Anda di halaman 1dari 3

201647 GMGM2033 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

1

1.0 PENGENALAN

1.1 Penilaian prestasi merupakan suatu proses yang sistematik bagi menilai kekuatan
dan kelemahan pekerja dalam melakukan kerjanya pada suatu tempoh masa.
Penilaian prestasi dapat memainkan peranan untuk memberi maklum balas
prestasi pekerja, memberi latihan, asas menentukan ganjaran, makluman
keberkesanan latihan, dan makluman kepada organisasi tentang kualiti tenaga
kerja yang terdapat dalam organisasi mereka. Di samping itu, ia juga boleh
mengesahkan sama ada proses pemilihan induksi, latihan, dan pembangunan yang
dibuat benar-benar berkesan. Penilaian prestasi adalah penting bagi organisasi
membuat keputusan berhubung dengan pengurusan sumber manusia.
2.0 TUJUAN PENILAIAN PRESTASI

2.1 Tujuan asas penilaian prestasi adalah untuk memberikan maklum balas kerja
kepada pekerja agar mereka dapat memperbaiki prestasi mereka. Penilaian boleh
diadakan bagi tujuan pembangunan pekerja atau pengadilan pekerja. Penilaian
tertumpu pada pembangunan pekerja agar membolehkan pihak majikan
menentukan keperluan pembangunan dan bimbingan pekerja yang memerlukan.
2.2 Jika data laporan penilaian prestasi pekerja berubah dari tahun sebelumnya
(kurang memuaskan), pihak majikan boleh mengenal pasti kekurangan yang
diperlukan oleh pekerja sebagai contoh dengan menyediakan latihan dan
kaunseling atau motivasi yang berbentuk latihan di luar pejabat.
2.3 Penilaian prestasi juga dapat digunakan untuk membuat keputusan tentang hal-hal
seperti memberi pampas an, kenaikan pangkat, kenaikan gaji,pemindahan tempat
kerja dan sebagainya dapat diadili dengan jelas. Ini kerana, berdasarkan laporan
201647 GMGM2033 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM
2

prestasi tersebut kita dapat membezakan prestasi pekerja yang baik dan kurang
baik iaitu dengan membandingkan pekerja antara satu dengan yang lain dengan
mengikut piawaian-piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi kerajaan
mahupun swasta.
3.0 KAEDAH PENILAIAN
3.1 Kaedah Skala Pengkadaran
3.2 Kaedah Karangan
3.3 Kaedah Pemeringkatan
3.4 Kaedah Penilaian Menyeluruh Kerja
3.5 Kaedah Penilaian Natijah
3.6 Kriteria Menentukan Penilai
4.0 KEBAIKAN DAN MASALAH
4.1 Kebaikan
4.1.1 Meningkatkan mutu kerja
4.1.2 Semangat untuk memajukan diri
4.1.3 Kemahiran berterusan
4.1.4 Pembinaan motivasi
4.1.5 Meningkatkan keyakinan diri
4.2 Masalah
4.2.1 Penilai berat sebelah
4.2.2 Kurang objektif
4.2.3 Kesan halo
4.2.4 Sikap penilai
4.2.5 Bias (kenegerian,bangsa,agama,kawan sekolah,kelulusan)
5.0 PEMBAIKAN PRESTASI
5.1 Prinsip Penilaian Prestasi yang berkesan
6.0 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENYEDIAAN
PENILAIAN PRESTASI
6.1 Sasaran Kerja dalam Talian
6.2 Memudah dan menjimatkan masa
6.3 Mengetahui markah dalam talian
7.0 RUMUSAN
8.0 RUJUKAN

8.1 Juhary Hj. Ali.(2006).Mengurus Sumber Manusia.Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

201647 GMGM2033 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM
3

8.2 Juhary Haji Ali dan Ishak Ismail. (2004). Prinsip dan Amalan Pengurusan. Edisi
Kedua.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

8.3 Abu Bakar Hamed. (2005).Pengajian Perniagaan.Cerdik Publications Sdn.Bhd.,
Shah Alam.

8.4 June M.L.Poon. (2006).Pengurusan Sumber Manusia. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

8.5 Rozhan Othman. (2005).Pengurusan Sumber Manusia, Menghadapi Cabaran Era
Pengetahuan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


9.0 LAMPIRAN