Anda di halaman 1dari 15

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

HUJAN ASID

MUHAMMAD IQBAL BIN ZAHANUDDIN


MUHAMMAD ADIB BIN MISSLANI
AMINULHAKIM BIN ISA
AHMAD AMSYAR BIN ABDULLAH
PUSPARAJAN A/L THIAGARAGAN
DEFINISI HUJAN ASID
 Air hujan secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan oleh air hujan yang turun
akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera.

 Pembakaran bahan api fosil ini akan menghasilkan berjuta-juta ton sulfur dioksida
dan nitrogen oksida ke udara. Gas-gas ini apabila bergabung dengan air hujan akan
menghasilkan hujan asid

 Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair
dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14;

 pH kurang daripada 7 adalah berasid manakala pH yang nilainya lebih daripada 7


adalah beralkali dan pH 7 adalah bersifat neutral. B

Biasanya, air hujan yang bersih adalah bernilai di antara pH 5.6 - 6.0. Air hujan yang
mempunyai nilai pH kurang daripada 5.6 adalah dianggap berasid.
PROSES PEMBENTUKAN HUJAN
ASID
 Hujan asid terbentuk hasil gabungan air hujan dengan komponen-
komponen tertentu seperti karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (SO2),
nitrous oksida (NOx), hidrokarbon, arsenik, kadmium, plumbum, merkuri,
nikel, zink dan logam toksid.
 
 Hujan asid terdiri daripada dua jenis;

1. Hujan asid lembap (mendapan basah)

2. Hujan asid kering (mendapan kering)


HUJAN ASID LEMBAP
 Fenomena ini berlaku apabila pebakaran bahan api fosil dibakar dalam
jumlah yang banyak sehingga membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida
dan nitrogen oksida ke udara.

 Bahan-bahan ini kemudiannya disebarkan oleh angin dan akan bergabung


dengan titisan air yang turun sebagai air hujan membentuk asid sulfurik dan
asid nitrik.

 Hujan akan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asidnya


tinggi. Hujan asid jenis ini aktif berlaku semasa hujan yang disertai dengan
kilat.
 
Nitrogen + Oksigen → Nitrous oksida → Nitrogen dioksida (NO2) + air
hujan (H2O) → Asid nitrik dan asid nitrus
HUJAN ASID KERING
 Gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid juga
termendap apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan,
tanah dan bahan lain dalam keadaan cuaca baik.
 Bukan itu sahaja, asid-asid tersebut melekat pada zarah-zarah terampai di
udara dan akan termendap ke permukaan tanah, bangunan dan tumbuhan
dan ini menyebabkan berlakunya pemendapan kering berasid.
 Gas berasid ini bertindak balas dengan oksigen di atmosfera membentuk
pelbagai jenis asid (asid sulfur trioksida, asid sulfurik, asid nitrus dan asid
nitrik).
 Antara contoh proses : letupan gunung berapi di mana gas sulfur dioksida,
nitrogen dioksida, karbon dioksida dan kerbon monoksida bertindak balas
dengan air hujan menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.
 
PUNCA-PUNCA HUJAN ASID
Kejadian hujan asid boleh berpunca daripada aktiviti manusia atau pun
berlaku secara semula jadi 

1. Punca daripada kegiatan manusia

 Kegiatan industri : menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api
fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan
gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.

 Proses peleburan bijih timah : peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur
dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.

 Aktiviti sistem pengangkutan : asap ekzos membebaskan gas nitrogen dioksida dan nitrik
oksida semasa pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta.

 Kegiatan pertanian : penggunaan baja nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen, pembakaran
terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan sulfur dioksida dan pereputan
najis lembu akan membebaskan gas metana dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid
nitrik.
2. PUNCA SEMULAJADI

 Letupan gunung berapi membebaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida,


karbon dioksida dan karbon monoksida.

 Penguraian bahan organik : aktiviti bakteria dalam tanah menukarkan nitrat


kepada nitrit dan menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat. Selain itu,
penguraian bahan organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobik
mengakibatkan penurunan sulfur seperti desulfovibrio di mana ianya menukarkan
sulfat kepada hidrogen sulfida.

 Anaerobik beerti dalam keadaan tidak beroksigen biasanya di kawasan air


bertakung seperti di kawasan tanah lembap.

 Dalam proses penurunan sulfat ini, bakteria mendapatkan tenaga untuk hidup.
Hidrogen sulfida bergabung dengan oksigen (udara) untuk membentuk sulfur
dioksida. Sulfur dioksida ini bertindak balas dengan air hujan dan menghasilkan
hujan asid.
 Semburan Lautan : lautan memang kaya dengan kandungan klorida dan
sulfat yang terdapat di atas permukaan atau di bawah lautan.

 Fitoplankton marin adalah merupakan sumber penting dalam edaran


sulfur di lautan di mana ianya akan membebaskan bahan sulfur yang
mudah meruap seperti dimethylsulfida (DMS).

 Kandungan DMS di udara akan dioksidakan kepada sulfat dan


menghasilkan hujan asid. Fitoplankton membebaskan DMS untuk
melindungi diri daripada kesan negatif kemasinan tinggi lautan dan kesan
pembekuan.

 Kebakaran hutan membebaskan gas-gas pencemar seperti gas nitrogen


dioksida
KESAN-KESAN HUJAN
ASID
Hujan asid mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap beberapa aspek tertentu iaitu dari aspek
kesihatan, kesuburan tanah dan tumbuhan, ekosistem akuatik dan bangunan serta peralatan bangunan.
 
1. Kesihatan

 Memudaratkan golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap penyakit athsma, bagi kanak-kanak
pula fenomena ini boleh menyebabkan sakit batuk, alergi dan selesema.

 Gas sulfur dioksida adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit kepada manusia seperti sakit
dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara.

 Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya kepada
manusia apabila diminum di mana boleh menyebabkan cirit birit di kalangan kanak-kanak, gangguan
saraf dan membahayakan otak.

 Aluminium pula boleh menyebabkan penyakit alzheimer (berkait dengan hilang ingatan)
2) TERHADAP TANAH DAN TUMBUHAN

 Menyebabkan kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid; eg. 70% hutan di
Czechslovakia musnah akibat hujan asid ini.

 Kandungan alkali dan asid dalam tanah menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi
keseimbangan dan kestabilan tanah.

 Nilai pH kurang daripada 6 akan menyebabkan bahan-bahan organik tanah mati,


maka tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya.

 Memusnahkan fungsi daun.

 Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan
mengurangkan kesuburan tana
3) EKOSISTEM AKUATIK

 Tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH
air tasik (kurang daripada 5), ini akan mengganggu kelancaran pembiakan ikan
dan amfibia.

 Ikan dan udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada manusia di
mana kandungan raksa dan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke dalam
kulit haiwan ini.

 Air sungai dan laut menjadi berasid pada pH 5 membunuh hidupan akuatik seperti
ikan (atau mana-mana binatang yang bergantung kepada ikan akan mati juga eg.
burung laut); berlaku di Tasik Minnesota di mana hujan asid ini telah
memusnahkan 140 buah tasik di situ.
4) BANGUNAN DAN PERALATAN BANGUNAN

 Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi


pemndapan berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan
dan pengaratan barangan besi.

 Meluntur dan merosakkan cat kereta.

 Batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta


mempercepatkan hakisan bangunan.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Bagi menangani masalah hujan asid yang kian hangan melanda dunia, sejajar
dengan perkembangan sains dan teknologi, beberapa langkah selamat boleh
dijalankan.

 Tasik yang tercemar boleh dipulih melalui proses liming di mana batu kapur
merupakan bahan utama dan diletakkan ke dalam air tasik yang berasid untuk
dineutralkan; eg. tasik-tasik di West Wales, Canada telah menjalankan proses
membaik pulih tasik-tasik yang telah tercemar, pH tasik ini 5.5 - 7.0.

 Menghadkan pelepasan gas pencemar udara ke atmosfera dengan


menggunakan bahan api yang rendah kandungan sulfur dan secara tidak
langsung boleh mengurangkan gas sulfur dioksida.Memperkenalkan
pemasangan 'scrubbers' di cerobong asap di kilang-kilang untuk menapis gas
sulfur dioksida
 Penggunaan sistem denitrifikasi dan dinyahsulfur, contohnya arang batu
direnyukkan dan dicampurkan dengan batu kapur, dengan ini, kandungan sulfur
dalam arang batu akan bertingdak balas dengan kalsium karbonat dan
menghasilkan kalsium sulfat dan gypsum sebagai hasil sampingan.

 Mempertingkatkan lagi teknologi 'flash smelting' yang sering digunakan oleh


pelebur kuprum, pembebasan sulfur dioksida global dapat dikurangkan 5-10 ton
setahun.

 Menggalakkan pemasangan pengubah bermangkin (catalytic converter) pada enjin


kenderaan, ini dapat mengurangkan gas NOx sebanyak 90% di mana gas pencemar
dapat diubah sebelum dilepaskan ke atmosfera. Ini bertujuan untuk mengurangkan
gas karbon monoksida dan nitrogen oksida asap ekzos.
 Dari segi perundangan, boleh ditingkatkan lagi mengenai pengawalan
pencemaran alam sekitar.

 Sebagai individu, kita perlu sentiasa memastikan kenderaan kita dalam


keadaan yang baik memandangkan bilangan kenderaan berdaftar di
Malaysia adalah semakin meningkat.

 Bagi meningkatkan kesedaran dalam masyarakat, perlu adakan kempen,


ceramah atau pun aktiviti kemasyarakatan bagi memastikan setiap
individu dalam sesuatu masyarakat memainkan peranan untuk
memelihara alam sekitar.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai