Anda di halaman 1dari 3

Akta Kesatuan Sekerja 1959

Objektif: Akta untuk mengawal selia aktiviti kesatuan dan perkara


berhubung dengan pertikaian kesatuan, penggunaan dan pembekalan
dana, penubuhan kesatuan, penubuhan Persekutuan Kesatuan Sekerja. Akta
ini mengawal kuasa kesatuan sekerja, pegawai kesatuan sekerja, ahli
kesatuan dan Pendaftar Kesatuan Sekerja.

Ditadbir oleh: Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian
Sumber Manusia, Malaysia.

Makna & Tafsiran

1. Objektif utama Kesatuan Sekerja adalah:
a. Melindungi kepentingan ahlinya.
b. Mengawal selia perhubungan antara pekerja dan majikan
mereka.
c. Menjalankan tawar-menawar kolektif dengan pekerja untuk
menyempurnakan Perjanjian Kolektif.
d. Mewakili pekerja dalam pertikaian perusahaan dengan
majikan mengenai hal-hal disiplin.
e. Mewakili pekerja dalam Mahkamah Perusahaan, Mahkamah
Buruh, dll.
f. Menjalankan aktiviti lain untuk menggalakkan aktiviti sosial,
rekreasi dan budaya di kalangan ahlinya.
g. Menggalakkan atau mengatur apa-apa tindakan perusahaan
yang sah, termasuk mogok, tertakluk kepada peruntukan Akta
Kesatuan Sekerja 1959.

2. Pendaftaran Kesatuan Sekerja
Untuk mendaftarkan kesatuan sekerja, syarat-syarat berikut perlu
dipatuhi:
a. Permohonan mesti ditandatangani oleh sekurang-kurangnya
tujuh ahli.
b. Ia mesti menggunakan borang yang ditetapkan bersama
dengan fi yang ditetapkan.
c. Sesalinan peraturan-peraturan kesatuan yang dicetak dan
ditandatangani oleh tujuh ahli tersebut perlu diserahkan.
d. Nama dan alamat Kesatuan perlu dimasukkan.
e. Nama, umur, kewarganegaraan dan pekerjaan pemegang
jawatan perlu dikemukakan.

3. Ketua Pengarah boleh menolak pendaftaran suatu kesatuan sekerja
jika:
a. Dia berpendapat bahawa kesatuan sekerja tersebut
berkemungkinan untuk digunakan bagi tujuan yang menyalahi
undang-undang atau tujuan yang bertentangan atau tidak
sejajar dengan objektif dan peraturannya;
b. Mana-mana objektif kesatuan menyalahi undang-undang;
c. Dia tidak berpuas hati yang kesatuan sekerja tersebut telah
mematuhi Akta ini dan peraturannya;
d. Kesatuan sekerja yang meliputi sekumpulan pekerja tertentu
telah wujud dan dia merasakan bahawa menubuhkan satu lagi
kesatuan boleh menyebabkan permusuhan antara kedua-dua
kesatuan.
e. Dia berpuas hati bahawa objek, peraturan dan perlembagaan
kesatuan sekerja bertentangan dengan mana-mana
peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturannya; atau
f. Nama yang akan didaftarkan untuk kesatuan sekerja ini:
i. Sama dengan nama kesatuan sekerja lain yang telah
wujud, atau hampir-hampir menyerupai nama kesatuan
sekerja lain yang telah wujud sehingga, pada pendapat
Ketua Pegarah, mungkin boleh mengelirukan orang
ramai atau ahli salah satu kesatuan sekerja tersebut;
atau
ii. Pada pendapat Ketua Pengarah, tidak menyenangkan,
melainkan kesatuan sekerja tersebut menukar namanya
kepada satu nama yang boleh diterima oleh Ketua
Pengarah.

4. Tanggungjawab Kesatuan Sekerja
a. Untuk mematuhi semua undang-undang, khususnya
peruntukan Akta Kesatuan Sekerja.
b. Untuk menghalang mana-mana ahlinya daripada
melaksanakan apa-apa tindakan yang salah di sisi undang-
undang, sebagai contoh, mogok, kerja perlahan (go-slow),
memboikot kerja lebih masa, dll.
c. Untuk mentadbir dana Kesatuan dalam cara yang betul dan
mengikut peraturan Kesatuan.
d. Untuk tidak memulakan, menggalakkan atau menganjurkan
apa-apa mogok atau tindakan perusahaan dalam bentuk
yang lain tanpa mendapat persetujuan terdahulu, melalui
undian rahsia, sekurang-kurangnya dua pertiga daripada
ahlinya yang berhak mengundi.

Implikasi Utama
1. Pekerja syarikat hendaklah mematuhi undang-undang dan garis
panduan di atas bagi menubuhkan satu Kesatuan Sekerja.

2. Majikan boleh mengiktiraf Kesatuan Sekerja dengan syarat ia
mematuhi Akta dan menerima kelulusan daripada Ketua Pengarah
Kesatuan Sekerja.

3. Majikan boleh menolak penubuhan Kesatuan Sekerja untuk ahli dalam
kategori kerja berikut:
a. Kakitangan Keselamatan
b. Kedudukan yang memegang bahan sulit
c. Kapasiti pengurusan
d. Tugas kesetiausahaan