Anda di halaman 1dari 1

Perbincangan antara faktor baka atau persekitaran yang mempengaruhi

pertumbuhan dan perkembangan individu.

Bile memperkatakan antara faktor baka atau persekitaran yang mempengaruhi


pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Ianya sebenarnya merujuk kepada
yang mana lebih mempengaruhi, kerana kedua-duanya memberi kesan terhadap
pertumbuhan dan perkembangan individu.

Jika dilihat dari segi ilmu perubatan(faktor genetic atau baka). Melalui keturunan,sifat-
sifat, ciri atau perwatakan seseorang sedikit sebanyak pasti diwarisi dalam susur jalur
waris genetiknya. Seperti sifat panas baran, sawan atau gila yang disebabkan oleh
ganguan jiwa kesan dari bawaan genetic DNA keturunan. Namun pengaruh faktor baka
ini tidaklah sesuatu yang kritikal dan hanya dianggap sebagai faktor-faktor terpencil
dalam psikologi perubatan moden. Dalam perkembangan peradaban ilmu masakini,
semuanya mampu dikawal dengan kebijaksanaan akal. Ini semua berkisar tentang apa
yang anda fikirkan tentang siapa anda yang sebenar!.?it is all about what you think you
are?

Dari perspektif agama islam, keturunan memainkan faktor yang besar dalam
kehidupan, ini dapat dilihat dalam saranan agama Islam tentang cirri-ciri jika ingin
memilih pasangan, bukankah salah satunya Islam menyuruh kita melihat keturunanya?
Jelas disini faktor baka telah digariskan dalam peringkat awal perkembang individu yang
bakal dilahirkan dalam keluarga Islam.
Dalam perjalanan kehidupan seseorang, faktor keturunan atau baka sedikit sebanyak
mempengaruhi teras peribadi seseorang, tetapi sejauh mana atau sekuat mana ia
mempengaruhi bergantung pada proses kematangan dan motivasi kendiri seseorang
individu. Dalam proses inilah pengaruh persekitaran memainkan peranan terbesarnya
dalam mempengaruhi perilaku, pewatakan dan peribadi seseorang individu.

Perjalanan hidup seseorang individu memang banyak dipengaruhi oleh faktor


persekitaran seperti pembelajaran yang dilalui sepanjang kehidupanya, pengaruh keluarga
dari segi gaya hidup seharian, didikan orang tua dan juga faktor rakan sebaya serta
pengaruh media-media massa baik media cetak ataupun elektronik.

Justeru dalam era globalisasi hari ini memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor
persekitaran dalam perjalanan kehidupan individu, memberi impak terbesar dalam
pewatakan individu dan sebagai pengaruh terbesar masa kini kepada pertumbuhan dan
perkembangan individu terutama yang sedang meningkat dewasa.
-muizzMBV

Anda mungkin juga menyukai