NAMA : SITI HAWA BINTI HASHIM NO KAD PENGENALAN : 710317 - 02 - 5916 NO KAD MATRIK : G0611 / 515 KURSUS / KOD KURSUS : PENGAJARAN GEOMETRI, UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA / MTE 3111 KUMPULAN KULIAH : MATEMATIK 1 NAMA PENSYARAH : PN. NATRAH BINTI SHAARI TARIKH HANTAR TUGASAN : 05 APRIL 2014
HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan semuanya
Tandatangan : ____________________________
Nama penuh : Siti Hawa binti Hashim
Tarikh : 04 APRIL 2014
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya dapat saya siapkan Tugasan Projek Matematik ini dengan jayanya.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn. Natrah binti Shaari yang telah banyak bersusah payah untuk mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan. Sesungguhnya, jasa Pn. Natrah tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila.
Buat rakan-rakan, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan.Komitmen yang dihulurkan itu tidak terhitung untuk saya membayarnya. Hanya Allah yang Esa sahaja dapat membalas semua kebaikan yang pernah kalian taburkan.
Buat keluarga tercinta, yang sentiasa berdiri teguh memberi sokongan yang padu, terima kasih yang tidak terhingga saya rakamkan.Tanpa sokongan dan dokongan daripada kalian, sudah tentu sukar buat saya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini.
Semoga rahmat Allah S.W.T sentiasa bersama kita semua.
Rangka Kerja Bil. Perkara Tarikh Rancang Tarikh Laksana 1. Memuat turun bahan-bahan seperti jurnal, artikel, laporan kajian, dan buku yang berkaitan dengan isu-isu P&P 17-19 FEBRUARI 2014 19 FEBRUARI 2014 2. Mengumpul maklumat yang berkaitan tentang Tugasan Projek 20-23 FEBRUARI 2014 26 FEBRUARI 2014 3. Mencetak maklumat yang telah dikumpul 1-3 MAC 2014 3 MAC 2014 4. Membuat review tentang bahan- bahan yang telah dikumpul 4-5 MAC 2014 5. Merancang pengajaran di dalam bilik darjah 7 MAC 2014 6. Membina kit modul 2D dan 3D 17 MAC 2014 7. Membina slaid powerpoint untuk pengajaran Matematik di dalam kelas 9 MAC 2014 8. Menaip dan membuat huraian tentang Tugasan Projek 12 MAC 2014 9. Melaksanakan P&P di dalam bilik darjah 18 MAC 2014 10. Mendapatkan refleksi dari guru besar, penolong kanan atau ketua panitia 18 MAC 2014 9. Menyemak dan membetulkan review yang telah dibuat 1 APRIL 2014 7. Sentuhan terakhir sebelum menghantar tugasan projek 3 APRIL 2014
SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN 1 PENGHARGAAN 2 RANGKA KERJA 3 SENARAI KANDUNGAN 4
1.0 Pengenalan
2.0 Reviu berkaitan isu-isu pengajaran dan pembelajaran Matematik
3.0 Bahan-bahan Bantu Mrengajar
4.0 Rancangan Pengajaran Harian dengan mengutamakan pemupukan KBAT dalam kalangan pelajar
5.0 Refleksi
6.0 Penutup
7.0 Rujukan
8.0 Lampiran
1.0 Pengenalan Matematik adalah satu mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah dan menengah dan mencakupi banyak aspek. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan individu yang berketrampilan serta mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan harian secara berkesan dan bertanggungjawab semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu Matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan untuk membentuk negara maju. Matematik adalah pelajaran yang abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturan-peraturan langkah kerja, algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos, 1989). Matematik mengandungi dua unsur yang utama dan melaluinya manusia mengetahui kuantiti dan nilai seperti saiz, laju, hala dan benda- benda di bumi dan alam cakerawala melalui cara yang sistematik. Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan cakerawala. Selain itu juga matematik dianggap sebagai suatu alat rekreasi dengan adanya aktiviti-aktiviti yang menarik dan unit. Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola, hubungan, hukum- hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). Mengikut Bruner, untuk mempelajari konsep matematik dengan berkesan, bahasa matematik harus diperkenalkan daripada mudah kepada kompleks, mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak
diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982; McDermott 1984; Resnick 1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Dalam mempelajari tajuk Geometri. Ukuran dan Pengendalian Data, terdapat beberapa kesukaran yang sering dihadapi oleh murid.
2.0 Reviu berkaitan isu-isu pengajaran dan pembelajaran Matematik Guru-guru perlu peka kepada miskonsepsi yang dialami oleh murid dan memperbetulkannya sebelum mereka menganggap yang konsep mereka adalah betul memandangkan pendidikan bersifat berterusan. Dikhuatiri miskonsepsi yang berlaku akan berterusan dan menjejaskan penguasaan ilmu matematik murid. Miskonsepsi dan kesukaran yang pelbagai dikesan berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran topik geometri, ukuran dan pengendalian data. Pada peringkat awal, murid biasanya mempunyai konsep yang kurang mantap tentang tajuk-tajuk ini. Perkataan geometri berasal daripada perkataan Greek iaitu geo dan metria di manageo bermaksud bumi dan metria bermaksud ukur. Ini adalah kerana pada asasnya, geometri adalah berkaitan dengan pengukuran bumi. Geometri merangkumi pengajian tentang bentuk, saiz, kedudukan dan ruang dan ia sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Kefahaman yang jelas tentang topik geometri atau bentuk dan ruang dapat mengekalkan pengalaman yang dapat membantu murid membina kefahaman terhadap bentuk, ruang, garisan serta fungsi setiap bentuk, ruang dan garisan tersebut. Ia membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Bentuk dan ruang atau geometri diaplikasikan secara meluas dalam bidang kejuruteraan, seni bina, sains dan teknologi. Aplikasi geometri yang paling ketara boleh dilihat pada bentuk binaan dan susunan bangunan. Atas keperluan yang jelas itu, topik bentuk dan ruang diterapkan dalam kurikulum sekolah di negara kita bermula seawal di tahun 1 lagi hinggalah ke tahun 6 dan peringkat pengajian yang lebih tinggi menjurus kepada bidang-bidang tertentu seperti rekaan dan senibina.
Justeru itu, guru bertanggungjawab untuk merealisasikan kepentingan geometri dalam kehidupan. Murid haruslah difahamkan dengan konsep geometri dari yang paling asas iaitu pengetahuan tentang bentuk-bentuk 2D dan 3D sehinggalah kepada konsep geometri yang lain sehinggalah mereka faham mengapa setiap bangunan yang dibina dengan bentuk-bentuk yang berlainan tetapi masih mempunyai fungsi yang sama. Nasional Consul of Supervisor of Mathematics, NCTM (1989) mengesahkan bahawa
kemahiran dalam bidang geometri adalah salah satu kemahiran asas daripada sepuluh kemahiran asas Matematik. Seharusnyalah kemahiran ini dapat disampaikan kepada murid dengan cara yang betul.
Namun begitu, dalam situasi sebenar di sekolah, seringkali terjadi kegagalan dalam kurikulum Matematik terutama dalam topik geometri bagi pelajar rendah dan sekolah menengah. Ini kerana berlaku salah faham konsep atau miskonsepsi dalam konsep geometri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bertitik tolak daripada kesukaran dan miskonsepsi inilah timbulnya cabaran bagi guru-guru untuk menangani permasalahan tersebut. Guru-guru perlu mencari kaedah dan strategi pembelajaran yang sesuai dengan aras kematangan murid supaya mereka boleh menguasai konsep geometri, lebih berminat dan seronok semasa belajar dan tidak lagi beranggapan subjek Matematik adalah susah.
Dalam konsep geometri ianya memerlukan pelajar mempunyai daya kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu keadaan bentuk. Kefahaman ini hanya boleh dibina oleh pelajar melalui aktiviti manipulatif yang memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka pemahaman mereka tentang konsep geometri. Ramai di kalangan pelajar tidak dapat membuat pentafsiran yang betul terhadap konsep pemahaman tentang geometri kerana mereka kurang didedahkan dengan latihan manipulatif.
Di sekolah rendah, terdapat 4 subtajuk dalam geometri yang perlu dikuasai oleh murid iaitu elemen titik, garis dan plane, ciri-ciri bentuk 2 dimensi, ciri-ciri bentuk 3 dimensi dan pengukuran. Manakala kesukaran atau miskonsepsi yang berkemungkinan dialami oleh murid adalah pelbagai. Antaranya ialah kesukaran mengenalpasti dan keliru nama-nama bentuk 2D dan 3D, kesukaran melibatkan kedudukan rajah, kesukaran memahami ciri-ciri bentuk rajah, kesukaran membayangkan bentangan dan banyak lagi. Miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku ini merupakan cabaran besar yang perlu ditangani secara bijak oleh guru-guru.
Kebanyakkan pelajar mempelajari geometri di dalam bilik darjah adalah secara hafalan (Mayberry, 1981; Fuys et al, 1988). Teknik yang sedemikian tidak memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam proses kemahiran berfikir bagi topik geometri. Pelajar yang belajar secara menghafal cenderung untuk melupai maklumat- maklumat yang telah dihafal, keliru, ataupun tidak mampu untuk mengaplikasikan maklumat tersebut kepada situasi yang berbeza. Contohnya murid sukar untuk mengingat dan keliru dengan nama-nama bentuk 2D dan 3D sekiranya guru hanya menunjukkan rajah atau gambar sahaja kepada murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Bagi mengatasi cabaran di atas, guru mestilah menggunakan bahan bantu belajar (BBM) konkrit / maujud yang ada di sekeliling murid dan selalu digunakan dalam kehidupan seharian mereka untuk menyampaikan konsep geometri. Contohnya benda, lukisan dan bongkah atau pepejal sebenar . Guru juga boleh mempraktikkan kaedah belajar sambil berhibur (elemen didik hibur) sebagai pengayaan bagi mengukuhkan lagi ingatan murid.
Menurut Schuman (1991) apabila pelajar belajar memanipulasi bentuk-bentuk yang dihasilkan dengan pengalaman sendiri maka pelajar dikatakan dapat belajar dengan lebih berkesan di mana pembelajaran terhadap pemahaman terhadap sesuatu konsep dapat diperkukuhkan melalui celik akal. Pelajar diberi peluang untuk menjalankan eksperimen matematik melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan terhadap bentuk-bentuk geometri dengan sendiri. Melalui pengalaman empirikal yang telah dilalui oleh pelajar, membantu untuk menajamkan pemahaman terhadap konsep dan sifat sesuatu objek geometri.
Pembelajaran geometri memberikan pengalaman dalam membantu pelajar memperkembangkan pemahaman terhadap sesuatu ciri, rupa dan bentuk. Ia juga membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya dalam situasi dunia sebenar.
Dalam konteks mempelajari tajuk geometri, bahasa geometri melibatkan terminologi-terminologi yang khusus dan memerlukan perhatian dan kefahaman yang betul sebelum digunakan dengan berkesan. Kesilapan penggunaan terminologi geometri yang betul akan membawa kepada miskonsepsi. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar.
Menjadi cabaran bagi guru-guru untuk lari dari menggunakan kaedah pendidikan tradisional yang hanya menggunakan buku teks dan papan putih. Selain menjadikan pembelajaran geometri bersifat hambar, murid juga tidak dapat mengasah kemahiran visualisasi dan komunikasi dalam pembelajaran geometri. Kaedah ini perlu diubah dengan memberi peluang kepada murid itu sendiri untuk menyiasat dan meneroka geometri bagi membolehkan mereka memahami geometri dan menjadikannya berkait dengan bidang matematik yang lain. Guru perlulah kreatif mencipta aktiviti yang menarik dan sesuai dengan isi pelajaran supaya bermakna kepada murid.
Bagi mengatasi cabaran di atas, salah satu cara untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran geometri yang menarik dan bermakna ialah melalui kaedah pembelajaran secara kaedah inkuiri penemuan dan kontekstual. Kaedah Inkuiri Penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui jawapan melalui pengalaman murid meneroka sendiri dengan guru sebagai pemudahcara atau fasilitator. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran- kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri sama untuk membuat generalisasi. Dalam pembelajaran matematik, murid-murid boleh memahami sesuatu konsep matematik melalui aktiviti menyiasat, mengumpul maklumat dan menganalisa maklumat ( Mok Soon Sang, 1996 ).
Murid lebih mudah memahami sesuatu konsep matematik jika mereka sendiri yang menjalankan penyiasatan untuk mencari jawapan kepada masalah yang mereka hadapi. Kaedah inkuiri penemuan akan membantu murid lebih mudah memahami
sesuatu konsep dan dapat menyimpan pengetahuan itu dalam ingatan mereka bagi tempoh masa yang lama jika mereka sendiri yang bertindak untuk mendapatkan jawapan atau jalan penyelesaian. Keberkesanan kaedah inkuiri penemuan yang digunakan akan membantu pelajar memahami konsep matematik dengan lebih jelas.
Contohnya: Aktiviti kumpulan dilaksanakan bagi meneroka ciri-ciri bentuk 3D. Penggunaan bongkah dalam aktiviti berkumpulan akan membantu murid memegang, mengenalpasti nama bongkah, mengira ciri-ciri seterusnya mencari isipadu menggunakan rumus yang sesuai. Guru juga boleh merancang pembelajaran secara kontekstual. Pembelajaran kontekstual merupakan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan konsep dengan kehidupan nyata, dan mendorong murid membuat hubungan antara pengetahuannya dan kehidupannya sehari-hari.
Dalam aktiviti mencari perimeter. Guru boleh memulakan pengajaran dengan menyuruh murid berjalan atau berlari mengira keliling kebun atau padang. Murid akan mendapati terdapat empat sisi yang perlu dijumlahkan. Kontekstual pembelajaran di sini ialah dengan cara mengukur sisi luar yang ada.
Mengikut Jean Piaget, pelajar pada peringkat umur 7 hingga 10 tahun peringkat kognitif mereka masih lagi berada di tahap operasi konkrit. Jadi, guru-guru hendaklah menggunaan objek konkrit contohnya kertas petak (square paper) untuk membantu murid supaya lebih jelas konsep perimeter. Keadaan kertas tersebut yang mempunyai garisan lurus serta petak-petak kecil yang sama besar akan memudahkan murid melukis bentuk dengan mudah walaupun tanpa menggunakan pembaris.
Misalnya, ramai murid masih tidak sedar tentang keabadian ukuran dan sukatan. Misalnya, ramai murid masih tidak sedar tentang keabadian ukuran dan sukatan seperti isipadu. Mereka juga mungkin menghadapai kesukaran mengamati keabadian dalam isipadu cecair. Contohnya isipadu cecair akan berubah apabila cecair itu dituangkan ke dalam bekas yang berlainan bentuk dan saiz.
Kesilapan ini dapat diatasi apabila kebolehan kognitif murid semakin berkembang di samping melalui pengalaman yang berkaitan. Kesedaran guru terhadap masalah murid dalam keabadian ukuran dan sukatan tentulah akan dapat membantu guru dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya merujuk kepada teori Jean Piaget untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang pengamatan kanak-kanak dalam ukuran dan sukatan.
Terdapat dua jenis ukuran iaitu ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah diskrit (objek yang dihitung, contohnya bilangan murid di dalam kelas) dan ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah selanjar, seperti panjang, tinggi, berat, masa dan isipadu. Ukuran dan sukatan adalah proses memberi nilai kepada satu ciri istimewa sesuatu objek, misalnya kuantiti fizikal seperti panjang, berat, luas, isipasu cecair dan masa. Membanding, membilang dan membuat anggaran merupakan asas bagi nombor bulat dan nombor nisbah yang boleh dikembangkan melalui pengalaman dalam ukuran dan sukatan.
Pembelajaran tentang ukuran dan sukatan boleh menjadi satu pengalaman yang menarik jika seorang guru dapat memberi peluang kepada murid menganggarkan sesuatu kuantiti fizikal sebelum aktiviti mengukur, merancang aktiviti yang membolehkan murid merekod hasil ukuran dan sukatan dengan membina jadual secara individu, kumpulan atau kelas dan memberi pengalaman kepada murid dalam penyelesaian masalah supaya dapat menggunakan kemahiran mengukur dan menyukat dalam situasi kehidupan seharian.
Dalam membuat anggaran, harus diberi penekanan semasa menjalankan aktiviti mengukur dan menyukat. Murid digalakkan menganggar suatu ukuran dan sukatan, kemudian membandingkannya dengan ukuran yang sebenar. Melalui penganggaran dan penyemakan dengan ukuran sebenar, murid dapat memahami dengan jelas tentang apa yang diukur dan unit yang digunakan.
Guru hendaklah memberi penekanan pengalaman yang boleh membantu murid mengembangkan kefahaman tentang ukuran dan sukatan. Beberapa perbendaharaan kata yang berkaitan dengan ukuran dan sukatan seperti berat-ringan, banyak sedikit dan sebagainya harus diperkenalkan sebagai perbendaharaan praukuran dan sukatan. Ukuran dan sukatan memberi peluang kepada guru melibatan murid dalam pelbagai aktiviti. Kebanyakan pengajaran dan pembelajaran tentang ukuran dan sukatan haruslah berpusat kepada aktiviti murid. Aktiviti yang boleh dijalankan termasuklah menyukat isipadu cecair.
Dalam pengajaran dan pembelajaran ukuran dan sukatan, guru hendaklah sentiasa memikirkan, Apakah pengalaman sedia ada yang harus diperolehi oleh murid? Apakah konsep dan kemahiran penting yang harus dipelajari oleh murid? Bagaimanakah guru dapat membantu murid untuk memperolehi pengalaman ini?
Diperingkat sekolah rendah, ukuran dan sukatan merangkumi penjang, berat, isipadu cecair, dan masa dan waktu. Walaupun setiap topik itu kelihatan berbeza, pengajaran dan pembelajaran dalam mengukur setiap kuantiti itu mempunyai banyak persamaan dalam proses pelaksanaan. Berikut adalah urutan langkah yang dicadangkan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tajuk ukuran dan sukatan.
Dalam pengumpulan dan pengurusan data, miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah semasa hendak mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah atau data yang terlibat. Penggunaan istilah-istilah khusus berkaitan pembolehubah dan data seperti pembolehubah kualitatif, pembolehubah kuantitatif, data kuantitatif dan data kualitatif boleh mengelirukan murid.
Pembolehubah adalah ciri ahli-ahli populasi yang dikaji. Contoh pembolehubah yang mengukur ciri populasi adalah umur, pendapatan, berat badan, jantina, taraf perkahwinan, jumlah harta yang dimiliki dan sebagainya. Pembolehubah kualitatif
merupakan satu pembolehubah yang tidak dinyatakan dalam bentuk nombor. Contohnya jantina, keturunan seseorang, taraf pendidikan, gred getah, gred koko dan lain-lain.
Pembolehubah Kuantitatif pula merupakan pembolehubah yang dinyatakan dalam bentuk nombor, contohnya adalah tinggi, berat badan seseorang, jumlah pendapatan bulanan, bilangan kereta yang menggunakan kereta di lebuhraya dan sebagainya. Pembolehubah kuantitatif pula boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pembolehubah kuantitatif diskret dan pembolehubah kuantitatif selanjar. Murid dikesan keliru untuk membezakan dan menentukan pembolehubah-pembolehubah tersebut.
Bagi mengatasi miskonsepsi atau kesukaran untuk mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah dan data, guru hendaklah menerangkan dengan jelas supaya murid tidak keliru. Penggunaan peta minda bagi memperjelaskan konsep dan membezakan jenis-jenis pembolehubah serta data boleh digunakan. Murid boleh melihat makna, jenis dan contoh serta membezakannya dengan jelas.
Guru juga perlu mengingatkan murid yang bukan semua nombor / angka adalah data kuantitatif kerana ada juga data tidak memberikan makna apabila mencari nilai min nombor tersebut atau disusun mengikut turutan nombor. Contohnya nombor pekerja atau nombor matriks pelajar.
Bagi mengatasi miskonsepsi berkaitan selang kelas, guru perlulah menerangkan tatacara untuk mengumpulkan data ke dalam bentuk jadual mengikut kategori-kategori tertentu atau kelas-kelas tertentu bagi memudahkan pemahaman murid. Tegaskan kepada murid, selang kelas yang mudah digunakan ialah saiz 10. Manakala bagi mencari selang kelas pertama dengan tepat, guru perlulah mengaitkannya dengan menggunakan data minimum yang diberikan dalam suatu set data serta mengaitkan data maksimum bagi mencari selang kelas yang terakhir dengan betul.
Guru boleh membimbing murid dan bertindak sebagai fasilitator bagi menjalankan aktiviti membina jadual kekerapan dalam kumpulan. Murid boleh diberikan set soalan latihan yang pelbagai sebagai latih tubi untuk mengira selang kelas bagi memberikan kefahaman yang jelas berkaitan penentuan kelas-kelas atau selang kelas bagi suatu set data. Guru perlulah sentiasa membimbing murid.
Dalam perwakilan data terdapat pelbagai peringkat yang merangkumi peringkat mengumpul, mengurus, mewakilkan data, membuat analisa dan menginterpretasikan data kepada bentuk yang lebih mudah difahami secara visual seperti carta dan graf. Dalam bahasa mudah, setelah semua data diperolehi, ia akan dipersembahkan ke dalam bentuk yang mudah ditafsirkan oleh pengguna seperti carta dan graf.
Terdapat pelbagai bentuk carta dan graf yang digunakan dalam persembahan statistik iaitu piktogram, carta bar, carta palang, graf garisan, histogram dan lain-lain. Semasa menginterpretasikan data ke dalam bentuk carta dan graf inilah banyak berlaku miskonsepsi di kalangan murid.
Antara miskonsepsi yang sering berlaku dalam perwakilan data ialah perwakilan secara simbol dan gambar. Penggunaan simbol dan gambar dengan sebahagian atau pecahan dan bilangan item kerapkali memberikan interpretasi yang salah kepada murid. Kesilapan ini akan mempengaruhi jawapan murid.
Contohnya interpretasi yang salah berkaitan piktogram. Piktogram ialah satu bentuk paparan data bergambar khas untuk data kuantitatif seperti data diskret dan data selanjar. Setiap palang dalam histogram bercantum pada sempadan kelas antara satu sama lain. Piktogram ialah perwakilan data yang paling mudah dan ia menggunakan gambarajah yang diwakili oleh siri simbol yang piawai (sama nilai). Di dalam piktogram, data yang ditunjukkan atau diwakilkan berbentuk simbol atau gambar.
Kesilapan sering berlaku apabila simbol atau ruang dilukis secara tidak sekata, berbeza saiz dan ruang di antara simbol dan tidak kemas. Ini menyebabkan murid
tersalah kira bilangan perwakilan simbol. Tambahan pula, jika murid yang selalu mengambil jalan mudah mengira perwakilan simbol dengan hanya memerhati ruang di antara simbol kemudian membuat anggaran bilangan simbol pada baris yang berikutnya tanpa melihat dengan teliti.
Bagi mengatasinya, guru berperanan untuk menjelaskan cara-cara menginterpretasi piktogram dengan betul langkah demi langkah. Murid-murid juga hendaklah selalu diingatkan agar meneliti setiap perwakilan simbol dan sentiasa merujuk kekunci yang diberi. Gunakan contoh yang jelas supaya murid dapat memperkembangkan kemahiran melukis simbol dengan betul dan mewakili data dengan tepat. Guru boleh membimbing murid menggunakan teknologi seperti perisian komputer sebagai pengayaan.
Di samping itu, miskonsepsi yang sering berlaku dalam topik piktogram ini adalah kesilapan menginterpretasi data yang melibatkan simbol atau gambar yang diwakili sebahagian(pecahan) bilangan item. Murid yang lemah dalam penguasaan fakta asas akan menghadapi kesukaran mengira jumlah bilangan perwakilan simbol. Oleh yang demikian, cara mengatasi kesukaran ini guru bolehlah menggalakkan murid mengira bilangan perwakilan hanya dengan fakta asas sahaja tanpa melibatkan operasi pecahan.
Terdapat juga miskonsepsi yang berlaku berkaitan carta palang. Carta palang ialah graf khas yang menggunakan palang atau bar untuk menunjukkan saiz data terutamanya bagi data kualitatif. Dalam carta palang menegak, palang-palang yang menegak dari bawah ke atas digunakan manakala bagi carta palang melintang, palang- palang dilukis dari kiri ke kanan.Jika terdapat perbezaan di antara subkategori, carta palang berganda akan digunakan.
Antara perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam graf palang ialah tajuk dan tujuan graf tersebut, paksi-paksi yang mewakili label palang dan bilangan item di setiap palang serta skala yang diberikan. Namun, ada juga graf palang yang boleh
mengelirukan sekiranya tidak dibina dengan betul. Miskonsepsi boleh berlaku berkaitan dengan skala pada paksi yang dibina tidak bermula dengan 0 dan selang nombor yang tidak sesuai.
Miskonsepsi yang sering berlaku dalam pengiraan sukatan kecenderungan memusat ialah berkaitan dengan min. Terdapat beberapa kesukaran yang dialami oleh murid iaitu mereka tidak dapat mengenalpasti nilai yang tidak dinyatakan apabila diberi nilai min bagi satu set data. Murid juga tidak dapat membina satu set data apabila nilai min diberikan serta tidak dapat menggunakan konsep min untuk membuat kesimpulan.
Berkaitan dengan miskonsepsi tidak dapat menggunakan konsep min untuk membuat kesimpulan, murid tidak menggunakan KBKK (kemahiran berfikir kreatif dan kritis) untuk menentukan jenis maklumat atau data yang diwakili serta bagaimana maklumat yang diberi boleh digunakan untuk meramal atau membuat kesimpulan. Sebaliknya mereka hanya mencari min sebagai matlamat akhir sesuatu masalah.
Bagi mengatasi miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku berkaitan sukatan kecenderungan memusat ini, guru hendaklah membantu murid membina pemahaman konsep melalui penggunaan objek-objek konkrit di sekeliling untuk mencari min seperti pemadam, kerusi, meja, pensil dan sebagainya sebelum memperkenalkan algoritma mengira min. Pembelajaran yang berlaku secara kontekstual ini membantu murid menghubungkait pengetahuan yang dipelajari dengan pengalaman murid sehari-hari dan menjadikan pembelajaran bermakna.
Guru juga digalakkan untuk menggunakan data-data yang relevan dengan kehidupan murid sehari-hari seperti tinggi dan berat murid, belanja wang saku sekolah, kehadiran sekolah dan lain-lain semasa memperkenalkan konsep pengiraan min. Perkaitan antara pengalaman dan benda-benda di sekeliling murid dengan aktiviti pembelajaran dilihat mampu memberikan pemahaman dan pembelajaran yang lebih bermakna. Pengiraan algoritma boleh diaplikasikan secara latih tubi setelah murid menguasai sesuatu konsep sukatan kecenderungan memusat.
Setelah diteliti, miskonsepsi dan kesukaran yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran statistik ialah aspek pedagogi iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanan kepada pengiraan algoritma dan teknik hafalan tanpa menitikberatkan pemahaman kontekstual. Manakala punca lain adalah dari aspek kognitif iaitu kelemahan dalam menguasai pengetahuan prasyarat, kesukaran istilah dan bahasa serta penggunaan pengitlakan yang melampau (overgeneralization).
Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Ini kerana, murid mempunyai pelbagai tahap kecerdasan. Sebagai guru seharusnya kita menggunakan kaedah dan pendekatan yang pelbagai bagi memperkenalkan konsep matematik dan menarik minat murid untuk terus fokus pada pengajaran dan pembelajaran matematik.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru diberi kuasa sepenuhnya untuk mengendalikan proses tersebut dan menangani kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid. Sehubungan itu, proses pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas amat memerlukan strategi yang kemas serta teratur supaya hasrat untuk mengatasi kesalahan lazim di kalangan pelajar tercapai sepenuhnya. Strategi pengajaran dan pembelajaran ini perlu melibatkan pengalaman aktif, reflektif dan pengabstrakan (Nik Azis, 1992).
Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran dalam statistik adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guru-guru. Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan bagi mengatasi miskonsepsi di kalangan murid sama ada faktor kecuaian atau kesukaran murid memahami konsep ataupun faktor guru sendiri yang tidak menguasai Pedagogy Content Knowledge (PCK). Sesetengah murid tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Masalah ini harus ditangani sebaik mungkin jika ingin melahirkan
modal insan yang boleh bersaing di peringkat global. Perkembangan sains dan teknologi sekarang memerlukan cerdik pandai dalam bidang sains dan matematik bagi menerajui negara. Kerjasama ibu bapa juga penting, sama-sama berganding bahu demi untuk kebaikan dan kesejahteraan anak-anak.
6.0 Penutup Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangandalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan murid-murid dapat menguasai matematik dengan baik supaya. hasrat untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai. Liew dan Wan Muhamad Saridan (1991) menyatakan pengajaran matematik disekolah jarang mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar-pelajar. Ini mengakibatkan sesetengah pelajar khususnya pelajar yang lemah menghadapi kesukaran semasa guru memberikan penerangan tentang sesuatu konsep matematik.Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya mereka akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus murid terhadap perkara yang disampaikan oleh guru Selain itu murid-murid perlu menguasai sesuatu tajuk dalam matematik sebelum mempelajari tajuk yang seterusnya supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah matematik dalam pelbagai situasi terutamanya asas nombor dan spesifiknya tajuk Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data seperti yang telah kita bincangkan tadi. Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada peringkat sekolah rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guru-guru. Kelemahan dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah tentunya memberi kesan pula apabila mereka berada di sekolah menengah sekiranya tidak ditangani dari awal.
Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan oleh guru-guru bagi mengatasi kesukaran dan miskonsepsi di kalangan murid-murid dalam tajuk bentuk dan ruang atau geometri. Sama ada faktor kecuaian atau kesukaran murid memahami konsep
ataupun faktor guru sendiri yang tidak menguasai Pedagogy Content Knowledge (PCK). Sesetengah murid tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Pembelajaran tentang konsep geometri dan penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah adalah perkara penting di dalam pendidikan matematik. Kebolehan mengenalpasti sesuatu bentuk geometri, tidak bermakna bahawa pelajar tersebut menguasai tentang ciri-ciri asas sesuatu bentuk. Kebiasaanya pengajaran geometri di sekolah rendah murid hanya memberi penekanan terhadap mengenalpasti bentuk dan ciri sesuatu bentuk geometri melalui gambarajah tanpa melibatkan konsep yang lebih kompleks di mana, memerlukan pemahaman pelajar terhadap hubungan atau perkaitan antara bentuk dan ciri sesuatu geometri.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk berusaha mencari kaedah, teknik, dan strategi yang sesuai dan menarik agar murid faham dan tidak menghadapi kesukaran atau miskonsepsi dalam pengajaran dan pembelajaran geometri. Cabaran-cabaran ini harus ditangani sebaik mungkin demi memantapkan penguasaan modal insan negara dengan pengetahuan lengkap dalam bidang sains dan matematik yang menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara.
RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012).Huraian sukatan pelajaran KBSR sains. Kementerian Pelajaran Malaysia
Mokhtar Ismail (1995). Penilaian Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka
Siti Rahayah Ariffin. (2003).Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran danPenilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia