Anda di halaman 1dari 18

ABSTRAK

Persoalan terhadap Ilmu Kalam menjadi suatu perbincangan yang luas dan panjang.
Perbezaan pendapat dan percanggahan dalam kalangan manusia menyebabkan
penerimaan terhadap ilmu ini diterima dengan pelbagai hujah dan alasan. Persoalan yang
dapat dikenal pasti bahawa terdapat banyaknya definisi trhadap ilmu kalam . Selain itu,
manusia juga pada awalnya belum memahami dan mengetahui asal usul kemunculan ilmu
Kalam ini. Percanggahan idea dan pendapat juga menjadi penyebab kepada kecelaruan
yang muncul. Dalam pada itu, bagi mencari jawapan dan solusi kepada permasalahan ini,
beberapa rujukan telah dilakukan bagi mengumpul segala maklumat dan data. Hal ini
adalah supaya segala persoalan dan perbezaan yang timbul dapat diselesaikan dan
masyarakat pelu melihat dari skop pandang yang sama terhadap sesuatu kelebihan dan
perbincangan yng ada dalam ilmu tersebut. Dalam perbincangan ini, telah dirungkaikan
sedikit sebanyak mengenai definisi, nama-nama Ilmu Kalam, faktor kemunculan dan juga
mauduk di dalamnya. Lataran itu, masyarakat perlu terlebih dahulu memahami tentang
ilmu ini sendiri terlebih dahulu agar tidak timbul perdebatan yang hanya akan
mendatangkan perbalahan dan permusuhan.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat serta nikmat masa dan
tenaga yang dianugerahkan kepada kami, akhirnya dapat kami menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Pertamanya kami ingin mendedikasikan kalungan penghargaan ini
kepada pensyarah kami yang disayangi iaitu Dr. Abdul Rahman Bin Mahmood, kerana
dengan berkat tunjuk ajar daripada beliau telah membuka ruang kepada kami untuk
menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa tersayang yang sentiasa menjadi pemudahcara untuk kami melaksanakan
tanggungjawab kami sebagai seorang pelajar. Tidak lupa juga kami tujukan buat rakan-
rakan seperjuangan yang telah banyak memberi panduan dan peringatan atas kealpaan
kami. Tidak kurang juga bagi mereka yang setia menjawab persoalan yang timbul
daripada kami. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam
membantu kami menyelesaikan tugasan ini tidak kira sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
1.0 Pengenalan Kepada Ilmu Kalam

Kalam ialah satu kata dalam bahasa Arab yang bermaksud perkataan, firman, ucapan
atau pembicaraan. Dalam perbahasan ilmu nahu, kata kalam itu diertikan sebagai suatu
susunan kalimat yang mempunyai maknanya yang tersendiri. Dalam kalangan ahli tafsir,
perkataan kalam dieertikan sebagai firman Allah iaitu wahyu Allah yang diwahyukan
kepada Nabi Muhammad s.a.w, kemudian digambarkan dengan huruf dan dikumpulkan
menjadi Al-Quran. Pengertian pula adalah berkenaan ilmu yang membicarakan tentang
kewujudan Allah, sifat-sifat wajib serta mustahilnya dan sifat yang harus bagi Allah dan
Rasul.
Ibn Khaldun pula mengatakan bahawa Ilmu Kalam adalah suatu ilmu yang
membicangkan tentang alasan-alasan untuk mempertahankan kepercayaan iman dengan
menggunakan dalil-dalil akal dan bantahan terhadap segala fahaman yang bertentangan
dengan aliran salaf dan Ahli al-Sunnah.
1

Objektif Ilmu Kalam adalah berkenaan dengan segala sesuatu yang berkaitan
dengan Allah s.w.t. Ilmu Kalam juga turut dipanggil sebagai ilmu yang mengutamakan
penggunaan akal di samping perbahasan dalil-dalil nas dalam mempertahankan keyakinan
ajaran agama bersesuaian dengan fungsinya sebagai sebuah dialog keagamaan.
Sebahagian ilmuan mengatakan bahawa Ilmu Kalam ini sebenarnya mengandungi
keyakinan, kebenaran, praktikal dan perlaksanaan kepada teori yang ada iaitu
perlaksanaan kepada ajaran agama itu sendiri yang kemudiannya dijelaskan dengan
penjelasan rasional. Bagi membezakan ilmu ini dengan dengan ilmu logik dan falsafah,
maka ilmu ini telah dinamakan sebagai Ilmu Kalam.
2

Ilmu Kalam juga dinamakan sebagai Ilmu Tauhid, yakni ilmu tentang keyakinan
dan kepercayaan kepada Allah. Ia juga dinamakan sebagai Ilmu Aqaid atau Usuluddin
kerana masalah asas yang dibahaskan adalah berkenaan dengan asas-asas agama. Pada

1
Umar Hasyim, 2014, Siapa Ahli Sunnah Wal-Jamaah?, Al-Hidayah Publication, Selangor. Pp109-110
2
Philip Bob Cock Gove (ed), 1966, Websters Third New Internasional Dictionary of The English
Language Uni Bridged, G&C Mervian Company Publisher, USA. Pp2731
mulanya Ilmu Kalam ini masih bercampur dengan Ilmu Fiqh, tetapi ilmu ini telah
dipisahkan oleh kaum Mutazilah.
Kesimpulannya, ilmu ini dinamakan sebagai Ilmu Kalam kerana ianya banyak
membicarakan tentang asas-asas masalah kalamullah. Walaupun masih banyak
berbincang tentang masalah lain, namun salah satu daripada bahagiannya yang terpenting
telah disandarkan sebagai nama bagi keseluruhan ilmu tersebut yakni Ilmu Kalam.

2.0 Nama-Nama Bagi Ilmu Kalam

Ilmu Kalam dikenali dengan banyak nama, berbeza mengikut tulisan para sarjana yang
berbicara tentangnya. Ahli sarjana ini menggunakan nama-nama lain untuk menerangkan
tentang pekara-perkara yang sama yang dibahaskan oleh Ilmu Kalam. Antaranya, ilmu ini
dikenali dengan nama Ilmu Usuluddin, Ilmu Teologi, Ilmu Tauhid dan Ilmu Aqidah.
Dikatakan bahawa ilmu kalam itu sebagai Ilmu Tauhid keran ia adalah suatu ilmu
yang digunakan untuk meneliti hal-hal dalam menetapkan aqidah agama dengan dalil-
dalil yang nyata atau untuk mengetahui sifat-sifat Allah taala, rasulullah dengan bukti-
bukti yang pasti, akhirnya untuk mendapatkan kebahagiaan dan keselamatan abadi (Moh
Abdai rathmy 1960 :6).
Menurut Syeik Muhammad Abduh, beliau mendefinisikan Ilmu Tauhid sebagai
ilmu yang membicarakan tentang wujudnya Tuhan, sifat-sifat yang mesti ada, boleh ada,
mustahil ada pada Tuhan. Selain itu, ia turut mengulas define ini kepada sifat-sifat yang
membolehkan pengutusan rasul terjadi, sifat-sifat yang boleh dikaitkan dan juga sifat
yang mustahil bagi rasul (A.Hanafi 1980:12)
3
.
Ilmu kalam atau Ilmu Aqidah ialah hal-hal yang berhubung dengan kepercayaan
dan keyakinan di dalam hati sehingga hati dan jiwa itu menajdi tenteram, tidak ragu dan
tidak bimbang, bersih dan murni dari segala was-was, syak wasangka. Suatu keyakinan

3
A.Hanafi, 1980 , Pengantar Teologi Islam , Pustaka Al-Husna, Jakarta, Indonesia. Pp12
yang kuat dan teguh dengan menghayati seluruh aspek kehidupan dan amal ibadah
kepada satu zat yang Maha Kuasa.
Ilmu teologi ialah ilmu yang membahaskan tentang agama iaitu fokusnya kepada
kepercayaan kepada Tuhan tentang segala seginya termasuklah persoalan Wujud-Nya,
keEsaa-Nya dan sifat-sifat yang ada pada Tuhan (A.Hanafi 1980:12). Di samping itu,
pertaliannya dengan alam semesta juag turut diselit sebagai kata Ilmu Teologi yang mana
alam semesta itu merujuk kepada seluruh isinya termasuklah proses kejadian alam,
keadilan dan kebijaksanaan Tuhan. Pengutusan rasul juga termasuk dalam persoalan
pertalian Tuhan dengan manusia yang meliputi soal penerimaan wahyu dan berita-berita
alam ghaib (A.Hanafi 1980:13).

3.0 Faktor Kelahiran Ilmu Kalam

Dalam mempelajari serta memahami Ilmu Kalam, terdapat dua pengaruh utama yang
dapat ditelusuri sebagai sumber atau asal-usul Ilmu Kalam itu sendiri. Sumber yang
pertama adalah sumber yang langsung iaitu Al-Quran dan Hadis. Kedua-dua komponen
ini telah banyak mendorong kemunculan aliran pemikiran Islam iaitu keupayaan para
ulamak Islam untuk menjelaskan tentang Islam itu sendiri dan sumbernya. Disebabkan
keupayaan mentafsir Al-Quran dan Al-Sunnah inilah aliran pemikiran dalam Islam
makin berkembang, termasuklah pemikiran yang bersifat kalami. Manakala sumber yang
kedua pula adalah sumber yang tidak langsung iaitu pemikiran-pemikiran pra-Islam dan
falsafah yunani yang mana ianya timbul akibat daripada pemberontakan yang berlaku
ketika zaman awal Islam. Sumber-sumber inilah yang kemudiannya dibahaskan bagi
mengkaji hubungannya dengan kemunculan pemikiran Islam yang lain terutamanya Ilmu
Kalam.
Berbincang mengenai persoalan berkaitan perkembangan Ilmu Kalam, faktor-
faktor kemunculannya dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu faktor dalaman dan
faktor luaran. Faktor dalaman merupakan faktor yang berpunca daripada umat Islam itu
sendiri. Antara faktor dalaman yang terlibat ialah dorongan dan pemahaman terhadap Al-
Quran, persoalan politik dan peristiwa majlis tahkim. Manakala faktor luaran pula adalah
berupa fahaman keagamaan orang bukan Islam yang kemudianya memeluk Islam,
pertumbuhan falsafah yunani dalam kalangan muslimin dan aktiviti penterjemahan buku-
buku peradaban yunani yang mengangkat penggunaan akal dalam pelbagai bidang
termasuk bidang agama. Penggunaan akal dalam bidang keagamaan inilah yang paling
banyak mendorong kemunculan Ilmu Kalam.
4

Beberapa orang sarjana yang menulis tentang Ilmu Kalam telah juga telah
membuat perincian yang mendalam dalam penulisan mereka mengenai faktor yang
mendorong atau mempengaruhi kelahiran Ilmu Kalam dalam masyarakat islam. Antara
tokoh tersebut ialah Ziauddin Ahmed yang menyenaraikan faktor perluasan Islam yang
memungkinkan spekulasi-spekulasi dogmatik bermula dalam kalangan muslim.
Sehubungan itu, beliau telah mencadangkan beberapa sebab untuk permasalahan ini
sebagaimana berikut:
a) Al-Quran sendiri mengandungi banyak ayat-ayat yang menyeru akal manusia
supaya berfikir. sebagai contoh, beberapa ayat al-Quran menyatakan bahawa
setiap perbuatan manusia telah ditetapkan dan manusia juga bertanggungjawab
terhadap perbuatannya.
b) Umat islam mesti memepertahankan Islam daripada serangan agama lain seperti
yahudi, kristian dan kaum musyrikin. Dalam usaha menyangkal hujah mereka, al-
Quran sendiri menyuruh supaya menggunakan metod perdebatan dalam
menegakkan kebenaran.
c) Terdapat juga contoh-contoh perbincangan isu akidah yang bersifat spekulatif
dalam kalangan sahabat. Misalnya, terdapat sahabat yang membincangkan tentang
persoalan qadar Allah dan Rasullah s.a.w telah meminta mereka supaya tidak
membicarakannya tetapi terus mengamalkan suruhan Allah dan meninggalkan
segala larangan-Nya.

4
Adeng Muchtar Ghazali, 2005, Perkembangan Ilmu Kalam dari Klasik Hingga Modern, Pustaka Setia,
Bandung, Indonesia. pp39
d) Pada akhir abad pertama Hijrah, sejumlah besar manusia yang berbagai
kepercayaan dan kebudayaannya telah memeluk islam menyebabkan mereka
terpengaruh dengan pegangan mereka yang lama.
Berdasarkan penerangan di atas, dapat dikenalpasti bahawa tiga faktor yang pertama
adalah merupakan faktor dalaman. Manakala faktor yang keempat pula adalah faktor
luaran.
5

Murtada Mutahhari pula menyatakan bahawa kemunculan Mutakallimun yang
begitu menyerlah pada abad yang kedua hingga keempat Hijrah adalah kerana timbulnya
kesedaran terhadap kepentingan mempelajari rukun-rukun kepercayaan islam serta tugas
mempertahankannya dalam kalangan umat islam. Kesedaran ini dikatakan timbul atas
empat alasan utama. Pertama, pemelukan Islam oleh berbagai bangsa asing yang
menyebabkan percampuran idea dan fahaman. Kedua, pergaulan umat islam dengan
golongan yang berbagai agama seperti yahudi, majusi dan kristian yang mana membuka
pintu perdebatan agama. Ketiga, lahirnya golongan Zindiqah yang menentang agama
akibat daripada kebebasan pada zaman pemerintahan Khalifah-khalifah Abbasiah.
Keempat, kemunculan falsafah dalam dunia Islam yang membawa kepada lahirnya
keraguan dan sikap skeptikal dalam kalangan umat islam sendiri.
6

Berlainan dengan ahli sarjana lain, Muhammad Abu Zahrah tidak pula
menyatakan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan Ilmu Kalam dalam
masyarakat muslim secara khusus. Sebaliknya beliau telah menjelaskan tentang sebab
muslim berpecah kepada pelbagai mazhab akidah, politik, dan fikah. Antaranya ialah:
a) Assabiah dalam masyarakat arab.
Ketika hayat Rasulullah s.a.w, baginda telah berjaya menghapuskan
budaya ini. Namun pada zaman akhir pemerintahan Khalifah Uthman,
budaya ini muncul kembali sehingga membawa perpecahan dalam

5
Ahmad Ziauddin,1972, A Survey of the Development of Theology in Islam, in Islamic Studies, Vol.Xi,
No.2, pp 93-111.
6
Mutahhari Murtada, 1985, An Introduction to Ilm Kalam in al-Tawhid, pp 53-54.
kalangan umat islam kepada beberapa puak seperti Umawiyyin,
Hashimiyyin, Khawarij dan sebagainya.



b) Perebutan jawatan khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Pada awalnya, golongan Muhajirin dan Ansar masing-masing mendakwa
bahawa mereka mempunyai hak untuk memegang jawatan tersebut.
Perselisihan yang berlaku antara kedua golongan ini akhirnya reda apabila
golongan Ansar menyerahkan jawatan Khalifah kepada golongan
Muhajirin. Namun, tidak lama kemudian muncul kembali perselisihan
dalam merebut jawatab Khalifah di antara puak Syiah, Khawarij dan umat
islam yang lain.
c) Muslim hidup berjiran dengan orangh bukan islam yang terdiri daripada kalangan
penganut agama kuno (ahl al-diyanat al-qadimah) dan sebahagian daripada
mereka telah pun islam.
Agama tua yang dimaksudkan di sini ialah agama Yahudi, Nasrani dan
Majusi. Mereka memeluk islam dalam keadaan pemikiran mereka masih
lagi terikat dengan agama yang asal, sebahagian daripada mereka inilah
yang kemudiannya telah memepengaruhi pemikiran umat islam yang lain
dalam hal yang berkaitan paksaan dan pilihan ( al-Jabr wa al-Ikhtiyar),
sifat-sifat Allah sama ada ia sama dengan zat Allah ataupun sebaliknya.
Pemikiran megenai sifat dan zat Allah inilah yang pada akhirnya telah
melahirkan pemikiran Muktazilah, Musyabbah dan Mujassimah.
d) Terjemahan falsafah (Tarjimah al-falsafah).
Perkara ini berlaku pada zaman pemerintahan Abbasiah. Falsafah pada
ketika ini telah mula mempengaruhi pemikiran umat islam terhadap
akidah Islam sebagaimana yang dapat dilihat dalam Ilmu Kalam yang
dibawa oleh golongan Muktazilah dan kumpulan umat Islam yang
menentang golongan tersebut.
e) Pendedahan terhadap kajian dan perbahasan yang rumit.
Hal ini berlaku antara umat Islam yang mendukung pemikiran falsafah
dan umat Islam yang menentang pemikiran falsafah dalam permasalahan
tertentu seperti masalah Qudrah ( kuasa) manusia berbanding dengan
kuasa Allah, masalah pengisbatan sifat Allah dan lain-lain lagi.

f) Kemunculan Qussas (Tukang cerita) pada zaman Khalifah Uthman.
Khalifah Ali tidak begitu menyukai golongan ini, lantas menyuruh supaya
mereka ini dikeluarkan daripada masjid-masjid kerana golongan Qussas
ini banyak bercerita tentang perkara yang dongeng dan khurafat yang
mana sebahagiannya adalah bersumberkan agama mereka yang lama.
Pada zaman Umayyah, terdapat banyak Qasas (cerita) dan melalui cerita-
cerita inilah berkemungkinan terselitnya unsur Israiliyat dalam kitab-kitab
Tafsir dan Sejarah Islam. Kewujudan Qussas ini juga sebenarnya telah
membawa umat Islam kepada perpecahan kerana ianya menyebabkan
sebahagian daripada mereka cenderung untuk taksub menyokong atau
menolak tokoh-tokoh dan pendapat tertentu yang terkandung dalam kisah
yang dibawa oleh Tukang Cerita tanpa mengira sama ada ia benar atau
salah.
g) Kewujudan ayat Mutasyabih dalam al-Quran.
Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam surah AliImran 3:7, Allah
s.w.t. telah menetapkan bahawa adanya ayat Muhkamat dan Mutasyabihat
dalam al-Quran adalah untuk menguji kekuatan Iman orang-orang
Mukmin. Dalam hal ini, Ulama telah berselisih pendapat dalam
memahami ayat-ayat Mutasyabih ini di mana sebahagian daripada mereka
membenarkan pentakwilan dan sebahagiannya tidak membenarkan takwil
untuk memahami kehendak ayat tersebut.
h) Istinbat hukum Syarak.
Sebagaimana yang diketahui, sumber hukum Syarak yang utama adalah
al-Quran dan al-Sunnah. Namun, dengan bergantung pada nas-nas yang
terkandung dalam kedua-dua sumber ini semata-mata adalah tidak mampu
untuk menampung peristiwa yang semakin meluas. Oleh itu, umat Islam
pada ketika itu amat memerlukan kepada istinbat hukum daripada al-
Quran dan al-Sunnah itu sendiri. Dalam usaha untuk mendapatkan
sesuatu hukum, ada dalam kalangan mereka yang mempunyai pandangan
yang berbeza terhadap sesuatu isu dan masalah yang timbul.
7

Walaupun Muhammad Abu Zahrah tidak menyenaraikan secara khusus tentang
faktor-faktor yang menyebabkan lahirnya Ilmu Kalam dan madrasahnya, namun semua
faktor-faktor yang disenaraikan oleh beliau masih jelas untuk dikelaskan kepada faktor
dalaman dan faktor luaran. Faktor inilah juga yang telah menyebabkan umat islam
berpecah kepada berbagai golongan mazhab akidah, fikah dan politik. Jika diperhatikan
dengan jelas, hal ini telah pun dijelaskan dalam penjelasan mengenai faktor yang kedua
hingga yang ketujuh di atas.
Berdasarkan penjelasan terperinci di atas, dapat diketahui bahawa pada umumnya
faktor-faktor yang membawa kepada kelahiran ilmu kalam dapat dipecahkan kepada dua
iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman terdiri daripada keadaan sosial,
politik dan keagamaan umat islam sendiri. Manakala faktor luaran pula terdiri daripada
pemikiran agama dan falsafah yang dihadapi oleh umat islam seperti pemikiran dan
kepercayaan daripada agama-agama di Parsi atau Iran, pemikiran dan kepercayaan agama
orang yahudi dan kristian serta pemikiran falsafah yang berasal dari Greek dan India.













7
Ibrahim Abu Bakar, 2010, Ilmu Kalam: Paucis Verbis, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor, pp: 48-49.



4.0 Maudu Dalam Ilmu Kalam
Terdapat lima buah karya dalam kitab Ilmu Kalam ini yang mana meliputi beberapa
tokoh. Antara tokoh-tokohnya ialah al-Maturidi, Abd al-Jabbar, al-Shahrastani, al-
Amidi, dan al-Iji.
4.1 Mauduk dalam Karya al-Maturidi

Mauduk-mauduk yang dikemukakan dan dijelaskan oleh al-Maturidi dalam karyanya ini
terdiri daripada beberapa aspek. Antara aspeknya iaitu :
1) Pembatalan taklid dan wajib makrifah agama (Islam) dengan dalil
2) Sama dan akal kedua-duanya asal yang dengannya diketahui agama
(Islam)
3) Jalan-jalan yang menyampaikan kepada ilmu ialah al-iyan (dikehendaki
lima deria atau pancaindera), khabar-khabar dan nazar ( pemikiran).
4) Dalil bahawa alam ada muhdith (pencipta).
5) Pencipta alam adalah satu.
Setelah mengemukakan dan menjelaskan tajuk-tajuk di bahagian awal karyanya
itu, al-Maturidi mengemukakan pula tajuk-tajuk yang terdiri daripada :
1) Ikthilaf (perbezaan / kelainan) manusia dalam menjawab soal penyoal.
Kenapa Allah telah mencipta makhluk?
2) Mengenai nama-nama Allah
3) Makna perkataan bahawa Allah adalah shay
4) Hikmat dalam penciptaan jauhar-jauhar yang berbahaya atau mudarat
5) Mengenai jalan-jalan Tauhid
Selain daripada mengemukakan dan menjelaskan tajuk-tajuk mengenai ketuhanan,
al-Maturidi turut mengemukakan tajuk-tajuk yang menolak pendapat yang menolak
ketuhanan Allah sepertu pendapat Dahriah, Sufastaiah, dan Wathaniah. Selepas itu, al-
Maturidi mengemukakan pula tajuk yang berkaitan dengan kenabian dan risalah yang
dibawa oleh para Nabi utusan Allah kepada manusia. Antara tajuknya ialah :
1) Pengisbatan Risalah dan penjelasan hajat kepadanya.
2) Pengisbatan kenabian para Nabi dan khususnya Risalah Nabi Muhammad
s.a.w.
3) Pendapat Nasrani atau Kristian mengenai al-Masih dan penolakannya.
4) Mengenai iradah
5) Mengenai qadak dan qadar
8


4.2 Mauduk dalam Karya Abd al-Jabbar
Walaupun judul kitab yang ditulis oleh beliau mengenai lima prinsip atau asas pegangan
Muktazillah, tetapi beliau memulakan karyanya ini dengan mauduk-mauduk seperti yang
berikut :
1) Kewajipan manusia berfikir yang membawa kepada memakrifah atau
mengenali Allah.
2) Takrif yang wajib
3) Hakikat al-qabih
4) Jenis-jenis yang wajib
5) Hakikat pemikiran dan jenis-jenisnya
6) Makna pemikiran dan makrifah
7) Ilmu tidak iktikad
8) Makna al-darurah dan al-mushahadah
9) Bahagian-bahagian ilmu daruri


8
al-Maturidi, Abu Mansur Muhammad bin Mahmud, 1970, Kitab al-tawhid, Tahqiq wa-taqdim Dr. Fath
Allah Khalif, Bayrut, Dar al-Mashriq
Abd al-jabbar kemudiannya membincangkan tajuk-tajuk seperti :
1) Dalil-dalil manusia tidak mengenali atau memakrifah Allah dengan ilmu
daruri atau secara daruri, manusia mengenali Allah dengan ilmu nazari
(ilmu yang melibatkan pemikiran dan pendalilan)
2) Penyangkalan atau penolakan pendapat yang menyatakan bahawa manusia
kadangkala mengetahui Allah secara bertaklid.
3) Penyangkalan pendapat bertaklidkan kepada orang yang zuhud
4) Tidak takut yang menghasilkan tinggal nazar kewajipan-kewajipan
pertama
5) Tidak musyahadah dalil-dalil kewajipan-kwajipan pertama.
Abd al-Jabbar mengakhiri perbincangan mengenai nazar ini pada jalan makrifah Allah
adalah kewajipan-kewajipan pertama akal dengan makna yang mutlak dan bukan dengan
makna yang muqayyad (terbatas atau terikat). Kewajipan-kewajipan yang dirujuk dan
dimaksudkan di sini adalah kewajipan-kewajipan akal, al-wajibat al-aqliyyah.
Selepas membincangkan kewajipan-kewajipan akal, maka Abd al-Jabbar
membincangkan tentang perkara-perkara berikut :
1) Kewajipan-kewajipan syarak, al-wajibat al-shariyyah, dan bahagian-
bahagiannya.
2) Al-hasan tidak terpisah daripada kewajipan dalam kewajipan-kewajipan
syarak
3) Nikmat pertama Allah kepada manusia
4) Jalan yang menyampaikan kepada ilmu mengenai Allah
5) Jenis-jenis dalil dan makrifah Allah tidak berlaku melainkan dengan akal

Setelah mengemukakan dan menjelaskan mauduk-mauduk di atas, maka Abd al-
Jabbar bin Ahmad mengemukakan dan menjelaskan prinsip atau asas yang pertama dalam
akidah atau pegangan Muktazilah. Akidah itu ialah ketauhidan Allah, al-tawhid dan di
bawah prinsip ini beliau mengemukakan dan membincangkan mauduk-mauduk yang
terdiri daripada :
1) Kalam mengenai sifat-sifat Allah
2) Kalam mengenai Allah adalah qadir
3) Kalam mengenai Allah adalah hidup
4) Kaifiat istihqaq Allah kepada sifat-sifat
5) Huraian perbincangan mengenai setiap sifat daripada sifat-sifat Allah
9


4.3 Mauduk dalam Karya al-Shahrastani
al-Shahrastani menulis atau mengarang karya Ilmu Kalam yang mengandungi mauduk-
mauduk yang dianggap sebagai kaedah-kaedah. Antaranya ialah:
1) Mengenai kebaharuan alam dan penjelasan kemustahilan hawadith (yang
baharu) tanpa permulaan kepadanya dan kemustahilan wujud jisim-jisim
tidak berakhir tempat
2) Mengenai huduth (happening, occurrence) kainat (yang wujud)
keseluruhannya dengan ahdath (ciptaan) Allah.
3) Mengenai tauhid
4) Mengenai pembatalan tasybih
5) Mengenai pembatalan mazhab al-tatil dan penjelasan aspek tatil
Selepas mengemukakan dan menjelaskan kaedah yang kelima itu, al-Shahrastani
mengemukakan dan menjelaskan kaedah yang keenam pula sehingga kaedah yang
kesepuluh. Setelah habis mengemukakan kaedah-kaedah tentang ilmu Allah, al-
Shahrastani mengemukakan pula kaedah tentang sifat-sifat Allah dengan meneruskan
dengan kaedah yang kesebelas hingga kaedah yang kelapan belas. Yang mana antaranya
ialah :


9
Ahmad, Abd al-Jabbar, 1988, Sharh al-usul al-khamsah., al-Qahirah, Maktabah Wahbah
Mengenai iradah
Mengenai keadaan Allah mutakallim dengan kalam azali
Mengenai kalam Allah adalah wahid (satu)
Mengenai hakikat kalam manusia dan percakapan nafsani
Mengenai ilmu tentang Allah yang Maha Mendengar dan Melihat
Dalam kaedah-kaedah yang seterusnya al-Shahrastani mengemukakan dan
menjelaskan tentang hari kiamat, imamah dan juga wali. al-Shahrastani ini dalam kaedah
yang kedua puluh banyak meletakkan mauduk dan hanya menjelaskannya secara ringkas
sahaja kerana banyak juga di antaranya dikategorikan dalam al-samiyyat.
10


4.4 Mauduk dalam Karya al-Amidi
al-Amidi menyatakan bahawa beliau menyusun mauduk-mauduk dalam kitabnya dalam
lapan kanun, thamaniyah qawanin dan setiap kanun mengandungi beberapa masalah dan
kaedah-kaedah agama.
Kanun pertama, mengenai pengisbatan al-wajib bi-dhatih (yang wajib dengan
zatnya iaitu Allah). Kanun kedua mengenai pengisbatan sifat-sifat dan pembatalan tatil.
Kanun ini meliputi dua kaedah iaitu kaedah pertama mengenai masalah hal-hal dan
kaedah kedua mengenai pengisbatan sifat-sifat nafsiah. Sifat-sifat nafsiah yang diisbatkan
adalah iradah, ilmu, qudrah, kalam, dan al-idrakat iaitu mendengar dan melihat.
Seterusnya mengenai kanun ketiga yang mana al-Amidi menerangkan mengenai
wahdaniyyah al-bari taala (keesaan Tuhan), kanun keempat mengenai pembatalan
tasybih dan apa yang harus dan apa yang tidak harus kepada Allah dan meliputi dua
kaedah. Kaedah pertama ini menjelaskan apa yang harus kepada Allah dan kaedah kedua
mengenai pembatalan tasybih dan penjelasan apa yang tidak harus kepada Allah.

10
al-Shahrastani, T.th, Abd al-Karim. Kitab nihayah al-iqdam fi ilm al-kalam. Misr, Maktabah al-Thaqafah
al-Diniyah
Setelah itu, al-Amidi mengemukakan dan menjelaskan kanun kelima mengenai
afal wajib al-wujud (perbuatan-perbuatan Allah yang wajib wujud), dan kanun ini
mengandungi tiga kaedah. Kaedah pertama mengenai tiada khaliq (pencipta) melainkan
Allah, kaedah kedua mengenai penafian tujuan dan maksud daripada perbuatan-perbuatan
wajib al-wujud dan kaedah yang ketiga pula mengenai huduth al-makhlqat wa-qati
tasalsul al-kainat (kebaharuan makhluk dan keputusan rangkaian). Manakala kanun
keenam pula mengenai al-maad dan penjelasan apa yang berhubungan dengan himpunan
jiwa-jiwa dan jasad-jasad. Dalam kanun ini, al-Amidi mengemukakan pendapat atau
pandangan ahli falsafah ketuhanan, ray al-falasifah al-ilahiyyin dan pandangan
kumpulan Tanasukhiyyah mengenai hubungan jiwa dengan jasad dan kemudiannya
mengemukakan manhaj Islam dalam masalah hubungan jiwa dan jasad.
Kanun ketujuh pula al-Amidi menjelaskan berkaitan dengan al-nubuwwat wa-al-
afal al-khariqah lil-adat (kenabian-kenabian dan perbuatan-perbuatan yang mencarikkan
adat-adat) dan meliputi dua sudut. Sudut yang pertama ialah mengenai penjelasan
harusnya kepada akal dan sudut yang kedua ialah mengenai penjelasan berlaku
sebenarnya dan pengisbatan makrifahnya dengan Naql.
Kanun terakhir dalam karya al-Amidi adalah kanun kelapan iaitu mengenai
imamah dan ia meliputi dua sudut. Sudut yang pertama mengenai wajib imamah dan apa
yang berhubungan dengannya dan sudut kedua tentang pegangan Ahli Sunnah pada
Sahabat, imamah al-khulafa al-rashidin dan al-aimmah al-mahdiyyin.
11


4.5 Mauduk dalam Karya al-Iji
Kalau diperhatikan kandungan kitab karangan al-Iji, maka ia berbeza daripada kandungan
kitab karangan al-Amidi dalam beberapa aspek sekalipun mauduk-mauduk yang
dikemukakan dan dijelaskan banyak persamaan. Perbezaan yang jelas dapat dilihat dari
sudut teknik penulisan di mana al-Amidi menggunakan perkataan atau istilah kaedah

11
al-Amidi, Sayf al-Din, 1971, Ghayah al-Maram fi ilm al-kalam, al-Qahirah, Lujnah Ihya al-Turath al-
Islami
tetapi al-Iji menggunakan istilah al-mawaqif (hentian-hentian). Penjudulan yang lebih
kecil daripada al-mawqif dipanggil al-marsad (tempat memerhati) dan di bawah al-
marsad pula dinamakan al-maqsad (destinasi). Dalam menyenaraikan mauduk-mauduk
yang terdapat dalam karya al-Iji ini, maka ditumpukan kepada al-mawqif, al-marsad dan
al-maqsad mengikut susunan yang ada dalam karya ini.
Mawqif pertama mengenai al-muqaddimah yang disusun melalui enam marsad
dan setiap marsad mempunyai beberapa maqsad. Manakala mawqif kedua mengenai
perkara-perkara umum yang dibincangkan melalui mukadimah, marsad dan maqsad.
Mawqif ketiga pula berkaitan dengan aarad (arad-arad) yang dijelaskan melalui
mukadimah dan marsad-marsad. Di samping itu, mawqif keempat adalah mengenai
jauhar-jauhar yang dijelaskan melalui mukadimah dan marsad-marsad. Mawqif kelima
mengenai al-ilahiyyat (ketuhanan) yang dijelaskan melalui tujuh marsad. Yang akhir
sekali ialah mawqif keenam yang berkaitan tentang al-samiyyat yang dijelaskan melalui
empat marsad.
Dalam kitab yang sama di bahagian akhir, al-Iji menulis mengenai firaq yang
diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya : Umatku akan berpecah kepada 73
puak, semuanya di Neraka kecuali satu, dan wa-hiya ma ana alayh wa-ashabi. Puak
Islam yang terbesar lapan iaitu Muktazillah, Syiah, Khawarij, Murjiah, Najjariah,
Jabariah, Musyabbihah dan Najiah. Kumpulan atau puak yang selamat itu (al-najiyah)
ialah al-Ashairah, Salaf daripada Muhaddithin dan Ahli Sunnah Waljamaah.
12











12
al-Iji, Abd al-Rahman bin Ahmad, T.th, Al-Mawaqif fi Ilm al-Kalam, al-Qahirah, Maktabah al-
Mutanabbiy
5.0 Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan mengenai sejarah pekembangan Ilmu Kalam di atas, dapat kita
rumuskan bahawa Ilmu kalam merupakan suatu ilmu yang telah pun berdiri sendiri
walaupun ia belum dikenali pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Ilmu ini mula
terkenal selepas tersebarnya Islam secara meluas di negeri-negeri di luar daripada
kepulauan Arab yang kemudiannya melahirkan berbagai aliran dan kefahaman dalam
membincangkan tentang masalah metafizik atau masalah ghaib.
Pada zaman Rasulullah dan para sahabat, perbincangan mengenai Ilmu Kalam ini
masih belum wujud walaupun dalam Al-Quran sendiri ada menyebutkan tentang
Kalamullah. Adapun sebelum masa tersebut, perbahasan Ilmu Kalam yang berkaitan
dengan kepercayaan Islam disebut sebagai Al-Figh fi Ad-Din sebagai imbangan
daripada kata Al-Figh Al-Ilm yang bererti ilmu hukum. Sistem falsafah yang
digunakan dengan cara Ilmu Kalam oleh Mutazilah kemudiannya menggunakan
perkataan Ilmu Kalam untuk menjadikan ianya satu nama rasmi yang dikhususkan dalam
masalah tersebut.
Oleh itu, ilmu ini dinamakan sebagai Ilmu Kalam kerana perkara asas dalam ilmu
ini adalah berkaitan dengan kalam Allah dan tidak azalinya Al-Quran. Dalil-dalil
pemikiran yang menjadi asas pemikiran ilmu ini juga merupakan pengaruh daripada
kaum mutakallimun. Oleh yang demikian, ilmu ini dinamakan dengan Ilmu Kalam bagi
menzahirkan perbezaan antara ilmu logik dan ilmu falsafah.







Rujukan

Adeng Muchtar Ghazali, 2005, Perkembangan Ilmu Kalam dari Klasik Hingga
Modern, Pustaka Setia, Bandung, Indonesia. pp39

Ahmad Ziauddin,1972, A Survey of the Development of Theology in Islam, in Islamic
Studies, Vol.Xi, No.2, pp 93-111.
Ahmad, Abd al-Jabbar, 1988, Sharh al-usul al-khamsah., al-Qahirah, Maktabah Wahbah

A.Hanafi, 1980 , Pengantar Teologi Islam , Pustaka Al-Husna, Jakarta, Indonesia.
Pp12
Al-Amidi, Sayf al-Din, 1971, Ghayah al-Maram fi ilm al-kalam, al-Qahirah, Lujnah
Ihya al-Turath al-Islami
Al-Iji, Abd al-Rahman bin Ahmad, T.th, Al-Mawaqif fi Ilm al-Kalam, al-Qahirah,
Maktabah al-Mutanabbiy
Al-Maturidi, Abu Mansur Muhammad bin Mahmud, 1970, Kitab al-tawhid, Tahqiq wa-
taqdim Dr. Fath Allah Khalif, Bayrut, Dar al-Mashriq
Al-Shahrastani, T.th, Abd al-Karim. Kitab nihayah al-iqdam fi ilm al-kalam. Misr,
Maktabah al-Thaqafah al-Diniyah
Ibrahim Abu Bakar, 2010, Ilmu Kalam: Paucis Verbis, Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, Selangor, pp: 48-49.
Mutahhari Murtada, 1985, An Introduction to Ilm Kalam in al-Tawhid, pp 53-54.
Umar Hasyim, 2014, Siapa Ahli Sunnah Wal-Jamaah?, Al-Hidayah Publication,
Selangor. Pp109-110
Philip Bob Cock Gove (ed), 1966, Websters Third New Internasional Dictionary of The
English Language Uni Bridged, G&C Mervian Company Publisher, USA. Pp2731