Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

CERAMAH MOTIVASI

TAJUK:
PEMANGKIN PELAJAR BERUBAH
MENGENALI POTENSI DIRI

OLEH:
DR. FAHROL RODZI BIN HANAFIAH
Mutiara Consultant Sdn. Bhd.








ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN & KAUSELING
SMA AL-MAHAADUL ISLAMI TASEK JUNJUNG
PENGENALAN

Anak-anak generasi milenia kini semakin dicabar dengan pendedahan pengaruh
serta budaya barat. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar dari ibu bapa dan masyarakat, anak-
anak muda amnya para remaja dan khas buat remaja yang masih bersekolah akan mudah
terpengaruh dengan perkara negatif yang diperolehi dari budaya barat tersebut. Walaupun
masih ada perkara positif yang boleh kita peroleh, namun jiwa remaja yang lebih sukakan
cabaran akan mendorong mereka untuk memilih perkara yang mencabar dan negatif itu.
Peringkat remaja adalah tahap dimana mereka masih di dalam pencarian siapa diri mereka
yang sebenar dan ke mana hala tuju mereka.
Motivasi atau dorongan adalah salah satu daripada unsur yang penting bagi
menyedar dan menginsafkan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih sempurna
lagi. Program ini dicetus dan diilhamkan buat merealisasikan hasrat dan cita-cita itu.
Semoga generasi yang bakal lahir adalah generasi Rabbani yang sentiasa menunjang
agama di setiap aspek kehidupan serta memiliki syakhsiah murni dan terpuji. Bagi diri
seseorang pelajar itu sendiri, motivasi adalah amat perlu bagi mereka mengenali,
menganalisis kekuatan dan potensi diri mereka. Ini adalah bagi membolehkan mereka terus
mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum. Di samping
itu mereka juga dapat menyumbang tenaga dan idea kepada pihak sekolah dalam usaha
membentuk iklim sekolah yang sihat, harmoni, bertoleransi, ceria dan penuh kasih sayang
serta cemerlang dalam semua bidang.
OBJEKTIF
Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan
sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan pelajar yang
berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi
Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri dan mempunyai wawasan
yang baik.
Membina keyakinan diri kepada pelajar sesi 2014 bahawa mereka boleh melakukan
dan mencapai kejayaan yang lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan atau
capai setakat ini.
PELAKSANAAN PROGRAM
Program ini dicadangkan oleh Pihak Pentadbiran Sekolah dengan kerjasama Unit
Bimbingan Kaunseling SMA AL-MAAHADUL ISLAMI TASEK JUNJUNG
SASARAN
Semua pelajar dan guru SMA AL-MAAHADUL ISLAMI TASEK JUNJUNG

TEMPAT, TARIKH DAN MASA
Tempat : Dewan SMA AL-MAAHADUL ISLAMI TASEK JUNJUNG
Tarikh : 19 Mac 2014
Masa : 7.30 pagi 2.00 petang

AJK PERLAKSANA
Pengerusi : En. Ismail bin Porigi (Pengetua)
Timb. Pengerusi : En. Mohd Munir bin Mohd Ali ( PK HEM)
Naib Pengerusi I : En. Mohd Norman bin Ahmad (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En. Mohd Nazar bin Husin ( PK Kokurikulum)
Setiausaha ( Peneraju ) : Cik. Nur Shuhada bt Saidin ( Guru UBK I )
Bendahari : En. Muhammad Haffizzuddin Asyraff Bin Ilyas ( Guru UBK 2)
Pen. Setiusaha : Pn. Zaharah bt Mohd Omar ( Guru UBK 3)


TENTATIF PROGRAM

07.30 pagi : Para pelajar dan guru berkumpul di dalam dewan
07.45 pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis.
08.00 pagi : Slot 1 ( 2 MODUL > Sikap & Helang )
10.30 pagi : REHAT
11.00 pagi : Slot 2 ( Demo kekuatan akal dan PAM)
01.30 petang : Program Tamat


ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH SEUNIT JUMLAH
1 Saguhati ( Tunai) 1 x RM 250.00 RM 250.00
2 Saguhati ( Buah Tangan) 1 x RM 30.00 RM 30.00
3 Jamuan Makan 5 x RM 10.00 RM 50.00
4 Hal-hal lain RM 20.00
JUMLAH BESAR RM 350.00


PENUTUP
Ceramah Motivasi ini membantu pelajar untuk mengembangkan potensi diri dan
mengetahui hala tuju masing-masing dalam menentukan matlamat hidup yang perlu
dicapai.Diharap program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa yang akan
datang. Dengan kerjasama dan komitmen semua pihak khususnya dari guru-guru sekolah
ini program seumpama ini dapat dijayakan dengan berkesan dan dengan kos yang
minima. Adalah diharapkan juga program ini secara tidak langsung akan dapat membantu
mereka merealisasikan matlamat hidup untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan
akhirat serta menjadi insane yang bertakwa.

Disediakan oleh ,

( NUR SHUHADA BINTI SAIDIN)
Penyelaras,
Program Ceramah Motivasi ,
Unit Bimbingan & Kauseling,
SMA AL-MAAHADUL ISLAMI TASEK
JUNJUNG
Disahkan oleh ,

( ISMAIL BIN PORIGI)
Pengetua,
SMA AL-MAAHADUL ISLAMI TASEK
JUNJUNG