Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB 1: ZAMAN KANAK-KANAK DI NANGA MELUAN

KANANG ANAK LANGKAU DILAHIRKAN DI KARANGAN MANOK,


NANGA MELUAN, SARAWAK PADA 2 MAC 1945. IBUBAPANYA
BERPISAH SEJAK DIA MASIH KECIL. KEMUDIAN DIA TINGGAL BERSAM
DENGAN DATUK DAN NENEKNYA. KANANG BERBANGSA IBAN DAN
BERAGAMA PAGAN. DIA TINGGAL DI RUMAH PANJANG KARANGAN
MANOK. KEBANYAKAN PENGHUNINYA BEKERJA SEBAGAI PETANI
DENGAN MENGERJAKAN LADANG LAD DAN PADI HUMA. DIA ADALAH
SEORNG KANAK-KANAK YANG NAKAL KERANA TIDAK MENDAPAT
BELAIAN KASIH SAYANG IBUBAPANYA SEJAK KECIL. TIADA SESIAPA
PUN BERANI MENEGURNYA. SEMASA KECIL, DIA TIDAKA MEMPUNYAI
TEMAN RAPAT LANTARAN SIKAP NAKALNYA. DIA HANYA BERSEKOLAH
SEHINGGA DARJAH TIGA DAN BUKANLAH SEORANG YANG PANDAI.
KANANG AMAT BERPEGANG KEPADA PANTANG LARANG YANG
BANYAK MEMBANTUNYA DALAM BIDANG KETENTERAAN.

BAB 2: ANAK REMAJA YANG GELISAH

KETIKA REMAJA, KANANG MASIH TINGGAL DI NANGA MELUAN.


KANANG MEMPUNYAI SEBUAH PERAHU YANG BERENJIN. KANANG
SERING BERTUKAR PEKERJAAN SEMASA REMAJA. SELAIN BEKERJA
SEBAGAI PENOREH GETAH, KANANG MENJADI TUKANG MASAK
KEPADA MR. FORD. K ANANG KEMUDIAN DITAWARKAN BEKERJA
MENGANGKUT ARANG BATU OLEH MR. FORD. INI KERANA
KEBOLEHANNYA MENGENDALIKAN PERAHU. NAMUN PEKERJAAN ITU
TIDAK LAMA KERANA KONTRAK YANG DIBERIKAN TIDAK DISAMBUNG
SEMULA. KANANG KEMUDIAN BEKERJA SEBAGAI PERAIH
PENUMPANG KEHIDUPAN ZAMAN REMAJANYA TERUMBANG-AMBING
TANPA ARAH TUJUAN.
BAB 3: MENJEJAK DUNIA BARU

PADA SUATU HARI, BULAN MAC 1962. KANANG TELAH


MENGHANTAR DUA PULUH ORANG PEMUDA YANG HENDAK
MENGHADIRI TEMU DUGA BAGI MENYERTAI IBAN TRACKER.
SEMENTARA MENUNGGU MEREKA MENJALANI TEMU DUGA, KANANG
TELAH DIPELAWA OLEH SEORANG PEGAWAI BRITISH MENYERTAI
IBAN TRACKER. AKHIRNYA, KANANG DITERIMA SEBAGAI IBAN
TRACKER DALAM PASUKAN SARAWAK RANGERS PADA 21 APRIL 1962.
DIA KEMUDIAN DIHANTAR KE SEKOLAH LATIHAN PEPERANGAN
HUTAN, ULU TIRAM, JOHOR YANG SEKARANG DIKENALI SEBAGAI
PUSAT LATIHAN TENTERA DARAT (PULADA) BAGI MENJALANI
LATIHAN. KANANG MEMPELAJARI ILMU KETENTERAAN SEPERTI
MENGESAN MUSUH DAN PERSENJATAAN SELAMA SEBULAN SI SITU.
SEMANGAT PATRIOTISME TURUT DISEMAI DI KALANGAN PELATIH
TERMASUKLAH KANANG. SELESAI LATIHAN, KANANG KEMBALI
SEMULA MENYERTAI PASUKAN SARAWAK RANGERS.