Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu:

Saya adalah guru Bahasa Malaysia Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan St. Paul yang mengajar
mengikut Program Linus anjuran KPM di bawah NKRA dari tahun 2013 hinggalah sekarang.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia selama 3 bulan pada tahun 2013,
saya telah mendengar bacaan murid dari Tahun 2 Einstein seramai 4 daripada 14 orang melalui
aktiviti membaca berdasarkan modul yang dibekalkan dan mendapati mereka kurang minat
untuk mengeja dan membaca.Timbul persoalan di fikiran saya mengapa agaknya mereka tidak
boleh menyebutkan perkataan vokal berganding dengan sebutan yang betul mengikut suku kata,
ini menyebabkan kemahiran membaca mereka amat lemah. Oleh itu, saya telah menjalankan
pemerhatian tidak berstruktur dalam P&P saya. Hasil dapatannya, saya dapati mereka kurang
berminat untuk membaca, tidak boleh membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan
betul sebutannya, serta kurang memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan amat suka
bermain-main semasa P & P terutama di kelas biasa. Sekiranya masalah ini tidak diberi
perhatian, maka mereka akan menjadi murid yang tercicir. Sehubungan itu, saya telah
menjalankan kajian tindakan ini.

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya
memfokuskan kajian ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan vokal
berganding. Secara khususnya murid berkenaan menghadapi masalah membaca di peringkat
suku kata dan masalah pengamatan. Untuk mengatasi masalah mereka, satu inovasi berbentuk
permainan telah diketengahkan. Melalui pemerhatian dan kajian, didapati kebolehan guru
menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan
mengaplikasikan inovasi Permainan Bahasa ke Arah Meningkatkan Kemahiran Membaca
Vokal Berganding, merupakan daya pengerak kepada pengukuhan bacaan dan minat murid.
Pengajaran dan Pembelajaran Guru Murid menjadi lebih seronok, dan guru dapat mengetahui
kekuatan dan kelemahan murid. Akhirnya manipulasi alat dan bahan digunakan untuk aktiviti
pengukuhan seterusnya.

Semasa aktiviti Roda Bahasa dilaksanakan, saya berasa sangat gembira , terharu dan
bangga, atas catatan pencapaian yang telah diperoleh oleh 10 orang murid sasaran kajian saya.
Walaupun aktiviti 2 adalah aktiviti yang tertinggi aras kemahiran bacaanya tetapi atas minat,
keyakinan yang lahir kesan daripada permainan ini, telah menyebabkan 8 daripada mereka
mencatatkan keputusan yang membanggakan .Dua orang daripadanya yang amat lemah bacaan
mereka pun telah mencatatkan keputusan yang membanggakan. Seorang daripadanya ,telah
menunjukkan minat untuk datang ke sekolah dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di
kelas saya dan boleh membaca perkataan suku kata kvk walaupun pada awalnya, dia tidak
mengenal huruf a z. Murid berjaya mengecam dan membetulkan kesalahan yang sengaja guru
lakukan untuk menguji penguasaan bacaan mereka.

Selepas menjalankan kajian kepada 10 orang murid tersebut, mereka suka membaca dan
menyatakan aktiviti membaca itu sesuatu yang menyeronokkan. Inilah salah satu luahan kata
yang telah diungkapkan oleh salah seorang murid kajian, Cikgu dulu saya takut nak baca, tetapi
sekarang saya suka baca, ..Di sisi murid, pengaplikasian permaianan bahasa Roda Bahasa dalam
P&P telah meningkatkan motivasi, menghilangkan rasa rendah diri, meningkatkan tahap
kepuashatian murid dan semangat untuk terus belajar. Hal ini kerana mereka telah berjaya
melepasi halangan iaitu kegagalan menguasai kemahiran membaca. Tanpa dapat dinafikan
bahawa bahasa merentas kurikulum. Sesungguhnya situasi yang memberi sinar harapan ini
disumbangkan oleh keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam kaedah rawatan
menggunakan teknik permaianan bahasa.

Melalui aktiviti yang dijalankan bagi pihak guru pula, saya dapat merangka rancangan
pengajaran yang menarik minat murid kepada mata pelajaran Bahasa Malaysia dan dapat
meningkatkan keyakinan diri sendiri. Selain itu kaedah ini juga menjadi daya penggerak kepada
pengukuhan bacaan murid. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok, guru dapat
mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Maklum balas ini penting untuk tindakan susulan
yang selanjutnya. Aktiviti secara permainan ini dapat mengeratkan lagi hubungan mesra guru
dan murid. Murid tidak lagi berasa takut untuk menyebut perkataan sambil bermain. Perasaan ini
perlu terus dipupuk pada kemahiran bacaan yang lebih tinggi, seperti dalam mengajar membaca
perkataan yang mengandungi diftong dan diagraf berganding, serta membaca ayat untuk
kepelbagaian ayat di masa akan datang.

Dengan ini saya telah dapat menanamkan keyakinan diri dan merasakan dirinya benar-
benar berguna dan dihargai . Sesungguhnya aktiviti yang tidak membosankan ini telah
menggalakkan murid untuk mencuba dan terus mencuba, untuk terus menghabiskan permainan
dan memperoleh ganjaran sama ada dalam bentuk material atau non material (pujian dan
sanjungan ). Rumusannya , aplikasi Roda Bahasa dalam P&P Bahasa Malaysia secara tidak
langsung telah membantu murid untuk menguasai 3M seiring dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi ,
rohani dan intelek.

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif
dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar.Saya mencadangkan untuk
mengguna pakai Teknik Permainan ini untuk mengajar kemahiran membaca pantun dan
simpulan bahasa. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis
perkataan berasaskan latih tubi membaca . Saya juga berhasrat untuk membina model-model
Jejak kv+kvk, Jejak kvk+kvk, dan kemahiran seterusnya yang lain dengan melengkapkan lagi
model ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebih menarik, serta melengkapkannya
dengan soalan-soalan serta kaedah yang lebih mencabar dan kreatif. Semoga hasil kajian saya ini
dapat dimanfaatkan dan menjadi proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.