Anda di halaman 1dari 4

Salam semua,

Saya baru membaca dan meneliti soalan tugasan SDP semester ini . Apa
yang dapat saya simpulkan ialah tugasan anda perlu dihantar
secara online. Bila secara online tutor F2F hanya dapat membantu anda
dari aspek isi kandungan dan cara penulisan yang betul. Selebihnya anda
perlu berusaha mencari dan mengesan fakta-fakta yang berkaitan dengan
tugasan anda. Dalam hal ini, akan ada nanti rakan-rakan guru "copy &
paste" mana-mana petikan atau kandungan yang terdapat di internet.
Sebaiknya sila elakkan kecuali ianya adalah fakta atau teori.
Untuk itu saya seboleh mungkin akan memberikan panduan bagi
membantu anda. Anda juga bersama membantu rakan-rakan lain supaya
semua menjawab ke tahap cemerlang.


Panduan 2

Huraikan bagaimana seorang guru yang imaginatif, kreatif dan kritis
dapat menggunakan elemen-elemen Pendidikan Seni Visual dan
Muzik bagi penghasilan satu bentuk karya dengan digabungjalin dengan
Mata Pelajaran Sains, Sejarah dan sebagainya di sekolah. Teknologi
digital pula boleh dijadikan media komunikasi bagi menyokong tugasan
ini.
Soalan:
Perhatikan kata kunci HURAIKAN.
1. Perlu huraikan apa?
Elemen-elemen PSV dan Muzik.
2. Di mana anda boleh perolehi elemen tersebut?
Berbincanglah dengan tutor F2F anda,
Internet atau buku-buku PSV dan Muzik.
Modul anda.
3. Kenapa perlu huraikan?
Huraian anda mencirikan seorang guru yang berimaginasi, kreatif dan
kritis dalam PdP PSV dan muzik.
4. Apakah tujuan bagi penghasilan satu bentuk karya"
Penghasilan ialah satu proses menyediakan karya seni visual atau
muzik, atau kedua-duanya sekali dan digabungjalin dengan mata
pelajaran lain.
5. Apakah kaitan dengan teknologi Digital?
Teknologi masa kini yang perlu dikuasai oleh guru dan murid.
Ianya sebagai alat komuikasi yang cepat dan pantas, merentasi
sempadan.
Anda perlu fahamkan kehendak soalan terlebih dahulu. Buat kerangka
penulisan apa yang patut anda sediakan atau cari. Setelah itu....bermula la
episod penulisan anda bermula dengan Pengenalan.

Panduan 3
Huraikan bagaimana seorang guru yang imaginatif, kreatif dan kritis
dapat menggunakan elemen-elemen Pendidikan Seni Visual dan
Muzik bagi penghasilan satu bentuk karya dengan digabungjalin dengan
Mata Pelajaran Sains, Sejarah dan sebagainya di sekolah. Teknologi
digital pula boleh dijadikan media komunikasi bagi menyokong tugasan
ini.
Pengenalan [4 markah]
Pengenalan yang terperinci dan amat memuaskan. Perbincangan secara
kritis dan jelas mengenai definisi pengalaman dan hasilan kerja secara
jelas dan memberi definisi atau penjelasan rapi.
Berikan difinisi yang jelas berkaitan:
- Guru yang imaginatif, kreatif dan kritis. Nyatakan sifat atau
ciri-ciri guru berkenaan
- Fahamkan apakan yang dimaksudkan elemen-elemen PSV
dan Muzik.
- Berikan contoh elemen berkenaan. Nyatakan satu proses
penghasilan karya yang sesuai dengan menggabungjalinkan
mana-mana mata pelajaran lain di sekolah.
- Dalam hal ini sebagai contoh aktiviti PdP PSV dan Muzik
digabungjalin dengan mata pelajaran Sains. Sains dapat
diperjelaskan menggunakan Seni Visual dan Muzik.
- Bagaimana anda mengadunya supaya ianya kreatif dan kritis.
Panduan 4

(a) Pengalaman [12 markah]
Perbincangan yang memuaskan dan terperinci mengenai aspek
mengapa perlu mengambil kira pengalaman dalam strategi pengajaran.
Perbincangan terperinci perlu berkaitan pengalaman anda sebagai guru
tidak semestinya mengajar PSV dan Muzik. Pengalaman perlu seperti
mengetahui elemen-elemen seni Visual seperti garisan, rupa, bentuk,
warna, jalinan dan ruang serta elemen muzik sedia ada. Anda perlu
membaca modul sedia ada dan berbincang bersama tutor F2F.
Anda perlu menghuraikan juga strategi pengajaran yang sesuai bagi
mencapai objektif persoalan tugasan iaitu imaginasi, kreatif dan kritis.
Menjelaskan empat elemen teori Gardner serta diikuti dengan
memberi senario dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatkan
panduan Gardner sebagai strategi PdP anda.
Menunjukkan keupayaan menggunakan pengalaman kendiri
(pengalaman anda sendiri) dan disertakan dengan huraian yang lengkap
serta menunjukkan kematangan dalam penulisan (kematangan dalam
penulisan bermaksud: elakkan mengambil mudah copy & paste dari
penulisan orang lain. Itu sebabnya pengalaman kendiri anda begitu
penting dimasukkan dalam penulisan ini)
Jika anda ikuti step panduan penulisan ini dengan baik. Saya percaya
tugasan anda tidak menyimpang dari kehendak soalan tugasan.

Anda mungkin juga menyukai