Anda di halaman 1dari 1

SK DESA CEMERLANG

KERTAS KERJA PROGRAM PRASEKOLAH 2013



1. Aktiviti
Pertandingan Mewarna

2. Matlamat
Program ini bertujuan melahirkan murid-murid yang cintakan negara dan berbangga
menjadi rakyat Malaysia yang sihat di samping memberi pendedahan dan peluang
kepada murid-murid mengunakan koordinasi motor kasar dan motor halus melalui
tema-tema pengajaran yang telah mereka pelajari.

3. Objektif
Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang perlunya satu negara
Malaysia membenteras dadah dan bencikan rokok demi kesejahteraan
hidup.
Memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan bakat dan potensi diri.
Melatih murid-murid menguasai motor halus dan menghasilkan sesuatu karya
berdasarkan kreativiti sendiri.

4. Jangkamasa
Bulan Mac hingga Ogos

5. Sasaran
Murid-murid prasekolah

6. Sumbangan kewangan
LPBT prasekolah

7. Anggaran kos
RM 100.00
( 25 hadiah untuk murid-murid prasekolah )

8. Sumber tenaga
Guru prasekolah
Pembantu pengurusan murid

9. Strategi perlaksanaan
Perbincangan dengan guru besar
Penyediaan kertas kerja
Melaksanakan aktiviti
Laporan / Post-mortem / Penilaian

10. Kawalan dan seliaan
Pentadbir

11. Penilaian
11.1 Petunjuk prestasi : pencapaian murid prasekolah
11.2 Pengukur prestasi : kekemasan hasil kerja murid

Penutup
Semoga perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan lancar dan
berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh


Rahmah binti Ahmad
Guru Prasekolah
SK Desa Cemerlang.