Anda di halaman 1dari 10

[PENGURUSAN JENAZAH HIV/AIDS] [Pick the date]

1.0 PENGENALAN

HIV ( Human Immunodeficiency Virus ) merupakan sejenis virus yang berbahaya
dan berupaya untuk menjangkiti tubuh manusia. Virus ini mampu melumpuhkan system
ketahanan tubuh dan menyebabkan tubuh manusia tidak berupaya untuk melawan jangkitan
kuman-kuman lain yang pada kebiasaannya tidak mendatangkan sebarang kesan pada
individu yang normal. Sekiranya seseorang individu dijangkiti HIV maka individu tersebut
akan menjadi pembawa kuman HIV dan mereka ini tidak menunjukkan sebarang tanda
diserang jangkitan tersebut. Setelah menjangkiti tubuh manusia, virus ini akan bertindak
melemah dan melumpuhkan sistem ketahanan tubuh ( immune system ) yang akhirnya
menyebabkan individu tersebut mengalami Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit
atau lebih dikenali sebagai AIDS yang boleh membawa maut. Sehingga kini masih belum
terdapat vaksin yang boleh mencegah manusia dari jangkiti virus. HIV serta tiada ubat-
ubatan yang boleh menyembuhkan individu yang telah dijangkiti. Menyedari akan hakikat ini
maka langkah-langkah pencegahan perlu diambil oleh setiap individu bagi memastikan
mereka tidak terdedah kepada jangkitan
virus ini.

Virus ini boleh ditemui di dalam bendalir atau cecair dari tubuh mereka yang
dijangkiti HIV samada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Ini bererti pengendali-
pengendali jenazah menghadapi risiko dijangkiti virus HIV sekiranya mereka mengendali
jenazah yang dijangkiti virus HIV termasuk kematian yang disebabkan oleh AIDS.
Pengendali-pengendali jenazah berkemungkinan dijangkiti virus HIV sekiranya mereka tidak
mengambil langkah-langkah pencegahan kerana bendalir serta cecair dari jenazah yang
dijangkiti virus HIV boleh menjangkiti melalui luka di permukaan tubuh pengendali jenazah
terutama di bahagian tangan serta jangkitan melalui mukosa (seperti lapisan dalam rongga
mulut dan mata). Bagi mencegah pengendali jenazah dari dijangkiti virus HIV semasa
mengendalikan jenazah pembawa virus HIV dan AIDS, maka langkah-langkah pencegahan
yang terdapat di dalam buku panduan ini perlulah dipatuhi.








[PENGURUSAN JENAZAH HIV/AIDS] [Pick the date]

2.0 PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM

Adalah menjadi tanggungjawab serta kewajipan ke atas orang-orang Islam yang hidup ke
atas jenazah orang Islam sebagai fardhu kifayah menyelenggarakan empat perkara berikut
iaitu ;

i. Memandikan
ii. Mengkafankan
iii. Menyembahyangkan
iv. Mengkebumikan

Pengurusan jenazah orang Islam yang mengidap penyakit berjangkit termasuk pembawa
virus HIV dan AIDS wajib merangkumi empat perkara di atas dan ianya menjadi
tanggungjawab bersama keluarga jenazah, Hospital /Pejabat Kesihatan Daerah dan
Jabatan Agama Islam Negeri/Daerah.

3.0 PEMBERITAHUAN KEMATIAN PEMBAWA HIV DAN PESAKIT AIDS

3.1 KEMATIAN DI HOSPITAL

Setiap kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di hospital haruslah
diberitahu dengan SEGERA melalui telefon kepada:

i. keluarga simati
ii. notifikasi kematian kepada Pejabat Kesihatan Daerah

Sekiranya keluarga simati gagal dihubungi melalui telefon, bantuan pihak polis boleh
diminta tetapi status HIV simati haruslah DIRAHSIAKAN.

3.2 KEMATIAN DI RUMAH

Bagi setiap kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di rumah, adalah
menjadi kewajipan ahli keluarga simati untuk memberitahu Pejabat Kesihatan
Daerah yang terdekat dengan SEGERA melalui telefon bagi tujuan penyeliaan
pengurusan jenazah serta tindakan lain yang perlu diambil oleh Pejabat Kesihatan
Daerah berkenaan.

[PENGURUSAN JENAZAH HIV/AIDS] [Pick the date]


3.3 AKTA PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988

Mengikut seksyen 10 (1) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988
Adalah menjadi kesalahan ke atas setiap penghuni dewasa mana-mana rumah di
mana terdapat penyakit berjangkit; atau orang yang menjaga; atau yang ada
bersama dan mereka yang bukan pengamal perubatan menyelenggarakan sesiapa
yang mengidap yang mati akibat penyakit berjangkit tanpa melaporkan kepada
pegawai Kesihatan di kemudahan kesihatan atau balai polis atau ketua kampung
yang terdekat dengan segera.

4.0 PENYELIAAN JENAZAH

Setelah notifikasi/pemberitahuan kepada Pejabat Kesihatan Daerah tentang kematian
pembawa HIV dan pesakit AIDS dijalankan, penyeliaan berhubung pengurusan jenazah
seperti memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan serta pemindahan
jenazah dipertanggungjawabkan kepada kakitangan kesihatan berikut:

i. Inspektor Kesihatan ke atas jenazah lelaki
ii. Jururawat Kesihatan ke atas jenazah perempuan

PERINGATAN

Kakitangan Kesihatan yang menyelia jenazah tidak dibenarkan memakai pakaian
seragam dan menggunakan kenderaan kerajaan bagi menjaga reputasi simati serta
kaum keluarganya.

5.0 PEMILIHAN PENGENDALI JENAZAH DI RUMAH

Bagi kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di rumah atau jenazah yang
diselenggarakan di rumah setelah kematian berlaku di hospital, pemilihan pengendali
jenazah perlu mengambilkira faktor-faktor berikut:

i. Pengendali jenazah dihadkan kepada bilangan yang sekecil mungkin,
sebaikbaiknya tidak melebihi 4 orang.
[PENGURUSAN JENAZAH HIV/AIDS] [Pick the date]

ii. ii. Pengendali jenazah sebaik-baiknya dari kalangan keluarga atau mahramnya
simati dan petugas/pegawai masjid yang terlatih dalam mengendalikan jenazah
pembawa HIV dan pesakit AIDS.
iii. Memastikan setiap pengendali jenazah tidak mengalami sebarang luka atau
kudis di permukaan tubuh terutama di bahagian tangan.

6.0 PENGENDALI PERALATAN PENGENDALIAN JENAZAH DI HOSPITAL ATAU DI
RUMAH

6.1 PERALATAN

Pihak bertanggungjawab Menyediakan Peralatan Peralatan Kuantiti Bagi Kematian
Di rumah


Peralatan

Kuantiti
*pengendali sebanyak 4 org
Pihak Bertanggungjawab
Menyediakan Peralatan
Bagi Kematian Di Rumah
Baldi 3 buah



Waris atau pihak masjid
Besin 1 buah
Kapas 1 gulung
Kain kapan 3 lapisan (jenazah lelaki)
5 lapisan ( jenazah
perempuan)
Penyepit (tong) 1 bilah
Sponge Forcep 1 bilah
Curve Artery Forcep 1 bilah
Dressing Scissors 1 bilah
Gallipot 1 buah


Pejabat Kesihatan Daerah
Kloroks (Sodium
Hypochlorite)
4 botol (1 liter)
Pelapik plastic tebal (4x7) 1 helai
Apron plastik 4 helai
Sarung tangan getah 4 pasang
Kasut getah 4 pasang
Mask 4 helai

[PENGURUSAN JENAZAH HIV/AIDS] [Pick the date]


NOTA
1. Apron plastik, sarung tangan getah, kasut but getah dan mask disediakan
berdasarkan jumlah pengendali jenazah yang terlibat.
2. Semua pengendali jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS perlu memakai dua
lapisan sarung tangan.
3. Bancuhan klorok: 1 botol kloroks dengan ukuran 1 litre dibancuh dengan 9 litre air
biasa untuk menjadikan larutan kloroks dengan 1:10 ( 1 bahagian kloroks dibancuh
dengan 9 bahagian air )

6.2 KEGUNAAN BALDI DAN BESIN

Baldi 3 buah

1 buah untuk merendam baju/pakaian simati yang telah dipakai
1buah untuk bancuhan kloroks (1 : 10) bagi memandikan jenazah
1 buah untuk merendam perkakas/kapas yang telah digunakan

Besin 1 buah

Untuk merndam kapas yang belum digunakan ke dalam bancuhan 1 : 10

7.0 MANDI JENAZAH PEMBAWA HIV DAN PESAKIT AIDS

Bagi kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di hospital, pengurusan
jenazah iaitu memandi dan mengkafankan sebaik-baiknya dilakukan di hospital sebelum
dituntut oleh waris simati. Sekiranya waris simati memohon untuk menguruskan jenazah di
rumah, pemindahan jenazah dari bilik mayat hospital ke rumah haruslah diawasi oleh
kakitangan kesihatan dari pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat. Bagi menguruskan
jenazah di rumah perkara-perkara perlu diambil perhatian.

7.1 PERSEDIAAN TEMPAT PEMBUANGAN AIR MANDIAN JENAZAH

Bagi menguruskan jenazah di rumah, waris simati perlu menggali parit atau lubang
untuk tujuan pembuangan air mandian sekiranya rumah tersebut tidak terdapat
[PENGURUSAN JENAZAH HIV/AIDS] [Pick the date]

longkang/parit bersimen. Inspektor Kesihatan bertanggungjawab akan menyelia
penyediaan tempat pembuangan tersebut.

7.2 PERSEDIAAN TEMPAT MANDI JENAZAH

Tempat pemandian jenazah hendaklah dilindungi daripada penglihatan mereka yang
tidak berkenaan.
Tempat khas ( takungan mandian mayat) digunakan untuk memandikan jenazah.
Sekiranya tiada terdapat tempat khas (takungan mandian mayat ) pelapik plastik
tebal boleh digunakan tetapi ianya hendaklah dibentuk supaya air mandian dapat
mengalir ke tempat buangan ( parit / longkang / lubang ).

7.3 CARA-CARA MEMANDIKAN JENAZAH

Memandikan jenazah orang Islam perlulah mengikut cara-cara pengurusan jenazah
yang biasa dilakukan dan diikhtirafkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing
atau mengikut buku panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Negeri (
sekiranya ada ). Namun demikian terdapat beberapa perubahan dalam pemandian
jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS bagi mencegah pengendali jenazah dari
dijangkiti virus AIDS.

Cara-cara pemandian jenazah orang Islam pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah
seperti berikut:

Pengendali jenazah perlu melindungi diri dengan memakai
o Apron plastik / baju hujan
o 2 lapisan sarung tangan getah
o Pelindung mulut dan hidung ( mask )
o Kasut but getah

Bancuhan kloroks dengan larutan 1 : 10 disediakan di dalam 3 buah baldi dan 1
buah besin.

Kapas yang belum digunakan direndam dalam besin berisi larutan kloroks ( 1 :10 ).

[PENGURUSAN JENAZAH HIV/AIDS] [Pick the date]

Pakaian jenazah ditanggal dan direndam dalam baldi bancuhan kloroks( 1:10 )
selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Jenazah diletakkan ke dalam tempat khas takungan mayat. Sekiranya tiada terdapat
tempat khas, mayat diletakkan ke atas alas plastik tebal yang telah direndam dengan
larutan kloroks 1 : 10.

Rongga mulut, telinga, hidung, serta faraj dibersih dan disumbat dengan kapas yang
telah direndam dengan kloroks dengan menggunakan peralatan iaitu forcep yang
telah disediakan ( langkah ini perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya terdapat
darah atau cecair yang sentiasa terkeluar dari rongga-rongga tersebut setiap kali
jenazah dialih posisinya untuk dimandikan ).

Jenazah kemudian dicuci dan dimandikan dengan larutan kloroks 1: 10.

Semasa memandikan jenazah dengan air larutan kloroks bersihkan dubur dengan
kapas yang telah direndam dengan larutan kloroks ( 1:10 ) dan dubur kemudian
disumbat dengan kapas yang telah direndam dengan larutan kloroks.

Jenazah kemudian dimandikan dengan air biasa / bersih menurut ajaran agama
Islam.

Sekiranya rongga-rongga seperti mulut, telinga, hidung atau faraj ingin dibersihkan
semula ianya boleh dilakukan dengan kapas yang telah direndam dengan larutan
klorok menggunakan forcep dan rongga-rongga tersebut kemudiannya disumbat
dengan kapas yang direndam dengan larutan kloroks.

Jenazah kemudiannya boleh disiram dengan air daun bidara, air kapur barus atau air
kayu cendana.

Jenazah dibilas dengan air larutan kloroks ( 1:100 pada bilasan terakhir ).





[PENGURUSAN JENAZAH HIV/AIDS] [Pick the date]

8.0 MENGKAFANKAN JENAZAH

Bagi mengkafankan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS, cara-caranya adalah
berpandukan kepada panduan yang diterbitkan :

Plastik tebal dialaskan ditempatkan mengkafankan jenazah supaya cecair, bendalir
atau darah terkumpul tanpa mencemarkan kawasan persekitaran bagi mencegah
jangkitan kepada orang lain.

Kain kafan dibalut sebagai lapisan pertama. Kain kafan tidak perlu direndam dengan
larutan kloroks 1:10 sekiranya tidak terdapat cecair, bendalir atau darah yang
terkeluar dari jenazah atau tidak terdapat luka kudis dipermukaan tubuh jenazah.

Bagi jenazah yang mengeluarkan cecair, bendalir, darah atau terdapat luka/ kudis
pada permukaan tubuh, jenazah perlu dimasukkan ke dalam beg plastic ( body bag )
atau dibalut dengan plastik yang telah digunakan untuk mengalas tempat
mengkafankan jenazah. Jenazah tidak perlu dibalut dengan plastic atau dimasukkan
ke dalam beg plastik sekiranya tiada tumpahan cecair, bendalir, darah atau tiada
luka / kudis di permukaan tubuh jenazah tetapi tiada halangan sekiranya lapisan
plastik dibalutkan.

Seterusnya jenazah dikafankan dengan menggunakan dua lapisan kain kafan
sebagai lapisan terakhir. Perhatian lapisan terakhir merupakan kain kafan dan
bukannya lapisan plastic

NOTA

Keluarga terdekat arwah dibolehkan memeluk atau mencium jenazah sekiranya
tubuh badan jenazah masih utuh tanpa sebarang kudis/luka atau jenazah tidak
mengeluarkan lebihan cecair, bendalir atau darah.






[PENGURUSAN JENAZAH HIV/AIDS] [Pick the date]

9.0 DISINFEKSI PERALATAN DAN AIR MANDIAN JENAZAH

Disinfeksi peralatan dan air mandian jenazah adalah seperti berikut:

Peralatan yang telah digunakan untuk memandikan jenazah perlu direndam ke
dalam air larutan kloroks (1:10) selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dicuci.
Air mandian jenazah dilantai tempat pemandian jenazah perlu dimopkan dengan
kloroks tanpa dicampur dengan air.
Air mandian jenazah yang ditakung di dalam lubang perlu ditabur dengan kapur
klorida ( chloride of lime ) dan ditimbus.


10.0 SEMBAHYANG MAYAT

Cara jenazah disembahyangkan adalah serupa dengan jenazah orang Islam yang lain.


11.0 PENYEDIAAN TANAH PERKUBURAN

Persediaan tanah perkuburan bagi mengebumikan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS
adalah seperti yang terdapat di dalam buku panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama
Islam Negeri. Kapur Klorida ( Cloride of lime ) tidak perlu ditaburkan ke dalam liang kubur.

12.0 PENGKEBUMIAN JENAZAH

Pengkebumian jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah sama seperti
pengkebumian jenazah orang Islam lainnya dengan syarat langkah-langkah pencegahan
jangkitan HIV telah diambil semasa jenazah dimandi dan dikafankan. Penggunaan sarung
tangan getah tidak dimestikan semasa jenazah dikebumikan.

13.0 PEMINDAHAN JENAZAH MELALUI KENDERAAN DARAT/LAUT/UDARA

Setiap pemindahan jenazah di dalam atau ke luar negeri perlulah diberitahu terlebih dahulu
kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat bagi tujuan penyeliaan dan tindakan yang
bersesuaian.

[PENGURUSAN JENAZAH HIV/AIDS] [Pick the date]

14.0 PERINGATAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN HIV BAGI
SEMUA PENGENDALI JENAZAH

Semua pengendali jenazah harus sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi
mencegah dari dijangkiti penyakit berjangkit seperti HIV semasa mengendalikan setiap
kematian.

Langkah-langkah pencegahan ini perlu kerana adakalanya status HIV jenazah yang
dikendalikan tidak diketahui atau kemungkinan notifikasi kematian pembawa HIV dan AIDS
tidak dikemukakan kepada Pejabat Kesihatan Daerah oleh waris simati.

Langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

Pastikan bilangan pengendali jenazah dihadkan kepada bilangan sekecil mungkin.

Memastikan pengendali-pengendali jenazah tidak mengalami sebarang luka atau
kudis pada permukaan tubuh terutama di bahagian tangan.

Setiap pengendali jenazah memakai dua lapisan sarung tangan plastic semasa
mengendalikan jenazah.

Sekiranya jenazah mengeluarkan darah atau cecair berlebihan yang memungkinkan
percikan berlaku ke tubuh pengendali jenazah maka pemakaian apron plastik, mask
dan kasut but getah diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai