Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN

================================================

1.0 PENGENALAN 22

2.0 PERALATAN 23

3.0 TEKNIK MULA LARI PECUT 24

4.0 FASA-FASA LARIAN 26

LARI PECUT
22

1.0 PENGENALAN

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang 
pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di 
kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut 
menjadi semakin popular. Acara ‘stade’ adalah antara acara yang mula-mula 
dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang 
stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan ‘dialos’ 
berjarak 384 meter (192 meter x 2 meter) diadakan.
Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang
dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada
ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki.
Semua atlit menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza-
beza. Pagar permulaan yang dinamakan ‘husplex’ digunakan untuk memulakan
perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad ke-19 terbatas kerana tiada
undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa 
yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah 
mengenai cara mana yang patut digunakan. Walau bagaimanapun persetujuan
dibuat  untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang
paling baik dan diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880-an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan
sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah ‘pencil start’, di mana para atlit berlari 
20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan
persetujuan dan tembakan. Kemudian wujud gaya dekam pada tahun 1884. Di
Australia gaya ini dikenali sebagai ‘kangaroo start’. Sebelum tahun 1921
kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk
wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. 
Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh
Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies
Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang
dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928 dalam acara 200 meter, rekod larian
sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa
selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi
wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph
23

dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa
22.9 saat. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya
mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan
masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat
bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena
Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita
Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

Rajah 1.1: Lari pecut

2.0 PERALATAN
Dalam acara balapan atau larian, tidak banyak alatan yang digunakan. Bagi acara
lari pecut 100 meter, alatan dan kemudahan yang diperlukan adalah:

i. Trek larian 100 meter


ii. Blok permulaan
iii. Kasut (spike)

Rajah 1.2: Blok permulaan dan kasut


3.0 Teknik mula dan lari pecut
24

Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri dan
gaya dekam. Kebiasaanya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut.

a. Gaya berdiri

i. Persediaan
 peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula
sebelum arahan 'ke garisan' diberi.

ii. Ke garisan
 Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan
rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang
sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.
 bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki
hadapan.
 condongkan badan ke hadapan.
 kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan
dengan kaki hadapan.

Rajah 1.3: Gerakan “ke garisan”

iii. Sedia
25

 condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke


hadapan.
 bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah.
 badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol
ataupun tiupan wisel.

Rajah 1.4: Gerakan “sedia”

iv. Mula
 pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan
menolak kuat kaki hadapan.

Rajah 1.5: Gerakan “mula”

4.0 FASA-FASA LARIAN


26

Terdiri daripada tiga fasa larian iaitu,


a. Fasa permulaan
Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya
panjang.

i. Memulakan larian tanpa blok permulaan


 Gaya peluru
o berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
o hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan
o ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

 Gaya sederhana
o berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
o lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan
o ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

 Gaya panjang
o berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
o lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan
o ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

ii. Memulakan larian dengan blok permulaan


 Gaya peluru
o blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan
o blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan
blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

 Gaya sederhana
o letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan
o blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
27

 Gaya panjang
o blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan
o blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

b. Fasa larian
i. Pecutan
 selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempat
di blok permulaan.
 tangan lurus dan buka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka
dengan luas dan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain,
diletakkan di belakang garisan mula.
 kepala dan leher didongak iaitu sebahagian dari 'torso'. Mata
pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan
'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke
hadapan.
 selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan
dengan hayunan pergerakan yang kuat bahagian tangan dan kaki.
 tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan
pergerakan hayunan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke
belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan pada sudut 90 0.
 Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada
tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan
melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter,
kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan.
Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

ii. Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan


 fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter iaitu
pada awal larian
 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kira-kira 18
meter
 apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar
pecutannya ditentukan oleh tahap kevergasan fizikal atlit.
28

iii. Larian di selekoh


 pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat
kuasa 'centrifugal'
 pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan
larian selekoh berkesan untuk mengimbangi kuasa 'centrifugal'
 tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan
mengarah ke dalam.

c. Fasa penamat
i. Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya
ii. pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan penamat
iii. cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan
bahagian dada ke hadapan

Anda mungkin juga menyukai