Anda di halaman 1dari 37

NOTA SAINS UPSR

Keperluan Asas Manusia


Manusia memerlukan 4 keperluan asas. Jika kita tidak memiliki keempat-empatnya atau salah
satu daripadanya, manusia berkemungkinan besar boleh mati dalam suatu tempoh tertentu.

Manusia memerlukan air untuk mengawal suhu badan manusia.
Manusia memerlukan makanan untuk
- mendapatkan tenaga
- membesar
- kekal sihat
Manusia memerlukan udara untuk bernafas.
Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya (haiwan
liar, haiwan berbisa, haiwan buas), dan perubahan cuaca (hujan, panas, ribut, sejuk
NOTA SAINS UPSR
Keperluan Asas Haiwan
Haiwan memerlukan keperluan asas yang sama seperti manusia.

Haiwan memerlukan kesemua ini dengan tujuan yang sama seperti manusia.
Haiwan memerlukan makanan dan air untuk membesar dan kekal sihat.
Haiwan memerlukan udara untuk bernafas.
Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya, hujan, panas
matahari serta boleh menjaga keselamatan anak-anaknya.
NOTA SAINS UPSR



(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?
_______________________________________________________________
(b) Nyatakan apakah yang diperhatikan (pemboleh ubah bergerak balas).
_______________________________________________________________
(c) Apakah yang ditetapkan (pemboleh ubah dimalarkan) dalam uji kaji ini.
_______________________________________________________________
(d) Didapati ikan Q mati selepas satu minggu. Beri inferens (sebab) bagi pemerhatian ini.
_______________________________________________________________
(f) Apakah kesimpulan yang dibuat berdasarkan eksperimen ini.
_______________________________________________________________
NOTA SAINS UPSR
Proses Hidup Manusia
Manusia menjalani beberapa proses hidup untuk manusia kekal hidup di dunia bersandarkan
kepada empat keperluan asas (air, udara, makanan, tempat perlindungan).
* Pernafasan Manusia
Manusia bernafas menggunakan hidung / mulut > salur udara > peparu .
Apabila menghembus nafas, udara keluar dari peparu > salur udara > hidung / mulut .
* Perkumuhan dan Penyahtinjaan
Daripada makanan yang kita makan, terdapat sebahagian yang tidak tercerna dan bahagian yang
dicerna juga menghasilkan bahan buangan.
Pembuangan dalam bentuk pepejal ialah nyahtinja.
Pembuangan dalam bentuk cecair ialah berkumuh. Contoh : air peluh, air kencing, wap air
(daripada pernafasan).
* Gerak Balas Terhadap Ransangan
Manusia juga bergerak balas terhadap ransangan secara spontan (tidak melalui berfikir / niat) .
Contoh : Kita secara automatik menarik tangan kita apabila tersentuh cawan berisi air panas.
Kita juga akan menggigil apabila kesejukan. Apabila kita termakan makanan yang masam,
automatik mata kita akan terpejam seketika.
* Pembiakan Manusia
Manusia membiak dengan melahirkan anak.
Sekiranya manusia berhenti membiak, bilangan manusia di muka bumi akan berkurang dan
akhirnya pupus





NOTA SAINS UPSR
Pengukuran
DEFINISI
Panjang - jarak antara dua titik
Luas - saiz sesuatu permukaan
Isipadu - jumlah ruang yang diisi
Masa - tempoh antara dua ketika





NOTA SAINS UPSR
Asid dan Alkali


NOTA SAINS UPSR




NOTA SAINS UPSR
Gerhana Bulan, Gerhana Matahari
Gerhana terdiri daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku
apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang lurus. Yang
membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-tengah? Apakah
yang membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula yang terlindung?
Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem
Suria kita.
Kita pergi satu demi satu.

Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan Bumi Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.
Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada
garis lurus. Lihat rajah di atas.
Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang
amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang
Bumi.
NOTA SAINS UPSR

Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula
berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku
pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah Di mana perubahan bentuk
Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.


Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh
objek yang besar iaitu Bulan.
NOTA SAINS UPSR

Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi
gelap-gelita seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.

NOTA SAINS UPSR


Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara
langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam
mata yang boleh menyebabkan buta.

Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3
keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin
mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).
Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana
cincin.

Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian
Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin
yang berkilau.
NOTA SAINS UPSR

Gerhana Matahari penuh.

Betapa indahnya suasana kejadian alam semula jadi ciptaan ALLAH.
Sebagai seorang Muslim, apa pula yang seharusnya kita lakukan apabila berlaku kejadian
gerhana di tempat kita? Kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana. Hukumnya sunat
muakkad.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w,


Maksudnya, Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda
kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian
seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah,
bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah
Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan dua rakaat, tetapi yang
membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua qiam. dua
ruku dalam satu rakaat. Bunyinya pelik?
NOTA SAINS UPSR
Pada rakaat pertama, selepas berniat, macam biasa, baca surah fatihah, dan surah pilihan, kita
ruku. Selepas ruku, biasanya kita itidal untuk kita bersujud selepas itu. Tetapi apabila kita
itidal, kita baca surah fatihah dan surah pilihan kali kedua , masih pada rakaat pertama. Susunan
secara ringkas seperti ini:
- Niat dan takbiratul ihram
Niat solat sunat gerhana Bulan:


Ertinya : Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.
Niat solat gerhana Matahari:


Ertinya : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.
-surah Al Fatihah
-surah pilihan
-ruku
-itidal
-baca surah fatihah
-baca surah pilihan
-ruku
-itidal
-sujud
-duduk antara dua sujud
-sujud kedua
-bangun untuk rakaat kedua
Rakaat kedua ulang seperti di atas (bermula al Fatihah pertama), juga dibuat dua kali fatihah/dua
kali ruku.
Jika dibuat di masjid, atau di surau, sunat diadakah khutbah, selepas solat sunat gerhana,
walaupun gerhana telahpun habis.
NOTA SAINS UPSR
Dalil disyariatkan Solat sunat gerhana:

.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: Tatkala matahari gerhana pada
masa Rasulullah SAW, maka diserukan : as solatu jami`ah. Lalu Rasulullah SAW melakukan
dua kali ruku dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku dalam
satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: Aku sama sekali tidak
pernah melakukan ruku ataupun sujud yang lebih lama daripada itu
dari Aisyah r.a. berkata :

.


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah
berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: Pada gerhana matahari dan bulan,
sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah.
Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan
seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat
gerhana

CH: Kadang-kadang kita terlalu asyik melihat Bulan / Matahari hingga lupa kepada tuntutan
solat sunat


TAHUN 5

Mikroorganisma bernafas, bertumbuh dan bergerak.

Kemandirian (Survival) bermaksud penerusan hidup atau pengekalan spesies di alam ini.

Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat.

Habitat adalah tempat tinggal bagi hidupan tertentu./
NOTA SAINS UPSR

Herbivor ialah haiwan yang makan tumbuhan sahaja.

Karnivor ialah haiwan yang makan haiwan sahaja.

Omnivor ialah haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan.

Rantai makanan sentiasa bermula dengan tumbuhan. Tumbuhan ialah pengeluar.

Pengguna pertama ialah haiwan yang memakan tumbuhan (pengeluar)

Pengguna sekunder ialah haiwan yang makan pengguna pertama

Pengguna tertier ialah haiwan yang makan pengguna sekunder.


CARA PEMBIAKAN BIJI BENIH
1. Biji benih betik, jagung, rambutan, tembikai
2. Spora paku pakis, lumut, cendawan
3. Daun begonia, setawar
4. Keratan batang ubi kayu, tebu, bunga raya
5. Sulur (suckers) pisang, nanas, buluh
6. Batang bawah tanah kentang, halia, bawang


CARA BIJI BENIH DIPENCARKAN / DISEBARKAN
1. Angin : kecil, ringan, berbulu halus @ struktur
bersayap
2. Air : kulit berongga @ berlilin @ berspan
3. Haiwan : sedap, bewarna cerah dan menarik serta
berbau harum @ mempunyai duri @ cakuk
4. Mekanisme letupan : pecah dan meletup


TENAGA
Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja

Sumber-sumber tenaga :
1) Matahari
2) Makanan
3) Angin
4) Air
5) Bahan api
6) Bateri

Jenis-jenis tenaga :
1. Tenaga bunyi
2. Tenaga haba
3. Tenaga cahaya
4. Tenaga elektrik
5. Tenaga kinetik
6. Tenaga kimia
7. Tenaga keupayaan

Tenaga yang dapat diperbaharui ialah tenaga yang dapat diganti apabila habis digunakan.
Cth : Tenaga solar, tenaga angin, tenaga air dan bahan api biojisim
NOTA SAINS UPSR

Tenaga yang tidak dapat diperbaharui ialah tenaga yang tidak dapat digantikan apabila habis digunakan.
Cth: Gas asli, petroleum, arang batu dan nuklear


LITAR
Litar Bersiri :
- dua @ lebih mentol disambung bersebelahan satu sama lain.
- Jika lebih banyak mentol ditambah di dalam litar, semua mentol menjadi malap.

Litar Selari
- dua @ lebih mentol disambung secara berasingan
- Jika semua mentol ditambah di dalam litar, semua mentol menyala dengan kecerahan yang sama


CAHAYA
Sifat-sifat cahaya
1. Cahaya bergerak dalam garis lurus
2. Cahaya boleh dipantulkan

Bahan lut sinar (transparent) bahan yang membenarkan semua cahaya melalui

Bahan lut cahaya ( translucent) bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.

Bahan legap (opaque) bahan yang tidak membenarkan cahaya melaluinya.


BAYANG-BAYANG

Bayang-bayang terbentuk apabila suatu objek legap menghalang sinar cahaya.

Saiz bayang-bayang berubah mengikut...
1. Jarak antara objek dengan sumber cahaya
- Saiz bayang-bayang semakin besar apabila
jarak antara objek dengan sumber cahaya
berkurang ( semakin dekat)
2. jarak antara objek dengan skrin
- Saiz bayang-bayang semakin kecil apabila
jarak objek dengan skrin berkurang.

Bentuk bayang-bayang berubah mengikut...
1. kedudukan sumber cahaya
2. kedudukan objek


HABA

Suhu ialah ukuran darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu bahan itu

Bahan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut bila disejukkan


KEADAAN BAHAN
1. Pepejal
- mempunyai jisim
NOTA SAINS UPSR
- mengisi ruang
- mempunyai bentuk tetap
- mempunyai isipadu tetap


2. Cecair
- mempunyai jisim
- mengisi ruang
- tidak mempunyai bentuk tetap
- mengambil bentuk bekasnya
- mempunyai isipadu tetap

3. Gas
- mempunyai jisim
- mengisi ruang
- tidak mempunyai bentuk tetap
- menambil bentuk bekasnya
- tidak mempunyai isipadu tetap

Proses Perubahan Bahan
1. Pembekuan ( 0c adalah takat beku)
Cecair Pepejal

2. Peleburan
Pepejal Cecair

3. Pendidihan (100c adalah takat didih)
Cecair Gas

4. Penyejatan
Cecair Gas
hanya melibatkan permukaan cecair tanpa melibatkan takat didih.
Penyejatan bergantung pada kehadiran angin, haba dan luas permukaan

5. Kondensasi
Gas Cecair


ASID, ALKALI & NEUTRAL
Asid
- Mengubah kertas litmus biru menjadi merah
- Berasa masam

Alkali
- Mengubah kertas litmus merah jadi biru
- Berasa pahit @ payau

Neutral
- Tidak mengubah warna kertas litmus
- Berasa manis, masin @ tidak mempunyai rasa


KESTABILAN & KEKUATAN
Kestabilan sesuatu struktur bergantung kepada:
1. luas tapak
2. ketinggian struktur.
NOTA SAINS UPSR

Kekuatan struktur ialah keupayaan struktur menampung beban yang berat

Kekuatan struktur bergantung kepada :
1. jenis bahan yang digunakan
2. bentuk struktur


TAHUN 6
TUAS

1. Tuas Kelas Pertama
Daya fulkrum beban
Cth : Playar

2. Tuas Kelas Kedua
Fulkrum beban daya
Cth : pembuka botol

3. Tuas Kelas Ketiga
Fulkrum Daya Beban
Cth : Pencucuk ais, pemegang kuih


TAKAL

1. Takal tetap
2. Takal bergerak


PENGARATAN

Karat ialah sejenis bahan yang terbentuk apabila sesuatu logam bertindak balas dengan air dan udara.

Semua objek yang dibuat dari besi dan keluli akan berkarat apabila terdedah pada udara

Kehadiran karat dapat dikesan apabila terdapat bahan bewarna perang kemerah merahan menyaluti permukaan objek
tersebut

Kalsium klorida kontang adalah agen pengering











NOTA SAINS UPSR
)Nota - DAYA (Tahun 6)

NOTA SAINS UPSR

1. apa itu daya
-suatu tolakan atau tarikan
-tolakan (tindakan menjauhkan objek)
-tarikan (tindakan mendekatkan objek)

contoh
-bermain layang2 (tarikan)
-menarik joran (tarikan)
-permainan gelongsor
-berkayak

ciri2 daya
-tdk dpt dilihat tp dpt dirasa
-kesan daya boleh dilihat
-angin tdk dpt dilihat tp boleh dirasa meniup muka & rambut kita...

*akan disambung ke topik 2. kesan daya...


NOTA SAINS UPSR

NOTA SAINS UPSR

2. Kesan daya
-objek pegun bergerak bila dikenakan tolakan
-menghentikan pergerakan objek bila dikenakan daya pd arah bertentangan
-mengubah kelajuan pergerakan objek (daya bertentangan akan memperlahankan objek... daya pd arah
yg sama menambah kelajuan pergerakan objek)
-mengubah arah pergerakan objek (bila daya dr tepi)
-mengubah bentuk & saiz objek (spt picit belon, buat kuih karipap)

*sambungan ke topik 3. Kesan daya geseran...




3. Geseran
berlaku bila 2 permukaan bersentuhan
-spt tayar dgn jlnraya
-menggerakkan duit syiling atas meja
-bila memegang gelas
NOTA SAINS UPSR

daya yg menentang pergerakan

permukaan berlainan mempunyai daya geseran berlainan
-permukaan lebih halus lebih sedikit geseran
-lebih kasar lebih besar geseran
-mudah membuka tutup botol dgn tangan kering (geseran tinggi)
-dgn tangan basah, susah membuka penutup botol (geseran rendah)
-mudah menarik objek atas permukaan halus

kesan daya geseran
-objek bergerak semakin perlahan dan kemudian berhenti
-hasilkan haba (spt menggosokkan kedua belah tangan)
-objek berat sukar bergerak (sb lebih berat lebih besar geseran)
-objek haus & koyak (getah pemadam semakin kecil, tapak kasut semakin halus)
-dpt elak drpd tergelincir


NOTA SAINS UPSR


4. Mengurang & meningkatkan daya geseran
mengurangkan...
-guna pelincir (spt minyak, gris, bebola, rod penggolek, kusyen udara, bedak, lilin)
-permukaan bersentuhan saling menggelongsor dgn mudah

meningkatkan...
-guna permukaan kering
-permukaan kasar
-lapik anti-gelincir dlm bilik mandi
-corak tapak kasut yg kasar

selmt memandu pd jalan kering drpd basah

hipotesis
-objek bergerak lebih jauh pd permukaan yg lebih licin sebelum berhenti
-objek bergerak lebih dekat pd permukaan yg lebih kasar sebelum berhenti
NOTA SAINS UPSR




5. Kelebihan & keburukan daya geseran

kelebihan
-membolehkan kita berjalan & berlari
-kekalkan objek yg pegun
-mudah pegang botol dgn tagan kering
-kucing guna kuku utk tingkatkan geseran

keburukan
-tayar botak/haus mudah tergelincir
-enjin hasilkan haba & mgkin rosak











NOTA SAINS UPSR
Kepentingan Pengawetan Makanan

Faedah pengawetan makanan termasuklah:
1. Makanan yang diawet dapat disimpan dalam bekas yang lebih kecil.
2. Makanan yang diawet adalah lebih mudah dibawa daripada makanan segar.
3. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dieksport.
4. Pengawetan makanan membantu mengelakkan pembaziran.
5. Makanan yang diawet boleh tahan lama.




Cara Pelilinan


Dalam kaedah pelilinan, makanan disalut dengan lapisan nipis lilin.
Pelilinan mengurangkan kehilangan air daripada makanan. Kaedah
pelilinan dapat menambahkan hayat simpanan makanan. Tetapi,
pelilinan boleh memudaratkan manusia kerana lilin sukar
ditanggalkan daripada makanan.




NOTA SAINS UPSR
Cara Pendidihan
Pendidihan ialah proses untuk membunuh mikroorganisma seperti
bakteria dan kulat. Semasa pendidihan, semua bakteria dan kulat
dapat dimusnahkan. Makanan dapat tahan lebih lama jika bakteria
dan kulat dibunuh.


Cara Pengasapan

Dalam kaedah pengasapan, makanan diawet dengan mengeringkannya di atas api.
Haba daripada asap mengeringkan makanan tanpa memasak makanan itu. Contoh
makanan yang diawet dengan cara pengasapan ialah ikan, pisang dan daging.


Pempasteuran


Dalam proses pempasteuran ini, makanan dipanaskan pada suhu
tertentu selama beberapa saat dan disejukkan dengan serta-merta.
Proses pempasteuran ini dapat mengekalkan keaslian rasa
NOTA SAINS UPSR
makanan. Makanan yang diawet dengan proses ini ialah susu,
minuman dadih dan jus buah-buahan.

Cara Pembungkusan Vakum


Kaedah pembungkusan vakum mengekalkan makanan dalam keadaan tanpa
udara. Makanan dimateri dalam bungkusan selepas udara disingkirkan.
Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat tidak dapat membiak tanpa
udara. Makanan yang dapat diawet dengan kaedah ini ialah kacang tanah,
buah-buahan, ikan salai, biskut dan makanan jeruk.



Cara Pengasinan

Garam digunakan untuk mengawet makanan seperti ikan,
telur, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Terdapat dua cara untuk mengasinkan makanan:
Merendam makanan di dalam larutan garam yang pekat.
Menambah kuantiti garam yang banyak kepada makanan.
NOTA SAINS UPSR

Garam menyingkirkan air dan menghalang pertumbuhan
mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
Cara Pembotolan Dan Pengetinan

Kaedah pembotolan dan pengetinan melibatkan proses
memanaskan makanan untuk membunuh mikroorganisma seperti bakteria
dan kulat. Makanan yang dimasak dan disimpan dalam botol, bekas atau tin
yang kedap udara. Pengetinan dan pembotolan membolehkan makanan
disimpan dalam tempoh yang lama sehingga beberapa tahun.



NOTA SAINS UPSR
Cara Penjerukan

Penjerukan ialah kaedah mengawet makanan dengan merendam makanan
di dalam cuka, larutan garam pekat atau larutan gula pekat. Penjerukan
mengurangkan kandungan air dalam makanan. Makanan yang diawet
dengan cara penjerukan akan berubah warna, rasa dan kurang berkhasiat.
Contoh makanan yang diawet dengan cara penjerukan ialah mangga, betik
dan ceri.



cara Penyejukbekuan

Dalam kaedah penyejukbekuan, makanan dibekukan pada suhu yang sangat rendah.
Mikroorganisma tidak dapat membiak pada suhu yang sangat rendah. Tetapi,
mikroorganisma akan menjadi aktif semula apabila makanan dikeluarkan daripada
peti sejuk. Oleh itu, makanan tersebut mestilah dimakan atau dimasak dengan
segera sebelum makanan tersebut menjadi rosak. Sebagai contoh, makanan yang
diawet dengan cara penyejukbekuan ialah ikan, ayam, udang, ketam, sotong dan
sebagainya.



NOTA SAINS UPSR



Cara Pendinginan

Makanan disimpan di tempat sejuk seperti di dalam peti sejuk. Pendinginan
menyebabkan mikroorganisma menjadi tidak aktif dalam keadaan yang sejuk.
Contoh makanan yang diawet dengan cara pendinginan ialah susu, buah-buahan dan
sayur-sayuran.







NOTA SAINS UPSR
Cara Pengeringan

Air disingkirkan daripada makanan dengan cara menjemurnya di bawah matahari. Pengeringan
dapat menghalang pertumbuhan mikroorganisma kerana mikroorganisma tidak dapat tumbuh
tanpa air. Contoh makanan yang diawet dengan cara pengeringan ialah ikan bilis, cili, sotong
dan udang.





Tahan Lama

Pengawetan makanan merupakan satu proses untuk menjadikan makanan tahan lebih lama. Ia
membantu melambatkan kerosakan makanan.
Senarai di bawah menunjukkan beberapa cara pengawetan makanan.
1. Pengeringan
2. Pendinginan
3. Penyejukbekuan
4. Penjerukan
5. Pembotolan dan pengetinan
6. Pengasinan
7. Pembungkusan vakum
NOTA SAINS UPSR
8. Pempasteuran
9. Pengasapan
10. Pendidihan
11. Pelilinan



Saturday, 17 November 2012

Ciri-ciri makanan yang rosak

1. Susu yang rosak
Mempunyai rasa yang masam
Berbau busuk
Berbuih
NOTA SAINS UPSR

2. Roti yang rosak
Berkulat
Berbau busuk
Berubah warna ( tompok hitam dan hijau )


3. Ikan yang rosak
Berbau busuk
Berubah tekstur ( isi lembik )
Berubah warna ( mata merah )


NOTA SAINS UPSR
4. Nasi yang rosak
Rasa yang tidak enak
Berlendir dan melekit
Berbau busuk



Friday, 16 November 2012

Mikrob yang berkuasa

Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat menyebabkan makanan menjadi rosak. Makanan yang rosak
akan berbau busuk, berasa tidak enak, berubah warna, berubah tekstur, berkulat dan berlendir.
Makanan yang rosak adalah tidak selamat untuk dimakan. Ia boeh menyebabkan sakit perut dan
keracunan makanan.

Bakteria dan kulat memerlukan udara, air, nutrien, suhu yang sesuai dan keasidan yang sesuai untuk
membiak. Lebih cepat bakteria dan kulat membiak pada makanan, lebih cepat makanan itu menjadi
rosak. Bakteria dan kulat tidak boleh hidup tanpa udara. Bakteria dan kulat dapat membiak dengan
mudah dalam keadaan lembap dan panas. Bakteria dan kulat tidak boleh hidup dalam persekitaran suhu
yang tinggi kerana bersuhu yang amat tinggi boleh membunuhnya. Selain itu, bakteria dan kulat tidak
boleh hidup jika tiada air. Bakteria dan kulat tidak boleh membiak dalam keadaan yang sangat berasid
atau keadaan yang sangat berakali.

Contoh-contoh makanan yang mudah menjadi rosak.

NOTA SAINS UPSR


Contoh-contoh makanan yang tahan lama.












NOTA SAINS UPSR