Anda di halaman 1dari 26

X PENGENALAN

Topik ini akan membincangkan berkaitan dengan sistem pentadbiran


undang-undang Islam di Malaysia. Oleh itu dalam perbincangan ini kita akan
menghuraikan secara umum tentang kedudukan undang-undang Islam di
Malaysia. Perbincangan ini juga akan menyentuh huraian-huraian mengenai
konsep undang-undang Islam serta sistem pentadbirannya di Malaysia pada
masa kini dan hala tuju sistem undang-undang Islam di masa hadapan.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tentang sejarah bermulanya penyebaran Islam dan
pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia sebelum kedatangan
penjajah;
2. Menjelaskan apakah peranan yang telah dimainkan oleh British dan
bagaimanakah kedudukan undang-undang Islam di zaman penjajahan
British;
3. Menghuraikan sejarah penubuhan Mahkamah Syariah di Malaysia serta
kuasa-kuasa yang ada padanya; dan
4. Menjelaskan masa depan undang-undang Islam di Malaysia dan
cabaran-cabaran yang perlu dihadapi untuk melaksanakannya.

T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

Sistem
Pentadbiran
Undang-undang
Islam di
Malaysia
X
1
1
0
0

TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA W
251

AKTIVITI 10.1
1. Huraikan mengapakah pelaksanaan undang-undang Islam amat
mustahak dalam kehidupan seorang Muslim sama ada
pelaksanaan diperingkat individu, masyarakat mahupun
negara.
2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah peranan yang
harus dimainkan oleh umat Islam secara keseluruhan demi
memastikan pelaksanaan undang-undang Islam dalam
kehidupan umat seluruhnya.
3. Jelaskan mengikut pemahaman anda apakah pelaksanaan
undang-undang di Malaysia ini sudah memadai dan selari
dengan perintah agama itu sendiri.

SEJARAH RINGKAS BERMULANYA
UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
10.1
Islam merupakan agama Allah S.W.T yang diwahyukan kepada nabi-Nya yang
terakhir Muhammad s.a.w. Bermula dari zaman Nabi s.a.w lagi sehingga ke hari
ini, umat Islam terutama pendakwah and para mubaligh Islam telah menjelajah
ke serata pelusuk dunia untuk menyebarkan kepada manusia sejagat risalah
Islam yang agong ini. Para pendakwah dan mubaligh ini tidak pernah mengenal
penat dan lelah. Mereka juga bekerja tanpa mengira waktu dan tanpa mendapat
upah. Hanya keredaan Allah yang diharapkan.

Sejarah telah membuktikan bagaimana Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk
dunia, sehingga pernah pada suatu waktu yang terdahulu, hampir dua pertiga
dunia telah berada di bawah pemerintahan Islam. Para pendakwah dan
mubaligh Islam yang sebahagiannya datang sebagai pedagang telah membawa
risalah Allah ini ke serata dunia termasuklah ke Alam Melayu atau disebut pada
waktu itu Gugusan Kepulauan Melayu. Berkat daripada sumbangan para
pendakwah dan mubaligh Islam inilah maka kita pada hari ini menikmati
hidayat dan nikmat iman satu nikmat dan pemberian Allah yang paling besar.
Mereka telah menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji, mengajak manusia
kepada agama Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana. Mereka benar-benar
memahami firman Allah S.W.T yang berbunyi:

X TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
252


_: _|| _,,. ;, .>>'!, Ls.l ..>' l..> _.l!, _>
_.> | ;`, > `ls _., _. _s .,,. > `ls _...l!, __
Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berhujjahlah dengan
mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya
Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari
jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk. (al-Nahl 16:125)

Berkat kebijaksanaan inilah, maka Islam akhirnya tersebar dan seterusnya
menjadi agama anutan, menggantikan agama Hindu yang menjadi anutan dan
pegangan hidup pada waktu itu. Semoga Allah membalas segala usaha baik
yang telah dilakukan oleh pendakwah dan mubaligh Islam ini dan mereka
dirahmati Allah di alam barzakh kelak. Kita semua diingatkan oleh Allah
menerusi firman-Nya:

_ ',l> _. >.-, _l1, !.`, s !.l !..> _
!.1,. _..,!, _-> _ !.,l s _l `.., !.`, ;.| .', ,>

Maksudnya: Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka
(berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan
dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah
Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap
orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya engkau amat
melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

Bermula dari waktu inilah, maka Islam mula diterima dan dihayati oleh
masyarakat Melayu pada waktu itu. Manakala undang-undang Islam pula mula
diaplikasikan di tengah-tengah masyarakat. Undang-undang Islam pada waktu itu
bercampur aduk dengan undang-undang adat Melayu, yang sudah diterima pakai
dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam lagi. Dari sinilah bermulanya
sejarah undang-undang Islam di Tanah Melayu yang kita sayangi ini.
TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA W
253
10.1.2 Kedatangan British dan Undang-undang
Malaysia
Setelah British datang dan menjajah Malaysia, maka British telah berusaha
memperkenalkan sistem undang-undang yang dibawa dari tanah asal British
untuk diguna pakai sebagai undang-undang bagi Semenanjung Tanah Melayu
pada waktu itu. British kemudiannya mewujudkan dua bentuk undang-undang
yang diamalkan di Tanah Melayu. Pertamanya undang-undang Inggeris yang
terpakai sebagai undang-undang negara dan aplikasinya berlaku dalam
kebanyakan aspek kehidupan rakyat pada waktu itu. Manakala yang keduanya
adalah undang-undang Islam yang hanya terpakai ke atas orang-orang Islam
dan hanya melibatkan undang-undang keluarga, warisan dan beberapa aspek
kecil dalam undang-undang jenayah Islam.

Dalam hal ini, sarjana undang-undang terkenal almarhum Tan Sri Prof. Dr.
Ahmad Ibrahim telah menyebut dalam tulisannya bahawa dengan kemasukan
British ke Tanah Melayu maka British secara langsung dan tidak langsung telah
mula mencampuri hal ehwal agama Islam dan pentadbirannya. Beliau
menambah lagi, dengan secara tidak langsung, perkembangan pengaruh British
yang semakin bertambah di Tanah Melayu telah menyebabkan kemasukan
undang-undang Inggeris bagi menggantikan undang-undang Islam yang
diamalkan pada waktu itu.

Beliau seterusnya menjelaskan, dengan nasihat Residen, sultan-sultan di Negeri-
negeri Melayu Bersekutu telah menggubal beberapa undang-undang yang
diambil dari India, yang berasal daripada prinsip-prinsip undang-undang
Inggeris juga. Dengan itu tambah beliau lagi, dalam perkara-perkara seperti
undang-undang jenayah, keterangan, acara jenayah, kontrak dan tanah,
perundangan berdasarkan prinsip undang-undang Inggeris telah mula dipakai
bagi menggantikan undang-undang Islam dan adat Melayu.

Akhirnya, undang-undang Islam menurut Prof. Ahmad Ibrahim hanya terpakai
dalam undang-undang keluarga, warisan dan beberapa aspek kecil dalam
undang-undang jenayah. Bermula dari sinilah maka undang-undang British
telah mengambil tempat undang-undang Islam, dan undang-undang Islam
kemudiannya hanya menjadi undang-undang yang terhad dan diamalkan dalam
amalan-amalan yang sangat terhad dan terbatas. Undang-undang Islam hanya
terhad kepada undang-undang kekeluargaan Islam, hal-hal yang melibatkan
warisan Islam dan beberapa kesalahan-kesalahan matrimoni dan juga kesalahan
tazir sahaja. (Ibrahim, 1999)

Perkara yang hampir sama juga ditegaskan oleh Abd. Jalil Borhan. Beliau
menjelaskan di dalam tulisannya bahawa pengaruh Inggeris di negara ini telah
melahirkan dua institusi kehakiman yang berasingan iaitu Mahkamah Awam
X TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
254
dan Mahkamah Syariah. Beliau kemudiannya menegaskan bahawa undang-
undang Islam yang boleh dikuatkuasakan di negeri-negeri di Malaysia dan
Mahkamah-Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa kehakiman
pada undang-undang diri dan keluarga, yang hanya berkuatkuasa ke atas orang-
orang Islam sahaja. (Borhan, 1998)

Jelaslah kepada kita berdasarkan apa yang telah kita nyatakan di sini bahawa
dengan kedatangan British ke Tanah Melayu, maka dasar sekularisasi yang
dibawa oleh Inggeris telah memasuki pelbagai ruang hidup masyarakat Melayu
Islam pada waktu itu, sehingga sistem pentadbiran undang-undang Islam juga
akhirnya dipinda, di mana undang-undang Inggeris telah menggantikan
undang-undang Islam dan adat-adat Melayu, kecuali pada hal-hal yang sempit
yang bersangkutan dengan kehidupan berkeluarga sahaja, di mana di dalam
bidang ini, Islam masih menjadi undang-undang yang diamalkan melalui
pembentukan Mahkamah Syariah yang telah diwujudkan pada waktu itu. Maka
secara ringkasnya boleh disimpulkan bahawa kedatangan British ke Tanah
Melayu telah merubah sistem pentadbiran undang-undang negara. Undang-
undang Islam yang telah diamalkan oleh masyarakat Melayu Islam pada waktu
itu telah digantikan dengan sistem undang-undang Inggeris, dan sistem ini
masih terpakai sehingga ke hari ini.

SEMAK KENDIRI 10.1
1. Huraikan mengikut pandangan anda mengapakah masyarakat
Melayu sangat mudah menerima Islam yang disampaikan oleh
pedagang-pedangan Islam di zaman awal kedatangan Islam ke
Semenanjung Tanah Melayu.
2. Nyatakan ciri-ciri utama yang membezakan undang-undang
Islam seperti mana yang pernah diamalkan di Tanah Melayu
suatu ketika dahulu dan undang-undang British yang telah
diamalkan selepas kedatangan British ke Tanah Melayu.
3. Bincangkan dengan rakan sekelas anda mengapakah pihak
British telah menjaya menerapkan undang-undang British di
Tanah Melayu semasa penjajahannya dan ianya berterusan
hingga ke hari ini.
10.1.3 Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia
Seperti yang kita nyatakan sebelum ini, sistem undang-undang Islam di Malaysia
telah disempitkan oleh Inggeris yang hanya meliputi bahagian-bahagian tertentu
sahaja. Dalam hal ini, Abd. Jalil Borhan telah menegaskan dalam tulisannya
TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA W
255
bahawa undang-undang pentadbiran agama Islam di Malaysia yang
dikuatkuasakan melalui Mahkamah Syariah adalah warisan penjajah yang
sengaja memperkecil dan mempersempitkan peranan perundangan Islam yang
skopnya begitu luas dan menyeluruh, yang pada suatu masa dahulu pernah
menjadi undang-undang dasar di negara ini. (Borhan, 1998)

Muhamad Arifin ketika membahaskan tentang pentadbiran undang-undang
Islam di Malaysia telah menyebut bahawa apabila Persekutuan Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan yang
baru diluluskan telah memperuntukkan beberapa perkara berkaitan agama
Islam. Antara lain, Perlembagaan Persekutuan menyebut perkara berikut:

Perkara 3: Agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan.

Perkara 11(4): Kebebasan Beragama: Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan
Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-
undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa
doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Perkara 74(2): Hal perkara undang-undang persekutuan dan Negeri: Badan
perundangan negeri boleh menggubal undang-undang tentang mana-mana
perkara yang disebut dalam Senarai Negeri atau Senarai Bersama. Senarai Negeri
dengan jelas menyatakan kuasa negeri dalam perkara pentadbiran agama Islam
dan hukum syarak.

Selepas merdeka, undang-undang Islam ditadbirkan di Mahkamah Syariah
berasaskan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam. Selangor merupakan
negeri pertama yang mewujudkan Undang-undang Pentadbiran Hukum Syarak,
iaitu pada tahun 1952 yang kemudiannya diikuti oleh negeri-negeri yang lain.

Beliau kemudian menambah bahawa kebanyakan undang-undang di negeri-
negeri lain mengambil undang-undang yang diluluskan di negeri Selangor sebagai
contoh. Oleh yang demikian, terdapat beberapa peruntukan yang boleh dikatakan
mempunyai persamaan. Perkara-perkara tersebut ialah penubuhan organisasi dan
mekanisme pentadbiran hal ehwal agama Islam iaitu pewujudan Majlis Agama
Islam, Mufti dan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Kadi. (Arifin, 2007)
10.1.4 Mahkamah Syariah dan Bidang Kuasanya
Sebelum kita melangkah lebih jauh membincangkan tentang sistem pentadbiran
undang-undang Islam di Malaysia, adalah penting untuk kita menjelaskan
tentang Mahkamah Syariah dan bidang kuasanya menurut Perlembagaan
Perseketuan. Menurut Faiza Haji Tamby melalui tulisannya "Mengenal
X TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
256
Mahkamah Malaysia", beliau telah menyebut bahawa penubuhan Mahkamah
Syariah dalam sesebuah negeri dibuat berdasarkan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan yang memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk mentadbir
undang-undang Islam yang digolongkan sebagai undang-undang negeri.
(Tamby, 2006)

Ini bermakna, seperti yang disebutkan oleh Datuk Sheikh Ghazali Abdul
Rahman, ketua hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bahawa
undang-undang utama negara kita adalah Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Syariah menurut beliau, terletak dalam senarai negeri yang
bermakna bidang kuasanya dihadkan bagi negeri-negeri tersebut sahaja.

Beliau menambah lagi, negeri-negeri di dalam Persekutuan boleh menubuhkan
Mahkamah Syariah yang mana hanya berbidang kuasa membicarakan perkara-
perkara yang berkaitan dengan hukum syarak dan undang-undang diri dan
keluarga bagi orang yang menganut agama Islam. Perkara tersebut termasuk
juga yang berkaitan dengan wasiat, wakaf, nazar, zakat, amanah khairat dan
hibah. Begitu juga negeri-negeri, boleh mengadakan dan menghukum kesalahan-
kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam
terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk
dalam Senarai Persekutuan melalui Mahkamah Syariah yang ditubuhkan itu.

Beliau kemudiannya menjelaskan lagi bahawa untuk melaksanakan tugas
Mahkamah Syariah sebagai tempat menyelesaikan pertikaian dan perbalahan
yang bersabit dengan orang-orang Islam ini, negeri-negeri boleh mengadakan
beberapa undang-undang acara dan keterangan supaya perjalanan Mahkamah
Syariah dapat berjalan dengan baik dan teratur. (Abdul Rahman, 2007)

Pada peringkat awal, struktur Mahkamah Syariah terdiri daripada Mahkamah
Kadi, Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Ulang Bicara. Satu perkara yang
menunjukkan rendahnya taraf Mahkamah Syariah pada masa itu boleh dirujuk
kepada seksyen 45(6) enakmen yang membuat peruntukan mengenai bidang
kuasa Mahkamah Syariah. Menurut peruntukan ini, jika berlaku percanggahan
keputusan antara mahkamah-mahkamah tersebut tentang perkara yang sama,
maka Mahkamah Sivil hendaklah mengatasi keputusan Mahkamah Syariah.
Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, 1952 Selangor seksyen 45(6)
memperuntukkan:

Satu pun tiada yang ada dalam undang-undang ini boleh mengenai kuasa
Mahkamah Mal (Sivil). Jika ada berlawanan oleh sebab berbangkit daripada
keputusan Mahkamah Kadi Besar dan Kadi atau keputusan Mahkamah Mal
menjatuhkan hukum dalam kuasanya, keputusan Mahkamah Mal hendaklah
dipakai.

TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA W
257
Manakala, Majlis Agama Islam berfungsi sebagai badan tertinggi dalam
menentukan dasar hal ehwal agama Islam di peringkat Wilayah Persekutuan
dan bertindak sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong. Bagi negeri-
negeri lain, raja-raja merupakan ketua agama bagi negeri-negeri berkenaan. Bagi
negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan,
Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai ketua agama. Undang-undang
pentadbiran hukum syarak ini juga memperuntukkan perkara tentang
pelantikan ahli jawatankuasa Majlis, fungsi, tugas dan bidang kuasa
Majlis.(Arifin 2007)

Seperti yang telah dinyatakan oleh Dato' Sheikh Ghazali dalam tulisannya,
walaupun Perlembagaan Persekutuan menetapkan Islam sebagai agama bagi
Persekutuan Malaysia, tetapi tidak wujud dalam perlembagaan satu peruntukan
penubuhan Mahkamah Syariah kecuali perlembagaan memperuntukkan kepada
negeri-negeri untuk mentadbir undang-undang Islam. Beliau menegaskan
bahawa Mahkamah Syariah tidak diletakkan di bawah pentadbiran perdana.
Mahkamah ini terpisah daripada Mahkamah Sivil dan tidak di bawah penyeliaan
Ketua Hakim Negara. Sehingga tahun 1948, Mahkamah Kadi dan Naib Kadi di
negeri-negeri Melayu menjadi sebahagian daripada struktur mahkamah.

Dato' Sheikh Ghazali menegaskan lagi bahawa pada tahun 1948, Ordinan
Mahkamah telah menubuhkan sistem kehakiman bagi Persekutuan dan telah
meninggalkan Mahkamah Syariah daripada hirarki mahkamah yang ada pada
masa itu. Dengan itu, tegas beliau lagi, Mahkamah Syariah telah disisihkan dan
tidak diberi perhatian terhadap perlembagaan dan pembangunan organisasinya,
undang-undang dan acara yang diamalkan serta bangunan-bangunan yang
dijadikan pusat pentadbiran mahkamah. Keadaan ini tambah beliau lagi berlaku
sehingga negara mencapai kemerdekaan dan tertakluk kepada keputusan
Mahkamah Sivil sehinggalah Perkara 121 dipinda pada 1988. (Abdul Rahman,
2007)

Pada waktu itu, menurut Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim, Mahkamah Syariah telah
diletakkan di tempat yang sangat rendah. Kadi-kadi, yang mana antara mereka
ada yang berkelulusan universiti, tidak diberi taraf profesional dan ini
menyebabkan ramai graduan dari Fakulti Syariah tidak berminat menjadi hakim
di Mahkamah Syariah. Undang-undang acara dan keterangan yang dikenakan di
Mahkamah Syariah juga tidak jelas. (Ibrahim, 1999)

Pada awal tahun 1990-an, Mahkamah Syariah telah terpisah dari Majlis Agama
Islam. Perubahan dasar tersebut telah memberi identiti kepada tiga institusi
utama dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam negeri-negeri termasuk
Wilayah Persekutuan, iaitu dengan memisahkan Majlis Agama Islam dengan
Mahkamah Syariah dan Mufti.

X TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
258
Kemudian, Mahkamah Syariah telah disusun semula, dan mempunyai susunan
seperti yang berikut: Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah,
dan Mahkamah Rayuan Syariah. Berikutan dengan itu, jawatan Ketua Hakim
Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah diwujudkan. (Arifin, 2007)

Enakmen sesebuah negeri juga memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah
Syariah untuk mendengar dan memutuskan mana-mana kes sivil (mal) atau
jenayah atau apa-apa perkara yang berbangkit dalam sempadan tempatan
bidang kuasa yang diberi kepadanya. Mahkamah yang ditubuhkan di bawah
mana-mana undang-undang negeri tersebut, itu adalah bagi maksud
membicarakan kesalahan-kesalahan hukum syarak. Akan tetapi sebenarnya
tidak semua peruntukan kesalahan melibatkan jenayah hudud atau qisas.
(Tamby, 2006)

Walaupun negeri-negeri diberi kuasa untuk menubuhkan Mahkamah Syariah
dan mengadakan undang-undang yang boleh menghukum mana-mana orang
yang melakukan kesalahan yang diperuntukkan, namun kuasa ini disekat oleh
Perlembagaan dan Akta. Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa menjatuhkan
hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau
sebatan tidak lebih 6 kali atau kombinasi daripada mana-mana hukuman
tersebut. (A. Othman, 1998)

Berdasarkan apa yang kita nyatakan di atas, dapat kita fahami bahawa bidang
kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad dan amat terbatas, jika dibandingkan
dengan Mahkamah Sivil yang diamalkan di Malaysia ini. Keadaan ini berterusan
sehingga ke hari ini. Secara jelasnya, undang-undang yang paling berkuasa dan
paling tinggi di Malaysia adalah Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan ini ini
adalah bersumberkan undang-undang British dan bukannya bersumberkan
undang-undang Islam.

Malah, kedudukan para hakim di kedua-dua mahkamah tersebut juga berbeza.
Hakim di Mahkamah Sivil mempunyai kuasa yang jauh lebih besar berbanding
hakim di Mahkamah Syariah. Oleh itu kedudukan hakim Mahkamah Sivil juga
lebih dihormati kerana kuasanya lebih besar jika dibandingkan dengan hakim di
Mahkamah Syariah.

TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA W
259

AKTIVITI 10.2
1. Nyatakan pada pandangan anda mengapakah British telah
menghadkan fungsi Mahkamah Syariah kepada batasan-batasan
yang amat sempit.
2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah kelainan yang
ketara yang anda ketahui antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah
Syariah yang ada di Malaysia ini.
3. Huraikan apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
menaikkan taraf dan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia
supaya ianya dilihat setanding dengan Mahkamah Sivil.

RUANG LINGKUP SISTEM PENTADBIRAN
UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
10.2
Umumnya kita perlu memahami bahawa Mahkamah Awam di Malaysia
mempunyai bidang kuasa yang jauh lebih luas berbanding dengan Mahkamah
Syariah. Bidang kuasa Mahkamah Awam ini meliputi semua kesalahan sama ada
jenayah atau sivil yang dilakukan oleh orang Islam dan bukan Islam. Manakala
undang-undang Islam telah diamalkan di Mahkamah Syariah adalah amat
terbatas dan terhad, hanya terpakai dalam undang-undang kekeluargaan Islam
seperti pertunangan, pernikahan, poligami, perceraian dan seumpamanya.
Undang-undang Islam juga diamalkan dalam hal yang melibatkan undang-
undang harta pusaka Islam. Perlu difahami, berdasarkan perundangan di
Malaysia, kesalahan-kesalahan seperti mencuri, menyamun, memberontak dan
sebagainya terletak secara keseluruhannya di bawah kuasa-kuasa Mahkamah
Sivil. (Borhan, 1998)

Oleh yang demikian, kesalahan-kesalahan yang seperti ini, walaupun kesalahan-
kesalahan tersebut terdapat peruntukan di dalam jenayah hudud dan tazir
dalam Islam, namun kesalahan tersebut terkeluar sama sekali daripada bidang
kuasa Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia. Oleh yang demikian,
Mahkamah Syariah tidak mempunyai hak langsung untuk mengadili kesalahan-
kesalahan yang seperti ini.

Apa yang boleh dibincangkan dengan kuasa-kuasa di bawah Mahkamah Syariah
di Malaysia hanyalah kesalahan-kesalahan lain daripada yang disebutkan di atas
iaitu kesalahan-kesalahan seperti zina, qazaf, meminum arak dan murtad. Walau
bagaimanapun perlu difahami bahawa tidak semua hal-hal yang melibatkan
kesalahan tersebut boleh dibicara di bawah kuasa Mahkamah Syariah. Ini
X TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
260
kerana mungkin terdapat beberapa aspek daripada kesalahan-kesahan berikut
juga tertakluk di bawah kuasa Mahkamah Awam.

Adalah mustahil untuk kita menjelaskan kesemua sekali berkenaan dengan
undang-undang Islam yang diamalkan di Malaysia, oleh itu kita akan
membicarakan beberapa bidang kuasa yang penting daripada bidang kuasa-
bidang kuasa yang ada dalam pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia.
10.2.1 Undang-undang Keluarga Islam
Secara umumnya boleh dikatakan bahawa kesemua negeri-negeri di Malaysia
mempunyai Enakmen atau Akta Undang-undang Keluarga Islamnya yang
tersendiri. Oleh itu, jika diperhalusi maka kita akan dapati wujudnya beberapa
perbezaan dan kelainan dalam peruntukan di dalamnya. Namun boleh
disimpulkan di sini bahawa secara keseluruhannya prinsip-prinsip am dalam
undang-undang tersebut adalah lebih kurang sama. Hal-hal tersebut adalah
seperti berikut:

(a) Pertunangan
Enakmen-enakmen tersebut tidak mengandungi peruntukan khas
mengenai pertunangan, tetapi sekiranya pertunangan diputuskan terdapat
remedinya seperti Seksyen 15 Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah Persekutuan) 1984 yang memperuntukkan bahawa:

Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum
syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara
bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan
berkahwin dengan pihak yang satu lagi yang bersetuju berkahwin
dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan
memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya
dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati
oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi
perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan
dalam mahkamah.

(b) Pernikahan
Kesemua Enakmen memperuntukkan bahawa sesuatu pernikahan di
dalam negeri itu hendaklah dijalankan mengikut peraturan dalam
Enakmen yang berkaitan. Pernikahan boleh diakad nikahkan oleh:
(i) Wali di hadapan Pendaftar (Nikah, Cerai, dan Rujuk).
(ii) Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar.
(iii) Pendaftar sebagai wakil wali.
TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA W
261
(c) Wali Am/ Raja/ Hakim
Wali/ Raja/ Hakim diberi kuasa untuk menikahkan seseorang pengantin
perempuan sekiranya beliau tiada mempunyai wali dari nasab. Sekiranya
wali enggan, Hakim Mahkamah Syariah boleh memberi kebenaran kepada
Wali Raja selepas satu perbicaraan (penyiasatan).

Di Kelantan misalnya, wali mujbir mempunyai kuasa yang agak luas untuk
menikahkan anak daranya tanpa persetujuan. Seksyen 13(2) Enakmen
Keluarga Islam Kelantan 1983, memperuntukkan bahawa:

Anak dara boleh dinikahkan tanpa persetujuan oleh wali mujbir, iaitu
bapa atau nenek lelaki sebelah bapa ke atas jika;
(i) Wali mujbir atau bakal suami tidak berseteru dengannya;
(ii) Bakal suami sekufu dengannya; dan
(iii) Bakal suami berkemampuan membayar mas kahwin berpatutan
(mahar mithl).

(d) Poligami
Seksyen 21 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1983 dan Terengganu 1985
misalnya mengatakan:

Tiada seorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang perempuan lain di
mana-mana tempat dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang sedia
ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis
daripada Hakim Syarie.

(e) Penceraian
Di bawah undang-undang Malaysia, terdapat empat jenis perceraian:
(i) Talak
Undang-undang mewajibkan kesemua permohonan cerai daripada
suami mahupun isteri dibuat di mahkamah. Sebelum suami boleh
menceraikan isterinya, proses pendamaian dan hukum hendaklah
dipatuhi. Apabila mahkamah berpuas hati pernikahan itu tidak boleh
diselamatkan lagi, maka barulah dibenarkan suami melafazkan talak
terhadap isterinya. Namun, sekiranya si-suami melafazkan cerai di
luar mahkamah, dia perlu ke mahkamah untuk mendapatkan
pengesahan undang-undang (endorsement).

(ii) Taklik
Setiap negeri mempunyai sighah takliknya yang tersendiri.


X TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
262
Taklik di negeri Terengganu misalnya berbunyi:

Tiap-tiap kali saya tiada bersekedudukan dengan isteri saya ... yang
tersebut itu bagi selama tempoh 4 bulan dengan tidak putus-
putusnya, sama ada saya meninggalkan akan dia atau dia meninggal
akan saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala mengadu
dia kepada kadi atau naib kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas
ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya ... itu
dengan satu talak.

(iii) Fasakh
Terdapat pelbagai alasan-alasan bagi isteri menuntut perceraian
fasakh iaitu: Seksyen 52 Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan bahawa:

Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut hukum syarak
adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan
perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-
alasan yang berikut, antaranya:
x Bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui
selama tempoh lebih daripada satu tahun.
x Bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan
peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan.
x Bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun
atau lebih.

(iv) Khulu atau Tebus Talak
Kedua-dua suami dan isteri bersetuju isteri menebus dirinya dengan
suatu bayaran kepada suami. Sekiranya jumlah bayaran tidak
dipersetujui, maka mahkamah akan menentukannya. (Ainiah, 1998)

Inilah antara bahagian-bahagian penting dalam sistem kekeluargaan
Islam yang dibincangkan di Mahkamah Syariah di negeri-negeri di
Malaysia. Yang pasti ada sebahagian enakmen di Mahkamah Syariah
berbeza dari satu negeri ke negeri lain di Malaysia. Ini kerana
Mahkamah Syariah terletak di bawah bidang kuasa sesebuah kerajaan
negeri.





TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA W
263

SEMAK KENDIRI 10.2
1. Nyatakan apakah ciri-ciri utama dalam sistem kekeluargaan Islam
seperti yang ditekankan oleh Islam itu sendiri.
2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda kesemua bahagian-
bahagian utama dalam perbahasan tentang sistem kekeluargaan
Islam.
3. Huraikan mengikut kefahaman anda mengapakah undang-
undang kekeluargaan Islam amat penting dalam sesebuah
masyarakat Islam.
10.2.2 Undang-undang Harta Pusaka
Pentadbiran pusaka dikendalikan di peringkat Persekutuan dan di Mahkamah
Tinggi Sivil, kerana urusan pembahagian pusaka atau pewarisan berwasiat dan
tak berwasiat serta urusan mengeluarkan surat kuasa tadbir diletakkan di bawah
Senarai 1 Jadual ke-9, Senarai Persekutuan. Pentadbiran pusaka orang-orang
Islam dan bukan Islam dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Penyelesai
Pusaka, Perbadanan Amanah Raya Berhad (Pemegang Amanah Raya) atau
Mahkamah Tinggi Awam.

Walau bagaimanapun, kadar pembahagian pusaka orang-orang Islam dan
penentuan waris-waris sama ada berhak atau tidak, akan diputuskan oleh
Mahkamah Syariah menurut undang-undang pusaka Islam (faraid). Mahkamah
Syariah mempunyai kuasa mengeluar atau mengesahkan waris-waris yang
berhak dan kadar bahagian masing-masing dalam bentuk Sijil Faraid atau
Perakuan Ahli Waris. Demikian juga perkara-perkara hukum syarak yang lain
seperti menentukan kesah tarafan anak, sah atau tidak akad perkahwinan, harta
sepencarian, mengesahkan wasiat, wakaf, hibah dan sebagainya, adalah di
bawah tanggungjawab dan kuasa Mahkamah Syariah.

Antara undang-undang yang berkaitan dengan pusaka dan pentadbirannya
adalah seperti berikut:

(a) Undang-undang Pusaka Islam (Faraid)
Setakat ini, di Malaysia tidak ada satu bentuk undang-undang faraid yang
telah dikanunkan dalam bentuk undang-undang bertulis oleh negeri-negeri
seperti yang terdapat di Mesir iaitu Qanun al-Mawarith 1943. Walau
bagaimanapun, kaedah pembahagian pusaka secara Islam telah diikuti
sepenuhnya oleh Mahkamah Syariah negeri-negeri.

X TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
264
(b) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98)
Akta ini diperkenalkan untuk menyelaras dan menyeragamkan cara-cara
pembahagian dan pentadbiran pusaka si-mati sama ada beragama Islam
atau bukan beragama Islam. Akta ini diguna pakai kepada semua tuntutan
harta pusaka seseorang si-mati sama ada semuanya mengandungi tanah-
tanah sahaja atau sebahagiannya mengandungi tanah bersama dengan
harta-harta alih yang lain seperti wang tunai, saham, Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah
Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Johor (ASJ) dan sebagainya,
tetapi jumlah nilaian harta itu hendaklah tidak melebihi RM600,000 pada
tarikh permohonan dibuat.

(c) Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97)
Akta ini dilaksanakan terhadap harta pusaka besar (biasa) dan harta
pusaka ringkas. Harta pusaka besar ialah harta pusaka yang jumlah
nilaiannya lebih daripada RM600,000, sama ada terdiri daripada harta alih
semuanya atau semuanya harta tak alih atau terdiri daripada campuran
harta alih dengan harta tak alih atau harta pusaka yang jumlah nilaiannya
kurang daripada RM600,000 tetapi si-mati ada meninggalkan wasiat. Harta
pusaka ringkas pula ialah harta pusaka yang jumlah nilaiannya tidak
melebihi RM600,000 yang terdiri daripada harta alih sahaja dan sebagainya.
Permohonan pentadbiran harta pusaka besar hendaklah dibuat di
Mahkamah Tinggi Sivil, manakala tuntutan harta pusaka ringkas pula
boleh dibuat melalui Pegawai Pentadbir Pusaka atau melalui Perbadanan
Amanah Raya Berhad.

(d) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri
Enakmen ini mempunyai kuasa untuk memutuskan beberapa perkara yang
berkaitan dengan harta seorang Islam terutamanya mengenai harta
sepencarian, pusaka, hibah dan wakaf dan kadangkala dalam kes-kes
tertentu fatwa Mufti diperlukan bagi menentukan harta pusaka dan orang
yang berhak terhadap harta itu.
(e) Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960
(f) Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri
(g) Undang-undang Penama
(h) Customary Tenure Enactment
(i) Peraturan-peraturan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan
Pekeliling-pekeliling Berkaitan. (Muda 2006)
TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA W
265
10.2.3 Undang-undang Jenayah Islam
Jika kita melihat undang-undang jenayah Islam, maka kita akan dapati undang-
undang jenayah Islam terbahagi kepada tiga bahagian yang khusus iaitu qisas,
hudud dan tazir. Maka adalah mustahak untuk kita fahami di sini bahawa
setiap daripada undang-undang jenayah Islam tidak diamalkan secara
keseluruhan di Malaysia. Kesemua kesalahan qisas tidak akan sama sekali
dibicara di Mahkamah Syariah. Tidak ada peruntukan di Mahkamah Syariah
untuk membicara kesalahan qisas. Begitu juga dengan kesalahan hudud dan
tazir. Tidak semua kesalahan hudud dan tazir boleh diadili di Mahkamah
Syariah, kecuali hal-hal yang tertentu dan Mahkamah juga mempunyai kuasa
yang agak terhad dalam kesalahan yang melibatkan jenayah hudud dan tazir.

(a) Jenayah Hudud
Berasaskan perundangan di Malaysia, kesalahan-kesalahan mencuri,
menyamun dan memberontak terletak secara keseluruhannya di bawah
kuasa-kuasa mahkamah awam. Oleh yang demikian, kesalahan-kesalahan
hudud tersebut terkeluar sama sekali daripada bidang kuasa Mahkamah-
mahkamah Syariah di Malaysia.

Berdasarkan kedudukan ini, apa yang boleh dikaitkan dengan kuasa-kuasa
di bawah Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia hanyalah kesalahan-
kesalahan lain daripada yang disebutkan iaitu kesalahan-kesalahan
berzina, qazaf, meminum arak dan murtad. Walaupun begitu, ini tidak
bererti semua aspek kesalahan tersebut tertakluk di bawah kuasa
Mahkamah Syariah kerana mungkin beberapa aspek daripadanya juga
tertakluk di bawah kuasa mahkamah awam.

(i) Penzinaan
Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah1988 menyebut:
Mana-mana orang yang berzina adalah bersalah atas suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak
melebihi RM5,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(ii) Liwat
Setakat ini, ia hanya diperuntukkan dalam enakmen di Kelantan dan
Kedah sahaja. Enakmen Kanun Jenayah Kelantan 1985 menyebut:
Sesiapa yang dengan sengaja melakukan perbuatan liwat yang tidak
boleh dikenakan hukuman hadd mengikut hukum syarak adalah
bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan
disebat enam kali.(Abdul Majid 2001)
X TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
266
(iii) Qazaf
Kesalahan qazaf hanya diperuntukkan di Sarawak melalui Undang-
undang Mahkamah Syariah Sarawak 1985. Peruntukan tersebut
berbunyi:
Seseorang yang menuduh mana-mana orang melakukan zina tanpa
mengemukakan empat orang saksi mengikut hukum syarak adalah
melakukan satu kesalahan qazaf dan boleh apabila sabit kesalahannya
dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tidak lebih
daripada dua tahun enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(b) Jenayah Qisas
Pada umumnya, jenayah-jenayah qisas dan diyat, menurut perundangan
Islam ialah jenayah membunuh dan mencederakan. Dengan kata lain, ia
merupakan kesalahan-kesalahan yang melibatkan nyawa dan tubuh badan.
Kesalahan-kesalahan membunuh tidak diperuntukkan sama sekali di
bawah undang-undang Mahkamah Syariah. Ini kerana, semua kes
pembunuhan adalah tertakluk di bawah kuasa Mahkamah Sivil dan berada
di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Namun ia agak berbeza dengan kesalahan-kesalahan memukul dan
mencederakan. Kesalahan seperti ini telah diperuntukkan dalam undang-
undang tersebut apabila ia melibatkan suami isteri dan dikategorikan
sebagai kesalahan matrimoni.

Sebelum penyemakan semula undang-undang, kesalahan-kesalahan seperti
itu diperuntukkan dalam bahagian 'kesalahan'. Sementara dalam undang-
undang yang telah disemak semula sekarang, ia diperuntukkan dalam
enakmen-enakmen pentadbiran keluarga Islam. (Abdul Majid 2001)

(c) Jenayah Tazir
Kesalahan-kesalahan tazir yang terdapat dalam Undang-undang
Mahkamah Syariah di Malaysia boleh dirumuskan seperti berikut:
(i) Kesalahan-kesalahan yang berupa maksiat yang selain daripada
kesalahan-kesalahan hudud.
(ii) Kesalahan-kesalahan yang menyentuh kepentingan umum.
(iii) Mengajar atau mengembangkan kepercayaan agama lain kepada
orang Islam.
(iv) Kesalahan ini telah diperuntukkan dalam enakmen negeri Pahang
dan Perak. Dalam Undang-undang Negeri Pahang 1982 disebutkan:
Sesiapa yang mendakyah atau mengajar ajaran atau kepercayaan
agama lain daripada agama Islam di kalangan orang-orang adalah
melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum
TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA W
267
dengan didenda tidak lebih daripada RM500 atau penjara tidak lebih
daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(d) Pondan
Seksyen 7, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan,1985 menyebut:
Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti
perempuan di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak
melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan
atau kedua-duanya sekali.

(e) Muqaddimah Zina:
Fasal 12 dari Undang-undang Kedah dinaskan:
Mana-mana orang yang melakukan perbuatan mukaddimah zina adalah
bersalah atas satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan
hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau keduanya sekali. (Abdul Majid 2001)
10.2.4 Undang-undang Zakat
Rang Undang-undang Zakat dan Fitrah Wilayah Persekutuan 1987 (Draf Akta
Zakat Wilayah 1987) mengandungi 10 Bahagian dan 3 Jadual. Bahagian 2 Draf
Akta menggariskan secara dasar rajah pentadbiran yang diwujudkan bagi tujuan
meningkatkan pelaksanaan undang- undang zakat di Wilayah Persekutuan.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan boleh melantik satu Jawatankuasa
Zakat dan Fitrah. Jawatankuasa diberi tugas penting untuk membuat garis
panduan tentang dasar untuk menyelia dan mengawal segala urusan,
pentadbiran zakat dalam Wilayah Persekutuan. Selain daripada itu,
Jawatankuasa juga dikehendaki memberi arahan-arahan am kepada Pengarah
Bahagian Zakat dan Fitrah.

Tugas utama Bahagian Zakat dan Fitrah adalah untuk melaksanakan:
x Pungutan zakat dan fitrah
x Pengeluaran penyata zakat
x Pengagihan pendapatan dari zakat dan fitrah mengikut kehendak hukum
syarak
x Membuat cadangan kepada jawatankuasa mengenai perlantikan amil dan
perkhidmatan mereka
x Penyediaan kira-kira pungutan zakat dan belanjawan tahunan
X TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
268
x Bancian tahunan bagi menentukan jumlah umat islam di dalam wilayah

Dalam menjalankan tugas di bawah akta ini, semua pegawai dikehendaki
membawa bersama waran (kad kuasa atau pengenalan) yang dikeluarkan oleh
Pengarah Bahagian Zakat dan Fitrah. (Ibrahim, 1997)

Secara umumnya bolehlah dikatakan inilah antara bidang kuasa yang
diperuntukan kepada Mahkamah Syariah yang ada dalam sistem pentadbiran
undang-undang Islam di Malaysia. Oleh itu, berdasarkan apa yang kita nyatakan
di sini, maka amatlah mudah untuk kita fahami bahawa masih terlalu banyak
undang-undang Islam yang masih belum dikuatkuasakan di Mahkamah Syariah
di Malaysia ini. Pada masa yang sama, Mahkamah Syariah mempunyai bidang
kuasa yang amat terhad dan terbatas, bidang kuasnya amat jauh terkebelakang
jika hendak dibandingkan dengan mahkamah sivil atau mahkamah awam biasa.

Dalam hal ini, Prof. Ahmad Ibrahim misalnya telah menjelaskan bahawa bidang
kuasa Mahkamah Syariah terhad kepada orang Islam dan mahkamah ini hanya
mempunyai bidang kuasa berhubung dengan kesalahan-kesalahan seperti yang
diberi peruntukan oleh undang-undang Persekutuan. Akta Mahkamah Syariah
1984, di mana bidang kuasa Mahkamah Syariah membenarkan mahkamah
tersebut menjatuhkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau apa-apa denda
sehingga RM5,000 atau sebatan sebanyak enam rotan, atau gabungan semua
hukuman itu. (Ibrahim 1999)

Ini bermakna mana-mana hukuman yang melebihi daripada jumlah hukuman
yang dibenarkan oleh Akta Mahkamah Syariah 1984 ini, maka perkara itu di luar
bidang kuasa Mahkamah Syariah yang ada di Malaysia ini dan Mahkamah
Syariah tidak mempunyai kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan
tersebut.


AKTIVITI 10.3
1. Jelaskan mengapakah pada pandangan anda terdapat enakmen
yang berbeza antara negeri-negeri di Malaysia.
2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda cara-cara yang paling
mudah untuk mengkaji dan memahami setiap enakmen di
negeri-negeri di Malaysia.
3. Huraikan perbezaan yang anda tahu tentang pembahagian harta
dalam agama-agama lain selain daripada Islam.
TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA W
269

PENCAPAIAN MAHKAMAH SYARIAH
MASA KINI DAN HALA TUJU UNDANG-
UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
10.3
Adalah penting untuk kita melihat setakat manakah pencapaian Mahkamah
Syariah di Malaysia. Adakah apa-apa perbezaan dan perkembangan jika
dibandingkan dengan masa lalu. Pada masa yang sama, adalah perlu untuk kita
melihat kemanakah hala tuju Mahkamah Syariah khususnya dan perlaksanaan
undang-undang Islam umumnya di Malaysia ini.
10.3.1 Perubahan Kepada Mahkamah Syariah
Umumnya boleh dikatakan bahawa hari ini Mahkamah Syariah telah menjadi
semakin baik jika dibandingkan di awal penubuhannya. Terdapat beberapa
pencapaian yang agak memberangsangkan yang telah dilalui oleh Mahkamah
Syariah, antara lain:

(a) Kebebasan mahkamah
Mahkamah Syariah kini adalah bebas daripada campur tangan Mahkamah
Awam sejak Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988. Begitu
juga dari sudut pentadbiran, Mahkamah Syariah telah terpisah daripada
Jabatan Agama Islam atau Majlis Agama Islam sejak dari awal tahun 1990-
an. Masalah pertindihan atau konflik bidang kuasa seperti yang dialami
pada masa dahulu secara umumnya telah diatasi.

(b) Perundangan yang lebih jelas dan komprehensif
Beberapa aspek undang-undang asas seperti keluarga, keterangan, jenayah
dan prosedur (zakat, wasiat, wakaf) telah digubal dan dijadikan undang-
undang yang berasingan.

(c) Skim perkhidmatan dan latihan kakitangan yang lebih baik
Kakitangan Mahkamah Syariah sudah diserap masuk dalam kumpulan
perkhidmatan perundangan. Peluang kenaikan pangkat kakitangan
terbuka luas terutama dengan penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia yang menggunakan sistem guna sama antara negeri yang
bersetuju untuk masuk di bawah skim tersebut.

(d) Infrastruktur dan kemudahan mahkamah yang lebih baik
Pada masa kini, persekitaran dan kemudahan Mahkamah Syariah adalah
hampir setanding dengan bangunan Mahkamah Awam. Sesetengah
Mahkamah Syariah pula ditempatkan di kawasan atau bangunan yang
sama dengan Mahkamah Awam. Kemudahan komputer dan kaedah secara
X TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
270
atas talian juga telah mula diperkenalkan melalui sistem e-Syariah. (Buang
2005)
10.3.2 Hala Tuju dan Masa Depan Mahkamah Syariah
di Malaysia
Profesor Hooker semasa menganalisis secara deskriptif keputusan kes-kes
terpilih dalam Malayan Law Journal dan Jurnal Hukum meramalkan masa
depan dan kecenderungan undang-undang Islam di Malaysia sebagai
terpengaruh dengan teknik undang-undang Inggeris dalam pentafsiran undang-
undang, sungguhpun asas undang-undang tersebut tetap merupakan undang-
undang Islam tulen. Ini menurutnya akan menghasilkan apa yang dipanggil
sebagai undang-undang Anglo-Syariah.

Alasan yang diberikan bagi menyokong kenyataan ini ialah:
x Penggunaan atau pengaruh sistem duluan mengikat dalam perundangan
syariah di Malaysia melalui sistem pelaporan undang-undang (dan hirarki
mahkamah)
x Penglibatan hakim-hakim (terutama di peringkat Mahkamah Rayuan
Syariah) dan peguam syarie yang mendapat latihan dalam undang-undang
sivil
x Pengaruh politik yang memberi arah tuju bagaimana sesuatu aspek Islam di
dalam Negara harus dikembangkan, sama ada progresif, liberal dan
sebagainya
x Sistem perbicaraan, pentadbiran, pengurusan, latihan kakitangan mahkamah
syariah menggunakan kaedah yang sama seperti di mahkamah sivil

Oleh yang demikian, pengaruh sistem perundangan sivil ke atas mahkamah
syariah tidak dapat dielakkan. Walau apa pun, mahkamah syariah juga telah dan
sedang sedikit demi sedikit mengembangkan budaya dan amalan sendiri
mahkamah yang berbeza dengan sistem mahkamah sivil, terutama selepas
pindaan perlembagaan pada tahun 1988 yang memberikan Mahkamah Syariah
peluang yang luas bagi membina tradisinya sendiri. (Buang, 2005)

Dato' Sheikh Ghazali Abdul Rahman pula ketika membahaskan perkembangan
terkini Mahkamah Syariah di Malaysia menyatakan pendapatnya bahawa semua
enakmen pentadbiran undang-undang Islam di Mahkamah Syariah yang diguna
pakai di setiap negeri hendaklah diselaraskan. Beliau juga menegaskan selain
daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran undang-undang,
soal bangunan mahkamah, peralatan, pusat sumber, kebajikan pengawai-
TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA W
271
pengawai juga harus diberi perhatian kerana mereka adalah merupakan aset
yang harus dipelihara dengan baik.

Beliau menegaskan lagi bahawa latihan kepada pegawai-pegawai adalah
mustahak, ini kerana dengan latihan dan pendedahan mereka kepada teknik-
teknik baru, bagi menyelesaikan masalah akan memudahkan mereka
melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan. (Abdul Rahman, 2007)

Berhubung dengan masa depan mahkamah Syariah di Malaysia, mengikut
penelitian Tan Sri Prof. Dr. Ahmad Ibrahim seperti yang diutarakan dalam
tulisannya "Recent Development in the Shariah Law in Malaysia", beliau
menjelaskan seperti berikut:

"The government in Malaysia has striven to enforce Islamic values in all aspects
of our life in Malaysia. In the field of economics and business, Malaysia can be
proud of leading the Islamic world in the setting up of the Islamic banks, takaful,
rahn, the collection and administration of zakat investment in shares and the
money markets. The application of Islamic principles of in these fields have not
only been adopted by other banks and insurance companies in Malaysia but have
had their influence in our neighbouring countries such as Indonesia, Philippines
and Brunei Darussalam. The government and many other employers have
already used the principles of Islam in providing loans for the purchase of
houses and motorcars, for examples to their employees. The progress has so far
not been as significant in the field of law and the administration of justice. Here
the legacy of the English common law still seeems to survive and the civil courts
and the civil law are still the major constituents of our judicial and legal system.
However, the Shariah Courts have now been accepted as part of judicial and
legal system in Malaysia and it is hoped that it will play a more signifant part in
future". (Ibrahim, 2000)

Bermaksud: Kerajaan Malaysia sedang gigih berusaha untuk melaksanakan
dasar-dasar Islam dalam semua aspek kehidupan Muslim di Malaysia. Dalam
bidang ekonomi dan perniagaan, Malaysia boleh berbangga sebagai peneraju
dunia Islam dalam penubuhan bank-bank Islam, takaful, pajak gadai Islam,
mengumpul dan mengurus tadbir pelaburan zakat ke dalam saham dan
pasaran modal Islam. Pelaksanaan prinsip-prinsip Islam di dalam bidang-bidang
ini bukan sahaja telah diikuti oleh bank-bank dan syarikat insuran di Malaysia,
malah juga turut mempengaruhi negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina
dan Brunei Darussalam. Kerajaan Malaysia dan banyak juga majikan-majikan
lain telah menggunakan prinsip-prinsip Islam dalam menyediakan pinjaman
pembelian rumah dan kereta contohnya kepada pekerja-pekerja mereka.
Perkembangan Islam setakat ini masih belum menyerlah dalam bidang undang-
undang dan kehakiman negara. Dalam bidang ini, keunggulan sistem undang-
undang Inggeris masih dipandang tinggi dan mahkamah sivil dan undang-
X TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
272
undang masih menjadi undang-undang pilihan di dalam sistem perundangan
dan kehakiman negara. Walau bagaimanapun, Mahkamah Syariah sekarang ini
mula diterima sebagai sebahagian daripada sistem perundangan dan kehakiman
di Malaysia dan diharapkan bahawa Mahkamah Syariah akan dapat memainkan
peranan yang lebih penting di masa hadapan.

Ini merupakan harapan dan impian yang telah dinyatakan oleh almarhum Tan
Sri Prof. Dr. Ahmad Ibrahim, seorang pengkaji undang-undang yang cukup
terkenal di Malaysia. Oleh itu kita sebagai sebahagian daripada umat Islam di
Malaysia, pada masa yang sama hendaklah berusaha sepenuh tenaga untuk
melihat supaya sistem pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia ini akan
dapat didaulatkan, sesuai dengan kedudukannya sebagai undang-undang Allah
yang Maha Berkuasa. Kita cukup berbangga, apabila Malaysia telah menjadi
peneraju dalam bidang muamalat, takaful, pasaran modal Islam dan sebagainya.
Namun kebanggaan ini tidak seharusnya terhenti setakat ini sahaja. Undang-
undang negara hendaklah juga didasarkan kepada undang-undang yang telah
diwahyukan oleh Allah S.W.T. Semoga akhirnya, Malaysia yang kita sayangi ini
akan diberkati dan dirahmati dan menjadi sebuah negara seperti yang telah
digambarkan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran:



:, ,,L , "s _
Maksudnya: Sebuah negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu
adalah) Tuhan yang Maha Pengampun. (Saba 34:15)


1. Jelaskan harapan dan cita-cita anda kepada pelaksanaan undang-
undang Islam di Malaysia pada masa hadapan.
2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda jenis-jenis cabaran yang
mungkin dihadapi oleh Mahkamah Syariah di Malaysia dan
apakah langkah-langkah terbaik untuk mengatasinya.
3. Huraikan pada pendapat anda mengapakah sebahagian umat
Islam sendiri kurang yakin dengan perlaksanaan undang-undang
Islam di Malaysia.
SEMAK KENDIRI 10.3

TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA W
273

Islam telah datang dan berkembang di Tanah Melayu hasil kesungguhan dan
keikhlasan mubaligh Islam yang datang berdakwah dan berdagang ke sini
pada suatu waktu dahulu.
Undang-undang Islam telah diterima pakai sebagai undang-undang di Tanah
Melayu ini sebelum kedatangan penjajah.
British telah menjajah Tanah Melayu untuk satu tempoh waktu yang agak
lama dan semasa penjajahan inilah British telah memperkenalkan pelbagai
polisi dan undang-undang yang akhirnya telah menjadi undang-undang
negara dan telah menggantikan undang-undang Islam.
Penjajah British telah mempersempitkan skop undang-undang Islam di mana
ianya terhad kepada kehidupan berkeluarga kepada umat Islam serta aspek-
aspek kecil yang lain.
Dualisme undang-undang telah diperkenalkan oleh British di mana sistem
undang-undang British dan sistem undang-undang Islam yang terhad telah
diperkenalkan oleh penjajah British semasa pemerintahannya.
Mahkamah Sivil atau Awam menguatkuasakan undang-undang berdasarkan
undang-undang British, manakala Mahkamah Syariah menguatkuasakan
undang-undang berdasarkan undang-undang Islam yang amat terhad.
Kedudukan sistem undangundang Islam melalui Mahkamah Syariah adalah
jauh terkebelakang berbanding dengan kedudukan undangundang sivil di
Mahkamah Awam.
Mahkamah Syariah hanya terhad kepada kesalahan-kesalahan tertentu
sahaja, sedangkan kebanyakan kesalahan jenayah akan diadili menerusi
Mahkamah Sivil.
Jika sekiranya terdapat kesungguhan daripada semua pihak, termasuk
kerajaan, badan-badan berkenaan dan orang Islam secara umumnya, untuk
memartabatkan undang-undang Islam di Malaysia, maka sudah pasti
undang-undang Islam ini dapat dimartabatkan sebagai undang-undang
negara.


X TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
274

Al-Barzakh
Al-Diyah
Al-Faraid
Al-Fasakh
Al-Hibah
Al-Hudud
Al-Khairat
Al-Khulu'
Al-Muamalat
Al-Nazar
Al-Qazaf
Al-Qisas
Al-Sighah
Al-Takaful
Al-Takzir
Al-Waqaf
Al-Wasiah
Mahar al-Mithal
Qanun al-Mawarith
Wali al-Mujbir

Ibrahim, Ahmad Mohamed. (1997). Pentadbiran Undang-undang Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Azmi, Drs. Abdul Ghani. (1997). Mengenal Qanun Jenayah Islam. Kuala Lumpur:
Al-Hidayah Publishers.
Borhan, Abd. Jalil. (1998). Penubuhan Mahkamah Syariah dan Bidang Kuasanya
di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Buang, Ahmad Hidayat. (1998). Undang-undang Islam di Mahkamah-mahkamah
Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
A. Othman, Mahmud Saedon. (1998). Institusi Pentadbiran Undang-Undang dan
Kehakiman Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ainiah, Kamar. (1998). Undang-Undang Perkahwinan dan Perceraian Dari Aspek
Amalan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Ibrahim, Ahmad Mohamed. (1999). Undang-Undang Keluarga Islam Di
Malaysia. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal Sdn Bhd.
Ibrahim, Ahmad Mohamed. (2000). The Administration Of Islamic Law in
Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Abdul Majid, Mahmood Zuhdi. (2001). Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah
Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA W
275
Borhan, Abd. Jalil. (2002).Pengantar Perundangan Islam. Skudai: Universiti
Institut Teknologi Mara.
Buang, Ahmad Hidayat. (2005). Mahkamah Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Yaacob, Abdul Monir dan Shamsiah, Siti Md Supi.(2006). Manual Undang-
undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Tamby, Faiza Chik. (2006). Mengenal Mahkamah Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muda, Mohd Zamro, dan Mohd Ridzuan Awang. (2006). Undang-undang
Pusaka Islam Pelaksanaan di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Arifin, Mahamad. (2007). Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman, Datuk Sheikh Ghazali. (2007). Isu dan Permasalahan Terkini
Mahkamah Syariah. Bandar Baru Nilai: Kolej Universiti Islam Malaysia.
Zulkifli bin Hasan, Abd Hamid bin Abd Murad, Arif Fahmi bin Md. Yusof,
(2007). Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie di Malaysia. Bandar Baru
Nilai: Kolej Universiti Islam Malaysia.
Shuaib, Farid Sufian. (2008). Powers and Jurisdiction of Shariah Courts in
Malaysia. Kuala Lumpur: Lexisnexis Malaysia Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai