Anda di halaman 1dari 61

MODUL KURSUS MAJOR SEMESTER 6

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI








BMM 3111


SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU









INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
KEPUJIANKEPUJIAN











FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.




Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang
tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk
dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

























Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia













MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN
GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.










Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru

Kata-Alu-aluan Rektor
i
i
iii

Panduan Pelajar vi
Pengenalan

Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul)
viii

x

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 Semantik dalam Bahasa Melayu 1
Sipnosis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk
1.1 Semantik dan Makna
1.2 Semantik dan Linguistik
1.3 Semantik dan Sejarah
Aktiviti Kendiri

Tajuk 2 Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu 4
Sinopsis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk
2.1 Sinonim dan Antonim
2.2 Hiponim, Homonim dan Polisem
KANDUNGAN

MUKA SURAT
Aktiviti Kendiri

Tajuk 3 Makna Ayat dalam Bahasa Melayu 9
Sinopsis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk
3.1 Makna Ayat
3.2 Kerangka Genaratif Chomsky
Aktiviti Kendiri


Tajuk 4 Perubahan Semantik 11
Sinopsis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk
4.1 Pengembangan Makna
4.2 Penyempitan Makna
Aktiviti Kendiri

Tajuk 5 Peristilahan Bahasa Melayu 13
Sinopsis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk
5.1 Beberapa Konsep Dasar Peristilahan: Definisi, Tataistilah dan Tatanama
5.2 Istilah Khusus dan Umum, Morfem Penulisan
Aktiviti Kendiri

Tajuk 6 Sumber Istilah Bahasa Melayu 29
Sinopsis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk
6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu
6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asing
Aktiviti Kendiri

Tajuk 7 Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu 37
Sinopsis
Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk
7.1 Singkatan
7.2 Akronim
Aktiviti Kendiri

Tajuk 8 Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu 40
Sinopsis
Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk

8.1 Ejaan Fonemik dan Etimologi
Aktiviti Kendiri
Latihan

Bibliografi
Panel Penulis Modul
Ikon Modul























Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan
pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan.
Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas
beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa
dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi
peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran,
sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan
tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya
pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan
sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan
cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah.
Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan
sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda
kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui
sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran
pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap
tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah
pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda
telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah
lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti
rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan
semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima
belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau
PANDUAN PELAJAR
tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau
bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau
rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan
modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik
perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang
harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna
ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada
akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila
anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat
yang akan dikenal pasti.


Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh
meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara
yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan
mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang
diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan
membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa
mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk
memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan
kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda
menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

P
ENGENALAN

Kursus BMM3111 (Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu) terdiri daripada
15 tajuk. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi 8 tajuk terpilih
daripada 15 tajuk keseluruhan.

Lapan tajuk yang terlibat dalam modul ini ialah Tajuk 1 - Semantik dalam Bahasa
Melayu,Tajuk 2 - Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu, Tajuk 3 - Makna Ayat
dalam Bahasa Melayu, Tajuk 4 - Perubahan Semantik, Tajuk 5 - Peristilahan
Bahasa Melayu, Tajuk 6 - Sumber Istilah Bahasa Melayu, Tajuk 7- Istilah
Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu, Tajuk 8 - Ejaan dan Peristilahan
Bahasa Melayu

Secara umumnya ringkasan tajuk-tajuk tersebut adalah seperti yang
berikut:

Tajuk 1 mengenai konsep Semantik dan Makna , Semantik dan Linguistik, dan
Semantik dan Sejarah

Tajuk 2 mengenai Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada
pecahan tajuk Sinonim, Antonim,Hiponim, Homonim (Homograf, Homofon) dan
Polisem

Tajuk 3 membincangkan Makna Ayat dalam Bahasa Melayu dengan melihat
konsep Makna Ayat dan Kerangka Generatif Chomsky

Tajuk 4 adalah khusus menyentuh aspek Perubahan Semantik daripada aspek
Pengembangan Makna, Penyempitan Makna dan Anjakan Makna

Tajuk 5 membincangkan Peristilahan Bahasa Melayu yang merangkumi
Konsep Dasar Peristilahan (Definisi, Tataistilah dan Tatanama), Istilah Khusus
dan Umum, Morfem Peristilahan, Kata Dasar dan Kata Akar, Imbuhan, Kata,
Kata Berimbuhan, Gabungan Kata, Bentuk Prototaip, serta Paradigma Kata

Tajuk 6 berkaitan Sumber Istilah Bahasa Melayu yang terdiri daripada
Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu, Perbendaharaan Kata Bahasa
Serumpun, Perbendaharaan Kata Bahasa Asing

Tajuk 7 membincangkan Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu yang
terdiri daripada istilah Singkatan,Akronim, Lambang dan Huruf Bilangan, dan
Lambang Gambar

Tajuk 8 terdiri daripada Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayuyang
merangkumi Ejaan Fonemik dan Etimologi dan Ejaan Nama, Penyesuaian Ejaan
dan Imbuhan Asing

Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran.
Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Latihan
ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang
telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah yang mengajar melalui e-
mel atau secara bersemuka. Sebagai memantapkan kefahaman terhadap setiap
tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihati membuat banyak rujukan dan
pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk
mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari
dan topik-topik lain yang berkaitan.






























AGIHAN TAJUK


Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30
jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk
interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

Bil. Kandungan
Interaksi
Bersemuk
a
(jam)
Modul
(jam)
Jum.
Jam

1 Semantik dalam Bahasa Melayu
Semantik dan Makna
Semantik dan Linguistik
Semantik dan Sejarah



-

2




2

2 Fitur Makna dalam Bahasa Melayu
Sifat Makna
Kelas Makna
Lewah dalam Makna


2


-



2
3 Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu
Sinonim, Antonim
Hiponim, Homonim (Homograf, Homofon)
Polisem



-



2



2
4 Makna Ayat dalam Bahasa Melayu
Makna Ayat
Kerangka Generatif Chomsky


-

2


2
5 Perubahan Semantik
Pengembangan Makna
Penyempitan Makna


-
2



2
Bil. Kandungan
Interaksi
Bersemuk
a
(jam)
Modul
(jam)
Jum.
Jam

Anjakan Makna



6 Semantik Teori Pembuktian
Keharmonian dan Pembuktian
Koheren dalam Pembuktian


2

-

2
7 Taksa dan Ketaksaan Makna dalam Tatabahasa
Permasalahan dalam Pengajaran Makna
Kepersisan Makna, Ketaksaan Leksikal dan
Struktur
Kekaburan Makna


2

-


2
8 Peribahasa Bahasa Melayu
Makna dalam Peribahasa
Asal Makna dalam Peribahasa



2

-


2
9 Peristilahan Bahasa Melayu
Beberapa Konsep Dasar Peristilahan:
Definisi, Tataistilah & Tatanama,
Istilah Khusus & Umum, Morfem Peristilahan,
Kata Dasar & Kata Akar, Imbuhan, Kata,
Kata Berimbuhan, Gabungan Kata, Bentuk
Prototaip, Paradigma Kata





-



2




2
10 Sumber Istilah Bahasa Melayu
Perbendaharaan Kata Umum Bahasa
Melayu
Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
Perbendaharaan Kata Bahasa Asing



-



2





2
11 Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa
Melayu
Konsep dan Langkah
Syarat-syarat
Pembentukan Istilah Baru


2


-




2
Bil. Kandungan
Interaksi
Bersemuk
a
(jam)
Modul
(jam)
Jum.
Jam

12 Mengaplikasi Pembentukan Istilah
menggunakan Skema Tatacara Pembentukan
Istilah Bahasa Melayu
Kata Bahasa Melayu yang Lazim & Tidak
Lazim
Kata Bahasa Serumpun yang Lazim & Tidak
Lazim
Kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing
Lain





2




-





2
13
Aspek Tatabahasa dan Semantik Peristilahan
Bahasa Melayu
Penggunaan Kata Dasar, Proses
Pengimbuhan, Reduplikasi, Penggabungan,
Peleburan Fonem & Suku Kata, Proses
Analogi
Penterjemahan, Paradigma Istilah, Sinonim,
Homonim, Hiponim, Kepoliseman




2




-




2
14 Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu
Singkatan
Akronim
Lambang & Huruf Bilangan
Lambang Gambar



-





2





2
15 Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu
Ejaan Fonemik & Etimologi
Transliterasi dan Transkripsi
Ejaan Nama, Penyesuaian Ejaan & Imbuhan
Asing
Gugus Konsonan


1



1




2

JUMLAH


15

15

30










TAJUK
1
SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Komponen ini tertumpu kepada kajian semantik yang berkaitan dengan
makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan kepada aspek makna
bentuk linguistik dan hubungannya dunia rujukannya. Semantik merujuk
kepada aspek makna bahasa. Untuk memahami bahasa, kita kita perlu
memahami makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu
mengetahui makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang
bermakna. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran
berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan tentang semantik , fitur makna, makna leksikal, dan
makna ayat.
2. Menghubungkaitkan antara bidang semantik dengan ilmu linguistik.

KERANGKA TAJUK-TAJUK





1.1 Semantik dan Makna
SEMANTIK DAN
PERISTILAHAN
BAHASA MELAYU

SEMANTIK



PERISTILAHAN


Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada
aspek makna dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami
beberapa istilah penting terutama sekali istilah semantik dan makna.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah semantik? Menurut Palmer
(1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini
merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik.

Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani
semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik
mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis
semantique. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada
kajian makna dalam bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan
sebagainilmu tentang makna atau erti.

Kini makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik.Manakala
makna pula secara umumnya membawa erti maksud atau erti.
Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberikan bermacam-macam
pengertian yang lain. Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri
bagi kata makna, iaitu:

(i) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata, atau
(ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman
kata
atau frasa bertulis oleh pembaca.

Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16
pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul
The Meaning of Meanings. Antara pengertian yang diberikan termasuk
makna seperti suatu sifat intrinsic, konotasi sesuatu kata, suatu inti,
pokok, suatu kemahuan, dan emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu.
Jadi, berdasarkan pengertian oleh Ogden dan Richard, kita fahami
bahawa erti makna cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami
maksud kata makna.


1.2 Semantik dan Linguistik

Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada
linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu
komponen penting dalam ilmu linguistic seperti bidang fonetik dan
tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada
sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain,
dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini.

Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan
menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat
penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina
atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi
tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh
menerima ayat Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan
Gemilang, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati
aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di
dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya,
maklumat semantik amat penting dalam linguistik.



1.3 Semantik dan Sejarah

Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik
digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan
makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah
member focus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan
makna. Tetapi, selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan
semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam
semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931merupakan detik bersejarah
dalam sejarah semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul
tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning
with Special Reference to English Language. Penerbitan tulisan ini
telah membawa trend baharu dalam bidang semantik.

Menurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi
member perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya.
Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang
perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian
bahasa yang tertentu.





















Aktiviti Kendiri 1.3.1

(a) Apakah maksud istilah semantik?

(b) Berikan dua definisi tentang bidang semantik


Aktiviti Kendiri 1.3.2

Bidang semantik boleh dibahagikan kepada beberapa subbidang, seperti
semantik linguistik dan semantik falsafah. Bolehkan anda menyenaraikan
tiga lagi subbidang semantik serta fokus kajiannya bagi setiap subbidang
tersebut?


























TAJUK
2
MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan tentang leksikal. Dalam sesuatu bahasa,
perbendaharaan kata bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang
dan mendatar. Ia juga bukan menegak secara homogen iaitu
mengandungi semua perkataan dalam sesuatu bahasa itu, seperti
tersusunya dalam bentuk kamus. Sebaliknya, susunannya adalah secara
berlapis dalam bentuk strata yang banyak serta nmempunyai hubungan
konsepsi antara satu sama lain. Susunan perkataan juga mempunyai
perkaitan dari segi penggunaannya. Hal ini bermakna sesuatu perkataan
yang digunakan mestilah bersesuaian serta berselarasan dengan sesuatu
situasi atau keadaan. Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan
dengan kebudayaan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Membezakan antara sinonim dan antonim.
2.Men jelaskan tentang fitur makna dan makna leksikal dalam bahasa
Melayu.

TAJUK-TAJUK
2.1 Sinonim dan Antonim

2.1.1 Sinonim

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng
mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya,
sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan kereta
dan motokar, sejuk dan dingin, suka dan gemar, ganggu dan
kacau, lupus dan luput, loncat dan lompat dan sebagainya. Dalam
bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai
perkataan seerti bahasa Melayu.

Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan
sinonim di sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan
melihat papan tanda yang tertulis Tolong jangan usik, kacau atau ganggu
binatang-binatang di kawasan ini. Di perpustakaan pula, terdapat kata-
kata yang berbunyi Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual.
Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama.
Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau
mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat.

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman,
konteks, laras sosial, dan kolokasi.

2.1.1.1 Sinonim Pinjaman

Belalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau
bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau.

Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud
konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-
petak sawah.

2.1.1.2 Sinonim Konteks

Perkataan jemput dan udang banyak digunakan dalam konteks protokol.
Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang
dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang
sama makna.

2.1.1.3 Sinonim Laras Sosial

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status.
Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan
bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.

2.1.1.4 Sinonim Kolokasi

Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri.
Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama.
Contoh ayat, Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir dan
Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam
peperiksaan tersebut.

Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh-
tumbuhan, haiwan dan benda tetapi pastikan perkataan tersebut
bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.

Jika anda menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh
pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna
yang salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna
jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.
2.1.2 Antonim

Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang
mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut
sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik
lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin
lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan
mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut.
Oleh itu kata nafi tidak kadang kala digunakan bagi menunjukkan
pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan lena lawannya tidak
lena ataupun mati bermaksud tidak hidup.

Terdapat beberapa jenis antonim seperti:

(a) Antonim pasangan komplemen
(b) Antonim hubungan darjah
(c) Antonim hubungan bertentangan


2.1.2.1 Antonim pasangan komplemen

Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan
berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya,
perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-
kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih dan sebagainya.

Selain itu, perkataan perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-
hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk
dalam antonim jenis ini.


2.1.2.2 Antonim hubungan darjah

Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan
darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-
pendek, kurus-gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang
menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan
benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan
bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik
berbanding dengan kayu yang sama jenis.

Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara
mutlak. Sebagai contoh, perkataan kecil pada kerbau kecil sebenarnya
,menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan tikus
kecil. Demikian juga perkataan laju bagi merujuk kepada kereta lumba
tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.


2.1.2.3 Antonim hubungan bertentangan

Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan
bertentangan. Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi
semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-
beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X beri
barang pada Y bermakna Y akan terima barang itu.


2.2 Hiponim, Homonim dan Polisem


2.2.1 Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang
lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah
hiponim kepada bunga.

Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam
erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau
anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.


2.2.2 Homonim

Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau
lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi
berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi
berbeza makna seperti yang disebutka tadi dikatakan mempunyai
hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan kepala yang membawa
maksud ketua tidak sama maknanya dengan kepada kereta api. kepada
manusia dan kepala surat.

Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan
kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana
homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi
berbeza dari segi makna.


2.2.3 Polisem

Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang
berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain,
polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau
lebih dan mempunyai etimologi yang sama.

Sebagai contoh, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitran sesuatu
perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa maksud
lawan, seperti dalam ayat Kita tentang habis-habisan. Contoh lain ialah
perkataan bisa yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam
perbualan di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk
menggantikan perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh tersebut,
tentang dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem
ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.




Aktiviti Kendiri 2.2.3.1
(a) Huraikan jenis-jenis sinonim beserta dengan contohnya
(b) Dengan contoh yang sesuai, terangkan perbezaan
antara hiponim dan polisem.




















TAJUK
3
MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menjelaskan tentang makna ayat dalam bahasa Melayu.
Seperti yang telah dijelaskan perkataan dan morfem merupakan unit
terkecil bahasa yang mempunyai makna. Kita telah pun mempelajari
hubungan makna perkataan dan unsur semantik sebagai semantik
leksikal sebelum ini. Walau bagaimanapun dalam banyak perkara kita
berkomunikasi menggunakan frasa dan ayat. Makna frasa dan ayat
bergantung pada makna perkataan yang terkandung dalamnya dan
bagaimana perkataan itu distruktur dan digabungkan. Dalam tajuk ini juga
akan dihuraikan penganalisisan makna auat Bahasa Melayu mengikut
Kerangka Generatif Chomsky untuk menunjukkan perubahan semantik
dan pengembangan makna.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan definisi makna ayat.
2. Menghuraikan perubahan semantik dan teori pembuktian.


3.1 Makna Ayat

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan.
Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak
akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap
atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap
perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan
satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa
untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk
mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat
dalam ayat tersebut.

Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang
mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan
tanpa membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita
beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin
di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau
menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh
dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.





3.2 Kerangka Generatif Chomsky
Bagi Chomsky language is not a habit Structure. Hipotesisnya, semua
bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan
tingkat fikiran seseorang. Chomsky telah mengemukakan empat konsep
utama dasar analisis Kerangka Generatif iaitu kemampuan berbahasa,
perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran. Kemampuan
berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia
secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga mengkaji tentang
bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk
rumus-rumus.


Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu
mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu
didengar oleh orang lain. Seterusnya, strukrur dalaman pula wujud
daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara
menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Konsep yang terakhir iaitu struktur
luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang
iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang diungkapkan
oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia
diketahui, disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan.


Aktiviti kendiri 3.2.1
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan makna ayat?
(b) Huraikan empat konsep utama Kerangka Generatif
Chomsky.










TAJUK 4 PERUBAHAN SEMANTIK

SINOPSIS

Tajuk ini akan mengupas tentang perubahan semantik daripada segi
pengembangan makna, iaitu satu proses perubahan makna daripada
makna yang khusus kepada makna yang lebih umum. Manakala
penyempitan makna pula ialah proses perubahan makna daripada makna
yang umum kepada makna yang lebih khusus. Akhir sekali anjakan
makna yang bermaksud makna yang mengalami proses perubahan
berdasarkan situasi atau keadaan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan proses pengembangan makna.
2. Menghuraikan perubahan semantik dari aspek penyempitan makna.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

4.1 Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan
makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan
pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik
pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum
dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh
penutur.

Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang
lama. Contohnya berlayar, dulu digunakan dengan pengertian
bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan
mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut berlayar .
Dahulu kata bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang
semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya
disebut bapa sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya
disebut saudara.


4.2 Penyempitan Makna

Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala
yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup
luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna
tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa
penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata
daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau
spesifik.

Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu
keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu
golongan. Walau bagaimanapun kata ahli juga telah disempitkan
kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau
disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.

































TAJUK 5 PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Kursus ini mengandungi pengenalan, definisi, konsep peristilahan,
sejarah penggubalan peristilahan, prinsip pembentukan istilah,
peranan Dewan Bahasa dan Pustaka, Peranan MABBIM, kepentingan
peristilahan dalam Bahasa Melayu, dan cabarannya pada masa
hadapan.

Di samping itu, kursus ini juga mengandungi sumber istilah
Bahasa Melayu, istilah singkatan dan lambang Bahasa Melayu dan
ejaan dan peristilahan Bahasa Melayu

HASIL PEMBELAJARAN


Setelah mengikuti kursus ini, anda dapat :

1. Menjelaskan definisi istilah dalam bahasa Melayu;
2. Prinsip prinsip pembentukan istilah;
3. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM;
4. Kepentingan Peristilahan dalam Bahasa Melayu;
5. Cabaran dan masa depan peristilahan.


5.1 Pengenalan

Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah,
politik dan ekonomi Malaysia , Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan
memancarkan kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Ketiga tiga negara
itu juga mempunyai kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa
Melayu.

Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi
peristilahan, Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM) dan kemudiannya
Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia atau MABBIM telah
memainkan peranan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku
atau seragam sejak tahun 1972. Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan
dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu
pengetahuan.

Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau
gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang
mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu.
Bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang
berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai. Kewujudan
sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang
menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu konsep
dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada
khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan
teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal.

Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama
dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri.
Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum
Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini
dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang
lebih khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori
peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan
lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan
empat perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek.

Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa
Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam
bahasa itu. Hingga kini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta
istilah dalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk
buku. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu
kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa
berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua
usaha itu tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa
Melayu tidak menghargai sumbangan badan berkenaan, dan bersama sama
meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia
umumnya.

Latihan
5.1
1. Nyatakan konsep peristilahan dan pengistilahan
2. Untuk menguji pengetahuan dan kefahaman
anda kaitkan peranan Bahasa Melayu dari segi
jati diri rakyat Malaysia.
Dapatkan seberapa banyak maklumat dari
perpustakaan atau pusat sumber yang
berdekatan.

5.2 Definisi Istilah

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah
kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang
terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu
mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman
umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah
kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah
yang dihasilkannya). Tata istilah atau terminology pula merupakan kumpulan
istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan
yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk
berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan
untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang
dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa
atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata
umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan
maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen,
neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam
bidang masing-masing.

5.2.1 Morfem dan Proses Peristilahan

Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar
dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan
istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.

5.2.1.1 Kata akar

Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.
Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.

5.2.1.2 Imbuhan dan Pengimbuhan

Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses
pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- -an
(pemprosesan).

5.2.1.3 Penggandaan

Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut =
rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.

5.2.1.4 Gabungan

Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah
melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti
setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa
dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu
digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan
penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa
merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah
dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah bajet digunakan), sekarang ini kata-
kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa
sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956.

Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi
panduan dan mengawal kerja-kerja peristilahan. Jawatankuasa istilah ditubuhkan
berdasarkan permintaan individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat
atau sebagai ahli akademik. Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan
ialah Jawatankuasa Istilah Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja
Ungku A. Aziz. Sebagai pengerusi dan pengarah pertama DBP, beliau juga
seorang pejuang bahasa kebangsaan. Ungku A. Aziz telah menyaksikan
beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilah ekonomi yang tidak
menyenangkan beliau.


Latihan 5.2
1. Pada pendapat anda, mengapa pengistilahan
amat penting di negara kita?

2. Secara ringkas, nyatakan usaha-usaha yang
telah di mainkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka terhadap perkembangan dan
kemajuan peristilahan di Malaysia.

5.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
Perbincangan tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan
lengkap sekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh.
DBP merupakan satu satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk
memajukan bahasa Melayu. Sehingga hari ini, peranan Dewan Bahasa dan
Pustaka di dalam memajukan bahasa amat penting dan tidak ada badan badan
lain yang mampu berperanan sebagaimana yang dimainkannya.

Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam
pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan
membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan
perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa
bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan
penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga
bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah
dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping
menyediakan khidmat nasihat.

Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa
ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan
penggunaan bahasa Melayu. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti
mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di
radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat, mengadakan kempen
Mencintai Bahasa Melayu dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu di
sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan perancangan bahasa
yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian - bahagian tersebut di dalamnya
bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik.

Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah
mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP
ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini
diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil
kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga
buah negara yang terlibat.

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat
Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya
ialah;
Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang
ilmu.
Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang
ilmu.
Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang
ilmu.
Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang
ilmu.
Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem,
sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan
istilah.
Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu
dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei
Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan
diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi
diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu
diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat
maka disusun pedoman pembentukan ini dalam tahun 1950-an.

Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam
bahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan
kemajuan ilmu pengetahuan. Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah
Melayu, bolehlah diambil istilah yang dipakai di Indonesia, kerana memang
bahasa di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. Kalau
istilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk
baharu. Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia
atau istilah asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya
bolehlah diterima jadi istilah Melayu. Apabila membentuk istilah baharu
hendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh yang demikian, istilah baharu yang
dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau keadaan yang
dimaksudkan oleh istilah asing itu. Di bawah ini diberikan contohnya:

a) Acid - asid (bukan acid)
b) Aciditiy - keasidan (bukan asiditi)
c) Acidic - berasid (bukan asidik)
Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya
seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan
dengan morfologi bahasa Inggeris.

Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun
semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.
Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan
serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan
sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi
bahasa Melayu moden,
ii. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam
bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa,
iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu
atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan
dengan yang dibuat di Indonesia,
iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan
perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang
mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa
Melayu-Indonesia; dan
v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat
bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah
antarabangsa.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada
penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan
pandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila
menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa
Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa Inggeris
maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata
dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. Contohnya
adalah seperti yang berikut:
a) Biology - kajihayat
b) Anthropology - kajimanusia
c) Sociology - kajimasyarakat
d) Archeology - kajipurba
e) Phonology - kajibunyi
f) Geology - kajibumi
g) Psychology - kajijiwa
h) Climatology - kajiiklim

Berdasarkan conoth contoh di atas bentuk istilah memang baik dan sesuai
kerana ia seragam, dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai
istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di
atas seperti kajiserangga, kajibintang, kajihaiwan, kajitumbuhan, kajilautan,
kajipenyakit dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga daripada bentuk istilah
seperti di atas menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup kaya
dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu dalam
bahasa Melayu.

Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak
mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang
sedia ada, tetapi mengapa pula perkataan organ diciplak daripada bahasa
Inggeris, bahasa asing juga?

Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas,
maka ditetapkan dasar kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih
praktis, dan kita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat,
terutama sekali bidang-bidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia,
seperti farmasi, farmakologi, filologi, fotosintesis, neurologi, antropologi,
linguistik, dan yang seumpamanya. Bagi dasar yang ketiga pun penting, kerana
bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama, iaitu
bahasa Melayu Johor-Riau. Persamaannya sangat banyak, jika berbeza pun
hanya kerana pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Kalau di
Indonesia ada pengaruh bahasa Belanda, di Malaysia pula ada pengaruh
bahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita dapat berkongsi membaca buku-buku
rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia.

Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada
sumber yang lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa
Indonesia. Dengan itu akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-
Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa
Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. Dasar yang kelima akan dapat
merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu
dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain, jika membentuk atau
menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa
Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk, atau menyerap istilah daripada
bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis,
Jerman dan Sepanyol. Oleh itu, untuk merealisasikan dasar dasar berkenaan
maka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara, iaitu:

Bagi istilah pinjam-terjemah.
a) Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam
bahasa Melayu.
Misalnya:
i. Fixed price - harga tetap
ii. Market price - harga pasaran
iii. Price list - senarai harga
iv. Cost price - harga kos
v. Cost section - bahagian kos

Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis,
ekonomi dan ilmiah, maka (mengikut keutamaan):

i. Beberapa istilah asing yang sama
konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu
tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja
istilah Melayunya;
ii. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja
pengertiannya, walau dalam apa bidang sekalipun,
hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah
Melayunya; dan
iii. Sesuatu istilah asing, hendaklah ditakrifkan
Melayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan)
yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata
yang minimum.

Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut:

i. Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya
istilah Melayu hendaklah terbatas kepada (menurut
keutamaan):
a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu.
Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang seperti
perubatan, farmakologi, kejuruteraan,
aeroangkasa dan seumpanya.
b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri,
orang atau gelaran atau idiom. Contohnya
seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo,
James Watt dan lain-lain.
c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya,
atau tidak ada persamaan Melayunya, atau tidak
ada persamaan atau terjemahan yang setepat-
tepatnya. Contohnya seperti computer dan digital
camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja
dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa
Melayu menjadi komputer dan digital kamera.
d) Istilah umum yang didapati telah popular/praktis
dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-
Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen
dan sebagainya.

Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah:

Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada
kata nama atau kata sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada
unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan
kudrat bahasa Melayu.
Contohnya kita meminjam hanya perkataan atom dan tidak boleh meminjam
kata atomic, atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear
(daripada nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini
mempunyai pengertian yang khas.





Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah
kata yang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan
bukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut:
a) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani.
Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-
tumbuhan dan haiwan.
b) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan
sistem ejaan baharu bahasa Melayu-Indonesia. Bagi
bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu:
i. menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut
bentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal,
terutamanya bagi istilah ilmiah, atau
ii. menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah
asing dengan bunyi menurut ejaan Melayu-
Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah.

Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak
perkara dan tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali,
sehingga pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan.
Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah:
i. Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan
tatanama, istilah khusus dan istilah umum, morfem
peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kata
berimbuhan, kata gabungan, bentuk prototaip dan
paradigma kata atau perangkat kata;
ii. Sumber istilah, seperti kosa kata bahasa asing; dan skema
tatacara pebentukan istilah yang mengandungi tujuh langkah
yang ditetapkan seperti yang berikut:
a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai,
b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim
dipakai,
c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai,
d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai,
e) Kata dalam bahasa Inggeris,
f) Kata dalam bahasa asing lain,
h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu.

5.4 Peranan MABBIM

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh
tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya
badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan
pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh
Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak
Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia,
pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei
Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala,
Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.

Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan
bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap
berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan
mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi
bukan sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila
usaha usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua
bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan,
perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya.


Latihan 5.4.1
1. Untuk perkembangan Bahasa Melayu, atas
alasan apakah dasar-dasar pembentukan
istilah di laksanakan? Mengapa?

2. Nyatakan dasar dasar pembentukan istilah
bahasa Melayu di Malaysia.
Latihan 5.4.2
1. Dengan sokongan pengurusan grafik
banding bezakan peranan DBP dengan
MABBIM dalam perkembangan Bahasa
Melayu.
Layari Internet
1. Layari laman web untuk mendapatkan
maklumat tambahan.

5.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan
diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi
diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu
diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat
maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang
kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid,
asiditi, dan asidik, kerana bentuk bentuk morfologi Melayu berlainan dengan
morfologi bahasa Inggeris.

Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an
telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih
terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang
ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan
pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu
moden;

ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang
ilmu atau masyarakat pemakai bahasa;

iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau
yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang
dibuat di Indonesia;

iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan
perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai
sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia;
dan

v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk
yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada
penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan
pandangannya menuju kea rah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila
menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa
Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa Inggeris
mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata
dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu.

5.6 Prinsip Pembentukan Istilah

Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975.
DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan
Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi
untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di
samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu
dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian
dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses
pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu
atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja
penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa
prinsip tertentu.
Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;
i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.
ii. Kata terbitan.
iii. Kata ganda.
iv. Kata gabungan.

5.6.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)

Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama,
saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
Contoh:
Kata nama: buruj constellation
rawan gristle
cahaya light

Kata kerja: pecut accelerate
Imbas scan
reka invent


Kata adjektif: kenyal elastic
Rawak random
Cemas anxious

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah
kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf huruf pertama atau suku
kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh :

Cerpen cereka
tabika kugiran
pawagam RISDA
MARA ADUN
BERNAMA PLUS
KOBENA BERNAS

5.6.2 Istilah Kata Terbitan

Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan
imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga
termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.

a. Paradigma kata dengan imbuhan ber-
Contoh:

belajar pelajar pelajaran
bertapa pertapa pertapaan
bertani petani pertanian


b. Paradigma dengan Penambah me(N)-
Contoh:

Menulis penulis penulisan tulisan
mengajar pengajar pengajaran ajaran
mengamal pengamal pengamalan amalan
membesar pembesar pembesaran -
mengubah pengubah pengubahan -
mengairi - pengairan -


c. Paradigma dengan me(N)-, ber-
Contoh:

memberhentikan - pemberhentian perhentian
- perkecualian
- - pembelajar pelajaran

d. Paradigma kata dengan me(N)-, per-
Contoh:

Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan
Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan
mempelajari pelajar - pelajaran


e. Paradigma kata dengan ke - an
Contoh:
saksi Kesaksian
bermakna Kebermaknaan
terbuka Keterbukaan
penduduk Kependudukan
sesuai kesesuaian


f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-
Contoh:

Gigi gerigi
susu tenusu
tapak telapak
kuncup kemuncup
sambung sinambung

5.6.3. Istilah Kata Ganda

Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata
dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau
perubahan bunyi.

a. Ganda Penuh
Contoh:

langit-langit kanak-kanak
labi-labi paru-paru
buku-buku guru-guru


b. Ganda Suku Kata Awal
Contoh:

Tetikus rerongga
Cecair Rerambut
gegua jejari


c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan
Contoh:
dedaunan
pepohonan
jejarian


d. Kata Ganda Berentak
Contoh:

Warna-warni Batu-batan
Serta-merta Bengkang-bengkok
Bolak-balik Hingar-bingar
Dolak dalih Mudar mandir
Pupu poyang rempah ratus
5.6.4 Istilah Bentuk Gabungan

Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih.
Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada
sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan.


i. Tanpa Imbuhan:

Contoh:

garis lintang atas aras laut
daftar masuk mesin atur huruf
mesin kira tangan segi empat tepat
ganda tiga kamera laut dalam


ii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya

Contoh- contoh seperti :

saksi pendakwa pelarasan gaji
dalam talian atas talian
mengambil alih menerima pakai
penerima janji gelombang melintang


iii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur

Contoh - contoh seperti:

Jagaan perlindungan kedudukan anggaran
Perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi
















Latihan 5.4

1. Berdasarkan contoh contoh di atas, cuba
anda senaraikan contoh contoh lain yang
berkaitan dengan istilah kata ganda dan
bentuk gabungan.





Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Semoga
berjaya.


Buku
rujukan

Abdullah Hassan (ed). (1987). Rencana Linguistik.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 7:
Semantik ,hlm.145-164)

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa
Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah
dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia
Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna.
http://www.angelfire.com/id/ahmad
awang/meaning.html accessed on 5 July 2007.








TAJUK 6 SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan tentang sumber istilah Bahasa Melayu. Ini
berdasarkan perbendaharaan kata umum Bahasa Melayu, perbendaharaan kata
serumpun, perbendaharaan kata bahasa asal , penyerapan istilah asing, bentuk
bentuk istilah (ungkapan) asing yang tetap dan pembentukan istilah pelbagai
bidang.

6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum
bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang
dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;

kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses,
keadaan atau ciri yang dimaksudkan.

kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada
sekelompok sinonim).
Contoh:
Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan
sumbang.

6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa
serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang
diperlukan daripada bahasa Melayu,
Contoh contoh seperti:
gambut (daripada bahasa Banjar) peat
nyeri (daripada bahasa Sunda) pain
engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut
dermaga (daripada bahasa klasik) wharf
dening (daripada dialek Kelantan) yoke
6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu
dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata
daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah
mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan)
tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk
tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional
dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada
istilahnya dalam bahasa Inggeris.
Contoh contoh seperti:

Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu
Atom
Electron
Professional
Psychology
Structure
Radio
Television
Radiography

Atom
Elektron
Profesional
Psikologi
Struktur
Radio
Televisyen
Radiografi

6.4 Penyerapan Istilah Asing
Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;
Sesuai maknanya;
Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;
Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan,
sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak
sinonim.

6.4.1 Bentuk-Bentuk Serapan

Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau
terbitannya. Hal ini bergantung pada:

Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;
Kemudahan belajar bahasa; dan
Kepraktisan.
Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum)
kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.

6.4.2 Istilah Asing yang sudah lazim

Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun
ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan
untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan.
Contoh contoh seperti :
Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu
Campaign
Custom
Dengue
Grant
Pension

Kempen
Kastam
Denggi
Geran
Pencen
6.4.3 Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap

Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal
dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat
diberi garis bawah atau dicetak miring.
Contoh:
a. bona fide
b. esprit de corps
c. fait accompli
c. weltanschauung
d. cal de sac

Latihan 6.1

1. Nyatakan dari mana sumber istilah Bahasa
Melayu diperoleh?

2. Bahaskan mengapa ungkapan atau bahasa
asing amat di perlukan dalam perkembangan
peristilahan di Malaysia?


Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa
Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah
Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.5 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang

Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai
contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:
a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Audioconferencing
Autosave
Broadcast
Client-server
Connection-oriented network
Data scrambler
Sidang audio
Autosimpan
Siaran;siar
Pelanggan-pelayan
Rangkaian berorientasikan
sambungan
Digital camera
Digital certificate
Digital purse
Digital signature
Pengarau data
Kamera digital
Sijil digital
Dompet digital
Tandatangan digital


b) Istilah Undang Undang
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Administrative order
Civil disorder
Civil rights
Double jeopardy
Diplomatic immunity
Extradiction
Fraud
Fugitive offender
Fundamental rights
Judicial review
Legitimacy
Mala fide
Mandatory procedure
Native
Natural justice
Perintah pentadbiran
Gangguan awam
Hak sivil
Pendakwaan dua kali
Kekebalan diplomatik
Ekstradisi
Fraud
Pesalah buruan
Hak asasi
Kajian semula kehakiman
Kesahan
Mala fide
Tatacara mandatory
Anak negeri
Keadilan asasi




c) Istilah Komputer
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Access
Bench mark
Cursor
Capaian
Tanda aras
Kursor
Data base
Download
End user
Font
Hardware
Integrated circuit
Local area network
Pangkalan data
Muat turun
Pengguna akhir
Fon
Perkakasan
Litar bersepadu
Rangkaian kawasan setempat


d) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Balance sheet
Bridging loan
Buy out
Buy-back price
By-product
Capital gain
Cash flow
Certificate of authorization
Chief executive officer
Deed of trust
Investment climate
Long term debt
Short-term financing
Sole agent
Steering committee
Kunci kira-kira
Pinjaman penyambung
Beli habis
Harga beli balik
Keluaran sampingan
Laba modal / keuntungan modal
Aliran tunai
Perakuan kuasa
Ketua pegawai eksekutif
Surat ikatan amanah
Iklim pelaburan
Hutang jangka pendek
Pembiayaan jangka pendek
Ejen tunggal
Jawatankuasa pemandu

e) Istilah Perhotelan
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Ballroom
Banquet
Budget hotel
Buffet
Dewan besar
Bankuet
Hotel jimat / hotel kelas ekonomi
Bufet
Business centre
Check-in
Check-out
Cocktail
Day use
Deluxe room
Double room
Function room
Luncheon
Twin bed
Waiter (L); waitress (P)
Pusat khidmat urusan
Daftar masuk
Daftar keluar
Koktel
Guna siang
Bilik mewah
Bilik kelamin
Bilik majlis
Jamuan tengah hari
Katil-kembar
Pramusaji

f) Fotografi
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Abstract photography
Between-the-lens shutter
Camera angle
Daylight film
Effective aperture
Flash
Ground-angle view
Half-length portrait
Invisible light
Latitude of exposure
Main lighting
Out of focus
Periscopic lens
Quartz lens
Reflect camera
Fotografi abstrak
Pengatup antara kanta
Sudut kamera
Filem warna cahaya siang
Apertur berkesan
Dengar
Pandangan sudut bawah
Potret separuh
Cahaya halimunan
Latitude dedahan
Pencahayaan induk
Luar fokus
Periskop
Kanta kuarza
Kamera reflex

g) Istilah Matematik dan Statistik

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Aerial cable Kabel aerial
Affine
Affine geometry
Affine variety
Aggregate
Aggregation
Aggregative
Aggregative index
Aggregative model
Afin
Geometri afin
Aneka afin
Agregat
Pengagregatan
Berdaya agregat; pengagregatan
Indeks pengagregatan
Model berdaya agregat
6.6 Cabaran Cabaran Pembentukan Istilah

Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan
yang dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan
yang kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan
kritikan sinis ini sering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa,
linguis dan pendidik, mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat;
mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati
terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai
kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali
banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa
istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan
berpandu kepada dua kriteria umum:

Kepesatan ilmu :
i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.
ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan
semasa.
Kepakaran :
i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.
ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun,
bahasa pinjaman)

Latihan 6.2
1. Suatu masa dahulu, banyak isu yang berkaitan
dengan peristilahan oleh media-media massa
di Malaysia. Beri pendapat anda tentang kualiti
peristilahan yang di gunakan. Adakah anda
setuju bahasa yang digunakan itu tepat dengan
apa yang hendak dinyatakan?

Sila rujuk pakar-pakar peristilahan yang
berdekatan dengan anda.


Buku
rujukan


Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum
Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Grace, H. (1975).Syntax ang semantics 3: Speech acts.
New York: Seminar Press.

Hashim Hj. Musa (2006). Pengantar Falsafah Bahasa.
(Edisi Kedua). Kuala Lumpur: DewanBahasa dan
Pustaka.

Nathesan, S. (2001 ). Makna dalam Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
(Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan ,hlm 19-26).

Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Palmer,F.R, (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lu,pur (Terjemahan oleh Abdullah
Hassan)

Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata
Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang Undang.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

O, Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of
meaning. Addision Wesley Longman.

























TAJUK
7
ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG
BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan dan menjelaskan tentang singkatan dan
lambang bahasa. Selain itu, cuba menerangkan perbezaan antara
singkatan dengan lambang.

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan tentang konsep singkatan, akronim dan lambang
dalam bahasa Melayu.


7.1 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang

7.1.1 Definisi Singkatan

Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah
kependekan, ringkasan , merupakan gejala umum dalam pemakaian
bahasa. Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim
adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal
suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata
daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh.
Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim. Manakala
Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk
dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk
dengan empat cara melalui penggunaan :

a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada
dasarnya. Misalnya :
lab ( laboratory)

b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti
bentuk lengkap. Misalnya:
sin - sinus
cm - sentimeter
cos - konsinus
hab - habitat


c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya:

Mara - Majlis Amanah Rakyat
Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Tadika - taman didikan kanak kanak
Cerpen - cerita pendek
Kugiran - kumpulan gita rancah
Berdikari - berdiri dengan kaki sendiri
Pawagam - Panggung wayang gambar
Perkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial


d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini
dipanggil akronim. Misalnya:

JKR - Jabatan Kerja Raya
TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia
IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
Abdul Razak
LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri
IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia



7.1.2 Definisi Lambang

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah
tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata,
morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem
tulisan.

Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan
yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan
digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh :

meter - meter - m
kilogram - kilogram - kg
second - saat - s
ampere - ampere - A
degree - darjah - K
candela - kandela - cd
radian - radian - rad
steradian - steradian - st
mole - mol - mol
hecto - hekto - h
centi - senti - c
mega - mega - M
giga - giga - G




Latihan 7.1

1. Penggunaan lambang lambang istilah
belum dikuasai dengan sepenuhnya oleh
pelajar atau masyarakat di Malaysia. Beri
pendapat anda?



Layari
internet

Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan.






Tamat. Semoga anda berjaya.






TAJUK 8 EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

SINOPSIS


HASIL PEMBELAJARAN


Topik ini akan menerangkan tentang transliterasi dan transkripsi.
Berdasarkan transkripsi dan transliterasi istilah atau perkataan
tersebut digunakan dalam bahasa Melayu tanpa mengubah sebutan
dan makna asal atau sumber perkataan tersebut. Dalam bahasa
Melayu banyak perkataan diperoleh dan dikenal pasti dalam bahasa
sumber yang lain. Bahasa bahasa bereknaan seperti bahasa Arab,
bahasa Yunani, bahasa Sankrit dan bahasa bahasa lain.

8.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu

Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada
penukaran huruf 9perkataan dsb)daripada abjad sesuatu tulisan
(misalantulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dsb dalam
abjad system tulisan lain (spt Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih
huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-
R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi
Arab. Contoh :

Bismillahirrahmanirrahim
muslimin
mslimat
untaz
ustazah
haji
hajah
fikir
hadith
gaib
zakat
akad
lafaz
solat
iman
imam
talak
lian
sujud
kiam


8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu

Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan
sebutan dalam bahasa yang bersangkutan.

Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu
tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih
dahulu. Misalnya:

bureau - biro
police - polis
ambulance - ambulans

Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis
dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya nama khas itu
ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam
bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa
Melayu. Misalnya:

Baekelund
Cannizzaro
Aquadag
Dacron
Keops
Dmitri Ivanovic Mendeleev
Anton Chekhov
Mao Tze Tung




Latihan 8.1

1. Bezakan antara ejaan transliterasi
dengan ejaan transkripsi dalam
Bahasa Melayu.

2. Dengan merujuk buku dan
internet, senaraikan contoh
contoh lain ejaan transkripsi yang
berkaitan.

3. Merujuk buku atau bahan internet ,
senaraikan cotoh contoh ejaan
transkripsi yang banyak
digunakan oleh media massa
terutama media cetak di Malaysia.



Tamat. Semoga anda terus
berjaya.

Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994).
Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan
Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Azman Wan Chik.1985. Mengajar
Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru
Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna.
http://www.angelfire.com/id/ahmad
awang/meaning.html accessed on 5
July 2007.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992)
Pedoman umum Pembentukan Istilah
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Puteri Roslina Abdul Wahid (2005)
Peminjaman Kata Bahasa Inggeris
Dalam Peristilahan Undang Undang.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan
Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai