Anda di halaman 1dari 1

Jenis- Jenis Portfolio

Terdapat tiga jenis portfolio. Portfolio tersebut ialah portfolio kerja, portfolio dokumentari dan
portfolio hasil.
a. Portfolio Kerja
Portfolio jenis ini merupakan koleksi hasil kerja harian pelajar. Portfolio ini mengandungi
catatan, lakaran, deraf awal, hasil akhir. Kebanyakan bahanyang terdapat di dalam portfolio ini
dipilih oleh pelajar itu sendiri.Melalui portfolio ini akan menggalakkan perkembangan diri
pelajar melalui proses refleksi yang dilakukan sendiri oleh pelajar. Di samping itu ianya juga
memberi peluang kepada guru untuk melihat dan membuat refleksi mengenai keberkesanan
proses pengajaran.
b. Portfolio Dokumentari
Portfolio jenis ini merupakan koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk
proses penilaian yang akan dilakukan oleh guru. Di dalam portfolio ini kandungannya bukan
sahaja hasil akhir tetapi juga termasuk juga bukti proses yang dilalui untuk menghasilkan
portfolio tersebut .Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai hasil
pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.
c. Portfolio Hasil
Portfolio ini adalah sebagai menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran dalam
satusatu bidang pembelajaran. !anya juga sebagai bahan bukti mencerminkan pencapaian
seseorang pelajar itu . Koleksi bahan yang dipilih khas adalah sebagai untuk menggambarkan
hasil terbaik seseorang atau kumpulan pelajar. "anya hasilan terbaik yang akan dipamerkan di
dalam portfolio ini. Kandungan di dalam portfolio ini hanya hasil akhir.