Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Ombudsman adalah suruhanjaya penyiasat atau orang tengah bebas bagi


membolehkan rakyat dapat mengadu pelbagai hal termasuk salah laku
termasuk salah guna kuasa. Apakah sebenarnya ombudsman? Apakah kita
memahami fungsi sebenar Ombudsman? Dan adakah Institusi Ombudsman
ini berkesan kepada sistem pentadbiran di negara kita Malaysia? Menurut
kamus Oxford Ombudsman adalah “pegawai yang dilantik secara rasmi
untuk menyiasat aduan orang ramai terhadap salah laku dalam pentadbiran
terutama pihak berkuasa awam”. Ombudsman bermula di Sweden sejak
awal 1800an iaitu jawatan yang diwujudkan ‘sebagai penyiasat aduan awam’.
Pegawai ini dianggap sebagai orang yang ‘diakui kemampuan perundangan
dan integriti yang berwibawa’, dilantik oleh parlimen untuk berkhidmat
selama satu penggal (empat tahun). Pada tahun 1971 Sweden mengadakan
pejabat ombudsman untuk melindungi kepentingan para pengguna. Parlimen
Eropah pula mengadakan pejabat ombudsman bagi mendedahkan
penyelewengan dalam urusan pejabat-pejabat kerajaan Kesatuan Eropah
(European Union).

Sekarang ini ombudsman atau juga dikenali sebagai ombudsperson di


Amerika, bertindak menangani permasalahan yang melibatkan salah guna
kuasa pentadbiran di mana ombudsman ini bertindak sebagai orang tengah
kepada dua pihak yang berselisih untuk meredakan persengketaan di antara
kedua belah pihak tersebut. Ini menuntut ombudsman untuk mempunyai
peribadi yang dipercayai dan neutral tanpa cenderung kepada mana-mana
pihak yang bertindak membantu komunikasi kedua belah pihak untuk
merumuskan penyelesaian supaya masalah yang sama tidak timbul lagi pada
masa akan datang. Kemudiannya sistem ini dicontohi di Britain, Jerman,
New Zealand dan Norway, antara lainnya. Tetapi di Malaysia kerajaan telah
memutuskan institusi Ombudsman yang diwujudkan bagi mendengar dan
menyiasat setiap aduan orang ramai termasuk membabitkan salah guna kuasa
tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

1
Sebelum kita membincangkan apakah relevan sistem Ombudsman ini
dijalankan di Malaysia, kita kupas sedikit apakah sebenarnya peranan
Ombudsman di negara-negara lain khususnya di Barat. Peranan pejabat
ombudsman di Sweden: Ombudsman untuk kanak-kanak yang meliputi hak-
hak dan segala kepentingan mereka, ombudsman untuk orang-orang cacat
yang mengawasi segala hak dan kebajikan mereka dan satu lagi untuk
mengatasi diskriminasi antara kaum dijelaskan.

Di Finland pula, ombudsman dilantik oleh Parlimen dan bertanggungjawab


memastikan bahawa semua pejabat dan pegawai kerajaan bertindak menurut
undang-undang. Ia berkuasa memeriksa segala kemudahan kerajaan, termasuk
segala dokumen dan boleh meminta polis menyiasat jika perlu. Juga
diadakan pejabat ombudsman mengenai hak-hak sama bagi kaum lelaki dan
wanita, hak kanak-kanak dan hak golongan minoriti. Di Ireland pula
ombudsman terletak di bawah kuasa presiden setelah dicalonkan oleh
Parlimen. Ia boleh menerima aduanaduan terhadap jabatan-jabatan kerajaan,
pejabat kesihatan dan juga pejabat pos. Manakala di Britain jawatan
ombudsman juga terletak di Parlimen.

Pada tahun 1971 Sweden mengadakan pejabat ombudsman untuk melindungi


kepentingan para pengguna. Parlimen Eropah pula mengadakan pejabat
ombudsman bagi mendedahkan penyelewengan dalam urusan pejabat-pejabat
kerajaan Kesatuan Eropah (European Union). Pada bulan Mei 2001,
Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan
cadangan setiausaha agung untuk mengadakan sistem ombudsman di
Sekretariat Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menarik perhatian ialah catatan daripada ensiklopedia Wikipedia mengenai


sistem ombudsman pada zaman silam. Lalu disebut mengenai pelbagai
masalah yang berbangkit dalam pemerintahan empayar Rom. Pihak
berkenaan kemudian mengambil iktibar daripada langkah khalifah kedua

2
Islam, Sayidina Umar (634-644) dengan konsep Qadi al-Qadat untuk negara-
negara Islam yang kemudian “mempengaruhi Raja Charles XII di Sweden
yang kembali dari pembuangan di Turki pada tahun 1713, mengadakan
pejabat Tertinggi Ombudsman.”

Tetapi di Malaysia adalah merumitkan bagi pejabat Peguam Negara jika mahu
mewujudkan sistem ombudsman di Malaysia kerana perlu mengkaji sistem di
pelbagai negara. Seperti disebut di beberapa buah negara, keputusan-
keputusan kabinet dan mahkamah tidak tertakluk kepada kuat kuasa
ombudsman. Kerajaan pernah mengumumkan rancangan penubuhan sebuah
badan bebas atau ombudsman bagi menangani dan menyiasat segala tuduhan
membabitkan semua perkhidmatan awam termasuk menteri, tanpa dihadkan
kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) semata-mata. Ia diumumkan oleh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
suatu ketika dahulu. Penubuhan badan bebas itu yang dikatakan akan
membolehkan kerajaan bersikap adil terhadap rakyat sedang dikaji supaya
sistem pentadbiran kerajaan lebih cekap. Menurut Nazri lagi, “Kewujudan
badan bebas ini kelak akan mengimbangkan laporan penyiasatan dan
mengelak polis dituduh tidak telus atau berat sebelah apabila menyiasat aduan
membabitkan anggota mereka.” Bukan itu sahaja, tegas Nazri lagi, “Badan ini
akan menyiasat tuduhan terhadap semua agensi penguat kuasa kerajaan
termasuk sektor awam sama ada polis, kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan,
Badan Pencegah Rasuah, Pejabat Tanah dan Galian atau menteri sekalipun”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok, berkata


bagaimanapun beberapa konsep lain berasaskan Ombudsman sedang
diperhalusi untuk disesuaikan dengan sistem pentadbiran negara.

“Konsep itu akan diguna pakai oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi
menjadikannya organisasi pengurusan aduan awam yang berkesan dan

3
dipercayai,” katanya ketika menjawab soalan Shim Paw Fatt (BN-Tawau)
mengenai sama ada kerajaan merancang mewujudkan Ombudsman.

Menjawab soalan tambahan daripada Shim yang menegaskan negara


memerlukan institusi seperti Ombudsman yang mempunyai separuh kuasa
kehakiman, Dompok berkata, kerajaan tidak melihat ia mampu
menyelesaikan masalah membabitkan kerajaan.

"Contohnya di Indonesia dan Filipina yang mengamalkan Ombudsman, ia


tidak membantu kerajaannya menyelesaikan masalah," katanya.

Menjawab soalan tambahan Wong Noi Chee (BN-Kota Melaka), Dompok


menegaskan keberkesanan sistem itu di Sweden disebabkan ia dipraktikkan
sejak 1809 dan sesuai dengan sejarah negara itu.

"Di negara kita, perlulah kita sesuaikan sesuatu sistem itu mengikut sejarah
negara kita," katanya.
BERITA HARIAN, 27 JUN 2006

Sebagai seorang Islam, kita perlu melihat dan menyelesaikan setiap masalah
dengan penyelesaian Islam. Dalam isu ini, persoalannya adalah, adakah
ombudsman diperlukan oleh umat Islam di dalam menyelesaikan masalah
yang membabitkan penjawat awam dan orang ramai? Adakah agama Allah ini
tidak lengkap sehingga umat Islam perlu mengambil sistem dari Barat untuk
menyempurnakannya? Adakah Allah menurunkan agama ini tanpa ada
mekanisma untuk mengatur persengketaan yang terjadi di antara manusia
sesamanya? Firman Allah subhanahu wa ta’ala.

“Wahai orang-orang yang beriman, taailah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan
ulil amri di kalangan kamu. Kemudian sekiranya kamu berbantah-bantah pada

4
tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul(Nya) jika
kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian...”
TMQ An-Nisa’:59

Ayat di atas merupakan petunjuk yang jelas kepada kita bahawa Allah telah
menurunkan agama ini agar mampu menjawab segala persengketaan yang
terjadi di dalam masyarakat. Ayat yang mulia ini juga menjadi peringatan
yang jelas kepada kita bahawa sekiranya ada apa-apa persengketaan yang
terjadi di antara rakyat dan pemerintah (termasuk orang bawahannya), maka
peneyelesaiannya haruslah dikembalikan kepada Allah dan RasulNya
(bukannya dikembalikan kepada Barat). Apabila Allah memerintahkan untuk
kita kembali kepadaNya dan RasulNya, maka kita sebagai umat Islam yakin
bahawa pasti ada jalan penyelesaian yang telah Allah dan RasulNya
tunjukkan. Ingatlah wahai kaum Muslimin, bahawa Allah telah
menyempurnakan agama ini dan umat Islam tidak memerlukan apa-apa dari
Barat yang kuffar untuk menyelesaikan segala ketidakadilan.

Apa yang jelas wahai saudaraku yang mulia, tanggungjawab pemerintah


adalah untuk menerapkan sistem yang berasal dari wahyu dan bukannya
sistem yang berasal dari Barat, tidak kira apa namanya, sistem ombudsman,
demokrasi, sekularisme, kapitalisme dan sebagainya. Inilah anehnya dengan
para pemerintah kaum Muslimin, demi untuk menerapkan sistem Barat,
mereka bersungguh-sungguh berusaha melakukan kajian, menghabiskan
masa, usaha, wang dan sebagainya demi merealisasikan sistem tersebut.
Malangnya perkara yang sama tidak dilakukan demi untuk menerapkan
hukum yang datang dari Pencipta dirinya, walhal inilah satu-satunya hukum
yang akan mendatangkan keadilan yang hakiki, yang datang dari Zat yang
Maha Adil. Inilah satu-satunya sistem yang, apabila diterapkannya di dunia,
akan menyelamatkannya dari azab Allah di akhirat.

5
Sistem pemerintahan Islam telah datang dengan struktur pengadilan yang
sempurna yang mampu menyelesaikan persengketaan yang terjadi di dalam
masyarakat. Sejak 13 abad yang lalu umat Islam telah menyelesaikan masalah
atau perselisihan yang berlaku di dalam Daulah Islam dengan sistem
pengqadhian ini tanpa membuang masa dan tenaga terjebak di dalam polemik
berpanjangan. Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa sistem inilah
yang telah membawa keadilan sejagat kepada hampir 2/3 dunia dan umat
manusia telah menikmatinya selama lebih kurang 1300 tahun.

Qadhi/Hakim/Mahkamah di dalam Islam terdiri dari tiga jenis iaitu, pertama,


Qadhi Khusumat yang menyelesaikan kes-kes umum melibatkan muamalat
dan uqubat. Kedua, Qadhi Muhtasib/Hisbah yang menyelesaikan kes-kes
yang mengancam hak jamaah. Ketiga, Qadhi Mazhalim yang menyelesaikan
kes-kes yang melibatkan persengketan antara rakyat dan negara/pemerintah.
Apa yang pasti, di dalam Islam tidak pernah wujud mahkamah sivil
sebagaimana yang ada pada hari ini di negara-negara umat Islam termasuklah
negara kita. Sejarah perundangan Malaysia menceritakan dengan jelas kepada
kita bahawa sistem mahkamah yang ada sekarang di Malaysia adalah hasil
dari ciptaan British yang telah ’dipaksakan’ ke atas kita semenjak mereka
datang menjajah kita pada awal tahun 1800. Apakah setelah mereka pergi kita
masih dalam keadaan ’terpaksa’ menerapkan sistem ini atau kita telah ’redha’
kepadanya? Na’uzubillah.

Menurut ensiklopedia Wikipedia, penyelesaian pertikaian antara orang ramai


dan pemerintah telah berlaku di zaman Saidina Umar iaitu khalifah kedua
umat Islam pada tahun (634-644M) dengan mewujudkan qadhi qudhat.
Teladan keberkesanan sistem Khilafah Islam telah memberi pengaruh yang
kuat kepada Barat sehingga raja Charles XII telah menubuhkan Pejabat
Ombudsman Tertinggi di Sweden pada tahun 1713 setelah pulang dari
pembuangan di Turki.

6
Sebenarnya jawatan qadhi qudhat (Ketua Qadhi) belum wujud lagi pada
waktu tersebut. Yang ada hanyalah institusi mazhalim yang menangani
persengketaan antara orang ramai dan pemerintah. Walaupun demikian, apa
yang jelas di sini adalah, akibat dari wujudnya sistem pemerintahan Islam,
banyak dari kejayaan sistem yang adil ini telah mempengaruhi Barat dan
rentetan dari itu, mereka telah mewujudkan sistem ombudsman di Barat.
Yang pasti sistem tersebut diwujudkan setelah mereka melihat keberkesanan
perlaksanaan sistem Islam. Inilah yang anehnya dengan umat Islam, mereka
ingin menerapkan sistem ombudsman ini setelah melihat Barat yang
menerapkannya. Segala sesuatu yang berasal dari Barat dilihat dan dinilai
sebagai ’permata’ oleh umat Islam. Fikirkanlah wahai umat Nabi yang mulia,
sampai bilakah kita akan mencontohi Barat dengan sistem yang mereka
pakai? Dari dahulu sehingga sekarang kita tidak pernah henti-henti
mengambil apa yang berasal dari mereka. Adakah kita pada kali ini sekali lagi
akan mencontohi Barat dengan ombudsman atau mencontohi Rasulullah
dengan institusi mazhalim yang telah baginda tunjukkan?

Pada 24 November 2005 lalu Malaysia telah dikejutkan dengan penyebaran


imej wanita bogel dalam tahanan polis pada tahun 2004. Isu yang didedahkan
oleh Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) menyebabkan banyak perbincangan
telah diutarakan di peringkat atasan sehingga ke kedai-kedai kopi. Antara
penyelesaian yang hangat diperkatakan adalah rancangan untuk mewujudkan
Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Perkara ini
mendapat tentangan banyak pihak termasuk Ahli Parlimen sendiri. Menurut
mereka penubuhan suruhanjaya itu hanya akan menjadikan pasukan polis
`lembut' dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) `mandul'. Implikasi penubuhan
suruhanjaya ini sangat berat kerana jika diteruskan, ia akan menganak tirikan
polis kerana realitinya, salah laku bukan hanya terjadi di dalam pasukan polis
tetapi malah ia juga berlaku di banyak institusi kerajaan yang lain. Sekiranya
setiap salahlaku di setiap institusi diambil kira, negara akan dibanjiri dengan

7
banyak suruhanjaya-suruhanjaya yang akan menyiasat salah laku di institusi
masing-masing.

Sistem ombudsman ini bukan satu perkara yang pelik. Ini merupakan satu
fenomena, satu sistem yang telah pun lama wujud di negara-negara Komawel
lain dan di Australia telah pun wujud sejak tahun 70-an dan juga ia wujud di
Britain, Canada dan negara-negara Scandinavia yang semua ini merupakan
negara-negara maju. Jika kita hanya asyik berbincang denga anjakan
peradigma, gaya perubahan minda dan sebagainya tetapi jika kita tidak
mengadakan atau mewujudkan satu sistem yang boleh membantu kita
mengatasi masalah ini maka kita tidak akan berganjak daripada tempat yang
asal.

Sistem Ombudsman ini haruslah bertanggungjawab kepada Parlimen dan ia


mempunyai kuasa untuk menerima aduan, mempunyai kuasa utuk menyiasat
dan juga mempunyai kuasa untuk membuat cadangan kepada Menteri-menteri
untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Jika wujudnya penyelewengan
dan wujudnya prestasi yang tidak baik, maka kita sememangnya memerlukan
satu badan satu sistem ombudsman yang bebas di mana boleh mengawal selia
dan memantau sebetul-betulnya apa yang sebenarnya menyebabkan
kegagalan di mana-mana bahagian dalam perkhidmatan awam kita.

Jika diteliti, banyak badan-badan aduan telahpun wujud di negara kita samada
di dalam agensi kerajaan mahupun parti politik. Malaysian Chinese
Association (MCA) umpamanya telah menubuhkan ‘Unit Pengaduan’ untuk
menerima aduan orang ramai. Oleh kerana pertambahan aduan yang drastik
selepas pilihanraya tahun 1990 unit tersebut telah diperbesarkan menjadi
“Biro Perkhidmatan & Pengaduan Pusat MCA” dengan Datuk Tan Chai Ho
sebagai pengerusi. Di bawahnya diwujudkan “Unit Pengaduan Awam” dan
“Unit Hal Ehwal Kerajaan”. Salahlaku yang berleluasa juga telah memaksa
pemuda UMNO mewujudkan ‘Biro Pengaduan Awam dan Pembelaan

8
Masyarakat’ yang dipengerusikan sekarang ini oleh Dato’ Subhan Kamal.
Kredibiliti mahkamah yang banyak dipertikaikan oleh rakyat juga telah
menyebabkan Badan Kehakiman mewujudkan perkara yang sama. Mengikut
Laporan Tahunan Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia 2004/2005,
Badan Kehakiman akan mempertingkatkan tindakan untuk ketelusan dalam
pelaksanaan keadilan di Malaysia. Ini dibuat dengan penubuhan ’Unit
Pengaduan Awam (UPA)’ yang diselia oleh Ketua Pendaftar Mahkamah
Persekutuan Malaysia yang bertanggungjawab terus kepada YAA Ketua
Hakim Negara. Bidangkuasa UPA ini adalah menerima segala aduan
mengenai pentadbiran keadilan Badan Kehakiman di seluruh negara. Objektif
UPA adalah untuk menangani segala pengaduan dari orang awam dengan cara
yang cepat dan berkesan.

Yang pasti, idea tentang mewujudkan sistem ombudsman ini muncul setelah
imej perkhidmatan awam yang dilihat semakin hari semakin tercalar dengan
salahlaku anggota-anggotanya terutama imej pasukan polis yang tak putus-
putus menjadi ‘pisang goreng panas’ dalam isu-isu yang melibatkan
salahlaku. Oleh itu, ombudsman diperkenalkan dengan harapan ia dapat
memperbaiki kelemahan-kelemahan sistem yang sedia ada, yang mana
perlaksanaannya bukan hanya melibatkan PDRM tetapi semua perkhidmatan
awam.

Sektor awam mestilah terus memberi tumpuan kepada usaha


mempertingkatkan akauntabiliti dan keutuhan pengurusan melalui jentera
pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah. Tugas dan keahlian
Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan
(JKKMKPK) yang telah ditubuhkan pada tahun 1988 dengan tujuan untuk
meningkatkan keutuhan pengurusan dan menggalakkan piawaian tata
kelakuan yang tinggi dalam sektor awam, telah diperluas dan diperkemaskan
dalam tempoh Rancangan. JKKMKPK ditubuhkan bertujuan
memperkukuhkan lagi keberkesanannya sebagai sebahagian daripada

9
pendekatan yang terancang dan bersepadu ke arah penyeliaan pentadbiran
yang baik. Dalam hal ini, jentera keutuhan pengurusan telah diperluaskan ke
semua peringkat pentadbiran untuk menyalur dan melaksanakan keputusan
JKKMKPK. Pada masa yang sama, jawatankuasa di peringkat agensi telah
dipertanggungjawabkan untuk memantau dan mendapatkan maklum balas
mengenai pelbagai isu berhubung dengan keutuhan pengurusan. Di samping
itu, tiga pasukan petugas perunding keutuhan pengurusan telah ditubuhkan
untuk memberi tumpuan khususnya kepada dasar, undangundang, peraturan,
sistem dan prosedur; nilai dan etika; serta kawalan dalaman, tindakan
pembetulan dan hukuman.

Konsep ketelusan dalam sesuatu pentadbiran kerajaan bermula dari atas ke bawah
adalah amat penting bagi menjamin tahap rasuah yang berada pada kadar yang
cukup minima. Ini kerana rasuah amat berbahaya sehingga mampu memusnahkan
kedaulatan sesebuah negara merdeka itu.

Sekiranya diperhatikan, dalam sesebuah negara Islam ataupun negara yang sedang
menuju ke arah itu, kepimpinan melalui teladan menjadi satu amalan wajib yang
bukan bersifat retorik sepertimana Perdana Menteri ketika mula memegang
jawatan itu di awal tahun 1981 demi sekadar menunjukkannya sebagai seorang
yang telus.

Ombudsman yang bersifat bebas akan ditubuhkan di dalam sesebuah negara Islam
di bawah pertanggungjawaban Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi
menyiasat segala laporan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa para
penjawat awam termasuklah perdana menteri sekali.

Peranan dan kuasa Badan Pencegah Rasuah (BPR) tentunya akan diperluaskan
dengan tidak lagi meletakkannya hanya sebagai satu badan di bawah Jabatan
Perdana Menteri. BPR mampu dipertanggungjawabkannya di bawah Parlimen
demi membebaskannya dari gangguan eksekutif.

10
Penutup

Seterusnya, kuasanya yang sekadar menyiasat itu perlulah dikaji agar ia dapat
sama mendakwa si perasuah yang diberkas. Sekiranya ianya dapat dilaksanakan,
maka kita mampu untuk menangani masalah rasuah dengan menangkap dan
mendakwa perasuah jerung besar.

Realiti sekarang ini di mana tahap bersih rasuah yang sepatutnya dicapai oleh
negara umat Islam sebaliknya dipegang rekodnya oleh negara-negara bukan Islam
seperti Singapura dan Jepun. Negara Islam yang bersifat bebas rasuah akan
memberi ruang kebebasan secukupnya tanpa gangguan badan eksekutif kepada
pihak-pihak yang terbabit demi membersihkannya dari gejala rasuah.

Sistem pengurusan pengendalian aduan awam haruslah terus diperkukuhkan


untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tahap tindak balas sektor
awam. Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam telah mengkaji masalah yang
timbul daripada aduan awam dan membuat cadangan untuk memperbaiki
kelemahan dan mengatasi halangan pentadbiran yang berkenaan. Strategik
utama dalam tempoh Rancangan ialah mengadakan publisiti kepada orang
ramai mengenai peranan, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Biro
Pengaduan Awam. Ini telah dilaksanakan melalui kerjasama dengan media
sebaran am seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Selain daripada itu, program kaunter bergerak pengaduan awam terus


mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan telah
memberi saluran yang cepat dan berkesan untuk membuat aduan. Selaras
dengan penggunaan ICT yang meluas dalam sektor awam, Biro telah
memperkenalkan sistem pengurusan pengaduan awam berkomputer pada
tahun 2000. Sistem rangkaian berkomputer ini membolehkan orang ramai
membuat aduan melalui laman web Biro serta memantau status aduan
mereka. Biro juga telah berusaha untuk meningkatkan prestasi dan
keupayaannya dengan mengikuti perkembangan mengenai amalan terbaik

11
menangani aduan melalui hubungan yang diwujudkan dengan ombudsman di
negara lain serta menyertai persidangan ombudsman di peringkat Asia-
Pasifik.

Walaubagaimanapun kerajaan juga boleh menubuhkan satu suruhanjaya yang


hanya mengenal pasti atau mengesahkan apa perkara yang kita sudah pun
tahu selama ini keran apa yang kita perlu lakuakn ialah mengadakan satu
struktur susun atur yang mana satu susun lapis yang kita boleh masukkan
sistem ombudsman dalam negara kita.

12