Anda di halaman 1dari 11

PANDUAN MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL SPM

Menjawab kertas 1225/1 memerlukan formula yang tepat. Jadi cikgu cadangkan pelajar semua
pastikan telah menguasai formula tersebut sebelum menduduki peperiksaan.

Bahagian A: Soalan Struktur

1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilai


Untuk menjawab soalan ini mesti mahir:
kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan
hafal definisi nilai atau kata kunci
kaitkan definisi dengan situasi soalan
Contoh soalan

Nyatakan/berikan/senaraikan nilai (1 markah untuk 1 nilai)

1. Nyatakan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (1 markah)
2. Berikan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (1 markah)
3. Senaraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (2 markah)
4. Nyatakan tiga nilai patut diamalkan oleh Raj. (3 markah)

Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai (2 markah)

1. Nyatakan maksud nilai yang di atas (2 markah)
2. Berikan definisi nilai seperti di 1(a). (2 markah)
3. Tuliskan erti definisi dua nilai di 2(a) (4 markah)
4. Berikan makna nilai yang di nyatakan di atas (2 markah)

Huraikan/jelaskan/terangkan (2/3 markah)

1. Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (2 markah)
Jawab dalam 2 ayat sahaja. (N. W+kk.)
2. Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (3 markah)
Jawab dalam 3 ayat. (N. W+kk. contoh.)
3. Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (4 markah)
Jawab 2 ayat untuk setiap nilai. (N1. W+kk(N1). N2. W+kk(N2).)

2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5



Untuk menjawab soalan jenis ini, pelajar perlu menguasai maklumat penting daripada buku teks
seperti berikut:
Akta
Dasar
Nama-nama pertubuhan
Kesan sesuatu isu/fenomina/masalah
Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah
Cara mengatasi sesuatu isu/fenomina/masalah






Contoh soalan

Berikan/senaraikan/nyatakan nama/akta/watak/organisasi dll
1. Berikan satu agensi kerajaan yang melindungi hak pengguna. (1 markah)
2. Senaraikan tiga badan bukan kerajaan yang membela hak pengguna (3 markah)
3. Nyatakan satu organisasi dunia yang melindungi haiwan. (1 markah)
4. Senaraikan dua tokoh sukan negara yang kamu tahu. (2 markah)
5. Nyatakan satu akta yang melarang kita membocorkan maklumat sulit kerajaan. (1 markah)

Berikan/senaraikan/nyatakan/cadangkan cara/kesan/kepentingan/punca ......
1. Cadangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (1 markah)
2. Senaraikan dua kesan pencemaran alam. (2 markah)
3. Nyatakan tiga kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (3 markah)
4. Berikan dua punca pencenaran alam. (2 markah)

Bincangkan/jelaskan/huraikan/terangkan cara/kesan/kepentingan/punca/ .....
1. Bincangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (2 markah)
Cadangan. Contoh.
2. Jelaskan dua kesan pencemaran alam. (4 markah)
Kesan 1. Contoh. Kesan 2. Contoh.
3. Huraikan satu kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (2 markah)
Kepentingan. Contoh.
4. Terangkan dua punca pencemaran alam. (4 markah)
Punca 1. Contoh. Punca 2. Contoh.


JAUHI KESILAPAN DI BAWAH

Penulisan Nilai

kemampanan alam sekitar
hemat tinggi
telaransi
teloransi
kesederhaan
tanggungjawab
menghargai dan menyayangi alam sekitar
cintai akan negara
cinta kepada negara
mematuhi undang-undang dan peraturan
kasih sayang kepada keluarga
hormat dan taat kepada keluarga
menghormati hak golongan kurang upaya
sikap terbuka
berhemah tinggi
percaya kepada tuhan
melibatkan diri dalam pembangunan negara
mematuhi peraturan & undang2
b/jawab
peka terhdp isu2 a.sekitar
keharmonian ant m"sia dgn a. sekitar
Cuba pelajar sekalian betulkan kesemua kesilapan di atas


Latihan menjawab soalan struktur
Sebelum menjawab:

1. Teliti situasi dengan teliti dan kenal pasti watak (W) dan isu/tindakan (I).
2. Kenal pasti nilai (N) dan kata kunci (kk) nilai berdasarkan isu/tindakan.
3. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas.
4. Perhatikan markah soalan (1 markah = 1 ayat, 2 markah = 2 ayat ...dst)
Formula Menjawab soalan nilai:
2 markah = N. W + kk.
3 markah = N. W + kk. Contoh.

Contoh 1: 2 markah = KA + N. Gn + kk + T.

Nicole menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.
Jelaskan satu nilai yang diamalkan oleh Nicole (2 markah)


W: Nicole
Gn: dia
T: menyelamatkan anak kucing
Nilai: kasih sayang
kk: perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas
Ayat 1: Nilai kasih sayang.
Ayat 2: Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan,yang lahir dari hati yang ikhlas.

Penulisan jawapan:
Nilai kasih sayang. Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari yang
ikhlas.


Contoh 2: 3 markah
Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada
dunia melalui pelbagai aktiviti.
Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah)

KA: Rakyat Malaysia
Gn: kami (Jika KA merujuk pelajar dimana T positif, gunakan kita/kami)
T: berusaha menaikkan nama negara
N: Cinta akan negara
kk: perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi
kepentingan diri


Ayat 1: Nilai cinta akan negara.
Ayat 2: Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan diri.
Ayat 3: Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.


Penulisan jawapan:
Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia ada perasaan sayang dan bangga kepada negara dan
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya kami menyertai dan
memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.




Bahagian B: Soalan Esei
Bahagian B mengandungi 3 soalan. Pelajar hanya perlu menjawab 2 soalan sahaja untuk
mendapatkan 20 markah. Tetapi jika masih ada masa ..... pelajar digalakkan untuk menjawab baki
soalan. Ini kerana pemeriksa akan mengambil 2 markah terbaik daripada 3 soalan tersebut.


Bagi setiap soalan, pelajar perlu memberikan 3 nilai yang difikirkan paling tepat. Mengapa perlu 3
nilai? Sebenarnya nilai yang ke tiga adalah sebagai 'back up' jika nilai 1 /nilai 2 salah.....nilai 3 akan
bertindak sebagai penyelamat.


Pelajar juga diingatkan jangan beri lebih daripada 3 nilai. Ini kerana pemeriksa akan mengabaikan
jawapan yang berlebihan bagi sesuatu soalan.


Cara menjawab
N1. Gn + def(N1). Contoh. Contoh. Seterusnya N2. W + def(N2). Contoh. Contoh. Akhir sekali
N3. W+ def(N3). Contoh. Contoh.
Ingat ye......jawab dalam 1 perenggan sahaja untuk ketiga-tiga nilai.
Formula
Ayat 1 (1 markah): N.
Ayat 2 (2 markah): W+ def.
Ayat 3 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)
Ayat 4 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi )


Contoh
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 memberi perlindungan kepada kanak-
kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental. Kanak-kanak juga dilindungi
daripada menjadi buruh. Mereka berhak mengikuti pendidikan formal di sekolah dan mereka
juga berhak mendapat perhatian istimewa daripada ibu, bapa, anggota keluarga dan juga
penjaga mereka.
Bincangkan nilai-nilai yang perlu menjadi pegangan setiap orang demi menjamin kehidupan
sempurna kanak-kanak.


Ayat 1 (1 markah): N.
Nilai melindungi hak kanak-kanak.

Ayat 2 (2 markah): W+ definisi.
Setiap orang perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin
kehidupan yang sempurna.

Ayat 3 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)
Contohnya memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah.

Ayat 4 (1 markah): Contoh(bagaimana mengamalkan nilai/definisi )
Contoh seterusnya melindungi kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental


Cara menulis jawapan:
Nilai melindungi hak kanak-kanak. Setiap orang perlu Membela, memberi naungan dan memelihara
hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna. Contohnya memberikan mereka hak
untuk mendapat pendidikan formal di sekolah. Contoh seterusnya melindungi kanak-kanak
daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental



























Senarai Nilai, Definisi & Kata Kunci Pendidikan Moral SPM
1.1 Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip
Rukun Negara.

*keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
*mematuhi segala suruhanNya
1.2 Amanah

Sikap bertanggunngjawab yang boleh menimbulkan kepercayaa dan keyakinan
orang lain.

*sikap bertanggungjawab
*menimbulkan kepercayaan orang lain

1.3 Harga Diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri
dalam kehidupan.

*memulia maruah diri
*menjaga maruah diri

1.4 Bertanggungjawab

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta
kewajipan dengan sempurna.

*memikul tugas/kewajipan
*melaksanakan tugas/kewajipan

1.5 Hemah Tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
*beradab sopan
*berbudi pekerti mulia

1.6 Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

*bertolak ansur
*sabar*mengawal diri

1.7 Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang
lain.

*kebolehan/kesanggupan melakukan sesuatu
*tanpa bergantung kepada orang lain

1.8 Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan ,
dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

*usaha berterusan
*ketekuna/kecekalan/kegigihan/dedikasi/berdaya maju

1.9 Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir
daraipada hati yang ikhlas.

*kepekaan/perasaan cinta yang mendalam
*kepekaan/perasaan cinta yang berkekalan

1.10 Keadilan

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

*tindakan/keputusan yang saksama
*tidak berat sebelah

1.11 Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil
tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

*boleh berfikir
*bertindak wajar

1.12 Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada
dalam pemikiran, pertuturan dtau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri
dan orang lain.

*tidak keterlaluan
*tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga

Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap
keluarga.

*perasaan cinta/kasih/sayang mendalam terhadap keluarga
*perasaan cinta/kasih/sayang berkekalan terhadap keluarga

2.2 Hormat dan taat kepada anggota kepada anggota keluarga

Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan
secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

*memuliakan setiap anggora keluarga
*berinteraksi / memberi layanan secara bersopan
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan

Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan
kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

*menerima kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun
*menghormati kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun
*mengamalkan kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun

2.4 Tanggungjawab terhadap keluarga

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk
melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

*kewajipan terhadap keluarga
*melahirkan keluarga bahagia/meningkatkan imej/menjaga maruah keluarga
3.1 Menyayangi dan menghargai Alam Sekitar

Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk
mengekalkan keseimbangan ekosistem.

*memelihara alam sekeliling
*memulihara alam sekeliling

3.2 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar

Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam
sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

*hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling
*kualiti kehidupan manusia/alam sekeliling terpelihara

3.3 Kemapanan Alam Sekitar

Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk
kesejahteraan hidup.

*pengekalan keseimbangan alam sekeliling
*tanggungjawab bersama
3.4 Peka terhadap isu-isu Alam Sekitar

Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha
menyelesaikannya.
*pengekalan keseimbangan alam sekeliling
*tanggungjawab bersama



4.1 Cinta akan Negara

Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan diri.

*perasaan sayang/bangga kepada negara
*meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara

Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.

*kepatuhan yang berkekalan kepada raja/negara
*kesetiaan yang berkekalan kepada raja/negara
4.3 Sanggup berkorban untuk Negara

Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai tanda berbakti untuk
negara.

*kerelaan melakukan/menyerahkan sesuatu
*sebagai tanda kebaktian untuk negara
5.1 Melindungi Hak kanak-kanak

Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin
kehidupan meraka yang sempurna.

*membela/memberi naungan
*memelihara hak kanak-kanak
5.2 Menghormati Hak Wanita

Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi
sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan negara.

*melindungi wanita
*mengiktiraf wanita

5.3 Melindungi hak pekerja

Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan jasa dan sumbangan
golongan pekerja dalam pembangunan negara.

*menghormati/menghargai perkhidmatan/jasa/sumbangan golongan pekerja
*mengiktiraf perkhidmatan/jasa/sumbangan golongan pekerja

5.4 Menghormati hak golongan kurang berupaya

Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa
tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan.

*memberi layanan bersopan kepada golongan kurang berupaya
*mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan

5.5 Melindungi hak pengguna

Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu,
mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah
dieksploitasi.

*membela/memelihara hak individu
*menjadi pengguna yang berilmu/mendapat perkhidmatan serta barangan yang
berkualiti tidak mudah dieksploitasi
6.1 Mematuhi peraturan dan undang-undang

Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan
tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

*menerima peraturan/undang-undang
*mematuhi peraturan/undang-undang

6.2 Kebebasan bersuara

Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi
menjaga keselamatan dan ketenteraman.

*kebebasan konsep dengan batasan tertentu
*kebebasan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu

6.3 Kebebasan beragama

Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang
diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

*kebebasan menganuti agamanya
*kebebasan mengamalkan agamanya



6.4 Penglibatan diri dalam pembangunan Negara

Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara
dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

*kebebasan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan negara
*mematuhi peraturan/undang-undang/Perlembagaan Malaysia
6.5 Sikap keterbukaan

Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras
dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

*bersedia memberi pandangan/pembaharuan/kritikan
*bersedia menerima pandangan/pembaharuan
7.1 Hidup bersama secara aman

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan
keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.

*hidup berbaik-baik antara satu sama lain
*mengutamakan kedamaian/keharmonian hidup
7.2 Saling membantu dan bekerjasama

Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu,
komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

*usaha yang baik/membina
*yang dilakukan bersama

7.3 Saling menghormati antara negara

Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin
kesejahteraan sejagat.

*menghargai hubungan antara negara
*memuliakan hubungan antara negara