Anda di halaman 1dari 14

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA

VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393


63
APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE)
DALAM KALANGAN GURU SAINS
1
Norazilawati Abdullah,
2
Noraini Mohamed Noh,
3
Nik Azmah Nik Yusuff,
4
Rosnidar Mansor
1,2,3,4
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di
peringkat awal pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE)
dalam kalangan guru sains. Ia melibatkan empat orang guru sains yang
mengajar di Kuala Lumpur dan Perak. Kajian kualitatif ini dijalankan
secara temubual berstruktur dengan menggunakan protokol temubual
sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru
sains telah mengaplikasikan Frog VLE dan ianya membantu pengajaran
dan pembelajaran serta memotivasikan guru untuk mengajar lebih baik.
Namun tidak semua guru selesa menjalankannya kerana terdapat masalah
dan kekangan yang dihadapi guru semasa mengaplikasikannya. Antaranya
ialah capaian internet yang terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus serta
bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk
mengatasinya. Bagi meningkatkan pengaplikasian Frog VLE dalam kalangan
guru, mereka mencadangkan agar pentadbir sekolah perlu jelas tentang
matlamat pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya, pelan pelaksanaan
yang melibatkan semua warga sekolah dan ibu bapa perlu dibangunkan,
program peningkatan kemahiran perlu diatur untuk memastikan bukan guru
yang berminat dan berkemahiran sahaja yang aktif dalam pelaksanaan,
pemantauan perlu dijalankan, maklumbalas berhubung pelaksanaan patut
dikumpulkan dan dinilai bagi tujuan penambahbaikan, menilai semula pelan
berdasarkan maklumbalas dan memperbaiki strategi pelaksanaan. Selain
itu, capaian internet perlu ditambah kelajuannya, bebanan kerja guru perlu
dikurangkan dan guru juga perlu berfkiran positif, membuat perancangan
untuk pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang
dianjurkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berkaitan
dengan aplikasi ini. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat terkini
tentang pengaplikasian persekitaran pengajaran maya di sekolah agar dapat
memberi ruang untuk memperbaiki kelemahan aplikasi Frog VLE di sekolah
dengan lebih menyeluruh.
Kata kunci Persekitaran pengajaran maya (Frog VLE), guru-guru
sains
Abstract
This study aims to identify the strengths and weaknesses in the early stages
of the application of virtual teaching environment (Frog VLE) of science
teachers. The study involved four teachers who taught science in Kuala
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393
64
Lumpur and Perak. This qualitative study was conducted using a structured
interviews with the interview protocol as the instrument. The fndings
showed that science teachers had been accustomed to apply the Frog VLE
and this assisted teaching and learning. But not all teachers are comfortable
implementing it as there are problems and constraints faced by teachers.
For examples, limited access to the internet, insuffcient of teaching time
and teachers heavy workload. But every problem has a solution to it. To
enhance the application of VLE Frog among teachers, they suggest that,
school administrators need to be clear about the goals of the application of
the virtual learning environment, up-skilling should be arranged to ensure
that not only interested and skilled teachers who are active implementing
Frog VLE, monitor the implementation, feedback collected should be
evaluated to reevaluate and improve its strategy. Besides that, the internet
connection speed should be increased, reduce teachers workload, teachers
thinking should be positive and willing to attend related courses organized
by the Malaysian Ministry of Education. In conclusion, this study provides
current information on the application of Frog VLE as well as provides ways
to improve weaknesses in the application of Frog VLE in schools more
comprehensively.
Keywords virtual teaching environment (VLE Frog), science
teachers
PENGENALAN
Selama berdekad teknologi telah menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran telah menghadapi gelombang perubahan saban hari. Di Malaysia, bidang
sains dan teknologi merupakan satu bidang yang mendapat perhatian yang tinggi.
Malah, bidang ini juga dianggap sebagai satu bidang yang penting untuk mengekalkan
pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu hidup dan keselamatan negara (Dasar
Sains Negara, 1986). Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan agar bidang sains dan
teknologi diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat
negara ini.
Sejak kemunculan teknologi internet, ianya telah mengubah corak hidup
komuniti dan masyarakat di seluruh dunia dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,
ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Penggunaan internet terus berkembang dari
masa ke semasa (Noraini, 2010). Antara bidang yang turut berkembang dalam era
internet ini ialah pembelajaran maya (virtual learning).
Setiap murid perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan
teknologi yang mencorak dunia masa kini. Sejajar dengan itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia(KPM) telah bekerjasama dengan 1BestariNet memperkenalkan
Frog Virtual Learning Environment atau Frog VLE dan memperluaskan teknologi ini
untuk meningkatkan tahap pendidikan dan melengkapkan murid dengan kemahiran
sewajarnya. KPM dengan kerjasama YTL Communications juga telah menyediakan
Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi berserta Frog VLE yang efektif ke semua
sekolah di seluruh Malaysia.
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393
65
PERNYATAAN MASALAH
Di Malaysia, pembelajaran maya bagi murid sekolah rendah adalah satu konsep
pembelajaran yang baru tetapi di negara lain contohnya seperti di United Kingdom,
Ireland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura ia sudah lama bertapak dan
diamalkan Siti (Aminah Khasiman, 2013). Menurut Rheingold (2004), persekitaran
pembelajaran maya adalah berasaskan internet yang dibina untuk menghubungkan
ahli-ahli komuniti dan membolehkan mereka berbincang dan bekerjasama dalam
melakukan tugasan atau projek. Semua ahli komuniti yang terlibat dalam persekitaran
pembelajaran maya perlu ada komputer dan boleh mengakses secara talian (on-line)
dari mana-mana tempat. Ahli komuniti boleh terlibat secara aktif seperti bertukar-tukar
pandangan mengenai perkembangan pada masa hadapan, berkongsi pandangan dalam
perlaksanaan polisi tertentu atau berbincang tentang perkembangan tugasan mereka.
VLE atau Virtual Learning Environment adalah satu kaedah penyelesaian
bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan
pentadbiran yang boleh diakses di sekolah, atau di mana-mana sahaja melalui capaian
Internet. Ia juga boleh dikatakan sebagai School Community Environment disebabkan
ibu bapa boleh mengakses apa jua hal-hal berkaitan pendidikan di sekolah. Frog VLE
merupakan satu projek Transformasi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan oleh
KPM di bawah Projek 1BestariNet mulai tahun 2011. Di dalam projek ini, sekolah-
sekolah dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu mengenai urusan pentadbiran
sekolah, kaedah maya pengajaran dan pembelajaran dan maklumat-maklumat terkini
persekolahan murid-murid menerusi capaian Internet.
Persekitaran Pembelajaran Maya ( Frog VLE) bagaikan sebuah bilik darjah
online dan ruang sosial di sekolah dan juga sebagai adalah sistem pembelajaran berteras
laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep
maya dalam pendidikan konvensional. Ia mempunyai kalendar, laman sembang atau
ruang forum (social network), ruang kerja (shared workspace) dan ruang penilaian
(online assessment). Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian
dan menyemak kerja sekolah secara maya manakala pelajar boleh menghantar kerja
sekolah dan melihat markah melalui Frog VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan
guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan
memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di
mana saja adanya capaian Internet.
Seterusnya Rheingold (2004), menyatakan bahawa dalam persekitaran
pembelajaran maya mestilah memberikan peluang yang banyak kepada setiap ahli
komuniti, untuk mengakses bahan-bahan perbengkelan dan maklumat yang berkaitan
dengan tajuk yang diberikan. Dokumen-dokumen seperti bahan persembahan, artikel
dan juga senarai tambahan sumber yang boleh diperolehi secara on-line dari laman-
laman web lain harus disertakan.
Pembelajaran maya seharusnya berlaku seperti pembelajaran biasa, di mana
berlaku komunikasi dua hala di antara guru dengan murid dan di antara murid dengan
murid yang lain. Namun yang membezakan ialah mereka tidak bertemu secara
bersemuka tetapi bertemu di ruang maya. Seterusnya, di dalam pembelajaran maya
juga ada proses pemantauan dan penilaian.
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393
66
Pembelajaran seharusnya tidak berlaku hanya sehala sahaja iaitu pengajar
memberikan bahan-bahan pengajaran dan pelajar menerima serta meluahkan semula
melalui peperiksaan. Pembelajaran maya seharusnya lebih berfokuskan pelajar, di
mana pelajar secara aktif menyelesaikan segala permasalahan yang diberikan melalui
penerokaan, perbincangan dan berfkir pada tahap tinggi.
Kajian ini bertujuan untuk melihat konsep pengajaran maya atau virtual
learning yang bakal mengubah cara pembelajaran murid masa kini dan juga bakal
diaplikasikan di seluruh sekolah-sekolah di Malaysia. Menerusi kajian ini, kekuatan
dan kelemahan di peringkat awal pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog
VLE) dalam kalangan guru sains yang menyentuh komponen asas di dalam persekitaran
pembelajaran maya, konsep pembelajaran persekitaran maya serta perbandingan antara
pembelajaran tradisional dan pembelajaran maya akan dikenalpasti. Ia diharap dapat
memberikan langkah-langkah yang boleh dipertimbangkan oleh kepimpinan sekolah
dalam usaha untuk membangunkan dasar menyeluruh sekolah bagi tujuan pelaksanaan
Frog VLE. Ia juga memberikan rasional kenapa pembelajaran maya perlu dilaksanakan
di sekolah-sekolah di Malaysia.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di peringkat
awal pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) di kalangan guru sains.
Selain itu, langkah dan cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan Frog VLE turut
dikenalpasti.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan temubual berstruktur. Kaedah ini dipilih kerana ianya
membantu untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu proses fenomena yang dikaji
(Ibrahim & Abdul Hadi, 1992; Locke, 1976; Ryan, 1982; Sekaran, 2000). Dalam
kajian ini , pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak (Jacob & Ary 1990;
Patton 1990) bagi menentukan sampel temubual. Kaedah ini dipilih kerana ianya
mudah di mana responden temubual diambil secara rawak. Dalam kajian ini, empat
orang guru sains telah diambil sebagai responden temu bual. Pengkaji menggunakan
kaedah temubual memandangkan dengan cara ini pengkaji boleh menyoal terus, dan
responden boleh menyuarakan pendapat yang telus berkaitan dengan kelebihan dan
kekangan yang dihadapi ketika mengaplikasikan Frog VLE.
Responden yang dipilih adalah daripada 2 buah sekolah di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah sekolah
rendah kebangsaan harian biasa dan berasaskan aliran akademik sahaja. Guru yang
menjadi responden kajian ini telah ada pengalaman untuk mengeluarkan pendapat
sendiri tentang pelaksanaan persekitaran pengajaran maya ini. Pemilihan ciri guru yang
hampir sama akan meningkatkan lagi kesahan dan keboleh percayaan instrumen kajian
kualitatif (Meriam 1998). Kajian secara kualitatif ini menggunakan soalan temubual
sebagai instrumen kajian. Protokol temubual ini dibina berasaskan contoh yang
diberikan dalam Gay dan Airasian (2000). Temu bual berstruktur dengan format yang
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393
67
sama dan soalan yang sama kepada setiap responden juga membantu meningkatkan
kebolehpercayaan hasil temu bual yang dijalankan (Silverman 1993 dalam Cohen et.
al. 2000). Selain itu, kesahan data temu bual juga dilakukan dengan menunjukkan
dapatan temu bual kepada responden untuk disemak semula, diperbetulkan sama ada
tepat atau tidak catatan mengikut perspektif responden (Meriam 1998).
Bagi menentukan kebolehpercayaan data temu bual, pengkaji telah mendapatkan
nilai pekali persetujuan Cohen Kappa. Pengkaji mendapatkan kerjasama dua orang
pakar rujuk untuk membuat pengesahan antara kod dan unit ( ayat dalam transkripsi).
Skala Cohen Kappa mengikut Landis & Koch (1997) ialah bawah 0.0 (lemah), 0.0
hingga 0.2 (tidak memuaskan), 0.21 hingga 0.40 (kurang memuaskan), 0.41 hingga
0.60 (sederhana), 0.61 hingga 0.80 (baik) dan 0.81 hingga 1.00 (cemerlang). Nilai
pekali Cohen Kappa yang diperoleh daripada temu bual yang dijalankan ialah 0.80.
Ini menunjukkan bahawa kajian ini mempunyai nilai pekali yang baik dan boleh
digunakan. Maklumat melalui temubual direkod dalam pita perakam suara supaya
tidak terdapat maklumat penting yang disampaikan hilang tanpa direkod.
Sebagai permulaan soalan temubual, penyelidik merujuk kepada soalan separa
berstruktur mengikut protokol temubual. Temubual dimulakan dengan perbualan
umum di antara pengkaji dan responden kajian iaitu :
Apa khabar cikgu? Boleh cikgu terangkan serba sedikit mengenai latar
belakang cikgu? Seperti umur, etnik, pengalaman mengajar, kelayakan
akademik, lokasi sekolah dan kursus dalam perkhidmatan berkaitan
persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) yang telah dihadiri oleh
cikgu?.
Soalan terbuka ini merupakan persediaan asas untuk penyiasatan yang lebih
mendalam (Yin 1984). Perbualan umum ini juga menjalin hubungan baik selain
mewujudkan suasana selesa untuk temubual. Secara khususnya protokol ini terdiri
daripada tiga bahagian iaitu soalan pembukaan atau pengenalan, soalan kunci dan
soalan penutup. Soalan pengenalan menyoal mengenai latar belakang responden
kajian, soalan pembukaan diperlukan untuk mendapatkan penerangan berkenaan
persekitaran pengajaran maya (Frog VLE), soalan kunci menjelaskan mengenai
pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) berkaitan kelebihan dan
kekangan yang dihadapi ketika menjalankannya. Manakala soalan penutup seterusnya
menyoal responden mengenai cadangan-cadangan untuk meningkatkan pengaplikasian
persekitaran pengajaran maya (frog VLE) secara optimum.
Petikan perbualan atau percakapan daripada transkrip temu bual digunakan untuk
menyokong penghuraian dan kesimpulan penulisan. Untuk penganalisisan, pengkaji
menggunakan perisian Nvivo untuk menguraikan secara umum keseluruhan data temu
bual yang dilakukan. Data temu bual ditranskripsikan untuk memudahkan pengkodan
data. Satu ayat dalam transkripsi disebut unit. Proses memberi kod terhadap unit-unit
ayat ini memudahkan pengkaji mengenal pasti tema bagi setiap soalan dan memberi
penerangan lanjut berkaitan item-item yang ingin diketahui.
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393
68
DAPATAN KAJIAN
Jadual 1 Latar belakang responden temubual kajian
Latar belakang guru 1 guru 2 guru 3 guru 4
Jantina P L P P
Umur 25 36 30 45
Etnik Melayu Melayu Cina Melayu
Pengalaman mengajar 4 14 7 20
Taraf akademik Ijazah Ijazah Sarjana Ijazah
Lokasi sekolah Bandar Bandar Luar Bandar Luar Bandar
Selepas sesi permulaan iaitu perbualan umum dengan responden, soalan seterusnya
di ajukan tidak lagi mengikut susunan protokol temubual tetapi lebih berpandukan
respons responden kajian. Pengubahsuaian cara menyoal dilakukan semasa temubul
untuk membolehkan responden kajian disoal mengenai perkara yang mereka lebih
tahu. Dengan itu, penyelidik dapat memperolehi pelbagai maklumat untuk memberi
satu gambaran menyeluruh tentang pengaplikasian Frog VLE oleh guru-guru sains di
sekolah.
Memandangkan soalan temu bual berkait rapat antara satu sama lain dan
berulang, transkrip dan nota temubual telah dikaji dengan teliti sehingga beberapa
ketetapan dapat menghasilkan analisis kategori. Tiga kategori berdasarkan tema soalan
temu bual adalah seperti berikut. Pertamanya ialah fahaman dan padangan guru tentang
pelaksanaan persekitaran pengajaran maya. Keduanya ialah pandangan guru tentang
kelebihan pelaksanaan persekitaran pengajaran maya. Ketiganya ialah pandangan guru
tentang kekangan dan cadangan untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan persekitaran
pengajaran maya.
i) Fahaman guru sains tentang persekitaran pengajaran maya Frog VLE
Pengaplikasian persekitaran pengajaran maya merupakan salah satu pendekatan
yang disarankan untuk dilaksanakan dalam mata pelajaran sains. Melalui temu bual
responden kajian menjelaskan fahaman mereka tentang pengaplikasian persekitaran
pengajaran maya (Frog VLE):
... apa yang saya faham persekitaran pengajaran maya atau Frog VLE ni ialah
kaedah pengajaran yang menggunakan komputer. Cikgu boleh berhubung
dengan murid melalui internet...R1
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393
69
... melalui persekitaran pengajaran maya atau Frog VLE cikgu tak perlu
jumpa pelajar untuk bincang tugasan, pelajar tanya dan cikgu jawab di
internet. Macam sms, berhubung pada bila-bila masa dan di rumah pun boleh,
tapi kena ada internet lah....R2
...persekitaran pengajaran maya lebih kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara atas talian. Cikgu mencari maklumat, berkongsi dan
menyampaikan ilmu kepada murid melalui komputer tanpa bersemuka.
Semuanya di hujung jari. Akses internet juga diberikan oleh KPM... R3
setahu saya, persekitaran pengajaran maya atau Frog VLE ni masih baru.
Ada juga saya ikuti kursus ni, tapi baru beberapa kali guna.. Apa yang saya
rasa, murid suka buka facebook dari buka Frog VLE ni, murid baik dan pandai
ok la.... R4
Kesimpulannya responden temu bual faham dan tahu persekitaran pengajaran
maya (Frog VLE). Ini terbukti apabila kesemua responden tahu dan dapat menjelaskan
apa itu Frog VLE iaitu satu projek 1BestariNet yang mempunyai fungsi sebagai
komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Frog VLE adalah platform cloud
yang feksibel dan boleh diakses di mana-mana jua dari luar kawasan sekolah juga.
Fail dan data yang disimpan di Cloud boleh diakses di mana-mana sahaja dan bila-
bila masa dengan capaian internet. Malah, setiap murid dan guru diberi ID log masuk
(password) peribadi sendiri dan akses percuma VLE setiap kali log masuk ke Frog
VLE.
ii) Pandangan guru sains tentang pengaplikasian persekitaran pengajaran maya
Frog VLE
Melalui soalan kunci yang di kemukakan, pengkaji mendapat pandangan responden
temu bual tentang pengalikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE). Melalui
soalan 1 dan 2 tentang pernahkah cikgu mengaplikasikan Frog VLE dan berapa kerap
penggunaannya? Responden menjawab:
... pernah gunakan... seminggu sekali...R1
... gunakan...tapi jarang sangat...R2
... guna...saya buka hampir setiap hari...R3
... guna... masa mula-mula habis kursus dulu, lepas tu tak guna sebab tak
sempat la... R4.
Berdasarkan soalan 3 dan 4 iaitu adakah Frog VLE ini mempunyai kelebihan dan apa
pandangan cikgu tentang pengaplikasiannya, responden kajian menjelaskan:
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393
70
... saya selesa mengaplikasikan Frog VLE ni, kerana ianya membantu saya
dalam mengajar subjek sains. Murid pandai di dapati beri kerjasama serta
berhubung dengan saya. Saya dapati juga banyak maklumat yang saya boleh
sampaikan kepada murid tanpa perlu menggunakan kertas dan perjumpaan
semuka...R1
...Frog VLE ni bagus. Tapi saya tak rasa ianya menjadi keutamaan untuk
guru berhubung dengan murid. Saya lebih banyak berhubung dengan murid
guna facebook dari Frog VLE ni, sebab ianya lebih cepat dan facebook ni
memang menjadi kegilaan murid sekarang ni. Boleh dikatakan semua murid
ada akaun facebook... R2
... saya jalankan juga kaedah mengajar guna Frog VLE ni. Mula-mula murid
saya tak pandai guna, tapi bila pandai, mereka pula seronok bersembang
dan bertanya soalan kepada saya. Tapi bukan semua murid la. Kebanyakkan
murid walau tak ada internet di rumah, mereka pergi ke cyber cafe. Untuk
galakkan penggunaannya, saya memang sengaja berikan tugasan melalui
Frog VLE ini. Nak tak nak, murid akan guna, tapi biasanya saya berikan
kerja secara berkumpulan, supaya murid yang tak ada internet di rumah tidak
rasa terbeban....R3
...memang Frog VLE ni baik, tapi sukar la nak laksanakan. Lebih puas kalau
dapat mengajar bersemuka. Tambahan pula untuk subjek sains banyak aktiviti
hands on perlu dijalankan..R4
Bagi menjawab soalan 5 dan 6 iaitu tentang tahap penguasaan murid dan
adakah pencapaian akademik murid meningkat melalui persekitaran pengajaran maya
(frog VLE) ini. Responden menjelaskan:
...murid menunjukkan tahap penguasaan isi kandungan yang baik, mungkin
mereka lebih bebas belajar dan bertanya tanpa segan silu kepada pelajar lain.
Cuma tidak semua murid akan menggunakannya...R1
...kurang lah, murid akan tanya balik saya, macam dua kali kerja pula.
Mereka tak boleh belajar sains tanpa penerangan guru...R2
....tahap penguasaan kuranglah. Kadang-kadang tugasan mereka buat cincai,
tak semua isi kandungan dapat disampaikan. Cuma cikgu kena merangcang
awal PdP. Ambil masa sikit la. Lagi satu murid bila gunakan internet mereka
lebih suka main game dari belajar. Itu yang jadi kerja cincai sebab murid tak
fokus... R3
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393
71
... murid saya macam tak berminat, saya pun rasa mereka sukar nak
kuasai. Dengan kemudahan internet yang diberikan ianya masih belum
mampu membantu murid menguasai kandungan pelajaran sains. Murid
sekarang kurang berdikari, perlukan bimbingan guru secara bersemuka
sepenuhnya...R4
Responden temu bual memberikan jawapan berikut bagi soalan 7 iaitu kaedah
mana yang lebih banyak membantu guru, persekitaran pengajaran maya (Frog VLE)
atau tradisional:
...pada saya, pendekatan biasa lebih membantu guru berbanding persekitaran
pengajaran maya. Ini kerana, guru perlu bersemuka apabila menyampaikan
isi kandungan, ianya lebih bermakna... R1
...saya lebih suka menjalankan kaedah pengajaran biasa. Kalau mengajar
secara persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) perlu ambil masa yang
lama sedangkan silibus sains banyak yang perlu dihabiskan... R2
...pengajaran guna Frog VLE lebih banyak membantu. Ianya mudah serta
dihujung jari sahaja. Ianya lebih menarik minat murid. Jika menggunakan
satu kaedah sahaja murid akan bosan. Saya rasa kedua-duanya penting. Yang
tradisional perlu diteruskan, dan persekitaran pengajaran maya juga perlu
dipraktikkan sesuai dengan perubahan zaman kini ..R3
... pengajaran secara biasa lebih banyak membantu dan memudahkan kerja
guru. Macam saya, kiranya dah selesa dengan kaedah talk and chalk...R4
Kesimpulannya, dari segi pandangan responden temu bual secara
keseluruhannya, didapati guru pernah mengaplikasikan Frog VLE. Didapati, walaupun
guru berada di luar bandar, mereka ada yang lebih kerap menggunakan aplikasi ini
berbanding guru yang berada di bandar. Namun ianya bukan menjadi keutamaan dan
prioriti guru untuk melaksanakannya. Walau ada guru menjelaskan ianya membantu
proses pengajaran dan pembelajaran namun tidak semua guru selesa menjalankannya
walau telah diberi kursus dan kemudahan.
iii) Pandangan guru sains tentang kekangan dan cadangan untuk mengatasi
kelemahan pelaksanaan persekitaran pengajaran maya (Frog VLE)
Bagi menjawab soalan penutup yang pertama iaitu apakah masalah dan kekangan yang
dihadapi cikgu semasa mengaplikasikan Frog VLE, responden kajian memberikan
jawapan berikut:
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393
72
...memang seronok guna Frog VLE ni, tapi banyak masalah la, kadang-
kadang cikgu tak sempat nak merancang, masa tak ada, bebanan kerja lain
di sekolah banyak. Bagi murid pula, kalau yang lemah memang tak boleh
jalan, sebab mereka tak akan bertanya tapi mengharapkan cikgu yang berikan
input...R1
...tak cukup masa la nak mengadap komputer dan guna Frog VLE ni. 4 masa
seminggu cukup-cukup untuk kejar silibus. Itupun kalau cikgu tak keluar
kursus. Kalau tak, kena buat kelas tambahan. Lagi satu, murid main-main
kalau secara maya ni, mereka susah nak dikawal dan ambil kesempatan untuk
main game dan membuka laman sosial lain...R2
... saya suka guna Frog VLE ni. KPM membekalkan kemudahan, pentadbir
sekolah saya pun memberikan galakkan penggunaannya. Masalah saya rasa
kenapa guru tak guna Frog VLE ini adalah kerana guru sendiri pun kurang
mahir walau telah diberi kursus. Guru juga dah biasa dengan kaedah lama.
Lagipun bayak kerja lain selain mengajar. Saya rasa pada murid cerdik
bolehlah dijalankan. Pada pandangan saya guru bertanggungjawab ke atas
pembelajaran pelajar. Kalau serahkan pada mereka, takut objektif tak tercapai.
Bersemuka perlu dan persekitaran maya sebagai sokongan...R3
... tidak semua guru dan murid akan memberikan kerjasama pada persekitaran
pengajaran maya ini. Tidak dinafkan ianya bagus. Namun agak sukar untuk
dilaksanakan. Sekolah saya di luar bandar, walau dibekalkan dengan capaian
internet, namun ada ketikanya capaian internet lemah dan langsung tidak
boleh digunakan. Macam buang masa je. Bukan tak nak jalankan, tapi kita
terikat dengan sukatan yang perlu dihabiskan, itu lagi penting untuk murid
bersedia menghadapi peperiksaan...R4
Akhir sekali, responden temubual diminta memberikan cadangan untuk
meningkatkan pengaplikasian Frog VLE di sekolah, responden memberikan jawapan
berikut:
...pada saya, guru kena berfkiran positif dan bersedia mempertingkatkan
ilmu pedagogi mereka. Kalau ada kursus berkaitan Frog VLE ini, boleh
ikuti. Mungkin kita akan jadi lebih mahir dan bermotivasi. Masalah nak buat
persediaan dapat diatasi. Kalau bebanan tugas lain dikurangkan bagus juga,
barulah cikgu boleh mempelbagai PdP dan dapat berikan tumpuan sepenuhnya
kepada murid...R1
...kurangkan sikit sukatan pelajaran sains, barulah cikgu tak terkejar-kejar
nak habiskan silibus. Aktiviti PdP pun boleh di pelbagaikan...R2
...kalau nak buat juga cikgu kena rancang awal, kalau ada perancangan,
tugasan dapat diagihkan kepada murid mengikut kemampuan masing-
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393
73
masing. Dengan cara ini disiplin murid semasa PdP dapat dikawal. Lagi satu
pentadbir sekolah perlulah jelas tentang matlamat perlaksanaan persekitaran
pengajaran maya ni. Sokongan yang berterusan perlu diberikan kepada guru.
Program pemantauan perlu dijalankan agar hasrat KPM ini tidak jadi sia-
sia...R3
...guru perlu berdisiplin, contohnya, tetapkan dua jam sehari adalah untuk
aktiviti P&P secara persekitaran maya, guna Frog VLE. Tugasan diberikan
lebih awal kepada murid, dengan cara ini masa dapat dijimatkan...R4
Dari segi pandangan responden temu bual secara keseluruhannya, didapati
guru pernah menjalankan kaedah pengajaran secara maya menggunakan Frog VLE
ini. Ianya membantu pengajaran dan pembelajaran sains. Namun tidak semua guru
selesa menjalankannya kerana memang terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi
guru semasa melaksanakannya. Antaranya ialah capaian internet terhad, masa yang
tidak mencukupi, silibus dan bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah
ada cara untuk mengatasinya. Bagi meningkatkan tahap pengaplikasian Frog VLE ini
guru mencadangkan agar, adanya pemantauan berterusan dari pihak pentadbir, pelan
pelaksanaan yang jelas perlu diberikan kepada semua warga sekolah, silibus sains
dikurangkan, guru juga kena berfkiran positif, membuat perancangan pengajaran yang
lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran
yang berkaitan dengan penggunaan Frog VLE ini.
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Dapatan analisis perisian Nvivo 7 mendapati guru mengakui terdapat kebaikan
penggunaan Frog VLE. Ianya didapati memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dan mampu meningkatkan motivasi guru untuk mengajar. Dapatan
ini selaras dengan dapatan kajian Mohamaad Azmi (2013) yang mendapati guru dapat
mengikuti latihan berkaitan penggunaan Frog VLE. Ianya memotivasi dan memberi
inspirasi kepada guru-guru tentang perlunya kaedah pengajaran baru dan membantu
memberi kemahiran kepada guru-guru cara menggunakan Frog VLE dengan berkesan
dalam PdP. Dengan kemahiran yang diperolehi guru ini sokongan padu dari semua
pihak sama ada KPM, JPN, PPD, pentadbir sekolah dan ibubapa amatlah diperlukan
bagi menjayakan program ini.
Namun begitu, analisis data mendapati terdapat sebanyak empat masalah atau
kelemahan utama yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah ialah capaian internet terhad,
masa yang tidak mencukupi, silibus dan bebanan kerja guru yang banyak. Norazilawati
(2013) menyatakan isu pelaksanaan merupakan satu kekangan kepada pengaplikasian
Frog VLE terutamanya di sekolah luar bandar. Didapati isu berkaitan aspek teknikal,
penyebaran maklumat tentang Frog VLE, latihan guru, dan pemantauan tidak berlaku
dengan sempurna di kawasan ini. Dari segi kelengkapan peralatan, didapati kebanyakan
sekolah luar bandar menghadapi masalah berkaitan capaian internet. Perkara ini
telah menimbulkan satu dilema dalam kalangan pentadbir sekolah berkenaan dan
guru selaku pelaksana (Norazilawati, 2013). Dalam kajian beliau tentang sikap guru
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393
74
terhadap pelaksanaan Frog VLE mendapati guru menyambut baik hasrat KPM dalam
pelaksanaan Frog VLE. Namun ianya bertukar menjadi pandangan negatif apabila
guru ingin mengaplikasikannya apabila terdapat halangan seperti capaian internet yang
rendah yang membantutkan usaha guru untuk menggunakannya. Guru beranggapan
ianya membuang masa sedangkan guru mempunyai bebanan kerja lain yang lebih
penting untuk disiapkan.
Mohd Aizuddin (2013) dalam kajian beliau tentang peningkatan profesionalisme
guru dalam penggunaan Frog VLE mendapati, guru yang menguasai penggunaan Frog
VLE akan lebih mudah dalam mengendalikan aktiviti pdp. Maklumat atau isi kandungan
pelajaran dapat disampaikan kepada pelajar dengan cepat dan lebih sistematik. Ini
secara tidak langsung meningkatkan profesionalisme seseorang guru. Namun faktor
seperti kurangnya kemudahan di sekolah seperti tiada bilik akses/komputer, ditambah
pula dengan capaian internet yang tidak stabil sedikit sebanyak mematahkan semangat
guru untuk mengaplikasi Frog VLE.
Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan Frog VLE perlu
diperbaiki dan ditingkatkan dengan cadangan seperti adanya pemantauan berterusan
dari pihak pentadbir, pelan pelaksanaan yang jelas perlu diberikan kepada semua
warga sekolah, silibus sains dikurangkan, guru juga kena berfkiran positif, membuat
perancangan pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan
oleh kementerian pelajaran yang berkaitan dengan penggunaan Frog VLE ini. Siti
Aminah (2013) dalam tinjauan awal beliau terhadap penggunaan Frog VLE mendapati
masih ramai guru yang kurang kemahiran ICT. Perkara ini bertambah serius apabila ada
golongan pentadbir sendiri yang buta IT dan tidak menyokong guru mengaplikasikan
Frog VLE di sekolah. Tanpa sokongan pentadbir mana mungkin sesuatu program itu
akan berjaya, tambahan pula seperti Frog VLE yang memerlukan persiapan dari segi
infrastruktur yang lengkap untuk mengendalikannya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kajian menunjukkan persekitaran pengajaran maya (Frog VLE)
tidak asing lagi bagi guru sains. Melalui hasil dapatan kajian yang diperoleh, guru
menjelaskan mereka biasa dan pernah menggunakannya, namun tidak ianya sangat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Namun terdapat beberapa kekangan
yang merencatkan pelaksanaan persekitaran pengajaran maya ini di sekolah. Melalui
kajian ini, guru mengemukakan beberapa cadangan untuk tindakan sususan bagi
memastikan pelaksanaan pengajaran ini dapat dijalankan secara optimum di sekolah
agar dapat melahirkan individu yang berpengetahuan dan meminati serta menghasilkan
ahli-ahli sains yang bertaraf dunia dengan moral dan etika yang baik. Beberapa langkah
boleh dipertimbangkan oleh kepimpinan sekolah dalam usaha untuk membangunkan
dasar menyeluruh sekolah bagi tujuan pelaksanaan Frog VLE. Pertama, pentadbir
sekolah perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya.
Matlamat tersebut mestilah praktikal yang boleh dicapai dan boleh mengatasi
masalah berhubung pembelajaran dan pengajaran. Kedua, pelan pelaksanaan yang
melibatkan kesemua warga, aktiviti, dan ibu bapa perlu dibangunkan. Ketiga, program
peningkatan kemahiran perlu diatur untuk memastikan bukan guru yang berminat
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393
75
dan berkemahiran sahaja yang aktif dalam pelaksanaan. Keempat, pemantauan perlu
dijalankan. Perlantikan pasukan yang boleh membantu dalam strategi pemantauan
adalah mustahak agar pentadbir mendapat sokongan dan maklumbalas dari pengguna.
Kelima, maklumbalas berhubung pelaksanaan patut dikumpulkan dan dinilai bagi
tujuan penambahbaikan. Keenam, menilai semula pelan berdasarkan maklumbalas
dan memperbaiki strategi pelaksanaan. Jelas sekali, peranan kepimpinan sekolah
adalah penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Frog VLE. Akhirnya,
pihak kementerian dan institusi pendidikan adalah diseru supaya mempertimbangkan
cadangan-cadangan yang dikemukan melalui kajian ini untuk memperkembangkan
pendidikan di Malaysia ke peringkat yang lebih global.
RUJUKAN
Cohen, L. Manion, L & Morrison, K. (2000). Research methods in education. Ed.
Ke-5. London:Routledge falmer.
Gay, L. R & Airasian, P. (2000). Eductional research: Competencies for analysis and
application. Ed ke-6. hlm. 135. New Jersey: Merrill.
Howard Rheingold (2004). Mobile Social Presence: Who Knows Whos Where Now?
daripada http://www.thefeaturearchives.com/.
Ibrahim Wahab & abdul hadi harman Shah (1992). Kaedah Analisis Perancangan.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka.
Jacobs, C.L & Ary, D., (1990). Introduction to research in Education. Orlando, Harcout
College Publisher.
Locke 1976. The Body at Work: Biological ergonomics. Cambridge, England.
Cambridge. University Press.
Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education.
San Francisco: Jossey-Bass Publication.
Mohammad Azmi bin Muda.(2013). Pelaksanaan VLE SK. Selayang. Daripada
http://www.iab.edu.my/kict2013/.
Mohd Aizuddin (2013). Peningkatan profesionalisma dalam penggunaan frog vle.
Daripada http://www.slideshare.net/aizuddinbakar/.
Noraini Mohd Noh, Mohd Arif Hj Ismail & Jamil Ahmad (2010b). Tahap penerimaan
inovasi EduwebTV dalam kalangan Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan
3(5):118-128/.
Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik Yusuf (2013). Aplikasi
Persekitaran Pengajaran Maya (Frog VLE) Dalam Kalangan Guru Sains. Prosiding
7
th
International Malaysian Education Technology Convention (IMETC). Hotel
Golden Flower Bandong. 16-18 September.
Patton, M. Q. (1980). Qualitative research methods. Dlm. Creswell, J. W. Research
Design: qualitative and quantitative approaches, hlm. 173-191. London:Sage
Publication. 33(4):393-406.
Ryan, R.M.(1998). Control and Information in the Intrapersonal Sphere:An Extension
of Cognitive Evaluation Theory. Journal of Personality and Social Psychology,
43,450-461.
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393
76
Sekaran, U. (2000). Research Method for Business: A skill building Approach. New
York. John Wiley & Son Inc.
Silverman (1993). Management. New York. Prentice Hall.
Siti Aminah Khasiman (2013). Tinjauan awal penggunaan frog vle di sekolah. Daripada
http://sekolahpenandaaras.wordpress.com.

Anda mungkin juga menyukai