak-kanak. Berlaku
pengenalan terhadap pendidikan awal kanak-kanak pada zaman ini.
Robert Owen
Menubuhkan nursery school di New Lanark Cotton Mills, Britain. Mempercayai sekolah dapat
membendung pengaruh negative yang terdapat di rumah.
Freidreich Froebel
13
Menubuhkan Kindergarten childs garden yang pertama di Blandenburgh, Jerman.
Mempercayai kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk memilih akativiti yang diminati.
Abad ke 19
Pada abad ke 19 perkembangan pendidikan awal kanak-kanak menjadi keperluan masyarakat
untuk mendidik kanak-kanak dengan lebih sempurna. Beberapa tokoh pendidik telah
mengasaskan pendekatan pendidikan awal kanak-kanak.
Maria Montessori
Membuat pembaharuan dalam pendidikan kepada kanak-kanak miskin yang tinggal di kawasan
stinggan sekitar Bandar Rome, Itali.
Lori Malaguzzi
Berjaya mengamalkan satu konsep pendekatan konstruktivisme dalam pendidikan awal kanak-
kanak yang diberi nama Reggio Emilia sempena nama sebuah Bandar di Utara Itali.
Rajah 2 : Urutan Peristiwa di Eropah
Amerika
14
Amerika merupakan sebuah negara yang pada peringkat awalnya mengambil idea dan konsep
pendidikan awal kanak-kanak dari Eropah. Mereka memperkembangkan dan mengubahsuaikan
idea dan konsep mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat setempat. Banyak kajian
dijalankan di peringkat universiti bertujuan untuk memantapkan pelaksanaan yang memberi
kesan positif kepada kanak-kanak. Latihan perguruan yang bersistematik hingga ke peringkat
tinggi diberi keutamaan dengan tujuan menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Abad 18
Pada peringkat awal penghijrahan pendatang awal dari Eropah ke Amerika. Mereka
lebih mementingkan penerokaan dan mencari tempat tinggal di negara baru.
Jadual 3 : Urutan Peristiwa di Amerika Syarikat
Asia
Perkembangan pendidikan kanak-kanak di Asia bermula di negara-negara Asia Barat dan
Timur Tengah. Kemajuan perkembangannya selari dengan Eropah. Pendidikan yang diterima
oleh orang-orang di Asia kebanyakkannya dipengaruhi unsur-unsur keagamaan, kepercayaan,
falsafah dan budaya. Ramai tokoh-tokoh agama dan pemikir telah memberi sumbangan
terhadap bimbingan kanak-kanak.
15
Di Timur Tengah
Pendidikan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada agama Islam dan aianya
mengambilkira beberapa pandangan tokoh-tokoh agama seperti Imam Al-Ghazali, Ibnu Sina
dan Ibnu Khaldun
Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia
Zaman Sebelum Merdeka
Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan
berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang
berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru
sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah.
Zaman Selepas Merdeka
Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-
Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek Head Start di Amerika
Sharikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg.
Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang
beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.
Pada tahun 1970, KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang
dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan
prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun
1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan
Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.Tahun
1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah
rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.
KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan
Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada
masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan
miskin.
16
Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat
Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya.
Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai
program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan
daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai
pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan
prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program
peluasan prasekolah.
Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan peluasan
prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga bertambah dari
setahun ke setahun.
Status Masa kini
Program pendidikan awal kanak-kanak pada masa ini telah diusahakan oleh pelbagai badan
agensi sama ada kerajaan, swasta, persendirian dan sukarela. Setiap agensi memainkan
peranan penting untuk memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak dan dapat
menjamin perlindungan kanak-kanak
Agensi Kerajaan
Agensi kerajaan telah memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Antara
agensi yang terlibat ialah Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara &
Integrasi Nasional, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kementerian Pelajaran
Kepentingan pendidikan prasekolah mula diambil perhatian yang serius oleh pihak
Kementerian Pendidikan bertujuan untuk menyeragamkan kurikulum dengan
menyediakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah.
Langkah seterunya Kementerian Pendidikan menjalankan satu percubaan di beberapa
buah sekolah rendah yang dipilih untuk tujuan melakasanakan program prasekolah yang
berkesan.
17
Program rintis itu dikenali sebagai Prasekolah Annex.
Program Sekolah Annex ini melibatkan sebanyak 1105 kelas di sekolah rendah dan 26
buah kelas di Maktab Perguruan Malaysia
Guru besar sekolah rendah merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap
pentabiran sekolah dan prasekolah.
Guru prasekolah dibantu oleh pembantu guru untuk mengendalikan kelas prasekolah
Selepas penggubalan Akta Pendidikan 1996 Kementerian Pelajaran meneruskan
dan membuat pengunjuran supaya semua sekolah rendah bantuan kerajaan
mengadakan kelas prasekolah.
Memandangkan tidak semua kanak-kanak menghadiri kelas tadika, pihak Pusat
Perkembangan Kurikulum Menyediakan program transisi bagi kanak-kanak
yang memasuki darjah satu yang dimulakan pada tahun 2000.
Pada tahun 2002 perluasan kelas prasekolah Kementerian Pelajaran sebanyak
100 buah kelas.
Perluasan pada tahun 2003 meningkat sebanyak 1500 buah kelas prasekolah
Kementerian Pelajaran.
Pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan diwajibkan kepada semua
tadika sama kerajaan mahupun bukan kerajaan.
Pada tahun 2004 perluasan sebanyak 400 buah kelas prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Pada tahun 2005 perluasan sebanyak 700 buah prasekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Pada tahun 2006 perluasan sebanyak 493 buah prasekolah Kementerian Pelajaran
18
Malaysia.
Jumlah keseluruhan prasekolah sehingga Januari 2006 iaitu 4424 buah
prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mengikut prancangan Kementerian Pelajaran pada akhir Rancangan Malaysia
ke 9 (2010) semua sekolah rendah bantuan kerajaan mempunyai kelas
prasekolah.
Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah menawarkan mata pelajaran
yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak mulai tahun 1987 di
sekolah menengah vokasional dan tahun 2004 di sekolah menengah akademik
untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak berumur antara 4
hingga 6 tahun
Kelas tadika biasanya terletak di kawasan Bandar yang dihadiri oleh kanak-kanak
berbagai kaum.
Matlamatnya untuk memupuk perpaduan nasional di peringkat kanak-kanak.
Tadika di jabatan ini menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010)
Pertambahan kelas tadika meningkatkan berdasarkan keperluan.
Jabatan Kemajuan Masyarakat
Jabatan ini menyediakan perkhidmatan taska dan tabika untuk kanak-kanak di luar
Bandar
Matlamat tabika adalah untuk menyediakan pendidikan awal sebelum mendapat
pendidikan formal di sekolah rendah.
19
Tabika/ Tadika dijabatan ini menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
Manakala taska bertujuan untuk membantu pengasuhan anak-anak semasa ibu bekerja.
Pertambahan bilangan taska dan tadika meningkat mengikut keperluan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan ini mengawal pengusaha taman asuhan kanak-kanak dari penubuhann dan
pemantauan kepatuhan Akta 308.
Jabatan ini menyediakan garis panduan latihan pengasuh taska.
Penubuhan taska di tempat kerja adalah di bawah pengawasan jabatan ini.
Jadual Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia
Tahun Malaysia Masa Kini
1969 Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur melatih 10 orang guru untuk
projek rintis kelas tadika
Jabatan Perpaduan Negara melatih guru tadika
1987 Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokesional Kementerian Pelajaran
Malaysia-menawarkan mata pelajaran Asuhan Kanak-kanak dan mengasuh
dan membimbing kanak-kanak taingkatan 4 & 5
2004 Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Pusat Perkembangan
Kurikulum menawarkan mata pelajaran Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-
kanak untuk Tingkatan 4 & 5
2006 Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia
Pemurnian mata pelajaran Perkhidmatan Awal Kanak-kanak dan Pengajian
Perkembangan Awal Kanak-kanak.
Agensi Swasta
20
Agensi swasta turut memberi perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak. Berbagai agensi
swasta yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan Kanak-kanak terdiri
daripada badan korporat (contohnya Telekom, Petronas) perkilangan, bank dan pengusaha
persendirian.
Penubuhan taska dan tadika di tempat kerja bertujuan untuk memberi kemudahan
penjagaan anak kepada kakitangan yang bekerja.
Manakala pengusaha persendirian menawarkan perkhidmatan kepada komuniti di
persekitaran kawasan perumahan dengan mengenakan kadar bayaran tertentu.
Semua tadika anjuran agensi swasta diwajibkan menggunakan kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (2010)
Badan Sukarela
Persatuan wanita banyak member sumbangan kea rah pendidikan kanak-kanak
contohnya PERTIWI
Sumbangan badan sukarela meliputi pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja, kanak-
kanak istimewa rumah kebajikan kanak-kanak.
Matlamat penubuhan ini adalah untuk berkongsi kepakaran kepada masyarakat melalui
kerja-kerja amal.
Unit 4.0: Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Aktiviti 6:
1. Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.
2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia
secara umum.
21
Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangan anda, adakah
pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada
peringkat awal?
Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;
1. Imam Al-Ghazali
2. Ibnu Khaldun
3. Jean Jacques Rousseau
4. Johann Heinrich Pestalozzi
5. Friedrich Froebel
6. Maria Montessori
4.1 IMAM Al-GHAZALI
.
Pandangan / Idea-idea beliau
Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada
orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.
Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci
badan, berwuduk dan bersembahyang.
Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak
berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan
tidak berbangga.
Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di
sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan
di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad
bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.
Tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor
Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi
Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak
jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau
yang termashur ialah Ihya Ulumuddin
22
Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang,
jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.
Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan
menimbulkan kebencian mereka.
Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:
- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.
Nasihat beliau kepada guru supaya:
- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model
tingkah laku yang baik.
4.2 IBNU KHALDUN
Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada
zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan
pendidik.
Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar,
pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu
dan latihan.
Pendapat beliau pada peringkat permulaan:
Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:
- Berperingkat-peringkat
- Mengadakan latih tubi
23
- Menggunakan benda-benda maujud
- Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan
mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:
- Tidak mahu belajar
- Mencerca pengajaran yang diberi
Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-
contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.
Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum
menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran
barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.
Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami
apa yang disampaikan.
Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang
rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi
pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu
helah dan tidak berperikemanusiaan.
Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam
waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik.
Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah
dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.
Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk
peribadi kanak-kanak.
4.3 JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1772-1778)
24
Beliau merupakan seorang ahli falsafah, penulis dan pembina teori sosial.
Biodata
Belaiu telah dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 28hb. Jun 1712 dan meninggal dunia di
Paris, Perancis pada tahun 2hb Julai 1778.
.
Sifat Peribadi
Ketika kanak-kanakyang cerdik, penting kepada diri sendiri, tidak berdisiplin dan
neurotik.
Sikap buruknya kesan daripada kematian ibunya selepas beliau dilahirkan..
Zaman kanak-kanaknaya amat menyedihkan kerana berada dibawah jagaan ibu tiri dan
bapa sehingga berumur 10 tahun
Mengabaikan 5 orang anaknya dengan meletakannya di rumah kebajikan.
Pandangan Terhadap Pendidikan
Menggap kanak-kanak dilahirkan baik tetapi manusia yang mempengaruhi kebaikan
tersebut.
Pendidikan akan terhasil dan berkembang jika seseorang itu diberikan kebebasan
belajar secara langsung dengan al;am sekitar.
Berkonsep pada naturalisme dimana kanak-kanak perlu dibiarkan membesar mengikut
kebolehan semula jadi mereka.
Kanak-kanak perlu diberi pendidikan yang baik supaya dapat menyuburkan minat
mereka melalui aktiviti yang dapat menggembirakan mereka.
Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar sebelum dia bersedia.
25
Kanak-kanak dengan sendiri suka mencari ilmu.
Peranan guru menasihat dan memerhati perkembangan kanak-kanak ketika mengajar.
Kanak-kanak adalah unik dan perlu dihargai.
Memastikan bahan pengajaran yang konkrit pada kanak-kanak.
Pendangannya berdasarkan persepsi deria yang diteruskan oleh Pestalozzi, Froebel
dan Montessori.
4.4 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 1827)
Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka
sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama
Neohof
pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di
rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan
dan tulisan.
Idea-idea beliau mengenai pendidikan
Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada
padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang
abstrak.
Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria.
Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.
Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran
konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa
dan menyentuh.
Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran.
Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping).
Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.
26
4.5 FRIEDRICH FROEBEL (1782 1852)
Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai
Bapa Tadika. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman
kanak-kanak yang dinamakan Kindergarten. Beliau adalah
seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara
semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan
manifestasi terhadap Tuhan.
Menurut beliau kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun,
kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam
persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main
Antara idea-idea Froebel ialah:
1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian
kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik
yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-
gambar.
2. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah
sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.
3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek
untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.
4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada
pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.
5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial
kanak-kanak.
6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.
7. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah
berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.
8. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi
kebebasan.
9. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.
27
10. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya
menimbulkan minat dalam pembelajarannya.
11. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah
penting bagi kanak-kanak.
12. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama
lain.
4.6 MARIA MONTESSORI (1870 1952)
Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik
kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau
menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori
menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak
belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan
daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan
bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan
latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat
dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu,
persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting
dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-
kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.
Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak
pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;
a. Minda yang mudah menyerap
Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima
melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang
kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman
ini daripada saat kelahiran lagi.
B. Persekitaran yang tersedia
28
Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang
lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan
kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara
menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.
C. Didikan diri
Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti
yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan
pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka
apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-
kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal.
Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.
d. Bahan pembelajaran
Guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas
kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut
Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak
daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan
susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran
praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan
dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman
berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui
pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.
e.Tempoh sensitif
Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu
kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan
minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa
tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.
Menurut falsafah Montessori;
1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan
pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
29
2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak
menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar
perkembangan seseorang kanak-kanak.
3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada
orang dewasa.
4. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara
demikian apabila dewasa kelak.
5. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis
pembelajaran.
6. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak
berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan
kegunaan bahan manipulatif dan betul diri.
7. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.
8. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan
bersaiz kanak-kanak.
9. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak
belajar secara bebas.
10. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah
pembelajaran mereka.
Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu
berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah:
- Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.
- Konsep kebebasan
- Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
- Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.
- Pentingnya disiplin diri
- Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak
- Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak
mengajar diri mereka sendiri.
- Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan
hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.
30
Unit 5.0: Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989
Hak Asasi Kanak-Kanak
Konvensyen ini telah diterima pada tahun 1989, menandakan kemuncak kerja advokasi selama
lebih enam dekad beberapa kumpulan orang tertentu dan konsensus kerajaan-kerajaan dunia.
Konvensyen ini adalah dokumen paling komprehensif yang menetapkan prinsip-prinsip etika
dan norma-norma tingkah laku antarabangsa terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak adalah lahir
dengan hak asasi semua manusia.
Pengharapan
Aktiviti 7:
1. Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam
iaitu Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal
kanak-kanak.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Taman Kanak-kanak
yang dinyatakan oleh Friedrich Froebel?
3. Jelaskan konsep asas dalam pembentukan kurikulum awal kanak-
kanak oleh Maria Montessori.
31
Setiap generasi baru memberi harapan kepada umat manusia. Jika kelangsungan hidup dan
perkembangan kanak-kanak dapat dipastikan, jika kanak-kanak dilindungi daripada bahaya
dan exploitasi dan mereka berkemampuan ikut serta mengambil keputusan dalam segala hal
yang mengaitkan mereka, tertubuhlah asas bagi satu masyarakat yang adil yang kita
kehendaki dan yang patut diterima oleh kanak-kanak.
PRINSIP-PRINSIP YANG DIGARISKAN
Tidak ada diskriminasi
Semua hak dikenakan kepada semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, warna, jantina,
bahasa, agama, pendapat politik, asal negara, etnik atau masyarakat, harta, ketidakupayaan,
kelahiran atau tarafnya atau ibu bapa/penjaganya.
Kepentingan terbaik kanak-kanak
Pertimbangan utama dalam segala hal ialah kepentingan yang terbaik bagi kanak-kanak.
Hak untuk hidup dan berkembang
Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dan berkembang dalam semua aspek kehidupan
mereka, termasuk aspek jasmani, emosi, psiko-sosial, kognitif, sosial dan kebudayaan.
Ikut serta
Kanak-kanak hendaklah dibolehkan ikut serta secara aktif dalam segala hal yang melibatkan
kehidupan mereka dan bebas untuk memberi pendapat. Mereka mempunyai hak untuk
didengar dan diambil peduli secara serius.
DEFINISI
Siapa dia kanak-kanak?
Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun, nelainkan jika undang-undang menyatakan
usia dewasa kurang daripada 18 tahun.
32
KATEGORI HAK
Hak kepada kesihatan dan kebajikan asas
Hidup dan berkembang
Taraf kehidupan yang memadai
Taraf kesihatan yang paling tinggi yang dapat dicapai dan perkhidmatan kesihatan yang
berkesan
Hak kepada pembelajaran, aktiviti masa lapang dan kebudayaan
Pembelajaran yang dapat mengembangkan sahsiah, kebolehan bakat, mental dan fizikal ke
tahap yang paling tinggi, yang menggalakkan rasa hormat kepada keluarga, identiti
kebudayaan dan bahasa. Pembelajaraan yang dapat menyediakan kanak-kanak untuk
menghadapi kehidupan sebagai seorang dewasa yang lengkap dan aktif.
Hak kepada perlindungan khusus
Hak untuk dilindungi dalam keadaan darurat seperti pertempuran bersenjata
Apabila kanak-kanak dalam keadaan berkonflik dengan undang-undang.
Dalam situasi kanak-kanak dieksploitasi seperti dijadikan buruh, penyalahgunaan
dadah, eksploitasi atau penderaan seksual, penjualan, perdagangan dan penculikan.
Hak untuk dilindungi dari diskriminasi dalam apa jua bentuk
Hak sivil dan kebebasan
Hak untuk memilki nama dan kewarganegaraan
Kebebasan memberi pandangan, pendapat, suara hati dan agama (dengan
menghormati hak-hak dan tanggungjawab ibu bapa dan penjaga).
Hak untuk bergabung dan berkumpul secara aman (dengan menghormati hak-hak dan
reputasi orang-orang lain atau bagi perlindungan keamanan kebangsaan atau
ketenteraman awam atau kesihatan awam atau moral).
33
Perlindungan daripada penyeksaan atau perlakuan atau hukuman yang kejam dan tidak
berperikemanusiaan
RINGKASAN HAK UTAMA
Hak untuk hidup.
Hak kepada permakanan yang cukup, badan yang sihat dan aktif.
Hak untuk memiliki nama dan kewarganegaraan.
Hak untuk diberi perlindungan terhadap penganiayaan, eksploitasi, pengabaian,
keganasan dan bahaya.
Hak untuk melahirkan pandangan dan diberikan pertimbangan sewajarnya menurut
umur dan kedewasaan.
Hak menerima maklumat (lisan, bertulis atau bercetak) terutamanya yang bermaksud
untuk menggalakkan kesejahteraan sosial, keagamaan dan moral dan kesihatan
jasmani dan mental kanak-kanak.
Hak kanak-kanak yang kehilangan upaya kepada perubatan, penjagaan dan
pembelajaraan yang khusus untuk memastikan maruah diri, menggalakkan
kepercayaan diri dan memudahkan kanak-kanak ikut serta secara aktif dalam
masyarakat.
Hak untuk tidak dipisahkan daripada ibu bapa (melainkan difikirkan mustahak demi
kesejahteraan kanak-kanak itu).
Hak untuk dijaga (ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan keadaan hidup yang
perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu, mengikut kemampuan dan keupayaan
mereka).
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang utama dalam mengasuh kanak-kanak tetapi
pihak Kerajaan hendaklah memberikan bantuan yang bersesuaian dalam hal
pelaksanaan tanggungjawab ini dan memastikan perkembangan institusi-institusi yang
bersesuaian.
34
Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga
meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab perlindungan oleh
keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi perlindungan undang-undang dan
perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir,
kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakan satu
peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-
kanak.
Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai
untuk kanak-kanak?
Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan
Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1
hingga Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan
kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.
PERKARA 6
1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak
sedia ada untuk hidup.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh
kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.
Kewujudan dan perkembangan
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai obligasi
untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.
PERKARA 18
35
1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk
memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai
tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa
atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang,
mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak.
Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas.
Tanggungjawab ibu bapa
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara
hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan bantuan yang
sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.
2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini,
Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa
dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran
anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan
perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk
memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat
faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.
PERKARA 27
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang
mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-
kanak itu.
Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan
fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang
mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh
36
dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan
anak-anak mereka.
2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak
itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan
keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-
kanak itu.
3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka,
hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan
orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini
dan hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan program
sokongan, terutamanya berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.
4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk
menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau
orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik
dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang
mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara
yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah
menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian
sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.
PERKARA 28
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan
tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang
yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:
(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada
semua;
(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk,
termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan
terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya
37
seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan
kewangan jika diperlukan;
(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-
tiap cara yang sewajarnya;
(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan
terbuka kepada semua kanak-kanak;
(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di
sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.
Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan
bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam
berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan
pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah
selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam
kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk
memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan
kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama
antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan
tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh
dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah
pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan
kepada keperluan negara-negara membangun.
PERKARA 29
1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah
dihalatujukan kepada:
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada
tahap potensi yang paling tinggi;
38
Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi
prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa
dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu,
negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada
tamadunnya sendiri;
Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang
bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan
persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan
orang yang asal usulnya penduduk asli;
Unit 6.0: Akta 308 dan Akta 550
Akta 308
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Akta 308) merupakan satu Akta untuk mengadakan
peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-
kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.
Akta Taman Asuhan kanak-kanak adalah termaktub di dalam undang-undang Malaysia
Akta ini merupakan garis panduan yang mesti dipatuhi sama ada untuk pendaftaran,
pengawalan dan pemantauan.
Semua taman asuhan kanak-kanak sama ada di tempat kerja, persendirian, institusi
adalah tertakluk kepada akta
Akta diwujudkan bertujuan untuk menjamin kualiti perkhidmatan kanak-kanak.
Sekiranya tidak mematuhi akta dan peraturan yang telah ditetapkan boleh akan didawka
di mahkamah.
Berikut dijelaskan beberapa seksyen yang secara umum perlu diketahui
39
Seksyen 2 Taman asuhan kanak-kanak sekurang-kurang terdapat 4 orang kanak-kanak di
bawah umur 4 tahun dan orang yang menjaga kanakkanak
dibayar upah
Seksyen 3 Akta ini dikecualikan untuk hospital, tadika dan rumah kanakkanak
yang dikendalikan oleh kerajaan
Seksyen 4 Semua taman asuhan kanak-kanak mesti didaftarkan di bawah
Kebajikan Masyarakat
Seksyen 5 Terdapat dua kategori taman asuhan kanak-kanak: (a) Taman asuhan kanak-
kanak di rumah jumlah kanak-kanak kurang daripada 10 orang; (b) Taman asuhan
kanak-kanak di institusi bilangan 10 orang atau lebih.
Seksyen 6 (2) Denda kali pertama tidak melebihi RM1000.00. Kesalahan bagi kali kedua dan
sterusnya dikenakan denda tidak melebihi RM2000.00.
Seksyen 11 (3) Tiap-tiap perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan seksyen
ini adalah sah selama dua belas bulan kalendar.
Seksyen 12 Pendaftaran taska boleh dibatalkan jika tidak mematuhi peraturan, tidak
memaklumkan perubahan terkini, dan pemilik taska yang melibatkan keburukan
akhlak
Seksyen 14 Pegawai yang diberi kuasa berhak memeriksa taska dari
segi kesihatan, pengurusan, peralatan, persekitaran dan kecemasan
Seksyen 15 dan 16 : Pihak berkuasa boleh memberi arahan secara bertulis untuk menutup sementara
taman asuhan jika didapati membahayakan kanak-kanak
Seksyen 24: Permohonan boleh dibuat untuk menerima kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas
dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa
.
Peraturan Taman asuhan kanak-kanak di Institusi (1985) merupakan lanjutan daripada Akta
Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
Penerangan peraturan secara umum adalah seperti berikut:
Peraturan 1 : Peraturan taman asuhan kanak-kanak 1985 mula berkuatkuasa
mengikut tarikh akta
Peraturan 5(1): Rujuk jadual nisbah kanak-kanak dan pengasuh seperti yang ditunjukkan dalam
jadual di bawah;
.
Bilangan
kanak-kanak
Kumpulan
umur
Bilangan penjaga
kanak-kanak
Bagi tiap-tiap lima orang kanak- Di bawah tiga tahun Seorang
40
kanak atau kurang
Bagi tiap-tiap sepuluh orang
kanak-kanak atau kurang
Di antara tiga dengan
empat tahun
Seorang
Bagi tiap-tiap empat orang
kanak-kanak tak upaya atau
kurang
Di bawah empat
tahun
Seorang
Peraturan 6(1) Umur dan kelayakan penjaga kanak-kanak (pengasuh) ialah 18 tahun ke atas.
Mereka hendaklah mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak
Peraturan 7(1) Rekod peribadi kanak-kanak perlu dikemaskini contohnya rekod kesihatan,
kemajuan, kedatangan dan kecemasan.
Peraturan 8 Menegaskan perlu ada program aktiviti harian di taska.
Peraturan 12 Tiap-tiap taska hendaklah mempamerkan nama taska dengan
menggunakan Bahasa Kebangsaan
Peraturan 13 Perakuan pendaftaran hendaklah ditunjukkan di tempat
yang jelas.
Peraturan 14 Dilarang mendera kanak-kanak.
Peraturan 19: Keadaan bangunan taska hendaklah mematuhi syarat rekabentuk, pembinaan,
ketahanan api bertujuan untuk kesihatan dan keselamatan kanak-kanak
Peraturan 23 Setiap taska hendaklah menjalankan latihan kebakaran serta
memastikan pintu keluar masuk bangunan bebas daripada halangan pada
setiap masa.
Peraturan 24: Keluasan ruang lantai bagi setiap kanak-kanak ialah 3.5 meter persegi.
Peraturan 25 Kemudahan tandas perlu disediakan dengan nisbah 1 tandas untuk 10 orang
kanak-kanak
Peraturan 26 Bekalan air yang mencukupi dan bersih.
Peraturan 28 Menyediakan makanan yang sempurna berkhasiat dan seimbang.
Peraturan 29 (3): Pemerhatian ke atas rupa, kebersihan, kesihatan diri,suhu, masalah kulit dan
apa-apa keadaan yang luar biasa hendaklah dikesan setiap kali datang di
waktu pagi.
Peraturan 30(1): Taska hendaklah menyediakan peralatan permainan yang
mencukupi dan sesuai
Peraturan 31 Merokok dan meludah adalah dilarang di taska
Peraturan 33 (2): Jika terdapat kes penyakit berjangkit laporkan segera kepada pegawai
perubatan.
Peraturan 35(1) Menyediakan kotak pertolongan cemas yang diletakkan di tempat yang tidak
boleh dicapai oleh kanak-kanak
Peraturan 36 Mendapatkan persefahaman dan kerjasama dari ibubapa berhubung dengan
pengurusan, kesihatan, pemakanan dan kelakuan kanak-kanak
Peraturan 39 Jika melanggar peraturan dan bersabit kesalahan akan dikenakan denda
sebanyak satu ribu ringgit atau penjara selama enam bulan atau kedua-
duanya
Peraturan 40(1): Bayaran perakuan pendaftaran dikenakan sebanyak lima puluh ringgit.
Peraturan 40(2): Bayaran pemeriksaan daftar dikenakan sebanyak tiga ringgit.
.
Kemudahan
41
Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang
memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka
di tempat kerja.
Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak
dibawah usia 4 tahun.
Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan
keselamatan.
Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar
Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi kesalahan
kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2,000.00.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan.
Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah
untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan
kelulusan.
Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa
premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan
menjamin bahawa:
1. Kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah
memuaskan;
2. Buku daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan
sempurna;
3. Peralatan didalam bilik yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;
4. Struktur, kesihatan dan kebersihan hendaklah diselengarakan dengan baik;
5. Pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa
bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang
diasuh dalamnya". Prosedur Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Latar
Belakang Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) didefinasikan sebagai premis di mana
empat atau lebih kanak-kanak di bawah 4 tahun diterima masuk untuk dijaga dengan
42
upah
Permohonan
Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan ProsedurMemproses Permohonan
Penubuhan TASKA berharga RM10.00 di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat
Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia (Ibu Pejabat). Buku ini secara amnya, menggariskan kehendak-kehandak Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan
Jabatan Kesihatan.
Setelah membaca buku itu, sekiranya masih terdapat kekeliruan tentang maklumat yang
disediakan, pemohon bolehlah berhubung terus dengan mana-mana pegawai TASKA di
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan memandangkan mereka lebih mahir
mengenai kehendak 3 agensi teknikal setempat.
Pemohon mendaftarkan operasi TASKAnya samada dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan
atau Pertubuhan.
Pemohon mengemukakan permohonan kepada 3 agensi teknikal di atas bagi mendapatkan
kelulusannya dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen
sokongan yang lengkap.
Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian,
senarai aktiviti bersama ibubapa, pelan lantai beserta pengiraannya dan melengkapkan
Borang Permohonan (Jadual 2).
Pemohon mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah berkaitan dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan
iaitu:
1. Jadual 2 yang telah dilengkapi
2. Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan
Penyelamat serta Jabatan Kesihatan)
3 .Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang)
beserta pengiraannya
4. Senarai aktiviti harian
5. Senarai menu
6. Senarai aktiviti bersama ibubapa
7. Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Pertubuhan 8. Senarai kakitangan (nama, no.k/p,
43
jawatan dan sijil)
8.Wang pos/cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
Nota: senarai menu dan aktiviti disediakan mengikut peringkat umur iaitu bagi kanak-kanak di
bawah 2 tahun dan 2-4 tahun
Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap, pemohon akan
diminta oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan untuk melengkapkannya atau
mengemukakan maklumat tambahan.
Bagi permohonan yang lengkap, seliaan oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan
akan dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri.
Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri sebelum
dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)
Permohonan akan diproses dan sekiranya ianya lengkap dan mematuhi Akta dan
Peraturan TASKA, suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah
setahun dari tarikh mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
Malaysia akan dikeluarkan.
Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu set Borang
Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 untuk dilengkapi dan mengemukakan
permohonan itu beserta dokumendokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i)
kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan.
Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah
permohonannya lengkap.
CARTA ALIR PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA
(BARU/PENDAFTARAN SEMULA)
Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada
harga RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran
Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM
44
Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan
Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu
Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta
Jabatan Kesihatan
Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD
yang berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas
nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD
Permohonan dikemukakan ke JKMN
Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di
JKMN
Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)
Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah
Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan
Kelulusannya
Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama
setahun dikeluarkan
Akta 550
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi mengadakan
peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sejauhmanakah Akta
Pendidikan 1996, mempengaruhi penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia?
45
Pendidikan Prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat
hingga enam tahun.
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang
berkaitannya.
Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.
Dan Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia
menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saingn
tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
Dan Bahawasanya pendidikan mempuyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara
demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan
sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan satu masyarakat yang
bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.
Dan Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang
bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia.
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan )
Dan Bahawasanya dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui satu sistem
pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.
Terdapat 16 Bahagian:
Bahagian 1 : Permulaan
Bahagian 11 : Pentadbiran
Bahagian 111 : Majlis Penasihat Pend. Keb.
Bahagian 1V : Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Bahagian V : Penilaian Dan Peperiksaan
Bahagian VI : Pendidikan Tinggi
Bahagian VII : Institusi Pendidikan Swasta
Bahagian VIII : Pendaftaran Institusi Pendidikan
Bahagian IX : Pendaftaran Guru
Bahagian X : Jemaah Nazir Sekolah
Bahagian XI : Kewangan
Bahagian XII : Rayuan
Bahagian XIII : Peraturan-Peraturan
Bahagian XIV : Kesalahan dan Penalti
Bahagian XV : Pelbagai
Bahagian XVI : Peralihan Dan Pemansuhan
Bahagian II: Pentadbiran
46
1. Perlantikan dan Kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan
2. Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain
3. Ketua Pendaftar dan Guru
4. Ketua Nazir Sekolah Dan Nazir Sekolah.
5. Pengarah Peperiksaan
6. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas
Bahagian III : Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan Fungsi dan Kuasa Majlis
Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan
Bab 1- Sistem Pendidikan Kebangsaan
1. Jenis Sistem Pendidikan Kebangsaan:
Pendidikan Prasekolah
Pendidikan Rendah
Pendidikan Menengah
Pendidikan Lepas menengah dan
Pendidikan Tinggi
Tidak termasuk sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa
2. Kategori Institusi Penddidikan
Institusi Pendidikan Kerajaan
Institusi Pendidikan Bantuan kerajaan
Institusi swasta
3. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Pengantar utama kecuali sekolah jenis
kebangsaan maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai bahasa
kebangsaan
4. Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah
5. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.
Bab 2- Pend. Prasekolah
1. Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika
2. Kuasa Menteri untuk tubuhkan tadika
3. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika
4. Bahasa Pengantar di tadika (bahasa lain boleh digunakan, tapi Bahasa
Kebangsaan wajib sebagai satu matapelajaran.
5. Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak
47
Bab 3- Pendidikan Rendah
1. Menteri - Mengadakan Pendidikan Rendah.
2. Penubuhan & Penyenggaraan Sekolah Kebangsaan dan Sek. Jenis Kebangsaan.
3. Tempoh Pendidikan Sekolah Rendah (enam tahun)
4. Pendidikan Sekolah rendah wajib
Bab 4- Pendidikan Menengah
1. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah
2. Boleh mengadakan Kelas Peralihan
Bab 5 Pendidikan Lepas Menengah
Menteri boleh mengadakannya di sek. Men. Keb atau maktab atau inst. Pend. Lain
Bab 6- Institusi Pendidikan Lain
Menteri boleh menubuhkan & menyenggarakan inst. Pend. Spt maktab, sekolah khas,
politeknik dan inst. Pend. Lain.
Menteri boleh beri sumbangan bantuan kpd. Inst. yang tidak ditubuhkan olehnya.
Bab 7- Pend. Teknik & Politeknik
1. Pend. Teknik di sek men. Keb dan institusi pend. yang lain.
Kuasa menteri
Menyediakan kemahiran
2. Politek. boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang
diluluskan oleh Menteri
3. Kerjasama dgn inst. lain dan organisasi perindustrian dlm pend. Teknik & Vokasional
Tertakluk kpd kelulusan Menteri
Tertakluk kpd terma dan syarat Menteri.
4. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dgn ijazah yg diberikan oleh
universiti,
5. Kuasa utk membuat peraturan berhubung dengan politeknik
Penubuhan lembaga atau badan untuk mengawasi dabn mengubahsuai kurikulum
dan prog. latihan
Menjalankan pengukuran atu penilaian atau mengendalikan peperiksaan
Penganugerahan sijil/dip
48
Disiplin murid
Penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana
majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum
Bab 8 Pendidikan Khas
1. Menteri hendaklah mengadakan pend. Khas di sek khas/mana-mana sek ren/men
yang difikirkan sesuai & manfaat.
2. menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh & kur. pend.khas
Mematuhi kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabahnya praktik.
Bab 9- Pendidikan Guru
1. Tiada seorangpun boleh menubuhkan maktab pend. guru melainkan dgn kelulusan
Menteri.
2. Semua maktab didaftarkan
3. Maktab anugerah sijil dan apa-apa kelayakan lain
4. Maktab hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajian & prog. latihan yang
diluluskan oleh Menteri
Bahagian IX: Pendaftaran Guru
Bab 1 Pendaftaran Guru
1. Larangan mengajar: tidak boleh mengajar tanpa didaftarkan
2. Daftar Guru( D.G ): Ketua Pendaftar ( K.P ) mesti simpan suatu Daftar Guru
3. Permohonan borang & prosedur tetap- kpd K.P
4. K.P boleh enggan daftarkan guru :
Umur < 18 tahun
Tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar
Membuat pernyataan palsu
Kecacatan jasmani/mental/penyakit
Telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah
Bab 2 Permit Mengajar
1. K.P boleh mengeluarkan suatu permit mengajar kpd yg bukan guru berdaftar:
Memohon didaftarkan sbg guru dan permohonannya belum diputuskan
lagi
49
Seseorang yg diperlukan sebagai guru sementara
2. Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa & ikut budi bicaranya,
membatalkan suatu permit mengajar dgn memberikan notis bertulis
Bahagian XIV
132. Kesalahan dan penalti
(1) pernyataan palsu atau mengelirukan dalam promosi institusi
pendidikan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atu dipenjara selama
tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
133 Kesalahan dan penalti berhubunga dengan pendaftaran guru.
.(c) bertindak sebagai guru di suatu institusi yang tidak berdaftar
(didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
134 Kesalahan dan penalti berhubung dengan nazir
(a) menghalang atau mengendalakan ketua nazir atau nazir sekolah
dalam menjalankan tugas.
(b) Enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan
pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen .
(c) Memberi maklumat palsu
Didenda tiga puluh ribu ringgit atau penjara dua tahun dan kedua-
duanya,
Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996 memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk
menubuhkan dan menyenggara tadika. Seksyen ini membolehkan kementerian mengadakan
kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan
berpendapatan rendah.
Pernyataan di atas dapat direalisasikan dengan cara
(A) semua tadika akan diambilalih oleh kementerian
50
(B) semua tadika akan menggunakan sukatan pelajaran yang sama
(C) semua tadika akan mempunyai kemudahan infrastruktur dan sukatan pelajaran yang
sama
(D) semua guru tadika akan menjalani kursus perguruan yang sama dengan menggunakan
kurikulum yang sama
FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;
(a) Pendidikan prasekolah
(b) Pendidikan rendah
(c) Pendidikan menengah
(d) Pendidikan lepas menengah
(e) Pendidikan tinggi
Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.
FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU PENGURUSAN
TADIKA
(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan
jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini.
(2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu
kesalahan.
FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.
Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.
FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH
SEMUA TADIKA
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan.
(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah
menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi
oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing.
(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum
sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah,
51
sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua
Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.
(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-
duanya.
FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA
Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan
boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan
bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai
mata pelajaran wajib.
FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini.
Unit 7.0: Transisi dari Rumah ke Taska,Tadika / Prasekolah dan ke Tahun Satu.
Transisi dari rumah ke Taska
Salah satu pilihan perkhidmatan penjagaan anak bagi ibu dan bapa yang bekerja ialah institusi
taska. Institusi taska menawarkan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah
empat tahun. Kebanyakkan taska di tempat kerja menerima bayi yang berusia dua bulan, ia itu,
setelah ibunya tamat tempoh cuti bersalin. Ibu bapa menghantar anak ke taska sebelum pergi
Aktiviti 8:
1. Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap
penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika?
2. Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali
sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang
patut dikenakan apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan?
Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.
2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia
secara umum.
52
ke pejabat dan akan menjemput anak semula selepas waktu bekerja. Situasi menghantar dan
menjemput anak berlaku setiap hari bekerja.
Apakah cabaran dan dugaan yang dilalui oleh ibu bapa? Pernahkah anda terfikir tekanan yang
dirasai oleh anak?
Rumah merupakan tempat tinggal yang disediakan oleh ibu bapa. Persekitaran dan keadaan di
rumah berbeza dari taska.
Di rumah:
(a) Terdapat ahli keluarga seperti ibu, bapa, abang, kakak dan adik sahaja.
(b) Rasa lebih selesa kerana mempunyai:
(i) Ruang atau bilik sendiri,
(ii) Peralatan seperti katil, meja, kerusi sendiri, dan
(iii) Bahan bacaan dan alat permainan seperti basikal kepunyaan sendiri.
(c) Rutin harian dapat dilaksanakan secara bertolak ansur.
(d) Hidangan makanan disediakan ikut cita rasa dan pilihan sendiri.
(e) Rasa selamat kerana:
(i) Ibu bapa sudah memahami kerenah tingkahlaku mereka.
(ii) Ibu bapa dapat menangani masalah kesihatan.
(iii) Mendapat belaian kasih sayang dengan sepenuhnya.
(iv) Masa bermain dan aktiviti lain tanpa mengikut jadual yang ditetapkan.
Manakala, persekitaran dan situasi di institusi taska pula adalah seperti berikut:
(a) Kanak-kanak di taska:
(i) Bilangannya ramai.
(ii) Terdiri dari pelbagai peringkat umur sama ada sebaya atau lebih muda atau tua.
(iii) Berbagai latarbelakang.
(iv) Perbezaan personaliti.
(b) Terdapat hiasan yang menarik di luar dan di dalam bangunan.
(c) Menggunakan kemudahan dan alat permainan yang sama.
(d) Bilangan alat permainan terhad.
(e) Aktiviti dilaksanakan mengikut jadual yang telah disediakan.
(f) Menu disediakan mengikut perancangan awal.
53
(g) Bilangan pengasuh yang bekerja di taska:
(i) Ramai
(ii) Berbeza latarbelakang
(iii) Berbeza pengalaman
(iv) Kerap bertukar
(h) Keperluan individu mendapat layanan minima.
Kanak-kanak
Memandangkan persekitaran dan situasi di rumah dan di taska sangat berbeza, maka kanak-
kanak terpaksa melalui satu proses penyesuaian. Kanak-kanak berada di taska sepanjang hari.
Mereka berada di taska pada siang hari dan ketika itu mereka sungguh aktif. Daya ingin tahu
dan mempelajari sesuatu yang baru ketika usia ini sungguh mengkagumkan. Oleh itu, antara
perkara yang perlu dilakukan dan difahami oleh kanak-kanak apabila berada di taska adalah:
(a) Memahami ibu dan bapa akan datang mengambil selepas bekerja.
(b) Mematuhi peraturan yang diadakan di taska.
(c) Menyesuaikan diri dengan rutin harian.
(d) Mengenali orang dewasa dan pengasuh yang menjaganya.
(e) Memahami cara gaya bimbingan pengasuh.
(f) Bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai perbezaan:
(i) Latarbelakang sosio-ekonomi
(ii) Umur
(iii) Jantina
(iv) Agama
(v) Budaya
(g) Berkongsi peralatan dan bahan pembelajaran.
(h) Bertolak ansur, bekerjasama dan menunggu giliran ketika menjalankan aktiviti.
(i) Menerima hidangan makanan yang diberi
(j) Mencuba makanan baru yang disediakan.
(k) Mudah dijangkiti penyakit.
(l) Mempelajari daya saing dan pertahankan diri tanpa bantuan dari ibu bapa.
(m) Mengamalkan bacaan doa yang dipelajari di taska ke rumah.
(n) Melakukan amalan dari rumah ke taska.
(o) Menerima bahawa perhatian dan tumpuan terhadap keperluan individu adalah minima.
54
Guru/Pengasuh
Orang dewasa yang bertanggungjawab di taska dipanggil pengasuh. Pengasuh merupakan
orang dewasa yang memainkan peranan ibu kepada kanak-kanak di taska. Kanak-kanak
berdampingan bersama pengasuh sepanjang hari siang, iaitu ketika mereka aktif. Pada
peringkat permulaan perkenalan kanak-kanak perlu menyesuaikan diri mereka dengan
persekitaran dan keadaan yang baru.
Di antara peranan pengasuh adalah seperti berikut:
(a) Mendapatkan maklumat dari ibu bapa dan mengambil berat perkara yang diberikan.
Pengasuh perlu mengetahui:
(i) Latar belakang kanak-kanak seperti nama sebenar dan nama timangan.
(ii) Makanan kegemaran.
(iii) Permainan yang diminati.
(iv) Tingkahlaku dan peribadi kanak-kanak.
(v) Status kesihatan dan alahan jika ada.
(b) Menyambut kedatangan kanak-kanak ke taska. Kanak-kanak akan berasa lebih yakin dan
gembira apabila kedatangan mereka disambut dengan:
(i) Senyuman.
(ii) Pelukan.
(iii) Bersemangat.
(iv) Mesra.
(v) Kata-kata yang menggalakkan.
(vi) Bersopan santun.
(c) Bersifat mesra dan pandai ambil hati. Pengasuh yang mesra dan pandai mengambil hati
kanak-kanak dapat:
(i) Memikat hati kanak-kanak dengan cepat.
(ii) Mewujudkan suasana yang selesa semasa berada di taska.
(iii) Meningkatkan keyakinan mereka bahawa berada di dalam keadaan yang selamat.
(d) Berkomunikasi dengan kanak-kanak secara efektif. Semasa bercakap dengan kanak-kanak
pengasuh menggunakan:
(i) Bahasa yang mudah.
(ii) Ayat yang ringkas dan jelas.
(iii) Suara yang jelas (tidak menjerit).
(iv) Intonasi yang dapat menarik perhatian.
55
(v) Nada yang baik ketika mendisiplin.
(e) Maklumkan perkembangan anak. Pengasuh berkongsi maklumat dengan:
(i) Ibu bapa segala perubahan pada perkembangan anak mereka.
(ii) Menunjukkan hasil kerja kanak-kanak sebagai bahan bukti.
(iii) Menyerahkan laporan bertulis yang dicatat dari masa kesemasa.
(iv) Membincang aktiviti yang dilaksanakan di taska dan boleh dilakukan bersama anak
dirumah.
Institusi
Institusi taska yang menyediakan perkhidmatan penjagaan untuk kanak-kanak dikendalikan
oleh berbagai agensi seperti pihak kerajaan, swasta dan persendirian. Pengusaha institusi
taska dapat menjayakan program untuk kanak-kanak ini dengan menggunakan pentadbiran dan
pengurusan yang sistematik.
Berikut adalah perkara yang diberi perhatian untuk mewujudkan kesinambungan yang selesa
kepada kanak-kanak:
Menyediakan persekitaran yang banyak mempunyai persamaan seperti di rumah.
Berkonsepkan mesra kanak-kanak.
Menyediakan ruang peribadi bagi sesetiap kanak-kanak.
Mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dari masa ke semasa.
Ibu Bapa
Ibu bapa perlu bantu kanak-kanak menangani situasi baru ketika masuk ke taska. Kanak-kanak
perlukan masa untuk menerima dan menyesuaikan diri mereka
kepada persekitaran yang baru, pengasuh baru, rakan-rakan baru dan rutin dan jadual baru. Ibu
bapa boleh membantu kanak-kanak dari aspek berikut:
Melawat ke taska baru.
Bercerita mengenai kawan baru.
Bercakap dengan penuh semangat mengenai apa yang terdapat di taska.
Bercerita mengenai aktiviti-aktiviti yang menggembirakan yang dilakukan semasa di taska.
Bercakap mengenai rutin-rutin dan jadual baru yang akan dihadapi oleh kanak-kanak.
56
Meluangkan masa bersama anak pada hari pertama.
DARI TASKA KE TADIKA
Setelah kanak-kanak menyambut hari jadi yang ke empat, ibu bapa hendaklah menghantar
mereka ke institusi tadika pula. Kanak-kanak ini sudah bersedia diberikan unsur pendidikan
dalam pembelajaran mereka. Terdapat sedikit perbezaan pengalaman dan rutin harian di taska
dengan tadika. Di antaranya ialah;
Keadaan di taska:
Berada di taska selama ibu dan bapa bekerja iaitu dari pagi hingga petang.
Menikmati hidangan tengah hari dan minum petang bersama rakan-rakan.
Tidur selepas makan tengah hari.
Mandi dan menukar pakaian.
Keadaan di tadika:
Aktiviti yang dijalankan mengguna Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Tempoh pengajian ialah sekurangnya 3 jam sehari.
Menggunakan jadual persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menggunakan gelaran guru bagi orang dewasa yang mendidik di tadika.
Terdapat pembantu guru yang membantu guru.
Kanak-Kanak / Murid
Kanak-kanak sebenarnya tidak sabar untuk melangkah ke alam tadika. Kanak-kanak tadika
dipanggil murid. Bagi mereka yang telah lama berada ditaska menunjukkan kesediaan untuk
melalui perubahan. Pengalaman yang diterima ketika berada di taska memudahkan proses
penyesuaian. Antara pengalaman yang dilalui dan boleh diaplikasikan ketika berada di tadika
ialah:
Mematuhi pada rutin harian.
Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh guru.
Menikmati makanan yang dihidangkan.
Bergaul dengan rakan sebaya dari pelbagai latar belakang.
Berkongsi alat permainan.
Bertolak ansur dan bekerjasama.
Mengamalkan bacaan doa.
Menyimpan alat peribadi seperti beg, kasut di tempat yang disediakan.
57
Guru
Orang dewasa yang membimbing dan mendidik kanak-kanak di tadika dipanggil guru. Guru
tadika membimbing kanak-kanak sekurang-kurangnya 3 jam sahaja dalam satu hari. Kanak-
kanak taska telah banyak mendapat pengalaman dan pembelajaran ketika berada di taska.
Oleh itu, bagi meneruskan pembelajaran yang bermakna berlaku, guru tadika perlu memberi
perhatian kepada perkara berikut:
(a) Mengetahui program dan kaedah pengajaran yang dijalankan di taska.
(b) Mendapat beberapa maklumat dari ibu dan bapa seperti:
(i) Status pencapaian dan perkembangan yang terkini.
(ii) Latarbelakang keluarga.
(iii) Potensi dan minat anak.
(iv) Agama dan budaya keluarga.
(c) Mendapatkan maklumat kanak-kanak dari pengasuh di taska:
(i) Tingkah laku dan peribadi.
(ii) Pergaulan dengan rakan.
(iii) Rekod kemajuan dan tindakan susulan.
(iv) Laporan perkembangan fizikal dan kesihatan.
(d) Mengamalkan:
(i) Sifat mesra dan profesional.
(ii) Kesopanan dan berbudi bahasa.
(iii) Nilai murni.
Institusi
Perkhidmatan yang disediakan oleh institusi tadika adalah untuk kanak-kanak yang berumur di
antara 4 hingga 6 tahun. Istilah murid digunakan untuk kanak-kanak yang menghadiri tadika.
Institusi tadika ini dikendalikan oleh berbagai pihak agensi seperti agensi kerajaan, swasta dan
persendirian. Pentadbiran tadika perlu beri perhatian pada pengalaman kanak-kanak yang telah
menghadiri taska. Berikut adalah beberapa perkara yang wajar dipertimbangkan untuk
mewujudkan kesinambungan yang selesa kepada kanak-kanak:
Menyediakan persekitaran yang mempunyai persamaan seperti di taska.
Mempelbagaikan alat permainan yang lebih mencabar dan sesuai dengan peringkat
umur.
58
Meneruskan konsep mesra kanak-kanak.
Menyediakan ruang peribadi bagi sesetiap kanak-kanak.
Mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dari masa ke semasa.
Ibu Bapa
Kesungguhan dan kesediaan anak yang telah mencecah umur 4 tahun mahukan pengalaman
baru ke tadika. Oleh itu ibu bapa perlu memberi perhatian aspek seperti berikut:
Melawat ke tadika baru
Berkenalan dengan guru tadika.
Memahami kehendak dan keperluan anak mengikut umur.
Memaklumkan perkembangan dan kemajuan anak kepada guru.
Bersedia memberi bimbingan pembelajaran kepada anak.
TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH
Konsep: Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan
kepada satu keadaan yang lain.
Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:
* Transisi rumah ke prasekolah
* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)
Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi
perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau
prasekolah.
Tujuan program Transisi:
Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru
serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.
Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani
kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal di Tahun Satu.
Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa
banyak masalah.
Peranan guru prasekolah
59
a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan
merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.
b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-kanak
.Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai model yang
baik kepada kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di prasekolah
seperti di rumah mereka.
c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan
dan persekitaran yang baru di prasekolah.
d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan
pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.
e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan
amalan yang berlaku di rumah mereka.
Peranan pembantu prasekolah
a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak
berada di tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas.
b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan,
rehat dan bermain.
c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah.
d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah.
RUJUKAN
Bergstrom, J.M., Margosian, R.K. & Olson, F.A (1976) Enhancement of growth and for young
children, Columbus, O.H: Merill. Pub.
Brewer, J.A. (1995). Introduction to early childhood education. NY: Allyn & Bacon.
Charlesworth, R., (2004). Understanding Child Development (6
th
ed.). NY: Thomson Delmar
Learning
Aktiviti 9:
1. 1. Jelaskan konsep transisi dari rumah ke sekolah dan menggunakan
pendapat anda jelaskan mengapakah program transisi perlu di adakan.
2. Bincangkan peranan guru dan pembantu prasekolah bagi menjayakan
program transisi dari rumah ke prasekolah
60
Essa. L. E. (2003). Introduction to Early Childhood Education. 4th ed. NY: Thomson Delmar
Learning
Berk, L. E. (2002). Child Development (6
th
Ed.).MA: Allyn & Bacon.
Chesla, E. & Malic, J. (2002). Early Childhood Education Teacher.NY: Thomson Delmar
Learning.
David Whitebread, (2003) Teaching and learning in the early years. Routledge-Falmer- Taylor
& Francis Group Pub.
Gordon, A.M., & Williams, K.B (2004). Beginnings Beyond:Foundations in Early Childhood
Education. (6
th
ed). N.Y : Thomson Delmar Learning
Morrison, G.S. (1995). Early childhood education today. Prentice Hall.Inc.
Patricia H Miller (1996), Theories of development psychology. W.H. Freeman and
Company N.Y.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1998) Kurikulum pendidikan prasekolah Malaysia. PPK.
Rohaty Mohd. Majzub & abu Bakar Nordin, (1989). Pendidikan prasekolah, Petaling jaya: Fajar
Bakti.
Rohaya Hj. Yahya (1996). Kaedah Montessori. Kuala Lumpur: Utusan & Distributors Sdn.
Seefeldt, C. & Barbour, N. (1990) Early childhood education; An Introduction, Colombus:
Merill Publishing.
Undang-undang Malaysia (2004) Akta Pendidikan dan Peraturan-peraturan. MDC Publishers
Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
http://childcare.about.com/cs/preschools/a/readiness.htm
http://www.dph.gov.my/survelans/Guidelines%202007/BUKU%20PANDUAN%20%20TASKA%
20PRASEKOLAH%202007.pdf
PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PENDIDIKAN PRASEKOLAH)
NAMA KELAYAKAN
HJ ZULKIPLY BIN YAAKOB Kelulusan:
M.Ed.(Pendidikan Prasekolah)
61
NAMA KELAYAKAN
Pensyarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
Hussein Onn
Km 7.75 Jalan Kluang
83000 Batu Pahat,
Johor.
zulkiplyyaakob@iptho.edu.my
zulky54@gmail.com
B.Ed. Hons. (Muzik)
Sijil Guru Khas (Muzik)
Sijil Guru (PPAK)
Pengalaman:
Jurulatih Utama Pend. Prasekolah
Pensyarah Prasekolah IPTHO (11 tahun)
Pensyarah Prasekolah MPTAA (10 tahun)
Guru Sekolah Menengah (2 tahun)
Guru Sekolah Rendah (7 tahun)
EN. MUHAMMAD BIN SULAIMAN
Ketua Unit Pendidikan Prasekolah
IPGM Kampus Raja Melewar,
Jalan Sigamat,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
mad46trs@yahoo,com
Kelulusan:
B.Ed.(PBMP),UPM
Sijil Perguruan Asas (PAKK), IPRM
Pengalaman:
Pensyarah Prasekolah IPGM- (20 tahun)
Ketua Unit Pendidikan Prasekolah- (18 tahun)
Guru Sekolah Menengah (4 tahun)
Guru Sekolah Rendah (7 tahun)
PN NORMASURA HJ JANI
Pensyarah,
Jabatan Prasekolah,
Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu
75400 Durian Daun
Melaka
njippm@yahoo.com.my
Kelulusan:
M.Ed.(Pendidikan Prasekolah)
Bacelor Sastera (Bahasa Dan Linguistik Melayu)
Sijil Guru (PPAK)
Pengalaman:
Pensyarah Prasekolah (15 tahun)
Guru Sekolah Rendah (3 tahun)
SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS
62
Persatuan ibu bapa dan guru di sekolah anda ingin menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk
anak-anak kakitangan sekolah anda dengan menubuhkan sebuah taska. Anda diminta
membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti ini bagi menjamin keselamatan, hak
dan keperluan kanak-kanak dengan sebaiknya.
Anda perlulah memberi penjelasan kepada ahli PIBG di sekolah anda tentang perkara berikut :
(a) Jelaskan maksud Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308) dengan memberikan
penerangan yang tepat dan bersesuaian.
(b) Nyatakan syarat, kelayakan dan jumlah bilangan penjaga yang diperlukan mengikut
kumpulan umur kanak-kanak. Penerangan ini boleh dinyatakan melalui pengurusan
grafik
(c) Terangkan kemudahan fizikal yang sepatutnya ada didalam bangunan taska serta
nyatakan ciri-ciri keselamatan yang perlu ada.
(d) cadangkan program aktiviti harian di taska
(e) Berikan cadangan anda supaya perkhidmatan taska yang diberikan itu berkualiti dan
dapat memenuhi hak dan keperluan kanak-kanak.
[100 markah]

Anda mungkin juga menyukai