Anda di halaman 1dari 9

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

(Akta 514)
Dasar
Kawalan
Jawatankuasa
Pengelasan
Penggunaan dan Standard













Sejarah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Malaysia


Peranan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia telah bermula sejak
120 tahun yang lalu, iaitu pada akhir abad ke-19. Bermula dengan keselamatan
dandang dan kemudiannya ke atas keselamatan jentera ini diikuti dengan keselamatan
industri, keselamatan dan kesihatan industri dan akhir sekali meliputi aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang meliputi semua bidang pekerjaan. Sejarah,
peranan dan perkembangan Jabatan ini boleh dijejaskan dalam lima era iaitu:

1. Era Keselamatan Dandang - sebelum 1914
2. Era Keselamatan Jentera - 1914 hingga 1952
3. Era Keselamatan Industri - 1953 hingga 1967
4. Era Keselamatan dan Kesihatan Industri - 1970 hingga 1994
5. Era Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan - selepas 1994













Era Keselamatan Dandang - sebelum 1914

Tugas keselamatan pekerjaan yang mula-mula dilaksanakan di Malaysia ialah
pada tahun 1878, di mana En. William Givan telah dilantik sebagai Pemeriksa Jentera.

Beliau ditugaskan untuk memeriksa keselamatan dandang stim yang ketika itu
kebanyakannya digunakan di lombong-lombong bijih timah.

Pada sekitar tahun 1890an, kerajaan Negeri Perak telah melaksanakan sistem
pemeriksaan oleh orang perseorangan, di mana orang perseorangan yang mempunyai
kelayakan dalam bidang dandang stim diberi lessen perlantikan sebagai boiler surveyor
Pada tahun 1892 terdapat 83 dandang stim di Negeri Perak. Kesemua dandang
digunakan di lombong bijih timah melainkan 6 unit yang digunakan di kilang gula.
Sistem boiler surveyor telah ditamatkan pada tahun 1900 dengan terlantiknya En. C.
Finchman sebagai Inspector of Boiler.

Enakmen-enakmen dandang stim pada ketika ini bersifat kenegerian yang mana
keempat-empat negeri di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor,
Pahang dan Negeri Sembilan) mempunyai perundangan dandangnya yang tersendiri.

Perundangan dandang yang pertama adalah dipercayai di Negeri Selangor, iaitu
Selangor Boiler Enactment 1892 . Manakala di Perak pula perundangan dandang stim
yang pertama dikuatkuasakan ialah pada tahun 1903.

Pada tahun 1908 barulah kesemua Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai
perundangan dandang mereka masing-masing, dan kesemua pemeriksa pada ketika itu
dikenali sebagai 'Inspector of
Boiler'.


Era Keselamatan Jentera - 1914 hingga 1952

Pada 1 Januari 1914 enakmen-enakmen dandang stim di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dimansuhkan dan digantikan dengan Machinery Enactment of 1913.

Dengan berkuatkuasanya enakmen 1913 pemeriksa tidak hanya membuat
pemeriksaan dandang stim sahaja tetapi juga ke atas jentera-jentera lain, termasuklah
enjin pembakaran dalam, turbin air dan pemasangan jentera auxiliary yang
bersangkutan.

Pada masa yang sama jawatan Inspector of Boiler juga dimansuhkan dan diganti
dengan Inspectors of Machinery and Assistant Inspector of Machinery.

Pada tahun 1932, Machinery Enactment of 1913 telah dimansuhkan dan
digantikan dengan Machinery Enactment of 1932.

Pemeriksaan dan pendaftaran serta pemeriksaan pemasangan telah
dikuatkuasakan. Ketika itu Pemeriksa-pemeriksa Jentera adalah di bawah pentadbiran
Jabatan Galian, iaitu di bawah cawangan Machinery.

Ini adalah kerana pada ketika itu jentera-jentera kebanyakannya
tertumpu di sektor perlombongan yang mana merupakan perusahaan
utama pada waktu itu.







Era Keselamatan Industri - 1953 hingga 1967

Cawangan Machinery berada di bawah Jabatan Galian sehingga 1952.
Cawangan Kejenteraan (Machinery) telah dipisahkan daripada Jabatan Galian dan
ditukarkan nama kepada Jabatan Kejenteraan. Pemisahan ini adalah perlu kerana
kebanyakan pemeriksaan telah berkembang luar daripada industri perlombongan.

Pada tahun 1953, kesemua enakmen kejenteraan yang dipakai di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu serta Negerinegeri Selat telah dimansuhkan
dan digantikan dengan Machinery Ordinace 1953.

Dengan penguatkuasaan Ordinan 1953 ini, peranan Pemeriksa tidak
lagi tertumpu kepada dandang atau keselamatan jentera tetapi juga
meliputi keselamatan pekerja di kilang-kilang di mana jentera-jentera
tersebut digunakan.

Ordinan 1953 masih mempunyai kekurangan dalam aspek-aspek kesihatan
pekerja walaupun terdapat peraturan-peraturan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan pekerja di bawah ordinan tersebut, tetapi tidak dikuatkuasakan
sepenuhnya. Peruntukan-peruntukan utama ordinan-ordinan tersebut adalah
seperti berikut:

maka hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Pemeriksa dengan kuasa-kuasa
mengendalikan pemeriksaan dan
kelulusan sijil-sijil perakuan kebolehan;
maka peraturan-peraturan boleh dibuat;
maka jentera-jentera tidak boleh dijalankan tanpa sijil perakuan kelayakan;
maka orang yang disahkan sahaja boleh mengendalikan jentera;
maka jentera-jentera hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa;
maka kebenaran dari Pemeriksa hendaklah diberi sebelum jentera diperlesenkan
atau diubah;
maka semua kemalangan kepada orang atau harta benda bersangkut paut dengan
jentera hendaklah dilaporkan dan disiasat;
maka tiada sesiapapun boleh membuat kelakuan yang boleh mengakibatkan
kecederaan kepada yang lain atau menggunakan alat keselamatan;
maka jentera-jentera yang tidak mematuhi peraturan tidak dibenarkan dijual atau
dipinjamkan atau disewakan; dan
maka Pemeriksa diberi kuasa-kuasa untuk memasuki tempat-tempat dan
memberhentikan jentera-jentera yang tidak selamat.

Sehingga 1964 terdapat 786 dandang stim, 4537 pengandung tekanan tak
berapi, 981 mesin angkat dan 11,366 pepasangan lain.

Kakitangan Jabatan Kejenteraan ketika itu terdiri dari 10 Pemeriksa, iaitu
Jurutera Mekanikal, 5 Penolong Pemeriksa terdiri daripada pemegang Diploma
Kejuruteraan dan 9 Pemeriksa kilang (Juruteknik).







Era Keselamatan dan Kesihatan Industri - 1970 hingga 1994

Pada tahun 1967, Akta Kilang dan Jentera telah diluluskan oleh Parlimen. Selain
daripada itu penyusunan semula Jabatan telah dijalankan pada penghujung tahun
1960an di mana tanggungjawab dan fungsi pemeriksa, kaedah pentadbiran dan sistem
fail telah disusun semula disamping penutupan pejabat-pejabat cawangan kecil di
Rawang, Taiping, Tapah, dan Muar.

Pada tahun 1970 Akta Kilang dan Jentera serta lapan peraturan-peraturan yang
dibuat di bawahnya dikuatkuasakan. Dengan berkuatkuasanya Akta ini, Ordinan
Kejenteraan 1953 telah dimansuhkan dan nama Jabatan pula ditukar kepada Jabatan
Kilang dan Jentera.

Pemeriksa-pemeriksa yang menguatkuasakan Akta tersebut bergelar Pemeriksa
Kilang dan Jentera. Akta ini digubal untuk mengatasi kekurangankekurangan yang
terdapat pada Ordinan Kejenteraan 1953, iaitu dari segi
skop liputan ke atas pekerja, di mana para pekerja di tempat kerja yang tiada
penggunaan jentera telah juga dilindungi
Peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan kesihatan industri telah
diperlengkapkan.Secara umumnya, Akta ini telah digubal untuk memperuntukkan
piawaian minimum bagi keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja
yang mempunyai 5 orang pekerja atau lebih dan di semua premis di mana jentera
digunakan, termasuklah di kilang-kilang, tapak-tapak kerja binaan bangunan dan kerja
binaan kejuruteraan.

Akta ini cuma berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia sehinggalah pada tahun
1980 apabila pemakaiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Sehingga tahun
1968, Ketua-ketua Pemeriksa adalah terdiri daripada rakyat British berbangsa lnggeris.



Pada tahun 1968 jawatan Pemeriksa di Jabatan Kejenteraan telah sepenuhnya
diisi oleh anak tempatan. Tahun 1968 juga menyaksikan penubuhan seorangPegawai
Perubatan dan Pengawasan unit ini telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan
Kejenteraan. Unit tersebut tidak kekal lama di bawah Kementerian Buruh dan telah
diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Kesihatan pada tahun 1971.

Era ini juga menyaksikan pewujudan beberapa aktiviti serta bahagian yang
penting seperti tertubuhnya Bahagian Mencegah Pencemaran pada tahun 1971;
penubuhan Unit Industri Hygiene pada tahun 1975 dan penaikan tarafnya kepada
Bahagian Industri Hygiene pada tahun 1980.

Permulaan aktiviti Keselamatan Petroleum dengan tertubuhnya Bahagian
Keselamatan Petroleum pada tahun 1985; bermulanya aktiviti pemeriksaan khas bagi
mencegah kemalangan besar industri; aktiviti latihan keselamatan dan kesihatan
industri pada tahun 1987 dengan bantuan kepakaran daripada Pertubuhan Buruh
Antarabangsa (ILO); penubuhan Pusat Kebangsaan bagi Maklumat Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (C.l.S) pada tahun 1988; dan penubuhan Bahagian Major Hazards
pada tahun 1991. Akta (Langkahlangkah Keselamatan)

Petroleum telah dikuatkuasa pada tahun 1984 dan penguatkuasaannya dibuat
oleh beberapa agensi kerajaan. Jabatan Kilang dan Jentera menguatkuasakan
peruntukan-peruntukan akta yang bersangkutan dengan penghantaran petroluem
melalui talian paip, pangagihan dan penyimpanan petroleum serta peralatan
perkakasan yang berkaitan. Peraturan-peraturan (Langkah-langkah Keselamatan)
(Pengangkutan Petroleum Melalui Talian Paip) 1985 telah dikuatkuaskan sepenuhnya
oleh Jabatan ini. Dengan tanggungjawab baru ini pemeriksa-pemeriksa kilang dan
jentera telah juga diwartakan sebagai Pemeriksa Petroleum.



Dasar Penubuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 (Akta 514)
Terdapat 4 dasar yang telah dipersetujui dalam membentuk akta ini iaitu:

1. untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang
sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang
berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.
2. untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang
sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit
daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.
3. Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang
sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi
mereka.
4. Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-
peringkat oleh system peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang
berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk
mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan