Anda di halaman 1dari 5

SEJ ARAH TINGKATAN 1








PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
SEJARAH
TINGKATAN 1


SEJ ARAH TINGKATAN 1


2
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH

Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan
warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami
keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan
kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan
kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH
Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid:

OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat
serta mampu berdikari.
OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.
OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara dan
mempertahankan maruah bangsa.
OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.
OM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa.
OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan.
OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni.
OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.









SEJ ARAH TINGKATAN 1


3
BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mempunyai pengetahuan yang terhad tentang fakta sejarah.
2 Memahami dan berupaya menjelaskan fakta sejarah.
3 Menghuraikan fakta sejarah dan serta berupaya membuat rumusan yang mudah.
4
Menunjukkan penguasaan yang menyeluruh terhadap fakta sejarah serta berupaya menganalisis fakta sejarah.
Mengaplikasi kemahiran sejarah dan berupaya membuat rumusan yang bersesuaian dengan peristiwa sejarah.
5
Membuat penilaian terhadap fakta sejarah negara dan dunia serta mengambil iktibar daripada peristiwa
sejarah.
6
Berupaya mengemukakan idea yang bernas dan rasional untuk menangani sesuatu isu yang berkaitan dengan
kepentingan negara.













SEJ ARAH TINGKATAN 1


4
TEMA BAND DESKRIPTOR

1
Menyatakan secara ringkas maklumat yang berkaitan dengan:
pengertian sejarah, konsep masa dan kepentingan sejarah
tahap-tahap Zaman Prasejarah
bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara
pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

2

Menerangkan dengan jelas tentang:
sumber sejarah dan ciri-ciri sejarah
ciri-ciri Zaman Prasejarah
faktor perkembangan kerajaan agraria dan kerajaan maritim
faktor kemajuan Kesultanan Melayu Melaka

3
Menghurai dan membuat rumusan yang mudah beserta contoh yang sesuai berkaitan dengan:
kaedah pengkajian sejarah
kehidupan manusia pada Zaman Prasejarah
ciri pentadbiran kerajaan awal Asia Tenggara
faktor kemerosotan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka
4
Mengenal pasti persamaan dan perbezaan secara sistematik serta membuat rumusan yang sesuai berkaitan
dengan:
tahap Zaman Prasejarah dari segi petempatan, aktiviti ekonomi dan peralatan
ciri-ciri kerajaan agraria dengan kerajaan maritim dari aspek lokasi, kegiatan ekonomi dan kemahiran
masyarakat

Menganalisis kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari aspek pentadbiran dan pemerintahan serta
membuat rumusan yang sesuai.
5
Membuat penilaian berkaitan kepentingan hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka dengan negara lain
berdasarkan pelbagai sumber.

Menganalisis iktibar yang diperoleh daripada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka daripada pelbagai
aspek.

ZAMAN
PRASEJ ARAH
DAN
KEAGUNGAN
KESULTANAN
MELAYU
MELAKA
6
Mengemukakan cadangan dan pendapat yang bernas dan rasional ke arah mempertahankan kepentingan
negara.


SEJ ARAH TINGKATAN 1


5
TEMA BAND DESKRIPTOR
1
Menyatakan dengan ringkas maklumat yang berkaitan dengan:
pengasasan kerajaan J ohor
latar belakang kerajaan Melayu yang tua dan yang baharu
latar belakang negeri Sarawak dan Sabah

2

Menerangkan dengan jelas tentang:
kegemilangan kerajaan J ohor dalam aspek perdagangan dan persuratan Melayu
kegiatan ekonomi masyarakat di Sarawak dan Sabah
3
Menghuraikan serta membuat rumusan yang mudah tentang:
faktor kemerosotan kerajaan J ohor
sosio budaya masyarakat di Sarawak dan Sabah

4

Menganalisis serta membuat rumusan yang sesuai berkaitan dengan:
faktor kemerosotan kerajaan J ohor
warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam aspek pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosiobudaya
dalam kerajaan-kerajaan Melayu
5
Membuat penilaian berkaitan kesan hubungan kerajaan J ohor dengan kuasa luar berdasarkan pelbagai
sumber.

Menghuraikan iktibar yang diperoleh daripada sejarah kerajaan J ohor, kerajaan-kerajaan Melayu, Sarawak
dan Sabah daripada pelbagai aspek.

KESULTANAN
MELAYU
MELAKA
MENJ ADI
ASAS
KERAJ AAN
MASA KINI


6
Mengemukakan idea yang bernas dan perancangan yang sesuai untuk mengangkat martabat warisan budaya
bangsa ke peringkat antarabangsa.