Anda di halaman 1dari 3

NAMA : HASLINDA BT ZAIMI

NO MATRIK: M20092001149
KURSUS: ETIKA DAN PERUNDANGAN DALAM KAUNSELING/KKP 6
023
PENSYARAH: DR.MOHAMMAD NASIR BIN BISTAMAM
TAJUK 10
ISU-ISU DALAM PENYELIAAN DAN PERUNDINGAN
PEGENALAN
Penyeliaan adalah merupakan satu komponen yang terpenting dalam perkemba
ngan tahap kecekapan seseorang kaunselor. Ini adalah kerana, dalam konteks inila
h bakal kaunselor mula untuk mengembangkan kecenderungan mereka dalam melahirkan
identiti professional serta menilai kepercayaan dan tingkah laku mereka sendiri
mengenai klien dan terapi. Penyeliaan adalah satu proses yang melibatkan seoran
g penyelia mengawasi tugas professional seorang pelatih atau bakal kaunselor den
gan empat matlamat utama iaitu:
a) Untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan pelatih. b) Untuk melindung
i kebajikan klien
c) Untuk mengawasi prestasi pelatih dan bertindak sebagai penjaga kepada profes
sion
d) Untuk membimbing pelatih ke arah penyeliaan kendiri dan melaksanakan
matlamat- matlamat ini sebagai independent professional (Haynes,Corey&Moulton,20
03)
ISU ETIKA DAN PERUNDANGAN DALAM PENYELIAAN
Sekiranya diambilkira keadaan kebergantungan pelatih dan persamaan antara perhub
ungan penyeliaan dan perhubungan teraputik, maka keperluan terhadap garis pandua
n yang menerangkan hak pelatih dan tanggungjawab penyelia menjadi begitu ketara.
Walaupun tiada garis panduan yang khusus mengenai perlakuan antara penyelia dan
pelatih dalam kod etika kaunseling, Antara isu etika yang kritikal dalam penyel
iaan adalah keseimbangan hak klien, hak dan tanggungjawab penyelia, serta tanggu
ngjawab penyelia terhadap pelatih dan klien mereka. Kebanyakan kod etika berhubu
ng dengan hubungan klien-kaunselor turut boleh digunakan atau diaplikasikan dal
am hubungan penyelia pelatih. Sebagai contoh persetujuan termaklum dalam pe
nyelian adalah sama penting dengan persetujuan termaklum dalam kaunseling
. Ini adalah untuk memberi kuasa kepada pelatih untuk meluahkan jangkaan, membu
at keputusan dan menjadi ahli yang aktif dalam proses penyeliaan.
Dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian F: Penyeliaan, latihan dan pengajaran
,
F.4.a. Persetujuan Termaklum Bagi Penyeliaan ada menyatakan bahawa penyelia hend
aklah
menjelaskan prinsip-prinsip persetujuan termaklum dan dasar serta prosedur yang
harus diikuti dalam penyeliaan mereka kepada individu yang diselia.
ISU PELBAGAI BUDAYA DALAM PENYELIAAN
Penyeliaan beretika mestilah melibatkan cara-cara di mana kepelbagaian faktor bo
leh mempengaruhi proses. Penyeliaan kepelbagaian budaya merangkumi definisi yang
luas terhadap budaya yang melibatkan bangsa, etnik, status sosioekonomi, orient
asi seksual, agama, gender dan umur. (Fukuyama,1994). Penyelia mempunyai tanggun
gjawab beretika untuk menjadi peka terhadap kompleksiti atau kerumitan masyaraka
t pelbagai budaya (Bernard,1994). Sikap tidak mengendahkan atau mempedulikan fak
tor pelbagai budaya dalam penyeliaan boleh menjejaskan proses penyeliaan. Pries
t (1994) percaya bahawa adalah menjadi tanggungjawab penyelia untuk bertindak se
bagai pemangkin dalam memudahkan perbincangan mengenai isu kepelbagaian budaya.
Dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian F: Penyeliaan, Latihan dan Pengajaran
, F.2.b. Isu-isu Multibudaya/Kepelbagaian Dalam Penyeliaan ada menyatakan bahawa
penyelia kaunseling hendaklah sedar akan peranan multibudaya/kepelbagaian dalam
hubungan penyeliaan dan hendaklah berbincang mengenainya dengan individu yang d
iselia.
KEPELBAGAIAN PERANAN/HUBUNGAN DALAM PENYELIAAN
Kepelbagaian hubungan dalam penyeliaan timbul apabila penyelia mempunyai perhu
bungan professional dan tidak professional secara persetujuan atau berturut-turu
t dengan pelatih di samping mempunyai hubungan penyelia-pelatih. Walaupun kepelb
agaian peranan atau hubungan adalah sesuatu yang biasa dalam konteks latihan dan
penyeliaan tetapi adalah amat penting bagi penyelia untuk membincangkan secara
menyeluruh mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kepelbagaian hubungan ini d
engan pelatih mereka (Ladany et al., 1999). Secara etikanya, penyelia pe
rlu menjelaskan tentang peranan mereka dan menjadi peka terhadap masalah yang mu
ngkin timbul apabila sempadan ini menjadi kabur. Bowman, Hartley, and Bowman (19
95) mengakui bahawa kepelbagaian peranan/hubungan adakalanya tidak dapat
dielakkan dalam
program latihan kaunseling. Justeru itu, langkah yang terbaik sekali ialah memas
tikan latihan professional kaunseling bertanggungjawab untuk mengajar kemahiran
yang membolehkan penyelia menangani secara beretika situasi yang melibatk
an kepelbagaian peranan dan hubungan.
Dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian F.3. Hubungan Penyeliaan
F.3.a. Sempadan hubungan dengan individu yang diselia ada menyatakan bahawa peny
elia kaunseling hendaklah menetap dan mengekalkan dengan jelas hubungan etika, p
rofessional, peribadi dan sosial dengan individu yang diselia. Penyelia hendakla
h meminimumkan hubungna yang bukan professional dengan individu yang diselia.
F.3.d. Saudara mara yang rapat dan rakan ada dinyatakan bahawa penyeli
a hendaklah mengelak daripada menerima saudara mara yang rapat, pasangan romant
ic atau rakan sebagai individu yang diselia.
ISU ETIKA DAN PROFESSIONAL DALAM PERUNDINGAN
Terdapat banyak isu mengenai etika dan professional yang melibatkan perundingan
dalam perkhidmatan professional, nilai-nilai, kepelbagaian budaya, hubungan peru
ndingan, hak-hak mereka yang dirunding dan perundingan dalam kelompok A.M. Doug
herty,2005). Isu-isu etika dalam perundingan semakin mendapat perhatian pad
a masa kini. Perunding boleh didakwa kerana malpractice atau perlanggaran k
ontrak dan oleh yang sedemikian, adalah bagi perunding agar lebih peka terhadap
undang-undang yang melibatkan amalan mereka serta bertindak mengikut landasan et
ika yang betul.
Amalan dalam etika memerlukan perunding memberitahu kepada mereka yang dirunding
mengenai matlamat dan tujuan perundingan, batasan terhadap kerahsiaan, faedah-f
aedah yang mungkin bakal diperolehi, risiko yang mungkin dihadapi, hasil
perundingan dan kebebasan mereka untuk mengurangkan atau menolak penglibatan m
ereka dalam proses perundingan.
Apabila perunding menggunakan pendekatan proses kelompok, adalah amat penting ba
gi mereka untuk mempunyai kemahiran dalam perundingan secara berkump
ulan. Isu-isu seperti
pendedahan kendiri, privacy dan limitasi kerahsiaan perlu sentiasa ditekankan
dalam proses perundingan.
KESIMPULAN
Kaunselor bertanggungjawab untuk memupuk hubungan professional yang beretika dan
memelihara batasan yang sewajarnya dengan individu yang diselia. Tanpa pengetah
uan. Kemahiran dan pengalaman yang secukupnya, seseorang penyelia akan lebih mud
ah untuk bertindak di luar tahap profesionalisme dalam proses penyeliaan dan per
undingan,. Justeru itu, penyelia kaunseling haruslah sentiasa meningkatkan kompe
ntensi mereka dalam bidang penyeliaan dan perundingan.