Anda di halaman 1dari 10

IS-IT-020-2-04

QIAC 46 WORK INSTRUCTIONS


REV (04). EFFECTIVE DATE : 15.11.2011

IKIP ADVANCED SKILLS CENTRE


KAMPUS UTAMA,
JALAN DATO BAHAMAN, KUBANG BUAYA
25250 KUANTAN PAHANG

KERTAS PENERANGAN /
INFORMATION SHEET
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME

IT-020-2 COMPUTER SYSTEM ASSSISTANT TECHNICIAN

TAHAP / LEVEL

NO DAN TAJUK MODUL/


MODULE 4 - SAFETY & SECURITY
MODULE NO AND TITLE

NO DAN PERNYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO
AND STATEMENT

02.01 : MAINTAIN COMPUTER SYSTEM WORK AREA.


02.03 : DIAGNOSE COMPUTER THREATS.
02.04 : SCAN COMPUTER THREATS.
02.05 : EXECUTE DATA BACK-UP.
06.01 : COMPLY WITH COMPANY SECURITY POLICY.
06.02 : STORE COMPUTER DATA.

OBJEKTIF MODUL /
MODULE OBJECTIVE

PERFORM COMPUTER SYSTEM SAFETY AND SECURITY


USING
WORK
ORDER,
STANDARD
OPERATING
PROCEDURES, AIR CONDITIONER, TEMPERATURE AND
HUMIDITY MEASURING EQUIPMENT, MANUAL, REPORT,
CHECKLIST, FLOOR PLAN, SERVICING TOOLS, ANTIVIRUS
SOFTWARE, BOOTABLE DISK, VIRUS LOG SHEET,
SYSTEM
RECORD,
VIRUS
ALERT
PROCEDURES,
COMPUTER SYSTEM UNIT, SECURITY AND BACK-UP
HANDBOOKS, SECURITY MANUAL SO THAT COMPUTER
SYSTEM WORK AREA MAINTAINED, COMPUTER THREATS
DIAGNOSED, COMPUTER THREATS SCANNED, DATA
BACK-UP EXECUTED, COMPANY SECURITY POLICY
COMPLY, COMPUTER DATA STORED IN ACCORDANCE
WITH STANDARD COMPUTER SYSTEM SAFETY AND
SECURITY PROCEDURE.

NO KOD / CODE NO

IT-020-2/M04/KP (1/1)

Muka : 01

Drp : 10

NO KOD / CODE NO

IT-020-2/M04/KP(1/1)

Muka: 2 Drp: 10

TAJUK : KEKEMASAN KAWASAN KERJA DAN PERSEKITARAN KOMPUTER.

TUJUAN
Apabila kita membincangkan mengenai kekemasan,ianya menjurus kepada pengurusan tempat
kerja yang efektif,persekitaran kerja,mengurangkan pembaziran dan meningkatkan kualiti serta
keselamatan.Kekemasan serta keselamatan persekitaran khususnya di makmal/bilik komputer
adalah penting sebelum menempatkan komputer.Keadaan yang sesuai dan bertetapan menjadikan
pengguna atau pelatih merasa selesa dan dapat menggunakan komputer dengan cara yang betul
dan selamat.

PENERANGAN
1. 5 FAKTOR KEKEMASAN
1.1 SORTING
1.1.1

Melaksanakan pengisihan mengikut jenis peralatan dan persekitaran.Simpan peralatan

pada tempat yang betul mengikut kekerapan penggunaan,buang peralatan yang tidak diperlukan
atau rosak.Apabila pengisihan dilakukan,ianya akan membantu dalam memastikan ruang kerja
yang bersih,mempertingkatkan kecekapan dalam mencari barangan serta menyediakan ruang
kerja yang lebih luas dan tersusun.
1.2 SYSTEMATIC ARRANGEMENT
1.2.1

Merujuk kepada penyusunan tempat peralatan yang lebih sistematik.Sebagai contoh

menyediakan tool panel bagi proses penyimpanan barangan.


1.3 CLEANING
1.3.1

Melakukan pembersihan ke atas ruang kerja dimana ia membantu mengesan jika ada

sebarang kerosakan,tumpahan dan sebagainya.Pembersihan yang kerap dilakukan merupakan


salah satu langkah pemeriksaan.
1.4 STANDARDIZING
1.4.1

Merupakan satu standard yang perlu diadakan bagi memastikan ciri-ciri yang tersebut

sebelum

ini di kekalkan.Tanpa satu standard,pengguna

memandangkan tiada standard yang perlu dipatuhi.

akan kembali

ke tabiat asal

NO KOD / CODE NO

IT-020-2/M04/KP(1/1)

Muka: 3 Drp: 10

1.5 SELF DISCIPLINE


1.5.1

Pengguna perlu memastikan mempunyai disiplin diri yang tinggi dalam mematuhi standard

kebersihan dan kekemasan yang dikeluarkan


2. AMALAN 5S
2.1

Sejarah 5S ini telah bermula di Jepun selepas Perang Dunia Kedua bertujuan untuk
menghapuskan kekotoran dan mengemaskini kilang-kilang yang terdapat di Jepun. Ia
seterusnya diamalkan oleh syarikat-syarikat di seluruh dunia bagi memastikan tempat kerja
sentiasa selesa, sempurna, teratur, bersih dan selamat seperti yang anda lihat dalam rajah
1.

i.

SEIRI (SISIH)

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat


kerja dan membuangkannya.

ii.

SEITON (SUSUN)

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya


ianya mudah diambil untuk digunakan

iii.

SEISO (SAPU)

Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di


atas lantai,mesin dan perkakas

iv.

SEIKETSU (SERAGAM)

Memelihara taraf penjagaan kebersihan


dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

v.

SHITSUKE (SENTIASA AMAL)

Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan


kebersihan yang baik dengan sendirinya

NO KOD / CODE NO

IT-020-2/M04/KP(1/1)

Muka: 4 Drp: 10

RAJAH 1
3. PERSEKITARAN SISTEM KOMPUTER
3.1

Penjagaan persekitaran computer bermaksud :

i.

Menyediakan bilik khas untuk computer/server.

ii.

Menyediakan bilik berhawa dingin,jauh dari matahari,menggunakan karpet anti static.

iii.

Menjauhkan peralatan yang merbahaya dan tidak diperlukan dalam system computer untuk
mengelakkan kecederaan.

iv.

Membersihkan habuk,debu,sawang dan karat.

v.

Menggunakan/menyediakan peralatan yang bersesuaian untuk mengatasi masalah


computer.

3.2

Kaedah penjagaan persekitaran system computer dilakukan supaya :

i.

Tidak berlaku kerosakan pada computer.

ii.

Menjimatkan kos membaik pulih,mengurangkan kerosakan kecil pada computer.

iii.

Memanjangkan hayat computer.

iv.

Mengelakkan dari bahaya.

v.

Pengguna berasa selesa semasa menggunakan computer.

4. PENYEDIAAN RUANG / BILIK


4.1

Penyediaan

bilik

computer

bergantung

kepada

penyediaan

bilik,bekalan

kuasa,wiring,penghawa dingin,pencegahan kebakaran dan keselamatan.Saiz dan kapasiti


perkakasan computer yang ditempatkan di dalam sebuah bilik computer akan menentukan
ketinggian siling,kapasiti lantai,dimensi bilik,saiz pintu dan tempat pemunggahan barangan.
4.2

Ketinggian lantai yang standard bagi pusat computer adalah di antara 12 hingga 24
inci.Ruang ini (raised floor) digunakan sebagai tempat untuk kabel bekalan kuasa,talian
telekomunikasi,tempat sokongan bagi perkakasan yang berat dan juga pengaliran
udara.Bagi membuka ruang ini , peralatan yang dinamakan floor sucker ( rajah 2 ) akan di
gunakan.

RAJAH 2

NO KOD / CODE NO
4.3

IT-020-2/M04/KP(1/1)

Muka: 5 Drp: 10

Langkah keselamatan perlu di ambil kira bagi makmal computer seperti pintu masuk pusat
computer yang mungkin mempunyai system penggera,pengawal keselamatan,gril dan
sebagainya.Pelbagai alat pengesan boleh digunakan untuk melindungi makmal computer
sebagai contoh CCTV dan kamera seperti yang anda lihat dalam rajah 3.

RAJAH 3
5. PERALATAN DAN SUSUNAN PERABOT

5.1

Bilik Komputer

i.

Meja disusun tidak terlalu rapat untuk memudahkan pergerakan pengguna.

ii.

Kabel/extension dipastikan tidak berseliratan di atas lantai.

iii.

Komputer tidak disusun terlalu rapat-memudahkan pembaikan komputer jika berlaku


masalah teknikal.

iv.

5.2
i.
ii.

First aid kit dan fire extinguisher disediakan.

Bilik Server
Kabel tidak berseliratan di atas lantai.
Rak server tidak disusun terlalu dekat pada dinding untuk memudahkan pemasangan
kabel.

iii.
iv.

Server room diletakkan di kawasan yang mempunyai kemudahan pemindahan.


Tidak diletakkan dengan tangga,bilik air,paip air(sistem saliran),lif atau kawasan yang boleh
menyebabkan gangguan elektromagnetik.

NO KOD / CODE NO
5.3

IT-020-2/M04/KP(1/1)

Muka: 6 Drp: 10

Ciri-ciri Bilik Komputer/Server.


i.

Security Guard

ii.

Electronic Access System

iii.

Camera/CCTV

iv.

Fire Alarm System

v.

Grounding/Lightning

vi.

Guna UPS (Uninterruptable Power Supply)

Persekitaran sistem komputer yang baik bermaksud


persekitaran yang sejuk dan kering.

6. SUHU
i.

Suhu bilik yang sesuai adalah 29oC atau kurang darinya (15oC 29oC).Ini dilakukan dengan
memasang penghawa dingin serta bilik yang digunakan adalah tertutup.

ii.

Cahaya matahari secara terus perlu dielakkan dengan menggunakan langsir yang gelap.

iii.

Bagi bilik server,penghawa dingin yang menggunakan thermostat adalah perlu untuk
mengesan dan mengekalkan suhu.Jika suhu melebihi tahap yang ditentukan,thermostat
akan mengesan dan memberi amaran untuk menutup server sebagai langkah-langkah
berjaga-jaga.

iv.

Penggunaan thermometer amat diperlukan untuk menguji suhu persekitaran sistem


komputer.

7. KELEMBAPAN (HUMIDITY)
i.

Bermaksud kadar kandungan wap air di dalam udara.

ii.

Kelembapan perlu ditetapkan pada 40% - 60%.Kelembapan yang terlalu tinggi boleh
menyebabkan

pengaratan/hakisan

dan

menyebabkan elektrostatik ( Lihat rajah 4 )

RAJAH 4

kelembapan

yang

terlalu

rendah

boleh

NO KOD / CODE NO
iii.

IT-020-2/M04/KP(1/1)

Muka: 7 Drp: 10

Kelembapan udara boleh diuji menggunakan alat penguji kelembapan (humidity detector)
dan dikawal menggunakan alat pengawal kelembapan (humidity controller).Contoh alat
penguji yang menggabungkan kedua-dua fungsi ialah UMAC ( Rajah 5 ).

RAJAH 5
8. HABUK DAN KEKOTORAN
8.1

Habuk dan kekotoran merupakan satu gejala yang tidak boleh dipandang ringan kerana ianya boleh
menjejaskan prestasi peralatan dan juga kesihatan anggota. Di antara punca-punca habuk dan
kekotoran adalah dari :

8.2

i.

Pengedaran udara dari pendingin udara yang tidak bersih.

ii.

Pasir dari tapak-tapak kasut dan asap rokok.

iii.

Keadaan persekitaran luar.

Dengan itu langkah-langkah sewajarnya perlu diambil untuk mengatasinya. Di antara yang telah
dikenalpasti adalah:
i.

Mengadakan penyelenggaraan berjadual pada pendingin udara.

ii.

Meletakkan alas kaki di setiap pintu masuk .

iii.

Sediakan poster-poster arahan bagi menyedarkan anggota

iv.

Tidak merokok ditempat kerja .

v.

Pastikan pintu sentiasa ditutup.

9. RADIASI
9.1 Kerja-kerja pembaikan yang melibatkan penggunaan frekuensi yang sangat tinggi iaitu sehingga
GHz akan mendatangkan kesan buruk ke atas kesihatan anggota kerana pancaran yang
dikeluarkan. Untuk mengurangkan radiasi langkah-langkah keselamatan berikut perlu diamalkan:
i.

Sentiasa memakai pakaian pelindung keselamatan (protective clothing) semasa berada di bengkel
atau makmal komputer. Ini kerana untuk memudahkan kerja-kerja selenggara dapat dilakukan
dengan mudah tanpa sebarang halangan.

10. KEJUTAN ELEKTRIK

NO KOD / CODE NO
10.1

IT-020-2/M04/KP(1/1)

Muka: 8 Drp: 10

Kerja-kerja pembaikan di bengkel terutama di bengkel alat uji kebanyakannya melibatkan


penggunaan bekalan kuasa yang tinggi. Kejutan elektrik boleh berlaku jika litar pintas atau percikan
(sparking) ketika melakukan kerja-kerja troubleshooting.

10.2

Selain itu, kilat (lightning) juga boleh mendatangkan kejutan elektrik yang boleh menjejaskan
kesihatan dan keselamatan dan mungkin juga membawa maut kepada anggota jika sistem
pembumian tidak berada dalam keadaan baik

10.3

Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan menjamin keselamatan dan kesihatan anggota,
perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian:
i. Memastikan sambungan bekalan kuasa berada dalam keadaan baik.
ii. Tutup bekalan kuasa ketika membuat pertukaran alat ganti pada alat uji.
iii. Tutup suis utama bekalan kuasa socket outlet jika tidak menggunakan alat uji.
iv. Menggunakan kasut yang bertapak getah semasa membuat pembaikan.
v. Memastikan sistem pembumian sentiasa dalam keadaan baik.

11. BAHAN-BAHAN BERBAHAYA


11.1

Anggota-anggota bengkel sering terdedah kepada bahan-bahan berbahaya berbentuk asidik


ataupun berpunca dari pengoksidan. Bahan-bahan berbentuk asidik adalah seperti cd cleaner dan
lain-lain seumpamanya.

11.2

Bahan-bahan bahaya seperti di atas akan mengakibatkan chronic ulser sekiranya ia terkena kulit
ataupun luka yang sediada serta mengakibatkan masalah saluran pernafasan sekiranya dihidu.
Bahan-bahan tersebut juga akan menyebabkan letupan berlaku semasa berkeadaan suhu yang
panas dan terdedah kepada punca api.

11.3

Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil adalah seperti berikut :


i.

Sentiasa menggunakan sarung tangan apabila menggunakan serta pastikan arah pancutan
adalah betul.

ii.

Pastikan bahan-bahan berbahaya ditutup dengan kemas dan disimpan di tempat yang sejuk
dan selamat.

iii.

Pastikan campuran adalah betul sekiranya bahan-bahan tersebut perlu dicampur sebelum
digunakan.

iv.

Pastikan anggota-anggota tertentu yang berkelayakan dan terlatih sahaja ditugaskan


mengendalikan bahan-bahan berbahaya.

v.

Pastikan komponen tidak bergesel antara satu sama lain, diasah, ditebuk ataupun terdedah
kepada suhu yang tinggi yang boleh mengakibatkan kebocoran ataupun pecah.

vi.

Pastikan pembungkusan dibuat satu persatu. Beri tanda amaran pada bungkusan tersebut.
Bungkusan komponen-komponen yang pecah/rosak hendaklah dihantar balik ke pembekal
dengan tangan dan tidak secara pos.

12. PENCAHAYAAN

NO KOD / CODE NO

12.1

IT-020-2/M04/KP(1/1)

Muka: 9 Drp: 10

Langsir dipasang untuk mengelakkan pencahayaan terus ke dalam bilik/makmal.Cahaya matahari


boleh menyebabkan suhu bilik yang tidak bersesuaian.Lampu pendaflour digunakan kerana dapat
memberikan pencahayaan yang terang dan ia kurang mengeluarkan haba.

SOALAN :

NO KOD / CODE NO

IT-020-2/M04/KP(1/1)

Muka: 10 Drp: 10

1. Apakah 5 faktor kekemasan ?


..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................
........................................................................................................................................
2. Apakah 5 amalan 5S ?
..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................
3. Apakah yang dimaksudkan dengan kelembapan ?
..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................

RUJUKAN:
http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/pekerjaan/PKTK.pdf
http://www.jpa.gov.my/docs/pnerbitan/panduan/2009/bkp/gpanduan5s.pdf
http://www.slideshare.net/mdnorihk/pengenalan-amalan-5s

Anda mungkin juga menyukai