Laporan Pengajaran Matematik Menggunakan Rancangan Mengajar Harian Yang Baharu Berdasarkan Komen-Komen Guru Sumber.
Pengenalan Pada 29 Ogos 2013 yang lepas, saya telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan rancangan mengajar harian yang telah dibuat penambahbaikan setelah berkolaborasi dengan guru sumber mengenai Bidang Darab dengan hasil darab sehingga 100 000, iaitu mendarab nombor tiga digit dengan 100 dan nombor dua digit terhadap 12 orang murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kampung Klid/Plajau, Dalat pada pukul 2:30 petang hingga 3:30 petang (Kelas Bimbingan). Pengajaran ini dijalankan bertujuan untuk memenuhi kehendak tugasan kursus Perancangan dan Pengajaran Matematik (MTE 3107) di samping memberikan peluang kepada saya untuk berkolaborasi dengan guru sumber. Banyak ilmu pedagogi yang saya perolehi daripada beliau. Walaupun sudah lapan tahun pengalaman dalam pengajaran matematik di sekolah rendah, tiada penambahbaikan pada diri saya dari segi pemantapkan pengetahuan, kemahiran, strategi dan kaedah pengajaran sehinggalah bertemu dan berkolaborasi dengan guru sumber tersebut. Terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang merancang dan melaksanakan pengajaran ini. Oleh itu, laporan ini akan membincangkan pengalaman perancangan dan pembelajaran, komen-komen dan penambahbaikan oleh guru sumber, serta keberkesanan rancangan mengajar harian yang telah dimurnikan (kelebihan yang dikenal pasti).
Pengalaman Perancangan dan Pembelajaran Selepas menerima kertas tugasan ini, saya telah berbincang bersama guru besar sekolah saya untuk membantu saya mencari guru sumber. Pada perjumpaan pertama saya dengan guru sumber, saya telah menerangkan kehendak tugasan. Pada awalnya saya bercadang untuk mengajar topik masa bagi Tahun 4. Saya berpendapat bahawa topik ini lebih menarik dan senang diajar berbanding dengan topik-topik yang lain. 13
Malah, saya yakin saya mampu menyediakan bahan bantuan mengajar (BBM) dan lembaran kerja yang menarik bagi topik ini. Namun beliau mencadangkan agar saya menyediakan rancangan untuk mengajar topik nombor bulat, iaitu darab. Mengapa darab? Respon beliau adalah aplikasi fakta asas kira darab juga amat penting dalam menyelesaikan masalah lain di dalam matematik seperti tajuk pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, matematik harian, wang, timbangan, masa dan waktu. Lantaran itu, beliau ingin melihat keberkesanan kaedah pengajaran fakta asas darab yang dihasilkan oleh saya untuk dibuat penambaikan ke atas rancangan mengajar tersebut pada perjumpaan kedua. Hasil dari perjumpaan pertama, saya mula mengenal pasti hasil pembelajaran yang hendak dicapai pada akhir unit pembelajaran. Saya sedar bahawa adalah mustahil bagi seseorang guru untuk mengajar terlalu banyak kandungan pembelajaran pada masa satu jam ini. Oleh itu, saya hanya menetapkan dua hasil pembelajaran bagi Rancangan Pengajaran Harian (RPH), iaitu mendarab nombor tiga digit dengan a)100 dan b) nombor dua digit. Sepanjang merancang RPH ini, saya juga menghadapi kesukaran untuk menentukan kaedah dan teknik pengajaran yang mahu saya gunakan semasa mengajar kelak. Namun, dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan yang dapat saya kenal pasti terhadap semua teknik dan kaedah yang sedia ada, serta kesesuaiannya terhadap topik ini, akhirnya saya bertekad untuk menggunakan gabungan beberapa jenis kaedah agar pengajaran saya lebih berfleksibel dan menarik. Akhir sekali, saya juga meluangkan masa untuk memikirkan bahan bantuan mengajar dan lembaran kerja. Selepas menyediakan lembaran kerja, maka saya bersedia untuk membuat perjumpaan kedua untuk berkolaborasi dengan guru sumber untuk membuat penambahbaikan ke atas rancangan mengajar yang telah saya sediakan.
Komen-komen dan penambahbaikan oleh guru sumber Pada perjumpaan kedua, banyak pengetahuan yang saya peroleh dari guru sumber tersebut berdasarkan komen-komen yang membina dan penambahbaikan yang dibuat ke ke atas rancangan mengajar yang telah saya sediakan. Dalam rancangan mengajar saya yang pertama terdapat beberapa jenis kaedah dan teknik pengajaran 14
yang telah saya guna pakai antaranya ialah pembelajaran koperatif. Pembelajaran sebegini dikatakan mampu menggalakkan murid mengambil bahagian dalam P&P secara aktif di samping dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran sesuatu pelajaran. Saya juga telah mengamalkan kaedah demonstrasi untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Malah, saya turut menggunakan pendekatan deduktif, iaitu pengajaran dari umum ke spesifik terutamanya dalam fasa perkembangan dalam rancangan mengajar saya. Dalam fasa persediaan, iaitu set induksi, saya membuat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan menggunakan teknik soal jawab, mencungkil idea murid berdasarkan konsep operasi darab. Cth: 6 x 4 =_____. Beliau mencadangkan agar set induksi saya lebih kreatif kerana set induksi yang saya buat sudah biasa digunakan. Beliau mencadangkan saya mencari bahan-bahan berkaitan dengan rekreasi matematik, seperti lagu, teka-teki dan sebagainya untuk dijadikan sebagai fasa persediaan saya. Untuk fasa imaginasi, pada mulanya murid-murid diminta untuk melengkapkan petak sifir seperti di bawah. Murid diberikan kertas berpetak 9 9 untuk menjalankan aktiviti ini.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 2 3 4 5 6 7 8 9 15
Bagaimanapun beliau telah memperkenalkan cara untuk membina hasil darab sifir menggunakan kertas berpetak 3 x 3. Bagi sifir nombor ganjil, isikan petak dengan urutan bilangan 1 hingga 9.
Bagi sifir nombor genap, isikan petak dengan urutan bilangan dua-dua dari 2 hingga 18.
Seterusnya ialah fasa perkembangan, iaitu guru menunjuk cara untuk menyelesaikan soalan mendarab nombor tiga digit dengan 100. Dalam rancangan mengajar harian, saya memperkenalkan dua kaedah untuk mendarab nombor tiga digit dengan 100 iaitu dalam bentuk lazim dan ayat matematik (Kira cepat). Pada mulanya, beliau menulis tiga soalan dalam bentuk ayat matematik dan kemudian meminta saya untuk menyelesaikannya. Contoh soalan adalah seperti berikut: a) 23 x 600 = b) 94 x 50 = c) 455 x 100 =
Jawapan saya: (soalan a dan b dalam bentuk lazim) a) 6 0 0 b) 9 4 c) 45 500 x 2 3 x 5 0 1 8 0 0 0 0 + 1 2 0 0__ + 4 7 0__ _1 3 8 0 0_ 4 7 0 0_00
Beliau bertanya kepada saya rasional saya menyelesaikan soalan 455 x 100 = dalam bentuk ayat matematik. Jawapan saya adalah menjawab terus dalam bentuk ayat matematik lebih senang dan cepat jika dibandingkan dibuat dalam bentuk lazim. Kemudian, beliau menunjukkan cara lain untuk menjawab ketiga-tiga soalan tersebut dalam bentuk lazim dengan cara beliau sendiri.
Jawapan beliau: a) 23 x 600 = b) 94 x 50 = c) 455 x 100 = 2 3 9 4 4 5 5 x 6 0 0 x 5 0 x 1 0 0 1 3 8 0 0 4 7 0 0 __4 5 5 0 0
Bagi kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit, sekali lagi saya menggunakan kaedah bentuk lazim dalam rancangan mengajar saya. Pada pendapat saya, itu satu-satu kaedah atau cara yang pernah di ajar oleh bekas guru saya 2.5 17
dekad yang lalu dan ianya masih lagi dipraktikan oleh saya sehinggalah diperkenalkan oleh guru sumber dengan dua kaedah yang baru bagi saya, iaitu kaedah lattice dan kaedah cerakin. Pendaraban menggunakan kaedah bentuk lazim sebenarnya masih lagi praktikal dan masih diterima semasa menjawab soalan, namun guru sumber mencadangkan agar murid-murid didedahkan dengan pelbagai cara atau kaedah untuk menyelesaikan masalah operasi darab. Oleh itu, guru sumber mencadangkan agar saya memperkenalkan kaedah lattice dan kaedah cerakin dalam pendaraban dan juga kaedah tradiosional, iaitu bentuk lazim dalam fasa perkembangan saya. Ini bermakna, satu soalan, mempunyai tiga cara atau kaedah untuk menyelesaikannya.
Contoh Soalan: 456 x 37 = a) Bentuk lazim b) cara lattice 4 5 6 X 3 7 3 1 9 2 + 1 3 6 8__ _ 1 6 8 7 2
Keberkesanan rancangan mengajar harian yang telah dimurnikan (Kelebihan yang Dikenalpasti) Setelah menjalankan pengajaran menggunakan rancangan harian yang telah dimurnikan, rancangan mengajar harian ini telah menunjukkan keupayaan dan keberkesanan yang amat baik, dari fasa persediaan hinggalah ke peringkat tindakan. Dalam fasa persediaan, saya telah berjaya mencipta teka-teki yang sangat menarik untuk peringkat set induksi pengajaran saya. Hal ini demikian kerana apabila saya memaparkan slaid haiwan, seterusnya mengemukakan teka-teki, maklum balas murid- murid adalah begitu luar biasa. Semua murid juga mengambil bahagian apabila saya mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab oleh mereka. Keadaan ini memberikan ikthibar kepada saya bahawa kita harus mempunyai satu set induksi yang menarik supaya dapat terus menarik perhatian murid dan membolehkan proses P&P ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Kelebihan set induksi ini ialah, murid-murid sendiri dapat menyatakan tajuk yang dipelajari pada hari tersebut setelah murid-murid menjawab dengan betul tiga teka-teki yang saya sediakan dan mengaitkannya dengan operasi darab. Saya sedar bahawa menyelitkan unsur rekreasi matematik dapat menarik minat murid di samping menggalakkan penglibatan mereka semasa proses P&P kerana di dalam set induksi tidak semestinya kita hanya menyoal murid-murid mengingat kembali pelajaran yang lepas. Dalam fasa imaginasi, saya telah memperkenalkan kaedah membina sifir menggunakan petak 3 x 3 setelah diajar oleh guru sumber. Berbanding dengan kaedah tradisional yang biasa digunakan untuk menguasai sifir 1 hingga 9 seperti kaedah hafalan, kaedah penyoalan, kaedah menggunakan jari, dan kaedah yang hendak saya gunakan pada mulanya iaitu melengkapkan petak sifir 9 x 9, didapati kaedah sifir berpetak 3 x 3 ini lebih berkesan kerana terdapat petunjuk yang jelas bahawa penguasaan fakta asas darab dapat dikuasai oleh murid-murid tahun empat jika suatu kaedah terbaik diperkenalkan berbanding dengan kaedah tradisional yang hanya menekankan kepada kaedah hafalan. Keberkesanan kaedah sifir berpetak 3 x 3 ialah untuk mempelajari kaedah tersebut, murid itu haruslah mempunyai kebolehan membina idea-idea yang abstrak. Jadi kaedah ini adalah mengubah cara iaitu dari bentuk hafalan kepada bentuk pembinaan sifir. Saya dapati juga kaedah sifir berpetak 3 x 3 ini lebih 19
senang, cepat dan praktikal bagi murid-murid lemah dan sederhana untuk mereka kuasai berbanding dengan melengkapkan petak sifir 9 x 9. Seterusnya ialah fasa perkembangan iaitu tunjuk cara mendarab nombor tiga digit dengan 100 dengan menggunakan kaedah bentuk lazim yang diajar oleh guru sumber. Kaedah ini lebih baik kerana murid-murid tidak perlu mendarab digit demi digit. Contohnya soalan seperti ini; a) 6 0 0 b) 9 4 x 2 3 x 5 0 1 8 0 0 0 0 + 1 2 0 0__ + 4 7 0__ __1 3 8 0 0_ 4 7 0 0_ Dalam kaedah ini, murid-murid perlu mendarab digit demi digit dan ada juga melibatkan operasi tambah. Kesilapan sering berlaku apabila murid salah meletakkan jawapan hasil darab digit puluh atau ratus, sekaligus hasil darabnya akan salah contohnya seperti berikut; a) 6 0 0 b) 9 4 x 2 3 x 5 0 1 8 0 0 0 0 + 1 2 0 0 + 4 7 0 __3 0 0 0 4 7 0 Menggunakan kaedah yang diperkenal oleh guru sumber saya, semua murid dapat menjawab soalan dengan betul dan yakin. Contohnya seperti berikut; a) 455 x 100 = 4 5 5 x 1 0 0 __4 5 5 0 0 Kelebihan kaedah ini adalah, murid-murid tidak fobia apabila mendarab sesuatu nombor dengan 50, 100 atau 450 kerana kaedah ini meletakkan angka sifar di luar, dan yang istimewanya tiada proses penambahan hasil darab untuk setiap digit seperti kaedah bentuk lazim yang tradisional. Proses kerjanya pun tidak panjang menjela. Berdasarkan contoh yang saya berikan, semua murid dapat mendarab sebarang 20
nombor dengan 50 dan 600 dengan mudah, alasan mereka, 50 itu hanyalah sifir lima, dan 600 itu adalah sifir enam seperti contoh berikut; b) 23 x 600 = c) 94 x 50 = 2 3 9 4 x 6 0 0 x 5 0 1 3 8 0 0 _4 7 0 0 Topik Pendaraban merupakan topik yang agak mencabar bagi murid-murid. Kebiasaannya murid-murid akan mengalami masalah dalam menyelesaikan soalan pendaraban yang berdigit besar. Oleh itu, di sini saya menunjukkan tiga kaedah yang termasuk kaedah tradisional iaitu bentuk lazim dalam menyelesaikan soalan mendarab nombor tiga digit dengan dua digit nombor. Hanya mengemukakan satu contoh soalan iaitu 456 x 37 =, saya telah menunjukkan ketiga-tiga kaedah iaitu cara lattice, kaedah cerakin, dan bentuk lazim. Pada fasa perkembangan ini, murid-murid akan menilai alternatif yang dipilih untuk dan seterusnya membuat keputusan apakah kaedah yang paling cepat, atau kaedah yang digemari untuk mendarab sebarang dua nombor dengan hasil darab sehingga 100 000.
Cara lattice
Kelebihan yang ketara menggunakan kaedah lattice adalah ia mampu meningkatkan keyakinan murid-murid dalam menyelesaikan soalan pendaraban dalam Matematik. Pendaraban dapat dilakukan dengan lebih kemas dan sistematik walaupun secara asasnya terdapat persamaan dengan pendaraban menggunakan bentuk lazim biasa. Kaedah pendaraban lattice ini lebih sistematik dan mudah difahami, tidak 21
mengelirukan bagi proses pengumpulan semula, dan kesalahan pengiraan dapat dikurangkan kerana penggunaan kotak memisahkan operasi darab dan tambah. Kaedah cerakin
Bagi kaedah cerakin pula, ianya dapat membantu murid-murid yang lemah dan tidak dapat menguasai pendaraban dalan bentuk lazim yang melibatkan pengumpulan semula. Secara tidak langsung ianya memberi motivasi kepada murid-murid bahawa ada kaedah lain selain daripada bentuk lazim. Murid-murid pemulihan memilih kaedah ini dan juga berusaha untuk berlatih menjawab soalan pendaraban dalam kaedah lattice. Secara keseluruhannya, keberkesanan rancangan mengajar harian ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid-murid itu sendiri. Bagi murid-murid, kaedah yang diperkenalkan dapat dijadikan panduan dan kaedah baru di dalam penghafalan sifir. Murid-murid selama ini tidak nampak akan kaedah lain untuk menguasai fakta asas darab sudah mempunyai alternatif yang baru. Dengan pengetahuan kira tambah yang sudah sedia ada kepada murid-murid itu boleh dikembangkan kepada bentuk kira darab. Murid-murid tidak lagi terikat dengan satu cara sahaja iaitu hafalan semata-mata. Hasil daripada kolaborasi dengan guru sumber ini juga telah membantu saya sebagai guru memperbanyakkan kaedah pengajaran. Jika selama ini saya hanya menggunakan kaedah yang lama, dengan adanya kaedah yang baru ini akan memberikan pilihan kepada saya. Guru matematik mempunyai pilihan pengajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian murid yang berlainan. Dengan ini masalah fakta asas darab ini dapat dihapuskan ataupun dapat dikurangkan. Kelebihan rancangan mengajar harian ini setelah melalui penambahbaikan yang dicadangan oleh guru sumber ialah dengan memperkenalkan dua kaedah mendarab tiga digit nombor dengan 100 dan tiga kaedah mendarab nombor tiga digit dengan dua x 400 50 6 30 12 000 1 500 180 7 2 800 350 42 14 800 + 1 850 + 222 = 16 872 22
digit. Rancangan mengajar harian ini memerlukan murid-murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat pemilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan altenatif setelah dipertimbangkan dengan teliti. Murid-murid diberi soalan pendaraban untuk diselesaikan. Pembelajaran berlaku apabila pelajar sedar bahawa terdapat pelbagai cara untuk melakukan sesuatu tindakan, berfikir sebelum mengambil tindakan untuk mengatasi masalah berkenaan, membuat pilihan yang paling baik setelah menbanding-bezakan akibat setiap pilihan berkenaan dan seterusnya mengambil tindakan untuk mengatasi masalah dengan berkeyakinan. Berdasarkan aktiviti kumpulan yang telah dijalankan oleh setiap kumpulan, ketiga-tiga kumpulan telah memilih kaedah kira cepat untuk mendarab tiga digit nombor dengan 100 dan cara lattice untuk mendarab nombor tiga digit dengan dua digit. Apabila guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid, semua murid telah memilih kaedah kira cepat untuk menjawab soalan darab tiga digit nombor dengan 100. Namun untuk mendarab nombor tiga digit dengan dua digit, didapati sembilan daripada dua belas orang murid memilih cara lattice manakala selebihnya memilih kaedah cerakin. Ketiga-tiga orang murid yang memilih kaedah cerakin tersebut adalah murid-murid lemah dalam matematik. Di dapati kaedah bentuk lazim kurang mendapat sambutan daripada murid-murid kerana murid-murid memilih kaedah yang cepat atau kaedah yang lebih senang untuk dikuasai berbanding dengan kaedah tradisional, iaitu bentuk lazim.
Dokumen Serupa dengan Laporan Refleksi Tugasan Mte3107