Anda di halaman 1dari 3

Jahiliyyah Seorang Daie

Bismillahirrahmanirrahim
Dia telah mendengar pengisian-pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit
menegakkan Deen. Dia telah menelan makna sebenar kesaksian. Dia telah bersetuju menggalas dakwah
ini di atas bahunya, dia telah rapi mengatur langkah nya bersama rombongan angkatan pejuang al haq
ini.
Dia juga telah membuka seluruh jiwanya untuk menerima kehadiran berita-berita pedih yang bakal
muncul di sepanjang jalan yang sangat panjang ini. Dia sudah mula menghiasi kotak mindanya dengan
merenung keruntuhan umat, dan membenarkan hal itu merobek-robek hatinya yang rindu melihat Islam
kembali tertegak di tanah tempat dia berpijak. Ya, dia seorang daie yang baru mulai sedar, bahawa dia
seorang daie!
Namun, dia juga yang kemudiannya menonton movie di depan laptop. Bukan satu atau dua movie
dalam simpanannya, tapi satu folder nya penuh dengan movie pelbagai tema. Kadang-kadang dia
menonton secara online.
Daie itu juga yang selepas habis berhalaqah, dia bermain permainan video di komputer. Kadang-kadang
sendiri, kadang pula berteman. Tak juga mustahil, temannya itu juga seorang daie!
Ada masa, dia seorang daie yang tekun membaca komik. Ada masa pula, novel menjadi pilihan
twilight, di persisiran rindu, eat pray love, dan bermacam lagi. Dia lah daie yang selepas berpenat
mengharungi musim peperiksaan lalu dia berehat dengan membelek majalah-majalah hiburan untuk
mencari secebis keseronokan.
Facebook apa kurangnya, buat dia terhibur. Kadang berjam-jam juga dia melekat. Dia daie yang rancak
melayan chatting, comment-comment sana sini, like itu ini, dan seribu macam lagi interaksi di laman
Facebook yang tidak penting pun sebenarnya. Kadang-kala, sehingga solat dilengah-lengahkannya.
Dia juga merupakan daie yang masih ringan menjaga ikhtilat masih bersms dan becakap di telefon
dengan corak ikhtilat yang sepatutnya tidak terlihat pada seorang daie yang sudah faham.
Ada waktu pula, dia adalah daie yang masih berkeinginan untuk pergi ke tempat-tempat bergembira
seperti panggung wayang misalnya, atau keraian-keraian yang ada terselit unsur-unsur lagha. Dengan
rasional bahawa, dia jaga pakaian, dia bukan pergi dengan couple, dia bukan pergi lama, dan bermacam
bentuk lagi alasan untuk membenarkan kehendak dalam dirinya itu. Tak kurang juga alasan yang
berbunyi, dia kan seorang daie, dia kan pergi usrah, dia kan rancak berprogram! Sekali sekala ke
birthday party bukan salah pun.
Sounds familiar? Itulah hakikat seorang daie, atau bukan seorang tapi ramai sebenarnya, daie yang
masih gagal mengikis karat-karat jahiliyah pada dirinya. Kefahaman tentang tugasnya terhadap deen
sudah ada, malangnya dia masih gagal menolak kehendak nafsu yang membisik-bisik dalam dirinya
yaitu dorongan rasa mahu untuk mendapat secebis keseronokan di sebalik aktiviti-aktiviti sia (lagha) itu.
Wahai daie! Bagaimana kamu mahu menyeru manusia kepada Rabb, agar bertuhankan Allah dan
HANYA Allah sahaja, sedangkan kamu sendiri masih bertuhankan kehendak-kehendak yang bersembunyi
dalam diri kamu itu? Kamu masih dibayangi telunjuk kemahuan-kemahuan itu?

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah
membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya
dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah
Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
(al-jatsiyah ayat 23)

Wahai daie! sedarkah kamu bahawa gerak kerja ini perlukan perkakasan yang benar-benar baik dan
mantap kalau ia ingin dilaksanakan dengan jaya. Sedarkah kamu bahawa kita sudah tak punya masa, kita
sudah kesuntukan tenaga.

Masih ingatkah kamu wahai daie, akan sepuluh wasiat yang Imam Hassan Al-Banna tinggalkan?
1.Dirikanlah solat dengan segera apabila mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
2.Bacalah alQuran atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah
kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah)
kerana sesungguhnya itu adalah antara syiar-syiar Islam.
4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi
sebarang kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.
6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh
dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara
yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap
melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan
kerana asa gerakan dawah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu
sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara
mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Sedarkah kamu wahai daie, jalan ini sudah tersedia sangat panjang dan penuh liku, dan ia akan jadi
bertambah panjang dan berliku kalau peserta-peserta nya dipikat-pikat oleh kepalsuan manisnya noda
jahiliyah.

Sedarkah kamu wahai daie, bukan dakwah yang memerlukan kamu, bukan dakwah yang akan rugi
kalau kamu tidak kikis dan buang karat jahiliyah itu. Akan tetapi kamu yang akan rugi, akan lebih sakit
dan payah, akan lebih perlahan dan akhirnya kecundang. Mahukah kamu tersingkir dari rombongan ini?

Wahai daie yang di sayangi, sedarlah betapa bertuahnya kamu kerana dipilih oleh Allah untuk menemui
erti perjuangan ini lantas turut bersamanya. Betapa bertuahnya kamu kerana mengenal al haq. Maka
jangan lah kamu cemarkan kesucian al haq itu dengan noda jahiliyah yang kamu tak ingin tinggalkan.
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang
benar itu pula padahal kamu semuam mengetahuinya.
(albaqarah:42)

Wahai daie yang sedang menelan pahitnya mujahadah, sesungguhnya kamu sudah mengerti hakikat
ini. Dan kamu memang sedar akan kesulitan ini. Ya, kamu sedang berperang dengan nafsu, kamu sedang
lelah berlawan dengan sisa jahiliyah yang begitu bertubi-tubi serangan nya sambil bergerak memikul
dakwah di atas dada kamu.
Andai kamu hampir tewas, moga ini jadi semboyan nya. Andai kamu hampir terlena, moga ini jadi
penggera nya.
Ayuh daie!! Tinggalkan semua kenikmatan palsu itu, andai kamu merasa dunia ini banyak pesonanya,
ingatlah bahawa rahmat dan syurga Allah itu jauh lebih manis dan indah, dan Dia tidak sekali-kali
mungkir pada janjiNya. Asalkan kamu,
benar-benar berjihad!
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela ugamaNya), Allah
akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu
dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(attaubah:39)

Ayuh wahai daie, kita maju ke hadapan!