Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM SENI LUKIS DAN SENI REKA

1
SENI LUKIS DAN SENI REKA

BIL TAHAP PENGAJIAN (MQF) SYARAT KELAYAKAN MASUK
1. Foundation/ Matrikulasi/ Asasi
Sains
(semua bidang Seni Lukis &
Seni Reka)


1. Lulus SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 5 mata
pelajaran; atau

2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran;
atau

3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 5 mata
pelajaran; atau

4. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara

DAN

Lulus temu duga serta ujian melukis yang dijalankan oleh pihak PPT.

2. Sijil
(semua bidang Seni Lukis &
Seni Reka)
(Tahap 3)
1. Lulus SPM / SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata
pelajaran; atau

2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 1 mata pelajaran;
atau

3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 1 mata
pelajaran; atau

4. Lulus SKM tahap 2 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM (atau setara); atau

5. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.


PROGRAM SENI LUKIS DAN SENI REKA
2
SENI LUKIS DAN SENI REKA

BIL TAHAP PENGAJIAN (MQF) SYARAT KELAYAKAN MASUK
3. Diploma
(semua bidang Seni Lukis &
Seni Reka)

(Tahap 4)
(Penangguhan 5 kredit bagi
kelayakan masuk Seni Lukis &
Seni Reka di peringkat Diploma)
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 5 kredit termasuk
Bahasa Melayu; atau

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 3 kredit serta lulus
Bahasa Melayu dan 2 tahun pengalaman bekerja di bidang berkaitan; atau

3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum satu kredit dan Lulus
Bahasa Melayu) dan sijil kemahiran dalam Seni Lukis & Seni Reka tahap 3 Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM); atau

4. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 5 mata pelajaran
dan lulus Bahasa Melayu diperingkat SPM serta mempunyai pengalaman kerja
sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan; atau

5. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 5 mata
pelajaran dan mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam
bidang berkaitan; atau

6. Lulus SKM tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan lulus SPM dengan mendapat
sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran; atau

7. Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan;
atau

8. Lulus sijil (tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-
kurangnya PNGK 2.00; atau

9. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP
2.0) dalam 1 mata pelajaran; atau

PROGRAM SENI LUKIS DAN SENI REKA
3
SENI LUKIS DAN SENI REKA

BIL TAHAP PENGAJIAN (MQF) SYARAT KELAYAKAN MASUK
10. Lulus STAM (pangkat maqbul); atau

11. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara

DAN

Lulus temu duga dan ujian melukis yang dijalankan oleh pihak PPT.

4. Ijazah Sarjana Muda
(semua bidang Seni Lukis &
Seni Reka)

(Tahap 6)
1. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP
2.0) dalam 2 mata pelajaran; dan

kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM (atau
setara) atau STPM; atau

2. Lulus STAM (pangkat jayyid); dan

mendapat sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa
Inggeris di peringkat SPM (atau setara); atau

3. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 5 mata pelajaran
termasuk Bahasa Inggeris dan lulus Bahasa Melayu peringkat SPM; atau

4. Lulus Matrikulasi/ Foundation/ Asasi dari mana-mana IPTA/ IPTS/ Institusi yang
dibenarkan menawarkan program foundation dengan mendapat PNGK 2.00; atau

5. Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau

6. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara;


PROGRAM SENI LUKIS DAN SENI REKA
4
SENI LUKIS DAN SENI REKA

BIL TAHAP PENGAJIAN (MQF) SYARAT KELAYAKAN MASUK
DAN

Lulus dalam temu duga dan ujian melukis yang dijalankan oleh pihak PPT (tidak
termasuk bagi Art and Design Management and History).

DAN

MUET Band 1.

5. Ijazah Sarjana
(semua bidang Seni Lukis &
Seni Reka)

(Tahap 7)
Ijazah Sarjana secara Mod Campuran dan Penyelidikan

1. Ijazah sarjana muda dengan PNGK minimum 2.75 atau yang setara dengannya,
seperti yang diterima oleh Senat PPT; atau

2. Ijazah sarjana muda atau yang setara dengan mendapat sekurang-kurangnya
PNGK 2.50 dan tidak mencapai PNGK 2.75, boleh diterima masuk bergantung
kepada penilaian dalaman yang rapi; atau

3. Ijazah sarjana muda atau yang setara dengannya tetapi tidak mencapai PNGK
2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja
dalam bidang yang relevan.

Ijazah Sarjana secara Kerja Kursus

1. Ijazah sarjana muda dengan PNGK minimum 2.50 atau yang setara dengannya,
seperti yang diterima oleh Senat PPT; atau

2. Ijazah sarjana muda atau yang setara dengannya tetapi tidak mencapai PNGK
2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja
dalam bidang yang relevan.
PROGRAM SENI LUKIS DAN SENI REKA
5
SENI LUKIS DAN SENI REKA

BIL TAHAP PENGAJIAN (MQF) SYARAT KELAYAKAN MASUK
DAN

Calon dikehendaki menyertakan cadangan pelan pengajian;

DAN

Lulus temuduga.

6. Ijazah Kedoktoran
(semua bidang Seni Lukis &
Seni Reka)

(Tahap 8)
Ijazah Kedoktoran (PhD) secara Kerja Kursus & Mod Campuran dan Penyelidikan

1. Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh senat PPT; atau

2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengan ijazah sarjana yang diterima
oleh senat PPT.

Ijazah Kedoktoran (PhD) secara Hasil Kerja Diterbitkan

Pemohon wajib mempunyai penerbitan yang menyumbang kepada kesarjanaan ilmu
dalam bidang dan diakui oleh kalangan akademik. Permohonan formal wajib
dikemukakan ke Pejabat Pendaftar dan mesti merangkumi:

i. minimum lima penerbitan yang sejajar dengan tema kepakaran;
ii. ringkasan eksekutif penerbitan yang menunjukkan sumbangan pemohon kepada
ilmu dalam bidang berkenaan; dan
iii. senarai kesarjanaan hasil kerja diterbitkan.

Nota: Satu Jawatankuasa Pemilihan wajib ditubuhkan untuk menyemak permohonan
formal PhD secara hasil kerja diterbitkan dan mengesyorkan kepada Senat untuk
kemasukan calon.

PROGRAM SENI LUKIS DAN SENI REKA
6
SENI LUKIS DAN SENI REKA

BIL TAHAP PENGAJIAN (MQF) SYARAT KELAYAKAN MASUK
Untuk calon antarabangsa, syarat kecekapan bahasa wajib ditentukan oleh Senat PPT.

Nota:

i. Tiada kemasukan terus daripada tahap ijazah sarjana muda ke tahap ijazah
kedoktoran.
ii. Calon yang mendaftar untuk program tahap ijazah sarjana dengan sekurang-
kurangnya CGPA 3.67 pada tahap ijazah sarjana muda boleh memohon untuk
menukar pendaftaran pengajian ke program ijazah kedoktoran, tertakluk kepada
ketetapan berikut:

a) telah menunjukkan kompetensi dan kebolehan dalam menjalankan
penyelidikan pada tahap ijazah kedoktoran
b) mendapat kelulusan daripada Senat PPT.

DAN

Lulus temuduga yang dijalankan.