1.1. Perbincangan tentang aspek kepimpinan, sama ada kepimpinan ditinjau dari sudut ketokohan individu ataupun dari sudut kepimpinan dalam konteks sesebuah organisasi, merupakan salah satu tajuk yang sentiasa menjadi perhatian dalam bidang pengurusan. Tajuk ini sering kali disentuh dalam buku-buku,majalah dan juga jurnal pengurusan. Di samping itu, pelbagai aspek yang ada kaitan dengan hal-ehwal kepimpinan menjadi bahan perbincangan dan perbualan di kalangan tokoh-tokoh politik dan juga kesatuan. Justeru itu bolehlah dikatakan bahawa perbincangan tentang kepimpinan ini bukanlah satu tajuk yang baharu. Bahkan dalam bidang psikologi, fenomena-fenomena berkaitan dengan kepimpinan ini telah disentuh dan dikaji sejak tahun 1920-an lagi (Aminuddin Mohd. Yusuf,1990).
1.2. Dalam hal ini dapatlah dibuat satu andaian, bahawa apa saja yang berkaitan dengan kepimpinan pastinya akan menjadi sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Tamabahan pula dalam naluri kehidupan manusia itu sendiri sememangnya memerlukan pemimpin dalam setiap masa. Ini disebabkan kewujudan individu yang disebut sebagai pemimpin dan pengikut merupakan salah satu daripada syarat kewujudan dan penyusunan masyarakat itu sendiri. Sebenarnya tidak akan berlaku penyusunan masyarakat itu sendiri tanpa ada pemimpin dan pengikut. Bahkan mengikut Mohd. Nahkhaie (1996:246) adalah didapati dalam mana-mana masyarakat sekalipun terdapat gejala yang membuktikan bahawa pemimpin dengan kepimpinannya merupakan kemestian bagi kehidupan masyarakat.
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 2 201647 & 209293
2. OBJEKTIF 2.1. Untuk memahami dan cuba menonjolkan secara lebih jelas dan teratur apalah falsafah, prinsip dan matlamat kepimpinan subjek kajian. 2.2. Untuk meninjau dan menghuraikan secara lebih jelas perkara teras kepada subjek untuk menentukan arah hala kepimpinannya sebagai ketua. 2.3. Untuk melihat dan mengenalpasti gaya dan corak kepimpinan. 2.4. Untuk mengetahui apakah kejayaan yang dapat dicapai. 2.5. Untuk mengetahui apakah masalah kepimpinan yang dihadapi dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.
3. KAEDAH METADOLOGI 3.1. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif. Ini disebabkan kaedah penyelidikan kualitatif mempunyai keupayaan untuk mendapatkan maklumat terperinci,menganalisis dan menerapkan konsep-konsep utama khususnya dari segi aspek-aspek yang berkaitan dengan kepimpinan seperti definisi kepimpinan. 3.2. Dalam kajian ini, banyak maklumat didapati atas dasar pengalaman bekerja, informan serta kaedah-kaedah yang lain iaitu:- 3.2.1 Pemerhatian penyertaan Bagi kaedah pemerhatian secara berpenyertaan dan temubual melalui telefon,berhubungan dengan e-mel dan pengalaman selama bekerja dengan beliau (2001-2004) sebagai Pembantu Tadbir Rendah (N11) di Pejabat Ketua Pengarah telah memberikan saya ruang dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Bukan bermakna saya menidakkan kepimpinan Ketua Pengarah selepas itu iaitu YBhg. Prof. Dato Dr. Haji Firdaus Bin Hj. Abdullah dan YBhg. Dato Termuzi serta GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 3 201647 & 209293
YBhg.Dato Dr. Haji Awang Sariyan yang menerajui dengan baik selepas kepimpinan Dato. Hj. A. Aziz Deraman. Cuma hati lebih tertarik dengan Dato Haji A. Aziz Deraman akan perwatakan dan cara-cara beliau melayan staf atasan serta bawahan sehinggalah sekarang beliau masih lagi menghubungi saya dan menganggap saya sebagai salah seorang ahli keluarganya. Begitu sekali kepimpinan beliau semasa dan selepas menerajui Dewan Bahasa dan Pustaka. 3.2.2 Meneliti maklumat-maklumat yang berekod seperti kertas kertas kerja dan buku-buku yang berkaitan. Saya merupakan jurutaip beliau dalam menyiapkan banyak kertas kerja dan puisi-puisi yang telah dijadikan sebagai buku sekarang.
4. DEFINISI KEPIMPINAN
4.1.Definisi kepimpinan dapat dilihat dalam pelbagai maksud dan pengertian yang diberikan oleh tokoh-tokoh dari dalam dan luar negara. Sebagai contoh definisi oleh:- 4.1.1. Juhary dan Ishak (1991:69), mendefinisikan kepimpinan itu sebagai satu proses yang mengemblengkan tenaga insane kea rah pencapaian matlamat organisasi. 4.1.2. Jaafar Muhamad (1992:195), menjelaskan wujudnya kepimpinan ialah apabila seseorang itu mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain kea rah pencapaian objektif terntentu. 4.1.3. Aminuddin Mohd. Yusof (1990) pula mengutarakan bahawa kepimpinan itu hanyalah salah satu proses interaksi sosial yang kita alami setiap hari. GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 4 201647 & 209293
Kepimpinan melibatkan proses mempengaruhi, yang menunjukkan pengaruh secara berniat dikemukakan oleh pemimpin kepada pengikut. 4.1.4. R.W.Nickson (1990:12), berpendapat kepimpinan ialah tugas dan tingkah laku yang diharapkan daripada seseorang pengurus supaya kakitangannya bersemangat untuk bekerja secara individu dan kolektif untuk mencapai matlamat bersama. 4.1.5. Penjelasan dalam perenggan 4.1.1 hingga 4.1.4 seperti di atas memberikan tumpuan takrifan kepimpinan dari sudut pandangan umum sahaja tanpa menyentuh pandangan Islam. Dari perspektif Islam kepimpinan tidak semata-mata berasaskan pendapat ataupun autoriti yang tidak tetap, tetapi ia adalah autoriti yang digunakan oleh seseorang individu mengikut prinsip yang digariskan dalam al-Quran dan Sunnah Rasullah S.A.W (Muhammad Al-Buraey, 1992:331). 4.1.6. Dengan berpandukan kepada lima pandangan seperti di atas termasuk juga dengan perspektif Islam, kami berpendapat secara mudahnya kepimpinan itu bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses menggunakan keupayaan untuk mempengaruhi orang lain ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan juga matlamat individu dalam kumpulan berkenaan. Di samping itu juga, apa yang penting bahawa aktiviti yang hendak di arah dan dipengaruhi oleh pemimpin mestilah berkaitan dengan tugas dan melibatkan pengaruh dua hala yang diarah untuk mencapai matlamat bersama.
5. PERANAN PEMIMPIN YANG BERKESAN DI DALAM SESUATU ORGANISASI
5.1. Pelbagai sudut boleh dilihat untuk meninjau dan mengukur tentang sama ada wujud atau tidaknya kepimpinan yang berkesan dimiliki, dimanifestasi dan dilaksanakan GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 5 201647 & 209293
oleh seseorang pemimpin. Penilaian dan pengurusan kepimpinan yang berkesan bukanlah semata-mata diasaskan kepada hasil atau natijah terakhir daripada kepimpinan itu semata-mata. Sebaliknya melibatkan juga aspek-aspek sebelum wujud atau terlaksana atau terciptanya hasil terakhir itu. 5.2. Empat faktor yang boleh dijadikan asas untuk melihat keberkesanan sesuatu kepimpinan itu iaitu:- 5.2.1. Mengetahui dan melatih diri anda Kebanyakkan pemimpin terdiri daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, berinisiatif, mempunyai keyakinan diri dan kebolehan menyelia. Oleh itu latihan-latihan dalam membuat keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan diri amat berfaedah untuk memimpin masa kini juga bakal pemimpin. 5.2.2. Mengetahui dan mengawal daya anda Adalah perlu bagi pemimpin menganalisis dan memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan suatu keadaan kelunturan (fleksibel) supaya dapat dipadankan dengan situasi yang berkenaan. 5.2.3. Mempercayai perkara-perkara baik tentang orang lain Dengan mempercayai bahawa manusia pandai, kreatif, sanggup bekerja,bertanggunjawab dan ingin menyelesaikan masalah, akan dapat meningkatkan lagi pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan. 5.2.4. Memenuhi keperluan-keperluan staf Ciri ini untuk menyebutnya adalah mudah, tetapi pada praktisnya pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi. Untuk itu penyertaan staf dalam sesi dialog dan sesi pembuatan keputusan, yang membincangkan perkara-perkara GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 6 201647 & 209293
penting organisasi seperti matlamat dan belanjawan mengurus wajar diamalkan. 5.2.5. Sesuaikan kepada diri ciri-ciri kerja Sebagai contoh, untuk tugas-tugas kreatif dan yang berbentuk keusahawanan, adalah wajar bagi penyelia menimbulkan matlamat yang menyeluruh untuk dijadikan panduan oleh staf, dan kemudiannya terpulang kepada budi bicara mereka untuk menjalankan kerja berkenaan. 5.2.6. Bertindak sebagai pemimpin Dalam semua hal pengurus atau ketua perlu bertindak sebagaimana yang dijangkakan dan diingini oleh pengikut atau staf, agar mendapat sanjungan yang setimpal dengan taraf kepimpinannya.
5.3. Berdasarkan enam faktor di atas boleh kita simpulkan bahawa ukuran kepimpinan yang berkesan atau pun sebaliknya boleh dilihat kepada empat perkara atau perubahan iaitu: 5.3.1. Perubahan positif pada diri pemimpin itu sendiri. 5.3.1.1. Sebagai contoh Dato Haji A. Aziz Deraman menunjukkan cirri seorang pemimpin yang disegani di dalam dan luar negari atau di kementerian-kementerian. Beliau juga menitik beratkan soal agama jika melakukan sesuatu kerja yang sering beliau terapkan iaitu kerja itu adalah satu ibadah. 5.3.2. Peningkatan daya pengeluaran atau perkhidmatan. 5.3.2.1. Beliau juga sering memberi ruang kepada pekerja untuk berjumpa dalam menyelesaikan pelbagai masalah (meluahkan masalah) samada kerja atau diluar bidang kerja, beliau beranggapan dengan GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 7 201647 & 209293
cara ini staf dapat mengurangkan tekanan kerja dan dapat meningkatkan mutu kerja, produktiviti serta perkhidmatan yang sentiasa konsisten. 5.3.3. Peningkatan kepuasan kerja dan sayangkan kepada kelompok dan organisasi di kalangan pengikut atau ahli kumpulan. 5.3.3.1. YBhg. Dato juga sering mengadakan perjumpaan dengan staf setiap sebulan sekali iaitu secara rasmi terutama dalam memperjelaskan pelbagai isu semasa kepada semua staf melalui perhimpunan bulanan manakala beliau juga mewajibkan semua staf menyertai badan keluarga DBP agar dapat mengenali antara satu sama lain melalui sukan, kebudayaan dan sebagainya. Beliau juga sering menggalakkan penglibatan semua staf dalam pelbagai cabang ilmu dengan memberikan kemudahan biasiswa dan skim latihan jangka pendek dan panjang kepada staf yang inginkan peningkatan kerja dan mutu kerja. 5.3.4. Pengurangan masalah kerja dan perubahan dalam kelompok. 5.3.4.1. Dengan adanya pelbagai latihan dan bengkel serta menghantar staf menghadiri kursus secara beramai-ramai tidak kira pangkat. Natijah daripada itu, perubahan pandangan dan pemikiran serta pergaulan staf tidak lagi mempunyai tembok atau komunikasi satu hala tetapi memberi peluang kepada staf untuk mengenali antara satu dengan yang dengan lain lebih dekat lagi. Percambahan idea di dalam kumpulan dan kelompok melalui kursus-kursus dapat mengurangkan masalah kerja yang membebani mereka selama ini. Sebagaimana yang kita ketahui, tahap komunikasi diantara GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 8 201647 & 209293
kumpulan sokongan dan professional masih ada lompangan dan jarak pemisah yang membuatkan mutu kerja dan tahap kerja hanya mencapai tahap yang memuaskan berbanding jika terdapat semangat berpasukan didalam sesuatu jabatan, mutu kerja dapat ditingkatkan dan berlaku perubahan di dalam kelompok tersebut.
6. MANTAN KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) , DATO HAJI A. AZIZ BIN DERAMAN 6.1. Biodata ringkas Dato Haji A. Aziz Deraman Kelahiran Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia 1948, beliau mendukung kekayaan warisan tradisi kebudayaan dan keagamaan sebuah negeri yang tersohor di wilayah timur peradaban Melayu. Tradisi agama dan budaya itulah yang menjadi asas kekuatan pelbagai rupa kegiatannya. Sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (P.T.D), dikenali dengan budayawan-pentadbir, beliau telah berkhidmat di pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan dalam tempoh 33 tahun setelah tamat pengajian dari Universiti Malaya 1971. Beliau adalah Ketua Pengarah Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, setelah bertukar nama beberapa kali) 1981-1989, sehingga ke jawatan terakhir, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka 1994-2004.
Sewaktu memegang tampuk DBP, beliau menetapkan wawasan ke arah mengangkatkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kekuatan rantau dan menterjemahkan peranannya sebagai salah satu bahasa utama dunia. Beliau mengambil inisiatif membina jaringan budaya secara institusional di kalangan sarjana bahasa dan sastera Melayu-Polinesia, mengadakan kumpulan kerja global antara universiti, sarjana dan peneliti bertaraf dunia daripada Eropah, Amerika, Asia-Oceania bagi meletakkan kebudayaan Melayu lebih bermakna di bidang akademik. Peranan beliau membantu usaha mendirikan program GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 9 201647 & 209293
bahasa Melayu dan pusat-pusat pengajian Melayu di universiti-universiti Eropah, Amerika Syarikat, Rusia, Uzbekistan, China, Korea, Jepun, Australia, New Zealand, Filipina dan Thailand sangat dihormati.
Beliau juga menghasilkan beberapa buah buku dan monograf disamping menulis kertas kerja untuk seminar dan persidangan tentang kebudayaan dan peradaban Melayu di dalam dan luar negeri. Antara buku beliau: Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (1975/2001), Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (2000), Intelektualisme Budaya (2005), Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia (2005) dll. Kumpulan-kumpulan puisi: Kau dan Aku (1994/2004), Bahtera Madani (2001), Gapura Diri (2002), Bicara Kasih (2004), Zaman Baru (2006), Mahligai Kencana (2009). Nama penanya Azidra dan Ade Putragong.
Beliau juga aktif dalam pelbagai pertubuhan dan persatuan budaya, bahasa dan sastera di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya Pengerusi Sidang Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia (MABBIM) (1995-2004), Pengerusi Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) (1996-2004), Pengerusi Tetap Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) (2000-2004), Pengerusi Sidang Forum Kerjasama Penerbitan Serantau (FOKEPS) (2001- 2004), AJK Eksekutif dan Naib Presiden Majlis Pertubuhan Kesenian dan Festival Antarabangsa (CIOFF/UNESCO) Sektor Asia-Oceania (1984-2002), Naib Presiden, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)(1983-1995), Deputi Presiden Persekutuan pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT)(1985-1995), Timbalan Pengerusi, Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) (1992-1998).
Selain AJK GAPENA, beliau kini (sehingga 2009) Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Karyawan, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Ahli Lembaga Pengarah FELCRA dan Lembaga Pengarah Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan (SPPK). Beliau adalah juga Ahli Lembaga Pengarah bagi Research Centre For Islamic History, Art and Culture (IRCICA/OIC), Istanbul. GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 10 201647 & 209293
Dato Haji A. Aziz Deraman telah menerima beberapa darjah dan anugerah kebesaran seperti D.P.S.K.(2001); D.S.P.N.(2003); J.S.M.(1997); K.M.N.(1990); dan D.M.M.(1999). Anugerah-anugerah lain antaranya termasuklah Tokoh Budayawan Kelantan (1986), UNESCO Fellowship on Cultural Planning and Programming (1983), A.S. Pushkin Memorial Medal, Russia (1999), Prof Kehormat Guangdong University of Foreign Studies (GDUFS), China (2001), Anugerah PUSPA (Persatuan Penulis dan Seniman Kelantan) (2004), Anugerah Khas Presiden ABIM (2003), Tokoh Persahabatan Malaysia-China (2004), Anugerah Pejuang Bahasa (Kamilian)(2004), Anugerah Pencetus MASTERA (Indonesia 2005), Honorary Award (Culture and Education), Soka University, Tokyo (2006), Prof Adjung Universiti Utara Malaysia (UUM) (2006-2008). 6.2. Kejayaan Yang Diraih 6.2.1. Sejak dilantik menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1 Ogos 1994 hinggalah tamat perkhidmatan beliau pada 1 Ogos 2004. Begitu banyak kejayaan yang boleh dibanggakan yang telah dicapai oleh beliau. Antara kejayaan tersebut ialah:- 6.2.1.1. Mewujudkan biasiswa khas DBP kepada pelajar Ijazah Pertama yang bukan warga DBP. Biasiswa ini dikenali dengan nama Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail dan diberikan kepada mahasiswa yang mengkhusus dalam bidang bahasa atau dalam bidang sastera. Pada setiap tahun dua kemudahan biasiswa disediakan. 6.2.1.2. Beliau berjaya mendapatkan kelulusan EPU-JPM dan Kementerian Kewangan untuk mendirikan sebuah bangunan DBP yang baharu. Bangunan setinggi 33 tingkat ini dianggarkan akan menggunakan peruntukan sebanyak lebih kurang RM123 juta. Kini bangunan tersebut telah digunakan dan telah siap pada tahun 2002 sepenuhnya. GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 11 201647 & 209293
Bangunan ini dibina bersebelahan dengan bangunan lama dan berhampiran dengan Wisma Putra. 6.2.1.3. Beliau juga telah berjaya mengadakan begitu banyak MOU dengan pelbagai institusi di dalam dan luar negara. Sehingga kini melebihi 30 MOU telah ditanda tangani, hingga melibatkan negara-negara di Benua Afrika. Sebahagian besar MOU yang ditanda tangani itu melibatkan aspek penyebaran dan penggunaan bahasa Melayu, dan yang selebihnya melibatkan kegiatan kesusasteraan dan penerbitan buku. 6.2.1.4. Mewujudkan Sasaran Kerja Utama (SKU) DBP untuk tempoh dari tahun 1995 hingga 2005, dengan memberiknan penekanan yang serius kepada aspek bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dan Penerbitan buku. 6.2.1.5. Selain daripada yang tersebut di atas, satu lagi kejayaan besar yang telah dicapai oleh beliau selaku mantan pemimpin tertinggi DBP ialah pindaan Akta 213 DBP. Melalui pindaan tersebut Parlimen telah bersetuju dengan beberapa perubahan peruntukan dalam akta yang berkenaan. Hasil daripada kelulusan Parlimen itu, maka undang- undang tubuh DBP dikenali sebagai Akta 213 DBP (Pindaan dan Perluasan) yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 1996. 6.2.1.6. Rentetan daripada kejayan tersebut beliau telah berjaya membuka tiga Pejabat DBP Wilayahnya, iaitu DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), DBP Wilayah Timur di Kota Bharu,Kelantan (1999) dan DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru, Johor (2000). Pembukaan ini adalah bertujuan untuk membantu GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 12 201647 & 209293
menyebarluaskan bahasa dan budaya Melayu hingga ke Thailand, negera-negara Indo-China, Sumatera dan Singapura. 6.2.1.7. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dicoretkan dalam kejayaan beliau ini dari segi penggunaan teknologi maklumat diperluaskan penggunaannya di dalam kalangan staf DBP sendiri dengan dibekalkan semua komputer dan perluasan talian internet boleh dicapai di dalam lama sesawang intranet DBP sendiri berkenaan dengan sistem kewangan, kehadiran, sumber manusia, data korpus, multimedia, penerbitan elektronik dan banyak lagi. Tetapi ini hanya sebahagian kecil kejayaan beliau semasa 10 tahun memegang teraju sebagai pemimpin tertinggi (Ketua Pengarah) di DBP untuk dipaparkan dalam tugasan ini (Citra DBP, 2003).
7. RUMUSAN 7.1. Untuk menjadi seorang pemimpin bukannya mudah apa lagi memimpin orang bawahan serta sekeliling kita. Jika dilihat akan definisinya juga menggambarkan intipati keperluan pemimpin dalam masyarakat atau dalam kalangan kita. Pemimpin yang berjaya dilihat dari segi pelbagai sudut seperti komunikasi, corak kepimpinannya, keberkesanan kepimpinannya serta apakah tujuan dan serta objektif yang mesti ada pada seorang pemimpin dalam melaksanakan dan menjayakan apa jua yang dibuat dan dirancangkan. 7.2. Peranan pemimpin juga perlu dilihat dari pelbagai sudut sama ada dari segi kepimpinan secara Islam iaitu bagaimana seorang pemimpin berinteraksi dengan orang sekeliling dalam organisasinya serta bagaimana pemimpin tersebut GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 13 201647 & 209293
mengaplikasikan ciri-ciri seorang pemimpin yang berpegang kepada agama, berkaliber dari segi moral, kerja dan beretika di tempat kerja. 7.3. Jika dilihat secara keseluruhan, kepimpinan ini adalah satu aspek kepimpinan yang amat luas skopnya dan agak susah untuk menemui garis penamatnya.
RUJUKAN 1. Dr. Ahamd Atory Hussain (1996), Pengurusan Sumber Dalam Organisasi Awam dan Syarikat, cetakan 1,Utusan Publication & Distibutors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
2. Dr. Aminuddin Mohd. Yusof (1990), Kepimpinan, Cetakan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3. Dr. Aminuddin Mohd. Yusof (1994), Kepimpinan, Motivasi dan Prestasi Model Guru dan Tentera, Cetakan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
4. Gerald M.Goldheber (1990), Komunikasi Dalam Organisasi, Cetakan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
5. Harold Koontz & Heinz Wiehrich (1991), Pengurusan, Cetakan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur. 6. Jaafar Muhamad (1992), Asas Pengurusan, Edisi ke-2, Penerbian Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
7. James A.F.Stoner & Charles Wankel (1989), Pengurusan, Edisi ke-3, Amiza Association (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Kuala Lumpur.
8. Juhary Haji Ali & Ishak Ismail (1991), Prinsip dan Amalan Pengurusan, Cetakan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
9. Juhary Haji Ali & Ishak Ismail (2004), Prinsip dan Amalan Pengurusan, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
10. Kerajaan Malaysia (1978), Akta 213-Akta Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pustaka-1956 (Disemak 1978), Percetakan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
11. Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia (2003), Citra Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
12. Abu Bakar Hamed (2005), Pengajian Perniagaan, Cerdik Publications Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 14 201647 & 209293
13. Dr. Razali Mat Zin (1996), Kepimpinan Dalam Pengurusan, Cetakan 1, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
14. R.W. Nickson (1990), Bagaimana Menjadi Pengurus Yang Berjaya, Cetakan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
15. Prof. Madya Dr. Samsudin A. Rahim (1993), Komunikasi Asas, Cetakan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
16. Kerajaan Malaysia (1978), Akta 213- Akta Dewan Bahasa dan Pustaka-1959 (Disemak 1978), Percetakan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Dokumen Serupa dengan Gmgm2023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam a Aziz Deraman