Anda di halaman 1dari 18

1

LAPORAN INOVASI P&P


1 Refleksi P&P lalu
Proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke masa telah membawa banyak
perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa kini telah
mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dan pembelajaran dalam pada
masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi, sains dan seni.
Perkembangan dunia dari zaman batu hingga kini memberi impak yang amat besar keatas
kehidupan terutama manusia. Manusia merupakan hidupan yang mudah belajar dan memahami
apa yang dipelajari. Kini kepesatan pembangunan adalah hasil dari kreativiti dan innovasi orang-
orang terdahulu. Di sinilah impak pengajaran dan pembelajaran bermula. Kepesatan
pembangunan serta kemajuan ekonomi, sains dan teknologi bukan saja membawa kepada
kemanfaatan, pada masa yang sama juga banyak masalah yang timbul akibat daripada ilmu yang
diketahui.
Cara penyampaian maklumat boleh dianggap sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Oleh
itu, atas kesedaran ahli-ahli pengajaran dan pembelajaran di negara maju, mereka telah mencipta
kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif dan keratif bagi pelajar-pelajar
agar pelajar generasi millennium mampu menghadapi dan dapat menyelesaikan masalah-masalah
baru yang bakal timbul secara professional, berkeyakinan dan yang lebih penting ialah
berwibawa. Ia merupakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah
(Problem-based Learning)
Di dalam sebuah kelas, biasanya terdapat pelajar yang berlainan kebolehan
pembelajarannya. Guru harus peka dan menggunakan kepakaran mereka untuk menentukan
strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru harus tahu memilih teknik-teknik tertentu yang
sesuai dengan kebolehan pelajar. Ia mesti merangsang pelajar untuk berinteraktif secara aktif dan
cepat bertindak apabila didapati pengajarannya itu kurang menarik minat pelajar. Dalam
menyediakan perancangan pembelajaran, aktiviti yang akan dilakukan mestilah mempunyai
urutan yang baik.

2

Teknik adalah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar
dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dan kreativiti merupakan satu
kaedah berfikir di luar kotak. Berfikir di luar kotak adalah satu cara melihat dunia dengan
meneroka manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu cara atau teknik
yang sangat baik untuk mendalami permasalahan yang begitu kompleks yang wujud masa kini.
Antara teknik-teknik yang biasa digunapakai ialah teknik brainstorming, Mind Mapping,
simulasi, permaianan dan lakonan.
Teknik Brainstorming satu cara pencarian idea yang terbaik. Ia merupakan curahan
idea yang dikumpulkan yang dalam keadaan yang selesa yang mana ia menghasilkan satu idea
yang di luar dari pemikiran atau digelar berfikir diluar kotak. Hasil dari teknik brainstorming
ini, membolehkan kita menggunakan mind mapping untuk menyusun idea-idea tadi dan
menghubungkaitkannya.
Simulasi merupakan satu mod terperinci yang terkawal bertujuan untuk menggambarkan
situasi yang terdapat dalam dunia sebenar. Ia merupakan satu pandangan dramatik kehidupan
yang sedia ada untuk tujuan pembelajaran tentang pengalaman sebenarnya.
Belajar sambil bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang sangat
berkesan kepada kanak-kanak, kerana ia mendatangkan keseronokan dan kepuasan. Keseronokan
akan memudahkan pembelajaran dan senang kanak-kanak dapat menguasai pembelajaran yang
disampaikan. Ia juga sangat baik untuk perkembangan emosi kanak-kanak. Dalam pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan di dalam murid Tahun 2 ini, ternyata teknik permainan
bahasa yang digunakan telah merangsang dan menarik minat para pelajar untuk terus mengikuti
proses pengajaran. Pelajar juga begitu aktif untuk mengambil bahagian dalam mencuba
permainan roda bahasa yang digunakan.
Terdapat berbagai cara yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menyeronokkan pembelajaran. Apa yang penting ialah kreativiti dan inovatif guru dalam
pengajaran agar dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu yang dipelajarinya. Kaedah
harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai
memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.

3

Sesuatu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Sebelum
mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, guru harus memikirkan pekara-pekara berikut:-
1. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai
3. Kaedah juga haruslah sesuai sifat semula jadi (nature) pelajaran yang diajar
4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan
7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada

Isi kandungan pelajaran dalam sesi PdP ialah kemahiran membaca vokal berganding
dalam kalangan murid LINUS Tahun 2. Masalah pelajar yang tidak tahu membaca vokal
berganding adalah satu masalah yang perlu diberikan perhatian yang serius oleh guru dan murid.
Setiap tahun pencapaian akademik semakin meningkat dan boleh dibanggakan tetapi kadar
pelajar yang tidak tahu membaca vokal berganding terutama dalam kalangan pelajar Tahap Satu
dan Dua masih membimbangkan. Usaha untuk mempelbagaikan teknik dan pendekatan perlu
dirancang agar pelajar yang tidak boleh membaca vokal berganding dapat menguasai kemahiran
membaca dengan jayanya.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan murid-murid ini gagal menguasai
kemahiran vokal berganding ini. Faktor yang pertama ialah pembaca mengalami masalah dari
aspek kognitif atau inteleknya sendiri. Murid yang berkenaan bermasalah menyebut perkataan
yang mempunyai vokal berganding kerana kurang mahir membahagikannya kepada suku kata
dengan betul. Semasa menjalani ujian, mereka mengambil masa yang lama dan teragak-agak
untuk menyebut sesuatu huruf, suku kata atau perkataan. Mereka memerlukan pengesahan
pengkaji kerana kurang yakin terhadap bacaan diri sendiri. Selain itu, faktor lain pula ialah murid
tidak atau kurang mahir mengeja (mendekod) perkataan. Ini menyebabkan murid tidak dapat

4

memanfaatkan perbendaharaan kata lisan yang dikuasai untuk menjawab item yang disediakan.
Murid juga mungkin mempunyai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang terhad atau
pengetahuan am yang rendah jika dibandingkan dengan murid berpencapaian tinggi. Ini mungkin
disebabkan pendedahan dan pengalaman yang terhad dalam kehidupan murid tersebut.
Menyentuh tentang masalah dalam kemahiran bacaan, secara amnya, beberapa isu yang
sering berlaku dalam kalangan murid-murid ini antaranya ialah tidak kenal huruf, meninggalkan
huruf atau perkataan, tidak memahami apa yang dibaca, teragak-agak, salah sebutan, lemah daya
ingatan, menambah perkataan, mengulang perkataan dan mengeja semasa membaca.
Masalah yang dihadapi oleh murid ini boleh dikaitkan dengan penguasaan kemahiran
asas yang rendah dalam membaca. Untuk membaca abjad seperti Bahasa Malaysia, kanak-kanak
perlu memiliki kemahiran mendekod iaitu membatang dan membunyikan suku kata. Sekiranya
kemahiran mendekod tidak dikuasai dengan baik, kanak-kanak tidak dapat memanfaatkan
perbendaharaan lisan yang dikuasai untuk membantunya membaca perkataan yang tidak
dikenali. Ini menjelaskan kenapa murid tidak boleh membaca dan menulis perkataan seperti
laut, daun , buah dan lain-lain walaupun sudah menguasainya dalam bahasa lisan.

2 Objektif Kajian
Kajian ini penting untuk meningkatkan dan memberi gambaran mengenai tahap kemahiran
membaca dalam kalangan murid-murid LINUS Tahun Dua. Kebolehan membaca merupakan
satu tingkah laku manusia yang kompleks. Pada asasnya, ia merupakan satu proses komunikasi
manusia dengan bahan bercetak . Dalam proses tersebut, manusia mentafsir dan memberi makna
kepada bahan tersebut yang umumnya bahan bertulis.
Kebolehan membaca yang menjadi fokus kajian ialah kebolehan bacaan awal. Ia merujuk
kepada kebolehan membaca yang dimiliki oleh kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan.
Kebolehan bacaan awal hendaklah dibezakan daripada kebolehan bacaan mahir. Biasanya, ia
dicirikan dengan bacaan yang kurang lancar , penguasaan perbendaharaan bacaan yang rendah
serta tahap automatisiti dari segi pengenalan perkataan yang rendah Smith, (1985). Sinclair dan
Papandrapoulau (1984) pula berpendapat bahawa kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan

5

seharusnya boleh membaca ayat-ayat yang mudah di samping boleh mempergunakan
pengetahuan peraturan kesepadanan grafem fonem untuk mendekod perkataan baru yang tidak
dikenalinya.
Ringkasnya, kebolehan membaca yang seharusnya dimiliki oleh murid-murid
setelah setahun belajar di tadika adalah penguasaan sekumpulan perbendaharaan kata yang agak
memuaskan, boleh membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengeja dan membatang dengan tepat
apabila berhadapan dengan perkataan yang tidak dikenali.

3 Kumpulan Sasaran
Dalam kajian ini, kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 10 orang murid LINUS Tahun 2.
Responden kajian telah diberikan borang profil untuk dilengkapkan pada minggu pertama kajian.
Responden telah diberikan penerangan tentang tujuan kajian ini dijalankan. Pengkaji telah
memilih dua buah kelas iaitu 2 Dalton dan 2 Galileo dari kalangan murid di Sekolah Kebangsaan
St Paul, Seremban. Seramai 3 orang dari Kelas 2 Dalton dan 7 orang dari Kelas 2 Galileo telah
dipilih. Murid ini adalah murid LINUS yang mengikuti pembelajaran di kelas Pemulihan Khas.
Kesemua murid ini ialah murid lelaki.
Dapatan kajian menunjukkan dari segi bangsa murid tersebut iaitu semua murid lelaki
yang seramai 10 orang dari 2 kelas. Murid berbangsa India merupakan merupakan bangsa yang
teramai iaitu seramai 5 orang, diikuti murid berbangsa Melayu seramai 3 orang dan 1 orang
mewakili murid berbangsa Cina dan lain-lain. Seramai tiga orang ibu bapa atau penjaga subjek
kajian bekerja di sektor kerajaan. Seramai empat orang ibu bapa atau penjaga pula bekerja di
sektor swasta dan tiga orang yang lain bekerja sendiri.





6

4 Perlaksanaan Inovasi P&P
Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai
pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini dianggap agak longgar dan tidak begitu jelas.
Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap
baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang dianggap baru dan
lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Glosari Teknologi Pendidikan (1995)
pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan
sesuatu amalan. ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah an effort to introduce a
practice in order to bring about a social change. The practice need not be totally new, its
efficiency and potentially in a new context are the main criteria used in labelling it as
innovation. The emphasis is on change in terms of providing a strategy to deal with a specific
local or national problem.
Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan
Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea,
benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu
atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Zaltman et. al (1973)
menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang
menggunakannya. Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi
pertama pada sesuatu produk atau proses. Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai
mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.
Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh
diterangkan sebagai:-
Merupakan penghasilan baru
Berbentuk maujud dan mujarad
Berdasarkan proses penyusunan semula
Dengan menggunakan unsur yang sedia ada
Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai

7

Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi
peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak
persaingan. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:-
1. Peringkat individu
2. Peringkat organisasi

Peringkat Individu
Di peringkat ini, inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti
persekitaran dan seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau
membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah penting di sini
ialah modifikasi.
Peringkat Organisasi
Di peringkat organisasi, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan
terbuka. Di sini organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan
persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk
meraih keuntungan maksimum.
Organisasi inovatif ialah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana rancangan strategik
iaitu dengan cara:-
1. Meneliti ciri-ciri kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya
dalam sesuatu ekosistem.
2. Meneliti kelemahan-kelemahan dan merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan
cekap dan pantas.
3. Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang-peluang yang ada untuk diperoleh secara
sistematik.

8

4. Melancarkan strategi, dasar dan prosedur untuk menentang bahaya dan ancaman dari luar dan
dalam organisasi (Bryson dan Kaufman, 1988).
Kelly Dan Littman (2000) dalam bukunya The Art of Innovation menggariskan elemen-elemen
asas inovasi bagi apa jua organisasi, khususnya syarikat-syarikat iaitu:-
1. Inovasi bermula dengan kepekaan terhadap semua benda dan perkara dalam persekitaran,
khususnya tentang perkara yang digemari oleh manusia dan perkara yang menyusahkan dan
dibenci oleh manusia.
2. Inovasi dibuat bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti apa jua perkara dan benda yang
digemari oleh manusia dan sebaliknya mengurangkan masalah pada pengguna dan klien.
3. Inovasi yang jitu berlaku melalui sesi muafakat dan perbincangan tentang maklumat dan fakta
yang diperoleh daripada pengguna, klien, masyarakat dan persekitaran. Sesi muafakat berlaku
secara berterusan.
4. Inovasi memerlukan lapan jenis manusia iaitu, jemaah tadbir berwawasan (visionaries),
penentu masalah (troublesshooter), pengkritik (iconoclast), detektif, seni ketukangan (craftman),
teknokrat, pemaju (enterpreneur) dan pereka bentuk fleksibel.
5. Inovasi memerlukan keupayaan mengatasi rintangan (barrier jumping) dan keberanian untuk
mencuba idea yang unik dan ganjil.
6. Inovasi mesti diiringi dengan keinginan melakukan inovasi, suasana yang mendorong inovasi
dan penyertaan disebabkan keseronokan melakukan perkara baru dan mencipta nama baru.
7. Inovasi memerlukan jangkaan tentang keadaan masa hadapan

Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan
inovasi pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang
perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku,
melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu
dilaksanakan secara stereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya.

9

Berdasarkan cara ini beberapa kekurangan dikenal pasti. Misalnya, apa yang difahami oleh
penerima tidak semestinya apa yang dihajati oleh penyampai asalnya. Ataupun jika difahami
seperti apa yang dihajati, ada kemungkinan tidak dipersetujui.
Selain halangan dari segi pergeseran maklumat mengenai inovasi pendidikan itu, strategi
kursus juga memerlukan kos yang tinggi, bilangan penyampai yang ramai, halangan pentadbiran
yang banyak, hingga dengan itu keberkesanan sistem lain sering dipersoalkan. Antara masalah
lain yang wujud dalam inovasi pendidikan adalah seperti berikut:-
1. Bidang atau sempadan inovasi pendidikan terlalu luas dan umum bagi mendapat sesuatu
persetujuan.
2. Kepakaran dalam bidang inovasi yang ingin diperkenalkan adalah terhad justeru ketiadaan
pengetahuan dan pengalaman mengenainya.
3. Kajian atau penyelidikan yang telah dibuat dalam usaha ke arah inovasi pendidikan adalah
dilakukan secara sendiri-sendiri dan bersifat beberapa usaha di sana sini. Ia tidak mengkhusus
dan tidak berterusan. Justeru timbul masalah kesinambungan antara kajian-kajian dan
kemantapan hasil.
4. Pengwajaran dan perimbangan untuk tujuan inovasi pendidikan sering mempergunakan
kriteria-kriteria yang terhad. Halangan-halangan dan kekangan-kekangan telah membatasi
kriteria ini ke takat apa yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa dan bukan oleh keperluan
yang berbangkit.
5. Kesan sampingan yang negatif yang berlaku semasa sesuatu inovatif pendidikan dijalankan
telah tidak dipulihkan. Ini mengancam kredibiliti malahan keberkesanan inovasi yang dihajatkan.
6. Sokongan untuk sesuatu inovasi pendidikan tidak konsisten. Ini bermakna sokongan-sokongan
yang sangat diharapkan malah diperlukan oleh pentadbir, pendidik dan guru-guru dalam usaha
menjayakan inovasi ini sering tergugat, tidak kukuh dan tidak berterusan. Sokongan ini sangat
perlu lebih-lebih lagi di peringkat usaha inovasi tersebut.
7. Wujud perbezaan dan bertentangan pendapat dalam kalangan pendidik sendiri dalam usaha
memperoleh inovasi pendidikan.

10

8. Terdapat kurangnya sambutan daripada pencadang inovasi sendiri terhadap kritikan-kritikan
yang datang daripada orang ramai. Biasanya jika ada sambutan yang diberikan, ia lebih
merupakan ssuatu usaha pewajaran sahaja dari pihak pencadang inovasi dan bukannya satu
penjelasan yang berbentuk teknikal dan empirikal.
9. Wujudnya kekeliruan berhubung definisi dan keperluan inovasi pendidikan dalam kalangan
penyampai sendiri dan juga dalam kalangan penerima.
10. Terdapat kecenderungan dalam kalangan penyampai inovasi mengambil, menerima,
memperaku dan menggunakan inovasi pendidikan yang di bentuk oleh negara lain dengan
andaian ia sesuatu untuk kegunaan di negeri ini.
Dalam sesi PdP yang telah dijalankan saya telah memilih bahan pengajaran dan
pembelajaran bukan elektronik. Inovasi yang menggunakan bahan bukan elektronik seperti Roda
Bahasa ini dapat membantu murid-murid untuk memahami pelajaran dan boleh mengurangkan
rasa bosan terhadap pengajaran guru. Atan Long (1980) berpendapat semakin banyak
pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Antara bahan media bukan
elektronik ialah carta, kad gambar, kad imbasan, kad ayat, buku dan surat khabar. Benda-benda
maujud seperti penggunaan boneka, buah-buahan dan alat-alat tulis boleh digunakan untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, melalui permainan roda bahasa ini
dapat memperkembangkan kemahiran murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis. Bagi murid-
murid yang lemah, aktiviti ini dapat membantu mereka dalam menguasai kemahiran bahasa
kerana mereka belajar melalui bermain. Teknik permainan seperti ini dapat membantu murid-
murid menguasai kemahiran bertutur, membaca, menulis, mendengar dan menaakul. Penggunaan
alatan mengajar adalah sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru
kepada murid- muridnya. (Noraziah Abdul Hamid, 1985).
Objektif pemilihan permainan roda bahasa ini adalah bertujuan untuk murid-murid dapat
mencipta dan menyesuaikan padanan perkataan yang mengandungi huruf vokal berganding
dengan lebih mudah.



11

5 Laporan Perlaksanaan Konsep Inovasi dalam PdP
Seminggu sebelum perlaksanaan PdP di dalam kelas dijalankan, saya telah membuat beberapa
persediaan bagi memastikan proses PdP saya berjalan lancar. Saya telah mula mengumpul
bahan-bahan yang akan diguna pakai untuk menghasilkan Roda Bahasa. Monting Board
menjadi teras utama tapak bagi menyokong Roda Bahasa yang akan digunakan di dalam kelas.
Kemudian, beberapa alatan lain seperti skru, nat, gunting,pisau, pita pelekat telah digunakan
untuk membentu papan Roda Bahasa ini.
Setelah Roda Bahasa ini siap, saya telah melakukan ujian ketahanan terhadap bahan
inovasi ini bagi menjamin mutu buatan agar tahan lama ketika digunakan nanti. Setelah menguji
dan mengubah suai kelemahan yang terdapat pada bahan tersebut maka, saya beralih pula untuk
menyeiakan kad-kad perkataan yangmengandungi vokal berganding.
Saya telah memulakan PdP saya dengan membuat set induksi yang ringkas dan mengikut
kesesuaian murid. Set induksi ini telah dipilih berdasarkan pengetahuan sedia ada murid. Saya
telah mengeluarkan dompet daripada poket saya untuk ditunjukkan kepada murid-murid di
dalam kelas. Ketika saya mengeluarkan dompet tersebut jelas kelihatan riak wajah murid-murid
begitu teruja dan seolah-olah tidak sabar untuk mengetahui apakah yang akan diajar oleh guru
pada masa itu. Lantas, saya mengajukan beberapa soalan mudah kepada murid-murid ini.
Dengan pantas soalan saya telah dijawab dengan tepat oleh murid-murid yang memberikan
jawapan duit yang saya keluarkan daripada dompet. Saya meneruskan pengajaran dengan
memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari itu iaitu Vokal Berganding.
Seterusnya, saya meminta beberapa orang murid menyebut kad perkataan yang akan
digunakan untuk Roda Bahasa. Murid diminta menyebut dan mengeja perkataan yang
mengandungi vokal berganding. Aktiviti seterusnya saya melekatkan papan permainan bahasa
Roda Bahasa. Murid kelihatan tidak sabar untuk menunggu arahan saya yang seterusnya. Saya
meneruskan aktiviti permainan bahasa saya dengan menunjuk cara bermain alat permainan
tersebut. Penglibatan aktif murid-murid dapat dikawal dengan baik. Murid-murid dapat
memadankan kesemua perkataan dengan gambar yang terdapat pada Roda Bahasa itu. PdP pada
hari itu diakhiri dengan aktiviti menulis dn latihan pengukuhan kepada murid.Keseluruhannya,

12

proses PdP pada hari tersebut telah berjalan dengan lancer dan menndapat respons yang amat
baik daripada murid.


















Lampiran

13


14


15


16


17


18