Anda di halaman 1dari 19

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

KAJIAN
FUNGSI EKONOMI DAN
PERKEMBANGANNYA
DI TAMAN SERI GOMBAK
SELANGOR DARUL EHSAN







Nama Murid :
Tingkatan : 2 Intelek
Nama Guru : En. Rozlan Bin Alias



T.Tangan Murid T.Tangan Guru


KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Penghargaan 1
Pendahuluan 2
Objektif Kajian 3
Kawasan Kajian 4 7
Kaedah Kajian 8
Hasil Kajian 9 15
Rumusan 16
Rujukan 17
Lampiran A
Lampiran B











[i]

PENGHARGAAN


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi
saya, Encik Rozlan Bin Alias di atas tunjuk ajar dan bimbingan yang telah
diberikan kepada saya bagi menyiapkan projek Kajian Geografi Tempatan ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ayah,
ibu dan abang-abang saya yang memberi sokongan dan dorongan untuk saya
menyiapkan projek ini.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada penduduk Taman
Seri Gombak yang sudi untuk ditemubual dan bekerjasama memberikan
maklumat berkaitan dengan kajian ini.














[1]

PENDAHULUAN


Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran mata pelajaran Kajian
Geografi Tempatan, pelajar diberi peluang untuk menjalankan kerja amali yang
berhubung kait dengan tema-tema Geografi dalam Sukatan Pelajaran
Tingkatan 2.

Bagi memahami beberapa aspek dan konsep yang telah dipelajari
dalam tema penduduk, petempatan dan pengangkutan, pelajar telah
disarankan untuk mengambil kawasan persekitaran sebagai pembelajaran dan
pengkajian.

Untuk projek Kajian Geografi Tempatan ini, saya dan sahabat saya telah
memilih tajuk Kajian Fungsi Ekonomi dan Perkembangannya di Taman Seri
Gombak, Selangor Darul Ehsan. Dalam projek ini, kajian akan memfokuskan
kepada fungsi ekonomi, faktor-faktor yang mempengaruhi fungsi tersebut serta
hubungannya dengan pembangunan di kawasan kajian tersebut. Masa yang
diberikan untuk menyiapkan kajian ini adalah sebulan dan proses
pengumpulan maklumat dijalankan, satu laporan lengkap mengenai kajian
tersebut akan dibuat secara individu.







[2]


OBJEKTIF KAJIAN


Berikut adalah objektif-objektif yang akan dipenuhi dalam melaksanakan
kajian ini:-

a) Mengkaji fungsi kegiatan ekonomi di Taman Seri Gombak;

b) Menyenaraikan dan menghuraikan hubungan di antara fungsi
kegiatan ekonomi dan petempatan di kawasan kajian.

















[3]
KAWASAN KAJIAN


Taman Seri Gombak merupakan satu kawasan perumahan yang terletak
di dalam daerah Gombak, Selangor. Lokasi kawasan perumahan ini adalah
3 1450U dan 101 4214T dan berjarak kira-kira 15 kilometer kearah utara dari
pusat Bandar raya Kuala Lumpur. Gambar 1 menunjukkan kedudukan Taman
Seri Gombak dari pusat bandar raya Kuala Lumpur yang diperoleh menerusi
laman web Google Earth.
















Gambar 1: Kedudukan Taman Seri Gombak
[4]

Taman Seri Gombak yang berkeluasan 524 hektar ini dibahagikan
kepada 9 fasa dan mula dibangunkan pada tahun 1979 secara berperingkat-
peringkat oleh Syarikat Hillcrest Sdn. Bhd. Sebelum dibangunkan, kawasan
perumahan ini adalah sebuah lading getah. Bentuk muka bumi kawasan ini
adalah berbukit dengan ketinggian 100 meter dari aras laut. Gambar 2
menunjukkan kawasan perumahan Taman seri Gombak dan Gambar 3 pula
menunjukkan bentuk muka bumi Taman Seri Gombak.








Gambar 2: Kawasan Taman Seri Gombak










Gambar 3: Peta Bentuk Muka Bumi Taman Seri Gombak
[5]

Lokasi yang menarik dan strategik merupakan elemen utama yang
menarik minat orang ramai membeli rumah di sini. Taman ini boleh dikatakan
berada di tengah-tengah jaringan perhubungan jalan raya utama negara
sama ada menuju ke pantai timur iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu
menerusi Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak, ke utara iaitu Perak dan Pulau
Pinang dan ke selatan iaitu Negeri Sembilan dan Melaka menerusi Lebuh Raya
Lingkaran Tengah yang akan berhubung dengan Lebuh Raya Utara Selatan.
Selain daripada itu, untuk ke taman ini dihubungkan dengan Jalan Kuching,
Jalan Gombak dan Lebuh raya Duta Ulu Kelang (DUKE) merupakan jalan raya
utama ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Gambar 4 menunjukkan jaringan
jalan raya Taman Seri Gombak.












Gambar 4: Jaringan Jalan Raya Taman Seri Gombak


[6]
Selain daripada kawasan perumahan, taman ini juga dilengkapi dengan
pusat kegiatan ekonomi seperti perniagaan dan perkhidmatan, kegiatan sosial
seperti sekolah, masjid dan kawasan rekreasi iaitu Taman Tasik Seri Gombak.
Terdapat 3 pusat ekonomi utama dibangunkan di taman ini iaitu di Fasa 1, Fasa
3 dan di Fasa 9. Kajian ini hanya memfokuskan kepada pusat ekonomi Fasa 3.
Gambar 5 menunjukkan kawasan kajian iaitu pusat ekonomi Fasa 3 yang
terdiri daripada 12 blok premis perniagaan dan perkhidmatan. Terdapat
pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan di sini seperti perniagaan makanan,
barangan runcit, buku, alat sukan, perabot dan sebagainya. Manakala jenis
perkhidmatan yang disediakan di sini pula adalah seperti kedai gunting rambut,
salun kecantikan, pusat tuisyen, computer, insurans, sekolah memandu, bank,
hospital dan sebagainya.











Gambar 5: Kawasan Kajian Pusat Ekonomi Taman Seri Gombak Fasa 3




[7]
KAEDAH KAJIAN


Kaedah kajian yang digunakan adalah seperti berikut:-
a) Pemerhatian
Satu borang pemerhatian seperti di Lampiran A telah disedia dan
digunakan. Menerusi Borang Pemerhatian ini, maklumat berikut akan
dikutip dan dikumpulkan:-
i. Jenis bentuk muka bumi kawasan kajian.
ii. Jenis fungsi yang terdapat di kawasan kajian.
iii. Jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian.
iv. Nama kedai dan jenis perniagaan/perkhidmatan yang
disediakan.

b) Temu bual
Satu borang soal selidik juga disediakan bagi tujuan mendapatkan
maklumat berkenaan hubungan di antara kegiatan ekonomi dan
petempatan di kawasan kajian.

c) Rujukan
Rujukan mengenai kawasan kajian juga telah dijalankan menerusi
pembacaan buku, majalah dan Internet.






[8]
HASIL KAJIAN


Taman Seri Gombak Fasa 3 ini, merupakan sebuah kawasan perumahan
yang besar, lengkap dengan kemudahan asas seperti rumah, kedai, stesen
minyak, pusat perubatan dan didiami oleh penduduk berbilang bangsa. Pusat
kegiatan ekonomi Fasa 3 ini terletak di kaki bukit yang telah diratakan.
Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa premis pusat
ekonomi kawasan ini adalah merupakan deretan rumah kedai dua tingkat dan
empat tingkat. Daripada pemerhatian yang telah dibuat didapati dua jenis
kegiatan ekonomi dijalankan di sini, iaitu kegiatan perniagaan dan kegiatan
perkhidmatan. Gambar 6 menunjukkan sebahagian daripada kegiatan
ekonomi yang dijalankan di Pusat Ekonomi Taman Seri Gombak Fasa 3.













Gambar 6: Pusat Kegiatan Ekonomi di Taman Seri Gombak Fasa 3
[9]
Peta Lakar 1 menunjukkan deretan premis kegiatan ekonomi di Taman
Seri Gombak Fasa 3. Untuk kajian ini, saya membahagikan deretan bangunan
rumah kedai kepada 6 blok iaitu Blok A, Blok B, Blok C, Blok D, Blok E dan Blok F
seperti yang ditunjukkan pada Peta Lakar 1.












Peta Lakar 1: Kawasan Kajian


Maklumat mengenai kegiatan ekonomi ini direkodkan dalam Borang
Pemerhatian seperti Lampiran A. Sebanyak 94 premis telah dikenal pasti di
mana 51 premis iaitu 54% mengusahakan kegiatan ekonomi jenis perniagaan
dan 43 premis iaitu 46% pula adalah jenis perkhidmatan seperti ditunjukkan
dalam Jadual 1, Graf 1 dan Graf 2.


[10]










Jadual 1: Jumlah Perniagaan dan Perkhidmatan








Graf 1: Jumlah Perniagaan dan Perkhidmatan





Graf 2: Peratus Jumlah Perniagaan dan Perkhidmatan
[11]
Jadual 2, Graf 3 dan Graf 4 menunjukkan jumlah dan peratusan jenis
perniagaan yang terdapat di kawasan kajian di mana didapati jenis
perniagaan yang banyak diwujudkan di sini adalah yang berteraskan restoran
makanan, kedai peralatan buku dan alat tulis, kedai runcit dan kedai barangan
elektrik.
Jadual 3, Graf 5 dan Graf 6 pula menunjukkan jumlah dan peratusan jenis
perkhidmatan yang terdapat di kawasan kajian di mana didapati jenis
perkhidmatan yang banyak diwujudkan di sini adalah berteraskan pusat
perubatan seperti poliklinik dan klinik, pusat salon dan gunting rambut dan
bengkel kereta.











Jadual 2: Jumlah Perniagaan




[12]









Graf 3: Jumlah Premis Perniagaan













Jadual 3: Jumlah Perkhidmatan

[13]












Graf 5: Jumlah Perkhidmatan












Graf 6: Peratus Jumlah Perkhidmatan
[14]

Seramai 10 orang telah dapat ditemubual dan direkodkan maklumat
berkaitan seperti dalam Borang Soal Selidik seperti Lampiran 2. Hasil temubual
tersebut telah dikenal pasti bahawa terdapat empat faktor yang
mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan kajian iaitu:
a. Dekat dengan kediaman
b. Mudah untuk meletakkan kenderaan
c. Pelbagai pilihan perniagaan dan perkhidmatan
d. Layanan dan perkhidmatan yang diberikan baik

Namun bagitu selain daripada faktor di atas, aspek perancangan
semasa membangunkan Taman Seri Gombak ini juga mempengaruhi
kemajuan kegiatan ekonomi di sini. Berhampiran dengan kawasan kajian ini
juga mempunyai kemudahan asas lain seperti Sekolah Menengah Hillcrest,
Pasar Seri Gombak, Masjid Al-Khairiah Seri Gombak dan tiga stesen minyak.
Sistem jalan raya yang baik juga membantu mempercepatkan pertumbuhan
kegiatan di kawasan ini.










[15]


RUMUSAN


Petempatan Taman Seri Gombak merupakan sebuah kawasan
kediaman yang strategik, selesa dan selamat. Faktor tersebut telah
mempengaruhi orang ramai untuk membeli kediaman serta menginap di sini.
Selain daripada itu, kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan bangunan
yang baik dan lengkap turut menarik minat ahli korporat dan para peniaga
membuka perniagaan dan perkhidmatan di sini. Secara keseluruhannya,
kesemua faktor tersebut telah menjadikan Taman Seri Gombak sebuah
kawasan perumahan dan perniagaan yang maju dan moden.












[16]

RUJUKAN


1. Buku Geografi Tingkatan 2
2. http://www.hillcrest.com.my
3. http://www.google.com.my















[17]

Anda mungkin juga menyukai