Anda di halaman 1dari 9

Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh
ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau
pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati
sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar,
serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.

Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh
masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang
menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati
adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.

Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah
laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan
terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan
kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering
digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru
pelatih.

Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap
pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan
mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah
laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-
kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan.

Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini
perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah
laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem
pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat
yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.

Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku
tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan
dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi
ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam
paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh.

Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah
tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh
digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah
pensampelan tingkah laku.


Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat
memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.

Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada pensampelan tingkah
laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang
hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang
dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.

Jenis-jenis Pemerhatian

Pemerhatian Peserta

Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak
diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini,
penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.

Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan
kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat
diperhati di peringkat awal.

Pemerhatian Bukan Peserta

Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian.
Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk
membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang
diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk
teropong, kaset, dan kamera video.

Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan
dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang
diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat
yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.

Kebaikan Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan
menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai.
Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan
rujukan penting dalam kajian.
Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari
sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.

Kelemahan Kaedah Pemerhatian

Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti.
Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati.
Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten
dan sesuka hati mereka.
Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan
ras, budaya, fahaman, dan nilai.

Portfolio

Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses
pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan
pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara
terancang. Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa
kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.

Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :

Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar
Contoh hasil kerja pelajar
Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual
Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi
bersama pihak lain
Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan
portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran
mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat,
bahan atau teknik tertentu.

Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum
dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat
pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi
bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses
pembelajaran pelajar.

Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses
sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio
menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak
dibuat.

Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :
Kajian

Pemerhatian dan pengamatan
Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

Lakaran
Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif Pewujudan Idea
Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

Rangka Sebenar
Merangka reka cadang atau model
Menentukan alatan dan bahan
Prototaip (jika berkaitan)

Persembahan Portfolio
Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
Mengikut urutan
Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka
sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan
dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada
kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:
Jurnal
Diari
Laporan
Kompilasi catatan yang dijilid
Beberapa helaian kertas yang di kokot
Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum.
Antaranya :

Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar
Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri
Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
kemajuan pembelajaran pelajar
Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri
Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar yang lain

Cadangan Kandungan Portfolio

Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan, antaranya:
Kecerdasan linguistik seperti :
Catatan pra penulisan
Draf projek penulisan
Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian
Proses Penyelesaian masalah
Kecerdasan ruang-,visual seperti:
Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran
Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.

Kecerdasan interpersonal seperti :
Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain
Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:
Catatan jurnal
Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
Sampel latihan refleksi kendiri
Soal selidik
Carta kemajuan
Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri

Hasil Kerja

Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan
pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran,
fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.

Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah
kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan.

Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid
untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa
seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir.

Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda,
kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh
dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir
dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti
perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid
dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio.

Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal
dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan.

Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan
teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif dan
subjektif harus
menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan
Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.











PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang
bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih
menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan
untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga
dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.
Ciri- ciri:
lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran
untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk
menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan
Langkah-langkah membentuk ujian sumatif :
Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif,
bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan
ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.
Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item
haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan
Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item
objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun
mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras
rendah diikuti aras lebih tinggi.
Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan
berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.
Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap
soalan yang dikemukakan.
Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian
yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-
kelemahan yang wujud pada item berkenaan.
Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya
diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan
jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik
Tujuan :
membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.
memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan
yang diadakan.
mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi
oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.
dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.
memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan





Bentuk Pentaksiran Pendidikan Seni Visual - Penilaian Formatif
Bentuk Pentaksiran Pendidikan Seni Visual

PENILAIAN FORMATIF

Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap
tajuk yang diajar.

Ciri-ciri :
dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.
dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus
menerus.
bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam
mengikuti pembelajaran.
dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung
maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya
Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.


Prosedur Penilaian Formatif

Menentukan topik pembelajaran.
Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi
persekolahan untuk satu tahun.
Topik berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran.
Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan
mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.
Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu
terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya.
Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap
penguasaan sesuatu topik.


Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.
Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut
keperluan topik berkenaan.

Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam
bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.

Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan
terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.

Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.
Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat
perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.

Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen
berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.

Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.
Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat
perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.

Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen
berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.


Jadual: Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

TAHAP ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas,
definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll
daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan,
terangkan,
namakan, labelkan.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk
kepada satu bentuk yang lain, menyatakan
idea-idea utama dalam ayat sendiri,
menterjemah, memberi contoh kepada konsep,
menterjemah draf.


Pilih, terangkan,
tulis semula.

Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi yang
baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori,
formula. Bina graf daripada data, dll.


selesaikan,
ramalkan, cari,
kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada
yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat,
kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur
organisasi.


Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu,
usaha tersendiri, menyelesaikan masalah,
membuat ramalan, membuat klasifikasi.


Bina, hasilkan,
susun, kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi
rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan,
kritikan, buktikan.



Membentuk soalan ujian.

Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan
setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.



Mencadangkan langkah susulan.

Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-
murid.
Tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi.
Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang
harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar
murid-murid boleh menguasai topik tersebut.

Tujuan Penilaian Formatif:
memperbaiki pengajaran pembelajaran.
meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.
memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan
seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.
menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka
memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan.
memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru
apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh
dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang
telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian
yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir
penggal persekolahan.
mengubah suai pengajaran seseorang guru.
guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian.
memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.
menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan
ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai