Anda di halaman 1dari 10

Laporan Amali Bengkel Automotif

Soalan 1
Memerika Aras Minyak Pelincir






A = Aras Minimum , B = Aras Maksimum


Memeriksa Aras Minyak Pelincir

Berikut adalah langkah-langkah untuk memeriksa aras minyak pelincir bagi kenderaan :-
i- Matikan enjin kenderaan.
ii- Kenderaan mestilah dalam keadaan rata (tidak senget).
iii- Pastikan enjin dalam keadaan sejuk.
iv- Cabut rot pengukur dan lapkan dengan kain bersih.
v- Masukkan semula rot pengukur ke dalam lubang aras pengukur.
vi- Cabut rot pengukur, pastikan minyak pelincir berada di antara paras A dan B.
Perhatikan takat minimum dan maksimum, jika paras minyak hitam berada di
bawah takat minimum, tambah minyak hitam.
vii- Jika minyak kelihatan agak hitam dan pekat, sila tukar minyak hitam.
Beberapa gambar foto ketika aktiviti memeriksa aras minyak pelincir bagi kenderaan:-
Paras disyorkan di antara A dengan B
1
2
























Soalan 2
Menukar Minyak Pelincir










Berikut adalah langkah-langkah untuk menukar minyak pelincir bagi kenderaan :-
i- Hidupkan enjin selama 10 minit sebelum membuang minyak enjin terpakai.
Minyak yang panas lebih senang dibersihkan daripada minyak yang sejuk.
ii- Letakkan kenderaan di permukaan yang rata dan matikan enjin.
iii- Jika kereta rendah, tinggikan sedikit dengan menggunakan bicu dan
sokongnya dengan stabil.
iv- Buka hud kereta.
v- Masuk kebawah kereta apabila ia sudah disokong dengan kuat.
vi- Kenalpasti lokasi taking pengering minyak dan di bahagian bawah enjin.
Lubang tempat memasukkan
Minyak Pelincir
vii- Longgarkan palam salir dengan menggunakan perengkuh dan letakkan taking
pengering minyak di bawahnya.
viii- Tanggalkan palam salir dengan tangan untuk mengalirkan minyak panas.
ix- Salirkan minyak ke dalam taking minyak.
x- Pasang semula palam salir.
xi- Ketatkan ia menggunakan perengkuh tetapi jangan terlalu ketat.
xii- Tanggalkan tukup pengisi minyak.
xiii- Letakkan corong di permukaannya dan masukkan minyak baru.
xiv- Tutup pengisi minyak apabila penuh.
xv- Hidupkan enjin dan periksa batang celup. Tambah minyak apabila perlu

Beberapa gambar foto ketika aktiviti menukar minyak pelincir bagi kenderaan:-

















Soalan 3
Menservis Penapis Udara











Berikut adalah langkah-langkah untuk menservis penapis udara bagi kenderaan :-
i- Matikan enjin kenderaan.
ii- Tunggu enjin sejuk beberapa minit.
iii- Buka skru pengetap penutup.
iv- Cabut penapis udara dan ketuk dengan perlahan di tapak tangan atau
hempaskannya pada bahagian rata seperti permukaan simen untuk
mengeluarkan habuk yang kasar.
v- Gunakan pam angin elektrik untuk membuang kotoran yang melekat pada
celah-celah penapis.
vi- Setelah bersih, pasang semula penapis udara di tempatnya.
vii- Ketatkan skru pengetap penutup.


Penapis Udara Kenderaan
Beberapa gambar foto ketika aktiviti menservis penapis udara bagi kenderaan:-






















Soalan 4
Menukar Palam Pencucuh











Menggantikan Palam Pencucuh










Berikut adalah langkah-langkah untuk menukar palam pencucuh bagi kenderaan :-
i- Matikan enjin kenderaan.
ii- Tunggu enjin sejuk beberapa minit.
iii- Cabut kabel palam pencucuh dengan berhati-hati bagi memastikan ianya tidak
putus dan rosak.

Elektrod berkeadaan baik.

Elektrod telah haus

Elektrod ditutupi oleh karbon

Elektron diselaputi minyak
Palam Pencucuh
iv- Tandakan setiap palam pencucuh mengikut aturannya.
v- Buka palam pencucuh menggunakan spana palam pencucuh (arah lawan jam).
vi- Buka dan keluarkan palam pencucuh yang lama.
vii- Engkol (crank) engine anda bagi memastikan pengeluaran karbon lama yang
berada di dalam silinder selama beberapa saat.
viii- Pastikan sebelum memasang palam pencucuh yang baru, anda dikehendaki
melihat dahulu kelegaan pada palam tersebut. Jika rosak, gantikan yang baru.
ix- Pasang dan ikat palam pencucuh mengikut kekuatan yang sama rata.
x- Pasang semula kesemua kabel palam pencucuh mengikut aturannya.
xi- Hidupkan enjin dan perhatikan perubahannya

Beberapa gambar foto ketika aktiviti menukar palam pencucuh bagi kenderaan :-


Soalan 5
Merombak dan Merawat Kepala Silinder














Berikut adalah langkah-langkah untuk merombak dan merawat kepala silinder bagi
kenderaan :-
i- Matikan enjin kenderaan.
ii- Tunggu enjin sejuk beberapa minit.
iii- Rombak kepala silinder menggunakan spana boleh laras.
iv- Kepala silinder diletakkan di atas alas kayu agar tidak merosakkan permukaan
kepala silinder. Pepasangan injap yang ditinggalkan disusun mengikut susunan
silinder.
v- Pemeriksaan dilakukan di mana kerataan permukaan kepala silinder boleh
diuji dengan menggunakan lurus tepi. Permukaan yang tidak rata boleh
menyebabkan kebocoran gas dari pada silinder enjin. Keretakan kepala
silinder boleh dikesan dengan menyemburkan pencelup yang akan menusuk
ke bahagian yang retak.
vi- Kelegaan minyak aci sesendol diuji dengan menggunakan tolok plastik dan
kelurusan aci sesendol diuji dengan menggunakan tolok dial.
vii- Injap diperiksa untuk mengesan kerosakan seperti terbakar, calar, haus pada
permukaan injap dan leburnya muka injap. Jika kelegaan antara pandu injap
dengan batang injap melebihi spesifikasi, pandu injap hendaklah diganti.
viii- Pegas injap diperiksa untuk memastikannya square dan tidak melebihi
spesifikasi dari segi panjang dan ketegangan.
ix- Dudukan injap diperiksa untuk mengesan bopeng dan kehausan.
Penyelesaiannya ialah dudukan dicanai atau diganti jika terlampau haus.
x- Pepasangan aci jumpelang diperiksa dan, jika kehausan melebihi spesifikasi,
ini akan menyebabkan enjin hingar semasa beroperasi.