Anda di halaman 1dari 40

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HASNAN NAMA PELAJAR : OSMAN BIN ESA


BIN MOHD SALIM
NO. PELAJAR : 08DKA08F1013 NO. PELAJAR : 08DKA08F1024

SESI : JULAI 2009

NAMA PENSYARAH: PUAN MARLIZA ASYIKIN BINTI KHAZALI

MARKAH:
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 ISI KANDUNGAN 2

2 PENGENALAN 3

3 SIFAT-SIFAT TANAH 4

4 JENIS KEGAGALAN TANAH 5-15

5 TEKNIK-TEKNIK MEMPERBAIKI SIFAT TANAH 16-23

6 PENGGUNAAN DAN FUNGSI GEOSINTETIK 24-30

7 TUJUAN DAN CARA PENYALIRAN DAN 31-3


PENGAWALAN AIR TANAH
8 KESIMPULAN 38

9 RUJUKAN 39

10 LAMPIRAN 40

PENGENALAN

Tanah adalah bahagian kulit bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan
organik. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi, kerana
tanah mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan
Page 2 of 40
makanan dan oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi
tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain.

Tanah yang terdiri dari pedosfera, terletak di antara muka litosfera dengan
biosfera, atmosfera and hidrosfera. Pembentukan tanah, atau pedogenesis, merupakan
kesan gabungan proses fizikal, kimia, biologi dan antropogen pada bahan asal geologi
yang menghasilkan lapisan tanah.

SIFAT-SIFAT TANAH

Page 3 of 40
Antara sifat-sifat tanah yang sesuai untuk kerja kejuruteraan awam adalah:-

(a) Mempunyai kekuatan ricih yang baik dari segi kejelekit dan juga sudut
geseran.

(b) Mempunyai indeks kebolehmampatan yang sesuai agar dapat


mengurangkan kesan mendapan pada tanah.

(c) Mempunyai kebolehtelapan yang sesuai agar tidak mempengaruhi kesan


kekuatan tanah.

Jenis-jenis tanah itu sendiri sama ada tanah berbutiran kasar atau berbutiran halus atau
campuran kedua-duanya.

JENIS-JENIS KEGAGALAN TANAH

Page 4 of 40
Terdapat beberapa jenis kegagalan tanah, antaranya adalah seperti berikut:-

(a) Kegagalan Cerun


(b) Kegagalan Semasa Kerja Pengorekan
(c) Kegagalan Tanah Asas Cetak dan Asas Dalam

a) KEGAGALAN CERUN

Sesebuah cerun berpotensi untuk gagal apabila tegasan kenaan meningkat atau
kekuatan ricih tanah menurun. Tegasan kenaan meningkat dengan meningkatnya
beban atau wujudnya getaran dan kejutan. Peningkatan tekanan air liang juga
berpotensi mengurangkan kekuatan ricih tanah di samping meningkatkan tegasan.
Kegagalan cerun berlaku apabila tegasan ricih kenaan melampaui kekuatan ricih yang
dimiliki oleh tanah. Terdapat lima (5) jenis kegagalan cerun, iaitu;

 Jatuh
 Gelincir putaran
 Gelincir majmuk
 Gelincir translasi
 Aliran

Page 5 of 40
Jatuh

Mod kegagalan jenis jatuh tidak begitu serius. Ia dikaitkan dengan kegagalan jangka
pendek cerun tanah terkukuh lebih. Dua fasa kegagalan dapat dikenal pasti. Apabila
sokongan sisi terhapus, tanah di sekitar kaki cerun membonjol keluar dan retak
tegangan muncul pada bahagian atas cerun. Kemunculan retak ini menyebabkan
peningkatan tegasan pada zon akar yang memisahkan kedua-dua jisim. Kewujudan air
di dalam retakan akan memjejaskan lagi kestabilan. Akhirnya, jisim tanah tumbang dan
jatuh secara mendedak. Rajah 1 menunjukkan mod kegagalan jenis jatuh.

Rajah 1 : Mod Kegagalan Jatuh

Page 6 of 40
Gelincir Putaran

Gelinciran putaran berlaku pada cerun tanah jelekit homogen. Permukaan yang gagal
melengkung. Bergantung pada kecuraman cerun, satah gelincir yang gagal adalah
dalam. Nisbah antara ketebalan maksimum gelincir dan panjang maksimum gelincir di
sepanjang cerun ialah dalam lingkungan 0.15 hingga 0.33. Jenis kegagalan gelincir
putaran membulat berlaku pada cerun tanah liat yang lebih seragam. Jisim tanah yang
tergelincir tidak terpecah kecuali tanah di kawasan terbawah. Kegagalan gelincir
putaran tak membulat terbentuk pada cerun tanah liat terkukuh lebih yang tak seragam.
Pergerakan jisim tanah tidak sekata. Oleh itu, jisim tanah yang tergelincir pecah.
Gelincir putaran cetek yang berbentuk bulat dan tak bulat kerap terjadi pada cerun yang
tidak begitu curam. Rajah 2 menunjukkan mod kegagalan gelincir putaran.

Rajah 2 : Mod Kegagalan Gelincir Putaran

Page 7 of 40
Gelincir Majmuk

Gelincir majmuk berlaku dengan bentuk permukaan kegagalan dipengaruhi oleh


kehadiran stratum bersebelahan yang mempunyai kekuatan yang sangat berbeza.
Gelincir majmuk selalunya berlaku apabila stratum bersebelahan adalah pada
kedalaman yang besar di mana permukaan kegagalan mengandungi keratan berbentuk
lengkuk dan satah. Rajah 3 menunjukkan mod kegagalan gelincir majmuk.

Rajah 3 : Mod Kegagalan Gelincir Majmuk

Gelincir Translasi

Page 8 of 40
Gelincir translasi berlaku kerana kewujudan keheterogenan seperti lapisan tanah lemah
dan sempadan di antara dua bahan berlainan. Gelincir ini berlaku biasanya
keheterogenan terletak agak cetek daripada permukaan cerun. Permukaan kegagalan
hampir sesatah dan selari dengan cerun muka bumi. Pada cerun tanah tak jelekit,
gelincir translasi berlaku apabila keadaan berubah, contohnya berlaku risipan. Jisim
yang tergelincir dapat bergerak jauh sebelum berhenti. Rajah 4 menunjukkan mod
kegagalan gelincir translasi.

Rajah 4 : Mod Kegagalan Gelincir Translasi

Aliran

Page 9 of 40
Aliran merupakan satu daripada bentuk pergerakan jisim tanah yang kompleks. Tidak
wujud satah gagal yang dapat ditentukan secara pasti. Tanah yang mengalir bersifat
cecair likat. Rajah 5 menunjukkan mod kegagalan aliran.

Rajah 5 : Mod kegagalan aliran

b) KEGAGALAN SEMASA KERJA PENGOREKAN

Page 10 of 40
Kerja pengorekan biasanya dilakukan dalam kerja-kerja penyediaan tapak projek (rajah
20.6) seperti asas, ‘basement’, dan lain-lain kerja pengorekan. Apabila kerja-kerja
pengosekan dilakukan, sekiranya tanah tersebut tidak ditopang pada tebing korekan,
maka kegagalan tanah berlakukan. Kegagalan ini ditunjuk dalam Rajah 7. Antara
kegagalan tanah semasa korekan adalah seperti berikut:-

(a) Enapan permukaan tanah yang bersebelahan dengan korekan


(b) Pergerakan sisi tanah
(c) Lambung oleh dasar korekan

Rajah 6 : Kerja Penyediaan Tapak Bina

Pergerakan Sisi
Enapan

Page 11 of 40

Lambung
Rajah 7 : Kegagalan Tanah Semasa Kerja Pengorekan

c) KEGAGALAN ASAS CETEK DAN ASAS DALAM

Page 12 of 40
Kegagalan asas cetek dan asas dalam adalah merujuk kepada keupayaan galas tanah
untuk menanggung beban di atasnya atau merujuk kepada kegagalan ricih tanah yang
menyokong asas.

Kegagalan Asas Cetek

Ada tiga mod kegagalan tanah yang berlaku pada asas cetek, iaitu kegagalan ricih am,
kegagalan ricih tempatan, dan kegagalan ricih menebuk.

(a) Kegagalan Ricih Am

Permukaan kegagalan berterusan terhasil di antara hujung-hujung asas dan permukaan


tanah seperti ditunjukkan dalam Rajah 8. Apabila tekanan dinaikan, keadaan
keseimbangan plastik tercapai, tanah disekeliling asas beransur-ansur merebak ke arah
bawah dan keluar. Pada keadaan keseimbangan plastik terhasil sepenuhnya di seluruh
tanah di atas permukaan gagal. Perlambungan permukaan tanah berlaku di atas kedua-
dua belah asas.

Rajah 8 : Kegagalan Ricih Am

(b) Kegagalan Ricih Tempatan

Page 13 of 40
Berlaku mampatan yang besar pada tanah di bawah asas dan hanya berlaku
sebahagian keadaan keseimbangan plastik. Ia berlaku sedikit perlambungan di
bahagian permukaan tanah dan berlakunya pemadatan di bahagian bawah asas.
Kejadian ini menyebabkan berlakunya mendapan pada asas. Rajah 9 menunjukkan
mod kegagalan ricih tempatan.

Rajah 9 : Kegagalan Ricih Tempatan

(c) Kegagalan Ricih Menebuk

Kegagalan ricih menebuk berlaku apabila terdapat mampatan tanah pada bahagian
bawah asas dan tidak berlaku perlambungan tanah di bahagian permukaan tanah.
Kejadian ini menyebabkan berlakunya mendapan yang besar pada asas. Rajah 10
menunjukkan mod kegagalan ricih menebuk.

Rajah 10 : Kegagalan Ricih Menebuk

Kegaggalan Asas Dalam

Page 14 of 40
Asas dalam biasanya dikenali juga dengan cerucuk. Keupayaan galas cerucuk adalah
bergantung kepada dua faktor utama, iaitu;

(a) Geseran antara tanah dengan cerucuk


(b) Sokongan dasar cerucuk di dalam tanah

Sekiranya beban pada cerucuk melebihi keupayaan galas tanah dan kekuatan cirih
tanah gagal menanggang beban, maka terjadinya kegagalan cerucuk di mana berlaku
enapan pada batang cerucuk.

TEKNIK-TEKNIK MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH

Page 15 of 40
a) Pemadatan

Pemadatan dilaksanakan untuk meningkatkan beban unit bahan melalui kaedah


mekanik seperti menggelek, menguli atau menghentam. Udara dalam rongga disingkir
dan zarah tanah dipaksa menyusun dengan lebih rapat. Pemadatan dilaksanakan untuk
mempertingkatkan lagi kekuatan benteng dan subgred jalan raya. Objektif pemadatan
ialah untuk menyingkirkan udara dari jisim tanah dan seterusnya menurunkan nisbah
rongga. Nisbah rongga yang paling kecil dikehendaki kerana faktor-faktor berikut:-

 Kekuatan ricih maksimum berlaku apabila nisbah rongga berada pada tahap
minimum.
 Penambahan air kepada bahan berbutir tak terikat boleh menyebabkan
pencairan.
 Struktur setenagah-setengah tanah laksana indung madu yang mempunyai
ruang rongga udara yang luas. Tanah seumpama ini cenderung runtuh.
Kedatangan air akan mengurangkan daya antara berbutir, dan zarah tanah akan
menggelongsor seraya memasuki rongga-rongga kosong tadi. Pemadatan yang
secukupnya tidak akan menyebabkan masalah enapan ketika yang begitu serius.
 Pemadatan juga meningkatkan sudut rintangan ricih, daya menjeleket, dan
pekali pengukuhan tanah. Sebaliknya pemadatan menurunkan nilai pekali
kebolehtelapan, keliangan, kebolehmampatan, dan pekali pertukaran isipadu
tanah.

Beberapa faktor yang mempengaruhi pemadatan, di antaranya adalah seperti berikut:-

Page 16 of 40
i. Kandungan air

Hubungan ketumpatan kering dengan kandungan air bagi suatu tanah jelekit adalah
seperti ditunjukkan dalam Rajah 11. Air berperanan sebagai agen pelincir untuk
membolehkan zarah tanah menggelangsar antara satu sama lain dengan lebih cekap
apabila dipadat. Walau bagaimanapun, bagi sesuatu kaedah pemadatan, terdapat
kandungan air optimum yang boleh menghasilkan ketumpatan kering tertinggi. Secara
teori, ketumpatan tertinggi berlaku pada rongga udara 0% atau pada garis tepuan
seperti ditunjukkan dalam Rajah 11.

Rajah 11 : Graf Ketumpatan Kering Melawan Kandungan Air


ii. Tenaga pemadatan

Page 17 of 40
Untuk tanah jelekit tertentu, lengkung pemadatan piawainya bergerak ke atas dan ke
kiri apabila pemadatan meningkat. Maknanya dengan meningkatnya ketumpatan kering
maksimum, kandungan air optimum tanah menurun. Rajah 12 menunjukkan keadaan
ini apabila pelantak seberat 2.5 kg dan 4.5 kg digunakan untuk memadat tanah.

Rajah 12 : Graf Ketumpatan Kering Melawan Kandungan Air Untuk Tenaga Pemadatan
Yang Berbeza

iii. Jenis tanah

Page 18 of 40
Lengkung pemadatan, seterusnya nilai ketumpatan maksimum dan kandunganair
optimum, bergantung pada jenis tanah. Untuk sesuatu kaedah pemadatan, nilai
ketumpatan kering yang tinggi terhasil sekiranya wujud satu taburan saiz zarahan yang
dapat meminimumkan nisbah rongga tanah yang terpadat.

b) Pengukuhan

Page 19 of 40
Pengukuhan merupakan satu proses pengaliran air keluar dari tanah tepu serta
mengurangkan isipadu dalam masa tertentu. Kadar aliran air bergantung pada
kebolehtelapan sesuatu tanah.

Bagi tanah pasir yang mempunyai kebolehtelap yang tinggi, pengaliran diandaikan
bermula dan berakhir dengan seta mertaa. Sementara bagi tanah liat yang mempunyai
kebolehtelapan yang rendah, proses pengalirannya memakan masa yang lama. Sebab
itu, proses pengukuhan biasanya dikaitkan dengan tanah liat.

Analogi Omboh dan Pegas

Konsep pengukuhan akan lebih mudah difahami dengan menggunakan analogii omboh
dan pegas sebagaimana yang diterangkan oleh Terzaghi dan Peck (1948). Sistem
omboh dan pegas adalah seperti ditunjukkan seperti Rajah 13.

Rajah 13 : Analogi Omboh dan Pegas

Page 20 of 40
Katakan sebuah silinder yang licin dilengkapkan dengan injap dan omboh yang kedap
air. Pada mulanya, sistem omboh dan pegas ini berada dalam keadalam seimbang

dengan injapnya tertutup. Tegasan asal di atas omboh ialah


σo dan tekanan air uo.

Kemudian beban Δσ , ditambah ke atas omboh. Dalam keadaan injap tertutup,

isipadunya tidak berubah. Ini bermakna keseluruhan beban tambahan, Δσ , disangga

oleh air, bukannya oleh pegas. Tekanan air bertambah sebanyak Δσ .

Apabila injap dibuka, air mula keluar dan tekanannya berkurangan sehingga nilainya
yang asal, uo, tercapai. Semasa air mengalir keluar, isipadu berkurangan dan beban

tambahan Δσ disangga oleh pegas. Keseluruhan Δσ disangga oleh pegas apabila


tekanan air bernilai Uo. Pada masa ini, proses pengukuhan dianggap telah tamat dan
sempurna. Rajah 14 menunjukkan perubahan σ dan σ ,
dengan masa t, semasa
proses pengukuhan.

Dalam analogi di atas, pegas diibaratkan sebagai bahan pepejal tanah dan air adalah
seperti air dalam tanah yang memenuhi rongga-rongga tanah. Injap mengawal kadar
aliran air di dalam tanah sebenar.

Ringkasnya pengukuhan adalah proses pemindahan beban secara beransur-ansur


daripada air kepadda bahan pepejal tanah, dan pada masa yang sama tekanan air liang
berkurangan dan tegasan berkesan bertambah.

Page 21 of 40
Rajah 14
Jenis-Jenis Enapan

Apabila lapisan tanah dikenakan beban, perubahan bentuk akan berlaku. Oleh sebab
kawasan tanah amat besar, anjakan mendatar diandaikann tidak berlaku. Dengan itu,
sebarang perubahan bentuk yang berlaku hanyalah dalam arah tegak sahaja.
Perubahan bentuk dalam arah tegak ini dinamai enapan.

Terdapat dua jenis enapan utama iaitu enapan elastik dan enapan pengukuhan. Maka
jumlah enapan adalah hasil tambah enapan elastik dan enapan pengukuhan.

ρ = ρ i + ρ c

Di mana, ρ = Jumlah enapan


ρ i = Enapan elastik/anjal
ρ c = Enapan pengukuhan

(a) Enapan Elastik

Enapan elastik merupakan enapan peringkat permulaan yang berlaku selepas sahaja
beban struktur bertindak. Enapan elastik boleh dikira dengan mengandaikan bahawa
tanah adalah homogen, isotrop dan mempunyai hubungan tegasan-terikan yang
lelurus. Persamaan enapan elastik adalah seperti berikut:-

qB
ρi = ( 1−v 2 ) I s
E

Di mana, q = Tekanan di atas asas


B = Lebar atau diameter asas
E = Modulus Young
v = Nisbah Poisson

Page 22 of 40
Is = Faktor pengaruh
Bahagian enapan elastik ini akan dibincangkan lebih terperinci di dalam modul C4008.

(b) Enapan Pengukuhan

Terdapat dua jenis enapan pengukuhan, iaitu:-

i. Enapan primer
ii. Enapan sekunder

Enapan primer merupakan enapan yang berlaku selepas lebihan tekanan air liang
masih berada di dalam tanah. Pengukuhan tanah berlaku di mana kandungan air
disingkirkan dari rongga tanah. Pengukuhan peringkat primer seperti ditunjukkan dalam
Rajah 15. Enapan peringkat sekunder merupakan anapan yang berlaku selepas semua
lebih tekanan air liang sudah lesap. Pengukuhan peeringkaat sekundeer seperti
ditunukkan dalam Rajah 15.

Ketebalan
Sampel

Enapan
Oedome

Enapan Pengukuhan

Enapan Sekunder

Ketebalan selepas 24 jam

Rajah 15 : Graf Ketebalan Sampel Melawan Punca Kuasa Dua Masa

Page 23 of 40
PENGGUNAAN DAN FUNGSI GEOSINTETIK

Jenis-jenis geosintetik:-
 Geotekstil
 Geomembran
 Geogrid
 Geokoposit / Geonet

GEOTEKSTIL

Geotekstil juga dikenali sebagai fabrik. Ia diperbuat daripada hasil produk petroleum
seperti poliester, politilena dan polipropilena. Rajah 16 menunjukkan bentuk geoteksil.
Ia juga diperbuat daripada kaca gentian. Geotekstil boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu
tenunan, sulaman dan bukan tenunan.

Rajah 16

Geotekstil tenunan terdiri daripada dua set filamen yang selari berselang-seli secara
sistematik untuk membentuk satah struktur. Geotekstil sulaman pula dibentuk oleh satu
gelung yang terdiri daripada satu atau lebih filamen yang saling mengunci untuk
membentuk satah struktur. Manakala geotekstil bukan tenunan dibentuk daripada

Page 24 of 40
filamen atau gentian pendek yang disusun atau diannyam secara jarang untuk
membentuk satah struktur. Filamen atau gentian pendek dilekatkan di antara satu sama
lain dengan menggunakan salah satu kaedah atau gabungan kaedah berikut:-

i. Ikatan kimia
ii. Ikatan termal
iii. Ikatan mekanikal

Ikatan kimia adalah kaedah di mana ia menggunakan glue, getah, latek dan selulos
untuk melekatkannya. Ikatan termal pula merupakan proses pemanasan separa lebur
filaman bagi tujuan untuk melekatkannya. Manakan ikatan mekanikal adalah kaedah
tebukan jarum.

Terdapat empat kegunaan utama geotekstil:-

i. Penyaliran : Geotekstil bertindak sebagai bahan penyaliran bagi


membolehkan air disalur keluar dengan cepat dari tanah ke kawasan
buangan.
ii. Penurasan : Geotekstil diletak di antara dua lapisan tanah iaitu
tanah berbutiran halus dan tanah berbutiran halus, ia membenarkan resipan
air dari satu lapisan ke lapisan yang lain. Pada masa yang sama ia
menghalang tanah berbutiran halus bercampur dengan tanah berbutiran
kasar.
iii. Pemisahan : Geotekstil membantu memisihkan beberapa lapisan
tanah selepas pembinaan.
iv. Tetulang : Kekuatan tegangan geotektik akan meningkatkan
kapasiti beban galas tanah.

Secara komersial geotekstil mempunyai ketebalan di antara 0.25 mm hingga 7.6 mm.
Jisim per unit luas di antara 150 g/cm2 hingga 700 g/cm2.

Page 25 of 40
GEOMEMBREN

Geomembran adalah satu bahan kalis cecair atau halangan wap. Ia diperbuat daripada
kepingan selanjar polimer yang boleh lentur. Jenis bahan polimer yang digunakan untuk
membuat geomambren adalah dari jenis termoplastik atau termoset. Jenis termoplastik
termasuklah polivinil klorid (PVC), politilena, politilena terklorin dan polimid. Manakala
polimer jenis termoset termasuklah etilena vinil asitat, polikloroprena dan isoprena-
isobutilena.

Walaupun geomambren dikatakan kalis air, tetapi sebenarnya air masih boleh meresap
menerusinya. Satu ujian dilakukan ke atas geomambren, didapati bahawa pekali
kebolehtelapannya adalah di antara 10 -10 hingga 10-3 cm/s.

Secara komersial geomambren wujud dalam bentuk lapisan tunggal yang mempunyai
ketebalan di antara 0.25 mm hingga 0.4 mm. Bagi geomambren dari jenis PVC dan
politelena mempunyai ketebalan di antara 4.5 mm hingga 5.0 mm. Rajah 17
menunjukkan penggunaan geomambren untuk pembinaan pelapik tapak pelupusan
sanitari.

Page 26 of 40
Rajah 17 : Penggunaan Geomambren dalam Pembinaan

Page 27 of 40
GEOGRID

Geogrid diperbuat daripada hasil produk petroleum seperti polipropilena dan polietilena.
Bentuk geogrid adalah seperti Rajah 18. Ia berfungsi sebagai tetulang. Terdapat dua
jenis geogrid, iaitu:-

i. Geogrid Dwipaksi
ii. Geogrid ekapaksi

Rajah 18 : Sebelah kiri adalah Geogrid Ekapaksi dan Sebelah Kanan adalah Geogrid
Dwipaksi

Page 28 of 40
GEONET

Geonet diperbuat daripada polimer berbentuk jaring seperti Rajah 19. Fungsi utama
geonet adalah sebagai saliran. Geonet yang terdapat dalam pasaran adalah jenis
polietilena ketumpatan sederhana dan polietilena ketumpatan tinggi. Ia mempunyai
lebar di antara 1.8 m hingga 2.1 m dan panjang di antara 30 m hingga 90 m, dan
tebalnya di antara 3.8 mm hingga 7.6 mm.

Rajah 19

Page 29 of 40
Geosintitik mempunyai satu atau lebih fungsi untuk membantu memperbaiki sifat-sifat
tanah. Di antaranya adalah seperti berikut:-

i. Pemisahan
ii. Tetulang
iii. Penurasan
iv. Penyaliran
v. Halangan lembapan

Page 30 of 40
TUJUAN DAN CARA PENYALIRAN DAN PENGAWALAN AIR TANAH

PENYALIRAN LUBANG KOREKAN

Di tapak bina, biasanya penyaliran air dari lubang korekan dilakukan dengan
mengepam air keluar dari lubang tersebut. Terdapat tiga cara untuk menyalirkan air dari
lubang korekan, iaitu pengepaman takungan dalaman, pengepaman telaga luaran, dan
cantas (cut-off).

 Pengepaman Takungan Dalaman

Kaedah pengepaman takungan dalaman adalah sesuai untuk projek kecil dan
beroperasi jangka pendek. Takungan air dipamkan keluar dengan lebih pecat.

 Pengepaman Telaga Luaran

Kaedah pengepaman telaga luaran adalah merupakan satu kaedah di mana telaga
yang dalam dikorek dan dibentuk di tapak bina supaya peralatan pengepaman boleh
masuk dan tenggelam dalam telaga. Air dipam keluar dari telaga tersebut. Tujuan
kaedah ini adalah untuk merendah paras air bumi.

 Cantas

Kaedah cantas ini merupakan satu kaedah kekal pengawalan halangan pugak bagi
kawasan kalis air dari pencemaran dan lebih selamat. Ia menggunakan cara perekat
(grouting), dinding diafram, suntikan bahan kimia dan lain-lain.

Page 31 of 40
PENYALIRAN BELAKANG TEMBOK PENAHAN

Air yang berada di belakang tembok dapat menambahkan lagi tekanan jumlah yang
bertindak. Retak tegangan , z c, yang terjadi di belakang tembok dapat juga mengumpul
air, terutamanya selepas hujan lebat dan ini akan menghasilkan tekanan sisi pada
tembok. Rajah 20 menunjukkan beberapa sistem penyaliran yang biasanya digunakan
untuk tembok penahan ( smith, 1984). Tekanan air hidrostatik lebihan di sepanjang
satah kegagalan dapat ditentukan dengan kaedah jaringan aliran.

Rajah 20 : Penyaliran Belakang Tembok Penahan

Page 32 of 40
PEPARIT PASIR

Kaedah ini menggunakan peparit pasir tegak bagi mempercepatkan pengukuhan tanah
subgred untuk mampat di bawah benteng yang dibina. Peparit pasir ini dibina dengan
mengorek lubang tegak menembusi lapisan benteng pertama, melalui tanah boleh
mampat ( sub gred) sehingga menemui lapisan tanah kukuh. Luas lubang peparit ini
bergantung pada rekabentuk berkenaan dan selalunya dalam lingkungan garis pusat
500 – 800 mm dan ukuran dalamnya antara 10 – 20 m. Pada kebiasaannya, jika jarak
ukuran kedalamannya kurang daripada 4 m penggunaan peparit pasir ini akan menjadi
tidak ekonomi. Setelah dikorek, lubang peparit itu dipenuhkan dengan pasir kasar yang
bersih dan seragam. Di bahagian atas peparit pasir dan lapisan pembinaan permulaan
ini dibina pula satu lapisan selimut pasir daripada jenis pasir yang sama, setebal antara
0.75 – 1.5 m. Benteng seterusnya dibina di atas lapisan selimut pasir dengan cara
biasa. Sekiranya perlu, tanah tambahan akan digunakan di atas benteng tersebut.
Rajah 21 menunjukkan binaan peparit pasir yang tipikal. Jarak ufuk antara peparit pasir
akan bergantung pada reka bentuk dan selalunya dalam lingkungan 3 – 6 m.

Seperti yang telah dinyatakan, tujuan penggunaaan peparit pasir adalah untuk
mempercepatkan pengukuhan dan penstabilan tanah boleh mampat dengan cara
memendekkan masa air liang keluar. Dengan mengadakan laluan peparit yang lebih
pendek, masa tersebut akan menurun dengan banyak kerana masa pengukuhan
berfungsikan panjang peparit berganda dua. Disamping itu, apabila menemui peparit
pasir, air akan mengalir ke atas dengan cepat disebabkan kebolehtelapan pasir yang
lebih tinggi dan air ini kemudiannya akan mengalir keluar melalui lapisan selimut pasir
yang telah dibina.

Page 33 of 40
Rajah 21: Penyaliran Peparit Pasir

Page 34 of 40
PEPARIT PUGAK

Kaedah peparit pugak menggunakan prefabrik Rajah 23 yang dipasang secara pugak
pada kedalaman melebihi 65 meter. Air dalam tanah di bawah tekanan hidrostatik akan
mengalir melalui penapis peparit fabrik dan mengalir ke permukaan tanah. Kemudian
air ini akan mengalir ke longkang yang berhampiran. Kesan daripada kaedah ini, ia
boleh mempercepatkan proses pengukuhan. Rajah 22 menunjukkan peparit pugak.

Rajah 22 : Kaedah Pemasangan Peparit Pugak

Page 35 of 40
Rajah 23 : Prefabrik

Page 36 of 40
PENYALIRAN UNTUK PEMOTONGAN DAN CERUN

Penyaliran boleh menolong memulihkan kestabilan cerun . Longkang ufuk mungkin boleh
dijadikan langkah penstabilan yang berkesan. Longkang penegang juga mungkin
berkesan untuk menstabilkan cerun yang mengandungi tanah berjelekit sekiranyaa
jisim yang tergelincir masih agak tidak terusik. Longkang penegang dibina dengan cara
mengorek longkang pada cerun berkenaan sehingga melebi hi kedalaman bulatan gelincir.
Paip-paip tertebuk kemudian diletakkan di dalam longkang tersebut dan ditimbus
dengan bantuan yang sesuai untuk bertindak sebagai longkang yang akan
mengeringkan permukaan gelinciran dan juga sebagai sagang untuk menahan gelincir.
Rajah 24 menunjukkan kaedah penyeliran cerun.

Rajah 24 : Penyaliran Cerun

Page 37 of 40
KESIMPULAN

Sifat-sifat tanah yang mengindikasikan jenis dan kondisi tanah, serta


memberikan hubungan terhadap sifat-sifat mekanis (engineering properties) seperti
kekuatan dan
pemampatan atau kecenderungan untuk mengembang, dan permeabilitas. Pada
umumnya, untuk tanah berbutir kasar (coarse-grained), sifat-sifat partikelnya dan
derajat kepadatan relatif adalah sifat-sifat yang paling penting. Sedangkan, untuk tanah
berbutir halus (fine-grained), konsistensi (keras atau lunak) dan plastisitas merupakan
sifat-sifat yang paling berpengaruh.

Perlu pula diketahui bahwa dalam kajian dan analisis untuk proyek konstruksi
seringkali tidaklah begitu penting untuk mengetahui semua sifat-sifat indeks tanah. Data
sifat-sifat tanah yang diperlukan bergantung pada informasi seberapa banyak data
tersebut benar-benar dibutuhkan. Sebagai contohnya, analisis mineral lempung
memerlukan alat khusus yang mana data ini tidak diperlukan langsung untuk
perancangan fondasi, kecuali pada kondisi yang tertentu. Untuk tanah organik,
kandungan bahan organic sangat penting untuk diketahui karena dapat mempengaruhi
kekuatan dan pemampatan.

Untuk semua tanah pada umumnya, gambaran tentang tanah hendaknya juga
menyangkut warnanya. Warna ini dapat mengindikasikan komposisi mineral dan juga
sangat berguna untuk menentukan keseragaman (homogeneity) endapan tanah serta
dapat pula sebagai bantuan untuk identifikasi dan kaitannya selama konstruksi di
lapangan.

Page 38 of 40
RUJUKAN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah

http://muntohar.files.wordpress.com/2007/04/sample-bab3.pdf

Page 39 of 40
LAMPIRAN

Page 40 of 40