Anda di halaman 1dari 14

BPMN 3123 ETIKA PENGURUSAN

1

ARTIKAL 1 : FISHERMEN DESTROYING FISH HABITAT.
PENGENALAN
Artikal ini menceritakan bahawa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah
memberi amaran bahawa Malaysia mungkin akan menghadapi masalah kekurangan
sumber air laut kerana teknologi menangkap ikan yang membahayakan spesis-spesis
hidupan dalam laut. Penggunaan trawl nets ( pukat tunda ), pukat buaya (crocodile
net) ,and pukat appollo (pair trawl net) telah memberi impak yang negatif kepada
dasar laut dan persekitaran marin yang akan menyebabkan kekurangan sumber ikan
dalam negara.
Kebanyakkan nelayan telah menangkap ikan di tempat pembiakan dan
perlindungan ikan menyebabkan populasi ikan semakin lama semakin hilang.
Walaupun sektor perikanan ini memberi keuntungan yang maksimum pada tahun 2003,
namun ia memberi kesan yang negatif terhadap kehidupan dasar laut. Pengunaan
pukat tunda, pukat buaya dan pukat appollo menghapuskan persekitaran marin dimana
ia telah merosakan tempat perlindungan untuk pembiakan dan pembesaran hidupan
laut. Selain itu juga, pengunaan kaedah penangkapan ikan ini masih diamalkan dalam
kalangan nelayan dan ia akan menyebabkan bahaya kepada spesis ikan dan turut
memusnahkan kebanyakkan spesis ikan.
Jika cara penangkapan ikan ini masih diamalkan, ia akan memusnahkan hidupan
dasar laut. Selain itu, dia juga telah menyatakan lebih dari 60 spesis telah
dimusnahkan dari persekitaran laut. Ikan ikan seperti bawal ,senangin buih , selangat ,
kembong dan sebagainya akan mangalami kemusnahan dalam masa 20 tahun yang
BPMN 3123 ETIKA PENGURUSAN
2

akan datang , kita tidak akan menikmati sumber ikan dan akan mengalami kekurangan
sumber dari laut. Dia juga memberi cadangan kepada nelayan- nelayan untuk
menangkap ikan selepas tempoh pembiakan ikan. CAP juga memberi arahan kepada
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani untuk mengenakan penalti kepada
sesiapa melanggar undang undang ini.
ISU-ISU TIDAK BERETIKA
1. Menggunakan cara pukat tunda , pukat buaya and pukat Appolo untuk
menangkap ikan serta memberi kesan yang negatif kepada sumber perikanan.
Selain itu , cara ini menyebabkan kemusnahan sumber perikanan.
2. Menjalankan cara penangkapan ikan di tempat pembiakan ikan dan tempat
perlindungan ikan dan sumber sumber dasar laut.








BPMN 3123 ETIKA PENGURUSAN
3


PENYELESAIAN ISU
Firma perniagaan memerlukan pertukaran dan interaksi dengan persekitaran
luaran dalam proses pengeluaran sesuatu produk. Antara elemen-elemen yang
terdapat dalam persekitaran luaran ialah alam sekitar, pembekal, kerajaan, pemodal
dan pelanggan. Unsur-unsur persekitaran luaran ini memainkan peranan penting bagi
membantu firma perniagaan mencapai matlamatnya menghasilkan barang siap dan
memaksimumkan keuntungan. Oleh itu, firma perniagaan perlulah bertanggungjawab
dan beretika terhadap elemen-elemen persekitaran luaran.
Isu pencemaran merupakan satu topik yang sering diperdebatkan.Antara isu
terlibat ialah tahap kerosakan persekitaran dan kesannya ke atas masyarakat yang
disebabkan oleh aktiviti firma-firma perniagaan dalam pengeluaran produk mereka.
Ancaman ke atas persekitaran berpunca daripada dua sumber iaitu pencemaran dan
pengurangan sumber. Pencemaran merujuk kepada kekotoran persekitaran yang
dilakukan oleh nelayan. Pengurangan sumber pula ialah penggunaan sumber-sumber
yang terhad dan kekurangan.
Setiap Nelayan perlulah beretika apabila menjalankan penangkapan ikan di
dasar laut iaitu menanamkan sifat sensitiviti dan bertanggungjawab kepada alam sekitar
sumber dasar laut semakin lama semakin dimusnahkan dan sebagai pengguna
haruslah bertanggungjawab terhadap alam sekitar.



BPMN 3123 ETIKA PENGURUSAN
4


ARTIKAL 2 : ITS FREE FOR MINISTERS , SAYS RTD .
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menjelaskan bahawa nombor
pendaftaran kenderaan WWW 15 telah ditawarkan secara percuma kepada Datuk
Seri Liow Tiong lai kerana beliau seorang menteri.Pengarah jabatan, Datuk Solah Mat
Hassan menyatakan bahawa beliau telah menerima permohonan untuk nombor
pendaftaran kereta itu untuk kereta yang berurusan rasmi Datuk Liow pada akhir
tawaran nombor pendaftaran itu.Datuk Solah juga menyatakan bahawa nombor
pendaftaran kenderaan itu mendapat jumlah tawaran tertinggi daripada Datuk Liow
iaitu sebanyak RM 24200.00.
Datuk Solah juga berkata Liow mempunyai beberapa pilihan iaitu,Datuk Liow
boleh mendapat nombor pendaftaran kenderaaan itu secara percuma kerana beliau
seorang menteri dengan kebenaran kerajaan namun jika beliau tidak berminat boleh
menolak tawaran itu. Pilihan seterusnya ialah beliau boleh mendapat nombor
kenderaan itu dengan harga tawaran yang tertinggi untuk kegunaan peribadi Datuk.
Datuk Solah menyatakan bahawa JPJ mengeluarkan senarai pemenang tawaran
secara jelas kepada masyarakat Malaysia. Datuk Liow telah dikritik oleh parti
pembangkang bahawa nama Datuk Liow mendapat tempat pertama dalam senarai
nama tawaran untuk nombor kenderaan itu.
Walaubagaimanapun, Datuk Liow menyatakan bahawa beliau menerima
panggilan telefon daripada Jabatan Pengangkutan Jalan yang menyatakan nombor
kenderaan itu percuma dan beliau tidak dikenakan apa-apa bayaran.
BPMN 3123 ETIKA PENGURUSAN
5

ISU ISU TIDAK BERETIKA
Sebagai seorang menteri beliau tidak boleh menyalahgunakan kuasa untuk
mendapatkan nombor kenderaan itu. Mengikut etika dan tanggungjawab pekerja, Datuk
Liow adalah pegawai politik ,tanggungjawab pegawai itu ialah patuh kepada arahan
ketua dan berusaha untuk mencapai matlamat tugasan itu. Tidak beretika jika pekerja
tidak melaksanakan tanggungjawab dan cuba memenuhi hasrat atau kehendak peribadi.
Jika ianya menyalahi undang - undang maka kita boleh kategorikan sebagai jenayah
kolar putih Konflik kehendak.Konflik kehendak ialah biasanya terjadi apabila seorang
pekerja atau pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan sesuatu tugas
baik pihak kerajaan dan pada masa yang sama beliau mempunyai kehendak peribadi
terhadap hasil tugasan tersebut.
Dalam kes ini parti pembangkang mengkritik Datuk Liow menyalahgunakan
kuasa untuk mendapat nombor pendaftaran kereta WWW 15.Walaubagaimanapun,
Datuk Liow mendapat nombor kenderaan itu secara percuma dan tidak dikenakan apa
apa bayaran. Hal ini meyatakan bahawa Datuk Liow mempunyai kuasa untuk
mendapatkan nombor kenderaan itu.





BPMN 3123 ETIKA PENGURUSAN
6


PENYELESAIAN ISU
Sebagai seorang Menteri perlulah ikhlas terhadap tanggungjawab diberi oleh
rakyat dan memberi ketaatan kepada kerajaan dan tidak boleh mengunakan kuasa
untuk mendapatkan apa apa untuk keuntungan peribadi. Hal hal seperti ini menjejas
nama baik jawatan itu dan masyarakat mula hilang kepercayaan kepada kerajaan . hal
ini boleh menjejaskan nama baik negara. Sebagai pemimpin sesebuah masyarakat
perlulah bertanggungjawab dan menjadi contoh kepada masyarakat dengan nilai nilai
murni yang tinggi. Aktiviti tidak beretika akan merosakkan integiri sesebuah jawatan
itu.dan kita perlulah ikhlas utuk mendapatkan kehendaknya.












BPMN 3123 ETIKA PENGURUSAN
7

ARTIKAL3 : IKLAN McDonald McValue LUNCH and DINNER SET for RM5.95.
http://www.mcdonalds.com.my/highlights/banner_gm.asp
Iklan ini merupakan iklan komersial yang mana iklan ini memberi maklumat
tentang makanan segera yang dijual kepada pelanggan. Menurut iklan ini, mereka
menjual makanan seperti burger dan fun fries (ubi kentang) serta minuman
berkarbonate seperti Coca Cola,Pepsi. Makanan ini dapat dibeli dengan harga yang
murah iaitu RM 5.95 dan dalam kadar segera.
Di Malaysia , golongan bekerja di kawasan Bandar lebih berminat untuk
memakan makanan segera kerana mereka ingin menjimatkan masa dan juga menepati
masa pada masa rehat. Selain itu, masyarakat Malaysia suka memakan makanan
segera untuk menjimat kos perbelanjaan mereka. Justeru, iklan seperti ini juga
mencungkil keinginan mereka dengan harga yang murah.







BPMN 3123 ETIKA PENGURUSAN
8

ISU-ISU TIDAK BERETIKA
Pengiklanan yang dimaksudkan ialah pengiklanan komersial. Pengiklanan
komersial merupakan segala bentuk persembahan dan promosi berbayar tentang
sesuatu idea, barang atau perkhidmatan yang dilakukan oleh sesebuah badan penaja
tertentu yang boleh dikenal pasti. Ia merupakan perhubungan secara tidak langsung
yang bertujuan untuk mempromosikan,memperkenalkan atau meningkatkan jualan atau
melariskan sebarang perkhidmatan, idea atau barang melalui media massa oleh
pengiklan kepada orang ramai yang bakal menjadi pembeli dan pengguna.
Fungsi utama pengiklanan komersial ialah untuk menjual produk kepada pembeli.
Oleh itu, apa saja maklumat yang terkandung adalah untuk membantu mencapai fungsi
utamanya. Ciri-ciri pengiklanan komersial boleh dilihat daripada perhubungan pembeli-
penjual. Ia dibezakan daripada lain-lain jenis komunikasi melalui dua ciri. Pertama ia
ditujukan secara umum kepada penonton. Oleh itu, pengiklanan ini mempunyai kesan
sosial yang luas. Kedua, pengiklanan komersial bermaksud untuk mendorong beberapa
ahli daripada penonoton untuk membeli produk penjual.

Aspek etika dalam pengiklanan boleh dilihat daripada tiga perkara iaitu kesan
sosial pengiklanan , pengiklanan dan pengwujudan keiginan pengguna dan akhir sekali
pengiklanan dan kesanya terhadap kepercayaan pengguna. Kesan sosial daripada
pengiklanan ini ialah menjadikan masyarakat bergantung kepada makanan segera dan
juga menjadi hamba kepada makanan segera ini. Hal ini disebabkan oleh pengiklanan
ini di setiap tempat terutama di tempat tempat awam seperti perhentian bas , keretapi
dan lain lain.
BPMN 3123 ETIKA PENGURUSAN
9


Daripada pengiklanan ini , menjadikan masyakat kita menjadi masyarakat yang
menghadapi masalah obesiti. Mengambil makanan segera seperti Mcdonald akan
menambahkan berat badan kita dan minuman berkarbonate juga memberi kesan buruk
kepada kesihatan. Pengeluar Mc Donald tidak beretika dalam perniagaan kerana
meraka mempromosikan lagi produk dengan harga murah demi mendapat keuntungan
tanpa mengambil kira kesihatan pelanggan.

Selain itu, pengiklanan ini melibatkan pembaziran duit. Hal ini kerana , jenama
Mc Donald telah mencapai kemuncak tertinggi di dunia. Setiap orang mengenali
tentang makanan segera yang berjenama ini. Oleh sebab itu, pengeluar ini tidak perlu
menggunakan lagi pengiklanan ini untuk mempromosikan produk mereka di kalangan
ramai. Hal ini juga tidak beretika kerana mereka membazir sumber kewangan.

Selain tu , kempen pengiklanan seperti banyak dilakukan oleh pengeluar
membolehkan mereka mencapai dan mempertahankan kuasa monopoli atau oligopoly.
Kempen kempen seperti ini menjadikan pengeluar stabil dalam pasaran dan juga
pengiklanan ini tidak memberi laluan kepada firma firma kecil memasuki pasaran dan
juga mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang tinggi untuk melawan firma
beasr dengan mengeluar iklan seperti Mc Donald.
Akhir sekali pengiklanan ini telah melanggar hak individu untuk membuat
pilihan.Pengiklanan ini memanipulasikan pengguna. Pengguna digunakan sebagai alat
untuk mencapai matlamat pengeluar. Pada saya hal hal ini tidak beretika
BPMN 3123 ETIKA PENGURUSAN
10

ARTIKAL 4:GENTING BUYS STAKE IN AUSTRALIAS ECHO

Artikal ini menyatakan Genting berhad membeli saham dalam syarikat di
Australia iaitu ECHO ENTERTAINMENT. Genting berhad membelanjakan usd 234
milion (RM 737.1 juta) untuk membeli saham itu.Australia adalah Negara yang
menjalankan aktiviti perjudian besar besaran yang dikendalikan oleh Echo entertiment
group ltd.
Baru baru ini Echo entertainment mengeluarkan saham mereka.Genting
Berhad menjadi salah sebuah negara yang menjalankan aktiviti perjudian yang
berlesen dan memberi pendapatan yang lumayan kepada Negara. Analisis
menunjukkan bahawa Genting berhad adalah negara yang menjalankan aktiviti
perjudian yang tertinggi dia asia tenggara. Hal ini menyebabkan Genting berhad dapat
menjejak kaki dalam pasaran antarabangsa sehingga dapar membeli saham dalam
Echo entertainment di Australia.







BPMN 3123 ETIKA PENGURUSAN
11

ISU-ISU BERKAITAN PERJUDIAN
Perjudian adalah sebuah sektor yang membayar cukai yang tertinggi di Malaysia.
Kerajaan Malaysia memberi lesen kepada syarikat yang menjalankan kegiatan
perjudian. Perjudian ini tidak beretika walaupun disisi undang undang Malaysia
perjudian adalah tidak diharamkan. Kegiatan perjudian ini tidak memberi apa apa
kebaikan kepada golongan yang bermain perjudian ini. Sesiapa yang berminat untuk
memain perjudian ini tanpa pengalaman akan mengalami kerugian yang tinggi.
Perjudian ini tidak adil dan merugikan orang yang bermain. Selan itu, perjudian
ini juga akan menjadi ketagihan kepada orang itu. Malaysia adalah salah sebuah
Negara yang terkenal dalam perjudian ini.Kegiatan perjudian ini memberi kesan
negative kepada masyarakat , insitusi keluarga dan kanak kanak. Kesan negative
kepada istitusi keluarga ialah apabila ketua keluarga melibat dalam kegiatan perjudian
ini , akan menunjukkan kemarahan kepada ahli keluarga dan pergaduhan antara suami
ister juga akan berlaku.
Ketagihan perjudian juga akan menjejaskan institusi keluarga. Anak anak di
biarkan tanpan pengawasan apabila ketua keluarga selalu bergaduh. Menjadikan ketua
keluarga penghutang disebabkan oleh perjudian.Dari sinilah bermula gejalah social di
kalangan kanak kanak. Kanak kanak zaman ini , mempunyai kapasiti untuk
membelajar tingkah laku daripada ibu bapa. Apabila perjudian ini menjadi tapak
permulaan untuk segala aktiviti gejalah social , kerajaan boleh mengharamkan
perjudian ini. Perjudian ini dari sisi undang undang dibenarkan malah ia boleh
membawa gejalah social.
BPMN 3123 ETIKA PENGURUSAN
12

PENYELESAIAN ISU
Kerajaan tidak boleh memberhentikan gejalah perjudian malah kerajaan boleh
menguarangkan gejalah ini dengan mengarahkan syarikat syarikat perjudian
meletakkan had untuk memain judi. Hadnya ialah orang yang berada dan mampu
menangung risiko saja boleh memain judi.selain itu , pihak yang menjalankan aktiviti
perjudian perlu menetapkan masa untuk memain satu permainan. Masa permainan itu
tidak melebihi daripada 2 jam sehari. Pihak tersebut haruslah menjaga masa untuk
mengelakkan sebarang gejalah berlaku.











BPMN 3123 ETIKA PENGURUSAN
13

ARTIKAL 5: USAH MENIPU IKLAN PRODUK KECANTIKAN
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Usahtertipuiklanprodukkecantikan/Article/
Menurut artikel daripada berita harian , seorang pengguna telah tertipu oleh
sebuah iklan yang berkaitan produk kecantikkan. Artikal itu menyatakan bahawa
sebagai pengguna kita perlu meneliti iklan itu dan produk yang diiklankan sebelum
bertindak itu membeli produk itu. Kementerian kesihatan telah memberitahu bahawa
pelanggan tidak sama sekali tertipu dengan iklan seperti produk kecantikan.
ISU-ISU ARTIKAL
Pengiklanan ini tidak di haramkan oleh kerajaan Malaysia , malah orang yang
mengiklankan produk kecantikkan seperti ini perlulah beretika. Pengiklanan ini
menjadikan pelanggan tertarik dengan produk yang diiklankan dan tertipu apabila tidak
dapat hasilnya. Sebagai pelanggan kita perlu menyiasat produk itu sebelum
membelinya. Sebagai pelanggan kita tidak boleh menyalahkan orang yang mengiklan
produk itu dan ia tidak beretika keran kita perlu menyiasat sebelum bertindak. Ia adalah
kesalahan kita dan tidak boleh menyalahkan pengeluar. Sebagai pengelaur , mereka
mengiklankan produk mereka dengan kreativiti yang menarik.

Kita tidak boleh menyalahkan pengeluar sedangkan yang salah kita sendiri.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang pengeluar perlulah ,memberi kepercayaan
Kritikan yang lazim tentang pengiklanan ialah kesannyake atas kepercayaan pengguna.
Oleh kerana pengiklanan ialah satu bentuk komunikasi, ia boleh memberi kepercayaan
kepada orang ramai seperti bentukkomunikasi lain. Kebanyakan kritikan terhadap
BPMN 3123 ETIKA PENGURUSAN
14

pengiklanan berfokuskan kepada aspek yang tidak boleh dipercayai (deceptive) yang
dilakukan oleh pihak pengiklanan. Terdapat beberapa jenis aspek yang tidak boleh
dipercayai dalam pengiklanan.antaranya yang tidak benar ke atas produk ,
menggunakan perkataan guarantee padahal ianya tidak mengenakan harga yang
boleh mengelirukan pengguna dan tidak mendedahkan kecacatan produk. Kritikan
etika bagi pengiklanan yang tidak boleh dipercayai ialah ia melanggar hak pengguna
dalam membuat pilihan dan ia mewujudkan ketidakpercayaan orang ramai terhadap
pengiklanan.

PENYELESAIAN ISU
Sebagai pengeluar perlu beretika apabila mengeluarkan iklan dan haruslah
mendapat kepercayaan daripada pengguna. Sebagai seorang pengeluar beretika
haruslah menyatakan dalam sesebuah iklan , kebenaran daripada produk itu dan tidak
mengecewakan pengguna dengan hasil yang diingini. Seorang pengeluar tidak boleh
memberi perjanjian yang tidak boleh dipercayai untuk mendapatkan keuntungan
semata-matnya.

Anda mungkin juga menyukai