Anda di halaman 1dari 12

1

NAMA ZARAH BINTI AHMAD


MATRIKS P 61937
TUGASAN 1

Peta Literatur dan Sintesis Literatur dari kajian-kajian Lepas

A. Kajian Literatur 1
UNDERSTANDING THE THINKING OF SCIENTIST ENTREPRENEURS:
IMPLICATION FOR SCIENCE EDUCATION IN MALAYSIA
1 Penulis Nor Aishah Buang, Lilia Halim dan T. Subahan Mohd Merah
2 Sumber Journal of Turkish Science Education
Volume 6, Issue 2, August 2009
3 Pernyataan masalah

Kajian ini dibuat untuk mencari dan memahami pemikiran
usahawan saintis menghasilkan produk yang inovatif bagi tujuan
usaha niaga.
4 Tujuan

Menentukan proses pemikiran usahawan-usahawan saintis
mengintegrasikan orientasi keusahawanan dan kemahiran proses
sains dalam pembangunan produk inovatif yang berasaskan
teknologi
5 Teori utama

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2009) telah berusaha untuk
mengintegrasikan elemen keusahawanan merentasi mata pelajaran
sains di peringkat sekolah rendah dan menengah. Elemen
keusahawanan diterapkan di kalangan pelajar menerusi model
yang sesuai berdasarkan kajian yang dilakukan.
6 Metodologi

a. Menggunakan kaedah kajian kes, membolehkan pengkaji
menerokai secara mendalam proses pemikiran responden
b. Sampel (responden) terdiri daripada 12 orang usahawan
saintis yang mempunyai perniagaan dan julat kelayakan
akademik antara pencapaian PHD dalam kejuruteraan kimia
sehingga diploma dalam kimia pertanian
c. Kaedah temu bual dengan menyediakan 14 soalan struktur
dibina untuk mengenal pasti corak pemikiran sains
keusahawanan yang digunakan oleh mereka semasa mereka
idea baru dan produk bagi tujuan perniagaan.
d. Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis data iaitu
kaedah perbandingan setara (constant comparative method)
7 Keputusan
perbincangan

a. Corak pemikiran usahawan saintis menggunakan
kemahiran proses sains yang disepadukan bersama
kemahiran pemikiran keusahawanan seperti proses
pemerhatian fenomena iaitu mengetahui keperluan
pengguna di dalam pasaran sebagai asas mereka idea baru,
kemahiran membuat hipotesis dalam membangunkan idea
atau produk baru, melakukan kaedah eksperimen dalam
penyelidikan terhadap produk yang berdaya maju
(berkualiti dan kebolehpasaran). Proses pemikiran
keusahawanan terakhir , tidak seperti kemahiran proses
sains iaitu mewujudkan nilai tambahan terhadap
idea/produk yang berkualiti kepada komuniti masyarakat.
b. Usahawan ini mencadangkan warga pelajar perlu
mempelajari kemahiran hidup berdikari, kemahiran
pemikiran kreatif dan inovatif, kemahiran bahasa selain
memperoleh kemahiran proses sains.
c. Model pemikiran sains keusahawanan (EnSciT) yang
dikenal pasti mempunyai lima langkah untuk diserapkan di
dalam kurikulum sekolah ialah :
2

i. Mengambil inisiatif dengan memerhatikan secara
berwawasan secara berterusan
ii. Sentiasa berfikir untuk mencari keunikan dan
pelbagai fenomena yang diperoleh dalam bentuk
idea baru
iii. Memilih idea yang berkualiti yang mungkin sesuai
di ubahsuai dan dinilai
iv. Tujuan adalah peningkatan dan penambahbaikan
idea
v. Mewujudkan nilai tambahan terhadap idea/produk
yang berkualiti kepada komuniti masyarakat.

8 Pendapat sendiri

Kajian yang dijalankan oleh Nor Aishah Buang, Lilia Halim
dan T. Subahan Mohd Meerah (2009) mendapati usahawan saintis
menyepadukan pemikiran keusahawanan dan kemahiran proses
sains di dalam penghasilan produk inovatif berasaskan sains.
Tujuan kajian adalah menentukan proses pemikiran usahawan-
usahawan saintis mengintegrasikan orientasi keusahawanan dan
kemahiran proses sains dalam pembangunan produk inovatif yang
berasaskan teknologi.
Kaedah kajian adalah berbentuk kajian kes. Metodologi
kajian adalah melalui temu bual terperinci menerusi 12 soalan
berstruktur yang berkaitan proses pemikiran responden dalam
membangunkan produk berteknologi yang inovatif. Data dianalisis
secara kualitatif dengan kaedah perbandingan setara. Berdasarkan
hasil kajian melalui perbandingan model penyelesaian masalah
didapati saintis usahawan yang mempunyai latar belakang
akademik yang berlainan mempunyai persamaan dalam kemahiran
proses sains dan pemikiran keusahawanan dari segi pemerhatian
fenomena, membuat hipotesis dan melakukan pendekatan
mengeksperimen dalam penyelidikan produk. Mereka hanya
menggunakan kemahiran pemikiran sains keusahawanan
(EnSciT) pada peringkat terakhir iaitu mewujudkan nilai
tambahan terhadap idea/produk yang berkualiti kepada komuniti
masyarakat.
Melalui kajian didapati beberapa cadangan bernas oleh
responden iaitu memperkenalkan kurikulum EnSciT di kalangan
pelajar dari peringkat sekolah bagi menggalakkan perkembangan
teknologi yang pesat kerana bidang ini mampu membawa sains
dan teknologi di dalam kehidupan seharian, memastikan pelajar
mempunyai self-direction terhadap masa depan, kebolehan
berdikari dan kemandirian individu di dalam hidup selain
pencapaian akademik dan sokongan kerajaan dari segi modal dan
perkara lain di peringkat perniagaan.
Dalam dunia globalisasi hari ini, kekayaan sesuatu negara
bergantung pada kejayaan sesebuah negara dalam inovasi
teknologi. Justeru itu, pengkaji telah menggariskan lima langkah
pemikiran sains keusahawanan untuk memastikan model EnSciT
yang sesuai di gunakan di dalam kurikulum sains di peringkat
sekolah rendah dan menengah. Oleh yang demikian, polisi Pelan
Ekonomi Malaysia yang diwartakan dalam Rancangan Malaysia
ke 9 (2006) akan berjaya iaitu penekanan terhadap kepentingan
pendidikan sains dan teknologi sebagai pacuan pertumbuhan
ekonomi, penciptaan harta dan inovasi.


3

B. Kajian Literatur 2
FAKTOR PENGHALANG PENERAPAN CIRI KEUSAHAWANAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENGIKUT PERSPEKTIF
GURU
1 Penulis Shahrin Hashim & Siti Hasmah Mohammad
2 Sumber http://eprints.utm.my/10744/
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia 2010
3 Pernyataan masalah

Mengenal pasti faktor-faktor penghalang kepada penerapan ciri
keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
mengikut perspektif guru. Faktor-faktor dilihat dari aspek
pengetahuan, minat, sikap dan kurikulum sekolah
4 Tujuan

i. Mengenal pasti faktor pengetahuan sebagai penghalang
penerapan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah mengikut perspektif guru
ii. Mengenal pasti faktor minat sebagai penghalang
penerapan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah mengikut perspektif guru
iii. Mengenal pasti faktor sikap sebagai penghalang penerapan
ciri keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah mengikut perspektif guru
iv. Mengenal pasti faktor kurikulum sebagai penghalang
penerapan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah mengikut perspektif guru

5 Teori utama

Guru memainkan peranan untuk menerapkan ciri keusahawanan
dalam pembelajaran. Guru adalah pendorong semangat
keusahawanan dan mengatur serta menyusun strategi melalui
teknik-teknik P & P yang boleh digunakan bagi merangsang dan
mengembangkan minda pelajar serta menarik minat pelajar ke arah
usahawan. Kajian ini adalah berdasarkan pengalaman dan
pendapat mereka tentang penerapan ciri keusahawanan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
6 Metodologi

i. Populasi dan sampel kajian
Sampel dipilih secara kaedah persampelan rawak. Kaedah ini adalah
cara paling mudah dalam memilih responden. Populasi guru dipilih
daripada 4 buah sekolah iaitu SMK Teknik Arau, Perlis, SMK
Malim, Melaka, SMK Ayer Baloi, Pontian ,Johor dan SMK
Menumbok, Menumbok, Sabah. Seramai 30% populasi dipilih
secara rawak sebagai responden di dalam kajian tinjauan.

ii. Instrumen kajian
Borang soal selidik digunakan untuk memperoleh maklumat
daripada responden. Item-item kajian dibina berdasarkan item-item
yang telah digunakan oleh penyelidik lain dan diubahsuai. Borang
soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B.

Bahagian A berkaitan maklumat peribadi responden. Bahagian B
meliputi soalan yang disediakan lima cadangan jawapan. Item-item
in diukur menggunakan skala Likert lima mata. Pemboleh ubah
bersandar adalah faktor penghalang penerapan ciri keusahawanan
dalam P & P manakala pemboleh ubah bebas adalah pengetahuan
guru, minat guru, sikap guru dan kurikulum sekolah.

iii. Kajian rintis
4

Soal selidik digunakan yang telah dibina kepada sampel yang sama
dengan populasi sebenar untuk menentukan kebolehpercayaan item
dalam soal selidik tersebut. Seramai 10 orang guru PKPG dari
Kursus Sarjana Muda pendidikan Kemahiran Hidup dipilih.

Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Alpha
Cronbach SPSS versi 13.0 untuk mengukur kebolehpercayaan item
dalam soal selidik. Hasil menunjukkan nilai pekali Alpha adalah
tinggi dan membolehkan item-item dibina digunakan dalam kajian.

7 Keputusan
perbincangan

i. Bahagian A: profil responden
Jumlah responden adalah seramai 94 orang guru terdiri daripada 66
perempuan dan 28 orang guru lelaki. Peratusan tertinggi sebanyak
36% atau seramai 36 0rang terdiri daripada responden berumur
antara 24 hingga 30 tahun. Taburan peratusan paling tinggi iaitu
35.1% adalah responden yang mempunyai pengalaman mengajar
antara enam hingga sepuluh tahun. Sebanyak 66% responden di
kalangan guru dengan kelulusan akademi Ijazah Sarjana Muda dan
pelbagai bidang pengajaran dan pengkhususan responden dipilih
dengan catatan tertinggi sebanyak 17 % adalah daripada bidang
Bahasa Melayu dan Matematik.

ii. Bahagian B : persoalan kajian
Hasil analisis mengenai faktor pengetahuan guru dalam bidang
keusahawanan mempunyai tahap sederhana dengan minnya 2.28
berdasarkan skala tiga mata. Tahap ini dianggap faktor penghalang
dalam penerapan ciri keusahawanan dalam P & P di sekolah. Ini
adalah kerana hanya sedikit sahaja pengalaman guru yang terlibat
dalam perniagaan manakala sebahagian guru tidak mengetahui
pengetahuan tentang konsep serta cara menjalankan perniagaan.

Hasil analisis faktor yang kedua adalah minat guru dalam bidang
keusahawanan. Didapati nilai min 2.41, tetapi tidak menunjukkan
faktor tersebut adalah faktor penghalang. Dapat disimpulkan
bahawa kecenderungan guru terhadap bidang keusahawanan yang
disebabkan keadaaan mendesak seperti tuntutan menerapkan ciri
keusahawanan dalam pengajaran. Guru juga berminat dalam
mengetahui kejayaan seseorang usahawan dan minat merangsang
minda pelajar berkaitan dengan keusahawanan. Namun begitu,
daripada item yang dianalisis menunjukkan guru kurang berminat
berbincang dengan rakannya yang lain tentang keusahawanan dan
mereka juga tidak berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti
keusahawanan.

Hasil analisis yang ketiga iaitu faktor sikap guru terhadap bidang
keusahawanan mempunyai nilai min 2.36. Tahap pengukuran
adalah tinggi menunjukkan faktor ini bukan faktor halangan dalam
usaha menerapkan ciri keusahawanan. Guru menerima keputusan
Kementerian Pendidikan untuk menerapkan ciri keusahawanan di
sekolah sebagai satu cabaran positif.

Analisis terakhir berkaitan faktor kurikulum sekolah, menunjukkan
tahap pengukuran nilai min yang tinggi iaitu 2.36. Ini
menunjukkan bahawa faktor kurikulum sekolah bukan faktor
penghalang penerapan ciri keusahawanan dalam P & P. Penerapan
ciri keusahawanan mengikut kesesuaian subjek atau mata pelajaran
5

dan boleh diterapkan juga melalui aktiviti pengukuhan semasa
proses P & P. Namun begitu, terdapat item yang menunjukkan
tidak semua ataupun silibus P & P boleh diterapkan dengan ciri
tersebut.
8 Pendapat sendiri

Kajian yang dijalankan oleh Shahrin Hashim dan Siti Hasmah
Mohammad (2010) adalah untuk mengenal pasti faktor yang
menjadi penghalang dalam usaha penerapan ciri keusahawanan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah di sudut pandangan
guru. Faktor yang dikenal pasti adalah pengetahuan, minat, sikap
dan kurikulum.
Pengkaji telah memilih 4 buah sekolah berlainan dengan
seramai 94 orang guru yang mempunyai maklumat peribadi yang
berlainan. Instrumen borang soal selidik digunakan kepada
responden berdasarkan pemboleh ubah yang dirangka. Jadual
pemboleh ubah dibina untuk menunjukkan bilangan item di dalam
soal selidik serta berdasarkan matlamat kajian untuk menentukan
kesahan dan kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan item diuji
melalui kajian rintis. Kajian rintis dilakukan pada sekumpulan
sampel yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kumpulan
kajian. Hasilnya item mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
melalui ujian Alpha Cronbach, seterusnya ia boleh digunakan
dalam populasi sebenar.
Hasil daripada keseluruhan perbincangan, dapat disimpulkan
bahawa faktor penghalang penerapan ciri keusahawanan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang dikenal pasti adalah faktor
pengetahuan selain faktor minat, sikap dan kurikulum sekolah.
Faktor pengetahuan menjadi penghalang kerana guru tidak
mendapat pendidikan usahawan, kurang pendedahan dalam bidang
keusahawanan dan tidak diberi peluang, kurang aktiviti yang
menyumbang pengalaman keusahawanan di sekolah.
Sehubungan itu, guru-guru masa kini menurut PIPP (2006-
2010) perlu memiliki ilmu pengetahuan dalam bidang
keusahawanan untuk mencapai hasrat negara melahirkan usahawan
yang dapat membangunkan ekonomi negara. Sistem kurikulum
yang fleksibel memudahkan guru meningkatkan ilmu pengetahuan
mereka seiring dengan sistem pendidikan yang kerap berubah
kerana kesan peredaran zaman.



















6

C. Kajian Literatur 3

DEVELOPMENT OF ENTREPRENEURIAL SCIENCE THINKING MODEL FOR
MALYSIAN SCIENCE AND TECHNOLOGY EDUCATION
1 Penulis Nor Aishah Buang, Lilia Halim, T.Subahan M. Meerah & Kamisah
Osman
2 Sumber Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2007
3 Pernyataan masalah

Diskusi tentang rasional untuk mempunyai program dan juga
mengkonsepsikan kemahiran berfikir sains keusahawanan melalui
kajian sorotan ilmiah dan kajian berkaitan dengan temu duga
dengan pelbagai kumpulan
4 Tujuan

Membincangkan keperluan yang digunakan untuk membangun
kurikulum sains dan teknologi berdasarkan kemahiran berfikir
sains keusahawanan
5 Teori utama

Keusahawanan saintifik (SE) ertinya proses menghasilkan produk-
produk berasaskan sains dan berdasarkan keupayaan untuk
membayangkan produk baru yang tidak wujud dalam pasaran pada
masa ini (Peter dan Anne,2000). Pelbagai pendekatan untuk
membangunkan keusahawanan saintifik dan ianya ditawarkan di
universiti tertentu terutamanya luar negara yang menekankan
aspek teknikal. Berdasarkan konsep SE, perbincangan mengenai
kepentingan mewujudkan budaya keusahawanan dan
menggalakkan kemahiran perniagaan di kalangan pelajar sains di
sekolah-sekolah Malaysia
6 Metodologi

Kajian menggunakan kaedah temu duga dengan mengemukakan 8
soalan berstruktur kepada responden seperti pembuat dasar, guru,
perancang kurikulum dan saintis.
7 Keputusan
perbincangan

Berdasarkan jawapan responden, mereka bersetuju penerapan
kemahiran keusahawanan di kalangan pelajar aliran sains.
Sebahagian menyatakan bahawa elemen in perlu diterapkan pada
peringkat sekolah rendah. Mengenai bentuk pembelajaran, elemen
ini memerlukan pelajar mendapatkan pengalaman dalam bidang
perniagaan melalui aktiviti luar kelas. Segelintir berpendapat ianya
juga memerlukan pendidikan secara formal dan bersesuaian
dengan kurikulum sekolah. Persoalan mengenai penyepaduan
elemen keusahawanan di dalam silibus sains, pihak guru
menyatakan tidak bersetuju dan lebih menyukai subjek yang
berasingan untuk penerapan elemen. Pandangan lain menyatakan
kandungan silibus boleh dikurangkan bagi memastikan masa yang
mencukupi untuk mengajar elemen SE. Selain itu terdapat pelbagai
pandangan mengenai konsep kemahiran berfikir sains
keusahawanan dan siapakah tenaga pengajar untuk mengajar
subjek berkenaan.
8 Pendapat sendiri

Kajian yang dijalankan oleh Nor Aishah Buang, Lilia Halim,
T.Subahan M.Meerah dan Kamisah Osman (2007) mengenai
pembangunan model kemahiran berfikir sains keusahawanan untuk
pendidikan sains dan teknologi adalah satu kajian untuk
memastikan Malaysia bersedia di arus globalisasi terkini. Kajian
ini membincangkan perkara yang perlu untuk membangun
kurikulum sains dan teknologi berdasarkan kemahiran berfikir
sains keusahawanan di peringkat sekolah. Keusahawanan saintifik
diperjelaskan menerusi konsep iaitu penekanan aspek
keusahawanan, kreativiti dan penghasilan produk inovatif
berasaskan sains.
Kaedah kajian melalui pembinaan soalan struktur sebanyak 8
7

untuk meninjau pandangan mengenai aspek keusahawanan
daripada kumpulan guru, saintis, perancang kurikulum dan
pembuat dasar. Pelbagai pandangan berbeza di kemukakan dari
segi konsep kemahiran berfikir sains keusahawanan dan tenaga
pengajar yang sesuai untuk menyampaikan elemen berkenaan,
kaedah pengajaran dan pembelajaran, pengintegrasian elemen
keusahawanan ke dalam silibus sains dan pengenalan aspek elemen
keusahawanan di peringkat sekolah.
Namun begitu, menerusi dapatan awal pandangan, ia dijadikan
landasan sokongan dalam proses perubahan kurikulum. Perubahan
ini boleh dilakukan menerusi kurikulum sains dengan
mengintegrasikan kemahiran keusahawanan sains dan teknologi
dengan kemahiran berfikir di dalam kemahiran proses sains.











































8

D. Kajian Literatur 4

ASPIRASI KERJAYA KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM
1 Penulis Norfadhilah Nasharudin & Halimah Harun
2 Sumber Jurnal Pendidikan Malaysia35(1)(2010):11-17
3 Pernyataan masalah

Bidang keusahawanan yang tidak dipilih sebagai satu kerjaya di
kalangan pelajar IPTA disebabkan senario yang berlaku dalam
ekonomi negara sejak Rancangan Malaysia Pertama iaitu :

i. Krisis ekonomi pada tahun1997/1998 menjejaskan kaum
Bumiputera dan tahap pegangan ekuiti adalah rendah iaitu
19.1% daripada ekuiti korporat (Malaysia 1980)
ii. Kaum Bumiputera lebih berminat untuk menjadi pekerja
sektor awam (kerajaan) berbanding sektor swasta
(Malaysia 1990)
iii. Kadar pengangguran tinggi disebabkan sektor swasta
memberhentikan pekerja sebagai langkah penjimatan. Ini
menyebabkan ramai graduan lepasan universiti menjadi
penganggur berijazah terutamanya bilangan graduan
Bumiputera.
4 Tujuan

Mengenal pasti aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan
pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta faktor-faktor
yang mempengaruhi pemilihan kerjaya keusahawanan.
5 Teori utama

Kini, Malaysia sedang mengubah keadaan masyarakat yang dapat
bekerja sendiri untuk menyara diri dan keluarga. Ini dapat
menggalakkan masyarakat berniaga dan menjadi usahawan.
Justeru itu, pelajar merupakan golongan yang mempunyai
kepakaran dari segi ilmu pengetahuan yang dipelajari di peringkat
tinggi yang dapat mencorak masa depan negara. Golongan in perlu
diberi galakan dan pendedahan mengenai bidang keusahawanan
kerana mereka berpotensi menjadi usahawan yang berjaya. Dengan
itu, mereka akan memilih bidang keusahawanan sebagai satu
peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.
6 Metodologi

Kaedah tinjauan digunakan melalui soal selidik untuk
mendapatkan data kajian. Seramai 420 orang pelajar IPTA dari tiga
buah universiti iaitu UiTM, UUM dan UIAM dipilih sebagai
sampel kajian. Pelajar diminta mengisi maklumat profil, memberi
maklumat tentang faktor-faktor utama yang mempengaruhi mereka
memilih kerjaya keusahawanan, ciri keusahawanan yang dimiliki,
minat dan sikap terhadap kerjaya keusahawanan. Item soal selidik
menggunakan skala Likert 5 poin.
Statistik deskriptif digunakan untuk mengira maklumat profil
responden. Tahap ciri keusahawanan melalui pengukuran min
digunakan. Hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah
kajian ditentukan melalui analisis korelasi Pearson, manakala
analisis perbezaan antara pemboleh ubah kajian menggunakan
ujian-t dan analisis ANOVA satu hala.

7 Keputusan
perbincangan

Laporan dapatan kajian dibahagikan kepada lima bahagian iaitu:

i. Minat pelajar terhadap kerjaya usahawan
Berdasarkan analisis didapati catatan sebanyak 58.8 % sahaja
berkaitan minat. Ini menunjukkan pelajar IPTA masih belum
menunjukkan minat untuk menjadi usahawan walaupun pelbagai
program telah dijalankan di peringkat universiti sama ada dari segi
9

kurikulum keusahawanan dan kokurikulum. Majoriti pelajar
menunjukkan sikap yang positif ( 80.8%) terhadap kerjaya
keusahawanan ,namun tidak ramai pelajar IPTA yang mengikuti
kursus tersebut menyebabkan minat pelajar berkurangan terhadap
bidang keusahawanan.

ii. Faktor-faktor mempengaruhi pemilihan kerjaya
keusahawanan
Terdapat 24 faktor yang dikaji di dalam kajian ini. Secara
keseluruhannya majoriti memilih 2 sahaja faktor yang
mempengaruhi pemilihan kerjaya keusahawanan iaitu faktor
berorientasikan keuntungan dan faktor ingin mendapat
kecemerlangan dalam hidup dengan catatan sebanyak 81% dan
80%. Faktor tarikan luar universiti lebih mempengaruhi pemilihan
kerjaya sebagai usahawan berbanding faktor tarikan dalaman
universiti ( pendedahan subjek keusahawanan, rakan sebaya di
universiti, kursus keusahawanan yang dihadiri, pengalaman lepas
dalam bidang keusahawanan). Faktor yang tidak mempengaruhi
mereka membuat pemilihan kerjaya sebagai usahawan ialah faktor
pensyarah dan latihan amali.

iii. Tahap ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar IPTA
Tahap ciri keusahawanan yang dikaji melibatkan 8 ciri.
Berdasarkan analisis terdapat 7 ciri keusahawanan yang
mencatatkan ciri keusahawanan tertinggi iaitu bertenaga,
bertanggungjawab, berkeyakinan diri yang tinggi, berpandangan
jauh, mempunyai komitmen kepada kerjaya yang tinggi, kreatif
dan inovatif dan mempunyai lokus kawalan dalaman. Manakala
ciri berani mengambil risiko adalah pada tahap min yang
sederhana.

iv. Analisis korelasi Pearson (hubungan antara minat terhadap
kerjaya keusahawanan dan latar belakang responden)
Berdasarkan analisis terdapat hubungan positif antara
minat terhadap kerjaya keusahawanan dengan ciri keusahawanan,
sikap terhadap kerjaya keusahawanan dan bangsa.

v. Analisis ujian-t dan analisis ANOVA satu hala (analisis
perbezaan antara minat terhadap kerjaya keusahawanan
antara pelajar berlainan jantina, jurusan pengajian, bangsa
dan ahli keluarga peniaga)
Dapatan hasil ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan di antara minat terhadap kerjaya keusahawanan
antara pelajar lelaki dan perempuan. Namun begitu, wujud
perbezaan minat terhadap kerjaya keusahawanan yang signifikan
di antara pelajar berlainan jurusan pengajian.
Analisis ANOVA satu hala pula menunjukkan perbezaan
yang signifikan antara minat terhadap kerjaya keusahawanan dan
pelajar berlainan bangsa. Selain itu, dapatan juga menunjukkan
perbezaan signifikan di antara minat terhadap kerjaya
keusahawanan dan pelajar yang mempunyai ahli keluarga peniaga
dan tiada mempunyai ahli keluarga peniaga.

8 Pendapat sendiri

Kajian mengenal pasti aspirasi kerjaya keusahawanan di
kalangan pelajar IPTA telah dijalankan oleh Norfadhilah
Nasharudin dan Halimah Harun (2010) adalah untuk menentukan
10

faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya
keusahawanan tersebut. Objektif kajian ini secara terperinci adalah
untuk menentukan sebab-sebab pelajar memilih kerjaya
keusahawanan sebagai aspirasi kerjaya masa depan mereka, faktor-
faktor yang menggalakkan pelajar memilih kerjaya keusahawanan,
tahap ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar, mengetahui
terdapat hubungan yang signifikan antara minat terhadap kerjaya
keusahawanan dengan ciri-ciri keusahawanan, sikap terhadap
kerjaya keusahawanan, bangsa dan ahli keluarga peniaga.
Kajian ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal
selidik. Item soal selidik meliputi profil responden dan responden
perlu mengisi maklumat tentang faktor-faktor utama yang
mempengaruhi mereka dalam memilih kerjaya keusahawanan, ciri
keusahawanan yang dimiliki dan minat serta sikap terhadap
kerjaya keusahawanan. Pengkaji memilih 3 buah universiti iaitu
UiTM, UUM dan UIAM sebagai kajian dengan seramai 420
responden terlibat. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif
(profil responden), analisis korelasi Pearson, ujian _t dan
analisis ANOVA bagi item berkaitan hasil dapatan. Hasil dapatan
membincangkan minat pelajar terhadap kerjaya usahawan, faktor-
faktor mempengaruhi pemilihan kerjaya keusahawanan, tahap ciri
keusahawanan dalam kalangan pelajar IPTA, hubungan antara
minat terhadap kerjaya keusahawanan dan latar belakang
responden serta analisis perbezaan antara minat terhadap kerjaya
keusahawanan antara pelajar berlainan jantina, jurusan pengajian,
bangsa dan ahli keluarga peniaga.
Kesimpulannya, pelajar IPTA mempunyai minat dan sikap
yang positif terhadap bidang keusahawanan. Berdasarkan dapatan
kajian, telah menunjukkan separuh pelajar jurusan bukan teknikal
telah memilih kerjaya keusahawanan sebagai aspirasi kerjaya
mereka. Keusahawanan dilihat sebagai salah satu daripada jalan
penyelesaian bagi masalah pengangguran siswazah berijazah.
Faktor utama yang mempengaruhi golongan ini menceburi bidang
berkenaan adalah faktor berorientasikan keuntungan dan keinginan
untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Dari segi ciri
keusahawanan, ciri berani mengambil risiko adalah pada tahap
sederhana. In bermakna responden kurang berkeyakinan untuk
mengambil risiko yang dihadapi oleh bakal usahawan. Berdasarkan
hasil analisis ANOVA, wujud hubungan positif antara sikap
terhadap kerjaya keusahawanan dan ciri keusahawanan. Namun
begitu, wujud hubungan negatif antara minat terhadap kerjaya
keusahawanan dan pelajar yang mempunyai ahli keluarga peniaga.
Menerusi analisis ujian-t, tidak terdapat signifikan di antara minat
terhadap kerjaya keusahawanan dari segi perbezaan jantina di
kalangan pelajar. Namun begitu, terdapat perbezaan signifikan
antara minat pelajar terhadap kerjaya keusahawanan dalam
kalangan pelajar berlainan jurusan pengajian, bangsa dan pelajar
yang mempunyai ahli keluarga peniaga.








11

E. Kajian Literatur 5

THE ROLE OF CREATIVITY IN ENTREPRENEURSHIP
1 Penulis Ian Fillis & Ruth Rentschler
2 Sumber Journal of Enterprising Culture
Vol.18.No1 (March 2010) 49-81
3 Pernyataan masalah

-
4 Tujuan

i. Mensintesiskan kajian terdahulu yang diketahui secara
kritikal bagaimana kreativiti menyumbang kepada
kejayaan amalan keusahawanan
ii. Menyatakan cadangan kajian masa depan dan kesan
latihan
5 Teori utama

Menilai sumbangan kreativiti dalam teori keusahawanan dan
amalannya secara holistik dan memahami kesannya secara
transdisiplinari.
6 Metodologi

-
7 Keputusan
perbincangan

Tema berkaitan dengan sintesis penilaian :

a. Definisi maksud
Terjemahan mengenai maksud keusahawanan dari segi
ekonomi dan kaitannya dengan kreativiti (Amabile,1988). Selain
itu, menyatakan 3 dimensi dasar keusahawanan dan perkaitan
dengan kreativiti. Pelbagai terjemahan maksud kreativiti dalam
bidang keusahawanan (Young, 1985; Ford dan Harris, 1992; Fillis
dan Rentschler, 2006; Hunter et al.,2007;Mumford dan Gustafson,
1988;Fillis 2006; Sternberg dan OHara, 1999 dan Amabile, 1983.
Perbincangan mengenai sifat seorang usahawan dari sudut
kreativiti melalui definisi ( Amabile, 1997), kepimpinan organisasi
(Darling et al, 2007;deJong dan Den Hartog, 2007; Nystrom, 1979,
Locke dan Kirkpatrick,1995;Frisch, 1998; Becherer et al.,2008;
Amabile,1998;Markley,1988). Selain itu, mensintesis kriteria
keusahawanan secara keseluruhan.

b. Perhubungan antara personaliti dan bentuk kognitif
Pendapat mengenai perhubungan kognitif, kreativiti dan
keusahawanan dalam kajian terdahulu seperti kajian Woodman dan
Schoenfeldt,1990; Ward, 2004. Senarai kriteria kreatif dalam
kajian Barron dan Harrington,1981. Faktor yang terlibat dengan
membuat keputusan dalam kajian Fillis,2007.

c. Kreativiti adalah satu proses
Perbincangan mengenai maksud kreativiti sebagai satu proses
(Amabile,1996; Perry-Smith dan
Shalley,2003;Csikszentmihalyi,1999) dan tiga peringkat proses
kreativiti ( Amabile,1997).

d. Kreativiti, motivasi dan pengwujudan keusahawanan
Perbincangan mengenai perbezaan motivasi kreatif iaitu
motivasi intrinsik dan ekstrinsik (Amabile,1998;Fillis ,2007a).

e. Innovasi, kreativiti dan pemimpin usahawan
Laporan kajian mengenai pemimpin usahawan yang kreatif
dan berupaya inovasi sesuatu produk/idea yang memberikan
manfaat terhadap syarikatnya. Perbezaan pendapat mengenai
12

kreativiti dan inovasi.

8 Pendapat sendiri

Kajian yang dijalankan ini lebih terjurus kepada impak
kreativiti ke atas keusahawanan. Kreativiti ini dijana dari banyak
faktor seperti latar belakang peribadi, persekitaran, kaedah berfikir,
motivasi, budaya dan banyak lagi. Pengukuran tahap kreativiti ini
masih di peringkat kajian
Kejayaan sesebuah organisasi keusahawanan banyak didorong
oleh kreativiti. Kreativiti mendorong penghasilan produk yang
baru dan segar yang mana menjadi pendorong utama ke atas
kejayaan keusahawanan itu sendiri. Walau bagaimanapun, ia
bergantung kepada bagaimana sesebuah organisasi itu mendorong
kreativiti. Persekitaran organisasi yang positif dan lebih fleksibel
terhadap idea baru akan menjana lebih kreativiti.
Secara keseluruhannya, hubung kait antara keusahawanan dan
kreativiti adalah sangat penting bagi memastikan sesuatu produk
itu berjaya. Perkara yang mempengaruhi kreativiti amat
bergantung kepada jenis perusahaan yang dijalankan yang mana
berbeza bagi keusahawanan yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai