Anda di halaman 1dari 12

0

MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAIPING











NAMA : MOHAMAD ISFAHMI BIN MOHAMAD JAMIL
NO. MAKTAB : 13163
KELAS : 507



1


PENGENALAN

Assalamualaikum w.b.t, pada mulanya saya sangat meminati kerjaya sebagai seorang
doktor bedah. Namun, setelah melihat situasi sekarang di Malaysia di mana dijangkakan
menjelang 2015 para doktor akan mengganggur, saya mula memikirkan alternatif lain bagi
mencari kerjaya yang bersesuaian dengan minat saya.
Setelah melakukan kajian melalui pembacaan dan melayari laman-laman sesawang,
saya mula berminat dengan kerjaya dalam bidang bioteknologi. Hal ini kerana saya amat
menyukai subjek Biologi. Tambahan pula, bidang Bioteknologi yang mula diteroka pada
akhir 1970-an di Malaysia dikenalpasti sebagai bidang yang mampu menjanjikan pulangan
lumayan serta mampu menyediakan peluang kerja yang luas kepada segenap masyarakat.
Pentingnya bidang Bioteknologi di Malaysia secara strategik dan potensinya untuk
menyumbang dalam bidang pertanian, pendidikan, kesihatan, sumber alam dan semulajadi
mulai menjadi kenyataan yang semakin berkembang. Justeru, saya amat yakin untuk memilih
kerjaya di dalam bidang Bioteknologi dan berbakti kepada negara kerana negara kita masih
belum meneroka bidang ini dengan lebih meluas.







2

LATAR BELAKANG BIDANG PENGAJIAN

Bioteknologi adalah bidang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau
tumbuh-tumbuhan atau enzim untuk memecah atau mentransformasikan bahan. Hal ini
memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan
proses. Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan
dalam pelbagai sektor industri.
Antara disiplin semulajadi dalam bidang ini ialah genetik, biokimia, kimia, sains
pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia,
kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.
Bioteknologi adalah bidang biologi gunaan yang melibatkan penggunaan organisma
hidup dan bio proses di dalam kejuruteraan, teknologi, perubatan dan bidang-bidang lain
yang memerlukan bio produk. Bioteknologi menggunakan produk-produk ini bagi tujuan
pembuatan khusus dalam bidang kejuruteraan genetik juga teknologi kultur sel dan tisu.
Konsep ini merangkumi pelbagai prosedur untuk mengubahsuai organisma hidup menurut
keperluan manusia.
Bioteknologi merujuk pada sains biologi tulen seperti genetik, mikrobiologi, kultur sel
haiwan, biologi molekular, biokimia, embriologi dan biologi sel. Dalam kebanyakan perkara,
ia banyak bergantung pada pengetahuan dan kaedah lain seperti kimia, teknik bioproses,
teknologi maklumat dan biorobotik.



3

LALUAN PEMBELAJARAN SELEPAS SPM

UNIVERSITI MENAWARKAN BIDANG PENGAJIAN
Universiti dalam Negara :
1. Universiti Kebangsaan Malaysia
2. Universiti Putra Malaysia
3. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
4. Monash University
5. University of Nottingham
6. Universiti Institut Teknologi MARA , Shah Alam



4

SYARAT MINIMUM PENCAPAIAN KEPUTUSAN SPM
1. Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- dalam enam mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu
Sejarah
Pendidikan Islam/ Al-Quran dan Sunnah/ Syariah Islamiah/ Moral
Matematik
Matematik Tambahan
Bahasa Inggeris
2. Mendapat gred A- dalam dua daripada mana-mana mata pelajaran berikut:
Fizik / Kimia / Biologi

Syarat Melanjutkan Pengajian
1. Cara pertama: matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan. Syarat
yang diperlukan ialah perlu mendapat kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk
sekurang-kurangnya dua mata pelajaran sains.
2.Cara kedua: rancangan Persediaan Khas (Jepun) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
ini dijalankan di Universiti Malaya dan mengambil masa setahun.
Syaratnya ialah anda perlu lulus serta mendapat tidak kurang empat kepujian dalam mata
pelajaran sains/teknik.
Selepas menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa universiti
terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun.

5

3.Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon daripada lepasan STPM
aliran sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat prinsipal E dalam pengajian am.
Selain itu, anda perlu mendapat tidak kurang dua prinsipal termasuk gred E dalam biologi.
Calon yang ditawarkan akan terus ke peringkat sarjana muda.
4.Cara keempat: bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan juga boleh
melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di universiti tempatan. Diploma yang
dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi dan Diploma Teknologi Makanan.


6

BIDANG KERJAYA
Kelulusan - Diploma
Bidang Pengajian bagi Diploma
1.Kejururawatan
2.Teknologi Perubatan
3.Sains Bioperubatan
4.Bioteknologi
5.Teknologi Pemprosesan Kimia
6.Kejuruteraan Biokimia
Industri/Perniagaan
Juruteknik Teknologi Pemprosesan
Juruteknologi Makmal
Juruteknik Kawalan Mutu (QC)
Penyelidik Penyelidikan & Pembangunan
Juruteknologi Makmal
Penyelidik Penyelidikan & Pembangunan
Pembantu Penyelidik Klinikal
Usahawan
Akademik
Juruteknologi Makmal
Penyelidik Penyelidikan & Pembangunan


7

Kelulusan - Pra Siswazah/ Sarjanamuda
Bidang Pengajian bagi Sarjanamuda
1.Fizik/Biofizik
2.Biology
3.Sains Bioperubatan
4.Kimia Komputasi Analisis
5.Biokimia
6.Mikrobiologi
7.Kimia Organik
8.Genetik
9.Kejuruteraan Kimia
10.Biologi Molekul/ Sel
Industri/Perniagaan
Ahli Kimia Industri
Ahli Farmasi
Ahli Jaminan Mutu
Ahli Kimia Penyelidikan & Pembangunan
Kejututeraan Bioproses
Bioinformatik
Biostatistik
Pembantu Penyelidik Klinikal
Pengurus Pembangunan Perniagaan
Pengurus Makmal
Usahawan
Penyelidik
8

Akademik
Pembantu Penyelidik
Penyelidik Klinikal
Pensyarah
Bioinformatik
Biostastik
Pengurus Makmal













9

Kelulusan
Sarjana/MSc.
PhD
PhD/MBBS
PhD/MBA
Industri/Perniagaan
Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Eksekutif Sains
Ketua Eksekutif Perubatan
Pengurus Penyelidikan
Saintis Penyelidikan & Pembangunan
Perunding Teknologi
Pengurus Pembangunan Perniagaan
Peguam Paten
Penulis
Perunding Pelaburan
Penganalisis Pelaburan
Usahawan
Akademik
Saintis Penyelidikan & Pembangunan
Penyelidik Klinikal
Professor

10

BIASISWA DAN PINJAMAN DITAWARKAN
1. MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
2. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
3. YAYASAN KHAZANAH

SYARIKAT YANG MENAWARKAN PEKERJAAN
1. EntoGenex Industries Sdn. Bhd
2. Bioblooms Sdn. Bhd
3. Malaysian Biotechnology Corporation
4. Baifang Nanning Sdn. Bhd


11

PANDANGAN MENGENAI KERJAYA INI
Tidak dinafikan bahawa kerjaya sebagai seorang doktor memang menjadi idaman
kebanyakan pelajar sejak dari bangku sekolah lagi. Tambahan pula bagi pelajar aliran sains
seperti saya. Namun, setelah memikirkan beberapa faktor termasuklah jumlah doktor yang
semakin meningkat di Malaysia dan kemungkinan bahawa para doktor di Negara ini akan
mengganggur menjelang beberapa tahun lagi, saya mula merasakan bahawa saya perlu
mencari alternatif andai cita-cita untuk menjadi doktor perubatan tidak berjaya dicapai.
Saya mula meneruskan pembacaan dan mengkaji mengenai bidang Bioteknologi yang
saya rasakan amat menarik tambahan pula saya amat meminati subjek Biologi. Setelah
mengkaji, saya mula merasakan bahawa bidang Bioteknologi merupakan suatu bidang yang
amat menarik untuk diterokai dengan lebih luas lagi.
Tambahan pula, negara kita masih kaya dengan biodiversiti dan kepelbagaian yang
masih belum diteroka dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya seperti di negara Barat kerana
masih kekurangan pakar dan tenaga untuk memanfaatkan sepenunya sumber alam bagi
kepentingan masyarakat. Justeru, saya tidak akan teragak-agak lagi untuk memilih bidang ini
sebagai salah satu kerjaya pilihan andai diberikan tawaran suatu hari nanti. Akhir sekali, apa
yang perlu saya lakukan kini adalah berusaha dengan lebih kuat lagi untuk mencapai cita-cita
saya. Sekian.