Anda di halaman 1dari 13

Modul Perakaunan Tingkatan 6 Semester 2

PENGENALAN PERAKAUNAN KOS



SMK Dato J aafar, J ohor Bahru
Disediakan oleh :
Pn Saleha binti Salleh
2014

Pengenalan Perakaunan Kos saleha@sdj2014

2

PENGENALAN PERAKAUNAN KOS

1. Perakaunan kos lebih bertumpu kepada cara-cara mengumpul kos dan mengesannya
kepada unit-unit output dan jabatan-jabatan di dalam sesebuah organisasi.

2. Perakaunan kos merupakan aspek perakaunan yang berkait rapat dengan proses untuk
merekod dan mengakaunkan kos daripada titik perbelanjaan berlaku sehinggalah titik
perhubungannya dengan pusat-pusat kos dan unit-unit kos dipastikan.

3. Ia melibatkan proses mengumpul dan menyediakan data-data statistic, mengamalkan
kaedah-kaedah kawalan kos dan memastikan keberuntungan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan atau dirancangkan.

4. Pengukuran ke atas hasil, belanja, aset dan liabiliti adalah bertujuan untuk
a) mengukur prestasi dan melihat kedudukan kewangan
b) pelaksanaan tugas-tugas pengurusan melibatkan :-

* merancang
contoh : Belanjawan
* memberi arahan/menjalankan aktiviti
contoh : Carta Organisasi
* mengawal dan menilai prestasi
contoh : Laporan prestasi
* membuat keputusan
contoh : Belanjawan modal


Objektif Perakaunan Kos

1. Menentukan kos keluaran sesuatu item. Kos keluaran adalah asas dalam menentukan
harga jualan.

2. Merancang aktiviti perniagaan pada tempoh akan datang yang melibatkan :-
a) tentukan objektif dengan meningkatkan keuntungan
b) rancang aktiviti untuk mencapai objektif
c) perkukuhkan kedudukan kewangan

3. Mengawal kos dan mengelakkan pembaziran. Tindakan yang segera mesti diambil jika
terdapat pembaziran kerana ia akan merugikan.

4. Membuat keputusan dengan menjalankan analisis supaya memberi kesan yang baik ke
atas prestasi.

Pengelasan Kos

1. Kos yang dibelanjakan atau ditanggung oleh organisasi boleh dikelaskan berasaskan :-
a) sifat semulajadi objektif kos.
b) hubungan kos dengan tingkat aktiviti / keluaran
c) apabila kos dicaj kepada hasil


Pengenalan Perakaunan Kos saleha@sdj2014

3

2. Jenis-jenis kos.

a) Kos Langsung
dapat dikesan secara langsung melalui item barang siap dan dipastikan dengan
tepat sama ada atas seunit keluaran atau sekumpulan keluaran.
Kos langsung dicaj terus kepada produk sebagai kos pengeluaran.
Contoh Bahan Mentah, Buruh Langsung

b) Kos Tak Langsung
Kos yang tidak boleh dikesan secara langsung atau secara terus pada keluaran
yang dihasilkan.
Kos ini biasanya dilakukan untuk beberapa pusat kos atau untuk beberapa unit
kos.
Contoh : kos overhed kilang seperti air dan elektrik, susutnilai mesin dan sewa
kilang.

** Pengasingan kos langsung dan kos tak langsung perlu dibuat untuk tujuan penentuan kos
pengeluaran setiap jenis keluaran.

** Kos langsung boleh dicaj terus kepada keluaran yang dihasilkan manakala kos tak langsung
hendaklah diagihkan antara beberapa pusat kos sebelum dicaj kepada keluaran yang
dihasilkan.


c) Kos Keluaran
Kos keluaran ialah kos produk. Merupakan asas dalam menentukan harga
produk.
Merupakan semua kos pengilangan yang telah dilakukan untuk menghasilkan
sesuatu produk.
Kos keluaran terdiri daripada kos bahan langsung (bhn mentah) , buruh langsung
dan overhed kilang.
Unit keluaran yang dihasilkan dalam sesuatu tempoh akan dijual dan unit-unit
yang tidak dijual akan ditunjukkan dalam Kunci Kira-kira sebagai asset semasa.

d) Kos Tempoh
Kos tempoh ialah kos bagi semua keluaran yang telah dijual dan semua belanja
yang telah berlaku bagi sesuatu tempoh kewangan.
Contoh , kos barang dijual, belanja gaji, air dan elektrik, insurans, susutnilai asset
tetap.
Belanja-belanja ini akan dipindahkan ke Penyata Pendapatan dan ditolak
daripada hasil untuk menentukan keuntungan tempoh berkenaan.


e) Kos unit
Kos unit ialah kos bagi setiap unit pengeluaran.
Kos unit =Jumlah Kos Pengeluaran
-------------------------------
Volum Pengeluaran



Pengenalan Perakaunan Kos saleha@sdj2014

4

Contoh :
Syarikat Maju Berhad mengeluarkan 40 000 unit barang siap dengan kos
pengeluaran berjumlah RM120 000. Hitungkan kos unit keluaran.






f) Kos Jumlah
Kos jumlah adalah kos pengeluaran yang telah dilakukan untuk memproses
keluaran-keluaran berkenaan. Contoh : RM120 000
Konsep kos unit adalah penting sebagai asas untuk menetapkan harga jualan
yang biasanya dihitung berdasarkan kos pengeluaran per unit.


g) Kos Relevan
Kos relevan ialah kos yang perlu diambil kira untuk membuat keputusan sama
ada untuk memilih sesuatu alternatif daripada beberapa alternatif yang
dipertimbangkan.
Kos-kos relevan perlu mempunyai cirri-ciri berikut :
i. Bersifat masa hadapan kerana proses pembuatan keputusan melibatkan
peristiwa akan datang.
ii. Kos yang berbeza antara alternatif-alternatif yang dipertimbangkan.
iii. Berkait dengan pilihan-pilihan yang ada.

h) Kos Tak Relevan
Kos tak relevan adalah kos yang tidak diambilkira dalam prose pembuatan
keputusan untuk memilih sesuatu alternatif.
Kos tak relevan adalah kos masa lepas dan kos yang tidak berbeza antara
alternatif yang dipertimbangkan.


i) Kos Lepas
Kos lepas ialah kos bagi alternatif lain yang terpaksa dilepaskan apabila memilih
alternatif yang satu lagi.
Dalam proses pemilihan sesuatu alternatif daripada beberapa alternatif yang ada,
pemilihan satu alternatif akan menyebabkan alternatif lain terpaksa dilepaskan.
Kos lepas =kos hangus


j) Kos Normal
Dalam menentukan kos, hanya kos normal sahaja yang diambilkira sebagai kos
pengeluaran bagi keluaran yang dihasilkan.
Kos normal adalah kos yang sepatutnya berlaku dalam keadaan normal.
Contoh , dalam pengeluaran sesuatu produk, kerosakan sebanyak 2% diandaikan
normal dalam pengeluaran biasa.
Kos ini akan diserap sebagai kos pengeluaran produk yang dikeluarkan.



Pengenalan Perakaunan Kos saleha@sdj2014

5

k) Kos tak normal
Kos tak normal merupakan kos yang tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan
normal.
Kos ini perlu diasingkan dan dipindahkan ke akaun untung rugi sebagai kos luar
biasa.
Contoh, dalam pengeluaran kerosakan sebanyak 5% telah berlaku sedangkan
kerosakan standard adalah 2%. Kerosakan sebanyak 3% adalah kos tidak normal.


l) Kos boleh kawal
Kos boleh kawal merupakan kos yang dipengaruhi oleh keputusan atau tindakan
pengurus.
Contoh kos penutupan kilang, pengurangan gaji pekerja.


m) Kos Tak Boleh Kawal
Kos tak boleh kawal ialah kos yang tidak dapat dikawal oleh pihak pengurusan.
Contoh : Kenaikah harga bahan langsung disebabkan oleh inflasi.


Gelagat Kos

1. Dalam perakaunan pengurusan, gelagat kos adalah penting untuk menganggarkan kos
pada masa depan. Tujuannya untuk membuat perancangan, pengawalan dan pembuatan
keputusan

2. Gelagat kos boleh ditentukan dengan melihat bagaimana sesuatu kos itu boleh berubah
atau tidak dengan adanya perubahan kepada volum / tingkat aktiviti pengeluaran atau
jualan.

3. Gelagat kos boleh dibahagikan kepada 4 jenis yang utama :

a) Kos Berubah
b) Kos Tetap
c) Kos Separa Berubah
d) Kos Tangga

Kos Berubah

i. Kos berubah adalah kos yang jumlahnya berubah-ubah secara langsung mengikut
perubahan pada paras volum atau aktiviti tetapi kos seunitnya adalah tetap sama.

ii. Contoh :
Sebuah syarikat mengeluarkan sejenis kek. Kos bahan mentah untuk membuat kek ini
ialah RM8.00. Harga ditetapkan RM20.00 sebiji kek. Sekiranya syarikat mengeluarkan
100 biji kek sehari kos bahan mentah adalah 100 x RM8.00 =RM800. J ika syarikat
meningkatkan pengeluaran kepada 150 biji kek sehari, kos bahan mentah akan meningkat
kepada RM1200 sehari. Walau bagaimanapun kos seunit tetap sama.

iii. Contoh kos berubah ialah bahan mentah/ bahan langsung , buruh langsung.

Pengenalan Perakaunan Kos saleha@sdj2014

6

iv. Gelagat kos berubah boleh ditunjukkan melalui lakaran graf berikut :








Kos Tetap

i. Kos tetap ialah kos yang jumlahnya tetap sama, tidak berubah dalam julat aktiviti yang
relevan walaupun terdapat perubahan dalam volum / aktiviti dalam julat tersebut.

ii. Contoh : Gaji pengurus kilang ialah kos tetap kerana perubahan dalam volum
pengeluaran tidak menyebabkan gaji pengurus meningkat. Gaji akan tetap sama.

iii. Contoh kos tetap ialah sewa kilang, susutnilai loji dan mesin, insurans kilang.

iv. Gelagat kos tetap boleh ditunjukkan melalui graf berikut :









Kos Separa Berubah / Kos Campuran

i. Kos separa berubah ialah kos yang mengandungi kedua-dua kos berubah dan kos tetap.
Juga dipanggil kos campuran.

ii. Contoh gaji jurujual biasanya telah ditetapkan jumlahnya untuk sebulan. Jurujual juga
akan diberikan komisen berdasarkan peratus tertentu daripada jualan yang dibuat pada
bulan berkenaan. Jumlah komisen berdasarkan jumlah jualan yang dibuat. Gaji tetap
mewakili kos tetap, komisen mewakili kos berubah.

iii. Kos separa berubah boleh ditunjukkan melalui graf berikut :











Pengenalan Perakaunan Kos saleha@sdj2014

7

Kos Tangga

i. Kos tangga ialah kos yang jumlahnya akan tetap dalam satu julat aktiviti tetapi akan
meningkat ke julat aktiviti yang lain dalam satu masa tertentu sehingga meningkat ke
julat aktiviti berikutnya.

ii. Contoh : Gaji penyelia pengeluaran dibayar RM3000 untuk menyelia pengeluaran 0-2000
unit iaitu dalam 1 syif. J ika pengeluaran meningkat kepada 5200 unit, maka 2 syif
diperlukan untuk mencapai keperluan pengeluaran. Seorang lagi penyelia diperlukan dan
gaji dibayar akan meningkat dari RM3000 kepada RM6000.

iii. Gelagat kos tangga dapat ditunjukkan melalui graf berikut :










***** Walaupun terdapat 4 jenis gelagat kos pada realitinya, dalam rekod perakaunan hanya 2
jenis gelagat kos yang utama iaitu kos berubah dan kos tetap.


Pengelasan Kos Mengikut Sifat Semulajadi objektif kos

Dalam perniagaan perkilangan, belanja yang dipadankan dengan hasil sesuatu period disebut
operasi. Belanja operasi boleh dibahagikan kepada belanja perkilangan dan belanja perdagangan.

1. Belanja Perkilangan

terdapat 3 kos utama iaitu kos bahan langsung, buruh langsung dan overhed
kilang.

kos bahan langsung adalah kos-kos yang berkaitan dengan bahan yang digunakan
dalam proses pengeluaran.

kos bahan lngsung termasuklah harga bahan langsung, kos angkutan bahan
langsung atau mana-mana kos yang terlibat dalam pembelian bahan langsung.

kos buruh langsung ialah bayaran kepada pekerja-pekerja yang terlibat secara
langsung dalam pengeluaran.

Gabungan kos bahan langsung dan buruh langsung adalah kos prima.

Contoh :



Pengenalan Perakaunan Kos saleha@sdj2014

8

kos overhed kilang merangkumi semua kos selain kos bahan langsung dan buruh
langsung yang berlaku dalam pengeluaran.

contoh :






2. Belanja Perdagangan

Belanja perdagangan terbahagi kepada 2 iaitu :

i. Belanja pentadbiran
Belanja pentadbiran merangkumi bayaran kepada kakitangan, barang dan
perkhidmatan yang digunakan dalam pengarahan, pengawalan dan
pentadbiran organisasi keseluruhan.

Contoh :






ii. Belanja pemasaran
Belanja pemasaran termasuk semua belanja yang terlibat dari masa
keluarn kilang siap diproses hingga kepada keluaran tersedia untuk dijual.

Contoh :




















Pengenalan Perakaunan Kos saleha@sdj2014

9

SOALAN / TUGASAN

a) Kelaskan kos-kos perkilangan berikut kepada kos tetap atau kos berubah.

Bil Kos perkilangan
1 Sewa bangunan kilang
2 Gaji penyelia kilang
3 Upah operator pengeluaran
4 Kos sebiji tayar bagi seunit basikal
5 Insurans kebakaran peralatan kilang
6 Air yang digunakan untuk menyejukkan mesin dalam kilang.
7 Susutnilai peralatan kilang
8 Cat yang digunakan untuk pengeluaran meja kerusi
9 Elektrik untuk menjalankan mesin di kilang
10 Gaji penjaga stor kilang

b) Nyatakan sama ada kos-kos berikut kos produk atau kos tempoh.

Bil Kos perkilangan
1 Sewa bangunan pejabat
2 Upah penjaga kilang
3 Kos mengangkut barang siap ke pusat agihan
4 Gaji pengarah syarikat
5 Upah pencuci kilang
6 Susutnilai komputer yang digunakan oleh kerani di kilang
7 Susutnilai komputer yang digunakan oleh kerani jualan
8 Kos mengecat pejabat pengurus pengeluaran

c) Kelaskan yang berikut kepada bahan langsung, buruh langsung, overhed perkilangan atau
belanja bukan perkilangan.

Bil Kos perkilangan
1 Gaji pengurus syarikat
2 Minyak pelincir mesin
3 Upah operator mesin
4 Gaji penyelia pengeluaran
5 Susutnilai atas bangunan kilang
6 Susutilai bangunan pejabat
7 Sewa atas bangunan gudang barang siap
8 Kos bateri dipasang pada produk
9 Insurans atas lori yang menghantar barang siap untuk dijual
10 Susutnilai atas bangunan gudang bahan mentah

Pengenalan Perakaunan Kos saleha@sdj2014

10

d) Syarikat Waja Berhad merupakan pengeluar sejenis produk yang dijual untuk kegunaan
pembinaan bangunan. Syarikat ini memberikan data berikut bagi tahun 2013:
RM
Kertas pasir 3 000
Kos pengurusan bahan mentah 60 000
Minyak pelincir 4 000
Upah tak langsung 30 000
Buruh langsung 180 000
Sewa kilang 50 000
Susutnilai peralatan kilang 35 000
Cukai harta kilang 3 000
Insurans kilang 2 400
Belian bahan mentah 400 000
Hasil jualan 1 200 000
Belanja pengiklanan 50 000
Gaji kakitangan pentadbiran dan jualan 96 000
Susutnilai peralatan pentadbiran dan jualan 21 000
Belanja pentadbiran dan jualan lain 110 000

Anda dikehendaki hitungkan :
a) kos berubah
b) kos tetap
c) kos prima
d) kos overhed kilang
e) kos penukaran
f) kos pengeluaran / kos produk
g) kos barang dijual
h) kos tempoh

Dengan mengambilkira maklumat di bawah,
RM
Bahan mentah 1 Jan 2013 30 000
Bahan mentah 31 Disember 2013 45 000
Inventori brang siap 1 Jan 2013 90 000
Iventori barang siap 31 Di 2013 130 000
Kerja Dalam Proses 1 Jan 2013 9 000
Kerja Dalam Proses 31 Dis 2013 12 000

Sediakan:
a) Penyata Kos Barang Dikilang
b) Penyata Pendapatan






Pengenalan Perakaunan Kos saleha@sdj2014

11

e) Berikut adalah senarai kos-kos yang terlibat bagi sebuah firma. Pilih klasifikasi yang
betul bagi kos yang tersebut.

ITEM KOS
KOS
BERUBAH
KOS
TETAP
KOS
TEMPOH
KOS
KELUARAN
LANGSUNG
KOS
KELUARAN
TAK
LANGSUNG
Pengiklanan
Pembaikan loji
Insurans loji
Susutnilai loji
Susutnilai peralatan pejabat
Utiliti loji
Gaji pengarah
Gaji kakitangan pejabat
Gaji penyelia kilang
Bekalan am pejabat

ITEM KOS
KOS
TEMPOH
BAHAN
LANGSUNG
BURUH
LANGSUNG
OVERHED
KILANG
Kapas untuk kilang kain
Bahan adunan kek
Upah pekerja pengeluaran
Gaji penyelenggara mesin
Gaji penyelia kilang
Sewa peralatan kilang
Insurans bangunan kilang
Susutnilai bangunan kilang
Cukai hartanah kilang
Cukai hartanah pejabat
Bekalan am pejabat
Susutnilai peralatan pejabat
Pengiklanan
Komisen jualan

f) Syarikat Perabot Meranti adalah pengeluar pelbagai jenis perabot termasuk meja. Kos-
kos yang barkaitan dengan pengeluaran meja syarikat ini adalah seperti berikut :
a) Kayu digunakan dalam pengeluaran meja. RM 200 bagi setiap meja.
b) Upah dibayar kepada pekerja yang memasang meja ialah RM15 bagi setiap meja.
c) Pekerja yang terlibat dengan kerja-kerja pemasangan itu diselia eh seorang
penyelia yang dibayar RM32 000 setahun.
d) Kos elektrik sebanyak RM4 setiap jam mesin dilibatkan untuk mengeluarkan
meja berkenaan (setiap meja menggunakan 4 jam mesin untuk disiapkan)
e) Kos susutnilai mesin digunakan untuk membuat meja berkenaan berjumlah
RM10 000 setahun.
f) Gaji pengerusi syarikat RM 100 000 setahun.
g) Kos mengiklan produk RM250 000 setahun.
h) Komisen dibayar kepada jurujual RM30 bagi setiap meja yang dijual.

Bagi setiap yg di atas, nyatakan samaada kos berubah, kos tetap, kos tempoh, kos
produk/ keluaran, Kos langsung atau kos tak langsung.
Pengenalan Perakaunan Kos saleha@sdj2014

12

g) STPM 2004 Soalan 1(b)
Yang berikut adalah data yang dipetik daripada rekos Syarikat Cepat Buat Sendirian
Berhad untuk tahun berakhir 31 Disember 2003.
Awal tahun (RM) Akhir tahun (RM)
Bahan mentah 5 000 22 000
Kerja Dalam Proses 18 500 16 000
Barang Siap 9 000 25 000

Unit barang siap dihasilkan dalam tempoh tersebut adalah 51 000 unit.

Kos dan belanja yang terlibat dalam tempoh : RM
Kos belian bahan langsung 140 200
Kos belian bahan tak langsung 15 600
Kos buruh langsung 65 000
Kos buruh tak langsung 35 000
Insurans kilang 12 000
Susutnilai peralatan pejabat 18 000
Susutnilai peralatan kilang 20 000
Sewa premis kilang 52 000
Belanja iklan 45 500
Gaji pekerja syarikat 55 000
Kos penyenggaraan peralatan kilang 6 200
Belanja operasi lain 25 000

Anda dikehendaki : Hitung kos seunit keluaran untuk tempoh berkenaan.

h) STPM 2005 Soalan 1(f)
Yang berikut adalah maklumat kos bagi tahun 2004 yang diberikan oleh Syarikat
Kampus Berhad yang membuat dan menjual produk kepada perniagaan pembinaan.

RM
Minyak pelincir 2 500
Buruh tak langsung 20 000
Buruh langsung 150 000
Belanja pengiklanan 30 000
Komisen jurujual 15 000
Sewa bangunan kilang 27 000
Kos pengangkutan keluar barang siap 35 000
Susutnilai peralatan kilang 18 000
Cukai harta peralatan kilang 2 000
Insurans kebakaran peralatan 1 500
Belian bahan mentah 230 000
Gaji dan upah bahagian pemasaran 50 000

Dikehendaki : Hitungkan yang berikut :
a) Jumlah kos berubah perkilangan
b) Jumlah kos tetap perkilangan
c) Jumlah kos langsung perkilangan
d) Jumlah kos tak langsung perkilangan
e) Jumlah kos perkilangan
f) Jumlah kos tempoh
Pengenalan Perakaunan Kos saleha@sdj2014

13


i) Syarikat Maju Berhad memberikan maklumat berikut bagi tahun 2013.

Awal Akhir
Bahan langsung RM48 000 RM70 000
Kerja dalam proses RM176 000 RM150 000
Barang siap RM128 000 RM104 000

Sepanjang tahun 2013, kos-kos berikut telah dilibatkan :
Belian bahan langsung RM240 000
Kos buruh langsung RM360 000
Overhed perkilangan RM640 000
Jualan barang siap RM1 500 000

Sediakan Penyata Kos Barang Dikilang bagi tahun berakhir 31 Disember 2013.