Anda di halaman 1dari 14

KAF 40

SATU KAFIAT


Awas!! Buku ini hanya tujuan pendedahan dan bukan untuk tujuan amalan. Dari al-Muallij
Mustaqim ibnu Muhammad Najib Al-Husaini Al-Kelantani
http://klinik-muallij.blogspot.com

RAHSIA KAF 40

Hizbul Kaf atau Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah antara amalan rahsia orang-orang tua kita
dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi buruan penuntut ilmu
hikmah pada zaman sekarang, kerana bukan senang untuk mencari dan menemukan orang yang
memiliki hizib ini. Jikalau dapat bertemu pun, belum tentu dia akan diajar dan diijazahkan. Hal
ini kerana sudah menjadi resam orang-orang tua Melayu, meletakkan sesuatu yang berharga,
biarlah kena pada tempatnya, kerana takut ilmu itu disalahgunakan oleh orang yang tidak
bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai
manusia yang dengan terlalu mudah membuat penilaian dan melabelkan ilmu hikmat dengan
ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan yang tidak
bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang
dilabelkan dengan sesat itu. Maka jadilah orang yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu
kerohanian dan hikmat, membuat penilaian yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang
belajar dan mengetahuinya.

Kaf empat puluh ini ada mempunyai empat puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan khasiatnya
dikatakan lebih dari itu. Hizib ini mempunyai beberapa riwayat yang sedikit berbeza, tetapi
jumlah huruf kafnya tetap cukup empat puluh. Bahkan ada yang sampai lima puluh kafnya.
Sebelum mengamalkannya adalah lebih baik kita mengambil ijazah dahulu daripada ahlinya.

Kata orang-orang tua Kelantan, Hizib yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul Ghaib.
Hizib ini 80% hampir sama dengan hizib Nabi Nuh. Kalimat-kalimatnya mirip seperti sebuah
syair kuno yang amat sukar untuk diterjemahkan dan difahami. Namun begitu, supaya mujarab
dan cepat mustajabnya, hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut sehingga sampai empat
puluh hari, atau yang sebaiknya istiqamahnya sepanjang hayat. Insya-Allah kita sendiri akan
dapat merasakan satu kelainan dan dapat merasakan kekuatan energinya (aura).

Versi kaf 40

Dr Abdul Hayei Sukor dari Masjid At-Taqwa tidak menafikan anehnya ungkapan 40 kaf dalam
bentuk puisi ini, tetapi khasiat yang begitu rupa hanya rekaan semata-mata. Lebih aneh lagi ialah
40 kaf itu direka dengan spontan bagi menyelamatkannya dari hukuman penjara, tetapi bila
masuk ke alam Melayu dijadikan jampi serapah, sedangkan perekanya membuat puisi untuk
menyahut cabaran pihak berkuasa pada zamannya. Kisahnya begini:

Diriwayatkan, seorang penyair telah dihukum penjara oleh pemerintah dan setelah sekian lama
dalam penjara, beliau memohon untuk dibebaskan, dengan syarat banduan ini mencipta puisi
syair dalam tiga bait menggunakan 40 kaf. Jika gagal, banduan ini akan dikekalkan dalam
penjara seumur hidup, lalu penyair ini menyahut cabaran itu dan berjaya lalu beliau dibebaskan.

:c

--
Dikatakan dalam puisi ini mengandungi 40 kaf, tetapi Dr Abdul Hayei Sukor mengira tidak
sampai 40, mungkin ada bait yang tertinggal. Setakat ini tugas saya masih belum selesai ialah
menterjemahkan puisi, menyatakan siapakah pencipta puisi dan bagaimana kisah selanjutnya
banduan berkenaan. Kita akan ceritakan dalam kesempatan yang lain jika ada peminat dan
dengan izin Allah. Versi kedua kaf 40 ini ada penambahan pada akhirnya. Menjadikan jumlah
bilangan kafnya 55.

Kaifiat Amalan Sebagai Wirid

Jika hendak dijadikan sebagai wirid harian. Sebelum membacanya, hendaklah terlebih dahulu
membaca Al-Fatihah niat hadiah kepada Rasulullah SAW, kemudian membaca Selawat
sebanyak tiga kali dan Ayatul Kursi satu kali. Kemudian barulah kita membacanya sebanyak tiga
kali.

Boleh diwiridkan secara beristiqamah atau berterusan pada waktu pagi dan petang atau tiap-tiap
kali selepas selesai solat lima waktu.



Cara Bacaan

Boleh dengar di Youtube di http://www.youtube.com/watch?v=LUagCq5whgI

Ceramah ringkas juga boleh diikuti dari Tok Guru Haji Kuari di:
http://www.youtube.com/watch?v=jWxWCkSqL3A

40 Kaf Buku Pagar Hikmat Tok Janggut

Dipanggil Kaf 40 kerana ada empat puluh huruf kaf, begitu juga bilangan khasiatnya.
Sebahagian khasiatnya :

1. Baca 44 x untuk pelaris perniagaan.

2. Baca 21 x pada makanan yang sedikit akan mencukupi tetamu yang banyak.

3. Baca 3 x pada budak yang kena sawan, hembus dan timang budak itu insya Allah baik
sawannya.

4. Baca 7 x pada ***** ibu yang bersalin dan urut ***** itu insya Allah banyak susunya. Atau
baca pada jantung pisang kelat kemudian rebus dan diberi minum kepada orang bersalin.

5. Baca 7 x pada lada hitam dan letakkan di bawah ibu jari orang kena pelesit, dipicit nescaya lari
pelesit itu.

6. Baca 7 x pada air sejuk dalam tudung periuk atau minyak tanak, diberi minum kepada
perempuan yang lekat urinya.

7. Baca 3 x dan hembus pada luka insya Allah bisanya turun.

8. Baca 4 x pada musuh yang banyak nescaya rabun pandangan mereka.

9. Baca 7 x pada pasir bila menghadapi seteru nescaya berlaga ia sesama sendiri.

10. Baca 3x masa melangkah di hadapan tangga, hembus ke kanan, kiri, hadapan, genggam
tangan, kunci gigi, kemudian melangkah barulah dilepas tangan dan gigi. Teruskan berjalan
insya Allah terpelihara dari seteru.



Sejarah Amalan Tok Janggut

Menurut cerita yang disampaikan oleh mantan ketua Tanjung Rambai Tn Hj Mohd Noor bin Hj
Abd Rahman (87 tahun) Tok Janggut @ Tn Hj Abd Razak pada satu ketika pernah menjadi
imam perang mengetuai tentera fisabilillah dari seluruh negeri perak bagi membantu umat Islam
di fatani selatan Thailand yang diinaya oleh pemerintahan kerajaan siam. Kemuncak dari
peristiwa kebangkitan tentera fisabilillah apabila seorang ulama terkenal fatani iaitu Hj Awang
Sulung bin Hj Abd Kadir telah hilang dan kekhuatiri ditawan oleh tentera siam.


Gambar Tok Janggut


Gambar Haji Sulung Al-Fatani

Maka pada satu hari selesai solat Jumaat, berkumpullah seluruh sukarelawan fisabilillah dari
seluruh pelusuk negeri perak berkumpul di surau lama Kampung Tanjug Rambai. Antara tokoh
ulama terkenal yang turut bersama ialah Tn Syeikh Osman Jalaluddin dan Tn Syeikh Idris Al
Marbawi hadir bersama bagi melancarkan operasi mencari dan menghapuskan musuh Islam dan
menyelamatkan Tn Hj Sulung bin Hj Abd Kadir.


Gambar Syeikh Osman Jalaluddin


Gambar Syeikh Idris Al-Merbawi

Diceritakan pada perjumpaan keramat itu, Syeikh Osman telah menggenggam segumpal tahi besi
dan di jampi pada besi tersebut serta di pintal kedua tapak tangannya bertaburan cincin jatuh
yang dinamakan cincin Lahit. Maka semua tentera fisabililah memakai cincin tersebut sebagai
simbol semangat perjuangan. Maka Tok Janggut memulakan wirid Kaf 40 bersama beberapa
ratus tentera fisabilillah yang terpilih sahaja pergi berjuang kerana tidak mahu terlalu ramai dan
akan memberi kesukaran dan mudah di hidu oleh musuh.

Setelah berbulan lamanya pergi berjuang, akhirnya mereka pulang dan ada yang menceritakan
detik ngeri pertempuran dengan musuh. Ada yang memberitahu pengalaman bertempur sama
seperti menebas pokok tebu kerana terlalu ramai musuh dan dengan pertolongan allah, tentera
fisabilillah yang diketuai oleh Tok Janggut telah berjaya menghapuskan segala rintangan. Namun
Th Hj Sulung tidak jua ditemui.

Khodam Huruf Hijaiyah

Ilmu Huruf ini adalah suatu ilmu yang umum. Kemudian di bahagikan mengikut setiap ilmu.
Dalam ilmu Tauhid, Huruf dikaitkan dengan sifat Kalam Makhluk. Dalam Ilmu Fiqh, Huruf
dikaitkan dengan bacaan-bacaan/ potongan ayat al-quran. Dalam ilmu Tasauf, berkaitan dengan
isyarat dan maksud Huruf. Dalam Ilmu Tajwid, Huruf adalah perkara pokok dalam pembelajaran
tentang makhraj Huruf. Huruf Hijaiyah ada bilangan nya yang tertentu. Bilangan yang mewakili
setiap Huruf Hijaiyah ini bisa digunakan untuk berbagai hajat.

Dan setiap Huruf Hijaiyah ini diwakili oleh Khodam Malaikat yang suci.

Syeikh Ahmad Ali Albuni ada menerangkan rahsia setiap umat ada dalam kitab mereka. Dan
rahsia kitab Allah itu didalam Huruf-Huruf. Dan Huruf -huruf punyai bermacam bentuk.

30 kunci yang berada di tubuh manusia:

1. alif = hidung
2. ba" = mata
3. ta" = tempat mata(lubang tempat mata)
4. tsa" = bahu kanan
5. jim = bahu kiri
6. ha = tangan kanan
7. kha = tangan kiri
8. dal = telapak tangan kanan dan kiri
9. dzal = kepala dan rambut
10. ro" = rusuk kanan
11. zai = rusuk kiri
12. sin = dada kanan
13. syin = dada kiri
14. shod = pantat kanan
15. dhod = pantat kiri
16. tho" = hati
17. zho" = gigi
18. ain = paha kanan
19. ghoin = paha kiri
20. fa" = betis kanan
21. kof = betis kiri
22. kaf = kulit
23. lam = daging
24. mim = otak
25. nun = nur/cahaya
26. wau = telapak kaki kanan dan kiri
27. HA" = sungsum tulam
28. lam alif = manusia utuh
29. hamzah = memenuhi segala
30. ya" = mulut/manusia

Huruf Kaf falam ilmu hijaiyah ialah kulit. Dan, perlu diketahui bahawa di dalam huruf hijaiyah,
terdapat 4 elemen unsur alam semulajadi yang mana dipecahkan mengikut jadual dibawah:

Air = Ghain, Kho, Ro, Ain, Lam, Ha Buka, dal
Api = zal, syin , fa, mim, tho, ha bulat, alif
Tanah = dhod, ta, sho, nun, ya, wau, ba
Udara = zho,tsa, qof, sin, kaf, zai, sin, jim

Maka kaf dalam kategori udara.

Dalam bab rahsia huruf muqataah (muqataat), huruf kaf bernilai 20. Isyarat kaf kepada angka 20.
Ia menerangkan pergolakan yang berlaku dalam tempoh itu selepas tahun kenabian Nabi S.A.W
iaitu pada zaman keemasan pemerintan Islam.

Khadam huruf kaf ialah:

Pembantunya :



Wallahu alam. Hanya Allah sahaja mengetahui


Amalan Untuk Riadhah Atau Khalwat

Kaifiatnya seperti berikut :
Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan kaf 40 sebanyak 7000 kali.

Berwirid bermula dari subuh dan tamat pada hari ketiga lepas Isyak.

Berwirid hendaklah duduk, lebih utama di atas tanah atau batu. Tidak boleh berdiri semasa
beramal.

Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun.

Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan atau jauh dari orang ramai (sunyi)

Memasang bau-bauan yang wangi.

Riadhah hendaklah ditamatkan dalam masa 3 hari.

Pada malam terakhir, akan dihadiri Khadam Ayat Ini. Firasat kita akan dapat mengetahui dan
mengesan kehadirannya. Seperti tubuh menjadi bersemangat, keras, suasana malam berangin,
sejuk, pendengaran akan lebih sensitif. Itu adalah tanda amalan kita menjadi dan telah berjaya di
kuasai. Seterusnya, pelbagai mimpi dan firasat cara-cara penggunaan ayat ini akan anda peroleh
insya-Allah.

Khasiat Kaf 40

Antara khasiatnya yang dapat saya nukilkan daripada beberapa buah kitab adalah seperti berikut:

(1) Menyerang musuh.
Jika hendak menghadap musuh, maka bacalah Kaf 40 ini sebanyak tiga kali di hadapan tangga
dan dihembuskan ke kanan, kiri dan hadapan serta genggamkan tangan dan kancingkan gigi.
Kemudian berjalan melangkah barulah dilepaskan genggaman tangan itu tadi. Maka teruskanlah
berjalan. Insya-Allah terpelihara daripada musuh seteru.

(2) Membutakan mata musuh
Supaya musuh tidak dapat melihat kita, maka bacalah kaf ini sebanyak tiga kali dan hembuskan
pada pasir, tanah dan sebagainya. Setelah itu lontarkan pasir tersebut ke arah musuh. Insya-Allah
musuh tidak akan dapat melihat kita.

(3) Musuh berlawan sama sendiri.
Bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali dan hembuskan pada pasir, kayu, tanah atau sebagainya.
Kemudian lontarkan ke arah musuh. Insya-Allah mereka akan berlawan dan berlaga sesama
sendiri.

(4) Halimunan.
Jikalau musuh terlampau ramai, maka bacalah kaf ini sebanyak bilangannya iaitu empat puluh
kali pada pasir, tanah, batu, kayu dan sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh, nescaya
gelap gelitalah pandangan mereka insya-Allah.

(5) Menawarkan Bisa-bisa senjata atau sengatan binatang.
Jika terkena bisa-bisa senjata atau binatang, kaf ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan
dihembus serta diludahkan ke tempat yang terkena itu. Insya-Allah hilang dan turunlah bisa-bisa
itu.

(6) Perempuan lekat uri.
Jika perempuan lekat uri atau mati anaknya di dalam perut, maka bacakan kaf ini sebanyak
sembilan kali pada air di dalam tudung periuk tembaga atau pada minyak tanak. Kemudian diberi
minum sedikit dan dihembuskan kepada perut perempuan itu. Insya-Allah Taala keluarlah uri
atau anak itu.

(7) Memperbanyakkan air susu.
Jikalau perempuan kurang air susunya, bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali pada air kemudian
sapukan dengan sisir dan diurut-urutkan susunya itu. Insya-Allah susunya akan bertambah
banyak. Atau dijampikan pada jantung pisang kelat. Kemudian direbus dan diberi makan kepada
perempuan yang bersalin itu, maka susunya akan bertambah.

(8) Menghalau pelesit.
Bagi orang yang kerasukan syaitan, hendaklah dibacakan kaf ini sebanyak tiga kali pada lada
hitam yang dipecahkan sedikit atau dibelah dua. Kemudian letakkan di sebelah atas dan di
sebelah bawah ibu jarinya serta dipicit-picit dan ditekan. Insya-Allah akan keluar.

(9) Menahan darah.
Barang siapa yang luka dan banyak keluar darahnya, bacakan kaf ini sebanyak tiga kali dan
dihembus serta diludahkan pada tempat luka itu tadi, nescaya darahnya akan berhenti insya-
Allah taala.

(10) Menghilangkan Bisa-bisa binatang.
Jika kita disengat lipan, kala, jengking, ular dan sebarang binatang yang berbisa, samaada yang
di darat atau di laut. Hendaklah membaca kaf 40 ini dengan segera dan serta merta selepas
disengat itu tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat yang disengat. Insya-Allah
bisa-bisa itu akan hilang dengan segera. Molek juga dibaca pada air garam dan disapu pada
tempat itu.

(11) Menjauhkan bahaya dan gangguan hantu puaka.
Bacalah kaf ini tiga kali ketika hendak tidur, insya-Allah selamat sejahtera dalam perlindungan
Allah Taala daripada gangguan dan kekacauan hantu puaka itu. Kalau dibaca kaf ini di tempat
yang keras atau berpuaka, insya-Allah sejahtera dari gangguan mereka dan hal ini telah beberapa
kali dicuba dan terbukti.(Ada satu hikayat) sewaktu Jepun menjajah Tanah Melayu suatu ketika
dahulu, ramai orang yang keluar berniaga ke Bangkok dengan kapal layar atau tongkang. Semasa
dalam pelayaran di tengah laut tiba-tiba muncul tiga jenis warna api menghampiri tiang layar.
Setelah dilihat oleh anak-anak kapal nyatalah api itu adalah hantu. Jikalau api itu terjun turun ke
atas kapal, pastinya kapal itu akan tembus. Semua anak-anak kapal terperanjat dengan
kemunculan 3 jenis api itu tadi, lalu membaca beberapa ayat untuk menghalau hantu jembalang,
namun api itu tidak juga terpadam. Maka dibacanya pula akan hizib kaf ini, belum lagi habis
hizib ini dibaca, api itu pun terus terpadam. Akhirnya baru lah mereka sedar akan kelebihan kaf
empat puluh ini.

(12) Sakit mata.
Bacalah Kaf ini lima kali dan hembuskan ke mata yang sakit itu selama tiga atau tujuh pagi.
Serta dibuat sedikit air tawar untuk diminum dan dilumur pada mata yang sakit itu. Insya-Allah
akan segera sembuh

(13) Terkena lintasan atau sawan.
Bacalah kaf ini tujuh kali pada orang yang terkena lintasan hantu syaitan atau pada kanak-kanak
yang sawan dan timang-timangkan kanak-kanak tersebut. Insya-Allah selamat.

(14) Penawar demam.
Baca kaf ini tujuh kali pada air kelapa muda dan diberi minum kepada orang yang demam.
Insya-Allah akan segera sembuh.

(15) Kuat Badan.
Sesiapa yang terasa lemah badannya, hendaklah membaca kaf ini tiga kali kemudian disuhud
atau tarik nafas dalam-dalam. Insya-Allah kuatlah badannya. Tetapi petua ini tidak boleh
dilakukan kerap kali. Hanya jarang-jarang ketika terdesak sahaja.
Dan dilarang sama sekali melakukannya bagi orang yang di bawah umur 25 tahun, kerana takut
kepanasan.

(16) Tuju demam kura.
Bacakan kaf ini sembilan kali pada orang yang demam kura. Mulakan dengan bacaan Al-fatihah,
selawat tiga kali dan buatkan rajah Lam Alif dengan kapur pada perutnya. Kemudian tekan
dengan ibu jari pada lubang rajah Lam Alif itu serta dipulas-pulas. Lakukan pengubatan ini
sampai tujuh pagi insya-Allah sembuh.

(17) Menumbangkan Tiang Kayu berpenunggu.
Bacalah kaf ini tujuh kali serta ayat ( Walaqad fatannaa Sulaimaana Wa alqaina ala kursiyyihi
jasadan tsumma anaab ) tujuh kali dalam keadaan mengelilingi pokok atau tiang yang hendak
ditebang itu, nescaya larilah hantu syaitan, jin yang menjadi penghuni tiang itu tadi. Maka
selamatlah kita daripada gangguan dan kejahatan mereka.

(18) Sakit pinggang
Jika sakit pinggang, bacalah kaf ini tujuh kali pada tiap-tiap pagi. Apabila sampai kepada tempat
syajanya itu, kepala lutut hendaklah dipalu atau dipukul dengan tangan, manakala tangan yang
sebelah lagi hendaklah memalu atau memukul pinggang sejatuh atau serentak dengan perkataan
kaf itu. Demikianlah lakukan pada lutut yang sebelah lagi, insya-Allah sembuh.

(19) Memperbanyakkan makanan yang sedikit.
Baca kaf ini 21 kali pada makanan yang sedikit, insya-Allah akan mencukupi untuk tetamu yang
ramai.

(20) Menjinakkan binatang liar.
Baca tujuh kali pada sebaldi air dan diberi minum kepada kerbau atau binatang yang liar, insya-
Allah ia akan menjadi jinak. Atau dimandikan pada kerbau yang beranak. InsyaAllah susunya
akan menjadi.

(21) Pelaris.
Bacalah hizib kaf ini tiap-tiap hari sebanyak 44 kali untuk melariskan perniagaan kita.

(22) Mengebal
Kata orang, antara khasiatnya lagi adalah untuk kekebalan kulit dan kekuatan tulang dari segala
jenis benda keras seperti logam. Ilmu kebal secara umumnya bolehlah dibahagikan kepada tiga
jenis:
a. Ilmu Kebal Defensif ( kebal ketika diserang sahaja).

b. Ilmu Kebal Interaktif / Demonstratif ( khusus untuk demonstrasi / dabus, dll ).

c. Ilmu Kebal Pro Aktif (boleh dipakai di mana sahaja, tanpa mengira waktu, boleh
diperlihatkan kepada orang ramai. Kekebalannya sentiasa aktif walaupun tidak diserang).

i. Kategori pertama biasanya daripada aliran ilmu hikmah. Ilmu kebalnya
diperoleh melalui pengisian oleh guru , riadah, pertapaan dan lain-lain. Amalan hizib kaf
40 termasuk di dalam kategori ini.

ii. Kategori kedua biasanya daripada aliran kebudayaan, ilmu-ilmu kedaerahan.
Tiap-tiap daerah memiliki ciri khas ilmu kebal masing-masing. Ilmu itu berasal dari
pengisian oleh guru atau amalan wirid dan riadah

iii. Kategori ketiga inilah yang paling ekstrem, biasanya kekuatan ilmu berasal
daripada mestika alam atau batu permata yang memiliki kekebalan alami seperti rantai
bumi, batu badar besi, besi kuning dan lain-lain. Biasanya kebal kategori ini sering
disalahgunakan oleh orang-orang jahat dan tidak bertanggungjawab.

Diceritakan bahawa pahlawan masyhur Si Pitung juga memakai hizib kaf 40 ini sebagai azimat.
Menjadikan dirinya kebal dari sebarang jenis senjata. Kata orang, ilmunya itu dituntut daripada
Al Habib Husein Al Idrus. Wallahualam.

(23) Pelembut Besi
Jikalau kita melakukan riadah hizib kaf 40 ini, pada hari terakhir riadah, kita hendaklah
memegang sebatang besi. Semasa mewiridkan hizib ini kita hendaklah memicit besi itu. Jikalau
besi itu jadi lembut seperti kita memicit batang lilin, maka itulah tandanya amalan kita telah
berhasil dan menjadi.

(24) Orang Gila
Bacalah hizib ini kepada orang gila beberapa kali sehingga hilang gilanya. Insya-Allah berkat
ikhtiar.

(25) Meredakan ribut dan ombak besar.
Bacalah hizib ini tiga kali dan tiuplah ke arah ribut atau ombak besar itu.
Insya-Allah ribut dan ombak besar itu akan reda.

(26) Hendak Masuk Hutan.
Jika kita hendak masuk hutan, bacalah terlebih dahulu hizib ini di tepi hutan sebelum masuk.
Insya-Allah selamat daripada segala kejahatan yang ada di dalam hutan itu.

(27) Perang Sabil .
Jika berlaku peperangan, pengamal mampu memimpin 40 orang pengikut dengan selamat pulang
dan pergi. Insya-Allah.


(28) Pendinding
Hizib ini mujarab untuk dibuat pendinding, sama ada daripada kejahatan jin, manusia atau
binatang buas. Lebih utama dibaca selepas Ayatul Kursi lalu ditiup ke tujuh arah dengan niat
memagar diri sejauh mata memandang. Insya-Allah selamat daripada gangguan.

Wallahu alam. Hanya Allah sahaja mengetahui

Anda mungkin juga menyukai