Anda di halaman 1dari 9

BINCANGKAN KONSEP “NEW PUBLIC MANAGEMENT”.

APAKAH ASPEK YANG DITEKANKAN DALAM PENGURUSAN AWAM


BARU INI?

Konsep “New Public Management” (NPM) merupakan isu penting dalam reformasi
sektor awam. Konsep NPM juga memiliki kaitan dengan permasalahan pengurusan
prestasi kerja sektor awam kerana pengukuran prestasi kerja menjadi salah satu
prinsip NPM yang utama. Gerakan NPM pada awalnya terjadi di negara –negara
maju seperti di Eropah akan tetapi pada perkembanganbya konsep NPM telah menjadi
satu gerakan global sehingga Negara-negara membangun pun juga terpengaruh
dengan penyebaran global dari konsep ini.

SEJARAH “NEW PUBLIC MANAGEMENT”

Munculnya kritik yang luas yang ditunjukan kepada organisasi-organisasi


sektor awam menimbulkan gerakan untuk melakukan reformasi pengurusan sektor
awam. Salah satu gerakan reformasi sektor awam adalah munculnya konsep “New
Public Management”. “New Public Management” telah mempengarughi proses
perubahan organisasi sektor awam secara komprehensif di hampir seluruh dunia.
Penekanan gerakan “New Public Management” tersebut adalah pada pelaksanaan
desentralisasi, devolusi dan modenisasi pemberian pelayanan awam. Istilah “New
Public Management” pada awalnya dikenalkan oleh Christoper Hood pada tahun
1991 dalam bukunya “New Public Management” dan kemudian menyingkat istilah
tersebut menjadi NPM. Ditinjau dari perspektif sejarahnya, pendekatan pengurusan
moden sektor awam pada awalnya muncul di Eropah pada tahun 1980 dan 1990
sebagai reaksi dari tidak memadai model pentadbiran awam tradisional. Pada
perkembagannya, pendekatan pengurusan moden tersebut memiliki banyak sebutan
seperti “managerialism”, “new public management”, “market-based public
administration”, “post-bureaucratic”, paradigm dan “entrepreneurial government”.
Istilah yang kemudian yang banyak dipakai untuk menyebut model pengurusan awam
moden tersebut adalah “New Public Management” dan “Managerialism” sering

1
saling menggantikan, namun istilah “New Public Mangement” yang kemudian yang
banyak digunapakai.

Adanya pelbagai nama untuk menyebut pendekatan pengurusan moden di


sektor awam tersebut pada dasarnya bermula pada pandangan umum yang sama.

 Pertama, perubahan model pengurusan awam tersbut menunjukkan adanya


pengeseran besar dari model pentadbiran awam tradisional menuju sistem
pengurusan awam moden yang memberikan perhatian yang lebih besar
terhadap pencapaian kerja dan akauntabilitas pengurus awam.

 Kedua, Perubahan itu menunjukkan adannya keinginan untuk bergerak


meninggalkan model birokrasi kalsik menuju model organisasi moden yang
lebih fleksible.

 Ketiga, perlunya dibuat tujuan organisasi yang jelas dan tujuan personal. Hal
itu berdampak pada pada perlunya dilakukan pengukuran atas prestasi yang
mereka mencapai melalui indkator kerja. Terdapat evolusi program secara
sistamatik.

 Keempat, kakitangan senior tampaknya secara politik lebih “commit” terhadap


pemerintah saat itu daripada bersikap “neutral”.

 Kelima, fungsi pemerintah tampaknya akan lebih banyak berhadapan dengan


pasar, misalnya tender oleh Osborne dan Gaebler (1992) disebut “ catalytic
government: steering rather than rowing”. Keterlibatan pemerintah tidak
selalu bererti pemfasilitasan pemerintah melalui saranan birokrasi.

NPM merupakan teori pengurusan awam yang beranggapan bahawa praktik


pengurusan swasta adalah lebih baik dibandingkan dengan praktik pengurusan
pada sektor awam. Oleh kerana itu, untuk memperbaiki prestasi kerja sektor

2
awam perlu digunakan beberapa praktik dan teknik pengurusan yang diterapkan di
sektor swasta ke dalam organisasi sektor awam seperti pengadopsian mekanisme
pasaran, “Compulsory Competitive Tendering” CCT dan dan sebagainya.

Penerapan konsep NPM telah menyebabkan terjadi perubahan pengurusan


sektor awam yang drastik dari sistem pengurusan tradisional yang kaku,
biroktratis dan menjadi model pengurusan awam yang fleksible dan lebih
mengakomodasi pasar. Penerapan kosep NPM dapat dipandang sebagai suatu
bentuk modenisasi atau reformasi pengurusan dan pentadbiran awam. Perubahan
tersebut juga telah mengubah peranan pemerintah terutama dalam hal hubungan
antara pemerintah dengan masyarakat (Hughes, 1998).

Beberapa pihak meyakini bahawa pradigma NPM merupakan sebuah


fenomena antarabangsa seperti dari proses globalisasi. Konsep NPM begitu cepat
mempengaruhi praktik pengurusan awam di kebanyakan negara sehingga
membentuk sebuah gerakan dunia.

KONSEP “NEW PUBLIC MANAGEMENT”

Konsep “New Public Management” pada dasarnya mengandung tujuh


komponen utama seperti berikut :-

 Pengurusan Profesional di sektor awam


 Adanya standard tenaga kerja dan ukuran tenaga kerja
 Penekanan yang lebih besar terhadap pengendalian “output” dan
“outcome”
 Pemecahan unit-unit kerja di sektor awam
 Menciptakan persaingan di sector awam
 Pengadopsian gaya pengurusan di sektor perniagaan ke dalam sektor
awam

3
 Penekanan pada disiplin dan penghematan yang lebih besar dalam
menggunakan sumber tenaga.
TUJUAN

Tujuan NPM adalah untuk mengubah pentadbiran awam walaupun belum biasa
menjadi pengusahaan dan ia lebih biasa bersifat seperti perusahaan. Pentadbiran
awam sebagai penyedia jasa bagi semua dan harus sedar akan tanggungjawabnya
untuk menghasilkan layanan yang berkesan dan cekap.

PERANGKAT-PERANGKAT “NEW PUBLIC MANAGEMENT”

a) Pengurusan Kontrak

Penyelenggaraan pentadbiran awam selama ini ditandai dengan keputusan-


keputusan yang bersifat hierarki dan berdasarkan petunjuk-petunjuk khusus. Dengan
perangkat pengurusan kontrak praktik akan diubah, yakini dengan membuat
kesepakatan tentang biaya dan apa yang harus dikerjakan. Disini pengurusan kontrak
adalah penyelenggaraan pentadbiran melalui kesepakatan-kesepakatan tentang tujuan
yang hendak dicapai. Kesepakatan ini mencakup mulai dari tujuan yang hendak
diraih hingga pengawasan terhadap proses pencapaian tujuan tersebut. Landasan
pengurusan kontrak adalah kontrak atau perjanjian antara pihak-pihak yang membuat
perjanjian. Persoalannya, siapakah yang akan membuat perjanjian ini. Pihak pertama
adalah pemerintah (politik) dan pihak kedua adalah pihak yang memberikan layanan
atau pihak pelaksana. Dalam praktiknya, pemerintah terdiri daripada ahli parlimen
atau presiden yang bekerjasama dengan parlimen. Di peringkat daerah adalah DPRD
yang menjadi pemberi arahan dan pihak pemerintah daerah yang lain sebagai
pelaksana.

4
b) Penyerahan Tanggungjawab Di Bidang Sumber Tenaga

Pengurusan kontrak bertujuan mengarahkan perhatian utama dan minat


bahagian-bahagian pentadbiran pada hasil kerja mereka. Secara teknik ia berfungsi
seperti “pekerjaan yang harus dihasilkan oleh sebuah bahagian didefinisikan dengan
jelas agar dapat melakukan sesuatu pekerjaan dan bahagian itu memperolehi
anggaran yang disesuaikan dengan produk yang diminta. Dari anggaran inilah
bahagian harus membiyai semua pekerjaan yang ditubuhkan untuk menghasilkan
produk tersebut. Apabila ada pekerjaan yang dilakukan oleh bahagian lain kerana
tidak cukup kakitangan dalam bahagianya sendiri, maka pekerjaan itu secara prinsip
harus dibayar”.

c) Orientasi Pada Hasil Kerja (Output )

Pentadbiran hanya dapat dikendalikan secara cekap apabila titik tolak


penyelenggarannya berada pada hasil (output) kerja. Tapi sekarang ini tidak perlu
demikiannya. Sehingga hari ini pengendalian pentadbiran awam secara masih
dilakukan melalui input bermaksud melalui penggabungan sumber tenaga secara
tengah. Rancangan anggaran belanja mengatur beberapa banyak ruang yang boleh
dikeluarkan oleh pentadbiran dan bagaimana mereka harus menggunakan ruang itu.

d) Controlling (Pengawalan)

Pengawalan bermaksud sebagai satu konsep gunasama mengendalikan


pentadbiran secara cekap dan ekonomis dalam rangka mencapai tujuan yang telah
ditetapkan oleh pemerintah. Pengawalan harus menyediakan informasi yang
ditubuhkan pada saat yang tepat. Informasi disesuaikan dengan tingkat kebutuhan

5
yang dimiliki pengurusan politik atau pemerintah sebagai pihak perencana dan
pentadbiran sebagai pelaksana.
e) Orientasi Pada Pelanggan

Intisari NPM berbunyi “ Segala sesuatu yang tidak bermanfaat bagi


pelanggna adalah pemborosan”. Kalimat ini bermaksud bahawa pentadbiran
bukanlah tujuan akhir dan ia hanya mempunyai satu tugas yakini memberikan layanan
kepada rakyat yang memang berhak mendapatkannya. Di beberapa negara pernah
dikembangkan “citizen charta”(piagam pelanggan/warga) yang merangkum hak-hak
apa saja yang dimiliki pelanggan sebagai pembayar cukai kepada negara. Bermaksud
warga tidak lagi dilihat sebagai abdi melainkan sebagia pelanggan kerana membayar
cukai.

f) Teknik Informasi

Prinsip-prinsip pengurusan yang telah diuraikan di atas berserta bentuk


pengendalian membutuhkan suatu sistem informasi yang sempurna. Penggabungan
informasi dan komunikasi yang cepat, pemadatan data untuk pengendalian dan
kemungkinan mengakses kumpulan data guna memenuhi keinginan pelanggan.
Semua itu membolehkan jaringan alat pengolahan data sehingga pekerjaan biasa
dilakukakan dengan cepat. Tanpa teknik informasi dan komunikasi yang
menggunakan jaringan struktur, unit yang bekerja secara tengah tidak boleh
dikendalikan dan tidak mungkin pula dapat buat pengolahan data pelanggan yang
memuaskan.

NEW PUBLIC MANAGEMENT DI NEGARA MAJU

Reformasi sector awam pada dasarnya tidak hanya terjadi di negara-negara maju
sahaja akan tetapi beberapa negara sedang bangun juga secara aktif melakukan

6
reformasi lembaga awam. Reformasi sektor awam di negara membangun banyak
dipengaruhi oleh peranan World Bank, UNDP, IMF dan OECD. Reformasi sektor
awam di negara-negara yang sedang membangun banyak yang mempengaruh pada
penerapan “New Public Management”. Perubahan yang dilakukan oleh negara-negara
membangun tersebut mencerminkan perubahan material yang dilakukan oleh negara-
negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan New Zealand.

MASALAH YANG DIHADAPAI DALAM PENERAPAN KONSEP NEW


PUBLIC MANAGEMENT

Terdapar beberapa masalah dalam menerapkan konsep NPM di negara yang sendang
membangun. Antaranya:-

 NPM berdasarkan pada penerapan prinsip/mekanisme pasaran atas


kebijaksanaan awam dan pengurusan. Hal ini juga berkait dengan
pengurangan peranan pemerintah yang digantikan dengan pengembangan
pasaran iaitu dari pendekatan pemerintah negeri (state centered) manjadi
pasaran tertumpu (market centered approach).

 Perubahan dari mekanisme birokrasi ke mekanisme pasaran apabila tidak


dilakukan secara berhati-hati. Hal ini juga berkait dengan permasalahan
budaya korupsi yang kebanykan dialami negara-negara membangun.
Pergeseran dari budaya birokrasi yang bersifat patrionistik menjadi budaya
pasaran yang penuh dengan persaingan membutuhkan tenaga yang kuat untuk
mengurangkan kuasa birokrasi.

 Terdapat masalah untuk berpindah pada model kontrak dalam pemberian


pelayanan awam jika aturan hukum dan ianya tidak kuat. Model kontrak akan
berjalan baik jika “outcome” mudah ditentukan. Jika tujuan organisasi tidak
jelas maka penggunaan model-model kontrak kurang berhasil. Terdapat
permasalahan politik yang lebih besar di negara-negara membangun

7
dibandingkan dengan negara maju termasuk dalam hal-hal politik penyediaan
layanan awam, pemberian kontrak kepada kroni-kroninya.

 Kesulit an penerapan NPM di negara membangun juga berkait dengan adanya


permaslahan perlembagaan, permodalan dan kapitalis sumber tenaga manusia.
Selai itu negara membangun terus melakukan reformasi yang tidak berkait
atau bahkan berlawanan dengan agenda NPM.

PENUTUP

Pergerakan global NPM yang melanda kebanykan negara mambangun, perlu


dicermati dan dikritis apakah NPM tersebut tepat diterapkan oleh negara mambangun.
Apa kelebihan dan kelemahan konsep NPM dan motif gerakan tersebut perlu dikaji
lebih dalam lagi sebelum memutuskan akan mengadopsi konsep NPM. Penerapan
konsep NPM di beberapa negara baik negara maju atau membangun juga sangat
mempengaruhi oleh konteks tempatan masing-masing.

8
RUJUKAN

http://setabasri01.blogpost.com/2009/05/new-public-management.html

kedai_kebebasan.org/…/1154408804_New_Public_Management_.pdf