Anda di halaman 1dari 1

Assamualaikum dan selamat sejahtera kepada guru saya iaitu PN.

Norhayati Binti Mohamad Lazim


dan rakan-rakan saya sekalian.Nama saya Raja Muhammad sallehuddin.Hari ini saya akan memberi
ceramah tentang gejala sosial yang berlaku di dalam kalangan remaja zaman sekarang.

Sejak akhir-akhir ini isu-isu gejala sosial di dalam kalangan remaja sering menjadi perbincangan
hangat di kalangan masyarakat.Hal ini tidak seharusnya dipandang rendah kerana remaja
merupakan aset kepada negara.justeru gejala sosial ini perlu di hapuskan kerana ianya merupakan
penyakit sosial turun-menurun wajar di kupas hingga ke akar umbinya.

Punca gejala sosial di dalam kalangan remaja ialah ibu bapa kerana ibu bapa memainkan pernanan
penting kepada anak-anak yang sedang meningkat remaja.Apabila ibu bapa terlalu sibuk hendak
mencari rezeki kepada anak-anak,mereka akan kurang memberi perhatian kepada kanak dan ini
meyebabkan mereka berasa sunyi,tiada tempat untuk meluahkan perasaan dan kurang kasih
saying.Apabila ini berlaku remaja akan mencari kasih sayang daripada rakan sebaya mereka dan ini
membuatkan mereka lebih mempercayai rakan sebaya mereka daripada ibu bapa.

Seterusnya,tiada didikan agama.Tanpa didikan agama remaja akna menjadi jahil dan tidak tahu apa
yang mereka lakukan.Disebabkan itu,remaja akan tergolong dalam aktiviti gejala sosial seperti
pengambilan dadah,masalah dispilin,merempit dan pergaulan bebas.Perkara ini terjadi apabila
mereka tidak diberikan didikan agama yang sewajarnya sejak kecil lagi.

Disamping itu,remaja juga boleh terlibat dalam gejala sosial melalui rakan sebaya mereka.Ini
kerana aktivit-aktivit negative yang dilakukan oleh rakan-rakan sebaya mereka adalah untuk
kelihatan lebih matang dan ini membuatkan remaja akan terikut degan aktivit-aktiviti negating itu
untuk kelihatan lebih matang.

Remaja juga boleh terlibat dalam gejala sosial melalui media massa.Pengaruh media massa khasnya
budaya barat yang menunjukkan filem berunsur keganasan dan seks akan menjadi ikutan remaja.Hal
ini kerana apabila remaja melakukan perkara tersebut mereka akan berasa diri mereka hebat,di
pandang tinggi oleh rakan dan merasakan diri lebih matang.

Langkah-langkah bagi mengatasi masalah gejala sosial di dalam kalagan remaja ialah ibu bapa.Ibu
bapa memainkan peranan penting untuk anak-anak mereka sepatutnya meluangkan lebih masa
untuk anak-anak mereka yang merupakan aset kepada Negara.Selain itu,ibu bapa harus memberi
didikan agama kepada anak-anak sejak kecil supaya bila meningkat remaja mereka tidak akan
tergolong dalam gologan gejala sosial.

Akhir sekali,secara tuntasnya remaja merupakan asset kepada Negara untuk merajui tampuk
kempimpinan Negara.Lantaran itu semua pihak perlu berganding bahu untuk memerangi masalah
gejala sosial ini.