Anda di halaman 1dari 4

FOKUS TATABAHASA SPM 2014

KATA KERJA






































LATIHAN NAHU
Baca ayat ayat dibawah dengan teliti dan kenalpasti jenis ayat kata kerja.

Ayat kata kerja transitif aktif kkt-a
Ayat kata kerja transitif pasif kkt-p
Ayat kata kerja tak transitif kktt

1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
4. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
5. Anjing itu sedang tidur.
6. Sungai itu mengalir deras.
7. Mereka menjalankan jentera itu.
8. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
9. Mereka mengembara dengan berpandukan peta
10. Jangan suka memperdaya orang yang lemah
11. Pak Abu menjala ikan.
12. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
13. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.
14. Kentang goreng itu kami makan.
15. Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan raya.
16. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini
17. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
18. Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik air.
19. Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini.
20. Ahmad telah menendang bola itu kuat-kuat

LATIHAN NAHU 2
Kenal pasti kesalahan kata kerja transitif dengan objek atau penyambut yang berikut
dengan menggariskannya.
(i) Lori tanah itu melanggar dengan sebuah kereta.
(ii) Penjenayah melakukan tanpa memikirkan akibatnya.
(iii) Dia memasukkan ke dalam sampul berdaftar.
(iv) Ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak.
(v) Kita harus mengelakkan daripada menjadi mangsa ragut.
(vi) Doktor itu menjelaskan lagi punca penyakit kanser.
(vii) Dia memegang dengan erat tangan anaknya ketika melintas jalan.
(viii) Artis itu menyangkal tentang dakwaan negatif terhadapnya.
(ix) Petikan itu membincangkan tentang faktor kenaikan harga barang.
(x) Penduduk kampung membantu menyelamatkan mangsa kebakaran itu.
Tandakan [ / ] bagi ayat yang menggunakan kata kerja transitif dengan objek atau
penyambut yang betul dan tanda [ X ] bagi penggunaan kata kerja transitif dengan
objek atau penyambut yang salah.
(i) Pihak berkuasa telah mengetatkan lagi kawalan di sempadan. [ ]
(ii) PTPTN akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar. [ ]
(iii) Pemuda itu menceritakan kejadian yang dialaminya itu kepada kawannya.[ ]
(iv) Wartawan itu melaporkan dari tempat kejadian tanah runtuh di
Hulu Langat.[ ]
(v) Emak sedang menggoreng ikan bilis di dapur. [ ]
(vi) Halimah mengangkat dengan cermat gelas-gelas kaca itu. [ ]
(vii) Ayah memberikan adik wang belanja sekolah. [ ]
(viii) Kawan saya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. [ ]
(ix) Encik Nawawi memperbesar rumahnya. [ ]
(x) Rencana akhbar itu menerangkan tentang kesan bencana tsunami. [ ]