Anda di halaman 1dari 5

SIVIK DAN KENEGARAAN TINGKATAN 3 SMK AYER HANGAT LANGKAWI

1

1. Kita harus membuat keputusan yang bijak, adil serta
________________ apabila menghadapi situasi di mana
kita perlu membuat keputusan.
A. beremosi
B. bertoleransi
C. berat sebelah
D. bertanggungjawab

2. Pilih keputusan yang bijak.
A. Sharlini enggan mengikut rakannya ke kafe siber kerana
ingin mengulang kaji pelajaran.
B. Rahim mengambil keputusan untuk ponteng kelas
Matematik kerana tidak menghabiskan kerja rumahnya.
C. Chan lebih seronok menonton televisyen daripada
mengemas biliknya.
D. David mengambil keputusan untuk bermain mercun
bersama rakan-rakannya sempena perayaan Krismas

3. Serena mengambil pil ecstasy kerana pengaruh
rakannya. Apakah kesan yang mungkin dihadapi olehnya
akibat tindakan tersebut?
A. Dapat melupakan masalah yang dihadapinya.
B. Boleh meningkatkan semangat untuk belajar.
C. Boleh merosakkan sistem saraf dan menyebabkan
penyakit mental.
D. Dapat mengurangkan kebosanan yang dialaminya.

4. Keadaan di mana susah untuk membuat keputusan
dipanggil
A. dilema.
B. gelisah.
C. masalah.
D. gangguan perasaan.

5. Tabiat merokok akan memberi kesan berikut kepada
kesihatan KECUALI
A. memendekkan tempoh usia.
B. menyebabkan penyakit bronkitis.
C. menyebabkan kanser paru-paru.
D. menyebabkan gangguan pada sistem penghadaman.

6. Pilih tindakan yang bersifat prihatin terhadap orang lain.
A. Merokok di perhentian bas.
B. Bercakap panjang di telefon awam.
C. Memakir kereta di petak khas orang kurang upaya.
D. Memandu mengikut had kelajuan di jalan raya.

7. Antara berikut yang manakah menunjukkan tindakan
yang bertanggungjawab?
A. Membiarkan televisyen terpasang ketika sedang mandi.
B. Menghabiskan makanan tanpa memikirkan anggota yang
belum makan.
C. Menggunakan pensel warna rakan dengan maksimum.
D. Membersihkan kelas tanpa disuruh oleh guru.

8. Keputusan yang manakah dikatakan keputusan yang
bijak dan adil?
A. Keputusan yang hanya mementingkan diri sendiri.
B. Keputusan yang menguntungkan diri sendiri.
C. Keputusan yang mengambil kira kesan terhadap diri dan
orang lain.
D. Keputusan yang memihak kepada individu yang
disayangi.

9. Antara berikut, individu manakah yang bijak membuat
keputusan?
I Zamri memohon jawatan wartawan kerana memiliki
ijazah dalam bidang komunikasi.
II Ganesh yang mahir dalam subjek Sejarah dan Pengajian
Am memilih jurusan undang-undang.
III Loh Kee Cheng yang mahir dalam judo menyertai
kumpulan kongsi gelap.
IV Gerald menyertai kelas muzik kerana pandai bermain
piano dan sitar.
A. I dan III
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II dan IV

10. Pilih keputusan dan kesan yang POSITIF
Keputusan Kesan
A Ponteng kelas Dapat bermain permainan video.
B Hadir aktiviti Menambahkan ilmu
C Meniru jawapan ujian Mendapat markah yang tinggi.
D Menghisap rokok Mendapat vitamin yang cukup.

11. Setiap anggota keluarga bertanggungjawab dalam
_____________ hubungan kekeluargaan.
A. melekatkan
B. memisahkan
C. mengeratkan
D. merenggangkan

12. Kecemerlangan dapat meningkatkan maruah diri dan
_________________.
A. jiran
B. rakan
C. saudara
D. keluarga


SIVIK DAN KENEGARAAN TINGKATAN 3 SMK AYER HANGAT LANGKAWI
2

13. Yang manakah menggambarkan langkah keselamatan di
rumah?
A. Menyimpan ubat dalam peti kecemasan.
B. Meletakkan penyembur serangga di belakang pintu.
C. Tidur dengan membiarkan lampu terpasang.
D. Membiarkan adik menyediakan minuman sendiri.

14. Antara berikut, individu manakah yang menjaga maruah
diri dan keluarganya?
A. Zukhairi bercakap kuat dengan neneknya yang sudah
tua.
B. Melati tidak mengendahkan kakaknya yang cacat
penglihatan.
C. Danish tidak membuka pintu walaupun diketuk oleh
jirannya beberapa kali.
D. Susmita berpakaian sopan ketika melawat datuknya di
hospital.

15. Kasih sayang merupakan _______________ yang lahir
dari dalam diri seseorang terhadap dirinya, orang lain dan
persekitaran.
A. impian
B. dilema
C. perasaan
D. tanggapan

16. Kasih sayang ibu bapa merupakan sesuatu yang
_____________ kerana mereka melindungi dan menjaga
keselamatan anak-anak mereka.
A. mulia
B. mahal
C. murah
D. dibentuk

17. Antara hari istimewa keluarga yang boleh diraikan
bersama ialah ____________
I hari ibu dan hari bapa.
II ulang tahun kelahiran.
III ulang tahun perkahwinan.
IV Hari Kebangsaan
A. I, II dan III
B . I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III, dan IV

18. Perbuatan yang manakah boleh menaikkan imej
keluarga?
A. Mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.
B. Keluar dengan rakan pada waktu malam.
C. Melibatkan diri dalam aktiviti lumba haram.
D. Berkelah bersama keluarga pada hujung minggu.
19. Antara berikut individu manakah yang menjaga
pertuturan dan tingkah laku?
I. Jay Jay meminta maaf kepada ibunya kerana
memecahkan pasu bunga.
II. Fakri mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang
memasak makanan kegemarannya.
III. Sarah tidur di atas sofa walaupun rakan ayahnya datang
ke rumah.
IV. Salman sentiasa memberi salam kepada orang yang
lebih dewasa.
A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II dan IV

20. Tindakan yang manakah tidak menunjukkan ibu bapa
yang prihatin terhadap anak-anaknya?
A. Menyediakan segala kemudahan pembelajaran kepada
anak-anak.
B. Memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-
anak.
C. Menumpukan perhatian kepada kerjaya tanpa
mengambil berat tentang ahli keluarga.
D. Sentiasa membawa anggota keluarga makan angin.

21. Memelihara kesejahteraan alam merupakan
tanggungjawab
A. kerajaan
B. setiap individu
C . pemimpin
D. majlis perbandaran

22. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan sungai kita?
I Supaya kita mendapat bekalan air yang bersih
II Untuk menjaga imej negara
III Supaya kita dipuji oleh orang lain
IV Agar terhindar daripada penyakit
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

23. Antara berikut yang manakah merupakan peranan dan
tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar?
A. Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan
pencemaran
B. Menggalakkan penebangan pokok secara berleluasa
C . Melakukan pembakaran secara terbuka
D. Menggalakkan pembuangan sampah di merata-rata
tempat.

SIVIK DAN KENEGARAAN TINGKATAN 3 SMK AYER HANGAT LANGKAWI
3

24. Bagaimanakah cara untuk memelihara dan memulihara
alam sekitar?
I Penanaman semula pokok
II Penebangan pokok secara berleluasa
III Membuang sampah di merata-rata tempat
IV Saling bekerjasama membersihkan alam sekitar
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. III dan IV

25. Antara berikut merupakan jenis-jenis pencemaran alam
dan bencana alam KECUALI
A. penanaman semula pokok
B. jerebu
C . tanah runtuh
D. kemarau panjang

26. Pencemaran alam boleh berlaku apabila kita
I membuang sampah di tempat yang disediakan
II menanam pokok
III melakukan pembakaran terbuka
IV membuang sampah di merata-rata tempat
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

27. Antara berikut merupakan punca pencemaran
udara kecuali
A. asap-asap daripada kilang
B. asap-asap daripada kenderaan
C. tumpahan minyak daripada kapal
D . asap daripada pembakaran terbuka

28. Pencemaran air akan mengakibatkan
I kemusnahan habitat laut
II air berkelodak
III meningkatkan tahap kesihatan manusia
IV udara berdebu

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV

29. Antara berikut merupakan langkah yang dapat diambil
oleh penduduk sesebuah bandar dalam usaha
menghijaukan alam sekitar KECUALI
A menanam pokok di kawasan sekitar
B menghalang penebangan pokok
C menanam bunga-bungaan di taman
D menebang pokok yang baru ditanam

30. Kemarau berpunca daripada
A. kandungan lembapan tanah yang berkurangan kerana
ketiadaan hujan
B. berlakunya limpahan air yang berlebihan bagi satu-satu
saliran
C. letupan gunung berapi
D. ketidakstabilan lereng atau cerun tanah tinggi

31. Mengapakah setiap individu digalakkan untuk
mengembangkan potensi dirinya?
A. Menimba ilmu pengetahuan
B. Membina identiti diri yang positif
C. Menonjolkan bakat dan kemahiran
D. Mengenal pasti kekurangan pada diri

32. Seseorang yang mempunyai identiti diri yang positif
akan sentiasa
A yakin terhadap kebolehan dirinya.
B memupuk semangat kekitaan.
C hidup aman dan sejahtera.
D bersaing dengan orang lain.

33. Antara berikut, yang manakah merujuk kepada potensi
diri seseorang individu?
I Bakat
II Kebolehan
III Kekuatan diri
IV Keyakinan diri

A. I, II, dan III
B . I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. I, II, III, dan IV

34. Antara berikut, yang manakah merupakan cirri-ciri yang
terkandung di dalam perkembangan potensi jasmani?
I Melakukan aktiviti riadah
II Meningkatkan kualiti kehidupan
III Mengembangkan kemahiran bakat
IV Meningkatkan daya pengeluaran
A. I, II, dan III B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV D. I, II, III, dan IV


SIVIK DAN KENEGARAAN TINGKATAN 3 SMK AYER HANGAT LANGKAWI
4

35. Bagaimanakah cita-cita atau matlamat hidup dapat
dikecapi?
A. Mengenal pasti potensi diri
B. Mengembangkan potensi diri
C. Menilai potensi diri
D. Mengubah potensi diri

36. Apakah kepentingan untuk mengembangkan potensi
diri?
A. Menonjolkan kemahiran dan bakat
B. Mencapai kejayaan dalam kehidupan
C. Menyumbang kepada masyarakat dan negara
D. Melibatkan diri dalam pelbagai bidang

37. Pilih situasi yang menunjukkan usaha untuk
meningkatkan kecemerlangan diri.
A. Radiah bercita-cita untuk menjadi jurutera kerana ia
merupakan pekerjaan bergaji tinggi
B. Woon Yong gigih berlatih badminton setelah ditegur
oleh ayahnya.
C. Anita menyertai kem kepimpinan untuk meningkatkan
keperibadian diri.
D. Martin bergaul dengan murid-murid yang pandai supaya
menjadi lebih popular.

38. Apakah potensi diri yang mungkin dimiliki oleh
seseorang yang bercita-cita menjadi peguam?
A. Daya kreativiti yang tinggi
B. Lemah-lembut dan mesra
C. Pandai berpidato dan bersyarah
D. menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

39. Keperibadian seseorang individu merujuk kepada
I perlakuan
II pergaulan
III perwatakan
IV penampilan
A. I, dan II
B. I , dan III
C. II, dan IV
D. III, dan IV
40. Bagaimanakah potensi diri dapat dikembangkan di alam
persekolahan?
I Bakat
II Pendidikan
III Latihan yang berterusan
IV aktiviti kokurikulum
A. I, II, dan III
B . I, II, dan IV
C . I, III, dan IV
D. I, II, III, dan IV

41. Pilih cara untuk menangani ancaman dalaman.
I Kaunseling
II Pemulauan
III Didikan agama
IV Didikan akademik
A . I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV



42 . Pernyataan di atas berkaitan dengan
A. Badan Pencegah Rasuah
B. Badan Perundangan
C. Badan Eksekutif
D. Badan Kehakiman

43. Antara berikut yang manakah merupakan perkara
yang boleh membawa kepada perselisihan faham antara
kaum?
I Tidak menghormati antara satu sama lain
II Mempunyai sikap kerjasama yang utuh
III Mempunyai sikap mementingkan diri sendiri
IV Tidak menghormati adat resam dan cara hidup kaum lain
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

44. Faktor yang membawa kepada penghijrahan
pendatang asing ke Malaysia ialah
I peluang pekerjaan
II peperangan di negara asal
III gaji yang lumayan
IV pengajian
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. Semua di atas

Menggubal dasar kerajaan
SIVIK DAN KENEGARAAN TINGKATAN 3 SMK AYER HANGAT LANGKAWI
5

45. Antara berikut yang manakah merupakan kesan
kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini?
I Keadaan negara bertambah harmoni
II Meningkatkan kadar jenayah
III Menghuru-harakan masyarakat
IV Menjejaskan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan
A I, II dan III
B I, II dam IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

46. Berikut merupakan cara untuk kita menjaga keamanan
negara Malaysia KECUALI
A. berprasangka antara satu sama lain
B. menolak sebarang bentuk keganasan
C. berbaik-baik antara satu sama lain
D. saling memahami

47. Apakah peranan Kementerian Pengajian Tinggi?
A. Menguruskan projek-projek pembangunan
B . Mengawasi pembangunan serta pergerakan kesatuan
kerja
C. Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten
D. Menyelidik dan mengawal aktiviti perniagaan dalam
negeri

48. Apakah sistem pemerintahan negara kita?
A. Kuku besi
B. Demokrasi
C. Komunisme
D. Republik

- Bertolak ansur antara satu sama lain
- Bergaul mesra tanpa prasangka
49. Pernyataan di atas akan mewujudkan
A. masyarakat yang mementingkan semangat
perkauman
B. masyarakat yang bersatu padu dan harmoni
C. masyarakat yang mementingkan kuasa
D. masyarakat yang ingin menjatuhkan negara










50. Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa bertujuan
untuk melindungi hak orang awam seperti
I wanita
II kanak-kanak
III tentera
IV orang tua
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Soalan 51 dan 52. Warnakan dengan cantik dan kemas.
Sila guna pensil warna dan gunakan warna yang tepat.


Bendera Negara

(5M)



Bunga Kebangsaan

(5M)







KERTAS SOALAN TAMAT