Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2013



KOD: OUMM3203

PROFESSIONAL ETHICS


NO. MATRIKULASI : 810929125609001

NO. KAD PENGENALAN : 810929-12-5609

NO. TELEFON : 019 5371126

EMEL : pgollip@yahoo.com




PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SANDAKAN, SABAH.






1

Pengenalan

1.1 Definisi Rasuah
Rasuah ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu dengan niat
untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya.
Memberi sesuatu itu samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan,
janji manis dan sebagainya. Ianya diberikan kepada orang yang tertentu yang tidak layak
menerimanya. Mungkin orang yang diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang tertentu,
lebih kaya dan berjawatan dan bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian yang diberi
dengan niat agar suatu masa mendapat balasan dan imbalan yang lebih besar dari orang-orang
tertentu tadi. Sedangkan pada hakikat orang lain yang sepatutnya memiliki hak itu.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-
Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain
seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Rasuah ataupun corruption dalam Bahasa
Inggeris, tidak diberi definisi yang khusus di dalam undang-undang Malaysia. Tetapi
ditakrifkan sebagai suapan.
Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar
dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary, P.G. Osborne memberi definisi
bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to
influence his conduct; or the receipt of such reward.
John B. Saunders pula menulis dalam kamus Mozley and Whiteleys Law Dictionary
memberi definisi corruption is the taking or giving of money for the performance or non-
performance of a public duty.
Rasuah dalam bahasa Latin, corruptio kata kerja corrumpere iaitu busuk, rosak,
menggoyahkan, memutar balik, menyogok.
Menurut Transparency International pula, rasuah ialah perilaku buruk di jabatan-jabatan
atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai yang secara
tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya
2

kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan
awam yang diberi kepada mereka.
Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi: melanggar undang-undang yang
dikuatkuasakan, penyalahgunaan harta Negara, yang mana merugikan Negara serta
memperkaya diri sendiri dan kaum kerabat.
1.2 Sejarah Rasuah
Sejarah rasuah bermula sejak awal kehidupan manusia bermasyarakat lagi, iaitu pada tahap
organisasi kemasyarakatan yang rumit mulai wujud. Gejala rasuah telah membelenggu
manusia sejak beribu tahun lamanya. Kegiatan rasuah yang berlaku adalah berbeza-beza pada
waktu dan tempat yang berlainan. Terdapat banyak catatan kuno yang menceritakan tentang
gejala rasuah yang berlaku dimasa lalu, contohnya mengenai masalah penyuapan terhadap
para hakim dan tingkah laku para pegawai pemerintah. Kegiatan rasuah ini terus menular dan
berlaku sehingga kini dan telah meninggalkan pelbagai kesan yang negative kepada sesebuah
Negara. Misalnya Empayar Rom, Empayar Uthmaniah, Dinasti Ming dan sebagainya yang
tidak terurus pentadbirannya sehingga menyebabkan tentera dan kakitangan awamnya
terpaksa mengamalkan rasuah sehingga akhirnya meruntuhkan pemerintahan Negara
tersebut.
Mengikut sejarah, kegiatan rasuah di Negara Malaysia berlaku sejak zaman kesultanan
Melaka lagi. Kejatuhan kesultanan Melaka di tangan orang-orang Portugis dikatakan ekoran
dari sogokan wang dan hadiah oleh tentera-tentera Portugis kepada pegawai-pegawai tertentu
yang bertugas di Istana Sultan Melaka. Kegiatan rasuah ini terus wujud sehingga
pemerintahan orang-orang British di Tanah Melayu dan dibuktikan bilamana pentadbiran
orang-orang British ketika itu telah menguatkuasakan undang-undang rasuah dalam tahun
1871 di mana perbuatan menerima hadiah yang disifatkan sebagai rasuah telah dikanunkan
sebagai satu kesalahan undang-undang iaitu dalam kanun kesiksaan, 1871. Kemudian budaya
rasuah ini telah menular dan berlaku di Malaysia seperti tiada jalan penyelesaiannya.




3

2.0 Analisis Tentang Perbuatan Rasuah Dari Konteks Ekonomi
Amalan rasuah telah menyebabkan tumpuan pelaburan dan pembangunan tidak seimbang dan
saksama, iaitu jika berlakunya rasuah dan penyelewengan, maka ia akan mewujudkan
golongan masyarakat yang terpaksa menangung kesan buruknya. Tumpuan pembangunan
dan pelaburan lebih ke arah sektor tertentu sahaja. Ketidak seimbangan ini wujud bukan
kerana sektor ini mempunyai permintaan dan keuntungan yang tinggi tetapi disebabkan
rasuah. Senario ini telah menyebabkan berlakunya pertumbuhan ekonomi yang berat sebelah,
sementara sektor-sektor yang tidak berpeluang melakukan rasuah lebih besar kemungkinan
untuk mengalami kadar perkembangan ekonomi yang tinggi.
Selain itu, rasuah juga akan menjauhkan jurang perbezaan di antara golongan miskin dan
kaya. Lazimnya golongan yang kaya mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk
mempengaruhi keputusan-keputusan yang dibuat oleh pegawai kerajaan, lalu membolehkan
mereka memperoleh lebih banyak peluang yang ditawarkan oleh kerajaan, walaupun
kadangkala mereka tidak berhak mendapatkannya. Rasuah kepada mereka merupakan satu
jawapan untuk mengaut lebih banyak keistimewaan dan menambahkan kekayaan. Keadaan
ini akan menimbulkan ketidakadilan sosial yang akhirnya akan menjejaskan integrasi
nasional.
Seterusnya, rasuah turut menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Apabila amalan
rasuah berlaku dalam dunia perniagaan, peniaga-peniaga biasanya akan memindahkan kos
memberi rasuah kepada para pengguna dengan cara menaikkan harga barang dan
perkhidmatan kerana ianya dianggap sebagai kos modal.
Rasuah juga turut menyebabkan pengaliran wang keluar Negara (capital outflow).
Mengumpul dan menyimpan wang rasuah di dalam Negara dirasakan tidak selamat oleh
penerima-penerima rasuah, kerana ia boleh dikesan oleh pihak berkuasa dan merampasnya.
Oleh yang demikian, wang rasuah (yang merupakan wang Negara) disimpan di bank-bank
luar Negara. Ini bermakna Negara akan kehilangan pertukaran wang asing dan modal. Hal
inilah yang telah berlaku di Amerika Selatan pada tahun 1954-1959 di mana tiga diktaktor
Amerika Selatan iaitu Peron, Parez Jimenez dan Batista telah memindahkan US 1.5 bilion
dollar wang Negara mereka ke Negara lain.
Selain daripada itu juga, gejala rasuah yang berleluasa turut mengancam keselamatan Negara
dan rakyat. Kontraktor-kontraktor yang memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan
4

akan menyebabkan mereka menghasilkan kerja atau perkhidmatan yang kurang bermutu dan
tidak menepati spesifikasi demi mencapai target keuntungan yang diharapkan. Bayangkanlah,
apa yang akan terjadi kepada rakyat jelata yang menghuni rumah-rumah yang dibuat tidak
mengikut mutu yang ditetapkan.
3.0 Analisis Tentang Perbuatan Rasuah dari Konteks Perundang.
Undang-undang boleh didefinisikan sebagai satu set peraturan yang konsisten dan
menyeluruh diterbitkan secara meluas, diterima secara umum dan biasa di kuatkuasakan.
Peraturan ini menjelaskan bagaimana kita bertingkahlaku dalam berinteraksi dengan ahli
masyarakat yang lain. ia adalah keperluan untuk bertingkahlaku yang dinyatakan, bukannya
sekadar harapan atau cadangan atau permintaan. Dalam kata lain, undang-undang ialah apa
yang mesti kita lakukan.
3.1 keberkesanan Akta Rasuah 2009
Lembaran baru dalam usaha menghapuskan rasuah memerangi rasuah telah bermula apabila
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) mula berkuatkuasa pada 1
Januari 2009 dan SPRM telah diwujudkan sebagai pengganti kepada Badan Pencegah Rasuah
(BPR). Institusi pencegahan rasuah baru ini lebih telus, lebih bebas dan mempunyai beberapa
kuasa pencegahan tambahan.
Di samping itu, lima entity pemanau luar telah dibentuk, menjadi SPRM antara institusi
pencegahan rasuah yang paling diselia dengan sedemikian cara di dunia. Turut menggalakkan
ialah pentakrifan misi memerangi rasuah sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) yang kedua oleh kerajaan sebagai susulan kepada Pelan Integriti Nasional yang
telah diperkenalkan sebelumnya. Langkah-langkah ini menunjukkan keazaman politik yang
kuat di pihak kerajaan.
Namun demikian, tahun 2009 membawa banyak cabaran kepada SPRM. Proses transformasi
bagi sesebuah institusi memerlukan masa dan membawa cabaran-cabaran yang besar. SPRM
dibebankan oleh legasi imej negative yang dikaitkan dengan BPR lama, sentiment kurang
yakin terhadap institusi-institusi kerajaan di kalangan sebilangan masyarakat serta kes
mendiang Teoh Beng Hock yang menimbulkan prasangka dan prejudis terhadap SPRM
walau pun inkues di mahkamah masih berjalan. Tangkapan dan dakwaan seorang ahli politik
dari Democratic Action Party (DAP) dan seorang lagi ahli dari parti keadilan rakyat (PKR)
5

telah menimbulkan tohmahan bahawa SPRM mengamalkan sikap pendakwaan berpilih
(selective prosecution) walaupun tidak kurang dari 12 orang ahli politik dari parti United
Malays National Organisation (UMNO) dan seorang lagi dari Parti gerakan rakyat Malaysia
(GERAKAN) telah menghadapi tindakan yang sama.
Ramai pihak mempunyai salah tanggapan mengenai bidang tugas dan kuasa SPRM di sisi
undang-undang. Masyarakat secara umum kurang mengetahui bahawa SPRM tidak
mempunyai kuasa mendakwa, sebaliknya Cuma mempunyai kuasa menyiasat sahaja. Paling
mengecewakan ialah kritikan yang dilemparkan terhadap SPRM yang umumnya boleh
diindentifikasikan menurut ciri kaum atau pun parti politik. Perkara-perkara ini telah turut
menyumbang kepada persepsi di kalangan masyarakat dalam dan luar Negara bahawa gejala
rasuah semakin serius di Malaysia, sehingga kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi
rasuah transparency international turut terjejas dalam tahun 2009. Persekitaran sedemikian
amat menyulitkan usaha SPRM untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil dan
saksama, juga untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadapnya. Ia juga menguji
semangat dan moral warga SPRM.
LPPR pada keseluruhannya berpendapat, walaupun SPRM menghadapi persekitaran yang
begitu mencabar seperti di atas, menjelang akhir tahun 2009 SPRM telah beransur
menunjukkan prestasi yang semakin baik dan meyakinkan. Prestasi ini telah dapat dicapai
dalam keadaan kekurangan peruntukkan kewangan dan sumber tenaga manusia. Warga
SPRM di semua peringkat umumnya telah melaksanakan tugas dengan penuh disiplin,
dedikasi dan ikhlas.
Pencapaian prestasi SPRM bagi tahun 2009 dapat dilihat daripada beberapa perkara.
Antaranya ialah:
i. Peningkatan ketara tangkapan ke atas ahli politik, 23 orang telah ditangkap,
ii. Peningkatan ketara pendakwaan ke atas ahli politik, 15 orang telah dituduh,
iii. Peningkatan tangkapan ke atas kesalahan memberi rasuah dan kebanyakannya adalah
kepada kepada penjawat awam, 108 orang telah ditangkap, dan
iv. Peningkatan tangkapan individu berprofil tinggi, seramai 31 orang pegawai kanan
Kerajaan dan 65 orang pegawai eksekutif swasta telah ditangkap.
Dalam tahun yang sama, Akademik Pencegahan Rasuah Malaysia (APRM) telah mendapat
pengiktirafan antarabangsa sebagai hab serantau bagi rantau Asia Pasifik dengan
6

termeterainya Memorandum Persefahaman dengan The General Secretariat of the
International Criminal Police Organisation (INTERPOL). APRM juga telah memberi latihan
kepada pegawai-pegawai pencegahan rasuah daripada 21 buah Negara. Di samping itu, ketua
Pesuruhjaya SPRM telah dilantik sebagai Penasihat Kurikulum kepada Internation Anti-
Corruption Academy di Vienna, Austria.
SPRM telah juga berjaya melakukan transformasi dari BPR kepada SPRM dengan baik dan
licin. Ini termasuk pembentukan lima entity pemantau luar dan penciptaan asas-asas serta
lambang-lambang baru seperti visi, misi, moto dan logo SPRM. SPRM juga berusaha
memaksimakan sumber tenaga manusia dalam melaksanakan tugasnya.

4.0 Analisis Etika Ke Atas Perlakuan Rasuah
Menurut modul OUMM3203 yang diterbitkan oleh Universiti Terbuka (2011), Etika secara
umumnya ditaktifkan sebagai prinsip tingkahlaku individu yang boleh di terima dari segi
moral atau akhlak. Dalam modul juga ada menyatakan, etika sebagai kepercayaan peribadi
individu tentang kelakuan betul dan salah. Walaupun definisi mudah ini menerangkan intipati
etika, tiga implikasi memerlukan perkiraan tambahan:
i. Perhatian bahawa etika ditakrifkan secara individu; manusia mempunyai etika
sementara organisasi tidak,
ii. Apa yang dimaksudkan sebagai kelakuan beretika berbeza antara seseorang dengan
yang lain, dan
iii. Etika ialah relatif, bukannya mutlak. Ini bermaksud apa yang dianggap kelakuan
beretika ialah dari sudut pandangan yang melihat, ia selalunya (secara umumnya)
bertepatan dengan nilai-nilai social.
Manakala, etika professional membentuk nilai-nilai sekumpulan manusia yang dilatih secara
bersama, dibina untuk mengawal prestasi kerja atau cara menggunakan sumber. Mereka
mengadakan (dalam organisasi) peraturan dan nilai-nilai budaya professional yang sama
dengan masyarakat yang mereka wakili. Kelakuan mereka semasa membuat keputusan akan
dicerminkan melalui peraturan dan nilai yang mereka bina itu.
Setengah organisasi mempunyai banyak kumpulan pekerja professional misalnya jururawat,
peguam, penyelidik, doctor dan akauntan, dimana kelakuan mereka ditadbir oleh etik-etik
7

professional. Etika professional membantu membentuk budaya organisasi dan menentukan
nilai yang digunakan oleh ahli-ahlinya dalam urusan mereka dengan kumpulan lain yang
mempunyai kepentingan yang sama. Kebanyakan kumpulan professional dibenarkan untuk
menguatkuasa piawai (standard) etika bagi profession mereka. Doctor dan peguam misalnya,
boleh ditahan dari menjadi pengamal sekiranya mereka melanggar peraturan professional
mereka.
4.1 Teori Etika Teleologikal Klasik: Utilitarianisme
Teori Utilitarianisme merupakan teori Teleologis (akibat) yang diasaskan oleh Jeremy
Benthan (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). Mereka membahagikan teori ini
kepada dua iaitu utilitarianisme lakuan dan utilitarianisme aturan.
Utilitarianisme lakuan menyatakan bahawa suatu tindakan itu dianggap betul apabila
tindakan tersebut membawa kepada akibat-akibat yang diingini iaitu kebaikan. Kebaikan
tersebut haruslah terbaik untuk orang ramai. Melakukan tindakan yang betul adalah proses
memaksimumkan kebaikan. Teori ini lebih menekankan tindakan individu berbanding
peraturan umum.
Utilitarianisme aturan menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu melakukan sesuatu
tindakan mengikut peraturan maka ia pasti akan menghasilkan kebaikan kepada semua orang.
Selain itu tindakan seseorang individu itu dianggap betul sekiranya mereka mengikut
peraturan yang disediakan. Contohnya, individu yang melakukan kesalahan rasuah akan
dikenakan hukuman.
Contoh : huraian berkaitan.
Peperangan yang dicetuskan oleh pihak Georgia adalah tidak bermoral kerana tindakanini
menghasilkan implikasi yang buruk kepada banyak pihak.
Peperangan ini mengakibatkan kematian yang melibatkan askar-askar dan rakyat-rakyat.
Nyawa yang tidak berdosa seperti wanita, orang tua dan kanak-kanak turutmenjadi
pengorbanan peperangan tersebut. Peperangan juga menyebabkan mereka kehilangan ahli
keluarga yang tersayang dan merosakkan kebanyakan rumah tangga yang bahagia.
Tambahan pula, penggunaan bom yang mengandungi bahan kimia menyebabkan pencemaran
alam sekitar dari segi udara dan air yang membolehkan seseorang mendapat penyakit barah.
8

Hal ini juga meyebabkan kerosakan terhadap bangunan-bangunan di negara yangterlibat
dalam peperangan tersebut. Kos yang tinggi terpaksa dibelanjakan untuk menjalankan
pekerjaan pemulihan bangunan-bangunan tersebut.


4.2 Teori Duty / Deontologis
Teori ini juga dikenali dengan ungkapan teori 'deontologis' iaitu golongan yang tidak
percaya dengan akibat. Immanuel Kant (1724-1804) menyatakan bahawa sikap jujur,
mengikut arahan, menepati janji serta adil adalah tujuan utama dan bukannya akibat kerja
berkenaan.

Contoh huraian
Pada penulis teori ini telah dipraktikkan oleh Laksamana Hang Tuah sekitar
pemerintahan Mmpayar Melaka dahulu. Taat yang melulu tanpa melihat akibat peminangan
Tun Teja, membunuh rakan sendiri, mengambil mahkota raja di dalam kolam najis dan
banyak lagi perilaku yang diungkapkan sebagai taat dan setia adalah suatu yang perlu dinilai
semula. Teori ini menghasilkan 'robot-robot' yang taat mengikut arahan programmernya
tanpa menilai baik dan buruknya sesuatu arahan. Hal ini dijelaskan dalam Islam apabila
konsep taat dan patuh kepada Ibu bapa boleh ternafi apabila si ibu atau si bapa mengarahkan
anaknya meninggalkan suruhan Tuhan (seperi solat dan sebagainya).

4.3 Teori Keperibadian Mulia
Teori keperibadian mulia menekankan kepada perlunya manusia memiliki keperibadian
mulia sebelum dapat memahami fungsi dan autoriti peraturan. Teori ini berkait rapat dengan
sifat-sifat seseorang insan yang bermoral. Ia dapat didefinisikan sebagai suatu kualiti yang
terbaik dan istimewa. Maka, kita boleh menyatakan bahawa etika mempunyai hubung kait
yang baik dengan keperibadian mulia atau sifat perangai atau ciri-ciri watak yang mulia.
Teori ini merangkumi kehidupan baik sesama ahli masyarakat, iaitu Eudaimonia dan ia tidak
9

menggalakkan perbuatan yang hanya memberikan keseronokan sementara, seperti kekayaan,
kekuasaan atau keseronokan fizikal.

Contoh huraian.
Pengeboman di Niroshima dan Nagasaki bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta
benda manusia, ia juga mengakibatkan kematian penduduk yang tidak berdosa. Di samping
itu, bom atom mempunyai kuasa pemusnah yang amat serius. Hal ini jelas menunjukkan
peperangan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, terutamanya peperangan
akan menyebabkan pengorbanan rakyat jelata dan menyebabkan keadaan sesebuah negara
menjadi huru-hara. Disamping, ia juga akan menyebabkan rakyat kehilangan tempat
perlindungan dan ahli keluarga mereka. Selain itu, peperangan juga akan merosotkan
ekonomi sesebuah Negara kerana tiada orang mahu melabur di Negara yang berkeadaan
huru-hara. Jadi, peperangan dianggap tidak wajar dan tidak bermoral.

4.4 Teori Kemoralan Sosial

Teori Kemoralan Sosial ini berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri
daripada tatahukum, tatasusila, tatatertib dan peraturan masyarakat ini biasanya diamalkan
sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang. Peraturan
masyarakat berkaitan dengan konsep atau nilai berdikari, hormat-menghormati, kasih sayang,
kebersihan, saling membantu, bekerjasama, kesyukuran dan semangat bermasyarakat.
Kewujudan pantang larang adalah untuk menjaga kerukunan sosial. Selain itu, keputusan
yang berasaskan teori ini tidak akan menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat.
Masyarakat perlu hidup bermasyarakat untuk memenuhi keperluan, kehendak dan keinginan
masing-masing.



10

KESIMPULAN
3.1 Menilai Perubahan
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan
fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan
dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan.
Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada.
Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai
negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah
kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya
jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah
menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh
segelintir pemberi rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran
sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan masalah lain seperti
kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah
juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang
berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari
tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

3.2 Cadangan
Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :
1. Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri
Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk
membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa,
pemimpin, peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman
dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang
terbuka luas di hadapan mata.

11

2. Memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman
persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu
yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi
akan datang yang bebas daripada rasuah.

3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar
betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk
keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali
sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

4. Memudahkan urusan menggunakan ICT
Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan
dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan
seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para
peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya
rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.







( Jumlah patah perkataan : 2812 )
12

5.0 Rujukan
http://www.malaychamber.com/columnist/rasuah-kesan-buruk-yang-boleh-meruntuhkan-
ekonomi-
http://www.sprm.gov.my/files/Anti_Corruption_Advisory_Board_Comments.pdf
http://takingoff.tripod.com/etika.html

Prof. Dr Ansary Ahmad et. al. (2007). Open University Malaysia:OUMM3203 Professional
Ethics.. Kuala Lumpur. MeteorDoc Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai