Anda di halaman 1dari 32

UNIA SENI VISUAL TAHUN 1

Tahun : 1 Harmoni (20 orang)



Bidang : Menggambar

Aktiviti : Catan

Tema : Alam Benda

Tajuk : Ikan

Masa : 1020-1120( 60 minit)

Tarikh : 26 Januari 2011

Media : Alat : berus,palet

Bahan : Kertas lukisan, pensil, warna air

Bahan bantu mengajar : gambar ikan, lagu (Anak Ikan)

EMK : Elemen keusahawanan, kreativiti dan inovatif.

STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan,

objek buatan manusia, dan karya seni.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual .

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam karya seni.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.


STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal , menamakan, dan
memahami

bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.

1.1.1 Unsur seni

1.1.1.1 Garisan Melengkung (Olahan garisan yang

menghasilkan rupa

1.1.1.2 Rupa- organic

1.1.1.3 Warna primer dan sekunder

1.1.2 Prinsip rekaan

1.1.2.1 Imbangan bentuk

1.1.2.2 Kepelbagaian garisan


1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa

seni visual dalam menghasilkan karya seni.

1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.

1.2.1.1 Alat - berus warna, palet

1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, pensil dan warna air.

1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam

penghasilan karya.

1.2.2.1 Teknik catan ( basah atas kering)

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman,

dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan

karya seni.

1.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif

1.3.2 Menggunakan unsur seni (garisan, warna, jalinan dan rupa)

dalam penghasilan karya.

1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni

visual.


1.4 Apresiasi seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya seni

dan rakan berpandukan bahasa seni.

1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.

1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.

1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.



STANDARD
PEMBELAJARAN


ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi estetik (10 Minit)
Guru dan murid menyanyikan
lagu Anak Ikan

Anaklah ikanlah ikan dimakan
ikan (2X)
Ikanlah kecil tulangnya
banyak tulangnya(2X)
Marilah kitalah kita

Hasil karya



bersukaria(2X)
Sambil menyanyilah nyanyi
gelak ketawa(2X)

Guru menghubungkaitkan
lirik lagu dengan

pelajaran pada hari ini.

Guru menunjukkan contoh
gambar atau

lukisan gambar yang telah
siap.

Guru berinteraksi dengan
murid tentang

unsur garisan , warna, rupa
dan jalinan.

Aplikasi seni (10 Minit)

Guru berinteraksi dengan
murid tentang

jenis-jenis media yang sesuai
untuk membuat

catan.

Guru berinteraksi dengan
murid tentang cara

penggunaan media dalam
penghasilan catan.

Ekspresi kreatif (20 Minit)
Guru menunjukkan cara






menghasilkan lukisan

ikan.

Langkah 1

Sediakan kertas lukisan,
pensil dan cat air.
Langkah 2

Lukiskan bentuk seekor
ikan pada kertas
lukisan.
Langkah 3

Warnakan bahagian-
bahagian ikan yang lain.

Apresiasi Seni (20 Minit)

Murid mempamerkan hasil
karya.

Murid menceritakan hasil
karya sendiri dan

rakan-rakan.

Guru dan murid membuat
penilaian bersama

untuk memilih karya yang
mereka rasa paling

bernilai.

Guru membuat rumusan .







Refleksi

Pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan. Murid-murid sangat teruja dapat
menggunakan warna air. Empat dari dua puluh orang tidak dapat menyiapkan gambar.

Kekuatan:

Lagu Anak ikan sangat sesuai untuk menarik perhatian murid kepada tajuk P&P hari
ini. Murid juga seronok menyanyi lagu Anak Ikan. Saya mendapati penerangan saya
tentang penggunaan media dalam menghasilkan catan jelas. Penjelasan yang jelas
tadi telah memberi keyakinan yang membolehkan murid menghasilkan catan yang
kemas. Oleh itu, saya akan memastikan saya sentiasa memberi penjelasan yang
jelas dalam setiap pengajaran.

Kelemahan:
Saya menghadapi masalah mengawal empat orang murid lelaki hari ini. Akibatnya,
mereka gagal menyiapkan hasil catan. Masalah ini berpunca dari kesilapan saya.
Saya masih belum mengenali mereka dan tidak sedar mereka tidak boleh berada
dalam satu kumpulan.

Penambahbaikan:
Saya akan berusaha untuk lebih mengenali murid-murid saya secepat mungkin
dengan berbincang dengan semua guru yang mengajar kelas 1 Harmoni. Daripada
hasil perbincangan kami, kami akan menyusun semula sitting plan yang telah disusun
selepas Program Transisi. Saya juga akan melaksanakan sistem ganjaran di mana
kelakuan baik semasa P&P akan diberi ganjaran.

DUNIA SENI VISUAL TAHUN 1
Tahun : 1 Harmoni (20 orang)
Bidang : Menggambar
Aktiviti : Lukisan
Tema : Alam Benda
Tajuk : Pokok Bunga
Masa : 1020-1120 (60 minit)
Tarikh : 19 Januari 2011
Media : Alat : Media kering pensel warna dan krayon
Bahan: Kertas lukisan, pensel warna, pensel 2B dan
krayon
Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh garisan dan gambar-gambar bunga
EMK : - Elemen kreativiti dan inovatif
- Elemen Keusahawanan


STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip
rekaan: garisan, rupa, warna, imbangan dan kepelbagaian).
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi
penentuan media.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam
penghasilan karya.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahan seni
visual, sejarah seni dan budaya.


STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami
bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
1.1.1 Unsur Seni
1.1.1.1 Garisan : Putus-putus, lurus, nipis, tebal, beralun, bujur,
berlingkar
1.1.1.2 Rupa : Geometri dan organik
1.1.1.3 Warna : Harmoni
1.1.2 Prinsip Rekaan
1.1.2.1 Harmoni - (bentuk, rupa dan warna)


1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni
visual dalam menghasilkan karya seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.1.2.1 Alat Tiada
1.1.2.2 Bahan Kertas lukisan, pensel warna, warna krayon, pensel 2B
1.2.2 Mengetahui media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.
1.2.2.1 Teknik Menggambar Lukisan (media kering)


1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan seni, kefahaman dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan
karya seni.
1.3.1 Memilih memanipulasikan bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni (garisan, rupa dan warna) dalam
penghasilan karya.
1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri
dan rakan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan





STANDARD PEMBELAJARAN

ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik (10 Minit)
Guru menunjukkan pelbagai jenis contoh garisan
Murid menamakan garisan yang ditunjukkan
secara lisan.
Guru menunjukkan garisan lurus, putus-putus,
nipis, tebal, beralun, bujur dan berlingkar
Murid diminta menyatakan garisan tersebut
Murid diminta menyatakan media yang digunakan
dalam menghasilkan garisan tersebut.







Aplikasi Seni (10 Minit)
Guru menunjukkan cara membuat garisan yang
dapat menghasilkan rupa geometri dan organik
Murid menyatakan cara membuat garisan-
garisan tersebut dengan bimbingan guru.
Murid diminta mengeluarkan media yang akan
digunakan dalam membuat garisan.

































































































Ekspresi Kreatif (25 Minit)
Murid menghasilkan lukisan (tajuk: pokok bunga)
dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah
berikut.
Langkah 1
Murid membuat garisan lurus, putus-putus, nipis,
tebal, beralun, bujur dan berlingkar berpandukan
contoh dan tunjuk ajar guru.
Langkah 2
























































Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar dan murid-murid
seronok. Murid-murid telah berjaya melukis dan mewarna bunga dengan kemas.
Semua murid berjaya menghasilkan lukisan pokok bunga .

Kekuatan :
Saya sangat berpuashati dengan perancangan yang telah dibuat untuk pengajaran
hari ini. Ini telah memudahkan serta melancarkan lagi P&P. Murid sangat teruja dan
telah melibatkan diri dengan aktifnya. Secara keseluruhannya murid dapat
menguasai kemahiran yang diajar dan telah berjaya menghasilkan lukisan yang
sempurna.
Kelemahan :
Walaupun P&P telah mengikut perancangan, murid melibatkan diri dengan aktif dan
telah berjaya menghasilkan lukisan yang sempurna, saya kecewa dengan diri saya
sendiri kerana beberapa kali membuat kesilapan berkenaan bahasa seni sewaktu sesi
apresiasi hasil kerja murid. Perkara ini disebabkan saya kurang yakin dengan diri
sendiri kerana jarang mengajar subjek ini.
Penambahbaikan:
Untuk mengatasi masalah kurang yakin saya dalam mengajar subjek ini, saya akan
membeli buku serta melayari internet berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual.

Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema. Tema yang
digunakan ialah tema persekitaran.
Murid membuat garisan lurus, putus-putus, nipis,
tebal, beralun, bujur dan berlingkar untuk
menghasilkan satu karya seni dengan bimbingan guru.

Apresiasi Seni (15 Minit)
Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan .
Murid menceritakan pengalamannya ketika melakukan
aktiviti.
Guru membantu murid menerapkan unsur
keusahawanan berkaiatan hasil kerja murid.



Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 4
Tema : Pengangkutan
Persekitaran : Persekitaran Teknologi

Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan mata pelajaran lain seperti Sains,
Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Pergerakan dan Kesihatan dan Kajian Tempatan
dan Matematik. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid akan di dedahkan dengan
beberapa perkara penting seperti :-
- sejarah teknologi pengangkutan;
- kepentingan pengangkutan kepada manusia
- kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar, kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan
- bentuk-bentuk pengangkutan
- pergerakan kenderaan
- perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan

Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa kemajuan dan pembangunan kepada
manusia . Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep
globalisasi. Teknologi yang hebat dan hebat mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid
untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktivi pengajaran yang berjalan. Murid juga akan dapat
meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta meluahkan perasaan mereka secara bebas.

C.ii Pengintegrasian Matapelajaran

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) penegasan yang berkesan amatlah dititik beratkan
bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya terutama sekali
kepada murid-murid. Bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara
tercapai beberapa kaedah pengajaran digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah
konsep integrasi. Ianya meliputi semua bidang kemahiran ke arah penguasan ilmu pengetahuan,
kemahiran bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kerana keseimbangan ini adalah asas kepada keharmonian
negara. Antara aspek pengintegrasian yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

(a) Penggabungjalinan
Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi menjadikan suatu
pelajaran itu integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran
dalam sesuatu matapelajaran disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengaitkannya
dengan satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Penggunaan strategi ini dapat memberi
peluang murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi pelajaran yang diajar. Ia
juga boleh mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Untuk
menjadikan proses penggabungjalinan ini lebih berkesan, murid-murid hendaklah terlebih dahulu
menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, mengira, membaca dan menulis secara
mekanis. Tujuan menguasai kemahiran asas ini ialah untuk menarik perhatian guru untuk memberi
kefahaman dan penerangan yang lebih bermakna kepada murid.


(b) Penyerapan
Dalam konteks KBSR, penyerapan bermaksud sebagai proses menyatupadukan isi pengetahuan
daripada mata pelajaran untuk dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Contohnya
bahan atau kandungan isipelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Matematik, Seni Pergerakan,
Sains, Pendidikan Muzik, Seni Visual atau Kajian Tempatan yang digunakan sebagai isi kandungan
dalam pelajaran Bahasa Malaysia. Penyerapan pengajaran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan
gerak kerja yang dijalankan oleh murid di sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Bagi tema Pengangkutan yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi mata pelajaran lain yang boleh
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah dengan menayangkan jenis-jenis
pengangkutan yang terdapat di negara kita serta beberapa penerangan tentang pengangkutan tersebut.
Selepas itu murid diminta melakukan beberapa aktiviti.

Pergerakan : (a) cara memandu kereta atau kapal terbang
(b) menunggang motosikal
(c) mengayuh perahu

Seni Visual : (a) membuat model kenderaan
(b) mewarna gambar

Pendidikan Muzik : (a) membunyikan bunyi kenderaan
(b) menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan kenderaan.

Selain daripada itu murid-murid juga diminta untuk membandingkan saiz kenderaan (Matematik),
menyatakan kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam perkembangan pengangkutan (Sains), dan
menerang secara ringkas tentang sejarah pengangkutan (Kajian Tempatan)

Di dalam aktiviti pengintegrasian ini kemahiran utama yang diajar kepada murid-murid ialah kemahiran:
Lisan - menyoal untuk mendapatkan maklumat
- bercerita secara ringkas tentang kenderaan/pengangkutan
Bacaan - membaca petikan yang disediakan
- mencari maklumat yang terdapat dalam multimedia
Tulisan - menulis maklumat
- menjawab soalan

C. iii : Bagaimana aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-muridnya dapat mengikuti dan seterusnya
dapat menerima isi pengajaran yang disampaikan dengan semaksima mungkin. Maka dengan itu aktiviti
yang dirancangkan dalam pembelajaran murid menjurus kepada sesuatu yang boleh mencabar tahap
kebolehan mereka. Aktiviti seperti pergerakan dilakukan supaya kanak-kanak akan mendapat lebih
kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan
daya. Semasa melakukan aktiviti tersebut kanak-kanak akan dapat memperkembangkan konsep
pembentukan kendiri dari segi emosi sosial, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni. Dengan adanya aktiviti ini
perkembangan psikomotor murid menjadi lebih meningkat dan sekaligus membantu mereka
menggunakan kesemua deria yang ada pada mereka untuk memudahkan penerimaan ilmu
pengetahuan.

Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni Visual, murid-murid membuat model kenderaan dan mewarna
hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya
intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya. Mereka
mencari pengetahuan dan memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat
permainan mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam
proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat membimbing murid kemahiran lisan
mereka. Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan
pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik
berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih
menyeronokkan.

Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti-aktiviti integrasi dalam pengajaran adalah sebagai pengukuhan
kepada kemahiran yang diperolehi daripada mata pelajaran lain dapat membantu penguasaan kemahiran
fokus yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan pertumbuhan
dan perkembangan individu secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

C. IV Penggunaan Bahan Dalam Proses Pengajaran

Pemilihan bahan pengajaran juga adalah sebahagian dari tugas guru dalam merancang pengajarannya.
Penggunaan bahan bantu mengajar mengajar adalah sangat penting kerana ianya dapat membantu
murid lebih memahami dan apa yang mereka fahami itu akan kekal dalam ingatan mereka. Secara
umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya
termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai murni. Bahan juga boleh dikategorikan sebagai media
pendidikan. Kesemua alat dan bahan, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan akan dapat merangsang dan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Ia
juga penting sebagai media komunikasi, sumber pengalaman dan unsure yang boleh mempelbagaikan
kaedah dan teknik pengajaran. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran ini ialah:-

Bil Bahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1 Bahan elektronik
- komputer, tayangan klip
video, Internet
Penerangan semasa set induksi.
Mencari maklumat
2 Bahan bukan elektronik
- carta gambar
- lembaran kerja
- teka silangkata
- surat khabar lama
Mencari maklumat tentang pengangkutan
Aktiviti pengayaan
Aktiviti melukis dan mewarna gambar

3 Bahan maujud
- kereta, motosikal dan basikal

Membina ayat dan kemahiran membaca dan menulis.

Rajah 3 : Bahan pengajaran dan pembelajaran

Dalam pengajaran bertema yang dicadangkan ini bahan pengajaran yang digunakan ialah klip video yang
ditayangkan menggunakan komputer dan LCD. Maklumat-maklumat pengajaran disampaikan melalui
tayangan berkenaan keadaan sebenar serta peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan pengangkutan di
negara kita. Tujuannya ialah supaya murid-murid mendapat maklumat yang lebih jelas jika diterangkan
dengan contoh-contoh yang memerlukan bahan audio dan visual. Contohnya;

1) menerangkan jenis-jenis pengangkutan (air, udara dan darat)
2) menunjuk dan membezakan kepantasan pergerakkan kenderaan
3) menerangkan bunyi kenderaan
4) menerangkan bentuk-bentuk kenderaan

Penerangan guru dengan diiringi bahan-bahan tersebut dapat memperkembangkan corak pemikiran
murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan jelas. Internet juga digunakan sebagai
pendedahan dunia IT kepada murid. Guru membimbing murid meneroka alam maya untuk mencari
maklumat. Peluang ini akan dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid

Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti yang terdapat dalam Rajah 3 di atas dapat membantu
murid meneroka dan mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman dan pembelajaran dari mata
pelajaran lain seperti Sains dan kajian Tempatan. Di samping itu ia juga dapat memupuk nilai-nilai murni
dan pemikiran positif murid-murid.







Rujukan:

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000. Kuala
Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Omar Zakaria, Shaifol Bahary dan Hassan Ahmad. (2006). HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise
Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1996). Strategi, Teknik dan Perancangan Pendidikan Pergerakan. Petaling Jaya: Flo
Enterprise Sdn. Bhd.

Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM
Sdn. Bhd.
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam
gubahan seni visual.Prinsip rekaan terbahagi kepada tujuh iaitu:

A. Harmoni

Prinsip rekaan dalam karya seni tampak seperti unsur-unsur harmoni boleh diwujudkan dalam karya
lukisan yang bertemakan alam semula jadi. Harmoni dalam konteks seni visual dapat ditonjolkan apabila
wujudnya susunan ataupun ulangan unsur-unsur seni yang sesuai, seimbang dan menarik. Sebagai
contohnya, keseragaman bentuk serta kepelbagaian saiz yang terdapat pada bahagian tubuh serta sayap
seekor rama-rama akan menimbulkan kesan yang lebih harmoni, menarik serta seimbang. Penggunaan
unsur-unsur harmoni dalam sesuatu hasil karya adalah bertujuan untuk menarik perhatian serta dapat
menimbulkan nilai-nilai estetika.

Harmoni pada karya alam semula jadi:
v:shapes="_x0000_i1025">


Warna-warna pada daun yang seakan menampakkan persamaan dan warna boleh mewujudkan
ton.Contohnya daun muda adalah lebih cerah berbanding dengan warna yang terbentuk pada daun-
daun yang lebih tua.Melalui contoh lukisan di atas, penggunaan ton semasa mewarna daun akan dapat
menimbulkan kesan keselesaan, keseragaman serta kesatuan pada objek yang dihasilkan.

B. Kontra

Dalam prinsip rekaan seperti kontra, ianya mudah dikesan serta diwujudkan apabila salah satu daripada
unsur-unsur seni (contohnya warna) mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan pertentangan antara satu
sama lain untuk memberikan kesan yang menarik pada sesuatu karya yang telah dihasilkan.Dalam erti
kata lain, kontra adalah berkait rapat dengan prinsip rekaan seperti penegasan, iaitu lebih tinggi kadar
kontra, maka lebih menyerlah penegasan dalam sesuatu karya seni yang dihasilkan. Kontra boleh wujud
melalui perbezaan saiz, warna, bentuk, rupa, jalinan dan garisan.



Contoh karya di atas adalah merupakan cara penggunaan kontra dalam karya Catan. Kontra digunakan
dengan tujuan untuk mewujudkan kesan pertentangan serta membangkitkan suasana. Oleh yang
demikian, penggunaan unsur kontra dalam sesuatu karya secara kurang terancang akan menghasilkan
suasana bercelaru serta nilai-nilai estetik yang kurang menyerlah.


C. Penegasan


Mengetahui Unsur Penegasan dalam Objek Alam Semula jadi.

Salah satu aspek terpenting dalam prinsip-prinsip rekaan seni adalah aspek penegasan. Penegasan
dalam konteks Pendidikan Seni Visual adalah merupakan sesuatu yang boleh memberi tumpuan kepada
pemerhatian tampak. Penegasan pada sesuatu objek pada alam semula jadi dapat berfungsi dengan
sepenuhnya sekiranya objek tersebut dapat menarik perhatian seseorang apabila melihat atau
memerhati objek tersebut. Penegasan sememangnya dapat menonjolkan sesuatu unsur atau objek
dalam sesuatu hasil karya yang dapat menarik perhatian.

Melalui gambar foto yang disertakan di atas, jelas kelihatan bahawa unsur dan objek yang dapat
memberi gambaran sebenar tentang prinsip penegasan melalui penghasilan warna garang ( warna
merah ) yang terdapat pada objek bunga tumbuhan tersebut. Bunga yang sedia ada mempunyai warna
yang kontra jika dibandingkan dengan daun, dan ini menunjukkan wujudnya unsur penegasan.Oleh yang
demikian, dalam sesuatu hasil karya yang baik, penggunaan warna yang betul serta sesuai dapat
memberi unsur penegasan terhadap objek yang dihasilkan di samping kedudukan objek yang diletakkan
pada bahagian hadapan.

Seseorang pengkarya yang baik, langkah utama yang beliau harus fikirkan adalah memastikan adanya
penggunaan prinsip-prinsip rekaan dalam sesuatu karya yang dihasilkan bukan sahaja prinsip penegasan,
malah melibatkan prinsip-prinsip rekaan yang lain seperti keseimbangan, kontra, kepelbagaian dan
sebagainya kerana aspek-aspek tersebut secara tidak langsung dapat membantu dalam penghasilan
kerja seni yang baik serta bermutu.

D. Imbangan

Imbangan juga merupakan prinsip rekaan. Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi
berat, tarikan dan tumpuan.imbangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu imbangan simetri dan
imbangan tidak simetri. Imbangan simetri ialah unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas
dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut). Imbangan tidak simetri ialah
unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan
keseimbangan.Contoh prisip rekaan imbangan dapat dirujuk dibawah.




E. Irama dan pergerakan

Irama dan Pergerakan juga merupakan prinsip rekaan. Irama dan pergerakan berfungsi untuk memberi
kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan. Pergerakan ialah keadaan yang bergetar,
bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan
angin, air, ombak, taufan dan sebagainya. Ia dapat dijelaskan dengan gambar rajah dibawah.




F. Kepelbagaian

Unsur kepelbagaian juga merupakan prinsip rekaan. Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai
gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian juga dapat memberi gaya,
variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui
penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.




G. Kesatuan

Seterusnya ialah kesatuan. Prinsip rekaan kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua
unsur dalam sesuatu gubahan. Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan
selesa.



Huraikan bagaimana seorang guru yang imaginatif, kreatif dan kritis dapat menggunakan elemen-elemen Pendidikan Seni
Visual dan Muzik bagi penghasilan satu bentuk karya dengan digabungjalin dengan Mata Pelajaran Sains, Sejarah dan
sebagainya di sekolah. Teknologi digital pula boleh dijadikan media komunikasi bagi menyokong tugasan ini.
Soalan:
Perhatikan kata kunci HURAIKAN.
1. Perlu huraikan apa?
Elemen-elemen PSV dan Muzik.
2. Di mana anda boleh perolehi elemen tersebut?
Berbincanglah dengan tutor F2F anda,
Internet atau buku-buku PSV dan Muzik.
Modul anda.
3. Kenapa perlu huraikan?
Huraian anda mencirikan seorang guru yang berimaginasi, kreatif dan kritis
dalam PdP PSV dan muzik.
4. Apakah tujuan bagi penghasilan satu bentuk karya"
Penghasilan ialah satu proses menyediakan karya seni visual atau muzik,
atau kedua-duanya sekali dan digabungjalin dengan mata pelajaran lain.
5. Apakah kaitan dengan teknologi Digital?
Teknologi masa kini yang perlu dikuasai oleh guru dan murid.
Ianya sebagai alat komuikasi yang cepat dan pantas, merentasi sempadan.
Anda perlu fahamkan kehendak soalan terlebih dahulu. Buat kerangka penulisan apa yang patut anda sediakan atau
cari. Setelah itu....bermula la episod penulisan anda bermula dengan Pengenalan.
Pengenalan [4 markah]
Pengenalan yang terperinci dan amat memuaskan. Perbincangan secara kritis dan jelas mengenai definisi pengalaman dan hasilan
kerja secara jelas dan memberi definisi atau penjelasan rapi.
Berikan difinisi yang jelas berkaitan:
- Guru yang imaginatif, kreatif dan kritis. Nyatakan sifat atau ciri-ciri guru berkenaan
- Fahamkan apakan yang dimaksudkan elemen-elemen PSV dan Muzik.
- Berikan contoh elemen berkenaan. Nyatakan satu proses penghasilan karya yang sesuai dengan
menggabungjalinkan mana-mana mata pelajaran lain di sekolah.
- Dalam hal ini sebagai contoh aktiviti PdP PSV dan Muzik digabungjalin dengan mata pelajaran Sains. Sains dapat
diperjelaskan menggunakan Seni Visual dan Muzik.
- Bagaimana anda mengadunya supaya ianya kreatif dan kritis.
Ok saya bantu cikgu lebih mudah
Prasekolah: Tema hari itu adalah kenderaan (kereta) bagi subjek BM, Seni dan Muzik.
Setting Masa Mengajar (Contoh): 1. Seni 2. Muzik dan 3. BM
Dalam seni cikgu minta murid lukis kereta. kemudian warnakan. Elemen Seni di situ ialah Garisan, rupa, warna dan
bentuk. Kemudian bila masuk kelas Muzik murid yg sama cikgu perkenalkan lagu "Bapaku Pulang dari kota, bapaku
belikan kan kereta, kereta kecil warna merah...boleh ku bawa ke sekolah...pon...pon" Murid mesti suka punya...
Masa BM cikgu boleh masukkan suku kata "ke + re + ta" jadi dah pun gabung Seni + Muzik + BM. Kalau cikgu
rakamkan dah gunakan teknologi digital.. Ok cikgu?
Isi kandungan - perlu dijelaskan secara tertib. Untuk itu anda perlu membuat kerangka jawapan terlebih dahulu.
Kelompok markah biasanya dipecahkan kepada beberapa bahagian. Sdra/sdri perlu menghuraikan secara terperinci
dengan keupayaan penulisan yang baik.
(a) Pengalaman [12 markah]
Perbincangan yang memuaskan dan terperinci mengenai aspek mengapa perlu mengambil
kira pengalaman dalam strategi pengajaran.
Perbincangan terperinci perlu berkaitan pengalaman anda sebagai guru tidak semestinya
mengajar PSV dan Muzik. Pengalaman perlu seperti mengetahui elemen-elemen seni Visual
seperti garisan, rupa, bentuk, warna, jalinan dan ruang serta elemen muzik sedia ada. Anda
perlu membaca modul sedia ada dan berbincang bersama tutor F2F.
Anda perlu menghuraikan juga strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif
persoalan tugasan iaitu imaginasi, kreatif dan kritis.
Menjelaskan empat elemen teori Gardner serta diikuti dengan memberi senario dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dapatkan panduan Gardner sebagai strategi PdP anda.
Menunjukkan keupayaan menggunakan pengalaman kendiri (pengalaman anda sendiri) dan
disertakan dengan huraian yang lengkap serta menunjukkan kematangan dalam penulisan
(kematangan dalam penulisan bermaksud: elakkan mengambil mudah copy & paste dari
penulisan orang lain. Itu sebabnya pengalaman kendiri anda begitu penting dimasukkan
dalam penulisan ini)
Jika anda ikuti step panduan penulisan ini dengan baik. Saya percaya tugasan anda tidak
menyimpang dari kehendak soalan tugasan.

Ekspresi [12 markah]
Jelaskan maksud ekspresi berdasarkan rujukan kamus atau istilah seni yang lain.
Perbincangan yang memuaskan dan terperinci mengenai aspek bagaimana dan mengapa
guru boleh menggunakan elemen Sains & matapelajaran lain dalam proses pengajaran Seni
Visual & Muzik. Dalam hal ini bukan sahaja subjek Sains, subjek lain juga boleh dihubung
kaitkan dengan subjek bekenaan. Fokuskan bahagian bagaimana dan mengapa elemen
seni + muzik digabung jalinkan memberi penekanan kepada ekspresi.
Cuba anda fikirkan satu senario dan kajian kes. Pilih lah mana-mana satu pengalaman anda
mengendalikan PdP yang sesuai.
Dalam hal ini memadai dengan menceritakan senario secara naratif. Jika anda masih mahu
menjelaskan secara kajian kes, anda perlu faham prosedur kajian kes berkenaan. Ianya
dalam bentuk catatan semata tanpa memberikan bias.
Contoh: Semasa saya mengajar PSV bidang membuat corak dan rekaan tidak terancang,
saya memasukkan elemen seni dan muzik seperti tona warna dan nada. Pembelajaran
memberikan pengalaman eskpresi kepada murid. Murid berjaya mengalami proses
penghasilan karya seni dan muzik dan dikaitkan dengan subjek sains.
Menunjukkan keupayaan menggunakan pengalaman kendiri dan disertakan dengan huraian
yang lengkap serta menunjukkan kematangan dalam penulisan.
Ini mungkin sebagai panduan, akan tetapi anda perlu jelaskan sepertiu itu.
tkasih

Ekspresi: Perasaan dan Emosi
saya post kan ke bahagian ini supaya anda senang memahami konsep ekspresi. Sebelum ini saya posting di ruangan
General Concern.
Pelukis-pelukis agong seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gogh dan Goya
sering mengekspresikan lukisannya mengikut perasaan dan emosi. Sama seperti
pelukis Malaysia seperti Syed Ahmad Jamal, Abdul Latif Mohidin atau lain-lainntya.
Tema-tema yang berkaitan dengan kesedihan, kegembiraan, keporakperandaan dan
kecelakaan yang melanda seseorang, tempat, kerajaan dan negara ditampilkan di
kanvas dan arca-arca mereka. Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini
dapat menimbulkan nilai estetika kerana ia selaras dengan mesej yang
ingin disampaikan.Mesej jelas semasa pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestine di
Shatila. Ramai pelukis menzahirkan karya mereka bertemakan kesedihan emosi. So,
cikgu tunggu apa lagi?
Selamat pagi, tuan.
adakah tugasan ini dibuat seperti di bawah. sila tuan memberi pendapat bagi isi kandungan yang saya buat
rangkaan.terima kasih.
Isi kandungan
1.0 Pengenalan (definisi pengalaman)
2.0 Teori kecerdasan gardner ( huraikan 4 elemen teori Gardner )
3.0 Elemen PSV, Muzik & lain mata pelajaran
4.0 sediakan aktiviti yang mengaitkan dengan teori kecerdasan gardner penggunaan ICT
5.0 Kesimpulan"
Saya lampirkan contoh pertanyaan salah seorang rakan anda berkaitan tugasan yang akan anda buat. Saya pasti
anda telah mengikuti forum saya dari awal hingga kini termasuk panduan-panduan yang telah saya beri.
1. Apa pandangan anda?
2. Mungkin ada yang bersetuju atau tidak?
3. Juga; jika begini contoh jawapan anda adakah ianya tepat?
Terima kasih.

Sorotan Kajian [8 markah]
Penerangan tentang maklumat sorotan kajian hendak lah dibuat dengan terperinci. Maksudnya jadikan
tokoh-tokoh seperti Gardner umpamanya apa kepentingan teori beliau dengan pengalaman dan ekspresi
dikaitkan. Atau teori perkembangan Victor Lowenfeld menjelaskan teori perkembangan kanak-kanak
dalam melukis.
Perbincangan dalam (5-10) sorotan kajian seperti Howard Gardner, serta teori Multiple
Intelligences &dari modul awal. Ramai lagi tokoh-tokoh yang boleh anda rujuk dalam sorotan kajian.
Carl off, Kodail, Suzuki dlm muzik boleh dimasukkan dan dibincangkan.
Mengaplikasi bahan bukti dan berasaskan kepada konsep Sains, Matematik,Sejarah, ICTdan penilaian
yang terperinci dan diolah secara kreatif. Jika Sains umpamanya 5 Fasa Nedham boleh diaplikasikan.
Begitu juga jika anda memilih subjek lain.
Disertakan bukti yang kukuh dari bahan bacaan dan rujukan online. Bukti perlu dinytakan secara
tertib seperti merujuk contoh APA style. Tunjukklah anda mempelajari bukan main bubuh sahaja
rujukan tersebut.
Markah bahagian sorotan kajian ini dianggap besar juga iaitu 8/40.
Kesimpulan yang kritis dan terperinci. Anda faham ke maksud kritis dan terperinci ini? Kesimpulan yang
baik adalah menyatakan penutup kepada tugasan anda. Mulakan perenggan baru; contoh "Secara
keseluruhan tugasan ini dapat disimpulkan bahawa........bla...bla......." kesimpulan ialah rumusan daripada
keseluruhan tugasan yang anda buat. Kelemahan calon dikesan biasanya menggabungkan kesimpulan
dengan cerita-cerita lain yang belum diselesaikan dalam bahagian sorotan kajian,
Jelaskah apa yang saya nyatakan di atas?

3.0 Pilih SATU (1) bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk anda gunakan dalam
pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema.

Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat
Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants
Tema Persekitaran : Pokok

Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah dengan cara
membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta
melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat
muzik.

Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.
Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup
Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan
menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan,
sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat.

Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu,
- untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)
- mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik)
- menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual)
- melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)



3.1 Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;

Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh
digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh
menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam
matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti
pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.

Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan
memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan
dengan berkesan.

Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa
kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang
diajar dengan kedaan situasi yang sebenar.

Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat
disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah
pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

3.2 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P

a)Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu
pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam
satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini
akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta
menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan
strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan
dengan cara bersepadu.

2)Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi
pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan
merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata
pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan
mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari
kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.

3)Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai
murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,
ketuhanan dan sebagainya.

4)Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang
mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti
pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah
pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.

5)Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat
kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi
sederhana atau pintar cerdas.
3.3 Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Saranan mengintegrasikan seni dalam pendidikan ke dalam bidang-bidang kurikulum yang lain
mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antaranya :

(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni
dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar
untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah
mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah
Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman
pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.

(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila
setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses
penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi
menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.

c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan
diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan
guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti
sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah


3.4 . Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka, memperolehi
pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses
pengajaran dan pembelajaran?

Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka
pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan
setiap aktiviti pembelajaran.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan
persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan
sekolah. Ini dapat meneydiakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira
bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka
berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan
dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.

Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta
menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi
seorang yang benar-benar lebih berimaginatif.

Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik
yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang
kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi,
meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat
pilihan.

Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada
pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual
mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni.
Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung
dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara
yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.

Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting
pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang
pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan
memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai
dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi
supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

Rujukan

MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn.
Bhd

Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo
Enterprise Sdn. Bhd.