Anda di halaman 1dari 8

PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM PEMULIHAN KHAS

SK TAN SRI GHAZALI JAWI 2013



PENGENALAN
Penguasaan 3M adalah titik tolak kepada kejayaan pembelajaran seseorang pelajar atau
murid.Murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira perlu menjalani program secara khusus dan
berterusan.


RASIONAL

Program peningkatan penguasaan 3M disediakan untuk membantu murid menguasai
beberapa kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai. Strategi membimbing murid perlu
bermula pada peringkat awal iaitu semasa murid murid ini berada di tahap 1. Tanpa usaha
usaha pemulihan pada peringkat awal,mereka akan mengalami defisit dalam pembelajaran
hingga ke tahap dua dan berterusan hingga ke sekolah menengah.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti program ini pada tempoh masa yang ditetapkan, adalah diharapkan:

1. Murid dapat menguasai kemahiran 3M.
2. Lebih ramai murid dapat dipulihkan dan kembali ke kelas biasa.
3. Murid berupaya bersaing dengan rakan-rakan dan mempunyai keyakinan untuk terus
berusaha dalam bidang pelajaran.

Program Peningkatan Penguasaan 3M ini memberi fokus kepada 12 orang murid pemulihan
khas tahun 2 dan Tahun 3.

Bilangan murid:

Tahun 2 : 5 orang
Tahun 6 : 2 orang

Jumlah : 7 orang






PERANCANGAN TAHUNAN
KELAS PEMULIHAN KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI GHAZALI JAWI 2013
BIL STRATEGI TAKTIK
1. MESYUARAT JAWATAN KUASA KELAS
PEMULIHAN
Tujuan :
Membincangkan perlaksanaan program Mewujudkan pasukan
guru yang bertanggungjawabdan berdedikasi kepada
permasalahan pembelajaran murid. Mengadakan perbincangan
dan strategi mengatasi pengajaran dan pembelajaran di kelas
pemulihan khas dan kelas-kelas biasa.
Penglibatan :
Semua guru AJK Kelas Pemulihan Khas dan pentadbir sekolah

Cadangan tempat :
Bilik mesyuarat / kelas pemulihan khas

Kandungan program :
Merangka dan melaksana program
Menganalisis masalah pengajaran dan pembelajaran Strategi
mengatasi masalah guru dan murid

Kos :
Sekolah
Tenaga / kaki tangan :
AJK kelas pemulihan khas


Minggu ke 2
Februari
April
Jun
Ogos
BIL STRATEGI TAKTIK

2.

MOTIVASI / SESI PERJUMPAAN DENGAN IBU BAPA
MURID YANG BELUM MENGUASAI 3M

Tujuan :
Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kelemahan prestasi
akademik anak- anak mereka.
Membincangkan langkah-langkah meningkatkan tahap
penguasaan 3M anak masing-masing.

Penglibatan :
Semua ibu bapa murid Tahun 1 hingga 6 yang belum menguasai
3M.

Cadangan tempat :
Bilik mesyuarat / kelas pemulihan khas

Kandungan program :
Membincangkan langkah menangani Masalah pembelajaran anak
masing-masing.
Memberi kesedaran dan galakan kepada ibu bapa membantu
anak masing-masing menguasai 3M.
Memastikan ibu bapa tahu tahap pencapaian anak mereka dalam
bidang pelajaran.
Membantu ibu bapa membimbing anak masing-masing dengan
latihan lembaran kerja dan kad-kad bacaan.
Kos :
Jamuan ringan
Tenaga / kaki tangan :
Guru pemulihan khas dan AJK kelas pemulihan khas


Minggu ke 3
Mac / Jun
BIL STRATEGI TAKTIK

3.

KELAS BIMBINGAN / TAMBAHAN

Di luar waktu persekolahan
Isnin, Selasa : 7.20 pagi- 7.40 pagi
Tujuan :
Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran
asas 3M


Penglibatan :
Murid Pemulihan Khas

Cadangan tempat :
Kelas pemulihan khas
Kandungan program :
Memberi bimbingan mengikut tahap pengasaan kemahiran
murid.
Murid dibimbing dengan penggunaan kad-kad bacaan,buku
Bacepat, lembaran kerja dan bahan Bantu mengajar yang
dibina.

Kos :


Tenaga / kaki tangan :
Guru pemulihan khas




Jun hingga
Oktober
BIL STRATEGI TAKTIK

7.

PENILAIAN


Tujuan :
Mengesan daerah kelemahan penguasaan murid.
Penilaian yang dijalankan ialah :
Ujian saringan IPP3M 1/2/3
Ujian Dianostik
Ujian Prestasi


Penglibatan :
Guru Pemulihan Khas

Cadangan tempat :
Kelas pemulihan khas


Kandungan program :
Menjalankan ujian saringan.

Menjalankan ujian Dianostik.
Menjalankan ujian prestasi bagi mengenal pasti tahap pencapaian
murid.

Kos :
Sekolah

Tenaga / kaki tangan :
Guru Pemulihan khas

Januari
Mei
Oktober
BIL STRATEGI TAKTIK

8.

PROJEK KECERIAAN KELAS


Tujuan :
Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
Menarik minat murid terhadap pelajaran

Penglibatan :
Guru Pemulihan Khas dan Ajk Pemulihan Khas


Cadangan tempat :
Di dalam dan di luar kelas pemulihan khas

Kandungan program :
Menambah dan membaik pulih BBM yang sedia ada.
Membina kiosk.

Kos :
RM 400.00

Tenaga / kaki tangan :
Guru Pemulihan Khas dan Ajk Pemulihan Khas




April hingga
Jun
BIL STRATEGI TAKTIK

9.

MAJLIS PENGHARGAAN DAN KECEMERLANGAN
MURID PEMULIHAN KHAS
Tujuan :
Memberi perangsang,minat dan semangat kepada murid yang
telah berjaya untuk terus cemerlang dalam bidang pelajaran.
Memberi dorongan kepada murid-murid lain untuk belajar
bersungguh-sungguh.

Penglibatan :
Murid pemulihan khas

Cadangan tempat :
Dewan sekolah

Kandungan program :
Pemilihan murid berdasarkan pencapaian baik di kelas.
pemulihan khas dan di kelas biasa.
Murid bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum.
Murid mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan telah kembali
ke kelas biasa.
Hadiah disampaikan semasa Hari Anugerah Sekolah.


Kos :
Sekolah


Tenaga / kaki tangan :
Guru Pemulihan Khas
Oktober


PENUTUP:
Program peningkatan Penguasaan 3M diharapkan dapat membantu mengurangkan bilangan
murid yang masih belum menguasai asas 3M di sekolah ini.Kejayaan program ini insyaAllah
akan mudah dicapai jika mendapat sokongan dan kerjasama erat dari berbagai pihak
khususnya para ibu bapa, guru-guru dan pentadbir sekolah.Semuga setiap aktiviti yang
dirancang akan dapat berjalan dengan baik demi masa depan anak didik kita.


Disediakan oleh :

( ZALINAWATI BINTI TAIB )
Guru Pemulihan Khas
Sek.Keb.Tan Sri Ghazali Jawi

Anda mungkin juga menyukai