Anda di halaman 1dari 15

BAB 7 (TING 4) hlm/ 1

BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA



Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;

Memahami kedatangan Islam ke Asia Tenggara
Aras 1
Menyatakan teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara
Melakarkan arah kedatangan Islam ke Asia Tenggara
Aras 2
Menghuraikan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara
Aras 3
Membahaskan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui perdagangan

Pengenalan
Asia Tenggara terletak di antara China di sebelah timur dan India di sebelah
barat. Kedua-dua wilayah ini dihubungi oleh Selat Melaka.
Kedudukan Asia Tenggara amat strategik.
Lahir bandar pelabuhan penting seperti Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka,
Bantam, Cheribon, Makasar, Brunei dan Pattani. Pelabuhan ini mempunyai
hubungan dengan pelabuhan penting di Lautan Hindi seperti Mocha, Hormuz,
Surat, Goa, Colombo, dan di Pantai Koromandel India seperti Masulipatam dan
Pondecherry; dan turut menjalinkan hubungan dengan pelabuhan penting di
Laut China Selatan seperti Canton atau Amoy di China.
Faktor utama yang mempertemukan pedagang dari pelbagai pelosok kawasan
ini ialah tiupan angin monsun. Angin ini bertiup mengikut musim justeru, ia
telah menentukan jangka waktu yang tepat bagi kedatangan pedagang dari
Timur dan Barat ke Melaka.
Tanah besar Asia juga dihubungkan dengan jalan darat yang dikenali sebagai
Jalan Sutera. Jalan Sutera ini merentang dari wilayah di Asia Barat ke Asia
Tengah dan seterusnya ke China.
Sebelum kemunculan Islam di Makkah, Asia Tenggara telah menjadi kawasan
perdagangan utama bagi pedagang Melayu, Arab, China dan India.
Asia Tenggara menjadi tarikan utama kepada pedagang luar kerana kekayaan
hasil buminya yang merangkumi produk pertanian, logam, dan hasil hutan yang
diperlukan oleh pedagang dari Barat atau Timur.
Apabila Islam berkembang di Makkah pada abad ketujuh Masihi, para
pedagang Islam yang keluar belayar telah berdakwah ke seluruh rantau Asia
Tenggara.


BAB 7 (TING 4) hlm/ 2

1. a. Nyatakan tokoh yang mengemukakan teori Islam disebarkan ke Asia
Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab. (Rujuk Buku Teks m.s: 175-176)
John Crawford dan disokong
Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas.
b. Jelaskan bukti-bukti yang menyokong teori ini.
John Crawford,
Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi aktiviti para pedagang.
bukti catatan China yg mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah
mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun
300 M..
Sejak awal lagi pedagang Arab telah menguasai perdagangan laut dari
pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China. Mereka berdagang secara
berterusan di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam di Makkah pada
abad ketujuh Masihi.
Pedagang Arab yang berdagang ke China telah singgah di pelabuhan utama di
Asia Tenggara terutamanya pelabuhan di Selat Melaka. Disebabkan kedudukan
Selat Melaka yang strategik kerana terletak di tengah-tengah laluan
perdagangan, pelabuhan-pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu
perubahan angin monsun untuk ke China.
Kebanyakan pedagang Arab menetap selama beberapa bulan sebelum
meneruskan perjalanan sehingga sebahagian besar daripada mereka telah
membina perkampungan di situ. Perkampungan ini penting kerana
menyediakan tapak untuk berdagang serta berfungsi sebagai tempat
mengumpul barang jualan dan tempat membeli barang-barang mewah yang
datang dari China dan India.
Selain itu, terdapat orang Arab di perkampungan ini yang berkahwin dengan
wanita tempatan.
Masa menunggu perubahan angin monsun digunakan oleh para pedagang
untuk berbincang serta berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia
Tenggara tentang kepercayaan dan agama.
Kehidupan serta nilai Islam yang murni yang diperlihatkan oleh para
pendakwah serta pedagang Islam telah menarik minat orang tempatan untuk
mendalami agama Islam.
Kejujuran pedagang Islam menjalankan perniagaan, sifat mementingkan
kebersihan, dan berhemah tinggi merupakan sesuatu yang menarik minat
masyarakat dan pedagang tempatan kepada Islam.
Kehidupan dan aktiviti para pedagang Arab ini terdapat dalam catatan China
yang mengatakan bahawa telah wujud sebuah perkampungan Islam bernama Ta
Shih di Sumatera Utara pada tahun 650 M.. Perkampungan ini menunjukkan
bahawa Islam telahpun bertapak di Asia Tenggara sejak abad ketujuh Masihi.
BAB 7 (TING 4) hlm/ 3

Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas menggunakan bukti
Wujud persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara
dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab.
Perkataan Arab yg terdapat pada tulisan jawi telah diambil drpd bahasa Arab.
Adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya
Arab. Contohnya, amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu seperti
dabus dan tarian zapin.
Kebanyakan karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia
Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab. Misalnya,
Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan bahawa mubaligh atau pendakwah yg
pertama tiba di Pasai ialah sufi berketurunan Arab bernama Syeikh Ismail.
Beliau berjaya mengislamkan Raja Pasai iaitu Merah Silu yg bergelar Malik al-
Salih. Manakala, Raja Pattani, Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said.

Bukti tambahan,
Kebanyakan kitab agama dalam bahasa Melayu menggunakan bahasa dan gaya
penulisan yg dipengaruhi oleh bahasa Arab.Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur.
Tiada unsur India dalam kitab karangan ulama tempatan
Kitab tempatan seperti tauhid, tafsir al-Quran dan hadis didapati menggunakan
bahasa Arab dan sumber rujukan dari Semenanjung Tanah Arab.

2. a. Nyatakan tokoh yang mengemukakan teori Islam disebarkan ke Asia
Tenggara dari China. (Rujuk Buku Teks m.s: 177-178)
Emanuel Gadinho Eredia dan
S. Q. Fatimi.
b. Jelaskan bukti-bukti yang menyokong teori ini.
Emanuel Gadinho Eredia memberikan alasan
Khan Fo atau Canton (sekarang dikenali Guang Zhou) menjadi pusat
perniagaan terkenal dlm kalangan peniaga Arab yang beragama Islam sejak
abad kesembilan Masihi. Jalinan hubungan antara peniaga ini, juga
membolehkan Islam berkembang di kalangan peniaga China di negara China.
Apabila peniaga China Islam ini berdagang ke Asia Tenggara, mereka turut
menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.
S. Q. Fatimi pula memberikan bukti
berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton
atau Amoy ke Asia Tenggara pada sekitar tahun 876 M. Pendapat ini
dikukuhkan dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu di Kuala Sungai
Tersat, Kuala Berang, Terengganu. Walaupun Batu Bersurat Terengganu ini
masih tidak diketahui asal usulnya, namun, di Terengganu telah wujud sebuah
kerajaan tua yang bergantung kepada perdagangan.

BAB 7 (TING 4) hlm/ 4

Pendapat lain,
terdapat persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina pada
masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Islam berkembang ke Asia
Tenggara dari China tetapi menerusi Champa.
Di Melaka, unsur seni bina China dapat dilihat pada bentuk bumbung masjid
yang mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung rumah ibadat China
(pagoda), iaitu bahagian hujung perabung atapnya kelihatan melentik. Selain
itu, terdapat pengaruh atap genting China serta warna merah dan kuning pada
kayu kepala pintu dan tingkap masjid. Begitu juga pada jubin lantai, dinding,
tangga, dan kolam air di masjid.

Bukti tambahan,
Pada tahun 1953 sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan ayat-ayat al-
Quran dan kalimah Allah bertarikh 1028 M, ditemui di Kampung Permatang
Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang.
Ini menunjukkan, Islam telah sampai ke kawasan Pantai Timur Tanah Melayu
sebelum abad ke-13.
Pandangan ini mendakwa bahawa Islam telah dibawa oleh mubaligh China
Islam menerusi Laut China Selatan, ke Phang Rang di Indo China, dan ke
Pekan, Pahang.

3. a. Nyatakan tokoh yang mengemukakan teori Islam disebarkan ke Asia
Tenggara dari India. (Rujuk Buku Teks m.s: 178)
Snouck Hurgronje, sejarawan Belanda.
b. Jelaskan bukti-bukti yang menyokong teori ini.
Snouck Hurgronje berpendapat
Hubungan perdagangan yang lama wujud antara India dengan Asia Tenggara
membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau ini.
Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Alaudin Khilji di
India. Menerusi perdagangan, pedagang Islam menyebarkan Islam kepada
pedagang atau masyarakat di rantau Asia Tenggara.
Terdapat batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik,
Jawa, dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai yang mempunyai ciri buatan
India. Dengan itu, wajarlah dikatakan Islam telah disebarkan ke Kepulauan
Melayu ini oleh pedagang India Islam.
Masyarakat Asia Tenggara juga mempunyai perkaitan yang

rapat dengan India
terutama dari segi budaya. Kewujudan unsur kebudayaan Hindu di Asia
Tenggara menunjukkan terdapat hubungan yang rapat antara kedua-dua negara
sejak dahulu lagi.

BAB 7 (TING 4) hlm/ 5

Walaupun ada pelbagai pendapat tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara,
namun, sejarawan bersetuju bahawa kedatangan Islam ke rantau ini telah dibawa
oleh pedagang Islam. Mereka terdiri daripada pedagang Arab, China dan India.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;

Memahami proses penyebaran Islam di Asia Tenggara
Aras 1
Menyenaraikan cara penyebaran Islam di Asia Tenggara
Aras 2
Menghuraikan cara penyebaran dan penerimaan Islam di Asia Tenggara
Aras 3
Merasionalkan keistimew aan Islam yang menarik minat masyarakat Asia
Tenggara untuk memeluk Islam

4. Terangkan cara-cara penyebaran Islam melalui: (Rujuk Buku Teks m.s:
179-185)
a. Perdagangan.
Dakwah Islamiah disebarkan ke Asia Tenggara oleh para pedagang Arab,
China dan India.
Mereka telah lama menjalin hubungan perdagangan dengan pelabuhan utama di
Asia Tenggara seperti pelabuhan di Selat Melaka, Teluk Siam, Indo-China serta
pelabuhan di Kepulauan Rempah seperti Maluku dan Makasar termasuk
pelabuhan di Laut Jawa.
Pelabuhan menjadi pusat kegiatan manusia dari pelbagai tempat termasuk
masyarakat tempatan. Kepercayaan dan amalan baru sentiasa menjadi tajuk
perbualan serta ikutan mereka yang berada di tempat ini.
Kemurnian sikap dan tingkah laku pedagang Islam yang datang dari
Semenanjung Tanah Arab, India dan China, telah menjadi ikutan penduduk
setempat.
Perkampungan pedagang Islam ini, telah menjadi pusat perbincangan tentang
agama Islam di kalangan pedagang yang tinggal di situ.
Semangat dakwah Islamiah yang tertanam di hati pedagang telah menarik
minat masyarakat tempatan di bandar-bandar pelabuhan.
Selain berdakwah, para pedagang juga membawa ulama untuk menyebarkan
Islam. Mereka tinggal selama beberapa bulan atau sesetengahnya menetap di
pelabuhan di Asia Tenggara untuk menjalankan kegiatan dakwah Islamiah di
bandar pelabuhan tersebut.
Islam lebih cepat tersebar apabila pedagang yang berdakwah mengamalkan
sifat berhemah dan lemah lembut semasa menyampaikan ajaran Islam. Sifat
mahmudah yang ada pada mereka telah menarik lebih ramai penduduk
BAB 7 (TING 4) hlm/ 6

tempatan memeluk Islam.
Islam juga tersebar kerana adanya hubungan baik antara pedagang Islam
dengan pemerintah tempatan. Pemerintah tempatan, memberikan keistimewaan
tertentu kepada pedagang yang singgah di kawasan mereka dan peluang ini
digunakan oleh pedagang Islam untuk berdakwah kepada masyarakat setempat.
Disebabkan kejujuran dan sifat amanah para pedagang Islam ini, ramai di
kalangan mereka telah dianugerahkan jawatan syahbandar di beberapa bandar
pelabuhan di Asia Tenggara. Dengan itu Islam juga tersebar menerusi peranan
syahbandar. (Syahbandar ialah pentadbir pelabuhan yang bertanggungjawab
berurusan dengan setiap pedagang tentang hal perdagangan. Syahbandar amat
penting kerana beliaulah yang menentukan kemajuan perdagangan. Kejujuran
syahbandar dan kebijaksanaannya mengurus para pedagang dari pelbagai
tempat inilah yang menentukan kejayaan pelabuhan tersebut).

b. Perkahwinan
Islam juga tersebar menerusi perkahwinan, termasuk perkahwinan
siasah dan perkahwinan biasa.
Perkahwinan siasah berlaku dalam kalangan kerabat diraja. Misalnya, di
Melaka, Sultan Mansur Syah dan Sultan Muzafar Syah mengahwinkan puteri-
puteri mereka dengan raja Siak, Kampar, Inderagiri, dan Jambi di Sumatera
Utara. Selain itu, puteri raja Melaka juga dikahwinkan dengan raja Pahang dan
raja Kedah. Dengan perkahwinan itu, negeri-negeri tersebut dapat diislamkan.
Perkahwinan biasa pula berlaku antara pedagang Islam atau ulama Islam dari
Semenanjung Tanah Arab dengan penduduk tempatan. Menerusi perkahwinan
ini, Islam tersebar di kalangan keluarga orang yang baru dikahwini. Seterusnya,
Islam tersebar pula di kalangan masyarakat sekeliling keluarga yang dikahwini
oleh pedagang tersebut.

c. Pengislaman raja dan golongan bangsawan
Islam seterusnya tersebar menerusi peranan raja dan golongan bangsawan.
Masyarakat Asia Tenggara khususnya masyarakat Melayu, sangat mentaati
golongan pemerintah. Keadaan ini menyebabkan raja dan golongan bangsawan
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakyat. Apabila raja di sesebuah
negeri memeluk Islam, amalan ini akan diikuti oleh rakyatnya.
Sebagai contoh, pengislaman Megat Iskandar Syah telah diikuti oleh pembesar
Melaka, keluarga diraja, dan rakyat Melaka secara keseluruhannya. Di Pasai,
pengislaman Raja Malik al-Salih, menyebabkan para pembesar turut memeluk
Islam. Selepas pengislaman Raja Malik al-Salih, Pasai menjadi sebuah kerajaan
Islam yang kuat dan menerusi usaha yang dijalankan oleh pihak pemerintah,
Islam tersebar dengan cepat.

BAB 7 (TING 4) hlm/ 7

d. Kelahiran kerajaan Islam
Antara kerajaan Islam awal di Asia Tenggara termasuklah kerajaan Perlak,
Samudera-Pasai, Melaka, Acheh, Demak, Mataram, Sulu dan Mindanao.
Kerajaan ini meluaskan Islam menerusi penguasaan terhadap kawasan baru.
Sejak abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam yang
terkenal. Tokoh yang memainkan peranan penting ialah Tun Perak.
Tun Perak, bendahara Melaka telah berjaya menguasai beberapa kawasan baru
seperti kawasan pesisiran pantai Sumatera Utara, iaitu Aru, Rokan, Siak,
Kampar, dan Inderagiri menerusi penaklukan.
Penguasaan terhadap kawasan ini membolehkan rakyat kawasan baru yang
dikuasai itu mendapat keistimewaan daripada Melaka. Ini mendorong mereka
memeluk Islam.
Selepas rakyat memeluk agama Islam, ulama telah dihantar ke kawasan
tersebut untuk mengajar mereka tentang agama Islam.
Kerajaan Johor-Riau merupakan warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka
telah berusaha mengembalikan kegemilangan kerajaan Melaka. Usaha kerajaan
ini untuk menguasai Melaka telah dapat meningkatkan penyebaran Islam.
Kerajaan ini berusaha menawan kembali Melaka daripada Portugis bagi
mengelakkan Melaka menjadi pusat penyebaran agama Kristian.
Setelah menguasai Majapahit, kerajaan Demak juga menyebarkan Islam ke
seluruh Pulau Jawa. Usaha ini telah diikuti oleh kerajaan Islam lain di Jawa
seperti kerajaan Pajang dan kerajaan Mataram.
Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh telah
menjadi kuasa yang kuat di Asia Tenggara. Kehadiran Barat dan pengaruh
agama Kristian di Kepulauan Melayu menyebabkan Acheh berusaha untuk
menyekat perkembangan agama tersebut.
Antara langkah yang dilakukan oleh Acheh termasuklah menaungi beberapa
negeri kecil di Sumatera Utara dan menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu.
Tujuannya agar agama Kristian tidak berkembang ke kawasan pedalaman.
Kerajaan Acheh merupakan sebuah kerajaan yang kukuh dan menjadi pusat
perdagangan penting di bahagian Utara Selat Melaka yang digelar Serambi
Makkah. Kebanyakan orang Islam dari Asia Tenggara akan singgah
.
di Acheh
dalam pejalanan ke Makkah untuk menunaikan haji.
Kerajaan Melayu tua di Asia Tenggara, iaitu Pattani telah diislamkan pada
tahun 1457, berlaku apabila rajanya Raja Phaya Tu Nakpa menganut Islam dan
menukar namanya kepada Sultan Mahmud Syah. Walaupun Raja Pattani
diislamkan pada abad ke-15 tetapi Islam telah berkembang ke Pattani sejak
abad ke-10 1agi dengan kedatangan para pendakwah serta pedagang Islam
Arab dan Parsi ke Pattani.
Penyebaran Islam di Pattani dilakukan sepenuhnya semasa pemerintahan Sultan
Mudzaffar Syah dengan pengislaman keseluruhan wilayahnya.
BAB 7 (TING 4) hlm/ 8

Islam bertapak di Brunei menerusi peranan Brunei sebagai pusat perdagangan
yang penting di Borneo. Bukti tentang ketibaan Islam di Brunei adalah
berasaskan catatan China pada tahun 977 M. yang mengatakan Brunei telah
menghantar seorang pembesar, iaitu Pu Ali, ke China.
Walau bagaimanapun, Islam tersebar dengan meluas di Brunei dan di pantai
pulau Borneo hanya pada abad ke-15 dan ke-16.
Salah seorang pendakwah yang telah menyebarkan Islam di wilayah ini ialah
Syariff Ali Mufaqih Muqaddam atau Syariff Berkat yang berasal daripada
keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
Dengan pengislaman Brunei, wilayah di sekitarnya seperti Kepulauan Sulu dan
Mindanao telah diislamkan.
Bukti kukuh tentang kedatangan Islam ke Champa adalah agak lewat. Bukti
tersebut ialah penemuan batu nisan yang bertarikh 1039 M. dan sebuah prasasti
bertarikh 1025 M. yang mencatatkan syarat pembayaran cukai dan hutang.

e. Peranan pusat kebudayaan
Pusat kebudayaan di Asia Tenggara wujud di Perlak, Samudera-Pasai, Riau dan
Acheh.
Pusat kebudayaan ini bertindak sebagai pusat keilmuan dan pusat penyebaran
Islam. Di sini terdapat institusi pendidikan dan golongan cerdik pandai.
Pada zaman keagungan kerajaan Samudera-Pasai, bandar ini telah menjadi
pusat penterjemahan di Kepulauan Melayu. Banyak kitab Arab diterjemahkan
ke dalam bahasa Melayu.
Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pernah mengirimkan kitab al-
Dur al-Manzum ke Samudera-Pasai untuk diterjemahkan oleh ulama Pasai.
Cerdik pandai dan ulama di Samudera-Pasai juga menjadi pakar rujuk kepada
para ulama dari luar. Sultan Mahmud Syah dari Melaka pernah merujuk ke
Samudera-Pasai tentang kemusykilan berkaitan masalah agama.
Pada zaman kemuncak keagungan kerajaan Melayu Melaka, terdapat beberapa
buah buku kesusasteraan yang dipengaruhi oleh gaya tulisan Arab seperti
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nabi
Bercukur.
Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali Hanafiah bukan sahaja menjadi bahan
bacaan tetapi telah memberi semangat serta kekuatan kepada orang Islam untuk
menentang musuh di medan peperangan.
Di Acheh, terdapat banyak karya puisi seperti syair yang dihasilkan oleh
penulis tempatan telah menarik pembaca untuk menghayati Islam. Karya
seperti Bustanus Salatin yang mengisahkan keindahan sebuah kerajaan, istana
kota dan taman-taman.
Di samping itu, terdapat ulama Islam yang menghasilkan karya tentang
pemikiran Islam seperti Hamzah al-Fansuri, Syeikh Nurudin al-Raniri, Syeikh
BAB 7 (TING 4) hlm/ 9

Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Karya mereka telah
memperkaya pemikiran dan kebudayaan rantau Asia Tenggara dan seterusnya
membantu perkembangan Islam dalam jangka panjang.
Usaha-usaha sebegini juga dilakukan oleh kerajaan Johor-Riau yang
memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan Islam pada abad ke-18.
Pelabuhan Johor-Riau pada masa ini merupakan pusat emporium yang penting
di Asia Tenggara. Banyak hasil kesusasteraan ditulis pada zaman kegemilangan
kerajaan ini seperti Tuhfat al-Nafis dan Peringatan Sejarah Johor.

f. Peranan mubaligh atau pendakwah
Mubaligh atau pendakwah, ulama, dan ahli sufi telah memainkan peranan
secara langsung untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad merupakan pendakwah terawal berdakwah
di Asia Tenggara. Selepas itu, pendakwah lain telah datang ke Asia Tenggara
untuk meneruskan penyebaran Islam.
Syarif Amir Sayyid al-Syirazi dan Tajuddin al-Asfahani menyebarkan dakwah
Islamiah di Pasai.
Di Melaka terdapat pendakwah seperti Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar
dan Maulana Yusuf.
Pendakwah yang mempunyai keperibadian yang baik, jujur dan berlemah-
lembut tentu berjaya mencapai matlamat masing-masing.
Di Melaka, pada peringkat awal, ulama mengajar perkara asas tentang Islam
secara tidak formal tetapi apabila Islam semakin berkembang, mereka mengajar
perkara ini secara formal. Mereka menjadikan masjid, istana dan rumah mereka
sebagai tempat untuk mempelajari ilmu pengetahuan Islam.
Institusi pendidikan awal ini berkembang menjadi pusat pendidikan seperti
pondok atau pesantren. Di Acheh, pondok dikenali sebagai dayah.
Muncul ulama tempatan seperti Hamzah al-Fansuri, Syamsudin al-Sumaterani
dan Abdul Rauf Singkel.
Acheh menjadikan ulama sebagai penasihat kepada raja yang memerintah.
Seramai 22 orang ulama telah ditugaskan di Balai Gadang untuk memberikan
bantuan kepada pentadbiran Acheh. Dengan itu Islam dapat dipraktikkan dalam
politik dan pentadbiran Acheh.
Di Jawa, kebijaksanaan Wali Songo (Wali Sembilan) berdakwah berjaya
mengislamkan ramai masyarakat tempatan. Pada masa pemerintahan kerajaan
Islam Demak di Jawa, Wali Songo telah menjadikan Demak sebagai pusat
pergerakan dakwah Islamiah. Mereka mendirikan sebuah masjid, iaitu Masjid
Agung Demak untuk menjadi markas dakwah Islamiah.


BAB 7 (TING 4) hlm/ 10

g. Keistimewaan Islam
Kemurnian ajaran Islam telah menarik orang ramai menganuti agama Islam.
Konsep Tuhan Yang Maha Esa atau Tauhid, keadilan, hak individu dan
masyarakat, kehidupan yang harmoni, menyanjung akhlak mulia, dan
menganjurkan konsep kebahagian di dunia dan akhirat. Hal ini menyebabkan
agama Islam tersebar meluas di Asia Tenggara.
Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan agama yang
menuntut manusia berfikir secara rasional dan pemikiran ini berjaya diterima
oleh pelbagai lapisan masyarakat di Asia Tenggara.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;

Memahami pengaruh Islam di Asia Tenggara
Aras 1
Menyatakan pengaruh Islam dalam masyarakat di Asia Tenggara
Menyenaraikan kerajaan-kerajaan Islam di Asia Tenggara
Aras 2
Mengklasifikasikan pengaruh Islam dalam masyarakat di Asia Tenggara
Menghuraikan pengaruh Islam dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan
kerajaan Asia Tenggara
Aras 3
Mengkaji sumbangan kerajaan-kerajaan Islam dalam perkembangan Islam di
Asia Tenggara

5. Huraikan pengaruh Islam di Asia Tenggara dalam aspek-aspek berikut;
(Rujuk Buku Teks m.s: 185-191)
Sebelum agama Islam berkembang ke Asia Tenggara, masyarakat di rantau ini
berpegang pada prinsip dan budaya Hindu.
Kedatangan Islam telah mencorakkan kehidupan baru yang berbeza daripada
zaman sebelumnya. Unsur-unsur yang diperkenalkan oleh Islam kekal hingga
ke hari ini.
a. Pemerintahan dan pentadbiran
Dengan kedatangan Islam beberapa pengubahsuaian telah dilakukan pada
sistem pemerintahan beraja. Pengubahsuaian yang besar ialah sistem
pemerintahan berasaskan Islam.
Institusi kesultanan telah diperkenalkan dan ini diwarisi daripada amalan
pemerintah kerajaan Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Sultan sebagai ketua negara.
Mufti dilantik sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam dan
pentadbiran negara. Selain mufti, wujud pegawai dan petugas seperti kadi,
khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal, dan penjaga harta wakaf.
BAB 7 (TING 4) hlm/ 11

Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam di
Alam Melayu dan menjamin kewibawaan raja. Penyelarasan gelaran ini
meletakkan mereka setaraf dengan pemerintah kerajaan Islam lain di seluruh
dunia dan memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat Islam.
Dalam Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka diberi gelaran Khalifatul
Mukminin yang bererti pemimpin orang mukmin.
Perkataan Khalifatul Mukmin juga tercatat pada mata wang syiling dalam
kerajaan Melayu Melaka, Johor, Pahang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Gelaran Zillulah fil 'Alam yang bermaksud bayangan Allah di dalam alam juga
digunakan oleh raja-raja Melaka.
Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam di Asia Tenggara, seperti
kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Brunei.
Sultan merupakan khalifah Allah atau wakil Allah di bumi dan mereka haruslah
menunaikan amanah Allah, iaitu memerintah dengan adil.
Beberapa orang sultan yang alim berpegang teguh kepada ajaran Islam seperti
Sultan Malik al-Zahir dari Samudera-Pasai, Sultan Ali Mughayat Syah, dan
Sultan Iskandar Thani dari Acheh. Sultan-sultan ini menerapkan unsur-unsur
Islam dalam pemerintahan mereka bagi menggantikan sistem pemerintahan
beraja Hindu yang berasaskan konsep dewaraja.
Unsur-unsur Islam juga diterapkan pada nama negeri seperti Acheh Darus
Salam. Nama raja juga menggunakan nama Islam seperti Sultan Mansur Syah
yang bermaksud pemerintah yang dibantu oleh Allah dan Sultan Mahmud Shah
pula bermaksud sultan terpuji.
Bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri, pemimpin kerajaan Islam Asia
Tenggara telah memperkenalkan undangundang syariah. Walaupun undang-
undang ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana masih terikat dengan
undang-undang adat, namun, beberapa perubahan dapat dilihat. Misalnya,
dalam mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan
pernikahan, perniagaan, dan pembahagian harta pusaka.
Kerajaan Melayu Melaka, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya
sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat. Undang-
undang syariah ini termaktub dalam Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh
Sultan Muzzafar Syah. Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah,
undang-undang Islam ini dipraktikkan dengan tegas di Melaka.
Di Acheh, terdapat kanun yang mempunyai ciri-ciri sebuah perlembagaan
Islam yang dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam.
Kedatangan Islam juga telah menggerakkan semangat jihad di kalangan rakyat
tempatan untuk menentang penjajahan Barat. Di Acheh, sultan menggunakan
semangat jihad untuk melindungi kesucian Islam daripada serangan Portugis.
Begitu juga di Jawa, rakyat tempatan bersatu teguh dengan prinsip-prinsip
Islam untuk menghalau penjajah Portugis dan Belanda.
BAB 7 (TING 4) hlm/ 12

Semangat jihad disebarkan kepada rakyat tempatan Acheh menerusi penulisan
ulama dalam kitab tertentu. Syeikh Nurudin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel
menegaskan tentang kewajipan berjihad bagi setiap orang Islam. Menurut
mereka, sesiapa yang tidak berjihad akan berdosa besar.
Syeikh Daud al-Pattani turut memuatkan penerangan tentang kelebihan
berjihad dalam kitab karangannya. Walaupun tidak menetap di Pattani, namun,
beliau sering menulis surat kepada pelajarnya di Pattani supaya menentang
penjajah Siam.

b. Sistem pendidikan
Sebelum kemunculan Islam di Asia Tenggara golongan awam tidak berpeluang
mendapat pendidikan. Pendidikan hanya terbatas kepada golongan bangsawan.
Dengan kedatangan Islam, sikap terhadap kepentingan ilmu dapat ditanamkan
ke dalam jiwa kesemua golongan masyarakat. Ini berasaskan seruan Islam yang
mewajibkan setiap orang Islam menuntut ilmu.
Sikap mementingkan ilmu menjadi titik tolak kepada perkembangan
pendidikan dan kewujudan institusi pendidikan formal di Asia Tenggara seperti
istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau.
Pusat pendidikan Islam formal terawal di Asia Tenggara muncul dalam
pemerintahan kerajaan Perlak di Sumatera Utara. Pusat pendidikan tersebut
ialah pondok atau dayah; Dayah Bukit Ce Breek yang didirikan pada abad ke-9
Masihi.
Di Samudera-Pasai, muncul pusat penterjemahan karya agama yang menjadi
tempat rujukan kerajaan Islam lain seperti kerajaan Melayu Melaka.
Pendidikan pondok berkembang ke negara Asia Tenggara yang lain seperti
Pattani, Acheh, dan Jawa dengan menggunakan nama-nama tertentu.
Di Pattani, pelajar yang menuntut di pondok ini terdiri daripada masyarakat
tempatan dan pelajar dari negeri lain di Asia Tenggara.
Dalam Kesultanan Melayu Melaka, institusi pondok belum wujud pada masa
itu. Walau bagaimanapun, masyarakat digalakkan menuntut ilmu pengetahuan
di rumah ulama, masjid dan surau. Manakala istana pula merupakan pusat
pendidikan formal untuk golongan bangsawan.
Acheh menggantikan Melaka sebagai pusat pendidikan Islam selepas Melaka
dikuasai oleh Portugis. Sistem pendidikan di Acheh lebih sistematik berbanding
dengan kerajaan Perlak, Samudera-Pasai, dan kerajaan Melayu Melaka.
Terdapat beberapa peringkat sistem pendidikan di Acheh, iaitu peringkat
rendah (rangkang), menengah (muenasah), dan pengajian tinggi atau universiti
(Jamiah Bait al-Rahman).
Kepesatan perkembangan institusi pendidikan menyebabkan ramai pelajar dari
luar Acheh mendalami ilmu pengetahuan Islam di Acheh pada abad ke-16 dan
ke-17 sehinggakan Acheh digelar sebagai Serambi Makkah.
BAB 7 (TING 4) hlm/ 13

Pada zaman pemerintahan kerajaan Acheh, wanita juga digalakkan belajar di
dayah dan diberi peluang memegang jawatan dalam pentadbiran.
Pendidikan Islam seterusnya tersebar meluas ke Pulau Jawa, Pattani, Filipina,
Riau, dan Semenanjung Tanah Melayu.
Ini menunjukkan bahawa wujud sistem pendidikan formal di Asia Tenggara
sebelum kedatangan Barat.

c. Bahasa dan kesusasteraan
Kedatangan Islam telah meningkatkan mutu bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Pengaruh Islam dalam bidang bahasa dapat dikenal pasti dalam aspek tulisan
khususnya dengan kewujudan tulisan jawi.
Angka dalam tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab (tulisan al-Quran) dan
ulama tempatan telah mengubahsuai huruf Arab dalam al-Quran bagi menulis
perkataan Melayu. Tulisan ini kemudian menjadi tulisan rasmi dalam
pentadbiran kerajaan Islam sehingga berupaya mengambil tempat tulisan
Palava Dewanagari yang diperkenalkan pada zaman Hindu-Buddha.
Melalui tulisan jawi, istilah bahasa Arab digunakan dalam bahasa Melayu
seperti sultan, syukur, masjid, berkat dan alam. Dengan huruf jawi juga,
masyarakat Melayu telah menggunakannya untuk membaca dan menulis.
Lahir sasterawan tempatan seperti Tun Sri Lanang, Syamsudin al-Sumaterani
dan Abdul Rauf Singkel.
Bahasa Melayu berkembang dan menjadi bahasa lingua-franca bagi kawasan
Kepulauan Melayu yang mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia. Bahasa
Melayu juga telah meningkat tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu.
Sebelum kedatangan Islam, bahasa-bahasa lain tidak dapat berperanan
menyampaikan ilmu dengan berkesan.
Kedatangan Islam juga menyebabkan bahasa Melayu menjadi lebih mantap,
misalnya, cerita-cerita panji yang ditulis dalam bahasa Jawa telah disampaikan
dalam bahasa Melayu.
Hasil kesusasteraan Melayu turut terpengaruh dengan gaya dan tatabahasa
bahasa Arab. Begitu juga dengan bentuknya, yang dipengaruhi oleh bentuk
sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam, dan cerita hikayat.
Fungsi sastera juga berubah, iaitu daripada tujuan untuk berhibur kepada tujuan
untuk mengkritik.
Penggunaan bahasa Melayu merangkumi juga bidang perdagangan. Kedudukan
Asia Tenggara yang strategik, iaitu di persimpangan jalan perdagangan yang
penting dan kebanyakan pedagang dari Asia Tenggara ialah pedagang Melayu,
menyebabkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perantaraan di
kalangan para pedagang dari Timur dan Barat.
Pada masa itu, seseorang akan berasa kekurangan jika mereka tidak pandai
bertutur dalam bahasa Melayu.
BAB 7 (TING 4) hlm/ 14

d. Cara hidup
Sebelum kedatangan Islam, budaya dan cara hidup masyarakat Asia Tenggara
banyak dipengaruhi oleh animisme serta agama Hindu dan Buddha. Tetapi,
setelah Islam bertapak dengan kukuh unsur kepercayaan lama seperti memuja
semangat dan mempercayai keramat beransur hilang.
Cara hidup Islam diasimilasikan ke dalam budaya masyarakat Asia Tenggara.
Dengan itu, lahirlah cara hidup yang berorientasikan Islam seperti cara
berpakaian, iaitu bertudung kepala dan bersongkok. Islam dijadikan sebagai
'ad-din' iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.
Islam juga mengubah sistem sosial masyarakat yang mempunyai kelas kepada
konsep persaudaraan dan persamaan taraf sesama manusia.
Nilai-nilai akhlak Islam dijadikan panduan dalam kehidupan harian. Sifat
tolong-menolong, hormat-menghormati, dan bekerjasama menjadi budaya
masyarakat.
Kemurnian Islam tergambar dalam cara hidup yang diamalkan oleh orang
Melayu seperti amalan gotong-royong di kampung-kampung. Ini membuatkan
kerja berat menjadi ringan kerana dilakukan bersama-sama. Sikap dan amalan
bersatu padu di kalangan masyarakat kampung dapat dipupuk dan diperkukuh.
Kerja-kerja di ladang yang memerlukan banyak tenaga kerja dilakukan dengan
semangat kerjasama.

e. Kesenian
Kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara
khususnya dalam seni khat, seni bina, dan seni ukir.
Pengaruh Islam dalam seni khat dikenal pasti pada batu nisan dan ukiran kayu.
Pada batu nisan ini terdapat tulisan abjad Arab dan jawi yang mengandungi
ayat-ayat al-Quran dan hukum.
Usaha dan kreativiti penduduk tempatan seterusnya menjadikan hiasan pada
batu nisan ini lebih menarik. Ini dilihat pada batu nisan Malik Ibrahim yang
dibawa dari Gujerat, mempunyai bentuk seperti kapal terbalik dan ini
menunjukkan adanya pengaruh Parsi.
Makam Naina Hisham al-Din yang meninggal dunia pada tahun 1420 M. yang
ditemui di Pasai, juga mempunyai pengaruh seni Islam dari Parsi. Pada makam
tersebut terdapat tulisan syair Parsi dan pada permukaannya dilukis dengan
pola hiasan daun yang mempunyai persamaan dengan hiasan permaidani Parsi.
Seni khat juga merakamkan ayat suci al-Quran, hadis, dan catatan tentang
sejarah sesebuah pemerintahan tempatan.
Terdapat juga seni khat yang diukir pada bilah mata keris. Ayat suci al-Quran
ditatahkan dengan emas, perak dan permata.
Seni khat tertua di Semenanjung terdapat pada batu bersurat di Terengganu
bertarikh 1303 M.. Batu ini merupakan seni khat dalam bahasa Melayu yang
BAB 7 (TING 4) hlm/ 15

menggunakan huruf jawi.
Unsur seni khat Islam juga terserlah dalam seni ukiran kayu masyarakat
Melayu Asia Tenggara. Unsur seni kaligrafi ini mengambil contoh huruf Arab,
ayat al-Quran dan tulisan jawi. Terdapat juga unsur
.
seni yang dicantumkan
dengan unsur tumbuh-tumbuhan.
Unsur khat boleh dilihat pada bangunan masjid, surau, dan rumah kediaman,
misalnya, rangkaian kalimah syahadah dijadikan sebagai hiasan utama.
Pengaruh seni bina Islam dapat dilihat pada bentuk bangunan masjid, kubah,
mimbar, mihrab, dan menara azan. Bangunan masjid seperti Masjid Ubaidiyah,
di Kuala Kangsar, Perak, dan Masjid Brunei merupakan seni bina yang unik
dan terserlah dengan kemurnian Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam
di Asia Tenggara.

f. Ekonomi
Islam juga mempengaruhi sistem ekonomi masyarakat Asia Tenggara.
Institusi ekonomi seperti baitulmal diperkenalkan di Acheh oleh Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam. Baitulmal ini berfungsi sebagai perbendaharaan
negara dan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah.
Islam menggalakkan umatnya supaya rajin bekerja dan mencari rezeki yang
halal dan melarang perbuatan mengemis. Islam menggalakkan orang Islam
berdagang dan mengamalkan unsur-unsur yang halal semasa berurus niaga.
Amalan riba, penindasan, dan penipuan adalah dilarang.
Nilai-nilai murni dalam ekonomi turut disarankan seperti berjimat cermat dan
berusaha dengan bersungguh-sungguh.

6. a. Jelaskan nilai-nilai yang boleh kita amalkan melalui sejarah penyebaran
Islam ke Asia Tenggara ini. (Rujuk Buku Teks m.s: 191-192)
Penyebaran Islam secara aman ke Asia Tenggara merupakan pengajaran sejarah
iaitu dakwah Islamiah haruslah dilakukan dengan bijaksana. Selain itu, sikap
terbuka dan tanpa prejudis masyarakat tempatan membolehkan Islam tersebar
dengan aman tanpa konflik atau peperangan.
Memartabatkan ilmu pengetahuan. Kegiatan keilmuan seperti penulisan dan
penterjemahan karya telah dilakukan oleh pembesar, ulama dan orang awam.
Sifat keprihatinan terhadap ilmu pengetahuan dan kerjasama semua golongan
menyebabkan terbinanya pusat pengajian dan terhasilnya karya.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku,
baik urusan dunia dan lebih-lebih lagi urusan akhirat.
Ya Allah, permudahkanlah. Sesungguhnya memudahkan
sesuatu yang susah itu amat mudah bagiMu.
Dan akhirilah ia dengan penuh kebaikan.