Anda di halaman 1dari 9

Myspace Falling Objects

Rabu, 3 Oktober 2012


FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)
1.0 TAJUK
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KERAMAT AU3, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN

2.0 SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara/Butiran Halaman/Muka Surat
1.0 Tajuk

2.0 Senarai kandungan

3.0 Penghargaan

4.0 Pendahuluan

5.0 Objektif kajian

6.0 Kawasan kajian

7.0 Kaedah kajian

8.0 Dapatan Kajian
8.1 Konsep pencemaran alam sekitara
8.2 Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
8.3 Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.
8.4 Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam
sekitar di kawasan kajian
Bahan Grafik

9.0 Rumusan

10.0 Lampiran
Foto pencemaran alam sekitar
Borang soal selidik

11.0 Rujukan












3.0 PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kasih kurnia-NYA, saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dalam
tempoh yang ditetapkan atas bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Yusrina bt. Yusof, guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 2 Gigih,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur kerana dengan bantuan dan panduan yang diberikan
telah membolehkan saya menjalankan kajian ini mengikut format yang telah ditetapkan.

Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan kajian ini. Banyak masa yang telah mereka luangkan dan wang ringgit yang telah dibelanjakan demi
memastikan tugasan yang diberikan disiapkan dengan jayanya.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Taman Keramat AU3 kerana sudi memberikan
kerjasama yang baik kepada saya serta rakan-rakan seperjuangan kerana sudi berkongsi maklumat serta pihak-pihak yang
tidak disebut dalam penghargaan ini sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga.


4.0 PENDAHULUAN
Saya, Muhammad Ashraf bin Mohd Khairi, pelajar Tingkatan 2 Gigih di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa,
Kuala Lumpur telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di Taman Keramat AU3 untuk Projek Kajian Geografi Tempatan
kami.

Saya memilih Taman Keramat AU3 sebagai kawasan kajian kerana ia menepati kriteria kajian iaitu terdapat beberapa
pencemaran yang telah dikenal pasti di kawasan tersebut. Selain itu, tempat tinggal saya terletak di kawasan kajian. Fakta
ini memudahkan saya membuat kajian tentang pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Keramat AU3.

Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah bermula dari bulan Jun hingga Ogos 2012. Selepas mengumpulkan
semua maklumat yang diperlukan, saya menulis laporan yang lengkap tentang kajian ini secara individu.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya kepada saya dan amnya kepada
masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut:
1. Menyatakan konsep pencemaran alam sekitara di kawasan kajian
2. Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitara di kawasan kajian
3. Menjelaskanpunca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
4. Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
5. Menyenaraikan cadangan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
6. Memupuk nilai/unsur patriotise dalam dapatan kajian.

6.0 KAWASAN KAJIAN
Nama Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah Taman Keramat AU3, Ulu Klang, Kuala Lumpur yang terletak di dalam Zon 3, daerah Mukim Hulu
Kelang.

Latar Belakang/Sejarah Kawasan Kajian
Sejarah pembentukan daerah Mukim Hulu Kelang ini bermula apabila Gombak yang merupakan salah sebuah daerah di
negeri Selangor diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan.
Daerah Gombak dibahagikan kepada empat (4) mukim iaitu Mukim Rawang, Mukim Batu, Mukim Hulu Kelang, dan Mukim
Setapak. Daerah yang terletak di kawasan Lembah Klang ini bersempadankan Daerah Hulu Selangor (Utara), Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (Selatan), Daerah Kuala Selangor (Barat), Daerah Petaling (Barat Daya) dan Negeri Pahang
(Timur).

Lokasi
Taman Keramat AU3 dilingkungi oleh kawasan-kawasan sekitar yang berhampiran iaitu Taman Keramat AU1 yang juga
dikenali sebagai Keramat Permai dan Taman Keramat AU2. Kawasan ini merupakan petempatan yang padat dengan
pelbagai jenis rumah dan bangunan perniagaan termasuk perindustrian

Pandang Darat Fizikal Kawasan Kajian
Dari segi geografi, perletakan Taman Keramat AU3 ialah pada latitud 3 9 '55" Utara Khatulistiwa dan longtitud 101
46 dalam peta Malaysia. Kawasan AU3 terletak dalam kawasan tanah beralun dalam Mukim Hulu Kelang di bawah
pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Dalam jarak 5km persegi, kawasan AU3 ini juga merangkumi sebahagian kecil
kawasan Taman Setiawangsa yang terletak dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jarak
Taman Keramat AU3 ini terletak kira-kira 10 km daripada pusat bandar Kuala Lumpur. Terdapat beberapa laluan jalan raya
yang menghubungkan kawasan ini ke pusat bandar Kuala Lumpur seperti Persiaran Setiawangsa dan Jalan Enggang yang
menembusi jalan besar iaitu Jalan Jelatek menuju ke pusat bandar raya. Selain itu, Taman Keramat AU3 dihubungkan
melalui Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dan Lebuh Raya
Duta Ulu Kelang untuk ke pusat bandar. Pengangkutan awam yang terdapat di kawasan ini ialah bas, teksi, dan LRT. Stesen
LRT terdekat adalah LRT Setiawangsa dan LRT Jelatek.

7.0 KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan tiga jenis kaedah sepanjang menjalankan kajian ini. Kaedah tersebut ialah:

(i) Pemerhatian
Saya memerhatikan bentuk muka bumi dan punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Taman Keramat AU3, Ulu Klang,
Kuala Lumpur. Saya juga telah mengambil beberapa gambar pencemaran yang berlaku di kawasan kajian menggunakan
kamera telefon bimbit.

(ii) Soal Selidik
Saya telah mengedarkan 25 borang soal selidik kepada penduduk sekitar kawasan kajian. Soalan-soalan yang dikemukakan
merupakan soalan tertutup dan soalan terbuka.

(iii) Rujukan
Saya telah merujuk folio kajian geografi tempatan sebelum ini sebagai panduan untuk menyiapkan aspek 1 hingga 7 . Saya
juga juga telah melayari beberapa lama web untuk mencari maklumat berkaitan kawasan kajian dan maklumat mengenai
pencemaran alam sekitar..

8.0 DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti manusia ke alam
persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Contoh pencemaran alam sekitar pada
masa kini ialah:

1.Pencemaran udara
2.Pencemaran air
3. Pencemaran bunyi
4. Pencemaran tanah

8.2 Jenis-jenis Pencemaran Alam Sekitar di Taman Keramat AU3
Hasil pemerhatian saya sepanjang menjalankan kajian, saya mendapati terdapat dua jenis pencemaran alam sekitar yang
utama di Taman Keramat AU3 iaitu:

(i) Pencemaran Udara
Banyak asap dan debu berterbangan di udara disebabkan pelepasan asap yang berbahaya dari kenderaan seperti kereta,
motosikal, van, lori, dan bas, jerebu daripada kesan pembakaran secara terbuka, dan asap daripada serombong-
serombong asap di kilang yang berhampiran adalah antara pencemaran udara yang dikenali pasti berlaku di kawasan kajian.

(iii) Pencemaran Bau
Pencemaran bau disebabkan oleh sampah sarap yang tidak diurus dengan betul. Bau busuk dapat dihidu di beberapa
kawasan kajian seperti di kawasan restoran, gerai makan, kedai runcit, longkang, dan di tapak aktiviti perniagaan pasar
malam.

8.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar di Taman Keramat AU3
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar di Taman Keramat AU3, Kuala
Lumpur. Antaranya ialah:

(i) Perkilangan
Terdapat kawasan perkilangan yang dikenali sebagai zon perindustrian bebas Ulu Klang yang beroperasi berhampiran
kawasan kajian. Pelepasan asap dari serombong-serombong asap di kilang-kilang berkenaan telah menyebabkan
pencemaran udara.

(ii) Kenderaan
Jumlah kenderaan yang keluar masuk setiap hari terutamanya pada hari bekerja di kawasan kajian memberikan kesan serius
kepada alam sekitar, sekali gus menyebabkan pencemaran udara. Pencemaran udara berlaku akibat pelepasan asap hasil
pembakaran petroleum dan diesel.

(iii) Pembakaran Terbuka
Terdapat penduduk yang melupuskan sampah sarap mereka dengan cara membakar sampah merata-rata dan secara
terbuka tanpa memikirkan perasaan orang lain dan akibatnya. Mereka suka membakar semak samun yang berhampiran
dengan tujuan supaya nyamuk berkurangan. Antara bahan yang paling banya dibakar ialah plastik,kertas, dan daun-daun
kering. Ada juga penduduk yang membakar bahan seperti tayar terpakai yang menyebabkan pencemaran udara dan
pencemaran bau.

(iv) Sampah Sarap
Pembuangan sampah sarap oleh segelintir penduduk Taman Keramat AU3 terutamanya di tepi jalan, di kawasan tanah
terbiar , malahan did alam longkang menunjukkan golongan ini bersikap sambil lewa dalam menjaga kebersihan alam
sekitar.

(v) Pembinaan
Terdapat rumah-rumah yang diubah suai di kawasan kajian. Kadangkala selepas pengubahsuaian, sisa-sisa pepejal akan
diletakkan di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran. Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi
kawasan penternakan nyamuk.

(vi) Perniagaan
Kawasan perniagaan di Taman Keramat AU3 banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat, banyak
pengusaha restoran, gerai penjualan makanan, dan premis perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang
sampah yang teratur. Kekurangan tong-tong sampah di kawasan pasar malam menyebabkan bekas-bekas makanan dan
minuman dibuang di merata-rata tempat seperti dilonggokkan di tepi-tepi longkang atau bahu-bahu jalan. Kadang kala
tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat, dan tidak
terurus. Keadaan ini dapat dilihat di kawasan pasar basah, pasar malam, pasar tani, pasar raya dan kedai-kedai
persendirian.

Nilai dan Unsur Patriotisme
Masyarakat hendaklah senantiasa prihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus
berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan
harmoni.

8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Taman Keramat AU3
Kesan-kesan pencemaran yang telah dikenal pasti berlaku di kawasan kajian, antaranya adalah seperti di bawah:

(i) Jerebu
Asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu di kawasan kajian. Pelepasan asap
kenderaan yang mengandungi gas toksik; iaitu karbon monoksida, nitrogen oksida, karbon dioksida ini mencemarkan udara
dan meningkatkan suhu atmosfera dan menyebabkan jerebu. Selain itu, gas ini dapat juga mengancam dan menyerang tisu
sistem pernafasan manusia, haiwan, dan tumbuhan.

(ii) Penyakit
Longgokan sampah-sarap di kawasan pasar malam telah menggalakkan pembiakan lalat, tikus, dan tempat tumpuan anjing-
anjing liar mencari makanan. Keadaan ini tidak sihat dan boleh mengundang penyakit kepada penduduk sekitar.

(iii) Suhu Meningkat
Pembakaran sampah, asap dari kenderaan dan jentera berteknologi tinggi telah menyebabkan gas karbon karbon dioksida
banyak terkumpul di dalam udara. Ini menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan
persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini di kawasan
Setiawangsa.

(iv) Udara Tercemar
Udara tercemar di kawasan kajian akibat daripada pembakaran sampah, asap daripada kenderaan, dan gerai-gerai yang
menjual ikan bakar. Kesannya penduduk sering mengalami permasalahan hidung seperti resdung, asma, dan sebagainya.

(v) Bau Busuk
Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat,
ulat, dan bahan-bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bau yang
kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat
pembuangan sampah.

Nilai dan Unsur Patriotisme
Kesan-kesan negatif yang berlaku akibat pencemaran alam sekitar dapat dihindar jika kita bersama-sama menghargai
kebersihan. Semailah dalam diri, cintailah alam sekitar yang bebas daripada pencemaran.


8.6 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar
di Kawasan Taman Keramat AU3

(i) Kempen Cintai Alam Sekitar
Kempen Cintai Alam Sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio, dan juga melalui `road show hendaklah dihayati supaya
masyarakat lebih sedar pentingnya alam sekitar bagi memenuhi keperluan hidup dalam keadaan yang bersih dan selamat.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga perlu mengadakan kempen cintai alam sekitar dengan lebih giat lagi seperti `Cintailah
Sungai Kita, kempen kitar semula, dan sebagainya. .

(ii) Pendidikan Alam Sekitar
Untuk menanamkan sikap untuk mencintai alam sekitar, kerajaan hendaklah memasukkan pendidikan alam sekitar dalam
aktiviti ko-kurikulum sekolah untuk mendidik generasi sekarang untuk mencintai alam sekitar.

(iii) Petrol Tanpa Plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah
ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi di kawasan kajian dan juga dapat mengelakkan
masalah kesihatan seperti batuk dan selesema.

(iv) Catalytic Converter (Pengubah Pemangkin)
Penggunaan alat catalytic converter ini telah berupaya menukarkan gas beracun seperti karbon monoksida dan nitrogren
oksida kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida dan nitrogen sebelum ia dilepaskan ke
atmosfera. Ini akan mengurangkan kadar pengeluaran asap serta memastikan kenderaan terbabit memenuhi standard
kadar pelepasan yang dibenarkan.

Nilai dan Unsur Patriotisme
Semua pihak harus memberi kerjasama dan komitmen dalam usaha untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di
kawasan kajian. Rasa tanggungjawab memelihara alam sekitar harus disemai dalam diri setiap individu bagi membolehkan
setiap cadangan dapat dilaksanakan dan supaya alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.


9.0 RUMUSAN
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil.
Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja, malah ia adalah tanggungjawab
semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini
bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan dipanjangkan usianya. Alam sekitar yang
bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi
negara pada masa akan datang.

10.0 LAMPIRAN
1. Gambar-gambar pencemaran alam sekitar di Taman Keramat AU3, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
2. Borang soal-selidik (20 helai)

11.0 RUJUKAN
1. Buku teks Geografi - Berikan nama buku
2. Internet - Berikan nama-nama laman web yang telah dilawati

BAHAN GRAFIK - Bagi menyokong dapatan kajian.

1. JADUAL
Maklumat di dalam jadual ini diperolehi daripada borang soal-selidik yang telah diedarkan kepada 20 responden
yang tinggal di kawasan persekitaran Taman Keramat AU3 bagi mendapatkan maklum balas dan mengenal pasti
jenis-jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian.

No.
Responden
Jenis Pencemaran

Udara Air Tanih Bunyi Bau

1
1 0 0 1 1








































2.0 CARTA PAI

Carta Pai di atas
menunjukkan jenis-jenis
pencemaran yang berlaku di Taman Keramat AU3, Kuala Lumpur. Berdasarkan jadual dan carta pai di atas,
adalah dikenal pasti bahawa jenis pencemaran yang paling banyak berlaku di Taman Keramat AU3 ialah
pencemaran udara (36%), diikuti dengan pencemaran bau (23%), pencemaran bunyi (21%), pencemaran tanih
(11%), dan pencemaran air (9%).
2
1 0 0 1 1

3
1 1 1 1 1

4
1 0 0 0 1

5
1 1 0 1 1

6
1 0 0 1 0

7
1 0 0 0 0

8
1 0 1 0 0

9
1 0 0 0 0

10
1 0 0 1 1

11
1 0 0 0 0

12
1 0 0 1 0

13
1 0 1 1 1

14
0 1 1 0 0

15
0 0 1 0 1

16
1 0 0 1 0

17
0 0 0 0 1

18
1 0 0 0 0

19
0 1 0 0 1

20
1 0 0 0 0

Jumlah
16 4 5 9 10



Jenis Pencemaran

Udara Air Tanih Bunyi Bau

16 4 5 9 10



PETA-PETA - Untuk dimuatkan dalam butiran kawasan kajian.

Anda mungkin juga menyukai